Tuesday, September 4

Rawat hatinya..


sikit je
cerpen baru dari saya
untuk hilangkan bosan
***** 
Pemegang pintu dipegang erat. “Kenapa aku kena buat kerja bodoh ni semua? Aku bukannya nurse. Macam mana aku nak bantu dia tu sembuh?”
     Husna berpaling tubuh. Tidak jadi masuk ke dalam bilik wad. Pun begitu, kakinya enggan melangkah. Pandangan mata singgah pada sesusuk tubuh gadis belasan tahun bersama seorang anak kecil berusia dalam lingkungan lima tahun.
     “Kak, tolonglah.”
     “Inas, saya tak kenal dialah! Saya bukannya doctor. Macam mana saya nak…”
     “Wajah akak…”
     “Ya… akak tahu yang wajah akak ni mirip sangat dengan wajah arwah isteri dia. Tapi..”
     “Mak Su, nak jumpa papa.”
     Inas mengangguk perlahan. Tangan anak kecil itu digamit lalu mereka berdua beriringan melangkah masuk ke dalam bilik wad. ‘Haihhh, tak berperikemanusiaanlah pulak kalau tak tolong. Tapi, apa kena mengena aku dengan mereka ni? Dalam dunia ni, ka nada 7 orang yang serupa, seiras. Suruh jelah mereka cari yang lagi lima. Kan senang! Dah lah, buat hal sendiri lagi bagus.’
     “Husna?!”
     Langkah lajunya terhenti. Sedikit mendengus dia saat namanya dipanggil. “Siapa pulak yang panggil aku ni. Macam-macam betullah!”
     Tanpa sempat Husna berpaling, seorang lelaki sudah berdiri di sebelahnya. Lelaki itu lengkap dengan pakaian doctor dan barangannya. Stetoskop di tangan, dan sebuah buku catatan di tangan lagi satu.
     “kenal ke? Tak, kan? So, bye-bye!”
     “Husna, awak  Nurul Husna?”
     “Tak, saya Nurin Husna.”
     “Oh, kebetulan. Tak apalah. Saya ingat awak Husna, kawan saya. tak sangka pula nama dan wajah awak.. lebih kurang sama.”
     “Apa-apa jelah. Saya blah dulu.”
     Iqmal termangu. Kepalanya yang tidak gatal digaru. “Nama dah hampir sama. Wajah pun sama. Perangai… langit dan bumi! Husna yang aku kenal, sopan dan ramah. Husna yang ini… macam singa betina kelaparan!”
     Kepalanya digeleng-gelengkan. Menghapus bayangan Husna. Langkahnya kembali menuju ke bilik wad yang menempatkan rakan baiknya, Mikael ditempatkan.

“Oit, monyok muka. Apa kes?”
     “Entah. Kepala aku sedikit ting tong hari ini. Pening sangat sampaikan aku tak tahu nak telan panadol jenis apa lagi? Sakit kepala otak! Bala betul kalau muka dan nama sama dengan orang lain. Parah, barah, berdarah!”
     “Una, agaknya kau tension ni! Minggu ni berapa puluh kerja kau lakukan?”
     “Mana ada! Aku tak buat apa pun lagi minggu ni.” Husna mencapai tin minuman di atas meja. Penutup dibuka lalu airnya diteguk laju. Menghilangkan dahaga yang bertandang.
     “Mak Timah buat hal lagi ke?”
     “Hal apa? Aku… tak balik rumah… dekat dua minggu..”
     “What’s? patutlah pun minggu lepas aku cari kau kat rumah Mak TImah cakap kau tak ada. Yang minggu ni aku call rumah kau hari-hari, tak ada siapa pula yang angkat. Aku ingat Mak Timah cabut lari. Takut ah long datang cari. Rupa-rupanya, korang berdua tak ada. Siot je!”
     Husna menggosok-gosok kepalanya. Pening. “Aku nak berhenti kolej. Malaslah nak belajar lagi. Yuran semester lepas pun aku tak lepas lagi. Tension aku nak dengar si mulut murai tu membebel!”
     “No, you can’t!”
     Spontan Husna dan rakannya, Syahidah berpaling. Mereka berpandangan antara satu sama lain kemudiannya. Tidak tahu siapa gerangan lelaki yang baru sahaja menyampuk dalam perbualan mereka berdua. Bertambah pelik, bagaimana lelaki itu boleh masuk ke dalam rumah sewa milik Syahidah.
     “Err.. maaf sebab masuk rumah ni tanpa izin awak berdua. Erm.. pintu pagar depan tu, tak berkunci.”
     “Maknanya itu lessen untuk kau masuk ke dalamlah?” tengking Husna.
     “Maaf. Cuma tadi saya hanya nak ambil air paip je tadi kat luar. Kereta saya kehabisan air. Jadi..”
     “Eh, keluar. Jangan banyak cakap kat sini.” Syahidah bangkit. Tangannya terus mencari penyapu di bawah meja. Mahu menghalau lelaki itu.
     “Maaf, maaf. Tapi, kalau awak nak, saya boleh tolong awak langsaikan yuran kolej awak.”
     “Kenal pun tidak, ada hati nak menolong. Dah kau bagi aku budi, nak aku balas dengan body? Memang taklah aku nak terima. Mamat sengal! Blah…”
     Syahidah terus mengangkat penyapu. Mahu menghalau lelaki itu. Terpaksa akur dengan situasi sebegitu, lelaki itu melangkah keluar. Takut terkena hayunan penyapu.
     Pintu pagar ditutup dan dikunci. Terus mereka berdua masuk ke dalam rumah. Mengintai dari tingkap.
     “BMW!”
     “Dia buat apa kat kawasan ni?” Syahidah menjungkitkan bahu tidak tahu.
     “Tapi, hari dah nak gelap. Mungkin dah nak hujan. Tak kesian ke pada dia?”
     “Orang kaya, dia ada handphone. Bila dia dah ada handphone, dia boleh call mekanik datang baiki kereta dia. Sekarang, kau duduk diam-diam kat dalam rumah ni. Jangan ambil peduli tentang dia tu. Mungkin dia orang jahat. Siapa tahu?”
     “Aah… betul juga, kan.”

Inas menggenggam erat jemari Mikael. Ada air mata yang mengalir di pipi melihatkan keadaan abangnya itu. Hampir lima bulan tempoh abangnya terbaring di atas katil itu. Hanya sesekali menggerakkan tubuhnya dan reaksi wajah menggambarkan segalanya.
     “Mak Su, bila papa boleh balik?”
     “Satu hari nanti. Mak Su tak pasti, Lily.”
     “Papa takkan jadi macam mama, kan? Baring kat sini, lepas tu tak balik rumah lagi?” soal Lily tanpa mengetahui apa-apa.
     “Lily, kenapa cakap macam tu? Okey, nanti Mak Su tanya doctor. Bila papa boleh balik? Okey?”
     Lily mengangguk laju.
*****
Dua minggu kemudian…
“Saya tak naklah, Inas. Biar doctor je yang uruskan. Awak dan anak saudara awak tu, berdoa jelah yang abang awak tu akan sembuh. Simple!” Husna mencapai pinggan mangkuk di atas meja lalu di bawa ke dalam.
     “Kak..”
     “Ramai orang kat gerai hari ini. Saya penatlah. Boleh tak Inas duduk diam-diam. Makan ke, minum ke.. jangan ganggu saya sudahlah!”
     “Una! Kesian dia tu. Benar-benar mengharap tu.” Syahidah berbisik lembut di telinga Husna sebaik sahaja Inas menjauh dan duduk di sebuah meja bersama Lily.
     “Dia benar-benar mengharap pada aku, tu… mamat sengal hujung sana tu. Benar-benar mengharap pada kau. kau tak kesian?” balas Husna sebelum keluar untuk menghantar air minuman.
     Syahidah mengetap bibir. Dia menghelakan nafas. Pening dengan sikap lelaki yang mengekorinya sejak dua minggu lalu. Pertemuan pertama mereka terjadi sewaktu lelaki itu curi-curi dengar perbualannya bersama Husna di rumah sewa. “Encik, nak order apa-apa lagi?”
     “Awak tutup gerai jam berapa?”
     “Tak tentu!”
     “Erm, saya tunggu awak.”
     Syahidah mengetap bibir. Dia memandang sekeliling. Orang mulai sikit. Kerusi di tarik lantas dia duduk berhadapan dengan lelaki yang bernama Kamarul.
     “Encik Kamarul, kenapa awak susahkan diri? Apa yang awak nak dari saya?”
     “Tu!”
     “Kenapa dengan Husna?”
     “Sepupu saya, Mikael.”
     “Ohh, kes tu. Yang nak suruh dia tolong merawat lelaki tu ke?” Kamarul mengangguk. “Putus harapanlah. Husna tu keras kepala. Degil. Ego. Dia hanya akan lakukan sesuatu yang dapat pualangan sahaja. Tapi, itu bukan tandanya dia tu mata duitan.”
     “Kami memerlukan bantuan dia. Kebetulan, wajah kawan awak tu memang seiras sangat dengan arwah isteri sepupu saya tu. Mungkin ini salah satu rawatannya. Sepupu saya terlalu kecewa sejak kematian isterinya dahulu. Dua minggu selepas kematian isterinya, dia accident. Dia sudah koma dua tiga bulan sejak dari itu. Dia hanya mampu menggerakkan tubuhnya. Reaksi wajah, dan tindak balas kecil.”
     “Kasihannya, tapi… awak tahu tak? Husna tu lagi kasihan. Dia terpisah dengan keluarganya sejak umur dua tahun. Dibesarkan dalam suasana yang susah. Nasib baik dia budak pandai. Dapat masuk kolej. Cuma, dia tu kena bekerja keras. Buat itu ini untuk teruskan hidup. Awak ingat gerai ni saya punya ke? Tak, dia punya. Setahun lamanya dia buat tiga empat kerja semata-mata untuk bayar harga gerai ni.”
     “Aduh.. awak ni. Jangan buka sejarah lama. Saya hanya nak minta awak tolong pujuk dia je.”
     Spontan Syahidah menggaru kepalanya. “Susah.”
     “Please. Walaupun tak berjaya, sekurangnya mencuba. Mungkin ini terapi.”
     “Tengoklah macam mana.”
     Sekeping kad dikeluarkan Kamarul. “Ini kad saya. hubungi saya kalau ada apa-apa.”
     “Okey.”
     “Nombor awak?”
     “Perlu ke?”
     “Tersangatlah perlu. Boleh saya mengorat awak kalau ada masa terluang.”
     “Erkkk… okey.” Syahidah mencarikkan sehelai kertas dari tangannya. Di atas lembaran kertas itu dia menuliskan sebaris nombor. “Saya sambung kerja dulu.”
     Kamarul mengangguk.

Inas memandang sayu Mikael yang sedang meronta-ronta. Dia terus ke hospital sebaik sahaja mendapat panggilan dari doctor yang merawat abangnya. Lily di peluk kemas menenangkannya yang ketakutan. “Lily, tidurlah. Mak Su gerakkan nanti kalau papa dah sedar.”
     Lily mengangguk kecil. Kepala dilentokkan di atas riba Inas.
 
“Eh, yang kau heret aku ke hospital ni kenapa? Kau sakit ke?” soal Husna lalu menghentikan langkahnya. Dahi rakannya dipegang. “Tak panas. Kau nak lawat sesiapa ke?”
     “Ada hal penting ni. Hanya kau boleh tolong. Okey?”
     “Hanya aku boleh tolong? Chopp, chopp, kau cerita apa ni? Ni mesti pasal mamat sengal yang kaku macam mumia tu kan!”
     “Hishh, tak baiklah. Macam ni, tadi sepupu dia call aku. Dia cakap encik Mikael tiba-tiba tersedar dari komanya.”
     “Dia dah sedar? Alhamdulillah. So, tak payah nak jumpa dia. Jom balik!”
     “Eeei, kau ni ketegak betullah. Kau masih diperlukan!”
     “Cik Syahidah, aku ni bukan doctor, bukan nurse. Buat apa aku nak tolong dia? Tak ada keuntungan!”
     “Syahidah?!”
     “Dia? Ohh.. dialah sepupu mumia tu? So, kejadian kereta rosak depan rumah kita dulu tu?”
     “Una, dia dah terangkan semuanya kat aku. Memang kereta dia tak rosak. Lelaki yang datang kemudian tolong dia tu pula orang suruhan dia je. Okey, sekarang apa kata kita bantu keluarga sepupu dia?”
     “Arghh.. buang masa betullah!”
     “Awak bantu kami, saya akan bantu awak kembali. Saya akan bantu awak teruskan pelajaran?” Kamarul cuba ‘tawar-menawar’. Mana tahu kalau-kalau Husna termakan.
     “Okey, saya terima!” sahut Husna tanpa berfikir panjang. Baginya pelajaran amat penting. Hanya kerana pelajaran yang akan menentukan masa hadapannya. “Saya lakukan untuk pelajaran saya. bukan kerana duit atau apa. Saya akan tolong tapi saya tidak berjanji mumia kat dalam tu akan sembuh. Faham?”
     Kamarul mengangguk memahami.