Saturday, November 10

tak kisah final


Tak kisah
“Nama saya Syahril. Ahmad Syahril Bin Ahmad Syahrom. And you?”
     Aku terdiam memandang lelaki yang duduk di hadapan aku itu. Pandangan dikecilkan melihat tag nama yang tergantung di baju. “Awak pelajar junior kan?” soalku sedikit terkejut. Pelik melihat tingkah lelaki di hadapan aku ini. Sejeda aku memandang sekeliling. Ingin memastikan bahawa lelaki itu keseorangan dan tiada kawan-kawannya di dalam perpustakaan itu.
     “Ya, saya pelajar junior. Baru masuk. Intake bulan 9,” sahutnya dengan senyuman di bibir.
     “So, apa yang awak nak dari saya? Ada sesiapa ke yang cabar awak untuk jumpa saya? maybe seseorang yang nak kenakan awak, atau saya?”
     Syahril menggelengkan kepalanya. “Tak ada. Saya ke sini dengan kerelaan hati dan kaki saya.”
     Aneh. Aku mengerling sekilas jam di tangan. “Maaf, saya ada urusan lain. Saya kena cepat.”
     “Siapa nama awak? boleh saya tahu?”
     “Perlu ke tahu?” Aku menyoal lembut. Syahril mengangguk dengan bersungguh-sungguh. “Nabihah Amni. Please call me Kak Amni! Bukan ‘awak’!”
     “Yes dear!”
     Melotot mata aku mendengar panggilan yang baru digunakan Syahril. Gila ke apa? Aku memandang ke kiri dan kanan. Mujur tiada siapa yang mendengar. Kalau tidak, malu aku. “Don’t!”
     “Make me.”
     Eh, berani habis budak ni. Kecil je aku tengok mamat ni. Hurm.. berapalah umur dia ni. Nak kata tak matang lagi, mana mungkin. Ini university bukan tadika!
     Aku berpaling. Tidak mahu berlamaan. Belum sempat kaki aku melangkah, dia memanggil. “Nak apa?”
     “Boleh saya mencintai awak?”
     Kali ini aku tidak boleh tahan sabar. Dua tiga orang pelajar yang duduk di bahagian kiri dan kanan sudah memandang. Malu. “Eh.. errr..” Aku tidak jadi mengamuk. Teringat yang ketika itu aku berada dalam perpustakaan. Spontan aku menarik hujung lengan bajunya agar ikut aku keluar dari situ. “Awak dah gila ke? I’m not your friends. Please don’t make a joke. I don’t know you, and never want to know about you. Please stop act like that again!”
     “Kalau begitu, izinkan saya mengenali hati awak.”
     “Ahmad Syahril Bin Ahmad Syahrom..”
     “Ya saya..”
     Aku menghelakan nafas. Geram dengan dirinya memintas kata-kataku. “..umur kita jauh berbeza. Saya 24 dan awak..” Aku mencuri pandang tag namanya. “20 tahun. Empat tahun beza. Saya hanya layak jadi kakak awak!”
     “Saya tak kisah. For sure, saya dah jatuh cinta dengan awak sejak hari pendaftaran tempoh hari.”
     Stop! What’s? Dia jatuh cinta dengan aku pada hari pendaftaran. Ridiculous. Gila! Tak masuk akal!
     “Tak, tak boleh. Awak tak boleh suka pada saya. saya tunangan orang!” bohongku. Terpaksa. Aku tidak mahu dia terus menerus membayangi aku.
     “Nak menipu pun bajet-bajetlah kak oit. Sebelum saya jumpa awak tadi.. saya dah check segalanya. I’ve already interview your friend.”
     Okey. Aku rasa aku boleh pengsan depan dia. Budak ni nampak tak matang, tapi otak geliga tahap dewa. Sekali lagi aku mencuri pandang tag namanya. Impossible. Budak ni course engineering. Tidak, tak boleh. Jangan fikirkan. Sejauh mana aku sukakan seorang lelaki yang bergelar jurutera, aku tidak boleh beri peluang kepada lelaki bawah umur untuk masuk line. Tidak!
     “Cukup sampai di sini untuk hari ini. Saya penat nak balik asrama. Lagi bagus saya tidur dari berdiri di hadapan awak.”
     “See you soon.”
     “No.. kita tidak akan berjumpa lagi.”
     “Prinsip saya, kalau saya dah suka, saya akan cuba sampai dapat.” Syahril mengukir senyuman lagi. Begitu menawan kali ini. “Saya minta diri dulu. Assalamualaikum.”
     Salam dijawab dalam hati. Spontan aku tepuk dahi. Kerja gila betul budak lelaki tu. Takkanlah tak ada perempuan muda yang seusianya untuk dipikat?

Sebaik tiba di bilik, aku terus mencampakkan diri aku ke atas katil. Melepaskan penat seharian di kampus. Aku melepaskan keluhan panjang. Teringat hal yang terjadi di perpustakaan. Gila!
     “Amni? Awal balik. Kata nak ke kedai buku?” sapa Rina, kawan sebilik aku. Tuala yang melilit bahagian kepalanya menandakan dia baru sahaja mandi.
     “Tak jadi. Ada seseorang dah spoilkan mood aku hari ini.”
     Terjungkit kening Rina mendengar. Dia duduk di katilnya dan menghadap aku. “Eh, tadi Jiha dan Ira ada bagi tahu aku. Ada budak junior sibuk tanya pasal kau. habis ditemu bual budak dua orang tu u dengan budak junior tu. Pasal apa eh?”
     “Serius, maknanya budak tu tak main-main dengan akulah?”
     Rina memandang aku dengan pandangan yang agak pelik. Aku hanya mampu mengeluh dan mengeluh.
     “Secret admirer ke?”
     “Ahh… secret admirer? Tolonglah Rina. Dia tu pangkat adik je bagi aku tau! No more than that!”
     “Hurm.. maknanya, Rafiq nanti ada saingan!”
     Omelan Rina menambahkan kekusutan di kepala. Sebaris nama lelaki yang sudah mencuba untuk menjadikan aku kekasih sejak semester pertama muncul. Baru aku teringat akan dia. “Eh, oleh sebab kau dah tersebut nama dia tu, nak tanya sikit. Ke mana dia menghilang? Dah seminggu aku tak nampak dia kat kampus.”
      “Dia balik kampong. Ada hal famili.”
      Aku terangguk-angguk.
*****
Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum aku hembuskan sekuat hati. Aku ulang beberapa kali sampaikan Rina, Jiha dan Ira memandang aku pelik. Masing-masing mendiamkan diri tidak mahu bertanya. Risau barangkali kalau aku mengamuk. “Kita ikut jalan lain.”
     “Eh, kenapa pulak? Ini kan jalan paling dekat dengan dewan kuliah?” Jiha bersuara terkejut. Dia menggaru kepalanya. Pelik barangkali dengan sikap aku.
     “Aku tak nak ikut sini. Tu..” Aku memuncungkan bibir.
     “Alaa.. takkan sebab budak junior tu, kau nak lalu jalan lain. Lagi satu, dari mana tiba-tiba ada wujud jalan lain selain jalan ni hah? Tak ada, kan?” Ira mengomel. Rina terangguk-angguk bersetuju. “Lantaklah dia tu, Amni. Tak kacau kita pun!”
     Rina tersenyum dan mengangguk-angguk. “Jomlah, Amni. Paling tidak pun, dia seorang je pun. Kita berempat.”
     Dan, akhirnya aku terpaksa mengalah. Sudah sebulan kiranya aku hidup dalan terpaksa. Terpaksa melaluinya untuk terus ke dewan kuliah. Terpaksa mendengar suaranya menyeru nama aku. Terpaksa menahan sakit di hati bila dia tidak sudah-sudah memanggil aku dengan panggilan-panggilan manja.
     “Amni..” seru Syahril. Aku hanya berdiam diri. Tidak mengendahkannya. Langkah kami berempat melintasinya tanpa memandang dia.
     Baru beberapa langkah jauh dari Syahril kedengaran seseorang menjerit memanggil nama aku. Aku berpaling. Sudah, lagi seorang dah muncul.
     “Hai Amni.. Hai Jiha, Ira dan Rina!”
     “Amboi.. nama Amni bukan main lagi sedap hang sebut eh. Nama kitaorang bertiga ni… sekali nafas je. Macam sebut tak sebut je bunyinya pun!” omel Jiha geram. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya bila Rafiq tersengih.
     “Mestilah, dah dia yang terpahat di hati. Kalau korang yang terpahat kat hati ini.. erm, nama korang aku sebut dalam bentuk melodi.” Rafiq tergelak-gelak menampakkan lesung pipit di pipi. Comel. Itu satu tarikan untuk aku tetap menatap wajahnya bila berhadapan dengannya. Dia tidak hensem, tapi dia comel. Eh?
     Aku menepuk bahu Rafiq menggunakan buku nota. Sengaja ingin menarik perhatiannya. “Dari mana?”
     “Library. Ambil barang tertinggal semalam.”
     “Fiq, minggu ni balik kampong tak? Amni ingat nak tumpang balik. Ibu suruh balik. Ada hal katanya.”
     “Erm.. balik. Tapi, naik ETS. Tak naik kereta. Okey ke?”
     “Bolehlah.”
     Rafiq tiba-tiba menepuk dahinya. Tidak habis-habis dengan perangainya itu. Mesti ada yang dia lupa. “Alamak, tadi aku park kereta kat tempat staf. Matilah aku!”
      Usai meminta diri, terus Rafiq berlari pergi.
     “Dia siapa?” soal Syahril tidak puas hati. Cemburu barangkali.
     “Kawan.”
     “Mesra je. Dia suka awak?”
     “Ya, ada apa-apa masalah ke kalau dia suka saya?” Aku menyoal dirinya. Sengaja memprovok.
     “Tak, tak ada masalah. Cuma, Amni kena tahu. Dia akan jadi pesaing saya!” Syahril berkata serius. Tiada tanda bermain. “Saya pergi dulu. See you..”
     Rina memeluk bahu aku. “Aku rasa budak tu serius dengan kau lah, Amni. Aku agaklah.. dia tu..”
     “Aku benci dia. Aku benci dia!” jeritku. Geram. Hidupku kini seakan-akan tidak lagi bebas. Dahulu aku masih boleh ke sana sini walaupun Rafiq sentiasa mengekori. Tapi, sekarang aku rasa tidak bebas kerana Syahril. Lelaki itu.. dia bagaikan bayang-bayang aku padahal dia sebenarnya tiada di tempat yang aku selalu berada.
     Ya Allah… bantulah aku!

“Seorang je ke?”
      Okey, aku cam suara tu. Tak perlu aku toleh ke belakang untuk tengok siapa punya suara tu. Dah kenal sangat. Kalau dalam satu hari suara tu tak bergema kat telinga aku, memang dunia nak kiamatlah jawabnya.
     “Mana Kak Jiha, Kak Ira dan Kak RIna?” soalnya lagi. Syahril terus duduk di hadapan aku tanpa rasa segan dan silu. Dia menongkat dagu.
     Aku kerutkan dahi. Eh, boleh pula dia letakkan perkataan ‘kak’ tu di awalan nama kawan-kawan aku. Tapi aku? “Ada hal.”
     “Saya temankan Amni?”
     “It’s okay. Nanti Rafiq datang temankan saya.”
     Syahril mengeluh perlahan. “Saya tak suka dia dekat dengan awak.”
     “Perlu ke saya kisah?”
     “Perlu! Wajib!”
     “Eh, saya dahagalah. Beli air mineral untuk saya.” Aku hulurkan sekeping not RM1 kepadanya.
     “On me.” Syahril bangkit dan terus menuju ke gerai minuman.
     Aku mengukir senyuman. Cepat-cepat aku mengemas barangan dan terus cabut lari. Telefon bimbit yang berdering memaksa aku berhenti melangkah dan menjawabnya. Sedikit tersorok dari kafe. “Fiq, kita jumpa kat taman jelah. Kat sana Amni bagi Fiq nota tu.”
      “Hah? Ohh.. okey. Fiq ke sana.”
     Telefon bimbit aku masukkan kembali ke dalam beg. Aku terus melangkah pergi.
     Bukk!
     “Aucchh.. kenapa main henti-henti ni!” Aku jerit lantang. Masih tidak pandang wajah orang yang baru sahaja aku langgar. Sambil menggosok dahi dan punggung aku mendongakkan wajah. “Syahril!!!”
     “Air..”
     Botol air mineral di tangan Syahril aku ambil. “Don’t do that again!” marahku.
     “You too, dear. Don’t do that again.”
     “Ahmad Syahril bin Ahmad Syahrom! Don’t call me with that name. my name is Nabihah Amni!”
     “Suka hati saya. mulut saya!”
     “Eh, awak tak kisah ke kalau orang pandang serong terhadap awak? awak tu junior, saya senior. Kita tak boleh bercinta. Tidak boleh!”
     “Satu je jawapan saya untuk awak. saya tak kisah! Tak kisah dan tidak pernah kisah. Ada faham?”
     “I hate you! I hate you! Tahu tak, awak dah buat saya macam orang gila dalam kampus ni tahu tak. Kenapa awak mesti muncul dalam hidup saya?” 
     “Nabihah Amni… kenapa ni?” Aku menoleh. Terkejut memandang Prof. Yahya a.k.a kawan arwah baba. “Tak pernah saya tengok awak menjerit sebegini. Kalau ada masalah, selesaikan elok-elok. Tak perlu menjerit.”
     “Uncle, Amni pening. Sejak dia ni muncul dalam hidup Amni.. Amni tak bebas. setiap masa mesti dia ada muncul depan Amni.”
     “Kamu kenapa selalu ikut Amni?”
     “Saya ingin mengenalli hatinya, saya ingin mencintai dirinya.” Syahril tidak berselindung. Dia harus jujur dengan hati dan perasaannya. Tiada guna berdalih. Itu sikapnya dari dahulu lagi. Tidak akan berbohong walaupun dalam melakukan hal yang tidak benar. Dia tidak pernah diajar untuk berbohong. “Mungkin ia tidak masuk akal sebab Amni tua empat tahun dari saya, tapi bagi saya ia bukan satu halangan untuk saya mendekati dia Prof. saya cintakan dia, ikhlas. Saya ingin mengenali hati budi dia terlebih dahulu sebelum menemui keluarganya.”
     Kata-kata Syahril kedengaran ikhlas. Matanya redup dan bibirnya lancar berkata-kata. Cukup hebat.
     “Amni.. dia hanya ingin berkawan. Tak mengapa, kan?”
     “Tapi..”
     “Saya hanya nak kenal hati budi awak. itu sahaja. kalau benar kita berdua tidak serasi.. saya tidak teragak-agak untuk undurkan diri. Saya janji!”
     Aku ketap bibir. Boleh pula dia berjanji depan Prof. Yahya yang dia hanya mahu mengenali hati budi. Wajah Prof. Yahya aku pandang. Aku terpaksa akur membuatkan Syahril tersenyum senang hati. Dengan perasaan suka, Syahril meminta diri. “Uncle, jangan beritahu ibu. Amni tak nak dia fikir bukan-bukan.”
     Prof. Yahya mengangguk-angguk. Mengerti. “Uncle tahu Syahril tu baik. Sejak dia masuk study hari itu, uncle yang ajar kuliah dia. He’s the best student in my class. Dia seperti arwah baba kamu. Cukup suka belajar, bertanya..”
     “Uncle ni.. tiba-tiba je..”
     “Tak salah rasanya untuk mencuba.”
     “Dia mudalah..”
     “Uncle tak fikir orang sekeliling kisah dengan hal tersebut. Usia bukan penentu kebahagiaan seseorang, Amni.”
     “Tapi Amni kisah. Lantaklah orang tak kisah, tapi Amni tak boleh terima. Dia muda.. Amni?”
     “Jangan begitu Amni. Selagi dia menghormati Amni, tiada istilah muda atau tidak. Biar usia dah lanjut, tapi hati tetap muda.” Aku membuntangkan mata bila Prof. Yahya tergelak-gelak. Pelik. “Uncle nak sambung kerja. Urm… nanti kalau ada masa terluang, datanglah ke rumah uncle. Lama kamu tak singgah. Aunty sudah rindu..”
     “Yalah, insya-Allah kalau ada masa terluang Amni ke sana.”
     Prof. Yahya senyum sebelum berlalu pergi.
     Aku menghelakan nafas sebelum menghayunkan langkah menuju ke taman. Aku pasti Rafiq sudah menanti aku di sana. Semuanya gara-gara Syahril.
     “Hello my lady! Kafe tu dah pindah ke mana?” Terjungkit kening aku disoal sebegitu. Pindah? Rafiq ketawa lepas. “Maksud Fiq, jauh sangat ke kafe tu untuk ke sini. Dekat setengah jam tau tunggu. Setahu Fiq, dalam 5-10 minit je nak ke sini. Apa kes?”
     “Tak ada apa-apa.” Aku diam sahaja dan terus menghulurkan buku nota yang aku pinjam darinya. “Hurm.. esok saya tunggu di KL sentral. Tak perlu ambil saya di asrama.”
     “Amni ke sana dengan apa?”
     “Teksi. Amni nak ke Putra terlebih dahulu. Beli barang sikit.”
     “Oh okey.. so see you tomorrow!” Rafiq melambaikan tangannya dan terus pergi tinggalkan aku.
      “Rafiq? Syahril? Seorang aku kenal sejak bangku sekolah, dan seorang lagi aku baru kenal dalam sebulan lebih. Dua-dua mahukan aku. Gila betul. Nak kata aku cantik.. cantik lagi Ira yang putih gebu tu. Aku ni apa ada?”
     “Awak ada apa yang mereka tak ada.”
     Aku tersentak. Terkejut. “Syahril, gila ke?”
     “Maaflah. Saya terpaksa muncul tiba-tiba dari belakang awak. kalau saya muncul dari depan, awak dah buka langkah seribu cabut lari.”
     “Nak apa lagi? Tadi tu tak cukup?”
     “Saya rindu nak tengok mata dan senyuman awak.”
     “Awak ambil gambar muka saya. lepas tu tatap puas-puas. Tak payah datang jumpa saya.”
     “Tak nak. Tak baik simpan gambar perempuan bukan muhrim.”
     “Dah tu baik sangat ke ganggu perempuan bukan muhrim?” soalku kasar.
     Syahril tersenyum. “Amni.. awak kisah ke saya ganggu awak?”
     “Ya, saya kisah?”
     “Awak kisah kalau saya nak kenal hati awak?”
     “Tak kisah!”
     “Awak tak kisah kalau saya lagi muda dari awak dan jadi kekasih awak?”
     “Tak kisahlah, saya tak kisah. Now, leave me alone.”
     “Cakap tak kisah, kenapa perlu saya tinggalkan awak sendirian.”
     Sudah. Apa dia tanya tadi. Matilah aku. Eeei….
*****
 “Kalau ibu tak suruh balik, memang Amni tak balik agaknya.”
     Aku berhenti dari melipat kain. Ibu yang duduk di belakang aku pandang. Sedikit terkilan suara ibu berkata-kata. “Ibu.. Amni bukan tak nak balik ke sini. Cuma Amni sibuk.”
     “Sudahlah Amni. Along dan Angah tu.. duduk jauh dari kamu. Elok seminggu sekali balik sini. Kamu yang duduk kat KL takkan tak boleh balik?”
     “Amni takut terserempak dengan Mak Long..” luahku. Aku diam sejenak. Memberi ruang untuk berfikir. Apa alasan yang hendak aku berikan?
     Tangan ibu lembut menyentuh lengan bahu. “Bukan salah Amni tolak pinangan dia. Ibu tak marah Amni tak setuju kahwin dengan Ilyas.”
     “Mak Long tu.. bila nampak Amni je, habis dicanangnya yang Amni pemilih. Macam-macam benda dia kata tentnag Amni sampaikan Amni rasa malu sangat.”
     “Macamlah kamu tak tahu perangan Mak Long tu. Pekakkan je telinga. Takkan sebab dia je, kamu tak nak balik sini.”
     Aku memusingkan tubuh menghadap ibu. “Amni minta maaf ya. Bukan Amni tak nak balik.”
     “Assalamualaikum..”
     “Wartawan CNN dah sampai,” omelku. Aku mencebik bila ibu mencubit pipiku. “Amni masuk dapurlah. Buatkan air dulu..”
     Ibu hanya mengangguk dan terus bangkit menuju ke pintu rumah. Aku masuk ke dalam dapur membuat air untuk dijamu.
     “Hah, ada kamu. Bila sampai?” Aku senyum mendengar sapaan Mak Long. Aku hidangkan minuman yang aku bancuh.
     “Baru je sampai tadi, Mak Long.”
     “Naik apa? Kalau tahu, boleh Mak Long suruh Ilyas ambil.”
     “Naik ETS. Abang Sulaiman yang jemput kat sana tadi.”
     “Apa hubungan kamu dengan si Leman tu?  Dia kan dah ada anak bini?”
     Aku jeling ibu yang membisu. Aku tahu ibu tidak selesa dengan perbualan itu. “Amni balik dengan Rafiq, Mak Long. Alang-alang tu, Amni tumpanglah Abang Sulaiman yang jemput dia.”
     “Kamu dengan Rafiq tu kiranya bercintalah?”
     “Kami kan kawan satu sekolah, satu kampong, satu universiti.”
     Mak Long terangguk-angguk seakan memahami. Aku hulurkan secawan kopi kepada Mak Long.
     “Takkan seorang je, Imah. Mana yang lain?” Ibu bersuara setelah lama berdiam diri.
     “Suami aku tu sibuk dekat kebun. Banyak benda nak dibuat kat sana. Faham jelah abang Mail kamu tu, tak reti nak berehat. Ilyas tu pulak ada hal kat tempat kerja. Orang kepercayaan syarikatlah katakana. Tu yang aku datang seorang je ke sini.”
     “Mak Long tak ada kerja lain ke?” Oopss.. aku terlepas cakap. Aku lihat ibu menyembunyikan senyuman.
     “Hah, pahitnya kopi kamu ni Amni. Reti ke tidak kamu buat. Tak boleh dibuat bini.”
     “Saja je Amni tak letak gula tadi Mak Long. Setahu Amni memang Mak Long tak minum kopi letak gula,” jujur aku membalas. Aku memandang pelik wajah kelat Mak Long.
     Cawan diletak ke atas dulang. “Ni ha.. aku ke sini tadi ada hal. Hajah Zahra tu.. nak masuk merisik si Amni ni. Untuk cucu dia. Okey ke tidak..”
     Sudah. Siapa pula yang nak dijodohkan untuk aku ni. Eeei..
     “Cucu dia? Yang mana? Hakim? Warits?” soal ibu.
     “Bukan.. dengar khabar, cucu bongsu dia. Yang mana satu pun aku tak tahulah.”
     “Amni, macam mana? Ibu memang tidak kisah. Tapi ibu nak dengar juga jawapan dari kamu. Okey ke tidak?”
     Jawapan dari aku? Cucu Hajah Zahra tu. Setahu aku cucu-cucu dia semuanya berpelajaran dan berkerjaya. Errmm… “Ibu, Amni ikut kata ibu jelah.”
     Aku rasa itu jawapan terbaik. Kalau ibu setuju, aku takkan membantah. Kalau ibu tidak setuju, sudah tentu aku melompat bintang. Tapi, aku rasa jawapan yang aku berikan lebih kepada untuk menyelamatkan diri dari terus diganggu Syahril.
     Mak Long tersenyum. “Setuju lah tu. Elok sangatlah. Tak payah susah-susah cari sendiri. Buat dosa je nanti. Nanti Mak Long cakap kat Hajah Zahra tu. Entah-entah esok dia datang sini hantar cincin.”
     “Suka hatilah Mak Long. Lagipun Amni ni dah tahun akhir. Kalau habis study nak terus kahwin pun okey. Tak kisah. Tanggunjawab pun tak banyak. Tumpu je kat suami..”
     “Amni setujulah kiranya?” Aku mengangguk mengiyakan pertanyaan ibu.

Rafiq duduk di hadapan aku. Riak wajahnya bersahaja seraya menjamah keropok lekor yang aku goreng. Mungkin juga dia dah bersedia dengan sebarang kemungkinan. “Cantik gila cincin tu. Aku tak mampu nak beli untuk awek aku pun.”
     “Perli saya ke?”
     “Kenapa nak perli? Saya terbukalah. Erm.. kira bertunang terus lah ni.”
     “Aah. Ikut perancangan habis je study ni, terus kahwin. Tapi tak tahulah. Sebab dengar kata cucu Hajah Zahra tu masih belajar lagi.”
     “Oh.. apapun tahniah.”
     Aku senyum.
*****
Cincin tunang sudah bertukar-tukar tangan. Dari Ira pergi ke Jiha dan dari JIha pergi pula kepada Rina. Masih belum puas, cincin itu berpusing lagi mengikut urutan. Entah bila cincin itu akan kembali ke jari aku. “Aku rasa macam tiba-tiba je.”
     “Entah, terkejut aku.”
     “Eh, so ceritera senior and junior kau boleh ditamatkanlah?” Aku mengangguk-angguk bersetuju dengan kata-kata Ira. “Hurm.. selamat juga kau dari bayang-bayang dia ya.”
     Rina duduk tegak. “Syahril? Hai..”
     “Saya dengar awak dah bertunang?” soal Syahril tanpa sempat aku berpaling.
     Cincin di jari Jiha aku capai lalu aku sarungkan kembali di jari manis aku. Lambat-lambat aku berpaling. “Ya, saya dah bertunang. Pilihan keluarga.”
     “Awak memang tidak mahu berikan peluang itu kepada saya, kan? Kenapa susah sangat awak nak terima saya sedangkan belum tentu pilihan keluarga awak tu awak kenal hati budi dia?”
     Aku bangkit. Terus aku tarik tangannya pergi dari kafe. Lebih baik aku menyelesaikan masalah itu di tempat yang tidak sesak. Sekurang-kurangnya tiada yang mengetahui butir bicara kami.
     Syahril menangis? Aku lihat ada air mata di pipinya. “Kenapa awak menangis?”
     “Awak tahu tak, awak bertunang dengan abang saya? Ahmad Fakhry tu abang saya! cuba awak fikir. Macam mana saya nak berhadapan dengan kakak ipar yang dalam diam saya cintakan dia? Kenapa awak terima dia?”
     “Saya tak tahu, Syahril.”
     “Saya tahu awak terima pinangan nenek saya sebab nak larikan diri dari saya, kan.”
     Salahkah aku? Manalah aku tahu cucu Hajah Zahra tu abangnya Syahril dan manalah aku tahu dia juga cucu Hajah Zahra. Aku bukan kenal sangat. Peliknya, aku dan dia satu kampong? Eh jodoh!
     “Syahril, saya minta maaf buat awak terluka. Tapi saya..”
     “Saya cintakan awak. saya cintakan awak dan saya cintakan awak. kenapa awak perlu sakitkan hati saya. kalau benar awak nak kahwin sebaik habis belajar, saya tak kisah. Saya boleh sara hidup kita walaupun saya pelajar.”
     “Macam mana saya nak terima awak kalau awak muda dari saya?”
     “Kenapa awak kisah sangat dengan usia? Sedangkan Rasulullah dulu berkahwin dengan Siti Khadijah yang jauh lebih tua. Bahagia.”
      “Kalau saya nak patah balik.. dah terlambat, kan? Saya tunang abang awak dan awak kena belajar untuk menerima saya sebagai kakak ipar awak.”
     “Saya tak akan biar benda ini terjadi. Awak kena ingat Nabihah Amni, awak hanya akan jadi milik saya seorang. Saya seorang!”
     Syahril melangkah pergi sebaik sahaja menuturkan kata-katanya. Aku tergamam seketika. “Syahril, Syahril… Ahmad Syahril Bin Ahmad Syahrom!”
     Berhenti pun. Aku terus berlari mengejarnya. Ada senyuman di wajahnya.
     “Don’t call me if you not ready, dear.”
     “Apa maksud awak?”
     “I love you… just wait and see.”
     Syahril pergi meninggalkan aku termangu sendiri.
*****
Dua bulan kemudian…
Aku termenung memandang skrin telefon bimbit. Ada satu mesej yang baru masuk dalam peti masuk. Aku mengeluh panjang dan membaca sekali lagi isi mesej tersebut.

-Saya Fahkry. Saya nak ajar awak keluar. Sebolehnya ingin berkenalan dengan awak-

“Macam mana ni, Rina? Aku takutlah nak keluar dengan dia.”
     “Keluar jelah. Tunang kau, kan?”
     “Kau cakap senanglah. Time aku keluar dengan dia nak cakap apa? Aku mana pernah keluar berdua dengan lelaki. Hurmm.. eh, kau temankan aku.”
     “Eh, tak naklah. Mengacau je. Kau keluar je dengan dia. Kalau kau tak nak, kau cakap kat dia yang kau tak sihat ke, kau ada assignment ke. Insya-Allah dia faham.. itu pun kalau dia cerdik!”
     Rina sudah tarik selimut menutupi tubuhnya. Cukup untuk memberitahu aku dia tidak mahu membantu aku menyelesaikan masalah.
     Beeepp.. beeepp...
     Telefon bimbit aku bergetar lagi. Ada mesej masuk lagi.

-Saya dah sampai depan asrama awak-

Nak tak nak aku melompat turun dari atas katil. Aku capai baju kurung dan sehelai tudung yang sudah siap aku seterika. Aku terus bersiap ala kadar. Selesai berpakaian aku mencapai beg sandang dan tanpa berpamitan dengan Rina aku keluar.
     Aku terkedu melihat Syahril berdiri di luar kereta. Pandangan aku berkalih ke arah lelaki yang baru melangkah turun. Aku mengamati seketika wajah Fakhry. Dia tampan, jauh lebih tampan dari Syahril. Matang, tidak ada rupa keanak-anakkan seperti Syahril. Ketinggian yang sama dengan Syahril. Oh ya, kenapa perlu aku membandingkan mereka?
     “Assalamualaikum.”
     “Waalaikumsalam.”
     “Erm.. maaflah. Saya bawa adik saya sekali. Saya takut ada mata yang melihat pula nanti kalau kita keluar berdua. Tunang bukan lesen untuk berduaan bukan?”
     “Tak, saya tak kisah.”
     Aku menjeling Syahril yang tersenyum. Entah apa yang melanda diri aku, aku membalas senyumannya. Buat pertama kalinya.
     “Kak Amni, mana cincin?” soal Syahril. Aku terkedu. ‘kak Amni’ dan kenapa hati aku rasa lain. Mengapa hati aku perlu rasa sakit dan bagaikan dihiris sembilu.
     Fakhry memandang aku dengan kerutan di dahi. “Erm.. mana cincin awak?”
     “Longgar. Lebih baik tak pakai dari hilang, kan?”
     Ya Allah, aku mampu menjadi pembohong terbaik. Semuanya gara-gara aku tidak merelakan pertunangan itu terjadi walaupun pada hakikatnya aku bersetuju untuk ditunangkan. Tidak, aku rasa bersalah.
     Syahril tersengih bagai dapat mengagak gelojak perasaan aku. Grr.. aku geram!
     Kelihatan Fakhry tidak mahu memanjangkan perbualan. Dia membukakan pintu untuk aku. Aku duduk di bahagian depan bersebelahannya dan Syahril terus masuk ke bahagian belakang. Dia duduk di bahagian belakang aku.
     “Nak ke mana?” soalku. Terasa bodoh kalau mengikut tanpa mengetahui arah tuju.
     “Makan, jalan-jalan..”
     “Ohh..”

Hati ini kadang-kadang jauh lebih bijak dari akal. Hati dapat membaca apa yang akal tidak mampu fahami. Seharian suntuk aku keluar dengan Fakhry dan Syahril. Ternyata dua beradik itu mempunyai perbezaan yang ketara.
     “Awak tak selesa dengan abang saya.” syahril mendekati aku sebaik Fakhry meminta diri untuk ke bilik air.
     “Seperti saya tidak selesa bersama dengan awak.”
     “Maksud saya.. awak jauh lebih tidak selesa bersama dengan dia. Awak seperti menjadi orang lain. Mengiyakan apa yang sepatut awak nafikan, dan menafikan sesuatu yang awak patut iyakan. Jelas.”
     “Mungkin sebab ini pertemuan pertama?” putusku. Aku yakin segalanya kerana Syahril. Hatiku berdegup kencang. Kalau dulu ia tiada, tapi sekarang ia muncul mendadak. Berdiri antara Fakhry dan Syahril membuatkan aku rasa lain. Dekat dengan Fakhry, aku biasa. Dekat dengan Syahril, aku terpana.
     “Abang Fakhry bukan lelaki yang romantic. Sama seperti saya. dia matang. Dia berjiwa besar, dan dia.. ego.”
     “Dia dan awak, lain. Apa yang saya rasa ketika bersama kalian.. lain.”
     “Sebab saya pernah ucapkan I love you pada awak, dan dia tidak pernah.”
     Aku tergamam.
     “Rancak berbual. Apa cerita?”
     Aku berpaling. Aku senyum. “Kuliah.”
     “AMni ada nak ke mana-mana?”
     “Makan. Lapar.” Syahril menyahut pantas sebelum aku sempat menjawab.
     “Mari, saya tahu satu tempat yang sedap makanannya.”
     Aku mengangguk sahaja.

Aku memandang menu yang dipegang. Pelbagai jenis lauk pauk yang disenaraikan di situ dan langsung tiada satu yang menarik hati aku.
     “Lagi?”
     “Chicken chop satu.”
     Aku pandang Syahril dan dia memandang aku. Barangkali terkejut bila aku dan dia memesan makanan yang sama. Aku tersengih berlagak biasa.
     “Air?”
     “Cappucino blended!”
     Sekali lagi kami sama. Aku terdiam. Panahan mata Fakhry membuatkan aku rasa segan. Tidak, aku bukan segan. Cuma aku rasa, lelaki itu mulai syak.
     “Erm, banyak persamaan. Tidak sangka.”
     “Kebetulan!” sahut Syahril seraya membetulkan kemejanya.
     “Hai Ary!”
     Aku mendongak. Melihat gadis yang baru menyapa Fakhry. Kelu lidahku.
     “Emira. Err..” Fakhry bangkit. Dia memandang aku dan Syahril bersilih ganti.
     Syahril mengerutkan dahi. “Kak Emi buat apa di sini?”
     “Temu janji dengan Ary.”
     “Ary, err… tapi…”
     “Ril, abang terpaksa jujur. Actually abang cintakan Emira.”
     “Serius?” Syahril teruja. Dia bangun dan terus memeluk Fakhry.
     Ya Allah, aku tersepit. Apa semuanya ini?

Aku menangis sepuas-puasnya. Terkilan dan malu. Aku terkilan kerana bertunang dengan lelaki yang aku tidak cinta dan aku sangatlah malu untuk berhadapan dengan Syahril. Lelaki yang aku habis-habisan tidak mahu.
     “Nah, tisu. Laplah air mata tu.”
     Tisu yang dihulurkan Syahril aku ambil untuk mengesat air mata. Aku pandang dia. “Terima kasih sebab sudi temankan saya.”
     “Untuk awak, saya sanggup buat apa sahaja. asalkan awak gembira, Amni.”
     “Tak sangka, hari ini merupakan hari pertama dan hari terakhir untuk saya keluar dengan tunang sendiri. Sadis!” gumamku.
     “Awak sedih?”
     “Sedikit. Tapi.. entah kenapa saya tak rasa hati saya sakit. hanya sedih. Sedikit terluka.. tetapi tidak berdarah.”
     “menangislah sepuas hati awak kalau itu yang terbaik.”
     “Saya dah puas menangis. Rasanya dah tak ada sebab untuk saya menangis. Life must go on!”
     Syahril tersenyum. “That’s my girl. Saya tahu awak kuat.”
*****
Rahsia itu aku pendamkan. Untuk hati sahaja. aku tidak mahu menidakkan kepedihan di hati tetapi biar ia sekadar peringatan. Aku tergelak kecil. Lucu terasa. Tidak menyangka akan sesuatu. Fakhry bersetuju untuk bertunang dengan aku kerana mahu mengelakkan diri dari Emira yang tua darinya tiga tahun. Aku pula bersetuju untuk ditunangkan dengan Fakhry kerana ingin lari dari gangguan Syahril yang muda dari aku empat tahun. Kini, status aku bagai terumbang ambing.
     “Saya rasa bersalah bila abang buat awak macam ni.”
     Beberapa kali Syahril berkata sedemikian. Sejak rahsia itu bocor, aku lihat Syahril semakin mendekati aku. Setiap hari dia akan ada di sisi aku. Memberi nasihat dan menceriakan aku.
     “Tak apalah. Abang awak jujur. Saya dapat terima hakikat.”
     “Tapi dia buat awak terluka.”
     Benar hati aku memang terluka. Tetapi, luka itu bagai dirawat dengan kehadiran SYahril. Aku rasa dia seperti ubat yang aku makan untuk terus sembuh. “Luka saya dah sembuh dengan kehadiran awak, SYahril.”
     “Amni, saya masih cintakan awak. boleh tak saya mencintai awak?”
     Aku mendiamkan diri. Memikirkan jawapan. Di hati aku berkata ya, tetapi akal berkata tidak. Bercanggah. Kadang-kadang aku dapat rasakan keserasian antara aku dan Syahril.
     Sedar atau tidak sedar, sebenarnya aku bagai mahukan dirinya berdamping dengan aku. Kehadirannya seringkali membuat aku tertunggu-tunggu dan gembira. Suaranya juga dapat membuat aku rasa bahagia berbunga-bunga. Perhatiannya dan segala yang berkaitan dengan Syahril mampu membuatkan aku jatuh cinta.
     Dahulu, mungkin aku berkata tidak kerana tidak mampu menerima kenyataan dia lebih muda dari aku. Tetapi sekarang.. sedikit sebanyaknya aku rasa dia adalah yang terbaik di mata. Ya, yang terbaik. “Boleh.”
     “Kenapa boleh? Sebelum ini awak tak nak.”
     “Saya selesa dengan awak. boleh terima jawapan tu?”
     “Tidak terlalu cepat untuk bertukar fikiran? Mungkin sebab abang saya dengan Kak Emi buat awak begitu?”
     Aku diam. Sebab itu atau aku benar-benar selesa dengannya?
     “Awak dah tanggal cincin yang abang saya beri.”
     “Saya tak suka pakainya.”
     “Kenapa awak tak suka?”
     “Eh, saya tahu kenapa saya selesa dengan awak. apa yang saya nak cakap dengan awak, mesti jujur. Kalau dengan abang awak, saya rasa seperti terpaksa..”
     Syahril tergelak lucu. “Akhirnya terserlah juga apa yang terbuku dalam kepala awak tu kan?”
     “Ahmad Syahril bin Ahmad Syahrom, awak tak kisah kan kahwin dengan saya?”
     “Hah?”
     “Gantikan tempat abang awak di majlis perkahwinan kami nanti?”
     “Eh, awak bergurau ke Amni?”
     “Tak, saya tak bergurau.”
     “Saya tak kisah! I will.”

Kaki Rafiq aku tendang dengan sekuat hatinya. Geram bila dia asyik bermain dengan androidnya dan aku turut sakit hati bila melihat Ira asyik dengan telefon bimbitnya. Aku pandang Jiha dan Rina yang ralit mencari jawapan di dalam komputer riba masing-masing. Pelik.
     “Fiq, Ira, what’s wrong?”
      “Hah, tak ada apa!” Serentak mereka menjawab. Terkejut barangkali. Aku lihat Jiha dan Rina memandang aku dengan pandangan yang pelik.
     “Erm.. aku nak kongsi satu cerita ni. Tapi aku takut korang terkejut atau marah ke apa. Aku nak korang faham aku dalam situasi aku.
     “Tentang?” soal Ira dengan kening yang terjungkit.
      “Aku dengan Syahril.. bercinta!”
     Terus mereka berempat memandang pelik. Aku senyum sahaja. pagi tadi aku dah berterus terang dengan Syahril. Aku rasa itu pilihan yang paling tepat. Bersama dengan dia, aku rasa bebas. lepas aku meminta dia kahwin dengan aku dan menggantikan tempat Fakhry, aku rasa tenang dan damai.
     Rina menepuk pehaku. “Fakhry?”
     “Ni yang aku nak ceritakan kepada korang.”
     Habis sejam masa rehat aku terbuang dengan bercerita mengenai kisah yang berlaku di antara aku, Syahril dan tunang aku, Fakhry. Terlopong mulut kawan-kawan aku mendengar cerita. Tak ada seorang pun yang membuka mulut menyelit.
     Air minuman Ira aku ambil lalu bibir cawan aku suakan ke bibir. Dahaga.
     “Hai semua kakak-kakakku!”
     Hampir tersedak aku mendengar sapaan Syahril yang bersahaja. Lekas aku menoleh dan aku terus tersenyum. Ya, aku tidak tahu kenapa. Sejak aku bertunang dengan abangnya, aku sering menantikan kehadiran dia dan sekarang, bila dia muncul di hadapan aku pasti aku akan tersenyum. Bahagia. “Hai Syahril.”
     “Hai Amni!”
     “Oh… kami bertiga hang panggil kakak, Amni elok hang panggil nama je.”
     “Sebab nanti senang. Takkan dah kahwin nak panggil kakak. Tak syok!” sahut Syahril nakal. Dia mengenyitkan matanya.
     Rafiq tergelak. “Bagus. Dah praktik. Tapi nanti macam mana? Amni still tunang Fakhry, kan?”
     “Nanti kami planlah.”
     “Actually kenapa abang awak kena tunang dengan Amni sedangkan dia ada kekasih?” Rina menyoal Syahril dengan wajah yang serius.
     “Mak saya tak suka Kak Emi sebab dia tua dari abang Fakhry. That’s why bila nenek cadang untuk jodohkan abang dengan Amni, mak setuju. Abang terpaksa sebab abang tidak pernah akan menolak permintaan mak.”
     “Boleh tahan juga kau dengan abang kau ya. Suka perempuan tua sedikit dari korang.”
     Serentak aku dan yang lain-lain ketawa besar. Ya, nampak lucu di situ. Benar kata-kata Rafiq. Ternyata mereka adik-beradik mempunyai satu persamaan ketara. Menyukai gadis berusia!
     Syahril tersengih.
*****
Suara Puan Masyitah bergegar di setiap sudut rumah. Merah wajahnya menahan marah bila dikhabarkan hal yang sangat tidak disukainya. Wajah kedua-dua orang anaknya dipandang. “Mak tak kira. Fakhry kena kahwin dengan Amni dan Syahril kamu jangan nak menggatal. Habiskan study dulu! Mak tak setuju kalau kamu nak kahwin dengan Emira!”
     Kaki Fakhry laju menolak kaki Syahril. Keningnya dijungkitkan.
     “Mak, takkanlah kami tak boleh..”
     “No!” Kata-kata Syahril lantas disekat. Tidak mahu mendengar sebarang alasan dari anaknya itu.
     “Kalau macam tu, Ary tak nak kahwin. I don’t love her, mak!”
     “Tak nak kahwin? Yang pergi setuju nak kahwin dengan dia dulu tu kenapa? Nak malukan mak?”
     “Masalahnya Ary cintakan Emira, dan Amni tidak cintakan Ary. Dia cintakan Syahril!” ujar Fakhry tidak mahu mengalah. Sekilas dia memandang ayahnya yang mendiamkan diri. Tiada gaya akan menolong. “Please mak. Fahamlah yang kami sudah ada pilihan masing-masing.”
     “Mak tak faham dan tak nak faham. Macam mana kamu berdua ni boleh bercinta dengan budak perempuan yang tua. Tak ada yang muda ke untuk dibuat kekasih?”
     “Jodoh, mana boleh halang!” celah Syahril. Dia mencuri pandang wajah emaknya yang sedang marah. Gerun!
     “Assalamualaikum!”
     Adila, adik bongsu mereka berlari masuk ke dalam rumah dan terus memeluk tubuh Puan Masyitah. “Mak, nak tahu tak tentang sesuatu?”
     “Ada apa, Dila?”
     “Kat sekolah tadi, ada budak lelaki tingkatan 3 bagi surat cinta kat Dila. Dia cakap..”
     Spontan Puan Masyitah memegang dahinya. Pening. “Abang, cuba awak nasihatkan anak-anak awak ni. Kenapalah…”
     Encik Wahid tergeleng-geleng. “Mas, biarlah mereka. Yang nak kahwin mereka, bukan awak. pedulikan apa orang nak cakap. Kita hidup di zaman millennium bukan di zaman tok kaduk.”
     Akhirnya ayah mereka memberikan pandangan. Terdiam sebentar Puan Masyitah. Adila yang tidak tahu apa-apa hanya menggaru kepala.
     “Lantak koranglah. Asalkan korang bahagia!”
     “Yes!” jerit Fakhry dan Syahril serentak. Puan Masyitah membuntangkan mata manakala Encik Wahid hanya mampu tersengih-sengih.

Laju aku berlari menuju ke arah telefon bimbit yang berdering. Aku tersenyum sendiri membaca mesej yang baru masuk. Terus aku mencapai tudung dan bersiap ala kadar. Selesai semuanya aku keluar.
     “Gaduh besar tak dengan famili?” Lembut aku menyapa Syahril. Tidak lagi seperti dulu. Sering berkasar kepadanya. Gedik juga aku ni, kan?
     “Sikit. Tapi semua sudah terkawal. Mak dan ayah okey. Cuma tinggal nenek. Itu mungkin susah sikit nak berbincang. Mak Amni?”
     “Erm… malam ni baru nak call ibu. Insya-Allah ibu okey je kut.”
     “Kut? I don’t like the word! Mesti ada kut ke?”
     Aku menjungkitkan bahu. “Fakhry mana?”
     “Kenapa tanya tentang dia?”
     Pertanyaan cemburu tu. Ni yang aku rasa macam seronok je nak mengusik dia. “Dia kan tunang saya. tak salah bukan tanya tentang dia.”
     “Tak salah. Cuma dia tunang awak, saya kekasih awak!”
     “ya ke? Serius?”
     “Amni, janganlah bergurau macam ni. Sakit jiwa ni nanti!”
     Terhambur jua ketawa aku melihat wajahnya yang memerah. Aku tersengih. namun, ketawaku tersekat. Pandangan mataku menangkap kelibat sekumpulan pelajar perempuan berbisik-bisik di suatu sudut. Tidak jauh dari situ.
     “Amni? Kenapa ni? Diam tiba-tiba..”
     “Ada budak pandang kita. Berbisik-bisik. Macam..”
     “Abaikan. Kita tak buat salah di sini.”
     “Rasanya tentu mereka sedang kata saya. bercinta dengan junior, padahal masih berlambak lelaki yang sama umur dengan saya?”
     Syahril menggeleng-geleng. “Dah, dah.. jangan nak mengada-ngada. Saya tak kisah, dan awak perlu juga untuk tidak kisah. Biarkan mulut orang kata kita, pahala tu yang penting. Free of charge!”
     Ish mamat ni memang. Asyik dengan tidak kisahnya sahaja. erm.. tapi betul juga apa yang dikatakannya. Aku dan dia tidak buat apa-apa. Apa yang perlu aku takutkan. Bagi aku, satu sahaja salahnya. Aku bercinta. Ya, bercinta dan berdua-duaan dengannya walaupun di tempat terbuka dan terang.
     “Erm.. saya nak solat Asar ni. Tak sempat solat tadi.”
     “Oh okey. Saya pun nak balik. Takut mak bising.”
     Aku sekadar mengangguk. Syahril masuk ke dalam perut kereta dan aku melangkah pergi.
     “Nabihah Amni!” jerit Syahril tiba-tiba. Kaki aku terhenti. Mujur tidak jauh lagi dari tempatnya. “Te quiero. sincero!”
     Erk.. nak jawab apa ni? Apa benda yang dia cakap tu! “Saya juga!” Fine, kalau dia cakap benda bukan-bukan memang nak kena penyepak. Kena google translate ni!
     Senyuman terukir di bibir Syahril. Arh.. tak tidur malam aku macam ni!
*****
Tersenyum-senyum aku bila sudah berjaya meng‘google translate’kan ayat yang diucapkan Syahril kepada aku. “Aku cinta kamu. Tulus.” Lembut bibir aku menuturkannya. Entah kenapa hati ini terlalu berbunga. “Aduh, gila dunia ini rupanya kalau dah bercinta.”
     “Hoi, mengelamun! Aku menjerit panggil nama, buat endah tak endah.” Rina yang memerah wajahnya kelihatan letih.
     “Kau dari mana ni? Nampak letih je?”
     “Kafe. Makan. Maklumlah.. ada junior belanja.”
     Kening aku terjungkit tinggi. Terkejut. Takkanlah Rina pun dah terkena penangan cinta junior. “Siapa? Ada junior try goda?”
     Bukk!
     Kusyen yang dibaling Rina aku kutip. Aku mengekeh ketawa melihat Rina yang masam.
     “Pak we kau yang belanja aku. Dia tak ada teman nak melepak!”
     “Hei, dia curang!” Aku menjerit lantang. Saja mengusik lantas Rina mencubit kedua belah pipi aku. “Aku tak sangka dia betul-betul belanja kau. tadi, dia mesej aku. Ajak aku keluar. Aku tolak. Then dia nampak kau masuk kafe. Dia tanya aku sama ada boleh tidak dia suruh kau temankan dia. So, aku cakaplah aku tak kisah.”
     Tak disangka-sangka bibir aku yang berceloteh panjang dikepit Rina menggunakan jemarinya. Sakit. nak je aku sepak Rina di muka. Suka hati dia menjahanamkan bibir yang dikhaskan untuk Syahril nanti. “Eeeei.. sakitlah!”
     “Padan muka. Jahat kau kan!”
     Aku mengekeh ketawa. Sungguh tidak menyangka Rina akan segeram itu. Aku senyum akhirnya bila Rina ikut ketawa.

“Ya Allah.. apa kesnya Amni?”
     “Syahril, adik Fakhry terlebih dahulu mengenali dan mencintai Amni, ibu. Kami dah kenal sebelum Amni bertunang dengan Fakhry..”
     “Sudahnya, yang kamu setuju nak bertunang dengan abangnya tu kenapa?”
     “Amni nak larikan diri dari Syahril sebab dia muda empat tahun dari AMni. Amni malu kalau bercinta dengan lelaki muda. Tapi tindakan Amni akhirnya terjerat bila sebenarnya Amni cintakan Syahril, bukan abangnya.. tunang Amni. Lagi satu, abang Syahril juga tidak cintakan Amni, dia sudah ada kekasih. Dia terpaksa tunang denga Amni disebabkan desakan Hajah Zahra.”
     Tiada guna untuk berselindung lama-lama. Baik berterus-terang. Lambat-laun ibu pasti tahu juga. aku tak nak ibu kedukaan.
     “Macam-macamlah kamu ni. Maknanya kamu tak nak kahwin dengan abangnya, tapi dengan adiknyalah?”
     Aku mengangguk-angguk bagaikan ibu melihat. “Aah. Amni cintakan Syahril bukan Fakhry. Ibu jangan risau, Fakhry tahu. Dia sudah mengaku yang dia pun tak cintakan Amni.”
     “Yalah.. nanti ibu jumpa Hajah Zahra. Ibu terus-terang dengan dia.”
     “Betul ke, ibu? Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan aku seorang ibu yang memahami. Thanks ibu!!!”
     “Eh, eh.. menjerit pula. Macamlah ibu tak dengar kamu cakap.” Suara ibu meninggi seperti aku. “Sudahlah, ibu nak solat Maghrib ni. Terganggu bila kamu call. Nanti apa-apa hal, ibu call kamu. Assalamualaikum.”
     “Waalaikumsalam.” Salam ibu aku jawab pantas. Aku tersengih melihat jam di dinding. Oh, Maghrib! Terlupa..
    
Syahril memanjat naik katil emaknya. Ayahnya di sofa tidak dipedulikan. Dia mencapai tangan Puan Masyitah. “Amni dah cakap kat ibu dia. Semua lancar. Siap nak tolong cakap kat nenek lagi.” Syahril mengenyitkan matanya. Ingin mencuri hati emaknya.
     “Apa-apa jelah.”
     “Please mak.. janganlah macam ni. Please, please…”
     “Ril!” Laungan Fakhry memaksa Syahril melompat turun dari atas katil emaknya. Terus dia keluar dari bilik emaknya.
     “Ada apa hal? Sibuk je, orang tengah pujuk emak!”
     “Ni ha.. hafal lagu ni jap. Kena hafal, wajib hafal!”
     Berkerut dahi Syahril memandang helaian kertas kecil di tangannya. ‘kerja gila apa pula abang aku nak buat ni?’ bisik hatinya memandang sepotong lirik lagu di atas helaian kertas itu. “Tapi…”
     “Aku main gitar sebab aku memang pakar main gitar, dan disebabkan kau memang mempunyai suara yang mantap, silalah menyumbangkan suara. Pujuk sikit hati mak tu.”
     “Haihh..”

“Ibu.. ibu..
Engkaulah, ratu hatiku..
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu..”
     Puan masyitah menggeleng-gelengkan kepala melihat kelakuan Fakhry dan Syahril. Hati yang membara dek ketidak mahuan kedua anak lelakinya itu dirasakan pergi perlahan-lahan. Dia menoleh ke belakang, memandang suaminya.
     “Anak-anak awak.. selagi tak dapat kata putus yang meyakinkan dari dua ulas bibir awak tu, selagi itulah mereka tidak akan putus asa. Awak sendiri yang mengenali hati anak-anak awak. tentu awak tahu apa kemahuan mereka. Jangan dibutakan oleh desakan mak saya.”
     Kata-kata encik Wahid berjaya mengetuk pintu hati Puan Masyitah untuk bersetuju dengan keputusan anak-anaknya. Dia terdiam bila kembali memandang ke bawah.
     Terdapat satu kain rentang yang bertulis, ‘Kami menanti keputusan mak. Walau apa yang terjadi sekali, emaklah ratu di hati kami. Bukan Emira mahupun Amni. Cuma… untuk mendapatkan puteri bagi hati putera mak ini, mereka memerlukan izin sang ratu hati..’
     “Mak, jom candle light dinner. Sebelum hujan turun! Ary dah masak favourite food mak ni!” jerit Fakhry lalu tersengih-sengih.
     “Eh, ayah?”
     “This night only for our mother, dad!”
     Encik Wahid tersenyum. Geli hati melihat tingkah anak-anak lelakinya itu. Dia menghampiri isterinya. “Pergilah, jangan hampakan anak-anak awak. mereka ikhlas.. walau apa yang terjadi, awak tetap ratu hati mereka.”

“nenek kamu macam mana? Emak takut nak cakap kat nenek.”
     “Mak, ini urusan keluarga kita. Kenapa nenek perlu masuk campur?” soal Fakhry. Tidak berpuas hati sebenarnya dengan nenek di sebelah ayahnya itu. Sejak kecil lagi, kehidupan dia dan Syahril sering mendapat campur tangan dari Hajah Zahra. Mungkin juga kerana mereka berdua cucu lelaki bongsu dalam keluarga besar Hajah Zahra. “Dari kecil sampai sekarang.. semua nenek nak aturkan untuk kami. Takkanlah sampai jodoh pun nak kena tunggu nenek yang pilih!”
     “Kamu cakap sendiri dengan nenek tu.”
     “Ril berani cakap!”
     “ril, ayah tak setuju. Kalau kamu mahu kahwin dengan Amni, yes you can. Tapi kamu kena habiskan study dulu. Belum bekerja ada hati nak berkahwin. Amni kamu nak bagi makan apa? Pasir?”
     “Laaa… sebelum ini kiranya ayah tak setujulah Ril dengan Amni?” soal Syahril dengan suara yang perlahan. Cuba meraih simpati.
     “Ayah cakap, selagi kamu study, jangan kahwin dengan dia. Bukan tak boleh kahwin dengan dia!”
     Syahril mencebik. “Tapi, kalau nak tunggu Ril habis study lagi 3 tahun, Amni dah 27 tahun.”
     “Baru terfikir pasal umur?” usik Fakhry.
     “Bukanlah.. cuma, macam dah lambat sangat je untuk dapat anak.”
     Bukk.. bukk.. bukk..
     Serentak tiga kusyen kecil mengenai tubuh Syahril. Langsung dia tidak sempat mengelak. “Apa ni?”
     “Tunang je dulu dengan Amni!”
     “Yalah, yalah…”
*****
“Hajah Zahra putuskan pertunangan saya dengan abang awak.”
      “Tahu. Malam tadi nenek call. Dari ayah, mak, abang Ary dan saya sendiri kena bebel. Ibu awak beritahu detail betul tentang hubungan saya dengan awak, dan hubungan abang Ary dengan kak Emi.”
     “Ibu memang jenis yang berterus-terang.”
     Syahril tersenyum. “Juga ibu yang memahami.”
     “Ya, itulah ibu saya dan juga bakal ibu mentua awak nanti.”
     “Ayah tak bagi saya kahwin dengan awak selagi saya masih pelajar.”
     “Kenapa?”
     “Sebab saya masih belum bekerja.”
     “Kita tunang dulu?”
     “Tak naklah.”
     “laa.. tunang jelah dulu. Sekurang-kurangnya saya dah jadi milik awak. tak ada orang boleh masuk line dah.”
     “Saya tak sabar nak bina sebuah keluarga dengan awak.”
     Serta-merta pipi aku berona merah mendengar kata-kata Syahril. Aku suka dengan caranya itu. Sedikit matang. Dia sudah memikir ke hadapan di usia muda sebegitu.
     “Saya pun.”
     “Te quiero. Sincere,” Syahril bersuara perlahan di tepi telinga. “Terima kasih sebab bagi peluang pada saya untuk mengenali awak.”
     Aku hanya mengangguk. Kalaulah aku tidak memberi peluang kepadanya tentu aku sekarang tidak rasa bahagia.
     “So, sekarang macam mana?”
     “Mak dan ayah dah buat keputusan. Abang Ary kahwin dengan Kak Emi dan kita bertunang. Nenek tak perlu diberitahu hal ini. Sebab ini urusan keluarga kami.”
     “Awak serius?”
     Syahril mengangguk laju. “Saya tidak pernah seserius sekarang. Untuk pengetahuan awak, sewaktu saya jumpa awak di library beberapa bulan yang lepas.. saya telah membuat satu keputusan yang agak berisiko. Saya berfikir panjang dan buat solat istikharah untuk dapatkan petunjuk sama ada saya perlu jumpa awak atau tak.”
     Kelu lidah ini mendengar kata-katanya. Aku akui, dia bersungguh-sungguh. “Saya sayang awak, Ril.”
     “Saya juga.”

Sekeping kad yang baru aku terima lewat petang tadi mengejutkan aku. Aku merenung lama kad itu sebelum beralih arah kepada Ira. “Diam-diam je kau kan? So macam mana si Rafiq tu boleh tergoda kat kau ni?”
     “Mula-mula tu dia cakap, dia nampak bayangan kau pada aku. Perwatakan kita hampir sama, kan. So dia cuba dekati aku dan bila dah lama kita orang asyik keluar sama-sama.. dia rasa aku bukan kau, dan kita memang berbeza. Cuma perwatakan kita sama. Tapi watak kita lain-lain. Dia cakap.. dia nak cuba untuk lupakan kau. sebab itu dia dekati aku. Alhamdulillah, dia berjaya.”
     “Aku tumpang gembira, Ira. Jiha dan Rina tahu?”
     Ira menggeleng. “Belum. Aku nak kau jadi orang pertama yang tahu. Mungkin disebabkan perwatakan kita yang sama inilah Rafiq suka pada aku.”
     “Be yourself, you can do it!” Aku gembira. Tak sangka, habis sahaja tahun terakhir kami di university itu, Ira akan berkahwin dengan Rafiq.
      “Aku dah lama sukakan dia, Amni. Cuma aku takut nak berterus-terang. Lagipun time tu dia asyik kejar kau je. Aku takut aku yang malu sendiri. Sebab itu aku pendamkan je perasaan aku ni. Tapi tka sangka, akhirnya dia pilih aku.”
     “Untunglah kau kan. Dapat si Rafiq tu. Anak tauke besar kat kampong aku tu tau tak! Memang okey sangatlah kahwin lepas habis study ni. Dia pun dah ada kerja kat kilang bapa dia tu. Aku? Kena tunggu Syahril habis study dulu baru boleh kahwin dengan dia.”
     “Tak apa, asalkan korang saling suka sama suka. Insya-Allah, korang tetap akan bersama nanti.”
     Aku mengiyakan sahaja kata Ira.
*****
Dua bulan kemudian..
Aku melabuhkan punggung di sebelah ibu manakala Syahril duduk di sebelah Fakhry yang turut diapit oleh ayahnya. Puan Masyitah pula duduk di sebelah Emira. Aku tersenyum bila Syahril menjeling manja ke arah aku. Sekilas aku melihat ibu yang mendiamkan diri. “Ibu, kenapa ni?”
     “Sepatutnya hari ini hari yang paling bahagia untuk anak ibu.. tapi,”
     “Insya-Allah, tak lama lagi Amni akan kahwin juga. ibu kena sabar je.”
     Hajah Zahra melangkah masuk ke dalam rumah. Adila yang duduk di sebelah terus menyiku lengan aku. “Kak, nenek tu! Jangan dekat dengan dia. Nanti dia gigit akak.”
     “Hissh, kenapa cakap nenek macam tu?”
     “Peringatan dari angah!”
     Sekali lagi aku memandang Syahril. Dia memberi isyarat yang sama seperti apa yang Adila sampaikan. Dalam maksudnya itu.
     Aku mengangguk. Hajah Zahra yang tiba-tiba menoleh membuatkan aku terus menunduk. Takut. Aku mendiamkan diri dan menghayati detik terindah yang terjalin antara Fakhry dan Emira.
     Selesai upacara akad nikah. Fakhry yang berusia 24 tahun dan bakal bergelar seorang jurutera tidak lama lagi bangkit untuk menyarungkan cincin kahwin pada jari Emira yang kini bergelar seorang peguam hartanah berusia 27 tahun. Sungguh mereka kelihatan serasi.
      “Tak lama lagi giliran kita pula.” Entah datangnya dari mana, Syahril berbisik perlahan di telinga aku. Ibu yang memandang terus mencubit Syahril. “Sorry ibu. Bukan tak tahu malu, cuma.. rindu. Seminggu tak jumpa..”
     “Banyak betul alasan kamu ni.” Ibu mengomel. Dia tersenyum pula mengenangkan Syahril yang tidak kekok memanggilnya dengan panggilan ibu. Mesra katanya. “Nenek kamu tu okey ke?”
      “Abang okey je kahwin dengan Kak Emi, takkanlah saya tak boleh?”
     “Manalah tahu..”
     “Semalam nenek mengamuk juga. masih tak setuju dengan pilihan abang Ary dan mak. Dia kata kami membelakangkan dia. Nasib baik ayah ada, kalau tak tentu tak jadi acara hari ni..”
     “Saya harap kita nanti tiada apa-apa yang akan berlaku.”
     “Kenapalah kita tak kahwin sekali tadi.”
     “Syahril? Buat apa kat sini?” sapa Puan Masyitah. Dia duduk di hadapan aku. Lembut jemarinya menyentuh tangan. “Amni dah makan ke?”
     “Sampai-sampai sini tadi dah makan. Ikut Syahril tadi aunty.”
     “Perangai korang ni memang sama. Syahril, Syahril, majlis belum bermula kamu bawa dia pergi makan ya?”
     Aku tersengih malu. Syahril pula hanya buat muka tidak tahu.
     “Mak, Ril nak kahwin juga.”
     Laju Puan Masyitah mencubit lengan Syahril. “Jangan menggatal. Habiskan study dulu!”
     “Abang pun masih study lah!”
     “Dia masih study, tapi dah nak habis study. Kamu tu baru je sambung degree. Ada hati nak nak kahwin.”
     “Yalah, yalah.. dah lah. Jangan cubit lagilah. Malu dengan Amni dengan ibu.”
     Aku dan ibu melepaskan tawa melihat gelagat Syahril. Merah wajahnya menahan sakit dicubit Puan Masyitah. “Bila Ril dengan Amni nak bertunangnya?” soal Syahril sebelum Puan Masyitah ingin bangkit.
     “Minggu depan!”
*****
Majlis pertunangan antara aku dan Syahril berjalan dengan lancar. Kehadiran Fakhry dan Emira yang baru melangsungkan perkahwinan seminggu sebelum itu juga ada memeriahkan lagi suasana. Hajah Zahra tidak kelihatan. Mungkin tidak suka dengan pertunangan itu. Aku hanya mampu mendiamkan diri.
     “Amni, janganlah sedih. Nenek masih marah dengan kami. Mungkin dia tidak sangka Syahril pun akan ikut saya dengan memilih perempuan yang tua dari kami.”
     Emira mengangguk. “Sabarlah ya. Suatu hari nanti, nenek akan setuju juga.”
     “Ehem.. ehem.. laparlah!”
     Buntang mata aku memandang Syahril yang duduk di sebelah Fakhry. Wajahnya selamba dengan kaca mata di atas kepalanya.
     “Siapa suruh masuk rumah?”
     “Ibu, dia suruh Ril masuk dalam. Check sama ada cik kakak sayang saya ini, dah makan ke belum. Kalau belum, putera terkacak di dunia ni nak jemput puteri yang paling jelita turun makan.”
     “Amni seorang je ke?”
     Syahril menggeleng. “Tak, dia suruh tengokkan sekali abang dengan Kak Emi. Tapi sebab Ril lebih sayangkan yang ni… so ajak yang ini jelah. Yang dua ini… pandai-pandailah pergi makan sendiri.”
     Aku tersengih lucu. Fakhry dan Emira hanya mampu menggeleng-geleng. Tidak lama selepas itu mereka berdua meminta diri untuk keluar menyertai amuan makan.
     “Sekarang episod kita hampir tamat. Cuma tunggu awak habis study je lagi.” Aku tersenyum memandangnya. Merona merah aku ketika menyebutkan hal itu.
     “Aah kan. Tak sangkalah hampir tamat. Tapi, nak tunggu tiga tahun lagi macam lama lah pula. Tak sabar dah nak naik pelamin dengan awak.”
     “Saya sanggup menunggu..”
     “Dan saya tak kisah walau seribu tahun lama lagi untuk menantikan awak. saya sanggup menunggu…”
     “Study elok-elok lepas ni. Awak nak tanggung anak orang lepas ni..”
     “Demi awak, saya sanggup lakukan apa saja. Saya tak kisah untuk..”
     “Tak kisah, tak kisah.. berapa banyak tak kisah awak ni?”
     Syahril ketawa galak. “Sebab tak kisah sayalah, awak dapat saya!”
     Aku turut ketawa. Aku bangkit. “Jom turun makan. Apa orang kata nanti tengok kita berdua kat dalam rumah ni. Kita baru bertunang, belum kahwin!”
     “Mari..”

No comments: