Friday, December 21

ops pikat! part 2

hari ni saya tak datang kolej. 
migrain.. semalam tidur lewat sebab cari point 
dalam tu.. sempat sambung taip cerita ni
sikit je.. tapi okeylah untuk korang semua baca. 
tak sampai hati nak bagi korang tunggu sambungannya sampai tahun depan

*****
Satu persatu tudung dibelek sebelum diletakkan kembali ke tempat asal. Masih tiada yang berkenan di hatinya. Dia beralih ke kedai menjual tudung yang lain pula. Selesai membelek dia keluar dari kedai itu. Tiada yang berkenan di hati. Kaisyah akhirnya melencongkan langkah kakinya ke kedai makan.
     “Hello!!”
     Spontan Kaisyah mengurut dadanya. Terkejut disergah. Hampir sahaja dia tercekik makanan di dalam mulutnya. Dia meneguk air beberapa kali sebelum memfokuskan pandangan pada seseorang di hadapannya. “You!!!”
     “Yes, it’s me!” sahut Amri dengan sengih lebarnya. Dia mendepangkan tangannya dengan bangga. “So, seorang je? Mana DIni. Rindu pula saya dengan dia.”
     “Kenapa nak rindu Dini pula? Dia bukan ada kaitan dengan awak pun!”
     “Cemburu ke?”
     “Sorry… saya cemburu? Hello.. wasting my time je!”
     “Okay. Saya nak makan. Awak temankan. Sekejap je. Sebab dalam pukul 4 saya ada kelas.”
     “Perlu ke saya temankan orang sewel macam awak ni?” getus Kaisyah bengang. Tangan kanannya laju dipanjangkan ke kerusi yang terletak di sebelah kanannya. ‘Eh, mana perginya beg aku ni?’
     Kaisyah mendongak melihat Amri yang selamba memakan lebihan makanannya tanpa segan silu. Elok pula lelaki itu menggigit jejari kentang yang separuh digigitnya.
     Sekilas, Amri menentang mata Kaisyah. “EH, kenapa awak pandang saya macam nak telan. Awak makan orang eh?”
     “Saya tak nak dengar apa-apa. Tapi, tolong pulangkan balik dompet duit saya. boleh?”
     “Ada dalam poket ni,” ujar Amri seraya menunjukkan poket di bajunya. “Kalau nak, ambil sendiri!”
     ‘Okey, dia dah lebih!’
     “Itupun kalau awak beranilah. Saya ni sensitive sikit. Kang terjerit ada orang nak cabul kehormatan saya pulak..”
     “Saya dah lambat masuk kerjalah.”
     “Kenapa awak susah sangat nak kawan dengan saya.”
     “Sebab saya tak nak awak jadi calon bakal suami saya! annoying gila tengok muka awak!”
     Amri buat muka blurr. ‘Muka aku annoying! Dia tak reti menilai seni di wajah aku ke apa?’ Dia mencapai jejari kentang di atas pinggan lagi lalu disuakan ke mulutnya. “Tapi saya ada enam bulan kan untuk ubah persepsi awak? saya nak try!”
     “No! you are not allowed to be my future husband. Calon pun tak layak!”
     “Saya nak tanya awak sesuatu. Kenapa awak tak nak kahwin?” Kaisyah kerutkan dahi. Dia merenung jauh ke dalam mata Amri. “Sorry, tapi mama awak yang beritahu.”
     “Mama always like that.”
     “Cool ada mama macam mama awak. sporting!”
     Kaisyah sengih sinis. Malas melayan. Dia menadah tangan meminta dompet duitnya kembali. “Dompet saya..”
     “Bagi saya peluang untuk memikat awak dalam tempoh enam bulan ni.”
     “Okey.” Kaisyah setuju tanpa banyak cakap. Melayan kerenah Amri sebegitu akan melemaskan diri dia sahaja. pening! Dia bangkit dan terus mencapai dompet duitnya dari tangan Amri.
     “Boleh saya bagi syarat?”
     “Ewah, ewah.. dah bagi betis nak peha.”
     “Satu je syarat saya. simple. Saya rasa awak senang nak ikut. Tak payah nak memeningkan kepala pun.”
     “Okey, apa dia syaratnya?”
     “Dalam tempoh enam bulan ini, hanya saya sahaja yang boleh memikat awak, mendekati awak. dalam erti kata lain, tiada lelaki lain yang boleh dekati awak selagi saya dalam tempoh memikat awak. boleh?”
     “Whatever…” Terus sahaja dia berlalu dari situ meninggalkan Amri yang masih tersengih. ‘Gila.. dia lelaki yang paling gila pernah aku jumpa.’
     Amri tersengih memandang wajah Kaisyah yang memerah. Geram dengannya barangkali.
 
“Dari mana, Sya?” sapa Uwais, ayah Dini sewaktu berselisih dengannya. kaisyah melepaskan pandangan ke arah Dini yang tidur di dalam pangkuan Uwais. Barangkali dia sedang tidur ketika dijemput pulang.
     “Window shopping. Erm.. kenapa tak biarkan Dini bangun dulu baru ambil?”
     “Abang dah janji dengan dia nak bawak dia pergi jalan. Lepas Asar ni terus pergi. Biar kejutan untuk Dini. Bangun-bangun je dah sampai..”
     “Ooh.. so berapa hari? Atau hari ni je?”
     “Abang cuti dua minggu. Spend time dengan Dini lama sikitlah. Mula-mula abang nak bawa Dini ke Cameron Highlands sebelum ke Kedah. Balik kampong..”
     “Lamanya. Mesti mama rindu dengan Dini nanti.”
     Uwais senyum. “itu tandanya awak dah kena kahwin. Lahirkan cucu untuk mama..” sahut Uwais. Lelaki itu turut menggelar Puan Aisya dengan panggilan nama mama. Kemesraan mama Kaisyah membuatkan dia terasa ingin memanggil wanita itu dengan panggilan tersebut.
     “Tak ada kaitan! Sudahlah.. layan abang nanti melekat kat sini sampai Maghrib pulak. Kaisyah tak mandi, tak solat.. abang tak bergerak ke Cameron pula.”
     Kata-kata Kaisyah disambut dengan gelak tawa Uwais. Seronok mengusik Kaisyah yang comel itu. Ada sesuatu di wajah gadis itu yang sering menarik perhatiannya. Lesung pipit. Mirip arwah isterinya!
*****
Selendang di atas kepala yang ditiup angin kipas dibetulkan agar tidak senget dan kemas. Kaisyah mencebik sedikit bila melihat sebiji kerongsangnya hilang. Dia mengeluh panjang sebelum menyelongkar beg tangannya mencari kerongsang yang lain untuk digantikan di situ.
     “Hishh… time beginiilah semua benda nak hilang. Geram betullah!”
     “Hai… bertemu lagi kita ya!”
     “Awak ikut saya ke?”
     “Saya… ikut awak? kenapa pula?”
     Kaisyah mengetap bibir. Dia terdiam. Melihat sekelilingnya sekilas. ‘Okey, fikir positif. Ini karnival buku. Dia ke sini sebab dia seorang pensyarah, mungkin dia nak cari buku. Kaisyah Amani… just think positive!’
     “Oh ya, awak ada program menandatangan novel ke?”
     “Hah?”
     “yalah… selalunya kalau karnival buku macam ni, kan ada program yang melibatkan penulis. Autograph session?”
     “Ouh.. err tak da? Sebab saya tak pernah buat. Saya menulis dan menggunakan nama lain. No ones know me.”
     “Awak pakai nama apa?”
     Kaisyah menggeleng-geleng. Biarlah rahsia itu kekal menjadi rahsia.
     “Mesti ada rahsia di sebalik nama itu, kan? Anyways, saya pergi dulu. Saya nak cari buku.”

Sejak pulang dari karnival buku, Kaisyah memerapkan diri dalam bilik tidurnya. Kata-kata terakhir Amri sebelum beredar di karnival buku itu kembali mengundang nostalgia lama. Terlalu sedih sehinggakan tiada siapa tahu berat menanggung rasa di hati. Dia terlalu kecewa.
     Kaisyah mencapai komputer ribanya. Terasa ingin meluahkan segala perasaannya ketika itu di dalam blognya.
     “jika aku tahu akhirnya aku sedih, tidak akan sekali aku meletakkan dirimu di tempat yang tertinggi. Jika aku tahu akhirnya aku sedih, tidak akan sekali aku melepaskan dirimu pergi. Jika aku tahu akhirnya aku sedih, tidak akan sekali aku membiarkan kau menjauh dari hidup ini. Jika aku tahu akhirnya aku sedih, akan aku terus berada di sampingmu sehingga akhir hayat…”
     Masih sama. Sejak permergian lelaki itu, dia sering mengungkapkan bait-bait ayat itu. Lelaki itu terlalu hebat di matanya. Lelaki itu punca dia terus melangkah ke hadapan. Lelaki itu pendorong utama hidupnya. Segala-galanya kerana lelaki itu.
     “Aku terlalu mencintai kau, Kamarul Aiman. Sehingga kini, aku mencintai kau. kenapa hati ini harus disakiti dengan pemergian kau. kenapa?”
      Secebis nota di dalam laci diambil. Lama dia memandang nota itu. Ringkas, tapi penuh dengan maksud tersirat.

     ‘Secebis harapan dititip buat sang kekasih. Hargai aku, ingati aku. Bersama senaskah cinta teragung, aku persembahkan. Warkah Cinta seorang lelaki!
Legasi Cinta,
Kamarul Aiman.’

Kerana novel cinta tulisan tangan lelaki itu dia bertekad menjadi seorang penulis. Menyambung kisah cinta dengan menulis segala cerita cinta mereka.
     Nama penanya.. Aiman Amani.
     “Aku.. Kaisyah Amani. Penulis novel yang berhubung dengan kalian di dalam blog ini. Aku seorang gadis. Mungkin pada sangkaan pembaca, aku lelaki. Dan mungkin ada yang menganggap aku seorang perempuan juga. ini kisahku. Mengapa aku berselindung di sebalik nama itu. Kerana warkah Cinta itu. Dia menulis untukku. Aku ingin menyambung impiannya menjadi seorang penulis. Dia benar-benar ingin menjadi seorang penulis buku yang terkenal. Oleh itu, aku menggantinya.
     Nama penaku.. Aiman Amani. Gabungan nama aku dan dia..”
     Satu rahsia terungkap. Dia akhirnya menyatakan siapa dirinya yang sebenar di blog itu. Tiada selindung lagi. Biar pembaca, peminat tulisannya tahu hal sebenar. Meski nama asalnya sudah terungkap, tapi tiada siapa yang tahu siapa dirinya sebenar.

No comments: