Tuesday, May 22

Cinta, itu kamu!


Qabiel memberhentikan keretanya di bahu jalan secara tiba-tiba. Agak terkejut dengan kehadiran seorang gadis berpakaian pengantin berwarna putih yang menahan keretanya. Lambat-lambat dia melangkah keluar dari keretanya. “Gila ke? Kalau aku tidak sempat tekan brek tadi, confirm, nyawa kau melayang. Aku tak pasal-pasal masuk lokap hari ini”
     “Tolong saya. Selamatkan saya”
     “Dah elok kau pakai baju nikah ni. Mana suami kau? Minta dia je selamatkan kau”
     “Saya larikan diri dari dia. Saya tidak mahu kahwin dengan dia. Tolonglah! Bakal suami saya, tua…hanya boleh dianggap sebagai seorang ayah!”
     “Okey, mari. Ikut aku. Aku perlu hadir ke majlis kahwin juga hari ini”
     Qabiel membukakan pintu untuk gadis itu. Dia mengeluh berat bila terpaksa membawa gadis itu sekali ke majlis perkahwinan ayahnya.

“Tidak, kenapa awak bawa saya kembali ke sini?” soal Nadrah. Dia menjerit kegelisahan di dalam kereta. Cukup kelam dirinya ketika kereta mewah milik Qabiel berhenti di halaman masjid. “Saya tak nak kahwin dengan dia”
     “Siapa lelaki tu? Namanya?”
     “Hashim. Tan Sri Hashim..saya terpaksa kahwin dengan dia. Semuanya kerana ayah saya berhutang dengannya. Cagarannya saya!”
     Qabiel mengeluh berat. ‘Ayah aku!’
     “Bawalah saya jauh dari sini, encik. Tolong saya”
     “Turun dulu. Saya akan settlekan untuk awak. Jangan risau”
     Nadrah menggeleng-geleng. Takut.
     Qabiel melangkah keluar dari perut kereta lalu menuju ke pintu bahagian penumpang. Langsung dia membuka pintu dan menarik tangan Nadrah keluar. Tanpa berbicara lebih lagi, dia terus memaksa gadis itu mengikut langkahnya masuk ke dalam masjid.
     “nadrah!” Kedengaran suara Puan Halimah menjerit. Gembira melihat anak gadisnya. “Nadrah, kamu ke mana sayang?”
     “Qabiel?” Tan Sri hashim terkejut melihat anak lelakinya itu bersama Nadrah. Gadis muda pingitan yang menjadi impiannya selama ini.
     “batalkan majlis ini, ayah. Dia terlalu muda untuk menjadi ibu tiri Qabiel”
     “Nonsense. This is a deal. Dia perlu bayar hutang”
     “Dengan mengahwini ayah?”
     Nadrah menunduk di dalam pelukan ibunya. Takut. Wajah ayah tirinya sudah tidak lagi berani ditentangnya.
     “Itu..seperti yang tertera dalam perjanjian!’
     “Nadrah, awak setuju berkahwin dengan ayah saya?” nadrah menggeleng. “That is. Batalkan!”
     “Kamu jangan nak melampaui batas, Qabiel. Kamu tiada kena mengena dengan hal ini”
     “Dia akan bayar hutang. Tapi dengan cara lain”
     Encik Tahir melangkah ke hadapan. “Cara apa? Jual tanah pusaka kami? Tidak! Saya tak izinkan!”
     “Dia akan kahwin dengan saya!”
     Terduduk Nadrah mendengar kata-kata Qabiel. Terkejut. ‘Ya Allah! Apa semua ini? Terlepas mulut buaya, aku masuk ke mulut harimau pula?’
*****
Nadrah memandang sekelilingnya sebaik sahaja melangkah turun dari perut kereta Qabiel. Tidak tahu di mana dia berada ketika itu. Dia menghampiri Qabiel. “Tak apa, biar saya bawa sendiri beg ini” Nadrah memanjangkan tangannya untuk mengambil beg pakaiannya di bahagian belakang kereta.
     “Let me, dear”
     Tangan Nadrah dipegang lembut. Mengalihkan tangan itu dari pemegang beg pakaian.
     “Err…siapa lagi tinggal di rumah ni?”
     “Jangan risau. Aku seorang saja. Termasuk kau, dua. Hujung minggu aka nada dua orang pekerja dating untuk cuci rumah. Seorang tukang kebun untuk berkebun. That’s all. Hari hari lain…akan hanya ada kau dan aku”
     ‘Aku dan dia je? Rumah besar macam muzium ni hanya ada aku dan dia je? Gila ke apa?’
     “Kenapa diam?” soal Qabiel seraya membuka pintu rumahnya. Dia menarik tangan nadrah masuk ke dalam rumah. Gadis itu cuba meleraikan namun dibiarkan sahaja tangan gadis itu di pegangannya.
     “Tak ada benda lain nak ditanya”
     “Kalau kau nak tanya apa-apa, tanyalah sekarang. Aku risau selepas ini aku akan sibuk, dan tiada waktu untuk menjawab satu soalan dari kau pun”
     Nadrah diam. Benar-benar tidak tahu apa yang nak ditanyakan kepada Qabiel. “Tiada”
     “Just one question. Tanyalah”
     Lambat-lambat Nadrah menggeleng.
     “Kau ni loading betullah. Orang zaman sekarang dah pakai windows 8 kau masih pakai window 97 ke?”
     “Err..”
     “Eh, tanyalah aku satu soalan. Simple question je”
     “Awak siapa?” soal Nadrah.
     Berkerut dahi Qabiel mendengarnya. ‘apa punya soalan lah minah ni tanyakan’ Qabiel memandang wajah Nadrah yang bersahaja itu. “Apa punya soalan kau bagi tu? Aku siapa? Tentulah aku ni suami kau. Qabiel Ashraf. Suami kau!”
     “Ouuh..suami saya? Err…saya ingat orang yang duduk di kaunter pertanyaan dan sedang menantikan orang bertanya soalan” gumam Nadrah lalu tergelak kecil. Dia menutup mulutnya bila melihat wajah Qabiel yang kusut. “Err..sorry. saya tak sengaja”
     “Comellah kau gelak tadi. Gelak sekali lagi”
     “Saya..saya sakit perutlah…err…kat mana tandas?”
     Bersahaja Qabiel menunjukkan arah tandas. Dia tersenyum lebar setelah gadis itu menghilang di sebalik pintu bilik air. “Macam manalah aku nak jadi suami dia ni. Tiba-tiba je dia datang dalam hidup aku”
    
Laju Qabiel melangkah menuruni anak-anak tangga.  Melilau matanya mencari kelibat Nadrah di setiap sudut rumahnya itu. Tiada. Dia menuju ke dapur. “Mana pula dia ni?”
     “Cari siapa?” soal Nadrah. Terpinga-pinga dia melihat lelaki itu yang tercari-cari sesuatu.
     “Cari kau lah. Kau je yang ada dengan aku dalam rumah ni”
     Nadrah tersengih. “Awak nak apa?”
     “Kau kat mana?”
     “Dalam bilik. Sembahyang”
     “Bilik mana?” Nadrah mengunjukkan jari telunjuknya ke sebuah bilik di bawah tangga. “Bilik kau kat atas. Faham?”
     “Kat mana?”
     “Bilik akulah. Takkan bilik stor kut!” sahut Qabiel geram. ‘Banyak tanya pula minah ni’
     “Kita sebilik?”
     Qabiel memandang wajah Nadrah. “Tak boleh ke? Aku suami kau bukan?”
     “Awak betul-betul mengharapkan perkahwinan ini kekal?”
     “Kenapa? Awak tak nak kekalkan ke perkahwinan ini? Perkahwinan bukan ke sebuah ikatan suci yang dapat mengelakkan dari maksiat?”
     “Maksiat? Kita tidak akan lakukan maksiat. Jika kita bercerai, awak dan saya tiada apa apa ikatan. Semuanya dah hilang. Kita tak perlu bertemu lagi”
     “Whatever. Malas aku nak layan kau. Nanti angkut semua barang kau masuk ke dalam bilik aku. Kalau tak, tahulah apa yang aku nak buat kat kau”
     Nadrah mengerutkan dahi. “Buat apa?”
     “Eh, berapa banyak soalan kau ni?”
     “Tadi awak suruh saya tanya soalan. Selagi awak tak sibuk. Saya tanyalah. Kebetulan banyak pula soalan yang saya hendak tanyakan. Takkan dah tak boleh?”
     Qabiel mengeluh panjang. “Arghh..kaunter pertanyaan ditutup. No mores question please. Aku nak keluar. Anything nak dipesan?”
     “Fikirkan..kita perlu teruskan atau tidak?”
     Anggukan kecil Qabiel sudah cukup menyenangkan hati Nadrah. Tidak pasti mahu menjawab apa. Sememangnya dia tidak pernah terfikir akan mengahwini sesiapa selagi umurnya belum mencapai 30 tahun. Tapi, semalam telah menyaksikan segalanya. Lafaz akad diucap penuh keyakinan. Mengambil Nadrah sebagai seorang isteri yang sah ke dalam hidupnya. Bercerai? ‘Ya Allah, bantui aku. Ini bukan sebuah permainan, ini sebuah perkahwinan’
*****
Tan Sri Hashim melepaskan satu pandangan kea rah Qabiel yang baru melangkah masuk ke dalam rumah agamnya. Pandangannya beralih pula kea rah Puan Sri Salmah dan Nik Zaimah. Kedua-dua isterinya itu membisu. Tidak mahu mencampuri urusan suami mereka bersama Qabiel.
     Perlahan-lahan Qabiel menghampiri ibunya. Bersalam sebelum melabuhkan punggung di sebelah Nik Zaimah.
     “Mana isteri kamu?” soal Tan Sri Hashim.
     “Di rumah”
     “Kenapa tak bawa dia ke sini sekali, Biel?” Puan Sri Salmah menyoal.
     “Dia tak nak” ujar Qabiel seraya memandang wajah ayahnya. Dia tersengih. “Ummi tidak kisah Biel kahwin? Tanpa restu ummi?”
     Puan Sri Salmah menggeleng. “Lain kali ke sini, bawa isteri kamu. Ummi mahu bertemu dengannya”
     Qabiel mengangguk. Dia memandang Nik Zaimah. Wanita yang hanya tua beberapa tahun darinya itu membisu. “Ibu Nik kenapa?” soalnya. “Hairan? Biel kahwin dengan bakal isteri ayah?”
     “Qabiel!” lantang suara Tan Sri Hashim menyebut nama anak tunggalnya itu.
     “Kenapa ayah? Marah ke?”
     “Kamu jangan kurang ajar!”
     “Ayah, saya tak kurang ajarlah. Saya masih hormatkan ayah. Masa ayah halang saya kahwin dengan Nik, saya sanggup lagi terima. Ayah kata dia tua dari saya. Okay, fine. Tapi, ayah tak tahu rasanya sakit hati saya. Ayah bersama dengan gadis yang saya cintai. Sekarang, ayah sakit hati? Saya kahwin dengan gadis idaman ayah? Marah?”
      “Kamu sudah melampau, Qabiel. Apa perempuan tu dah buat sampai kau sudah pandai kurang ajar?”
     Tersengih Qabiel mendengarnya. “Sudahlah ayah. Saya balik dulu. Saya tidak mahu menambahkan dosa. Assalamualaikum!” gumam Qabiel. Dia bersalam dengan Puan Sri Salmah. Sempat dia menghadiahkan senyuman sinis kepada Nik Zaimah. Dia berlalu ke muka pintu dan berpaling sejenak. “Kalau boleh..Qabiel tidak mahu ayah mengingati sebaris nama ini. Aisyatul Nadrah! Dia milik Qabiel. Hak milik Qabiel”
     Tan sri hashim bangkit dari duduknya. Terus sahaja dia melemparkan tongkat yang sering menemani langkahnya. Mujur anak lelaki tunggalnya berjaya mengelak. “Aku tak nak lihat muka kau dalam rumah ini lagi!” jeritnya.
     “Assalamualaikum”

Takut-takut nadrah menghampiri Qabiel di halaman rumah. Menggigil tangannya membawa minuman untuk lelaki itu. Dia berdehem beberapa kali cuba menarik perhatian lelaki itu bagi memberitahu kehadirannya di situ.
     “Orang yang termenung ni, memang banyak masalah. Awak ada masalah ke?”
     “Ada”
     “tentang?”
     “Kau”
     “Eh, eh..saya pulak. Kenapa? Apa saya dah buat?”
     “Aku terfikir. Kau isteri aku. Aku ada hak kat kau. kau pulak isteri aku. Kau bertanggungjawab kat aku. Kan?” Nadrah mengangguk. “Kau cantik..”
      “Pujian ke tu?”
     “Tapi..kenapa kau tak gunakan kecantikan kau tu..untuk goda aku?” soal Qabiel lalu tersengih nakal.
     “Nah air. Saya buatkan tadi”
     Qabiel senyum. Dia mencapai gelas di tangan nadrah. “Air sejuk? Kau tahu kan. Aku tak minum air sejuk. Apa pasal kau bagi aku”
     “Saya fikir awak tengah bad mood. Tadi balik marah-marah. Semua benda nak dihempas. Saya bagilah air sejuk. Redakan panas di hati”
     “kau jelah yang redakan panas aku” usiknya lagi. Dia melihat wajah Nadrah yang hanya disimbahi cahaya bulan. Menawan. Satu panorama yang indah. Baru tiga hari usia perkahwinan tanpa dirancang itu. Dan sudah tiga hari dia mengenali gadis itu. Gadis yang suka ketawa dan tersenyum. “Aku tak pernah tengok perempuan redakan kemarahan” ujarnya lalu menghirup air minumannya.
     “Awak pelik”
     “Pelik? Apa yang peliknya?”
     “Okey…saya nak tanya. Awak dah ada jawapan? Perlu kita teruskan perkahwinan ini?”
     “Aku tak nak bermain dengan akad. Aku suami kau, dan begitu sebaliknya. Awak kena faham itu. Kita berada dalam sebuah perkahwinan. Bukan satu permainan. Aku takkan ceraikan kau”
     “Tapi..”
     “Kita bercinta?” pintas Qabiel. Dia merenung jauh ke dalam anak mata Nadrah. “Aisyatul nadrah? Kita bercinta? Boleh?”
     “Saya..”
     “Full stop. Saya nak bercinta dengan awak. Muktamad. Sekarang…jom tidur. Ngantuk!”
     “Eh..saya…”
     Qabiel mendengus perlahan. Dia meletakkan gelas yang dipegang ke atas meja. Dia merapatkan diri dengan Nadrah. “Diam boleh tak?”
     “Saya nak…”
     Tanpa disangkakan, Qabiel mencium bibir Nadrah. Usai itu dia terus mengangkat tubuh Nadrah masuk ke dalam rumah. Gadis itu hanya terdiam tanpa sebarang suara. Mungkin terkejut.
*****
“Awak cakap aka nada dua orang dating kemas rumah?”
     “aku berhentikan mereka”
     “Sebab saya?” Qabiel menggeleng-geleng. “Sudahnya?”
     “Kau kemas rumah ni tiap-tiap hari. Mereka tiada benda untuk lakukan lagi. Buat apa menggaji orangg yang tiada kerja”
     “Kan sebab saya tu”
     “Sebab kau juga, mereka dapat kerja yang jauh lebih untung” Nadrah menjungkitkan kening. Tidak mengerti. “Aku bagi mereka kerja kat syarikat aku tu. Buat breakfast, dan lunch. Lagi untung. Gaji masuk setiap hari. Sebelum ni merreka kemas rumah ni, dapat seratus je. Sebab satu hari. Mereka dah kerja kat syarikat tu 4 hari. So far…hampir dua ratus sehari. Untunglah, kan?”
     “Oh, macam tu pun ada ya”
     “Eh, yang kau pakai baju ni kenapa?”
     Nadrah merenung tubuhnya. “Kenapa?”
     “menggoda”
     Langsung Nadrah menutup tubuhnya dengan tangan. Dia menjauhkan diri dari suaminya itu. ‘Pakai kain batik dengan t shirt pun menggoda?’
     “Nadrah, aku dahagalah”
     “Sekejap, saya buatkan air”
     “Aku tak nak air”
     Berkerut dahi nadrah mendengarnya. Dia memandang wajah Qabiel. “So?”
     “Aku dahagakan cinta…kau boleh berikan aku air untuk hilangkan dahaga cinta?”
     “Encik Qabiel Ashraf, saya rasa awak perlu jumpa pakar psikologi. Semakin hari semakin gila”
     “Laaa….gilakan isteri sendiri, salah ke?”
     “Siapa nak jadi isteri awak?”
     “Tak ada siapa” sahut Qabiel bersahaja.
     “Tahu pun”
     “Kau kan isteri aku..dah jadi”
     “Hisy…malaslah nak layan awak ni. Pening”
     “Belum lagi layan aku atas katil, dah pening?”
     Merona merah wajah Nadrah mendengar omelan Qabiel. “Stoplah mengarut!”
     “Kau tak nak bercinta dengan aku? Apa kata kita make love jelah. Lepas tu  baru kau reti nak bercinta dengan aku”
     “Eeeii…dahlah. Mengantuk. Nak tidur. Assalamualaikum!”
     Qabiel melepaskan ketawa besar. Suka melihat kegelisahan Nadrah. “Aisyatul Nadrah..jomlah make love. Barulah masyukkk”
     “I will lock the door” jerit Nadrah yang sudah masuk ke dalam bilik tidur.
*****
Sebulan sudah berlalu. Hubungan Qabiel bersama Nadrah seperti biasa. Bagaikan perhubungan dalam sebuah persahabatan. Masing-masing cuba mengelak. Qabiel masih menagih cinta dari nadrah. Nadrah pula sedaya upaya menepis. Hakikatnya, mereka berdua sama-sama sepakat untuk teruskan perkahwinan itu.
     “Nad, sinilah” Qabiel memanggil.
     “Tak nak” Nadrah melencongkan langkahnya ke sofa lain. Bertentangan dengan Qabiel. “Awak tak kerja ke?”
     “Malas”
     “Saya nak kerja”
     “Kenapa?”
     “Saya bosan duduk rumah seorang diri. Tiada apa yang nak dibuat sangat”
     “Kau sunyi?” Nadrah mengangguk. “Lahirkan anak, ramaikan penghuni dalam rumah ini”
     Berat keluhan Nadrah mendengarnya. “Encik Qabiel Ashraf…”
     “ya, Puan Aisyatul Nadrah…kenapa sayang…” sampuk Qabiel lalu mengenyitkan matanya. Nakal. “Dah ready nak bersama dengan aku ke?”
     Sebiji kusyen dicapai. Laju dia mencampakkannya ke arah Qabiel. “Jangan nak melalutlah!”
     Qabiel tergelak besar. “Aisyatul Nadrah?” panggilnya. Nadrah memandang wajah Qabiel. “Aisyatul Nadrah”
     “Apa dia?”
     “Kau suka aku tak?”
     “Tak”
     “Sikit pun tak?”
     Nadrah menggeleng.
     “Aku hensem tak?” Nadrah mengangguk. “Aku berharta?” Nadrah mengangguk lagi, bersama kerutan di dahinya. “Aku kuat pegangan agama?”
     “Iya…..perfect!”
     “Ciri-ciri suami yang bagus dalam perspektif islam, kan?”
     “Iya”
     “Kalau macam tu..silalah cintai aku. Aku perfect”
     “Isy..tolonglah. jangan cakap pasal cinta”
     “bercinta selepas berkahwin. Sweet, kan? Macam manisnya gula-gula kapas”
     “Saya tak pernah bercinta. Tak tahu apa perasaannya bila jatuh cinta” luah Nadrah.
     “Sebelum ni, aku pernah bercinta. Dengan gadis yang jauh lebih tua dari aku. Erm..taklah tua sangat. Cuma dua tiga tahun dari aku, lebih kurang”
     Nadrah membetulkan tempat duduknya. “Dah tu? Kenapa kahwin dengan saya?”
     “Aku dan dia tiada apa-apa hubungan lagi. Buat apa aku tunggu dia lagi. Dia dah bersuami”
     “Ooh..kasihannya awak. Mesti sedih, kan?”
     Qabiel hanya tersenyum kecil. Dia menyandarkan tubuhnya. Pun begitu dia terus berdiri sebaik melihat kelibat Puan Sri Salmah di luar rumah. “Ummi?” gumamnya sebelum menerpa ke muka pintu. “Ummi, apa khabar?” sapanya lalu bersalam dengan wanita itu.
     ‘Ummi? Mak dia ke?’ Nadrah menghampiri. “Assalamualaikum” ucapnya lembut. Takut dan gentar berhadapan dengan ibu mentuanya.
     “Waalaikumsalam. Nadrah ke ni?” Nadrah mengangguk. “Amboi, cantik orangnya. Manis!”
     “Ini ummi aku. Mak mentua kau” ujar Qabiel.
     “Ber aku-kau ke, Biel?”
     Qabiel dan nadrah sama-sama memandang ke kanan. Nik zaimah hanya tersenyum kecil menyapa Nadrah. “Nad, tu Ibu Nik. Isteri kedua ayah”
     “Lebih manis..madu tidak jadi awak” sahut Nik Zaimah. Sinis
     Nadrah hanya tersengih.
     “Ummi saja singgah ke?” Qabiel menyoal seraya membawa Puan Sri Salmah dan Nik Zaimah ke ruang tamu. Nadrah pula terus sahaja ke dapur.
     “Tak juga. Ummi memang nak ke sini tadi. Tengok kamu. Tunggu kamu ke sana? Jangan haraplah”
     “Biel dengan dia okey ke? Tengok macam timur dan barat je”
     “Kami okey. Tiada apa-apa yang tidak okeynya. Nadrah tu baik. Sopan. Taat. Pemalu. Pandai jaga hati..jaga mata”
      Nik Zaimah mengetap bibir. Sedar pujian terhadap Nadrah bagaikan dituju ke arahnya. Memaksudkan yang sebaliknya. Dia melemparkan pandangan ke pintu dapur. Kelihatan Nadrah keluar bersama sedulang minuman.
     “Nadrah, sihat?”
     “Sihat ummi”
     “Bahagia dengan Qabiel?”
     “Alhamdulillah, setakat ini kami bahagia”
     “Baguslah. Kalau boleh ummi tidak mahu dengarlah yang korang ini bercerai. Puncanya, tidak serasilah, tak bahagialah..tak ada cinta ke apa ke. Janganlah ya”
     Qabiel menguis kaki nadrah. Dia tersengih bila gadis itu mencubit lembut kakinya. “InsyaAllah ummi. Ummi jangan risaulah. Biel akan jaga hubungan kami. Ada pakej lagi nanti. Kebahagiaan rumah tangga berserta cucu-cucu ummi yang comel lote belaka..”
     Nik Zaimah memandang Qabiel. Meminta penjelasan. Jauh sekali dia tidak menyangka lelaki itu begitu mudahnya jatuh cinta dengan gadis lain. ‘Kau begitu mudah lupakan aku’
     “Ibu Nik, jemputlah minum. Sejuk nanti airnya” Sopan Nadrah menjemput Nik Zaimah minum.
     “nad, duduklah sebelah aku ni. Tak perlu malu dengan ummi dan Ibu Nik”
     Dalam keterpaksaan nadrah duduk di sebelah suaminya. Terpaksa dia menyesuaikan diri dengan keadaan itu. Benar, mereka sudah sebulan lamanya mereka tinggal sebumbung malah telah tidur sekatil. Namun masih belum lagi yang berlaku di antara mereka. Segalanya bagaikan teratur tanpa sebarang paksaan. Hubungan yang berlandaskan ‘sahabat’ masih belum dicerobohi.
     “Korang bagaimana. Bahagia?”
     Soalan Nik Zaimah membuat Qabiel tersenyum sendiri. Bersahaja dia memeluk bahu Nadrah. “Bahagia, sangat bahagia. Kami pun dah siap merancang keluarga” ujarnya sengaja membakar hati Nik Zaimah. Bukannya dia tidak tahu gadis itu masih menyimpan perasaan terhadapnya. Cuma, dirinya yang sudah tawar hati untuk menerima.
     Nadrah hanya mendiamkan diri. Memandang ibu mentuanya dengan sejuring senyuman kecil.
     “nadrah, kamu baik-baik sahaja kan?” Puan Sri Salmah menyoal. Sayu pandangannya memandang menantunya. ‘Kalaulah tidak, sudah sebulan kini kamu jadi maduku. Aduhai..kau terlalu manis dan sopan. Bagus juga kamu bertemu jodoh dengan Qabiel. Sekurang-kurangnya dapat dia melupakan Nik Zaimah’
     “Baik saja ummi. Qabiel jaga saya dengan baik”
     “Tapi kenapa masih beraku-kau? panggil nama saja. Kan lebih manis memanggil dengan panggilan yang lebih manja?”
     Sekilas Nadrah memandang wajah NIk Zaimah. Entah mengapa dia merasakan wanita itu seperti mencemuhnya melalui jelingan mata. Bagaikan ada saja yang tidak kena di matanya.
     “Kami berkawan dahulu. Baru berkasih. Selesa, barulah berabang sayang” sopan Nadrah menjawab. Tahu ada sesuatu yang terselindung.
     “Berkawan? Itu katanya bahagia?” nik Zaimah menyoal penuh sindiran.
     Puan Sri Salmah bangkit. “Ummi minta diri dululah, Nadrah, Qabiel. Ada banyak benda yang kami perlu lakukan lagi”
     Qabiel menyusul langkah umminya ke muka pintu. Dibiarkan sahaja Nadrah di belakang berjalan seiring dengan Nik Zaimah. Sesekali dia berpaling. ‘Kau cemburu, Nik. Baru kau sedar betapa aku menderita kerana gagal memiliki kamu. Baru kau tahu betapa pedihnya bila melihat orang yang tersayang bersama dengan yang lain’

Nik Zaimah mengeluarkan sebuah kotak kecil dari bawah katilnya. Perlahan-lahan dia membuka kotak itu. Sekeping foto dikeluarkan. Sayu hatinya melihat foto yang diambil lima tahun sebelumnya. Ketika itu dia dan Qabiel masih bersama. Setia mengikat janji sebagai pasangan kekasih. Entah apa yang telah terjadi sehinggakan dia beralih arah kepada Tan Sri hashim, ayah Qabiel.
     ‘Qabiel..aku masih mencintai kau. kenapa kau tinggalkan aku juga. Kenapa? Kenapa kau tidak menunggu aku?’
    Pintu terkuak besar. Kelihatan Tan Sri hashim melangkah masuk dengan wajah yang kusut. Lama dia memandang Nik Zaimah yang hanya bergaun. Pandangannya dileretkan lama dari atas ke bawah pada tubuh isteri keduanya itu. “Aku dengar kau berjumpa Qabiel?”
     “Saya pergi dengan Kak Salmah. Kebetulan”
     “Aku tak suka. Jangan ke sana lagi”
     Nik zaimah bangkit. Tanpa disengajakan, foto yang dipegang terlepas lalu jatuh di lantai. Tan Sri hashim mara ke hadapan. Foto yang terdampar di atas lantai nyata mengundang kemarahannya. Langsung tubuh gadis itu dicengkam. “Kau memang cari nahas!” tengkingnya lantang. “Patutlah, aku mahukan kau. kau beri alasan. Sekarang apa lagi alasan yang kau nak bagi?”
     “Saya tak cintakan awak. Saya cintakan Qabiel. Saya menyesal pilih awak. Saya menyesal!”
     Pang!
     “menyesal? Kau menyesal? Kau gilakan duit aku. Kau dah dapat duit aku. Kau nak berambus ya?”
     “Lepaskan saya..saya tak nak hidup dalam kepuraan lagi”
     “kurang ajar!” Tubuh Nik zaimah ditolak ke atas katil. Tubuh itu ditimpa kasar. Akal membisik jahat. Hati memaksa dan jiwa memberontak memahukan segalanya. Rintihan Nik Zaimah dibiarkan sahaja. Dia tidak peduli. Kemahuannya pada Nadrah yang dilampiaskan pada tubuh isteri keduanya. Dia marah bila buat pertama kalinya dia gagal. Bayangan Qabiel dan Nadrah sememangnya mengganggu. Dia tidak suka anaknya bersama dengan gadis yang diingininya. ‘Nadrah…Nadrah…kau gadis pertama menolak cinta aku’
*****
“Tak..tak nak. Nad tak nak ayah. Tolong nad..Nad tak nak. Fahamlah ayah. Ayah..tolonglah..tolong nad, ayah”
     Qabiel tersentak. Doa yang dipanjatkan dipendekkan. Dia bangkit dari tikar sejadahnya. Terus dihampiri isterinya yang sedang kecelaruan dalam lena. “Nad, nad, kenapa ni?”
     “Ayah!!!” jerit Nadrah. Dia terjaga dari tidur. Terus sahaja dia memeluk tubuh Qabiel. “Ayah..ayah..”
     “Syhh..syh…kenapa nad?”
     “Saya..saya..takut….”
     “Beritahu aku. Kenapa?”
     Perlahan-lahan dia melerai pelukan pada tubuh Qabiel. “Mmaaaff..saya tak sengaja”
     “Tak mengapa. Aku suka”
     “Saya…saya…”
     Suara mendesah Nadrah menggamit suatu perasaan di sanubari Qabiel. Peluh yang merenik di muka gadis itu memaksa dia memegang pipi gadis itu. Segala yang ada di depannya ketika itu membuat dia rasa tidak keruan. Sebelah tangannya sudah memegang belakang kepala Nadrah. “Aku mahukan kau mala mini. Berikan segalanya kepada aku. Aku mahukan cinta kau. kita mulakan dengan ini..” bisik Qabiel di telinga Nadrah. Romantic suaranya membuatkan Nadrah terpesona. “Izinkan aku untuk terus menjadi suami kau. izinkan aku menjadi pelindung kau. izinkan aku mengisi ruang kosong di hati kau”
     Nadrah mengangkat tangannya. Memegang lembut belakang kepala Qabiel. Bibirnya bergetar. Tubuhnya menggigil. “Saya tidak tahu. Tapi saya harus mencuba. Saya tidak mahu meminta penceraian, saya hanya mahukan kebahagiaan. Kalaulah awak cahaya kebahagiaan saya, sirami saya dengan cahaya itu. Kalaulah awak merupakan air hujan cinta saya, mandikanlah saya dengan air hujan itu. Curahkannya…curahkannya…”
     Lembut kepala Nadrah ditarik ke hadapan. “Sebentar tadi aku solat istikharah. Meminta petunjuk. Aku yakin dengan kata hati. Dan aku bertambah yakin dengan jawapanNya. Aku mahukan kau. aku mahukan kau, Nadrah. Aku tidak membohongi diri aku sendiri. Mahukah kau menerima aku sebagai seorang suami yang sebenar dalam hidup kamu”
     Nadrah membalas perbuatan Qabiel. Menarik kepala lelaki itu menghampiri wajahnya. Dekat. Kini, nafas mereka sudah bertemu. Semakin bersatu dalam desahan cinta. “Saya akan menerima setiap satu perbuatan awak kepada saya. Izinkan saya mencintai awak, suamiku”
     Tubuh Nadrah ditolak lembut. Dibaringkan isterinya dengan hemat. Dia mengukir senyuman. “ya Allah, berkatilah hubungan kami. Setelah petunjuk yang diberikan, aku menyakini. Dia jodoh aku. Dan dia adalah isteri dan bakal menjadi ibu kepada anak-anakku” bicaranya sebelum menunaikan hak mutlaknya ke atas Nadrah.
    
Qabiel menghampiri Nadrah yang sedang leka mencuci sayuran di sinki. Dia memeluk tubuh isterinya itu tanpa disedari nadrah. “Good morning, sayang” sapanya penuh romantis di telinga Nadrah. “Kenapa awal sangat bangun tidur?”
     “Terjaga”
     “Malu dengan abang?”
     “Abang?”
     “Hurm..salah ke? Rasanya itu jauh lebih sesuai dari sebelumnya. Abang suka panggilan itu. Boleh?”
     “Abang..abang rasa apa?”
     “Gula-gula kapas” jawab Qabiel lalu ketawa besar. “Manis. Manis bercinta dengan isteri sendiri”
     “Nik Zaimah tu…”
     “Dialah cinta pertama abang” jujur dia mengakui. Tidak mahu berselindung dengan isterinya. “Ayah merampas dia dari hidup abang. Dan dia menerima tanpa memikirkan perasaan abang”
     “Kenapa abang kahwin dengan saya?”
     “Tertarik…awak cantik sangat di mata saya ketika itu. Ketidakinginan awak terhadap keputusan ayah dulu, membuat saya terfikir awak bukan gadis mata duitan. Mungkin juga, saya ditakdirkan untuk bertemu dengan awak dan berkahwin dengan awak”
     “Saya tahu abang baik”
     Qabiel senyum. “Hurm..baik? apa kata kita sambung kemanisan cinta kita semalam”
     “Tak naklah..”
     Bersahaja Qabiel mengusap perut isterinya. “Malu?” Nadrah mengangguk lembut. “Janganlah malu dengan abang lagi” pintanya.
     “Malulah..”
     “Perut ini..kempislah. tak nak isikan ke?”
     “Apa ni? Malulah..”
     Qabiel gelak besar. “Lagilah abang suka”
     “Abang..”
     “Manjanya..memang abang suka!”
     Nadrah menggeleng-geleng. Tidak tahan dengan usikan Qabiel.

Roti ditabur ke dalam kolam ikan. Dia leka sekali melayan nasibnya. “Arghh..memang padan muka dengan aku. Dapat yang baik, mahukan yang lebih baik” gumamnya geram. Nik Zaimah mendengus kasar kemudian. Teringat memori lewat malam itu. Tubuhnya sakit dinodai Tan Sri Hashim tanpa kerelaannya.
     “Zaimah, buat apa tu?”
     “Termenung”
     “kenapa?”
     “Sakit hati”
     Berkerut dahi Puan Sri Salmah. “Kenapa? Pasal Qabiel dan Nadrah? Huh..lupakan jelah. Kakak tahu kamu sakit hati dengan mereka. Sebab mereka bahagia tetapi kamu pula sengsara?”
     “Kakak suka? Suka lihat saya begini”
     “Kalau kamu tidak berkahwin dengan suami kakak, sudah tentu kamu sekarang ni menantu kami. Bukan ibu tiri Qabiel”
     “Huh”
     “Kita cakap, melawan!”
     Nik Zaimah mencampakkan bekas roti di tangannya. Terus sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah.
*****
Sebuah kotak di atas meja menarik minat untuk Nadrah menyentuhnya. Lambat-lambat dia mencapai kotak tersebut seraya memerhati sekelilingnya. ‘Apa benda ni?’
     “Hah!” sergah Qabiel lalu merembat  kotak tersebut dari tangan Nadrah. “Sesuka hati je usik barang abang erk”
     “Aik..sejak bila berkira ni?” soal Nadrah kehairanan. Terus sahaja dia mencuit lengan Qabiel. Mahu meminta kotak tersebut. “Abang…apa dalam tu? Nad nak tengok”
     “Adalah. Mana boleh tengok. Rahsia”
     “Okey..rahsia, ya. Tak apa, tak apa. Nad pun tak nak beritahu rahsia Nad pada abang”
     “Rahsia apa?” Qabiel menyoal sambil menyorotkan matanya ke tubuh Nadrah. “Bersiap nak ke mana? Cantik baju kurung tu”
     “Saya baru balik dari pasar. Beli barang dapur”
     “Ouh…patutlah abang bangun tidur tengok sayang dah hilang”
     Nadrah tersengih. “Sorry, Nad keluar tanpa izin abang. Abang lena sangat. Susah nak kejutkan. Lagipun, nad ada tinggalkan nota di bantal”
     “Dah..abang ada baca. Jangan risau. Abang percayakan, sayang. Hurm…hari ini nak masak apa. Abang tolong”
     “Abang nak tolong? Tak payahlah. Awak tu PhD in business. Bukan PhD lain”
     “PhD lain?”
     “Pakar hancurkan Dapur” sahut Nadrah lalu tergelak gelak.
     “gelak, gelak….cium mulut tu nanti baru tahu!”
     “Ciumlah” gasak Nadrah. Mengusik suaminya.
     “Ahh..malaslah. nanti tak boleh buat benda lain. Hurmm..nak masak apa ni. Abang tolong. Cepatlah cakap”
     “Masak nasi tomato! Ada ayam masak merah, acar sayur, dan salad sayur”
     “Specialnya, ada apa sebenarnya hari ini”
     “Entah, yang abang ni? Kenapa baik hati sangat nak tolong masak?”
     “Diam…jom masak”
     “Nak tengok kotak tu dulu..” manja suara Nadrah meminta. Lengan suaminya diusik dan digugah. “Pleaseee…”
     Qabiel mengeluh panjang sebelum menyerahkan kotak tersebut kepadanya. “Jangan terkejut”
     “Wow…cantiknya”
     “Untuk Nad..”
     Nadrah terlopong. Dia memandang Qabiel. “Untuk apa?”
     “For your birthday..” sahut Qabiel. “Hari ini birthday sayang, kan?”
     Spontan Nadrah menepuk dahinya. “Masya-Allah, Nad lupa. Memang hari ini birthday Nad”
     “So abang fikir nak celebrate. Abang nak masak untuk sayang”
     “Ouh..itu kisahnya. So..abang masak jelah” gumam Nadrah. Dia tersenyum lebar dan terus memalingkan tubuhnya. Ingin keluar dari dapur.
     “Jap, jap..rahsia Nad?”
     “Perlu ke beritahu?”
     “Perlu”
     “Hurm…nanti-nanti jelah. Abang masaklah dulu”
     “it’s not fairlah sayang. Beritahu cepat” desak Qabiel. Tubuh Nadrah dihampiri. “Cepat,”
     “Nanti jelah”
     “No…now”
     Nadrah senyum. Tangan kanan suaminya dicapai lalu dibawa ke perutnya. “Abang dapat rasakan sesuatu?” soalnya lembut. Mekar senyuman Qabiel nyata memberikan jawapan. “Hampir tiga bulan usia kandungan Nad, abang”
     “Oh my God! I love you damn much, honey! Abang happy sangat. Happy..alhamdulillah..”
     “Insya-Allah, dalam enam bulam lagi zuriat kita akan menjenguk muka bumi”
     “Ya, dan tiada lagi alasan yang orang tu tak dapat cintakan abang selepas ini” usik Qabiel membuatkan Nadrah menjegil mata. “Abang akan call ummi lepas ni. Sayang jangan lupa beritahu mak sayang”
     Nadrah mengangguk sahaja. Suka melihat suaminya gembira.

Terduduk Nik Zaimah mendengar perbualan di antara Puan Sri Salmah bersama Qabiel di telefon. Menggerutu hatinya bila mengetahui Nadrah sudah hamil, dan ia benih dari lelaki yang dicintainya. Hatinya pedih. Tangannya menghala ke perut. ‘Dia menghamilkan anak kau, Qabiel. Dan aku? Menghamilkan adik kau…kenapa aku mesti begini?’
     “Zaimah, kenapa dengan kamu ni. Sakit perut ke?”
     “Tak ada apalah kak. Senggugut barangkali”
     “Pergi makan ubat kalau macam tu. Nanti melarat”
     “Ya, kak”
     “Eh, sebelum tu. Tadi Qabiel telefon. Ada berita gembira. Dia dan Nadrah tak lama lagi akan dapat anak. Ya Allah, gembiranya kakak dengar. Nak jadi neneklah katakan”
     “Alhamdulillah” sahut Nik Zaimah perlahan. Wajah yang penuh kegembiraan terpancar di wajah Puan Sri salmah dipandang dengan penuh kebencian. ‘Kalau tidak, sekarang ni dia mengandungkan anak tiri kau juga!’
     “Oh ya Zaimah, mahu ikut akak ke airport tidak? Abang balik hari ini?”
     “Tak. Saya rasa kurang sihat”
     Puan Sri Salmah mengangguk.
*****
Tiga bulan kemudian…
Tan Sri Hashim memalingkan wajahnya sewaktu melihat Qabiel berjalan seiring dengan Nadrah masuk ke dalam dewan acara. Dia sama seklai tidak suka melihat anak lelakinya itu berdampingan dengan gadis itu. Hatinya tidak tenteram malah sangat bergelora. “Aku tak suka kau pandang Qabiel” getusnya. Geram dengan pandangan mata Nik Zaimah.
     “Saya juga tidak suka cara abang pandang Nadrah begitu. Dia bukan sesiapa lagi. Dia menantu abang”
     “Diam. Kamu jangan nak mengarah-ngarah aku”
     “Sedarlah. Dia sedang hamilkan anak Qabiel, dan saya sedang hamilkan anak abang”
     “Huh!”
     “Cukuplah abang. Please..jangan ganggu dia!”
     “Assalamualaikum ayah, Ibu Nik” sapa Qabiel. Dia melarikan wajahnya dari memandang wajah bapanya. Tidak mahu terus-menerus membenci ayah sendiri. “Ummi mana?”
     “Ummi ada di sana, bang” perlahan suara Nadrah bersuara. Takut berhadapan dengan Tan Sri Hashim yang merupakan bakal suami tidak jadinya suatu ketika dahulu. “Nad ke sana dulu”
     “abang follow”
     Nik Zaimah mendengus. “Jangan dikenang barang yang sudah lepas. Tolonglah..dia hak Qabiel. Bukan hak abang lagi”
     “Kalau tidak kerana bekas kekasih kau tu..Nadrah sudah jadi isteri aku”
     “Abang jangan lupa, kalau bukan kerana abang, saya dah kahwin dengan Qabiel dan saya sudah mengandung dan melahirkan anak dia” ujar Nik Zaimah seraya melepaskan pegangan tangan pada lengannya.
   
Senyuman Puan Sri Salmah mekar memandang Qabiel dan menantunya, Nadrah datang menghampiri. “Biel, Nad..baru sampai?”
     “Ya ummi. Ummi sihat?” Nadrah menyapa lembut.
     “Sihat Alhamdulillah. Kamu? Boleh ke berjalan-jalan lagi ni?”
     “Boleh ummi. Baru beberapa bulan. Takkanlah tak larat”
     Qabiel senyum memandang umminya yang mengusap perut Nadrah. “Ummi, Ibu NIk mengandung juga ke? Pucat je mukanya?”
     “Hurm…macam tulah gamaknya. Nak diikutkan sama usia kandungannya dengan Nadrah ni”
     Nadrah berpaling. Memandang Nik Zaimah dari jauh. “Nampak lemah je”
     “Dia nak gugurkan kandungan tempoh hari. Tak nak anak tu”
     “Masya-Allah! Kenapa pulak ummi?”
     “Entahlah Qabiel. Ummi pun tak tahu. Kamu bukannya tak faham situasi ayah dan ibu NIk kamu tu. Kamu sendiri tahu, kan?”
     Bahu nadrah dipeluk lembut. “Pandailah mereka selesaikan sendiri. Hurm…ummi, Biel ke sana dengan nadrah dulu. Nak makan. Laparlah..”
     Puan Sri Salmah mengangguk.
     “Kenapa dengan ayah dan ibu Nik?”
     “Sayang, cer makan spaghetti ni. Try rasa. Sedap rasanya”
     “Abang…kenapa dengan mereka?”
     “Biarlah mereka tu. Pandai-pandailah mereka uruskan sendiri. Kita tidak perlu masuk campur. Itu urusan mereka. Mereka dah besar dan sudah cukup tua..”
     “Abang, abang jangan berdendam dengan ayah abang ya”
     “I’m not!”
     “Yes, you are. Abang tak pandang muka ayah tadi, sewaktu bercakap dengannya”
     “Okey…abang ngaku. But, for you…abang tidak akan berdendam dengan ayah. Okey sayang?” Qabiel merenung jauh ke dalam anak mata Nadrah. “senyumlah sikit. Untuk abang..”
     Nadrah mengukir senyum. “Okey”
*****
“Ibu NIk?”
     “Tak payahlah kau panggil aku Ibu Nik bagai. Menyampah aku. Kita ni tak jauh beeza umurnya”
     “Nak apa ke sini? Abang Qabiel tiada”
     “Aku nak jumpa kau. bukan dia”
     “Apa dia?”
     “Kau bahagia dengan Qabiel? Betul-betul bahagia?” soal Nik Zaimah. Dia melabuhkan punggung di sofa tanpa dijemput. Nadrah yang kelu dipandang sinis. “Susah nak jawab?”
     “Maaf, saya tak tahu apa nak jawab. Itu rahsia saya dalam hati”
     Nik Zaimah tersengih. “Berterus teranglah Nadrah. Kau tak bahagia dengan Qabiel. Mesti kau dengan dia…bersama kerana terpaksa. Seperti aku. Terpaksa menerima orang tua tu”
     Nadrah senyum. “Tak apalah. Saya tak kisah dengan apa jua tanggapan awak. Saya selesa dengan keadaan sekarang”
     “Hey, kau tahu tak. Kau dah rampas kekasih aku?”
     “Saya tak rampas sesiapa. Abang Qabiel yang mahu memperisterikan saya. Dia mahu ambil saya sebagai isteri dia tanpa menantikan jawapan saya. Itu salah saya ke?”
     “Itu dah cukup mengatakan kau tak cintakan dia”
     “Kan saya sudah kata. Itu rahsia hati saya. Sama ada saya cintakan dia atau tidak. Awak tidka perlu masuk campur”
     “Aku perlu tahu. Kau akan sakitkan hati jika terus berpura-pura mencintai dia”
     Nadrah menuju pintu rumah. “Keluar!” lantang jeritan.
     “Kenapa? Kau rasa sakit dengan kata-kata aku?”
     “Bagi saya, awak tiada hak untuk bertanyakan hal itu. Awak sudah ada suami dan suami awak bukan Qabiel. Itu suami saya. Saya tahu jaga dia”
     “Wow, gempak!”
     “NIk Zaimah! Memang benar saya tidak mengenali Qabiel. Tapi adalah suatu kebenaran kalau saya mencintainya, kerana dia suami saya. Adalah satu kewajipan bagi seorang isteri untuk mencintai suami sendiri. Apa gunanya saya bercinta bertahun-tahun tapi kahwin dengan orang lain. Itukah cinta yang nik Zaimah agungkan? Itukah cinta suci Nik Zaimah sedah pertahankan sekarang ini?” suara Nadrah kedengaran bergema di dalam rumah itu. Melampiaskan amarah yang terbuku. “Sudahlah. Saya tak nak dengar apa-apa lagi. Tapi, ingat satu perkara sahaja. Saya sedang mengandungkan anak Qabiel. Anak Qabiel. Benih suami saya! Tolong jangan mencintai suami saya lagi. Suami saya sendiri sudah lupa siapa awak dalam hidup dia”
     “Kurang ajar!!!” jerit Nik Zaimah. Laju dia menerpa ke arah Nadrah.
     “Zaimah!!!”
     Langkah kaki Nik Zaimah terhenti. Kepalanya dipalingkan. Memandang Puan Sri Salmah. Sedikit terkejut reaksi wajahnya. “Kak Salmah?”
     “Ni sebabnya kamu nak keluar awal awal pagi tadi. Kamu nak gaduh dengan nadrah?”
     “Errr..”
     “mana ada kak. Nad telefon saya. Dia nak jumpa saya”
     “tak perlu nak menipu, kamu ni kenapa? Kenapa mahu sakiti nadrah?”
     “Akak tak faham”
     “Sebab akak tak fahamlah akak nak tahu. Kalaulah hati akak tak berdetik untuk ke sini, entah apa yang dah terjadi pada Nadrah”
     Nik Zaimah merengus kasar. “Saya cintakan Qabiel” luahnya. Berani.
     “Astaghfirullah..kamu ni kenapa? Waras ke tidak?”
     “Waras ke tidak? Sekarang ni saya cukup waraslah kak. Sebab tu saya cakap saya hanya cintakan Qabiel”
     Pang!
     Kemunculan Qabiel menambahkan kekecohan. Kehadiran lelaki itu dengan satu tamparan di wajah nik Zaimah membuatkan gadis itu terdiam seribu bahasa. “Aku tidak mencintai kau lagi. Aku cintakan Nadrah. Dia menghargai aku. Tidak macam kau”
     “Aku tak boleh..qabiel. aku tak cintakan ayah kau. aku hanya cintakan kau…”
     “Jangan pernah fikir aku akan mencintai kau lagi. Sekali cinta aku kau sakiti, selamanya aku kenang. Benih cinta aku bercambah..dan aku akan menyiraminya sampai ke syurga cinta itu. Dan benih cinta itu wujud antara aku dan nadrah”
     Lengan Qabiel dipegang. Kemas dia mengeratkan genggaman. “Qabiel…tolong aku qabiel..”
     Puan Sri Salmah mara. Tangan Nik Zaimah direntap dari terus memegang lengan Qabiel. “Kamu ikut kakak pulang”
     “Qabiel!!!”

Nadrah tersentak. Terkejut dengan pelukan Qabiel. Lambat-lambat dia berpaling tubuh. Menghadap suaminya. “Abang mahu makan?” soalnya lemah. Hampir tidak kedengaran suaranya.
     “Abang sudah makan” sahut Qabiel. Dia mengukir senyum. Dia menyentuh pipi Nadrah. Diusap lembut. “Sayang terkejut? Dengan kehadiran Nik Zaimah?”
     Lemah anggukan Nadrah. “Terkejut..dan takut”
     “Takut?”
     “Takut jika dia apa-apakan kandungan Nad dan takut kalau abang masih cintakan dia”
     “Syyhhh..apa ni? Kenapa cakap macam tu? Abang tidak akan kembali kepada dia. Cintakan dia? Buat apa? Lebih baik abang cintakan Nad. Sayang ada sesuatu yang dia tiada..untuk abang”
     Nadrah memeluk tubuh Qabiel. Tangan dilingkarkan di sekeliling pinggang suaminya itu. Lama dia membiarkan kepalanya dibenam di dada bidang itu. “Jangan pernah cintakan dia lagi. Nad mohon. Nad cintakan abang. Nad tidak mahu orang lain turut cintakan abang..janji pada Nad, bang”
     Pelukan isterinya dibalas. “Abang janji. Hanya Nad..dalam hati abang. Sekarang hingga akhir nafas abang. Tiada yang lain, abang janji”
     “Terima kasih”
*****
“Sudah genap sembilan bulan” gumam Qabiel di telinga Nadrah. Dia tersenyum lalu kembali meneruskan urutan di kaki isterinya itu. Kasihan dia melihat kaki yang membengkak. “Teruk pula kaki ini abang tengok. Bengkak habis”
     “Biasalah..orang mengandung. Sarat pula tu” sahut Nadrah.
     “Agak-agaknya, anak kita lelaki ke perempuan?”
     “Lelaki kut”
     “Kenapa?”
     “Lasak! Asyik menendang je kat dalam perut ni” Qabiel tergelak kecil mendengar omelan Nadrah. “Aucchh…tengoklah. Baru je Nad cakap. Dah dia menendang lagi”
     Qabiel tersenyum. Urutan di kaki dia hentikan. Kini kepalanya diletakkan di atas perut Nadrah. Mahu mendnegar pergerakan bayi di dalam. “Assalamualaikum sayang. Jangan lasak-lasak ya. Kasihan mama. Berkerut-kerut dahi mama bila anak papa ni menendand kat dalam tu”
     “Abang ni..macam budak-budak”
     “Tak sabar…abang tak sabar lihat anak kita dilahirkan. Kalau boleh, abang mahu menyambutnya dengan tangan abang sendiri” ujar Qabiel. Menyampaikan hasrat yang terbuku di hati.
     “Abang mahu sambut?” Qabiel mengangguk. “Ingat lagi tak ketika kandungan Nad 6 bulan dulu tu?”
     “Kenapa?”
     “Nad tumpah darah tu? Abang pengsan kan, tengok darah”
     “Mana ada?” tukas Qabiel. Tidak mahu mengaku kelemahan yang satu itu. Mabuk darah. “Masa tu abang penat. Baru balik kerjalah. Sebab tu…”
      Qabiel berhenti cakap. Wajah isterinya dipandang dan diperhati. Terkejut dirinya bila Nadrah memegang bahunya. Gelak kuat yang berkumandang mati tiba-tiba. Pandangan Qabiel dibalas Nadrah dengan kerutan seribu di dahi. “Abang, saa…saa..kit..” adu Nadrah. Kuat cengkamannya di bahu Qabiel.
     “Sakit? Sudah mahu bersalin ke?”
     “Manalah Nad tahu. Nad rasa sakit ni..mungkin juga nak bersalin”
     “Abang nak kena buat apa?” soal Qabiel.
     “Hantar ke hospitallah, bang!” jerit Nadrah bila melihat suaminya termangu mencari idea. Geram.
     Qabiel menepuk dahinya spontan. “Sorry, abang blurr. Errr….mari”
   
Mengah Puan Sri Salmah duduk di sisi Qabiel. “Nadrah bagaimana, Biel?”
     “Masih di dalam”
     “Sudah lama?”
     “Baru je lagi, ummi. Ermm..ummi kenapa termengah-mengah ni. Ummi dari mana?” soalnya lalu menghulurkan botol mineral kepada umminya.
     “Ummi dari tingkat tiga bangunan sana tu. Zaimah dalam dewan bedah”
     “Dia nak bersalin juga?”
     “Dia tu ummi tak tahulah. Sejak kena tangkap kat rumah kamu dulu, dia macam dah tak waras. Asyik fikir nak bunuh diri. Nak bunuh kandungan dia tu. Yang ni, dengar Nadrah bersalin, terus dia minum air sabun. Bodoh betullah”
     “Masya-Allah, kenapa dia boleh jadi macam ni? Ayah mana?”
     “Kat sanalah. Itulah..nak kahwin banyak. Tapi nak jaga isteri tidak pandai. Asyik outstation je. Macam manalah si Zaimah tu tak jadi macam tu. Kurang perhatian dari suami..”
     “Doakan jelah dia dan anak dia selamat, ummi”
     “Kamu ni duduk kat luar kenapa? Tak temankan isteri kamu?”
     “Biel temankan ummi jelah di sini”
     “Isy..isteri kamu lagi pentinglah”
     Qabiel spontan menggaru kepalanya. “Takut darahlah ummi. Macamlah ummi ni tidak tahu”
     “Qabiel, Qabiel…kasihan Nadrah tu”
     Belum sempat Qabiel membalas kata-kata umminya, seorang doctor keluar dari dewan bersalin dan memanggilnya. “Isteri encik mahu encik temani dia”
     “Hah!!!”
*****
“Hah, sudah sedar pun”
     Nadrah hanya tersengih. tidak dapat melepaskan tawa sementelah masih bersisa sakit. Dia hanya mampu melemparkan senyuman nakal ke arah suaminya yang baru melangkah masuk ke dalam wad itu.
     “Apalah kamu ni? Belum masuk dalam dewan bersalin, sudah pengsan. Belum cium dan tengok darah” gumam Puan Sri Salmah.
     “Terkejut..” sahutnya. Dia menghampiri Encik Tahir dan Puan Halimah. “Ibu dan ayah baru sampai ke?”
     Encik Tahir hanya mengangguk.
     “Nadrah, okey?” soalnya. Tidak tahu mahu cakap apa lagi. Kepalanya masih pening. Mungkin disebabkan dia pengsan lalu terhentak kepala. Ada kesan lebam di dahinya.
     “Okey..abang tu je. Okey ke tidak? Macam pening je”
     “Sikit. Mana anak kita?”
     “Nanti nurse bawa. Nad ni pun baru je keluar dari labour room, bang”
     “Lama juga abang pengsan..” gumam Qabiel.
     “Memalukan ummi je” sahut Puan Sri Salmah.
     Qabiel tersengih.

“Ya Allah, comelnya anak kita bang. Hidungnya cute sangat. Ikut Nad, kan?” ujar Nadrah. Dia tersenyum seraya mengusik hidung anak lelakinya itu.
     “Mulut dia macam abang”
     “Ye..kuat mencium ni”
     “Amboi, cam perli je?”
     Nadrah melirikkan senyumnya. Dia mengusap lembut rambut anaknya sebelum mengucup di dahinya. “Nak namakan dia apa, bang?”
     “Asyraf..itu mesti ada. Hurm, okey…namakan anak kita Qhafie Asyraf? Okey?”
     “Qhafie? Sedap juga”
     “Seronok nampak?”
     Nadrah memandang ke muka pintu diikuti Qabiel. Mereka berdua terkelu. Melihat Nik Zaimah yang berdiri di depan mereka. “Apa kau buat di sini?” soal Qabiel. Tegas suaranya.
     “Melihat kebahagiaan orang yang kita sayang”
     Bibir Nadrah terkatup rapat. Bayi yang dipegang kini erat dalam pelukannya. Naluri keibuaanya jelas menyatakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Dia risau sekali. Kehadiran Nik Zaimah pasti ada rencana tersendiri.
     “Please..aku tak nak kau ganggu family aku”
     “Famili? Sepatutnya family yang kau bina itu ada aku, dan anak yang aku lahirkan untuk kau. bukan dengan dia” laju Nik Zaimah menuding jari tepat ke muka Nadrah.
     Nadrah ingin turun dari atas katil namun tindakannya dihalang oleh suaminya. Langsung dia kembali duduk di atas katil. Sekilas dia memandang tubuh Nik Zaimah yang lemah. Kelu lidahnya bila memikirkan wanita itu yang baru selesai pembedahan mampu berjalan ke situ.
     “Aku lebih bahagia bersama nadrah” ujar Qabiel membuatkan Nik Zaimah semakin membara.
     “Kenapa kau buat aku macam ni, Qabiel. Kenapa…”
     “Nik..aku sudah ada isteri. Kau pula isteri ayah aku. Mana mungkin aku mahu mencintai kau lagi. Kita dah tamatkan segalanya. Kau dan aku..tak mungkin bersama”
     “Qabiel…”
     “Buat apa di sini?” Suara Tan Sri Hashim kedengaran tegang. Qabiel menghalakan pandangannya ke muka pintu. Nadrah juga. Masing-masing terarah pada pegangan tangan lelaki tua itu pada lengan Nik Zaimah. Kuat.
     “Zaimah belum kuat lagi, ayah. Jangan pegang dia..macam tu” ujar Nadrah tanpa disedarinya. Kasihan dia melihat tubuh yang masih lemah itu.
     “Kamu diam” getusnya kasar. Terus tubuh NIk Zaimah ditarik keluar dari bilik itu.
     “Abang…”
     “Abang tiada apa apa hubungan dengan dia. Abang tidak boleh buat apa-apa”
     Nadrah hanya mampu mendiamkan diri bila melihat Qabiel menutup pintu.
*****
5 tahun kemudian..
“Qhafie! Amelia…jangan berlari!” jerit Nadrah kuat dan lantang. Mengah dirinya mengejar dua anak kecil itu yang berlari-larian di sekitar tanah perkuburan dengan tubuhnya yang sarat mengandungkan anak keduanya. Dia memandang ke belakang. Tersenyum melihat Qabiel yang menolak kerusi roda Tan Sri Hashim serta beriringan dengan Puan Sri Salmah.
     “Lihatlah tu ummi. Dah sarat pun masih nak ikut berkejaran”
     “Isy kamu ni. Dengar dek dia, merajuk pula nanti”
     Qabiel tersengih. “Ummi, Qabiel ke sana. Tengokkan budak dua orang tu. Kasihan pula pada Nadrah”
     Puan Sri Salmah mengangguk. Dibiarkan sahaja Qabiel menghampiri Nadrah. Dia menyimpul senyum bila melihat Qabiel yang mengejar Qhafie. “Bang, lihatlah. Betapa bahagianya mereka”
     “Al..ham..du..lilla..lah…aaa…bang….”
     Puan Sri Salmah meletakkan jari telunjuknya di bibir Tan Sri Hashim. “Ya..saya tahu. Abang juga senang hati melihat kebahagiaan mereka. Saya tahu bang. Maafkan saya. Tapi, saya terbaca diari abang. Abang menyesal dengan setiap perbuatan abang. Abang menyesal merampas NIk Zaimah dari hidup Qabiel, abang menyesal memaksa keluarga Nadrah berkahwin dengan abang. Dan abang juga menyesal, kerana abang tiada untuk selamatkan Amelia dan arwah Nik Zaimah..Saya tahu, bang”
     Tan Sri Hashim mengangguk-angguk. Mengiyakan setiap satu kata-kata isterinya. Dia memandang jauh. Melihat Qabiel dan Nadrah. “Mee…reka…”
     “Ya”
     “Baaa..haa…gia?”
     Puan Sri Salmah mengangguk.

Qabiel memegang tangan Nadrah. “Happy anniversary, sayang” ujar Qabiel. Lembut dia bersuara.
     “Hari ini?”
     “Tak lah. Tahun lepas!” sahut Qabiel. Geram dengan sikap Nadrah. Pelupa
     “Eh eh..merajuk ke. Okey, kali ini Nad ingatlah. Happy anniversary too. I love you..”
     “Love you too” Qhafie dan Amelia menjerit kuat menyahut kata-kata Nadrah.
     “Haiiippp..” Qabiel terus menjegilkan matanya ke arah dua orang anak kecil itu. “Pergi main jauh-jauh. Kacau je..”
     Nadrah ketawa. Dia memandang Qhafie dan Amelia yang berlari mendapatkan Tan Sri Hashim dan Puan Sri Salmah. “Lihatlah Amelia tu bang. Dia, macam tidak mengalami apa-apa penyakit. Bahagianya dia..”
     “Ya, abang juga fikir. Benarkah dia sakit?”
     “Kalaulah..Nik Zaimah masih hidup. Tentu..Amelia merasai nikmat adanya ibu dan ayah..”
     Qabiel menyimpulkan senyum. “Insya-Allah. Dia tetap akan merasai nikmat itu. Dengan adanya abang, sayang, ayah dan ummi”
     “Mudah-mudahan..”
     “Isy, kamu berdua ni. Kalau nak berasmaradana sekalipun, janganlah kat sini. Tak manis..”
     Usikan Puan Sri Salmah mengudnag tawa Qhafie dan Amelia. Tan Sri Hashim pula hanya mampu tersenyum. Tiada apa yang dapat dilakukannya lagi. Sejak kematian Nik Zaimah lima tahun yang lalu, dia mengalami serangan strok yang mengakibatkan dirinya lumpuh. Dia sendiri tidak menyangka. Terkejut dengan tindakan isteri mudanya itu. Bunuh diri hanya tidak mampu menerima kenyataan Amelia disahkan mengalami masalah jantung dan melihat kebahagiaan Qabiel bersama Nadrah.
     “Cinta..”
     Nadrah berpaling memandang suaminya. Terkejut bila mendengar desisan Qabiel sewaktu melangkah keluar dari kawasan perkuburan. Mengejutkan lagi ketika itu ada seorang gadis melintasi mereka. “Abang..”
     “..itu kamu. Cinta..itu kamu”