Wednesday, May 23

bukan sekadar kontrak!!!!

assalamualaikum,

hai semua pembaca pembaca setia aku di sini. *hop ada* aku nak luahkan perasaan sikit di sini. semoga ada yang sudi membaca dan fahami. ia berkaitan dengan novel SAAT CINTA TERCUIT yang aku tulis. sekarang sedang hangat isu novel cabul dan novel bertemakan kontrak yang ada someone cakap apa mutunya dengan novel lain yang berlandaskan cinta suka sama suka, and whatever lah. aku tahu dah terlalu berlambak lambak novel berdasarkan cinta aturan, kontrak and seangkatannya diterbitkan. tapi isinya, jalan ceritanya, and so on adalah berlainan bukan. kenapa perlu disamakan dan tidak berpuas hati? 

aku dah kena. aku dah dilabelkan sebagai penulis yang menulis cerita cabul dan kontrak cinta. ingin aku tegaskan. aku tulis cerita cabul? yeah..ada juga yang memang aku menulis ada menjurus ke arah tersebut. komen anda telah saya perolehi. jadi saya dah tidak menulis cerita sebegitu selepas KITA X NGAM ep 1, 2, 3. sudah tiada!! adalah dimaklumkan.

aku panas hati bila idea aku dalam cerita tersebut juga telah diciplak oleh someone. EKSPERIMEN CINTA yang ada dalam cerita itu. ada seseorang telah ambil tanpa kebenaran aku dan dalam diam. aku kenal dia dan dia kenal aku. anyway, aku halalkan. dah tu baru baru ni aku buka penulisan2u. nak tahu apa yang aku jumpa. memang tak sama sangat tapi... kalau kisah adik kahwin dengan bakal suami sendiri kerana mahu elak kahwin dan sebab dia berpenyakit? itu cerita aku. sorry to say..memang aku berfikiran positif. aku berfikir..kau tak baca cerita aku lagi. yeah..mungkin ini kebetulan. maaf, sebab terlebih perasaan pulak dah!!!

cinta kontrak..aku rasa aku dah tulis banyak cerita begini. dalam cerita DUSTA CINTA dulu juga ada. tapi aku dah buang. sebab ada yang kata cerita itu gabungan indonesia dan malaysia. tak eloklah apalah. okey, aku padam dan hanya menjadi koleksi aku. cerita ADA AKU UNTUKMU...kisah cinta antara majikan dan pekerja? okey aku pun padam balik dari blog ini. sebab mereka kata aku tiru novel M.A.I.D. whateverlah sebab novel ini aku tulis dari tingkatan satu. abaikan jelah en. lagipun M.A.I.D tu dah terbit. beribu ribu dah membacanya. nak buat macam mana en.

aku sampai sekarang simpan sakit di hati. cerpen cerpen aku...ramai yang komen. TIDAK PERLUKAN CINTA misalnya. kenapa masih mampu hidup bersama sedangkan tiada cinta. senang macam inilah aku cakap. aku percaya pada sesuatu yang mustahil. siapa kata perkahwinan berdasarkan cinta sahaja mampu bahagia? mampu ada anak dan cucu? cerita H.O.L.L.A.N.D n F.R.A.N.C.E cerita tu tiru ayat satu penulis lah bagai. manalah aku tahu tentang tu. aku pun tak pernah baca novel dia lagi. dah masa tingkatan 5 dulu, ayat ni member sama member bagi mesej. perpisahan akhir tahun. aku guna pakai jelah!!!! KERANA BUTANG BAJU pula...tak logik bagai. mana mungkin butang baju senang tercabut. kalau kau tu gemuk, fahamlah!!! aku dah merasa. memalukan lah weyh! 

okey, sorry sebab meluahkan perasaan begini pula di sini. tapi aku mengharapkan pengertian korang. ini satu sebab terbesar kenapa blog aku macam suci gila.......sebab aku dah buang kesemua novel yang korang cakap merapu tu! 

dah,
assalamualaikum

terpaksa luahkan,
Diyana MS