Friday, October 19

Tak Kisah...


Tak kisah
“Nama saya Syahril. Ahmad Syahril Bin Ahmad Syahrom. And you?”
     Aku terdiam memandang lelaki yang duduk di hadapan aku itu. Pandangan dikecilkan melihat tag nama yang tergantung di baju. “Awak pelajar junior kan?” soalku sedikit terkejut. Pelik melihat tingkah lelaki di hadapan aku ini. Sejeda aku memandang sekeliling. Ingin memastikan bahawa lelaki itu keseorangan dan tiada kawan-kawannya di dalam perpustakaan itu.
     “Ya, saya pelajar junior. Baru masuk. Intake bulan 9,” sahutnya dengan senyuman di bibir.
     “So, apa yang awak nak dari saya? Ada sesiapa ke yang cabar awak untuk jumpa saya? maybe seseorang yang nak kenakan awak, atau saya?”
     Syahril menggelengkan kepalanya. “Tak ada. Saya ke sini dengan kerelaan hati dan kaki saya.”
     Aneh. Aku mengerling sekilas jam di tangan. “Maaf, saya ada urusan lain. Saya kena cepat.”
     “Siapa nama awak? boleh saya tahu?”
     “Perlu ke tahu?” Aku menyoal lembut. Syahril mengangguk dengan bersungguh-sungguh. “Nabihah Amni. Please call me Kak Amni! Bukan ‘awak’!”
     “Yes dear!”
     Melotot mata aku mendengar panggilan yang baru digunakan Syahril. Gila ke apa? Aku memandang ke kiri dan kanan. Mujur tiada siapa yang mendengar. Kalau tidak, malu aku. “Don’t!”
     “Make me.”
     Eh, berani habis budak ni. Kecil je aku tengok mamat ni. Hurm.. berapalah umur dia ni. Nak kata tak matang lagi, mana mungkin. Ini university bukan tadika!
     Aku berpaling. Tidak mahu berlamaan. Belum sempat kaki aku melangkah, dia memanggil. “Nak apa?”
     “Boleh saya mencintai awak?”
     Kali ini aku tidak boleh tahan sabar. Dua tiga orang pelajar yang duduk di bahagian kiri dan kanan sudah memandang. Malu. “Eh.. errr..” Aku tidak jadi mengamuk. Teringat yang ketika itu aku berada dalam perpustakaan. Spontan aku menarik hujung lengan bajunya agar ikut aku keluar dari situ. “Awak dah gila ke? I’m not your friends. Please don’t make a joke. I don’t know you, and never want to know about you. Please stop act like that again!”
     “Kalau begitu, izinkan saya mengenali hati awak.”
     “Ahmad Syahril Bin Ahmad Syahrom..”
     “Ya saya..”
     Aku menghelakan nafas. Geram dengan dirinya memintas kata-kataku. “..umur kita jauh berbeza. Saya 24 dan awak..” Aku mencuri pandang tag namanya. “20 tahun. Empat tahun beza. Saya hanya layak jadi kakak awak!”
     “Saya tak kisah. For sure, saya dah jatuh cinta dengan awak sejak hari pendaftaran tempoh hari.”
     Stop! What’s? Dia jatuh cinta dengan aku pada hari pendaftaran. Ridiculous. Gila! Tak masuk akal!
     “Tak, tak boleh. Awak tak boleh suka pada saya. saya tunangan orang!” bohongku. Terpaksa. Aku tidak mahu dia terus menerus membayangi aku.
     “Nak menipu pun bajet-bajetlah kak oit. Sebelum saya jumpa awak tadi.. saya dah check segalanya. I’ve already interview your friend.”
     Okey. Aku rasa aku boleh pengsan depan dia. Budak ni nampak tak matang, tapi otak geliga tahap dewa. Sekali lagi aku mencuri pandang tag namanya. Impossible. Budak ni course engineering. Tidak, tak boleh. Jangan fikirkan. Sejauh mana aku sukakan seorang lelaki yang bergelar jurutera, aku tidak boleh beri peluang kepada lelaki bawah umur untuk masuk line. Tidak!
     “Cukup sampai di sini untuk hari ini. Saya penat nak balik asrama. Lagi bagus saya tidur dari berdiri di hadapan awak.”
     “See you soon.”
     “No.. kita tidak akan berjumpa lagi.”
     “Prinsip saya, kalau saya dah suka, saya akan cuba sampai dapat.” Syahril mengukir senyuman lagi. Begitu menawan kali ini. “Saya minta diri dulu. Assalamualaikum.”
     Salam dijawab dalam hati. Spontan aku tepuk dahi. Kerja gila betul budak lelaki tu. Takkanlah tak ada perempuan muda yang seusianya untuk dipikat? 

Lorong Cinta full story


p/s: hartini adalah Norhawa.
dah lama tak menulis so mungkin ada salah dan silap di mana mana
komenlah ya. mungkin ada benda yang nak kena betulkan
rasa macam ending tu kelibut sedikit.=)
~*~*~*~*~*~*~
LORONG CINTA
Aidil memandang lama seorang gadis yang terbaring kaku di tengah jalan. Berkerut keningnya melihat gadis itu. Tertanya-tanya bagaimana seorang gadis boleh berada di lorong belakang deretan kilang-kilang. Dia menghampiri gadis tersebut ingin menghulurkan bantuan. Kepala si gadis diangkat lalu diletakkan di atas pangkuannya. “Pengsan ke?”
     Botol minuman dari dalam beg sandangnya ditarik keluar dengan kalutnya. Muka gadis itu direnjis dengan air. Dalam hatinya dia benar-benar berharap gadis itu akan tersedar.
     “Arrghhh, tak boleh jadi ni.”
     Tubuh gadis itu diangkat. Dia perlu bawa gadis itu pulang atau keadaan gadis itu akan bertambah teruk jika dia dibiarkan di situ. Ramai lelaki yang tidak elok perangai berkeliaran sekitar situ lewat malam hari.
*****
Hartini bangkit dari pembaringannya. Dia senyum memandang Aidil yang sedang memasak sebelum mengalihkan pandangan ke arah seorang wanita tua yang terbaring di sebuah katil tidak jauh dari situ. Kakinya dijulurkan ke bawah. Perlahan-lahan dia melangkah turun. “Abang Aidil masak bubur untuk mak cik ya?”
     “Ya Tini. Mahu juga ke?”
     “Tentulah nak. Abang Aidil kalau masak memang sedap. Kalah Tini yang perempuan ni.”
     Tergelak Aidil yang mendengarnya. Dia menggeleng-geleng bila gadis itu tersengih-sengih. Bubur sudah siap masak. Dia membiarkan bubur tersebut di dalam periuk untuk disejukkan sedikit sebelum diberi kepada ibunya untuk makan. Aidil mendapatkan Hartini. “Pergilah mandi dulu.. busuknya!”
     “Alaa.. kata orang busuk. Abang Aidil dah mandi ke?”
     “Sudah. Balik dari kerja tadi terus mandi.”
     Spontan Hartini mencebik. Nakal dia mencuit pinggang Aidil ingin mengusik. Jika bernasib baik, dia dapat lihat dan dengar Aidil melatah. Lucu juga lihat aksi wajahnya. Comel.
     Tubuh Mak Cik Rubiah bergerak-gerak.
     “Lihat, mak cik dah terbangun. Suara abang Aidil memang kuat macam guruh di langit.”
     Aidil sengaja membuntangkan matanya membuatkan mata yang sedia besar menjadi lagi besar. Diacahnya juga ingin mencekik leher Hartini membuatkan gadis itu melarikan diri keluar dari rumah. “Tak pe, tak pe.. hari ini abang lepaskan Tini. Esok lusa… jangan bermimpi Tini dapat lepaskan diri dari abang. Siap!!!”
     “Yaaaa? Takutnyaaa…”
     Mak Cik Rubiah menggeleng-gelengkan kepala. Sakit kepalanya jika dia turut melayan kerenah Aidil dan Hartini. Dia duduk dengan bantuan Aidil. “Ibu demam je, Dil. Bukannya lumpuh. Ibu boleh duduk sendiri..”
     Aidil senyum senang hati. Tidak rasa terbeban dengan tanggungjawabnya sebagai seorang anak kepada ibunya sendiri. Dihadiahkan sebuah kucupan mesra untuk ibunya. Betapa dia amat menyayangi Mak Cik Rubiah. “Dil sayang ibu. Dil cintakan ibu. Semoga ibu sihat sentiasa,” ucapnya lagi. Setiap kali ibunya bangkit dari tidur dia tidak pernah lupa mengucapkannya.
     Di luar, Hartini mencuri dengar. Betapa dia mengagumi sifat kasih dan rasa sayang lelaki itu. Dia menekur lantai kemudiannya. Sudah hampir lima bulan lamanya dia tinggal di pondok usang milik Aidil dan ibunya, Mak Cik Rubiah. Tidak pernah sekalipun dia mendengar suara keluhan Aidil dalam menjaga ibunya. Tiada. Hari-hari Aidil menghadap ibunya dengan senyuman.
     “Hoiii, suruh mandi, dia mengelamun. Kang suruh kahwin baru tahu!!!” lantang Aidil menjerit di hadapan Hartini.
     “Abang Aidil kahwin dengan Tini?” pinta Hartini tiba-tiba setelah lama mendiamkan diri di hadapan Aidil.
     “Hah? Eh, demam ke? Itulah, malas nak mandi,” bebel Aidil. Dia terkejut sedikit dengan permintaan gadis itu. ‘Kahwin dengannya?’
    “Abang Aidil tak sudi ke?”
    Aidil menggaru kepalanya.
     “Assalamualaikum…”
     Aidil dan Hartini serentak memandang ke arah orang yang memberi salam seraya menjawab. Dahinya berkerut melihat dua orang lelaki yang berdiri di belakang Tok Imam Umar. “Err.. ada apa ya?”
     “Aidil, ini Inspektor Hanif dan yang ini Kamil, abangnya Hartini.”
     “Err.. abang saya?” Hartini mulai risau. Dia takut andai rahsia yang disimpannya selama ini terbongkar. Lima bulan lamanya dia menanggung rindu terhadap keluarganya semata-mata ingin mendekati Aidil dan tidak mungkin dengan sekelip mata semuanya akan tamat pada hari itu. “Saya tak kenal dia..”
     Kamil mengeluarkan sekeping foto. Dia melangkah menghampiri Hartini. “Ini gambar adik. Ingat tak? Nama adik Nurhawa, adik abang.”
     ‘Alahaii, kenapalah abang aku ni.’
     Bahu Hartini dipegang lembut Aidil. “Abang awak..”
     “Siapa tu Dil? Ajaklah tetamu masuk ke dalam..”
     “Ibu, abang Tini datang.”
     Mak Cik Rubiah yang baru mahu melangkah keluar tidak jadi. Dia hanya berdiri di tepi pintu. “Tini… ajak abang kamu masuk.”
     “Tak apalah, mak cik. Saya ke sini pun nak jemput adik saya balik.”
     “Saya tak kenal awak. Saya tak nak balik!” protes Hartini. Dia tidak mahu balik. Dalam fikirannya Cuma satu. Dalam masa dua bulan lagi, dia akan dinikahkan dengan Tengku Hafiz.
     “Adik, jangan macam ni. Mama dan papa penat cari adik selama ini. Nasib baik abang suruh kawan-kawan abang ikut cari dan nasib abang sangat baik bila kawan abang terserempak adik di pasar. Adik… baliklah. Kasihankan mama dan papa.”
     Aidil memandang ibunya. Terbit rasa sayunya melihat wajah ibunya itu. Dia tahu, ibunya menyayangi Hartini sehinggakan gadis yang dia bawa pulang ke rumah lima bulan yang lalu dinamakan dengan nama arwah adiknya yang meinggal kerana sakit malaria 10 tahun dulu.
     “Tini, abang temankan Tini balik. Abang akan bawa Tini balik ke sini jika benar dia bukan abang Tini. Okey?”
     ‘Eeei… macam mana ni? Aku tak nak..’
*****
Hartini duduk berteleku di dalam biliknya sebaik sahaja tiba di rumah banglo milik keluarganya. Dia mencebik bengang bila Mak Yah, orang gajinya diminta untuk memerhatikannya sementara Dato Helmi berjumpa dengan Aidil. ‘Janganlah papa apa-apakan Aidil.’
     “Hawa, nak makan apa-apa?”
     “Tak naklah. Saya kenyang.”
     Mak Yah mengerutkan dahi. Terkejut dengan intonansi suara gadis itu. Dia amat kenal dengan gadis yang sedang berdiri di hadapannya itu. Nurhawa bukan seorang gadis yang lembut dan setahunya juga, gadis itu seorang yang panas baran dan lincah. Tapi, di hadapannya ketika itu merupakan seorang gadis yang sangat lembut dan sopan. Ayu mengenakan baju kurung.
     “Mak Yah rindukan Hawa.”
     “Hawa peninglah sekarang.” Spontan Hartini menekup mulutnya dan memandang terus ke dalam anak mata Mak Yah. “Tolong, Mak Yah. Tolong jangan beritahu sesiapa. Sebenarnya.. Hawa tak hilang ingatan pun. Hawa okey..”
     “Jadi.. kenapa..”
     “Panjang ceritanya Mak Yah. Nanti ada masa Hawa ceritakan. Tapi.. tolonglah jangan beritahu sesiapa ya. Tolong sangat-sangat…”
     Akhirnya Mak Yah mengangguk. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dia meminta diri untuk keluar dari bilik itu.

“Selama ini awaklah yang simpan anak saya?” soal Dato Helmi. Lelaki tua yang usianya hampir sama dengan ibu Aidil itu langsung tidak pandang ke arahnya sewaktu bercakap.
     “Saya tak simpan dia. Saya hanya membantunya.”
     “Kalau niat awak ingin membantu, kenapa tidak hantarkan sahaja dia ke pejabat polis. Buat laporan.”
     “Sebab dia tak nak. Saya kena hormat keputusan dia.”
     Datin Salmah bangkit dari tempat duduknya. “Hormat keputusan dia konon? Entah-entah kamu bomohkan dia. Sebab itu dia dengan cakap kamu je.”
     Aidil lekas berdiri. “Maaf, saya sudah hantar anak Dato dan Datin ke sini. Tugas saya dah selesai. Saya minta diri dulu.” Aidil melangkah pergi. Pintu yang tertutup rapat dibuka. Sebelum dia mengangkat kakinya keluar dari bilik itu, “Kalau harga sebuah kebaikan merupakan sebentuk hinaan, percayalah… harga untuk sebuah kekayaan adalah kekecewaan!”
     Usai berkata-kata dia mengorak langkah.
*****
Kereta Mercedes CLK milik Hartini berhenti di hujung lorong di belakang deretan kedai. Dia memandang sekelilingnya. Kosong. Dia mengeluh panjang. Sangkanya dia dapat bertemu dengan Aidil lagi di lorong itu.
     Hartini memejamkan matanya. Penat di pejabat masih belum hilang.
     Tok! Tok!
     Kelopak mata terbuka luas. Sedikit terkejut dengan ketukan di cermin kereta. Hartini memandang ke sisinya dengan bacaan doa di dalam hati. Risau jika seseorang yang tidak dikenali atau berniat jahat berdiri di sebelah keretanya. Apa sahaja kemungkinan dapat terjadi tika itu.
     “Abang Aidil!!!” jeritnya kuat sebaik melihat seraut wajah pemuda di luar keretanya. Ceepat dia membuka pintu kereta dan melompat turun.
     “Tini buat apa kat sini. Bahayalah..” gumam Aidil kerisauan. Jelas terpancar di wajahnya yang kepenatan. Uniform berwarna biru muda di baju lelaki itu masih tersarung di tubuh.
     “Mengenang kembali memori di mana Tini bertemu dengan abang Aidil.”
     Terjungkit kening Aidil mendengarnya. Pelik. “Abang balik dulu.”
     “Bang Aidil, Tini rindukan abang. Tini tak dapat lupakan abang dan mak cik.”
     “Dato dan Datin tahu ke Tini ke sini?”
     Hartini menggeleng. “Tini yakin mama dan papa takkan bagi Tini ke sini. Sebab tu Tini terus ke sini lepas habis kerja di pejabat tadi.”
     “Nampak ingatan tini semakin pulih. Dah boleh sambung kerja ya?” ujar Aidil dengan senyuman. Menampakkan barisan gigi yang rata. Aidil tidak tampan malah kulitnya juga tidak secerah tengku Hafiz. Badannya berketak-ketak menyatakan kekuatan dan kemampuan diri untuk melindungi. Dan pastinya di sebalik segalanya itu, ada kasih sayang dan cinta yang murni.
     “Abang Aidil nak tahu sesuatu?”
     “Apa dia?” Aidil menjauhkan sedikit jarak dari Hartini. Risau terbit di benaknya jika ada apa-apa yang akan terjadi. Dia duduk di tepi longkang membiarkan Hartini yang bersandar di kereta.
     “Tini tak pernah hilang ingatan. Tini hanya berpura-pura.”
     “Kenapa?” Aidil menyoal bersahaja. Tiada riak terkejut.
     “Tini jatuh cinta dengan abang Aidil. Berpura-pura hilang ingatan dan diselamatkan abang Aidil merupakan satu jalan penyelesaian untuk mendekatkan Tini dengan abang Aidil.”
     “Takkanlah Tini buka mata je terus jatuh cinta dengan abang. Bohong benar. Sebab abang tolong Tini? Itu bukan cinta.. itu terima kasih yang disampaikan dengan cara lain.”
     “Tak.. seminggu sebelum abang Aidil jumpa Tini terbaring kat sini, Tini sudah kenal abang Aidil. Ketika tu, abang Aidil sedang membantu seorang perempuan yang keretanya rosak di sini. Tini lalu sini, dan entah kenapa hati Tini yang selama ini keras tersentuh lihat abang Aidil bersungguh-sungguh tolong perempuan tu baiki kereta ketika hujan.”
     “Tini, Tini.. itu tersentuh. Bukan cinta. Macam-macamlah Tini ni..”
     Kata-kata Aidil kedengaran tidak berperasaan. Hartini mengeluh perlahan. Dia melangkah masuk ke dalam keretanya. Enjin dihidupkan dan dia terus memecut laju meninggalkan kawasan lorong itu dengan hati yang walang. ‘Kenapa hatinya keras. Dia tak nampak ke kesungguhan aku mencintai dia?’

Tengku hafiz berdiri sebaik melihat Hartini melangkah masuk ke dalam rumah. Dia memandang tunangnya itu dengan pandangan tajam. “Dari mana?” soalnya tegas.
     “Buat apa kat sini?” Hartini memulangkan kembali soalan. Malas mahu menjawab pertanyaan lelaki itu. Meleret persoalan akan menyusul pula.
     “I’m asking you first, Hawa. Answer me!”
     “You’re not my husband. Kenapa saya perlu beritahu ke mana, apa saya buat, and what so ever kat awak?”
     Dato helmi pantas menghalang Hartini dari terus berkata-kata. Hanya jelingan tajam diisyaratkan kepada anak gadisnya itu.
     “Dalam masa tiga minggu lagi, kita akan kahwin. Awak boleh abaikan macam tu je. Awak lepaskan semua beban persiapan kepada mama awak. awak nak kahwin ke tak nak?”
     “Tak nak!”
     Hartini tersenyum puas hati kerana berjaya memberitahu kemahuan hatinya kepada Tengku Hafiz. Selama ini dia gagal kerana sering dibayangi rasa bersalah tapi tidak lagi ketika itu. Dia yakin jika perkahwinan itu diteruskan, dia tidak akan bahagia. Hidup bersama orang yang dia tidak cintai dan langsung tidak pernah menghargai kewujudannya, bukan satu perkara yang mudah.
     Kakinya melangkah menuju ke bilik. Tidak mahu berlamaan dan sudah tentu dia tidak mahu pertengkaran tersebut berlarutan. Abangnya, Kamil tiada di situ dan jika terjadi apa-apa tiada siapa yang akan membantunya kerana dia sedar bahawa papa dan mamanya lebih mementingkan perniagaan dari perasaan dia.
     “Nurhawa, awak tidak boleh terlepas dari saya.”
     “Itu pun kalau awak sanggup berkahwin dengan jasad yang kehilangan rohnya!” Titik. Hartini nyata tidak mahu memanjangkan hal tersebut. Dia sudah buat keputusan. Jika dia masih gagal untuk berkahwin dengan lelaki yang dia cinta, dia juga nekad untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki lain yang tidak dicintainya.
     Dengusan Tengku Hafiz berdesir. “Uncle dan aunty kena pastikan dia bersiap sedia untuk jadi pengantin saya. saya tidak peduli dengan apa cara sekalipun.”
     Datin Salmah mengangguk sahaja. bagaikan lembu dicucuk hidung.
*****
‘Maafkan saya, Tini. Saya tidak boleh menerima awak. walaupun pada hakikatnya saya sudah menganggap awak lebih dari seorang kawan, saya tidak mampu. Papa dan mama awak merupakan satu halangan besar. Jika mereka sendiri tidak merestui mana mungkin saya mahu mengingkari. Awak harus utamakan mereka dari perasaan awak. sedarlah… mereka kebahagiaan dunia dan akhirat awak.’
     Air mata yang mengalir di pipi dikesat menggunakan hujung jemari. Sayang menumpahkannya demi seorang gadis bukan muhrimnya. Air mata yang selama ini dikhaskan untuk ibunya tidak dapat ditahan lagi. Sudah ditahan, namun ia tetap mahu jatuh berlinang perlahan di pipi.
     Bahu disentuh lembut. Aidil menoleh ke belakang. Dia tersenyum manis menghadap wajah ibunya. “Ibu, tak tidur lagi. Dah lewat malam..”
     “kamu tu? Kenapa tak tidur lagi? Kenangkan Tini?”
     “Mana ada. Aidil mengenangkan…”
     “Kalau hati sudah suka, tak perlu nak dalih. Hati ibu ni kuat mengatakan yang kamu suka dia. Betul tak?”
     Aidil senyum. Dia mengangguk-angguk. “tapi, siapalah Dil ni ibu. Kita ni umpama pipit yang cuba terbang setinggi helang. Tini tu orangnya besar pangkat. Bukan macam Dil. Pekerja bawahan je.”
     “Tapi anak ibu ni rajin berusaha. Insya-Allah, rezeki sentiasa ada untuk kamu. Dil jangan lupa, sijil-sijil kamu yang tersimpan rapi dalam almari tu.. bukti yang kamu ni seorang yang terpelajar.”
     Kata-kata Mak Cik Rubiah membuatkan Aidil menangis. Tersentuh dengan kelembutan suara ibunya memujuk. Dia memandang kosong ke arah almari pakaiannya. Di dalam almari itu tersimpan rapi beberapa gulungan sijil miliknya. Dari diploma sehinggalah dia berjaya menamatkan pelajaran di peringkat master.
     “Terima kasih ibu..” ucapnya. Dia masih ingat lagi. Kerana ingin menyambung pengajian sehingga ke peringkat master, ibunya menggadaikan rumah yang dibina arwah ayahnya dahulu sehinggakan mereka terpaksa berteduh di rumah lama peninggalan arwah neneknya. “Kalaulah Aidil..”
     Mak Cik Rubiah mengesat air mata Aidil. “Sudah DIl. Tak ada yang perlu dikesalkan lagi. Semuanya sudah tertulis. Kamu tamat belajar dengan cemerlang, segala pinjaman berjaya dilangsaikan… cuma, jodoh kamu ni bila nak sampai. Usia dah 29 tahun..”
     Tergelak Aidil mendengar seloroh ibunya. Tercuit jua hatinya. “Insya-Allah ibu. Jodoh itu sudah diatur tuhan. Entah bila kami bertemu sahaja.”
     “Ibu doakan Aidil bertemu dengan jodoh yang elok.”
     “Aamiin…”

Langkah Kamil laju menuju ke arah gelanggang tenis. Terus dia menuju ke arah Tengku Hafiz yang sedang leka bermain tenis bersama teman-temannya. Sebaik tiba di situ dia terus menarik bahagian belakang baju lelaki itu. “Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi. For sure, aku tak rasa adik aku nak kahwin dengan kau.”
     “Eh Mil, kau tak boleh tolong aku ke? Pujuklah dia.”
     “Pujuk? Aku dah tawar hati nak pujuk dia. Jawapan dia memang tidak je. Hafiz, aku tak dapat nak tolong kau lagi. Aku rasa kau kena try sendiri. Aku sayang kan adik aku, dan aku sayangkan persahabatan kita. Aku tak nak kalau dia hilangkan diri pada hari perkahwinan tu nanti, kau salahkan aku.. kau akan.. kau..”
     Tengku Hafiz mengetap bibir. Dia duduk di atas sebuah kerusi. Nafas dihela panjang. “Hawa memandang aku dengan kebencian. Kenapa?”
     “Dia tak membenci kau. Cuma dia tidak dapat selesakan diri bersama dengan kau. nak tahu tentang sesuatu?”
     “Apa?”
     “Masa Hawa hilang dulu tu… dia yang rancang. Dia jatuh cinta dengan Aidil. Dia rancang semuanya supaya dapat mengenali Aidil.”
     “Okey, termasuk hilang ingatan?” Kamil mengangguk-angguk mengiyakan.
     Bahu Tengku Hafiz ditepuk-tepuk perlahan. “Maafkan aku Hafiz. Aku hanya ingin nasihatkan sesuatu. Memang benar cinta itu boleh dipupuk selepas berkahwin. Tapi dalam hal kau dengan adik aku ni, aku risau. Hawa tu kalau dah nekad, memang susah. Aku takut bila dia dah kahwin dengan kau, kau tak dilayan macam suami.. hati dia penuh dengan nama Aidil. Susah. Kau dikira dayus, Hawa pula dikira berzina.”
     Kamil tersenyum melihat wajah Tengku Hafiz. Dia yakin lelaki itu sedikit termakan dengan kata nasihatnya. “Hafiz, aku bukan ingin merosakkan niat kau untuk mendirikan rumah tangga, cuma aku tidka mahu kau menyesal di kemudian hari. Perkahwinan ini melibatkan dua hati, dan membabitkan dua keluarga. Kalau dua hati gagal bersatu menjadi satu, dua keluarga yang terbabit ikut terpalit. Kesannya… erm, kau fikirlah. Masih ada tiga minggu lagi..”
     “Bro, terima kasih kerana sedarkan aku..” gumam Tengku Hafiz ketika Kamil mahu mengangkat kaki pergi dari situ.
     “Huh?!”
     “Selama ini aku ego. Mungkin kerana aku fikir apa yang aku inginkan selalunya dapat. Tapi, dengan Hawa.. aku sedar tentang sesuatu. Tak semua benda yang aku inginkan, aku boleh dapat.”
     Tengku Hafiz bersandar. Mengajak Kamil duduk bersama. “Hati dan perasaan aku untuknya selama ini. Aku terpaksa bersikap ego, pentingkan diri sendiri semata-mata mahu dapatkan Hawa. Aku takut dia terlepas ke tangan lelaki lain dan aku tidak dapat peluang untuk dicintai dia. Cinta seorang gadis seperti dia mahal, Kamil.”
     Nafas dihela panjang. Kamil senyum. “Jangan sempitkan pandangan mata kau tu, Hafiz. Ramai lagi gadis di luar sana yang baik-baik untuk kau. Cuma mata dan hati kau tu tertumpu kat Hawa seorang. Faham tak?”
     Suasana sepi seketika. Tengku hafiz mengetap bibir, manakala Kamil ralit mendongak memandang langit yang hitam. “Demi kebahagiannya, aku lepaskan dia..”
     “Aku tak paksa kau kan?” soal Kamil.
     “10% adalah, tapi 90% lagi aku memang mulai ragu dengan keputusan aku untuk kahwin dengan dia. Tapi disebabkan ego, aku tak nak lepaskan.”
     Dalam hati Kamil ketika itu, dia menjerit keriangan kerana berjaya menghalang Tengku Hafiz mengahwini adiknya. Dia senyum sambil membayangkan senyuman di wajah Hartini.
*****
Pang!
     Dato Helmi merenung tajam ke dalam anak mata Hartini. Hatinya benar-benar sakit mendengar kata-kata anaknya itu. Sungguh dia tidak menyangka semakin lama, semakin kuat gadis itu melawannya. “Anak tak kenang budi!”
     “Papa cakap apa sahaja. Hawa bukan anak papa pun. Bukan papa yang akan walikan pernikahan Hawa nanti. Abang kamil akan walikan.”
     “Don’t you dare run…”
     “And you.. don’t ever, ever think that this marriage will make you rich easily. Hawa akan beritahu hal sebenar kepada Tengku Yusran dan Tengku Hafiz. Papa hanya gunakan Hawa untuk mengaut keuntungan!”
     Kata-kata Hartini yang lantang memaksa Dato Helmi menampar gadis itu sekali lagi. Geram. Hartini tersengih sebelum mencapai kunci kereta di atas cabinet dan terus berlari keluar dari rumah.

Aidil memandang ke luar halaman rumahnya. Kereta Hartini berhenti betul-betul di hadapan pagar rumahnya. Dia mengerutkan dahi melihat wajah gadis itu yang kemerahan.
     “Tini buat apa ke sini?”
     “Nak selesaikan masalah antara kita.”
     “Abang tak ada masalah dengan Tini.”
     “Ada. Tentang hati, tentang perasaan.. tentang cinta. Abang cintakan Tini, dan Tini juga cintakan abang. Kenapa susah sangat nak mengaku?”
     “Masalahnya abang tak cintakan Tini!”
     “Bohong. Abang cintakan Tini tapi tidak mahu mengaku. Kenapa abang bodoh sangat. Abang nak lepaskan Tini kepada orang lain macam tu je ke? Mana mungkin Tini bahagia sedangkan abang menderita di sini?”
     “Okey, abang memang cintakan Tini. Tapi itu dulu. Sebelum abang tahu TIni ini tunangan orang lain. Selepas itu, perasaan abang terhadap Tini mati. Mana boleh mencintai tunangan orang. Dosa!”
     “Kan senang mengaku. I’ll settle it with Tengku Hafiz then.” Hartini memusingkan tubuhnya ingin menemui Tengku Hafiz pula. Namun langkahnya cepat-cepat dihalang Aidil.
     “Tapi.. tapi, abang tak nak jadi perampas. Apa kata Tini belajar untuk cintakan dia. Mungkin dia yang terbaik untuk TIni.”
     “Saya cintakan abang.. boleh tak faham?” tengking Hartini.
     “Boleh. Cuma abang tak boleh balas cinta Tini sebab status Tini.”
     “Itu bukan alasan.”
     “ Tolong jangan ganggu abang sekarang. Abang nak pergi kerja.”
     “Abang.. hanya tinggal seminggu lagi untuk Tini kahwin. Jangan menyesal kalau Tini kahwin dengan Tengku Hafiz dan tidak bahagia. Abang kena ingat, you are who made me in suffer then!”
     Aidil mendengus perlahan. “Kenapa perlu abang menyesal?”
     “Abang..” rintih Hartini.
     “Tini…” Hartini terdiam sebentar. Pandangannya berlaih ke arah Mak Cik Rubiah yang keluar. “Tak manis tau anak dara menjerit-jerit macam ini. Apa kata orang sekeliling?”
     Wajah Mak Cik Rubiah terpalit senyuman. Dia memandang Hartini yang kaku. Elok dia memanggil gadis itu agar duduk di sebelahnya. Aidil yang berdiri tidak jauh darinya disuruh pula membuat minuman. “Kenapa marah-marah ni? Muka yang comel ni habis berkerut seribu. Tak berseri dah, macam mana nak naik pelamin ni?”
     “Mak cik, Tini tak nak kahwin dengan orang lain. Tini cintakan abang Aidil.”
     “Jodoh Tini bukan dengan abang Aidil.”
     “Tapi..”
     Aidil keluar membawa dua gelas minuman. Satu untuk ibunya dan satu lagi untuk Hartini. “Jodoh kita semua sudah ditetapkan. Kalau kita ditakdirkan bersama, insya-Allah.. suatu hari nanti..”
     “Abang Aidil, suatu hari nanti tu bila? Tini mahu abang yang pertama menjadi suami, abang orang pertama yang melafazkan akad untuk memperisterikan Tini!”
     “Sabar..” ucap Aidil lembut. Tidak mahu berkasar dengan Hartini. Dia hanya mampu menyimpulkan senyuman. “Sabar, kita tidak boleh terburu-buru dalam sesetengah hal.”
     “Ya Allah.. terburu-buru apa bendanya? Seminggu lagi je tahu tak Tini kena kahwin dengan serigala jadian tu. I don’t want to live with him lah abang.”
     “Tini…”
     “Okey, rasanya perbualan kita tamat di sini. Abang tetap dengan keputusan abang, kan. Now you listen to my decision. Tini akan kahwin dengan Tengku Hafiz. Tapi dengan satu syarat, dia tidak akan ada anak dalam perkahwinan ini dengan Tini.”
     “Syurga di bawah telapak kaki suami, Tini. Mana mungkin Tini tidak benarkan dia sentuh TIni.”
     Senyuman terukir di sebalik wajah yang tegang itu. “Apa guna hidup di zaman moden kalau tak reti manfaatkan kemudahan? Tini akan ikat tali peranakan. Dia hanya mampu memiliki tubuh Tini tapi tidak hati dan keturunan dari rahim Tini. Ever!”
     Terlopong Aidil mendengarnya. Terus dia bangkit dan memegang Hartini. “Jangan!”
     “I will!” sahut Hartini lalu merentap tangannya dari dipegang Aidil. Sebelum melangkah pergi sempat dia menyalam tangan Mak Cik Rubiah dan mencium dahi wanita itu. Hatinya meronta ingin dihalang Aidil dan air matanya tetap menitis kehampaan.

Pinggan mangkuk yang berselerakan dalam sinki dicuci sebersihnya Aidil. Tidak mahu kotoran di pinggan mangkuk melekat. Mak Cik Rubiah sedang solat ketika itu. Tangan yang ligat membasuh perlahan-lahan berhenti. Dia teringat lewat malam sebelumnya di mana Tengku Hafiz dan Kamil datang menemuinya.
     “Kenapa Dil?”
     “Teringat pasal malam tadi bila Kamil dan Tengku Hafiz datang jumpa Dil. Kemudian, pasal Tini tadi tu.”
     “Macam mana?”
     “Apa?”
     “Takkan kamu nak biarkan si Tini tu ikat peranakan dia. Kalau dia buat betul-betul macam mana? Kamu dah setuju nak kahwin dengan dia semalam. Dah janji dengan Kamil dan Tengku Hafiz tu, kan? Kamu tak nak ada anak dengan dia nanti.”
     Kata-kata Mak Cik Rubiah hanya dijawab dengan gelengan. “Ibu, Tini tu seorang perempuan. Takkanlah dia sanggup nak ikat peranakan dia semata-mata kena kahwin dengan Tengku Hafiz tu. Tak logik.”
     “Hati orang kita tak dapat baca, Dil.”
     “Aidil yakin dengan apa yang Dil rasakan di hati Dil. Tini tak akan buat kerja bodoh. Lagipun, Dil kan ada beritahu yang suatu hari nanti Dil akan kahwin dengan dia. Takkanlah dia tak nak bagi Aidil ni anak.” Aidil menyudahkan kata-katanya dengan gelak kecil.
     Mak Cik Rubiah menepuk lembut bahu Aidil. “Kamu bersedia nak kahwin dengan Tini?”
     “Insya-Allah.. lebih dari bersedia.”
     “Alhamdulillah..”
*****
“Hawa, kenapa tak bersiap lagi. Lagi beberapa minit je rombongan pengantin lelaki nak sampai. Kamu jangan nak buat hal. Mama tak nak dengar yang tiba-tiba je kamu tak ada dalam bilik ini. Sampai ke mati mama tak maafkan kamu!”
     “Ye.. Hawa tak lari. I’m here.” Hartini mencapai gaun pengantin yang dikhaskan untuk upacara akad nikah. Tubuh mamanya ditolak keluar dari biliknya sebelum dia terus menyarungkan gaun tersebut berhati-hati. Risau mengenai mekap yang sudah elok tercalit di wajahnya. “Abang Aidil.. sampai bila-bila pun, Tini tetap cintakan abang…” ucapnya. Sejenak dia tergelak kecil.
     “Hartini.. saya panggil awak Hartini?”
     Tergelak-gelak Hartini mengenang kembali. Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Aidil sebaik sahaja dia sedar dari ‘pengsannya’. ‘Kenangan bersama abang Aidil akan Tini kenang sampai bila-bila. I love you…”
     Tudung kecil disarungkan ke kepalanya. Setelah elok terletak di atas kepala dia terus meletakkan selendang di atas tudungnya tadi. Jarum disisip rapi agar selendangnya tidak senget. Sempurna. Ringkas.
     Pintu dikuak. Datin Salmah masuk ke dalam biliknya. Berseri wajah mamanya melihat dia yang lengkap berpakaian pengantin. “Cantiknya anak mama..”
     Hartini tersenyum kecil. Dia duduk di birai katil. Tak sampai beberapa minit, biliknya dipenuhi dengan sanak saudara. Usikan nakal saudara mara tidak sekali menjentik perasaannya. Dia hanya mendiamkan diri dan memikirkan Aidil yang tidak mahu menerimanya.
      ‘Aku tetap cintakan Aidil. Padan muka kat si serigala jadian tu!’

Dato helmi menjungkitkan kening terkejut melihat Aidil yang duduk di sebelah tuk kadi. Dia memandang pula Tengku Hafiz yang tenang bersama orang tuanya di suatu sudut. Terbit kehairanan di benaknya ketika itu. ‘Apa hal ni?’
     Kamil di sisinya dicuit. “Kamu tak tahu apa-apa?”
     “Tak tahu.”
     Dalam diam, Dato Helmi hanya mampu bersabar. Dia mengeluh panjang bila Kamil bangkit dan duduk berhadapan dengan tuk kadi. Setelah berbincang dua tiga perkara, posisi bertukar. Kini, Aidil duduk berhadapan dengan Kamil yang bakal mewalikan pernikahan mereka.
     ‘Kamil… Kamil… kau hancurkan harapan aku untuk gabungkan syarikat dengan syarikat Tengku Yusran.’
    
“Assalamualaikum…”
     Hartini menundukkan wajahnya. Mata dipejamkan. ‘Ya Allah, kuatkanlah hati ini.’ Bahunya dipegang lembut seseorang. Kemudian, terasa dagunya dicuit.
     “Abang tak hensem ke sampaikan Tini tak nak pandang abang?”
     ‘Abang? Tini? Errr..’
     Lambat-lambat Hartini mendongakkan kepalanya seraya mengintai. Spontan dia terus memeluk tubuh lelaki itu. “Abang Aidil! Betul ke ni?”
     Aidil mengangguk.
     Sekilas Hartini memandang Kamil yang membuat isyarat bagus. “Thanks..”
*****
Hartini menggenggam erat jemari Aidil. Dia ketakutan ketika itu memandang wajah Dato Helmi yang menyeringai kemarahan. Dia dapat merasakan bahawa papanya akan mengambil peluang pada waktu itu untuk melepaskan segala kemarahan di hati. Wajah abangnya dipandang bersilih ganti dengn wajah mamanya.
     Suasana sepi sebelum Tengku Yusran bangkit. “Beginilah Helmi, mungkin antara Hawa dan Hafiz, memang tiada jodoh.”
     “Tiada jodoh apanya kalau dengan rela hati si Hafiz melepaskan Hawa kepada dia ni?” lurus telunjuk Dato Helmi ke arah Aidil. “Pandai-pandai buat keputusan sendiri.”
     “Saya tak dapat terima seorang isteri yang tidak mencintai saya tetapi mencintai orang lain sepanjang perkahwinan. Sebab itu saya terpaksa lepaskan Hawa.” Tengku Hafiz bersuara lembut. Masih menghormati Dato Helmi.
     “Itu sebab kamu bodoh. Tidak pandai nak mendidik isteri kamu!”
     “Kalau begitu pula, papa tidak pandai mendidik anak.”
     Kamil yang mencelah direnung. Semakin hilang sabar dia dengan Kamil. Dia tahu kuasa di dalam rumah itu sepenuhnya milik Kamil dan dia hanyalah menumpang. “Aku buat semua ini untuk kesenangan korang, tapi..”
     “Saya memang mencintai Hawa, uncle. Tapi saya tak sanggup untuk lihat dia menanggung seksa hidup bersama saya kerana terpaksa menjadi isteri saya.”
     “Hah, alasan!”
     “Saya tahu sebab munasabab kenapa awak mahu sangat bermenantukan anak saya, Helmi. Salah satunya awak nak syarikat kita bergabung dan sudah tentu untuk menstabilkan syarikat.”
     Kata-kata Tengku Yusran membuat dirinya tersentak. Dia terus memandang Hartini.
     “Papa tak perlu pandang Hawa bagaikan Hawa yang salah. Tengku Yusran sendiri tahu. Hawa..”
     Aidil bangkit. “Maafkan saya. kalaulah saya tidak buat anak Dato jatuh cinta, tentu sahaja dia sudah berkahwin dengan pilihan Dato.” Dengan suara yang rendah dan penuh rasa hormat Aidil bersuara. “Mungkin kesilapan saya tidak dapat diterima Dato. Maafkan saya sekali lagi. Izinkan saya membawa isteri saya keluar dari sini dan kami akan kembali setelah Dato dan Datin sudi menerima kami.”
     Tangan Hartini digamit mesra.
     Kata-kata Aidil menusuk hati Dato Helmi. Sedikit tersentuh dia mendengarnya. Dia memandang isterinya yang diam membisu. Dia tahu, Hartini merupakan anak kesayangan Datin Salmah dan jika gadis itu tinggal berjauhan mesti isterinya itu akan dirundung kesedihan.
     Usai bersalaman dengan Datin Salmah, Kamil dan yang lain-lain, Aidil menghampiri Dato Helmi. Dia ingin bersalam dengan lelaki itu. Tangannya dihulurkan namun tidak pasti akan bersambut atau tidak.
     Keikhlasan dan kejujuran jelas terpapar di mata Aidil membuatkan ada Dato Helmi tidak dapat menahan perasaannya. Lantas huluran tangan Aidil disambut dan tubuh lelaki itu ditarik ke dalam dakapannya. “Jangan bawa Hawa pergi dari rumah ini. Dia satu-satunya anak perempuan yang kami ada..”
     Hartini terdiam. Terusik hatinya mendengar Dato Helmi berkata sebegitu. Dalam diam, ada air mata yang jatuh. Pertama kali dia mendengar sebarus kata-kata yang keluar dari mulut papanya itu dengan ikhlas. Dia dapat rasakannya.
     Tengku Yusran dan Tengku Hafiz hanya tersenyum melihat apa yang terjadi di hadapan mereka ketika itu.
     Datin Salmah mengukir senyum. Akhirnya hubungan yang keruh antara suaminya dan Hartini bagaikan ada tanda-tanda untuk dijernihkan. Dia tahu, keegoaan Dato helmi yang menghalang. Mungkin kerana Hartini bukan anak kandungnya. “Alhamdulillah..”
     “So papa tak marah Hawa kahwin dengan Abang Aidil?”
     “Sejauh mana kemarahan papa pada Hawa, mana boleh lawan dengan rasa kasih dan sayang papa. Papa hanya ada kamu dan Kamil. Rasanya kamu berdua lagi penting dari syarikat papa. Kamu berdua merupakan harta papa yang tidak ternilai sekali.”
     Akhirnya mereka berpelukan anak-beranak. Tengku yusran dan Tengku Hafiz senyum. Ada hikmah pada perkahwinan Hartini dan Aidil pada hari itu nampaknya. Ternyata hubungan kekeluargaan tidak akan pernah terputus.

“Norhawa…”
     “Kenapa guna panggilan tu?” soal Hartini. Pelik.
     “Sebab itu nama isteri abang.”
     Hartini tersenyum. Dia berbaring di sebelah suaminya. Kepala diletakkan di atas dada Aidil. “Terima kasih abang sebab sudi jadikan Tini… err.. Hawa sebagai isteri abang. Terima kasih sebab akhirnya terima cinta Hawa..”
     Dahi Hartini dikucup kasih. “Kena ucap terima kasih pada Tengku Hafiz dan Abang Kamil. Kalau tidak kerana mereka, abang tak akan setuju kahwin dengan Hawa.”
     “Kenapa?”
     “Sebelum Hawa datang jumpa abang hari tu, Tengku Hafiz dan Abang Kamil terlebih dahulu jumpa abang. Mereka bagi abang nasihat dan pujuk abang untuk berkahwin dengan Hawa.”
     “Betul?”
     “Lagi satu sebab.. mungkin sebab abang sememangnya cintakan Hawa.” Aidil mengukir senyum lagi. “Erm… nanti kita buat photoshoot kat lorong nak?”
     “Nak buat apa?”
     “Mengimbau kembali kenangan penangan jatuh cinta pandang pertama?” sahut Aidil membuatkan Hartini terangguk-angguk setuju.
     “Abang… I love you!”
     “I love you too, terima kasih kerana sudi menerima abang. Technician yang tidak berapa hensem dan tidak berharta.”
     “Eleehh.. tak hensem. Tak berharta. Tak mengapa. Tapi apa yang penting, abang merupakan lelaki paling hensem dan yang paling berhata yang pernah Hawa jumpa.  Sebab, abang hensem dengan kebaikan dan keikhlasan hati abang. Abang juga insane yang berharta kerana memiliki kasih sayang dan cinta kepada ibu abang. Abang tidak pernah mengeluh sekali pun untuk membuat ibu tersenyum.”
     “Jadi, Hawa terima abang seadanya?”
     “Ya.. seadanya.”
     “Nak tanya sikit. Hawa serius ke nak ikat peranakan hari tu?”
     “Err… taklah. Tak serius, Hawa main-main.”
     “Kenapa?”
     “Sebab.. naluri seorang perempuan!”
     Aidil meleretkan senyumannya. Dia sudah mengagak. Gadis itu tidak akan lakukan. “Naluri seorang perempuan ya.. sekarang ni, naluri seorang perempuan seperti Hawa ada tak terdetik untuk membuat pahala yang berlipat ganda untuk suaminya?” bisik Aidil romantis.
     Meremang bulu roma Hartini mendengar bisikan itu. Pelukan Aidil di tubuhnya tidak ditolak. Dia merelakan. Biarlah suaminya membawa dia terbang ke angkasa, asalkan dia tetap bersama dengan lelaki yang dia cintai itu. Dia rela.
     Lorong.. jalan yang sempit itu menemukan dua hati, dengan satu cinta. Lorong.. tempat yang gelap dan suram itu akhirnya bercahaya kerana sebuah cinta. Lorong.. satu kisah cinta terukir di situ. Lorong cinta.. ia mencipta satu cerita untuk diingati selamanya.