Saturday, November 17

TAK KISAH special entry part 1


TAK KISAH Special Entry
Ibu mencuit bahu aku berkali-kali. Sekadar mahu aku menoleh ke arahnya. Aku melarikan wajah pula jauh menghadap pokok-pokok kelapa yang melambai. Lagi damai.
     “Kenapa tiba-tiba je balik sini. Dulu bukan main susah nak suruh balik. Ada masalah ke?”
     “Mana ada masalah.”
     “Habis tu, kenapa muka monyok. Gaduh dengan Syahril?” usik ibu. Aku menoleh. “Betullah tu. Kalau tak, muka tu tak macam cekodok basi.”
     “ibu ni sebelahkan siapa? Amni ke, Syahril. Bencilah macam ni.”
     “Apa puncanya? Macam mana ibu nak tolong kalau tak tahu puncanya. Ceritalah pada ibu.”
     “Pagi tadi, Amni pergi university. Ingat nak surprisekan Syahril. Lepas tu, nampak dia dengan seorang perempuan kat library. Bukan main mesra lagi. Siap bertepuk tampar lagi. Geram betul hati Amni ni.”
     “Cemburu?”
     “Eeei, siapa yang tak cemburu? Sakit tahu tak hati ni tengok dia. Kita tercongok macam orang bodoh je kat situ tau. Dia nampak kita, tapi buat do no je. Nak kejar kita, langsung tak. Eeii, eeii.. geramnya!”
     Tanpa sedar aku mencampakkan buah-buahan rambutan ke luar rumah. Ibu tidak pula menegur. Mungkin dia tahu itu cara untuk aku lepaskan geram yang terbuku.
     Ibu mendiamkan diri. “Tu.. dia dah sampai. Pergilah tengok. Tanya dia elok-elok. Entah-entah, budak perempuan tu tak ada apa-apa hubungan dengan dia pun.”
     “Assalamualaikum, ibu. Sihat?”
     “Alhamdulillah, sihat. Syahril macam mana?”
     “Sihat juga, ibu. Err, hai Amni.”
     “Bye!”
     Kelat wajah Syahril ketika itu. Terkejut dengan tindakan aku barangkali. Aku tak peduli. Yang pasti, hati aku ketika itu terlalu sakit.
     Ibu terus mencubit lengan aku. Marah agaknya dengan aku. “Dia datang dengan baik, layanlah elok-elok.” Ibu membebel panjang sebelum menghilangkan diri ke dapur. Aku melepaskan pandangan ke arah Syahril.
     “Ibu, tak payah susah-susah buat air. Saya baru lepas minum tadi,” ujar Syahril lalu tersengih busuk ke arah aku.
     “Mengada-ngada.”
     Tersengih dia sekali lagi. “Saya nak masuk, boleh.”
     “Tak boleh.”
     “Amni, apa salah saya sampaikan awak tak layan saya dua tiga hari ni. Saya tak faham dan saya cuba fahamkan. Boleh awak terangkan pada saya.”
     “Saya merajuk, kan? Pandai-pandailah awak cari puncanya. Lepas tu datang sini, pujuk saya.”
     Syahril terus menggaru kepalanya. Pening melayan kerenah aku kot. Tapi, biar dia pening sekarang sebelum aku dan dia berkahwin. Sekurang-kurangnya nanti dia ada pengalaman untuk handle masalah ini. Hahaha… memang kejam aku!!!
     “Maybe you get angry pasal.. wayang hari tu ke? Sorry, saya kan dah beritahu tak pandai pilih movie yang sesuai. Tapi, awak cakap tak kisah?”
     “No! bukanlah! Awak tu, kenapa layan perempuan lain? Dah jatuh hati kat freshie. Dah tak suka kat saya. perempuan tua?”
     Melotot mata Syahril dengan kelantangan aku menyoal. “Nabihah Amni… saya hanya cintakan awak. mana mungkin saya berubah hati sedangkan awak sanggup menanti saya? rasional sikit. Saya sayangkan awak. kalau saya betul-betul ada perempuan lain, sudah tentu sekarang ni saya bersuka ria, berjimba-jimba dengan dia. Bukan ada kat sini, pujuk awak. tanya masalah awak dengan saya, serta habiskan masa untuk dengar awak marahkan saya.”
     “Apa hubungan awak dengan dia?”
     “Perempuan mana?”
     “Yang pakai blaus polka dot. Dalam library tempoh hari. Bukan main lagi saya tengok awak dan dia bertepuk tampar. Siap main jeling-jeling.” Dek kerana terlalu marah, aku menambahkan sedikit asam dan garam dalam cerita. Sengaja. Cuba menarik sedikit Syahril ke dalam cemburu aku. Aku mahu dia tahu. Aku terlalu sayangkan dia dan aku tidak mahu kehilangan dia.
     “Itu Zarina. Kawan sekuliah saya. kebetulan dia satu kumpulan dengan saya dalam assignment kali ini.”
     “Gedik betul dia dengan awak, kan?”
     “Dia tu memang gedik. By the way, saya tak minat perempuan gedik. Janganlah cemburu sangat. You know me, right?”
     Aku sengih lebar. Yeah, aku menang. Tapi betul juga. syahril tak suka perempuan sebegitu. Dia kan terlebih matang dari aku. Haha. “So, bila balik KL?”
     “Esoklah. Dah lewat petang. Penatlah!”
     “Tidur kat mana? Pekan Batu Gajah ke? Sana ada hotel.”
     “Bazir je. Rumah nenek kan ada?”
     “Aah.. lupa pulak. Kirim salam kat nenek awak tu.”
     “Yalah. Erm.. awak dah okey ke? Dah tak merajuk?”
     Aku menggeleng laju. “Okey dah. Awak pun sanggup drive sampai sini kan dari KL. Kesian sikit.. tu yang dah tak merajuk.”
     “Macam-macam. Saya balik rumah nenek dulu. Cakap kat ibu, esok saya datang sini. Kita balik KL sama-sama.”
     “Kereta tu?”
     “Tinggalkan kat sini je. Kalau kereta tu ada dengan awak, senang je awak nak cabut balik Perak bila merajuk. Saya yang merana kena cari awak ke sini.”
     Aku mencebik. “Eeei.. jahatlah awak!”
     Syahril tersengih kecil.

Hajah Zahra mengerutkan dahi melihat Syahril yang melangkah masuk ke dalam ruang tamu rumahnya. Sekilas dia melihat jam di dinding. Sudah hampir waktu maghrib.
     “Assalamualaikum, nek.”
     “Waalaikumsalam. Seorang je? Famili kamu mana?”
     “Mak dan ayah ada kat KL. Abang Ary dengan Kak Emi ada kerja kat JB. Adila ada kem.” Syahril bersalam dengan neneknya sebelum mencium dahi Hajah Zahra seperti kebiasaannya. Dia duduk di sebuah kerusi malas milik arwah datuknya.
      “Kamu tak ada kuliah ke esok?”
     “Ada.”
     “Dah tu? Mimpi apa datang sini.”
     “Mana ada mimpi apa-apa. Cuma, ada hal sikit dengan tunang tersayang.”
     Terangkat kening Hajah Zahra mendengarnya. “Balik dengan dia ke?” kendur suaranya bertanya. Syahril menggeleng-geleng. “Hal apa?”
     “Perempuan. Merajuk. So, kena pujuk.”
     “Kes apa?”
     “Amni nampak Ril dengan seorang perempuan beramah mesra. Jealous. Tu yang merajuk.” Syahril jujur. Tidak mahu menipu. Dia tersengih melihat gelengan neneknya.
     “Kamu ni, hati-hatilah sikit. Dah bertunang kan?”
     “Satu kuliah, nek.”
     “Dah makan?”
     “Belum. Nenek masak ke?”
     Hajah Zahra mengangguk. “Pergi mandi dulu. Lepas maghrib, makan.”
     Syahril bangkit. “Oh ya nek. Amni kirim salam.”
     “Waalaikumsalam.”
     Senyum Syahril melebar ke telinga. Tidak pernah lagi neneknya itu menerima salam yang dikirim Amni. Nampaknya, Hajah Zahra sudah mulai menerima Amni. ‘Harap hati nenek selembut senyumannya, belaiannya dan kasih sayangnya.’
*****
“Hai Amni. Sibuk ke.”
     “hurmm..”
     “Sombongnya. Okey, erm… jom keluar lunch!”
     Aku tutup fail. Terganggu konsenstrasi ketika membuat kerja. Aku mendongak. Terkejut aku melihat Taufiq anak majikan aku berdiri di depan meja. “Err.. saya busy.”
     “Tu dah tutup fail. Nak keluar lunch ke?”
     “Yerrp, eh tak. Saya tak keluar lunch. Puasa. Eh, diet!”
     Taufiq ketawa. Mungkin jawapan yang aku berikan kedengaran agak pelik. Pelik? Aku tak rasa pelik. Biasalah, tengah kalut. Jawapan berterabur.
     “Amni, jomlah keluar lunch. Saya lapar. Kalau tak ada teman, saya tak berselera.”
     Spontan mata aku terarah pada sesusuk tubuh milik Maliya. Dengan selamba dan bersahajanya aku memanggil gadis itu. “Liya, encik Taufiq nak ajak awak teman dia lunch. Dia takut makan seorang diri.”
     Maliya diam tidak terkata. Terkejut kut. Ahh, lantaknya. Aku tak kisah, asalkan rencana aku untuk keluar makan tengah hari dengan Syahril tidak terbantut. Beg tangan di bawa meja aku tarik keluar. “Happy lunch, sir!”
     Taufiq menghampiri Maliya. “Temankan saya makan, Liya. Boleh.”
     Lambat Maliya bersetuju. Masih terkejut. “Err.. okey.”
     “Liya, dia nak ke mana? Tadi dia cakap tak keluar lunch. Diet. Then, dia kelam kabut keluar tu nak ke mana?”
     “Amni tu memang macam tu. Kelibut sikit. Dia selalunya keluar lunch dengan Syahril, tunang dia. Tapi kalau tunang dia ada hal, dia tak keluar lunch. Dia order je makanan dari kami..”
     “Dia dah ada tunang?”
    Maliya mengangguk. “Aah. Hujung tahun ni mereka kahwin, tunggu tunang dia habis study. Nak ikut kata Amni, hujung tahun ni.”
     “Awak kenal tunang dia?”
     “Kenal jugalah. Sebab selalu bertembung. Amni pernah kenalkan pada saya. yang lain pun tahu juga. tunang Amni muda empat tahun darinya. Junior dia di university.”
     “Ooh, hebat!”
     “Ya, dia memang hebat.”
     “Eh, jomlah keluar lunch. Lapar!”

Syahril memecut keretanya laju menuju ke Sri Gombak. Mekar senyuman aku melihat dia yang memakai kaca mata hitam. Macho. Aku gagal melarikan pandangan mata dari terus memandangnya dalam gaya tersebut. Aku akui, dia sangatlah kacak dalam rupa sebegitu. Menggugahkan keimanan aku. Oopss..
     “Amni, tak sabar nak kahwin dengan saya ke?”
     “Hah?”
     “Saya pernah baca satu hadis. Seorang isteri akan mendapat pahala hanya dengan memandang wajah suaminya. Tapi dalam kes awak ni.. haram tahu tak pandang saya lama-lama. Boleh jadi zina mata.”
     “Yalah. Saya tak pandang dah. Cuma.. eh, siapa suruh awak hensem sangat hari ini. Bukan salah saya kalau tak lepas pandang awak.”
     “Ya ke? Saya rasa biasa je.”
     “For me, ia luar biasa!”
     Syahril senyum. “Awak pun cantik hari ni. More feminine.”
     Pujian Syahril memaksa aku menelek tubuh sendiri. Feminin? Aku hanya berseluak slack berwarna putih, berblaus dengan motif bunga warna warni dan berselendang putih. Simple.
     “Simple, very suitable for you. Natural beauty.. no need to expose yourself. No make up.. buat hati tenang, buat hati tidak tenteram.”
     “Mula tenang, lepas tu tidak tenteram?”
     “Saya teringin makan ikan bakar.”
     “Saya pun. Berliur dah ni.”
     “Jom pelahap!”
     Aku tergelak kecil. Suka dengan caranya. Dengan Syahril, aku tidak perlu menjadi yang lain. Aku hanya perlu menjadi diri sendiri. Syahril juga begitu. Dia selesa dengan caranya, dan aku juga. kami berdua serasi kerana saling melengkapi. Dia dan aku ada perbezaan kadang-kadang, tapi kami masih boleh betulkan kembali.
     Selesai memesan makanan, Syahril berlalu ke tandas. Kebetulan atau memang disengajakan aku tidak pasti, tapi bila aku menangkap imej Taufiq yang masuk ke dalam restoran dengan riak yang terkejut pasti dia juga tidak menyangka akan bertemu dengan aku di situ.
     “Amni, makan malam dengan famili saya hujung minggu ni ya?”
     “Ary ada?”
     “Dia dan Kak Emi pun ada. Anak kembar mereka pun ada. Adila pun ada. Hajah Zahra pun ada! Semua ada. Lengkap.”
     “Seganlah. Semua orang ada. Nenek awak tu okey ke?”
     “Okey kut.”
     “Takutlah.”
     “Tadi segan, sekarang takut. Mana satu ni?”
     Aku menjungkitkan bahu. Pandangan aku tala ke luar restoran. Namun, pandangan aku berlaga dengan pandangan Taufiq. Apa dia nak?
     “Erm.. don’t worry. Sedangkan Kak Emi tu nenek boleh terima, kenapa tidak awak. amni jangan risau. Nenek belum lagi buka mulut pasal hal ini. Sejak kita bertunang, nenek diam je.”
     “itu lagi saya takut.”
     “Relaks sudahlah. Saya kenal nenek. Dia lembut orangnya. Pada mula je dia susah nak menerima, tapi akhirnya dia pasti akan dapat terima awak. entah-entah, awak nanti jadi cucu menantu kesayangan dia.”
     Aku terdiam mencerna setiap kata-kata Syahril. Ada benar. Melihat Syahril yang turut mendiamkan diri dan menjamu selera, aku tidak memanjangkan isu tersebut. Lebih baik makan, dari memikirkan hal lain yang belum tentu akan terjadi.
     Ikan bakar cicah air asam sudah hampir separuh dimakan. Kekenyangan aku ketika itu sementelah nasi putih di dalam pinggan sudah licin. Sungguh teruk perangai aku di hadapan Syahril. Tetapi, itu lebih baik dari aku terpaksa menjadi hipokrit. Tak mungkin di hadapan dia, aku bukanlah Nabihah Amni yang asli. “Teruk kan saya ni. Dari dulu sampai sekarang perangai tak ubah. Depan awak, makan pun tak reti cover.”
     “It’s okay. Sekurangnya awak tak hipokrit. Macam ni baru elok untuk dijadikan isteri. Tak adalah nanti, lepas kahwin saya terkejut tengok cara awak makan, kan?”
     Aku tergelak bila dia mengajuk cara aku makan. Beraninya dia!?
     “Hai, Amni!”
     Suara Taufiq yang menyapa membuat aku terkedu. Tidak sekali menduga dia akan datang menyapa. “Err.. hai. Erm.. Ril, ini encik Taufiq. Majikan saya.”
     Syahril berdiri. Dia bersalaman dengan Taufiq. “Syahril, tunang Amni.”
     “Taufiq. Erm.. sudah bertunang? Tak sangka betul. Saya ingat Amni ni masih single.”
     “Single tu masih title dia. Single but not available. Saya dah booking!” Syahril menjawab tenang walaupun gelodak di hatinya jauh tersasar. Entah mengapa dia dapat merasakan lelaki yang sedang berdiri di hadapannya itu bagaikan seterunya.
     Aku dapat menangkap pandangan Syahril yang jelas-jelas sekali member isyarat dia tidak suka dengan kehadiran Taufiq. Aku perasan, pandangan itu jugalah yang dia pernah lemparkan bila Rafiq menghampiriku dulu. Ya, aku tidak salah.
     “Okeylah, saya minta diri dulu. Nak singgah solat dulu. Erm.. Amni, jumpa di ofis. Syahril, nice to meet you.”
      Langkah Taufiq aku iringi dengan ekor mata. Tidak mahu kelihatan ketara di hadapan Syahril. “Saya benci tengok dia. I don’t know why must he be my boss?”
     “I love you, Amni. I trust you. Don’t betrayed my love.” Syahril berlalu ke kaunter sebaik sahaja berkata-kata. Aku terkedu.