Sunday, November 25

TAK KISAH special entry part 2


*****
Aku mengeluh panjang. Jam sudah melewati angka 6 petang. Sepatutnya, Syahril menjemput aku untuk ke rumahnya jam 5 petang tadi. Tapi, sudah satu jam lebih aku menanti ketibaannya. Aku gusar. Sejak pertemuan antara dia dan Taufiq, segalanya bagaikan berubah. Entah kenapa aku rasakan dia seperti mahu menjauhkan diri dari aku.
     Alunan lagu nyanyian Syahril yang aku rakam dua tahun lalu bergema. Telefon bimbit aku capai. Namanya tertera di skrin telefon. “Hello.. kat mana?”
     “I’m so sorry. Ril tak dapat jemput Amni. Abang Ary on the way ke rumah. So, nanti dia jemput Amni sekali. Ril ke Nilai tadi dengan kawan-kawan. Cari bahan untuk projek. Lupa janji nak ambil Amni pukul 5 tadi. I’m so sorry, okay.”
     “Okeylah. Sekurangnya, Ril beritahu.”
     “Hurm.. love you so much.”
     “Love you too..”

Aku tersenyum memandang Syahril yang datang membuka pintu kereta. Sedikit rasa bersalah kerana menyangka yang bukan-bukan. “Dah mandi ke ni?” Aku menyapanya bila Fakhry dan Emira sudah masuk ke dalam rumah. Aku ingin lihat moodnya ketika itu. Kalau boleh, aku tidak mahu dia melayan aku kerana terpaksa, kerana dia dan aku berada dalam kelompok ahli keluarganya.
     “Mandi kerbau. Tapi, mandi jugalah. Risau orang tu termuntah cium bau badan kita yang busuk.” Syahril tergelak dengan kata-katanya sendiri.
     “Pergi dengan siapa?”
     “Zakwan, Farid, Zarina.. Elsa.”
     “Ramai juga.”
     Syahril memandang aku. “Maaf sebab saya tak layan awak sejak akhir-akhir ini. Banyak kerja lecturer bagi. Kebanyakkannya pula kena submit next week. Harap awak faham.”
     Aku mengangguk. “Ya, saya faham.”
     “Saya sayang awak.”
     “Saya pun.”
     “Erm.. bos awak.. ada kacau awak?”
     Aku menggeleng. “Dia menjauhi saya.”
     “Good. Dia seorang lelaki yang matang. Dia tahu siapa yang dia mahu dekati. Tunangan orang.” Syahril tersengih. “Dahlah. Jangan buat muka confuse. Paling tidak pun, saya tahu. Awak tunang saya yang baik. Awak akan setia dengan saya. awak tidak akan memandang lelaki lain, sebab awak dah ada tunang yang hensem macam saya ni, kan?”
     Perasan betul dia ni. Tapi, betul juga. taufiq bukanlah hensem mana. Hensem lagi Syahril. Eh, tak juga. Taufiq hensemlah. Cuma, Syahril tu tunang aku. Tentulah tunang aku lagi hensem. Kan? “Jomlah masuk. Tu, mak  dah bercekak pinggang. Agaknya pelik kenapa kita tak masuk ke dalam lagi.”
     “Kacau daunlah mak tu. Baru je nak dating.”
     “Macam-macam.”
     Puan Masyitah masuk ke dalam setelah menegur kami berdua. Syahril tersengih memandang aku yang cuak untuk berhadapan dengan Hajah Zahra. “Relakslah. Mak saya masak nasi tahu malam ni. Kalau nenek lapar, dia makan nasi. Tak makan awak.”
     Papp.
     “Jangan melawaklah. Mana ada saya takut nak berdepan dengan nenek awak tu.”
     “Ye ke. Bukan itu yang awak selalu takutkan?” Syahril menyoal dengan nada pelik. Aku diam. Tak nak terbocor. Baik diam, sebab diam adalah perkara terbaik bila berhadapan dengan Syahril. Kan aku ni bukan pembohong terhebat.
      Aku terus melemparkan pandangan ke ruang tamu rumah Syahril. Tiada tujuan lain selain ingin mencari kelibat Hajah Zahra. Aku ingin sekali melihat reaksinya dengan kehadiran aku pada hari itu.
     “Erm.. kenapa berdiri kat situ. Marilah ke sini. Duduk berbual dulu. Mak ke dapur sekejap. Hidangkan makanan.”
     Aku mengangguk. Sudah terbiasa dengan panggilan ‘mak’ yang digunakan Puan Masyitah sebagaimana Syahril yang membiasakan diri memanggil ibu aku dengan ‘ibu’.
     “Amni, baru sampai?”
     Aku menoleh. Terkejut melihat Hajah Zahra yang baru muncul. Aku bangkit lalu mendapatkannya. Spontan, aku memegang lengannya dan beriringan jalan di sebelah. “Nenek sihat?”
     “Alhamdulillah. Kamu pula?”
     “Err.. Alhamdulillah. Sihat juga.”
     “Dah solat ke?”
     “Tak, eh dah!” Aduh, terpaksa berbohong di hadapan Hajah Zahra. Takkanlah aku nak cakap yang aku tidak boleh sembahyang di hadapan Encik Wahid, Fakhry dan.. Syahril! Eei.. malu!
     Hajah Zahra senyum.

“Tambah lagi nasinya tu. Ikan kukus tu.. nanti dah sejuk tak sedap dah, Amni. Makanlah.”
     Gila betul. Aku dah tak larat dah nak sumbat makanan ke dalam perut. Rasa sempit dah. Urm.. kalau aku makan macam ni hari-hari, mahunya orang kata aku mengandung nanti. Hehe.. gila! “Mak, dah kenyang ni. Terlampau banyak sangat makan. Macam-macam ada.”
     “Sedap, kan?” Emira tersenyum. “Ikan kukus ni, nenek masak. Makanan kegemaran Fakhry dan Syahril. Kak Emi buat pun tak sesedap macam ni. Hanya nenek yang sedap cara masakannya.”
     “Wah, kalau macam tu bolehlah nenek ajar Amni.”
     “Insya-Allah boleh. Tapi, Amni kenalah jadi cucu nenek.”
     Kata-kata Hajah Zahra aku sambut dengan rasa syukur. Nampaknya, dia sudah menerima aku. Bagaimana? Kenapa? Dan… macam-macma lagi persoalan muncul. Teringin untuk aku mengetahui. Tapi, biarlah hanya hajah Zahra dan tuhan yang tahu. Cukup dengan penerimaan dia terhadap aku. Itu sudah cukup elok.
     “Ril, lagi berapa bulan nak habis study?” soal Fakhry tiba-tiba.
     “Dua bulan. Kenapa?”
     “Convo?”
     “Kalau nak diikutkan, bulan September. Kenapa?”
     “Erm.. korang dah patut berbincang pasal perkahwinan.” Encik Wahid bersuara setelah lama menyepi. Sibuk melayan cucu kesayangannya, Arash.
     Wajah Syahril aku pandang. “Okey ke?”
     “Okeylah. Orang dah tak sabar nak kahwin. Nak bagi mak dan ayah, one more Arash!”
     Papp.
     “Gatal!”
     Merona merah wajah aku ketika itu. Syahril memang. Tak ada insurans mulut.
     Fakhry dan Emira ketawa diikuti ibubapa mereka. Hajah Zahra pula hanya mampu menggeleng-geleng.
      “Eh, mana Adila. Dari tadi Amni tak nampak pun dia.”
      “Dila ke rumah kawannya. Ada hal.”
     “Ooh.”
     Puan Masyitah mencuit tanganku. “Macam mana? Nak langsungkan perkahwinan hujung tahun ni?”
     Aku senyum. “Amni tak kisah mak. Lagi cepat, lagi elok. Amni makin lama makin tua. Takut..”
    “Amni, please..” pantas Syahril mencelah. Mungkin tidak mahu mendengar ayat aku yang seterusnya.
     “Kalau kahwin hujung tahun ni, Syahril dah ada kerja ke?” soal Fakhry.
     “Ary, Ril akan kerja dengan ayah. Lagipun nanti syarikat tu siapa yang nak ambil alih kalua bukan Ril. Kamu tu, ayah suruh ambil engineering tidak mahu. Suruh ambil perngurusan perniagaan pun tidak mahu. Mujur Syahril ni suka engineering. Boleh dia uruskan syarikat tu.”
     “Takkanlah nak suruh kamu yang ambil alih syarikat tu nanti, Ary. Kamu tu doktor.” Kata-kata puan Masyitah disambut ketawa kami semua. Masing-masing setuju dengannya.
     “Eh, tak boleh ke?” sahut Fakhry membuatkan kami semua menyambung tawa.
     “Okey, okey.. kami kahwin hujung tahun ni.” Aku pandang Syahril yang nyata yakin dengan keputusannya itu. Okey, aku tak bantah. Lagipun, aku benar-benar tidak mahu lepaskannya. Aku nak kahwin dengan dia!
*****
Dua minggu kemudian…
Panjang leher aku ketika itu. Sedikit pelik dengan kehadiran Zarina di dalam pejabat Taufiq. Untuk tidak menyusahkan kepala aku fikirkan hal itu, aku cuba fikir positif. Dia adik Taufiq. Haha.. nampak senang tapi rumit. Adik? Kalau itu adik dia, maknanya. Oh tidak. Kenapa perlu Taufiq jatuh hati pada aku, dan adik dia jatuh hati pada Syahril. Tidak… tidak!
     Aku menunduk bila pintu bilik kerja Taufiq terbuka. Menikus aku di situ sambil memasang telinga seluas-luasnya.
     “Kalau dia dah tak nak kat adik, nak buat apa kacau lagi.”
     Sah, itu adik dia.
     “Tapi dia cinta pertama adik, bang. First time adik jumpa dia, rasa lain sangat. Jantung ni macam tak reti nak berhenti degup kencang. Laju je. Cara dia bercakap, cara dia buat kerja.. semuanya perfect. Elak macam mana sekalipun, dia tetap ada dalam hati adik ni.”
     “Hebat sangat ke dia?”
     “Hebat sangat, bang. Every year, he’s in the dean list. Untuk pengetahuan abang juga, dia kemungkinan besar menjadi engineer yang terhebat. Dengar khabar dia ada dicalonkan dalam lima orang terbaik untuk peluang pekerjan di Jepun.”
     Apa? Yang tu macam mana aku boleh tak tahu. Eh, depa cakap pasal Syahril ke?”
     “Masalahnya, dia tak nak kat adik. Janganlah push diri lagi untuk suka pada dia.”
     “I’m not beauty?” soalnya kepada Taufiq.
     “You’re my beauty sister in the world, sis. Jangan sedih. Mungkin dia ada sebab sendiri.”
     “Adik cintakan dia sangat-sangat. Syahril is the best man in the world.”
     “Tapi dia ada saya. saya yang terbaik dalam dunia dia.”
     Oopss! Mati aku. Macam manalah aku boleh terlepas cakap. Pantas aku menekup mulut.
     “Bang, dia.. adik pernah tengok gambar dia dalam handphone Syahril. Tapi.. tak berapa ingat sangatlah. Sebab tengok pun secara tak sengaja.”
     “Adik, ni Amni. Tunangnya Syahril.”
     “What’s?” Zarina terlopong. Terkejut. “Dia pilih perempuan yang lagi tua dari dia? Err.. umur akak berapa?”
     “27.” Aku jawab bersahaja. Eleh.. apa yang ada pada nombor. Rileks sudah.
     “Sebaya abang. Kak, kita changelah. Akak amik abang saya, Syahril bagi kat saya.”
     Spontan Taufiq menolak kepala adik dia. “Kalau dah gila tu, jangan jadi gila lagi. Apa ni main tukar-tukar. Kerja gila betul.”
     “Err.. itu masalah besar dik oi. Syahril tu suka perempuan tua. Dia tak suka sangat perempuan muda ni. Dia cakap kurang matang. Tak ada mood.”
     Zarina terpempan dan aku terngadah. Gila betul aku cakap macam tu. Mana ada Syahril beritahu aku macam tu. Haha.. aku kejam!
     “Tentu akak seorang yang hebat sampaikan dia pilih akak,” ujar Zarina. “Tak apalah, saya patut undurkan diri. Maaflah kalau..”
      “It’s okay. Saya faham. Lagipun korang dalam satu kumpulan yang sama. Tentu kena ada perbincangan dan sebagainya.. asalkan korang hanya ‘kawan’.”
     Berkerut dahi Zarina. “Akak tahu?”
     “Syahril tidak pernah berahsia dengan saya. kalau ada something yang akan buat saya curiga dengan dia, dia akan beritahu saya awal-awal.”
     “Seems that both of you are perfect together,” kata Taufiq. Mendatar suaranya.
     Zarina kelihatan kecewa. Wajahnya terpampang sebuah kesedihan yang nyata. Aku mengalihkan pandangan ke wajah Taufiq pula. Tegang.
     “Apa-apa pun. Ina harap akak bahagia dengan Syahril. Mungkin akak yang terbaik.”
     Bagus, dia faham. Tak perlu susah-susah untuk aku cemburu lagi kalau dia tahu hubungan aku dengan Syahril.
     “Okeylah, adik balik dulu bang. See you at home. Akak, thanks sebab berterus-terang. Tidaklah Ina menanti dan bertepuk sebelah tangan.” Zarina tersenyum. Dia merapatkan tubuhnya dengan aku. Tergamam aku bila dipeluknya. “Be my sister, okay. See you again.”
     Aku melepaskan pandangan mengekori langkah Zarina keluar dari pejabat. Sebaik kelibatnya menghilang, aku kembali duduk di tempat aku.
     “Kadang-kadang saya terfikir. Kenapa saya selalu lambat mendapatkan sesuatu yang mudah dimiliki?”
     Aku mendongak melihat Taufiq yang masih berdiri di hadapan meja aku. Bila dilihat ke kiri dan kanan, aku pasti tiada sesiapa melainkan aku di hadapan Taufiq. “Err.. cakap dengan saya ke?” Taufiq tersenyum kecil lalu mengangguk. Lucu ke?
     “Sambunglah kerja awak. saya pun ada banyak kerja lagi.”
     “Encik Taufiq, errr.. kadang-kadang, apa yang senang nak dimiliki susah untuk diperolehi. Mungkin ada sesuatu yang jauh lebih baik untuk kita dapatkan.”
     “Okay, thanks. I will put it in my mind.”

“Ril, kenapa pilih warna pink kat sebelah awak?”
     “Cute!”
     “Sepatutnya kat sebelah rumah saya.”
     “bukan tak suka warna pink ke?”
     Aku diam. Betul juga. aku tak suka warna pink. Tapi, eh kenapa dia tetap pilih warna pink? “So, kenapa pilih warna pink?”
     “Macam cute je.”
     Sehelai gaun pengantin berwarna putih bercampur dengan warna pink dicapainya. Disuakan ke tubuhku. “Ril, apa kata kita buat majlis sanding serentak. Tak perlulah buat dua majlis. Kita tempah dewan besar. Tetamu dari kedua belah pihak datang sekali harung. Kan senang?”
     Syahril kelihatan sedang berfikir. “Okey juga idea Amni tu. Sekejap..” Syahril mengeluarkan telefon bimbitnya. “Tanya mak dulu. Takut mak ada idea lain?”
     Aku mengangguk sahaja sambil memikirkan warna tema untuk majlis persandingan itu nanti. Sedang aku asyik berfikir, aku terlihat seorang gadis di luar butik. Gadis itu sungguh comel menggayakan jubah kain satin berwarna biru dan pink. Nampak sangat menarik.
     “So? Warna?” Aku memandangnya dengan senyuman. “Apa? Hensem sangat eh?”
     Papp. Perasan betul dia ni.
     “Nak warna pink, kan?” Syahril mengangguk-anguk. “Combine dengan biru firus? Okey?”
     “Serius? Tak gila, kan?”
     “Cuba lihat girl kat sana tu. Comel tak?”
     “Orangnya comel. Tapi apa kena mengena.. dengan..”
     Aku membiarkan Syahril terus memandang gadis itu. Geram betul dengan kenakalannya itu. Tak sudah-sudah ingin mengusik aku. Album bertema untuk pelamin aku capai.
     “Merah hitam lagi awesome!”
     “Dracula!” sahutku bersahaja.
     “Kelabu dan oren?”
     “Malap!”
     “Hijau dan kuning?”
     “Kedah!”
     “Purple yellow?”
     “Yahoo messengers!”
     “Okey, biru dan pink. Cute!”
     “Kak, kami nak tema pink dan biru?”
     “Cuba tengok muka surat terakhir. Ada satu contoh di situ. Ballroom hotel, untuk 5000 tetamu pada satu-satu masa, makanan dan hiasan disertakan sekali. Bagaimana?”
     Syahril aku lihat hanya mengangguk. Bersetuju dengan setiap penerangan yang diberikan pemilik butik tersebut. “Amni macam mana? Ril okey. Kos tak banyak.”
     “Kalau Ril okey, Amni tak kisah. Nampak simple.”
      “So, cik dan encik ambil pakej yang ini?” soalnya lagi ingin memastikan keputusan aku dan Syahril. Serentak, kami berdua mengangguk. “Okey, maknanya pakej yang ini, baju untuk akad nikah dan baju persandingan. Itu sahaja.”
     “Ya, itu sahaja.”
     “Kami minta duit pendahuluan RM5000 terlebih dahulu. Bayaran kemudian boleh dibayar secara ansuran, atau sekali gus.”
     “Hurm.. okey,” ujar Syahril sebelum mengeluarkan kad kreditnya untuk membayar duit pendahuluan. Aku hanya mampu mendiamkan diri kerana tidak mahu bertengkar dengannya.  Mungkin dia fikir aku tidak sepatutnya menguruskan hal sebegitu atau lebih tepat, dia yang paling layak untuk mengeluarkan duit kerana dia lelaki.
     Selesai segalanya aku dan Syahril bergerak keluar dari butik itu.  
      “Done! Tinggal kursus kahwin je.”
      “Bila?”
      “Next week.”
      “Okey. Ingatkan Amni.”
      “Tak sabarnya nak kahwin!” gumam Syahril.
     “Insya-Allah, hujung tahun ini kita akan kahwin.”
     Syahril senyum. “Aamiin..”