Wednesday, November 28

Ops, pikat! part 1


yang ni cerpen selepas tak kisah tahu
bagi part 1 dulu sebab tak kisah pun belum habis lagi
nanti tergantung, kena bash 
takuttttt...hahaha
anyway, saya akan siapkan secepat mungkin.
cuti dah nak habis, next week dah masuk kolej
so... blog akan bersawang kembali
laayn dulu ya cerita ini

drop comment kalau rajin 
^__^
Ops, pikat!
“Dini, diam boleh tak? Kalau tak nak diam, aunty hantar Dini balik rumah. Biar Dini duduk seorang diri kat rumah. Nak?” tengking Kaisyah bengang bila anak kecil berusia 6 tahun itu tidak henti-henti membuat bising. Wajah garang Kaisyah sengaja dibuat-buat untuk menakutkan anak kecil itu. “Dini.. tolonglah diam. Aunty peninglah!”
     “Kaisyah? Kenapa ni? Mama tak rasa pun Dini tu bising. Biasa je.”
     “Bagi mama, ia biasa. Bagi Kaisyah, ia luar biasa. Peninglah dengan budak-budak kecil ni. Memeningkan, menyusahkan!”
     “Macam mana nanti kalau dah ada anak sendiri?” Puan Aisya cuba menduga hati anak gadisnya itu. Dia berdehem beberapa kali bagi menarik perhatian Kaisyah ke topic itu. “Kaisyah, dengar tak mama cakap ni?”
     Kaisyah memandang mamanya dan terus berhenti menaip. Dia menjungkitkan keningnya agar Puan Aisya menyoal kembali.
     “Nanti dah ada anak sendiri, macam mana?”
     “Perlu ke kahwin, then ada anak. Perlu ke ada anak bila dah kahwin? Seriously, it’s not really important. Zaman sekarang, semua tu dah tak penting. Orang sibuk fikirkan kerjaya je. Mana ada masa nak fikir tentang anak.”
     “Tapi kenapa? Takkan tak nak kahwin, ada anak sendiri. Umur Kaisyah pun dah 25 tahun, kan?”
     “Ma.. Kaisyah tak suka ada seseorang dalam hidup yang akan mengongkong kehidupan Kaisyah. Ada mama seorang pun sudah cukup. Kaisyah tak perlu bahagikan kasih sayang. Just for you only, ma.”
     “Sampai mama tua, mama kena curahkan kasih sayang kepada anak orang lain? Mama nak cucu dari darah daging mama. Dari rahim anak mama, Kaisyah. Bukan setakat Dini, anak jiran kita.”
     “Senang cakap macam nilah ma, apa kata mama kahwin lain? Mama boleh curahkan kasih sayang pada suami baru mama?” usul Kaisyah dalam percubaan mahu melarikan diri dari topic yang sedang dibincangkan. “Kaisyah tak kisah.”
     Puan Aisya mengeluh berat. “Kaisyah.. tak nak faham perasaan mama?”
     “Pasal kahwin, okey. Kaisyah boleh pertimbangkan. Tapi, kalau pasal nak ada anak.. susah sikitlah ma. Kaisyah tak rasa yang Kaisyah mahu mengandung. Menyakitkanlah!”
     “Kaisyah.. seorang cucu untuk mama pun jadilah.”
     “By the way, siapa calon ayah kepada cucu mama nanti?”
     “Kenapa? Kaisyah nak mama carikan ke? Kalau mama carikan, Kaisyah kena ikut syarat mama.”
     “What’s? ikut syarat mama? Ma.. Kaisyah belum kata setuju lagi.”
     “Demi mama, Kaisyah sanggup lakukan apa sahaja kan?”
     Kaisyah merenung skrin komputer ribanya. ‘Kahwin dengan pilihan mama? Mengandung dan beranak? Apa ni, semua benda yang belum pernah masuk ke dalam senarai wajib buat. Gasak!’
     “Ma.. dengan satu syarat.”
     “Dia pun nak syarat. Hurm.. apa dia. Mama sanggup asalkan Kaisyah sudi kahwin dan berikan mama cucu.”
     “Dia mesti single yang belum pernah berkahwin. Pembersih, maknanya tidak merokok. Tapi dia tetap seorang yang pembersih. Then, dia tidak perlu seorang yang cukup sempurna tapi perlu ada kesempurnaan untuk seorang wanita. Okey?”
     “Beres!”
     Wajah Puan Aisya berubah riak. Nampak ceria. Kaisyah tersenyum bangga. Berjaya menggembirakan hati mamanya. ‘Siapalah yang malang jadi suami aku tu nanti.’

Komputer riba terus dimatikan fungsinya. Kaisyah mengangkat kedua belah tangannya sebelum menggerakkannya ke kiri dan ke kanan. Perbuatannya diulang berkali-kali. Dia menarik nafas lega kerana sudah berjaya menyiapkan laporan kerja yang diminta majikannya.
     Kaisyah bangkit dan mengemaskan meja kerja yang digunakan di ruang tamu itu. Kelihatan bersepah-sepah dengan kertas kerjanya. Sesekali dia menjeling Dini yang tertidur di atas sofa. ‘Budak kecil. Kat mana-mana pun dia boleh tidur.’
     Selesai mengemas dia terus menghampiri Dini. Dia tersenyum. “Maafkan aunty ya sayang sebab marah tadi. Aunty penat, banyak kerja. Tak suka suasana bising.”
     Rambut Dini diusik. Suka melihat kerintingnya rambut itu. Entah dari mana datangnya genetic rambut kerinting Dini. Setahunya, ayah Dini tidak berambut kerinting.
     “Mama..”
     Terkedu kaisyah bila Dini tiba-tiba memeluknya di leher. Anak kecil itu turut memanggilnya mama. “Err.. mama?”
     “Tersentuh dengar dia panggil kamu mama? Takkanlah masih tak ada perasaan nak ada anak sendiri?” Puan Aisya menghulurkan sebiji bantal kepada Kaisyah untuk dilapikkan di bawah kepala Dini. “Mama bukan apa, Kaisyah. Kamu satu-satunya anak mama. Nak harapkan siapa lagi berikan mama cucu?”
     “Ma.. Kaisyah tak sedia lagi. Dengan kerjaya yang baru nak berkembang.. kena kahwin? Tak bolehlah, ma. Kaisyah tak sanggup nak berkorban untuk tinggalkan kerjaya dan jaga famili. It’s really not my type.”
     “Malaslah mama nak cakap dengan Kaisyah ni. Degil!”
     “Kita bincang lain kali jelah, ma.”
     “Nak bincang apa kalau kamu asyik cakap tak nak? Tak payah kahwin. Senang. Pasal pagi tadi tu, abaikan je. Anggap mama tak pernag cakap. Kamu buat hal sendiri..” Puan Aisya beredar ke dapur. Sembunyi-sembunyi dia menguntumkan senyuman. Dia yakin Kaisyah tidak akan membuat dia terus menerus dalam rajuk. Pasti Kaisyah akan datang memujuk dan bersetuju dengan dirinya.
     “Mama merajuklah. Kaisyah malas nak pujuk mama dah. Mesti Kaisyah kalah lagi.”
     ‘Aiik.. tak menjadi idea aku kali ini.’
     Kaisyah tidak senang duduk. Akhirnya dia bangkit dan masuk ke dapur. “Okey. Mama carikanlah seorang lelaki yang sesuai untuk Kaisyah. Syarat masih sama. Kaisyah akan beri tempoh 6 bulan untuk dia pikat hati Kaisyah. Kalau dia gagal, mungkin Kaisyah akan membujang sampai ke tua.”
     “Betul ni?”
     “Ya..”
     Lebar senyuman Puan Aisya. Bangga kerana begitu disayangi anak tunggalnya itu. “Macam inilah anak mama.”
*****
“Kaisyah Amani? Kau ke ni?”
     Kaisyah mengecilkan pandangan matanya memandang seorang gadis di hadapannya. Lama dia berfikir mencari gerangan gadis itu sebelum dia menyimpulkan senyuman lebar. “Izanim? Kan?”
     “Ya, akulah. Izanim! Eh, kau buat apa kat sini seorang diri?”
     “Erm.. tu!” Kaisyah meluruskan tangannya ke arah Dini yang sedang asyik bermain air.
     “Anak kau ke?”
     “Eh, bukanlah. Tu anak jiran aku. Ayah dia juruterbang. Selalu ke sana sini. So, tumpangkan kat rumah aku. Mak aku pengasuh dia kiranya. Hujung minggu macam ni.. bosan duduk rumah. Aku ajaklah dia ke sini. Well, budak! Of course suka!”
     “Hurm.. mak budak tu?”
     “Meninggal sewaktu lahirkan dia.”
     “Ayah dia suka kau ke?”
     “hello.. kau ingat ini kisah cinta dalam novel ke? Pleaselah.. kalau ayah dia jatuh cinta dengan aku, aku cabut lari. I’m single, and my husband must a single too!”
     “Wooww.. still demand! Eh, kebetulan aku dah terjumpa kau kat sini. Next week aku kahwin.”
     “Betul ke?”
     “Betullah. Cuma, aku dah nikah dengan dia dua bulan lepas. Cuma, disebabkan tak ada hari yang bagus untuk bersanding, kami buat minggu depan.”
     “Wah.. tahniah, tahniah. Cepat juga kau kahwin, ya. Aku ingat kau still nak ikut gila-gila kau dulu tu. Nak kahwin umur 30 tahun? Rupa-rupanya tak juga.”
     “Terlalu lewat untuk mengandunglah, Kaisyah!”
     Gulp! ‘Ni lagi sorang. Mengandung? Apa yang best sangat mengandung ni?’
     “Jap.. ini kad aku. Jangan lupa datang tau. Bawa mama kau sekali. Nak ajak ayah budak tu pun okey. Aku nak balik dah ni. Seharian berkubang kat taman tema ni. Time for spa!”
     Meletus tawa Kaisyah mendengar ayat terakhir Izanim. Yang itu, tiada perubahan. Masih sama. Gila kecantikan!
    
“Aunty, aunty.. Dini nak main kat situ. Jomlah!”
     “Tak nak. Main kat sana jelah.” Kaisyah memandang ke bawah jaluran air di bawah jambatan. Air dalam. Tak mungkin Dini akan bermain air di situ seorang diri. Mesti berteman dan, sudah tentu dia yang kena menemani anak kecil itu. “Aunty tak nak basahkan baju.”
     “Aunty ni jahatlah. Ajak Dini datang sini tapi tak nak main dengan Dini. Bencilah!”
     “Eei.. Dini, cuba tengok air kat bawah tu. Dalamlah. Kalau Dini jatuh, macam mana? Nanti ayah Dini salahkan Aunty pula.”
     “Sebab tu aunty kena teman Dini sekali. Jomlah!”
     “ya Allah, kenapalah budak kecil ni tak faham bahasa melayu?”
     “Aunty, hanya kali ini je. Please…”
     “Kalau awak tak nak temankan anak awak, biar saya temankan dia…”
     Kaisyah berpaling. Terkejut melihat seorang lelaki bertubuh tegap berdiri di belakangnya. “Anak saya? excuse me.. dia bukan anak saya. hanya anak jiran saya.”
     “My fault then. By the way, let me bring her. Kesian tengok dia nangis dari tadi semata-mata nak main air di laluan ni.”
     “No, thanks. Kami tak kenal awak.. so..”
     “Ala aunty ni. Semua tak boleh.”
     “Kenapa awak tak nak temankan dia. Takut air ke?”
     “Saya takut air? Eh, saya pandai berenang tahu tak. Kuak rama-rama, kuak lentang.. semua boleh.’
     “So?”
     “Saya tak bawak baju ganti. Macam mana nak tukar nanti?”
     “It’s okay. Kat kedai cenderamata tu ka nada baju dan seluar. Beli jelah nanti. Kalau tidak pun, saya boleh keluar ke giant untuk beli baju baru untuk awak. dekat je, kan?”
     “Kenapa awak beria-ia sangat ni?”
     “Saya hanya kasihankan budak kecil ni.”
     “Arrghh.. okay, okay. Kita akan turun main air di situ. Puas hati?” dengus Kaisyah pada Dini.
     “Garangnya awak. langsung tak ada sifat keibuan langsung!” komennya. “Ouh.. lupa saya nak kenalkan diri. Saya Amri. Awak?”
     Kaisyah diam. Tidak menyahut.
     “Nama aunty, Kaisyah amani!”
     “Farah Dini! Diam!”
     “Sedap nama tu Cik Kaisyah Amani. Tapi panjang sangatlah. Nama pendek apa?”
     “Kak Kaisyah!”
     “Dini, sekali lagi aunty dengar Dini bersuara, kita balik!”
     Spontan Dini mendiamkan diri dan membuat aksi seperti mengezip mulutnya.
     Amri tergelak lucu. Kelakar melihat keletah Dini dan juga Kaisyah.

Amri mencuri pandang wajah Kaisyah yang muram. Terselit satu perasaan yang tidak pernah dirasakannya sebelum ini. Dia seperti ingin terus menerus memandang wajah Kaisyah dan semahunya setiap saat wajah itu ada di sisinya. “Kaisyah, awak kerja apa di KL?”
     “Kenapa nak tahu?”
     “Pelik. Sebab Dini cakap awak datang sini bercuti dengan dia sampai lusa. Bila saya tanya dia bila awak masuk kerja balik, dia cakap awak tak pernah masuk kerja. Hanya di rumah..”
     “Saya penulis bebas.”
     “Wow.. senang hidup tu. Menulis, dapat royalty. Goyang kaki!”
     “Awak nak cakap kerja macam saya ni tidak mencabar ke?”
     “Tak, saya tak cakap yang kerja awak tu tidak mencabar. Bagi saya setiap satu pekerjaan yang tercipta di dunia ada cabaran tersendiri. Seorang penulis juga ada. Awak perlukan satu cabaran untuk menghasilkan karya bermutu tinggi dan sudah tentu perlu memerah idea yang sangat bernas sebelum menulis. Sudah mesti awak tidak mahu karya yang awak hasilkan sama dengan orang lain, kan?”
     Sejeda Kaisyah terdiam mendengar hujah Amri. Ringkas tapi padat. “Awak kerja apa?”
    “Pensyarah.”
     ‘Patutlah pandai berhujah!’ desis Kaisyah di hati.
     “DIni, seronok tak?” soal Amri. Rambut Dini yang kebasahan diusap. Terpancar sifat kebapaan di wajah tampan Amri.
     “Awak suka budak-budak ke?”
     “Budak-budaklah penyeri sebuah kehidupan.”
     “Oh.. err, tak pernah pula dengar.”
     “Kaisyah.. kenapa saya rasa awak seperti tidak sukakan budak-budak? Ada sesuatu yang pernah berlaku sampai awak tak suka mereka?”
     “Tak ada apa. Cuma tak suka. No reason!”
     “Malang siapa yang jadi suami awak.”
     “Termasuk awak, kalau awak nak try pikat sayalah.”
     Amri tergelak. “Kalau saya try pikat awak, saya ubah sikap awak dulu. Sebab, saya kalau boleh nak ada anak selepas berkahwin.”
     Serta-merta Kaisyah melompat turun dari pelampung. Merah pipinya bila Amri berkata sedemikian. Terasa dirinya seperti diperli. ‘Baru first time jumpa, dia dah berani cakap macam tu. Isy, simpang malaikat 44!’
    
Bungkusan plastic berwarna putih dihulurkan kepada Kaisyah yang sedang memakaikan pakaian Dini. Dia kemudiannya duduk di sebelah Puan Aisya. “Hai, mak cik. Ibu Kaisyah ya?”
     “A’ah. Kamu ni siapa? Temannya Kaisyah ke?” soal Puan Aisya riang. Teruja melihat lelaki itu menyapa mesra dirinya. “Tak tahu pula Kaisyah ke sini sebab nak jumpa kamu.’
     “Eh, tak adalah mak cik. Kami baru berjumpa tadi. Saya tengok Kaisyah marah-marah Dini. Dia memang garang, kan?”
     Bukk!
     Kaisyah langsung membaling beg sandang Dini ke tubuh Amri. Geram diperli sebegitu rupa. Amri hanya ketawa dengan aksi Kaisyah. Tiada perasaan.
     “Saya Amri, mak cik.”
     “Oh, sedap namanya. Bujang lagi?”
     “Mama?”
     “Kalau kamu bujang, bagus jugak. Anak mak cik ni pun bujang. Dia tengah cari calon suami. Ada enam bulan untuk pikat dia. Kamu trylah.. mak cik berkenan juga tengok kamu ni.”
     “Betul ke mak cik. Tapi.. dalam tempoh enam bulan tu, saya masih boleh hidup ke tak? Takutlah kena baham!”
     “Awak dah melampau tahu tak!”
     “Okey, saya minta maaf. Tapi, boleh beri keizinan untuk saya pikat awak?”
     “Errr…”