Friday, December 14

TAK KISAH Special ENtry Final


ini last part of tak kisah special entry. saya terpaksa minta maaf. buat sementara waktu, akan tiada sebarang entry di dalam blog ini berkaitan cerpen dan novel. saya akan busy selama 20 minggu. entry ini pun saya buat selepas terlalu gembir bila tersenarai dalam dean list pada hari ini. so, enjoy this entry. seperti biasa. drop komen. saya rasa macam cerita ini ada tak kena pada bhgn akhir. just tell me...

TAK KISAH Special Entry
Ibu mencuit bahu aku berkali-kali. Sekadar mahu aku menoleh ke arahnya. Aku melarikan wajah pula jauh menghadap pokok-pokok kelapa yang melambai. Lagi damai.
     “Kenapa tiba-tiba je balik sini. Dulu bukan main susah nak suruh balik. Ada masalah ke?”
     “Mana ada masalah.”
     “Habis tu, kenapa muka monyok. Gaduh dengan Syahril?” usik ibu. Aku menoleh. “Betullah tu. Kalau tak, muka tu tak macam cekodok basi.”
     “ibu ni sebelahkan siapa? Amni ke, Syahril. Bencilah macam ni.”
     “Apa puncanya? Macam mana ibu nak tolong kalau tak tahu puncanya. Ceritalah pada ibu.”
     “Pagi tadi, Amni pergi university. Ingat nak surprisekan Syahril. Lepas tu, nampak dia dengan seorang perempuan kat library. Bukan main mesra lagi. Siap bertepuk tampar lagi. Geram betul hati Amni ni.”
     “Cemburu?”
     “Eeei, siapa yang tak cemburu? Sakit tahu tak hati ni tengok dia. Kita tercongok macam orang bodoh je kat situ tau. Dia nampak kita, tapi buat do no je. Nak kejar kita, langsung tak. Eeii, eeii.. geramnya!”
     Tanpa sedar aku mencampakkan buah-buahan rambutan ke luar rumah. Ibu tidak pula menegur. Mungkin dia tahu itu cara untuk aku lepaskan geram yang terbuku.
     Ibu mendiamkan diri. “Tu.. dia dah sampai. Pergilah tengok. Tanya dia elok-elok. Entah-entah, budak perempuan tu tak ada apa-apa hubungan dengan dia pun.”
     “Assalamualaikum, ibu. Sihat?”
     “Alhamdulillah, sihat. Syahril macam mana?”
     “Sihat juga, ibu. Err, hai Amni.”
     “Bye!”
     Kelat wajah Syahril ketika itu. Terkejut dengan tindakan aku barangkali. Aku tak peduli. Yang pasti, hati aku ketika itu terlalu sakit.
     Ibu terus mencubit lengan aku. Marah agaknya dengan aku. “Dia datang dengan baik, layanlah elok-elok.” Ibu membebel panjang sebelum menghilangkan diri ke dapur. Aku melepaskan pandangan ke arah Syahril.
     “Ibu, tak payah susah-susah buat air. Saya baru lepas minum tadi,” ujar Syahril lalu tersengih busuk ke arah aku.
     “Mengada-ngada.”
     Tersengih dia sekali lagi. “Saya nak masuk, boleh.”
     “Tak boleh.”
     “Amni, apa salah saya sampaikan awak tak layan saya dua tiga hari ni. Saya tak faham dan saya cuba fahamkan. Boleh awak terangkan pada saya.”
     “Saya merajuk, kan? Pandai-pandailah awak cari puncanya. Lepas tu datang sini, pujuk saya.”
     Syahril terus menggaru kepalanya. Pening melayan kerenah aku kot. Tapi, biar dia pening sekarang sebelum aku dan dia berkahwin. Sekurang-kurangnya nanti dia ada pengalaman untuk handle masalah ini. Hahaha… memang kejam aku!!!
     “Maybe you get angry pasal.. wayang hari tu ke? Sorry, saya kan dah beritahu tak pandai pilih movie yang sesuai. Tapi, awak cakap tak kisah?”
     “No! bukanlah! Awak tu, kenapa layan perempuan lain? Dah jatuh hati kat freshie. Dah tak suka kat saya. perempuan tua?”
     Melotot mata Syahril dengan kelantangan aku menyoal. “Nabihah Amni… saya hanya cintakan awak. mana mungkin saya berubah hati sedangkan awak sanggup menanti saya? rasional sikit. Saya sayangkan awak. kalau saya betul-betul ada perempuan lain, sudah tentu sekarang ni saya bersuka ria, berjimba-jimba dengan dia. Bukan ada kat sini, pujuk awak. tanya masalah awak dengan saya, serta habiskan masa untuk dengar awak marahkan saya.”
     “Apa hubungan awak dengan dia?”
     “Perempuan mana?”
     “Yang pakai blaus polka dot. Dalam library tempoh hari. Bukan main lagi saya tengok awak dan dia bertepuk tampar. Siap main jeling-jeling.” Dek kerana terlalu marah, aku menambahkan sedikit asam dan garam dalam cerita. Sengaja. Cuba menarik sedikit Syahril ke dalam cemburu aku. Aku mahu dia tahu. Aku terlalu sayangkan dia dan aku tidak mahu kehilangan dia.
     “Itu Zarina. Kawan sekuliah saya. kebetulan dia satu kumpulan dengan saya dalam assignment kali ini.”
     “Gedik betul dia dengan awak, kan?”
     “Dia tu memang gedik. By the way, saya tak minat perempuan gedik. Janganlah cemburu sangat. You know me, right?”
     Aku sengih lebar. Yeah, aku menang. Tapi betul juga. syahril tak suka perempuan sebegitu. Dia kan terlebih matang dari aku. Haha. “So, bila balik KL?”
     “Esoklah. Dah lewat petang. Penatlah!”
     “Tidur kat mana? Pekan Batu Gajah ke? Sana ada hotel.”
     “Bazir je. Rumah nenek kan ada?”
     “Aah.. lupa pulak. Kirim salam kat nenek awak tu.”
     “Yalah. Erm.. awak dah okey ke? Dah tak merajuk?”
     Aku menggeleng laju. “Okey dah. Awak pun sanggup drive sampai sini kan dari KL. Kesian sikit.. tu yang dah tak merajuk.”
     “Macam-macam. Saya balik rumah nenek dulu. Cakap kat ibu, esok saya datang sini. Kita balik KL sama-sama.”
     “Kereta tu?”
     “Tinggalkan kat sini je. Kalau kereta tu ada dengan awak, senang je awak nak cabut balik Perak bila merajuk. Saya yang merana kena cari awak ke sini.”
     Aku mencebik. “Eeei.. jahatlah awak!”
     Syahril tersengih kecil.

Hajah Zahra mengerutkan dahi melihat Syahril yang melangkah masuk ke dalam ruang tamu rumahnya. Sekilas dia melihat jam di dinding. Sudah hampir waktu maghrib.
     “Assalamualaikum, nek.”
     “Waalaikumsalam. Seorang je? Famili kamu mana?”
     “Mak dan ayah ada kat KL. Abang Ary dengan Kak Emi ada kerja kat JB. Adila ada kem.” Syahril bersalam dengan neneknya sebelum mencium dahi Hajah Zahra seperti kebiasaannya. Dia duduk di sebuah kerusi malas milik arwah datuknya.
      “Kamu tak ada kuliah ke esok?”
     “Ada.”
     “Dah tu? Mimpi apa datang sini.”
     “Mana ada mimpi apa-apa. Cuma, ada hal sikit dengan tunang tersayang.”
     Terangkat kening Hajah Zahra mendengarnya. “Balik dengan dia ke?” kendur suaranya bertanya. Syahril menggeleng-geleng. “Hal apa?”
     “Perempuan. Merajuk. So, kena pujuk.”
     “Kes apa?”
     “Amni nampak Ril dengan seorang perempuan beramah mesra. Jealous. Tu yang merajuk.” Syahril jujur. Tidak mahu menipu. Dia tersengih melihat gelengan neneknya.
     “Kamu ni, hati-hatilah sikit. Dah bertunang kan?”
     “Satu kuliah, nek.”
     “Dah makan?”
     “Belum. Nenek masak ke?”
     Hajah Zahra mengangguk. “Pergi mandi dulu. Lepas maghrib, makan.”
     Syahril bangkit. “Oh ya nek. Amni kirim salam.”
     “Waalaikumsalam.”
     Senyum Syahril melebar ke telinga. Tidak pernah lagi neneknya itu menerima salam yang dikirim Amni. Nampaknya, Hajah Zahra sudah mulai menerima Amni. ‘Harap hati nenek selembut senyumannya, belaiannya dan kasih sayangnya.’
*****
“Hai Amni. Sibuk ke.”
     “hurmm..”
     “Sombongnya. Okey, erm… jom keluar lunch!”
     Aku tutup fail. Terganggu konsenstrasi ketika membuat kerja. Aku mendongak. Terkejut aku melihat Taufiq anak majikan aku berdiri di depan meja. “Err.. saya busy.”
     “Tu dah tutup fail. Nak keluar lunch ke?”
     “Yerrp, eh tak. Saya tak keluar lunch. Puasa. Eh, diet!”
     Taufiq ketawa. Mungkin jawapan yang aku berikan kedengaran agak pelik. Pelik? Aku tak rasa pelik. Biasalah, tengah kalut. Jawapan berterabur.
     “Amni, jomlah keluar lunch. Saya lapar. Kalau tak ada teman, saya tak berselera.”
     Spontan mata aku terarah pada sesusuk tubuh milik Maliya. Dengan selamba dan bersahajanya aku memanggil gadis itu. “Liya, encik Taufiq nak ajak awak teman dia lunch. Dia takut makan seorang diri.”
     Maliya diam tidak terkata. Terkejut kut. Ahh, lantaknya. Aku tak kisah, asalkan rencana aku untuk keluar makan tengah hari dengan Syahril tidak terbantut. Beg tangan di bawa meja aku tarik keluar. “Happy lunch, sir!”
     Taufiq menghampiri Maliya. “Temankan saya makan, Liya. Boleh.”
     Lambat Maliya bersetuju. Masih terkejut. “Err.. okey.”
     “Liya, dia nak ke mana? Tadi dia cakap tak keluar lunch. Diet. Then, dia kelam kabut keluar tu nak ke mana?”
     “Amni tu memang macam tu. Kelibut sikit. Dia selalunya keluar lunch dengan Syahril, tunang dia. Tapi kalau tunang dia ada hal, dia tak keluar lunch. Dia order je makanan dari kami..”
     “Dia dah ada tunang?”
    Maliya mengangguk. “Aah. Hujung tahun ni mereka kahwin, tunggu tunang dia habis study. Nak ikut kata Amni, hujung tahun ni.”
     “Awak kenal tunang dia?”
     “Kenal jugalah. Sebab selalu bertembung. Amni pernah kenalkan pada saya. yang lain pun tahu juga. tunang Amni muda empat tahun darinya. Junior dia di university.”
     “Ooh, hebat!”
     “Ya, dia memang hebat.”
     “Eh, jomlah keluar lunch. Lapar!”

Syahril memecut keretanya laju menuju ke Sri Gombak. Mekar senyuman aku melihat dia yang memakai kaca mata hitam. Macho. Aku gagal melarikan pandangan mata dari terus memandangnya dalam gaya tersebut. Aku akui, dia sangatlah kacak dalam rupa sebegitu. Menggugahkan keimanan aku. Oopss..
     “Amni, tak sabar nak kahwin dengan saya ke?”
     “Hah?”
     “Saya pernah baca satu hadis. Seorang isteri akan mendapat pahala hanya dengan memandang wajah suaminya. Tapi dalam kes awak ni.. haram tahu tak pandang saya lama-lama. Boleh jadi zina mata.”
     “Yalah. Saya tak pandang dah. Cuma.. eh, siapa suruh awak hensem sangat hari ini. Bukan salah saya kalau tak lepas pandang awak.”
     “Ya ke? Saya rasa biasa je.”
     “For me, ia luar biasa!”
     Syahril senyum. “Awak pun cantik hari ni. More feminine.”
     Pujian Syahril memaksa aku menelek tubuh sendiri. Feminin? Aku hanya berseluak slack berwarna putih, berblaus dengan motif bunga warna warni dan berselendang putih. Simple.
     “Simple, very suitable for you. Natural beauty.. no need to expose yourself. No make up.. buat hati tenang, buat hati tidak tenteram.”
     “Mula tenang, lepas tu tidak tenteram?”
     “Saya teringin makan ikan bakar.”
     “Saya pun. Berliur dah ni.”
     “Jom pelahap!”
     Aku tergelak kecil. Suka dengan caranya. Dengan Syahril, aku tidak perlu menjadi yang lain. Aku hanya perlu menjadi diri sendiri. Syahril juga begitu. Dia selesa dengan caranya, dan aku juga. kami berdua serasi kerana saling melengkapi. Dia dan aku ada perbezaan kadang-kadang, tapi kami masih boleh betulkan kembali.
     Selesai memesan makanan, Syahril berlalu ke tandas. Kebetulan atau memang disengajakan aku tidak pasti, tapi bila aku menangkap imej Taufiq yang masuk ke dalam restoran dengan riak yang terkejut pasti dia juga tidak menyangka akan bertemu dengan aku di situ.
     “Amni, makan malam dengan famili saya hujung minggu ni ya?”
     “Ary ada?”
     “Dia dan Kak Emi pun ada. Anak kembar mereka pun ada. Adila pun ada. Hajah Zahra pun ada! Semua ada. Lengkap.”
     “Seganlah. Semua orang ada. Nenek awak tu okey ke?”
     “Okey kut.”
     “Takutlah.”
     “Tadi segan, sekarang takut. Mana satu ni?”
     Aku menjungkitkan bahu. Pandangan aku tala ke luar restoran. Namun, pandangan aku berlaga dengan pandangan Taufiq. Apa dia nak?
     “Erm.. don’t worry. Sedangkan Kak Emi tu nenek boleh terima, kenapa tidak awak. amni jangan risau. Nenek belum lagi buka mulut pasal hal ini. Sejak kita bertunang, nenek diam je.”
     “itu lagi saya takut.”
     “Relaks sudahlah. Saya kenal nenek. Dia lembut orangnya. Pada mula je dia susah nak menerima, tapi akhirnya dia pasti akan dapat terima awak. entah-entah, awak nanti jadi cucu menantu kesayangan dia.”
     Aku terdiam mencerna setiap kata-kata Syahril. Ada benar. Melihat Syahril yang turut mendiamkan diri dan menjamu selera, aku tidak memanjangkan isu tersebut. Lebih baik makan, dari memikirkan hal lain yang belum tentu akan terjadi.
     Ikan bakar cicah air asam sudah hampir separuh dimakan. Kekenyangan aku ketika itu sementelah nasi putih di dalam pinggan sudah licin. Sungguh teruk perangai aku di hadapan Syahril. Tetapi, itu lebih baik dari aku terpaksa menjadi hipokrit. Tak mungkin di hadapan dia, aku bukanlah Nabihah Amni yang asli. “Teruk kan saya ni. Dari dulu sampai sekarang perangai tak ubah. Depan awak, makan pun tak reti cover.”
     “It’s okay. Sekurangnya awak tak hipokrit. Macam ni baru elok untuk dijadikan isteri. Tak adalah nanti, lepas kahwin saya terkejut tengok cara awak makan, kan?”
     Aku tergelak bila dia mengajuk cara aku makan. Beraninya dia!?
     “Hai, Amni!”
     Suara Taufiq yang menyapa membuat aku terkedu. Tidak sekali menduga dia akan datang menyapa. “Err.. hai. Erm.. Ril, ini encik Taufiq. Majikan saya.”
     Syahril berdiri. Dia bersalaman dengan Taufiq. “Syahril, tunang Amni.”
     “Taufiq. Erm.. sudah bertunang? Tak sangka betul. Saya ingat Amni ni masih single.”
     “Single tu masih title dia. Single but not available. Saya dah booking!” Syahril menjawab tenang walaupun gelodak di hatinya jauh tersasar. Entah mengapa dia dapat merasakan lelaki yang sedang berdiri di hadapannya itu bagaikan seterunya.
     Aku dapat menangkap pandangan Syahril yang jelas-jelas sekali member isyarat dia tidak suka dengan kehadiran Taufiq. Aku perasan, pandangan itu jugalah yang dia pernah lemparkan bila Rafiq menghampiriku dulu. Ya, aku tidak salah.
     “Okeylah, saya minta diri dulu. Nak singgah solat dulu. Erm.. Amni, jumpa di ofis. Syahril, nice to meet you.”
      Langkah Taufiq aku iringi dengan ekor mata. Tidak mahu kelihatan ketara di hadapan Syahril. “Saya benci tengok dia. I don’t know why must he be my boss?”
     “I love you, Amni. I trust you. Don’t betrayed my love.” Syahril berlalu ke kaunter sebaik sahaja berkata-kata. Aku terkedu.
*****
Aku mengeluh panjang. Jam sudah melewati angka 6 petang. Sepatutnya, Syahril menjemput aku untuk ke rumahnya jam 5 petang tadi. Tapi, sudah satu jam lebih aku menanti ketibaannya. Aku gusar. Sejak pertemuan antara dia dan Taufiq, segalanya bagaikan berubah. Entah kenapa aku rasakan dia seperti mahu menjauhkan diri dari aku.
     Alunan lagu nyanyian Syahril yang aku rakam dua tahun lalu bergema. Telefon bimbit aku capai. Namanya tertera di skrin telefon. “Hello.. kat mana?”
     “I’m so sorry. Ril tak dapat jemput Amni. Abang Ary on the way ke rumah. So, nanti dia jemput Amni sekali. Ril ke Nilai tadi dengan kawan-kawan. Cari bahan untuk projek. Lupa janji nak ambil Amni pukul 5 tadi. I’m so sorry, okay.”
     “Okeylah. Sekurangnya, Ril beritahu.”
     “Hurm.. love you so much.”
     “Love you too..”

Aku tersenyum memandang Syahril yang datang membuka pintu kereta. Sedikit rasa bersalah kerana menyangka yang bukan-bukan. “Dah mandi ke ni?” Aku menyapanya bila Fakhry dan Emira sudah masuk ke dalam rumah. Aku ingin lihat moodnya ketika itu. Kalau boleh, aku tidak mahu dia melayan aku kerana terpaksa, kerana dia dan aku berada dalam kelompok ahli keluarganya.
     “Mandi kerbau. Tapi, mandi jugalah. Risau orang tu termuntah cium bau badan kita yang busuk.” Syahril tergelak dengan kata-katanya sendiri.
     “Pergi dengan siapa?”
     “Zakwan, Farid, Zarina.. Elsa.”
     “Ramai juga.”
     Syahril memandang aku. “Maaf sebab saya tak layan awak sejak akhir-akhir ini. Banyak kerja lecturer bagi. Kebanyakkannya pula kena submit next week. Harap awak faham.”
     Aku mengangguk. “Ya, saya faham.”
     “Saya sayang awak.”
     “Saya pun.”
     “Erm.. bos awak.. ada kacau awak?”
     Aku menggeleng. “Dia menjauhi saya.”
     “Good. Dia seorang lelaki yang matang. Dia tahu siapa yang dia mahu dekati. Tunangan orang.” Syahril tersengih. “Dahlah. Jangan buat muka confuse. Paling tidak pun, saya tahu. Awak tunang saya yang baik. Awak akan setia dengan saya. awak tidak akan memandang lelaki lain, sebab awak dah ada tunang yang hensem macam saya ni, kan?”
     Perasan betul dia ni. Tapi, betul juga. taufiq bukanlah hensem mana. Hensem lagi Syahril. Eh, tak juga. Taufiq hensemlah. Cuma, Syahril tu tunang aku. Tentulah tunang aku lagi hensem. Kan? “Jomlah masuk. Tu, mak  dah bercekak pinggang. Agaknya pelik kenapa kita tak masuk ke dalam lagi.”
     “Kacau daunlah mak tu. Baru je nak dating.”
     “Macam-macam.”
     Puan Masyitah masuk ke dalam setelah menegur kami berdua. Syahril tersengih memandang aku yang cuak untuk berhadapan dengan Hajah Zahra. “Relakslah. Mak saya masak nasi tahu malam ni. Kalau nenek lapar, dia makan nasi. Tak makan awak.”
     Papp.
     “Jangan melawaklah. Mana ada saya takut nak berdepan dengan nenek awak tu.”
     “Ye ke. Bukan itu yang awak selalu takutkan?” Syahril menyoal dengan nada pelik. Aku diam. Tak nak terbocor. Baik diam, sebab diam adalah perkara terbaik bila berhadapan dengan Syahril. Kan aku ni bukan pembohong terhebat.
      Aku terus melemparkan pandangan ke ruang tamu rumah Syahril. Tiada tujuan lain selain ingin mencari kelibat Hajah Zahra. Aku ingin sekali melihat reaksinya dengan kehadiran aku pada hari itu.
     “Erm.. kenapa berdiri kat situ. Marilah ke sini. Duduk berbual dulu. Mak ke dapur sekejap. Hidangkan makanan.”
     Aku mengangguk. Sudah terbiasa dengan panggilan ‘mak’ yang digunakan Puan Masyitah sebagaimana Syahril yang membiasakan diri memanggil ibu aku dengan ‘ibu’.
     “Amni, baru sampai?”
     Aku menoleh. Terkejut melihat Hajah Zahra yang baru muncul. Aku bangkit lalu mendapatkannya. Spontan, aku memegang lengannya dan beriringan jalan di sebelah. “Nenek sihat?”
     “Alhamdulillah. Kamu pula?”
     “Err.. Alhamdulillah. Sihat juga.”
     “Dah solat ke?”
     “Tak, eh dah!” Aduh, terpaksa berbohong di hadapan Hajah Zahra. Takkanlah aku nak cakap yang aku tidak boleh sembahyang di hadapan Encik Wahid, Fakhry dan.. Syahril! Eei.. malu!
     Hajah Zahra senyum.

“Tambah lagi nasinya tu. Ikan kukus tu.. nanti dah sejuk tak sedap dah, Amni. Makanlah.”
     Gila betul. Aku dah tak larat dah nak sumbat makanan ke dalam perut. Rasa sempit dah. Urm.. kalau aku makan macam ni hari-hari, mahunya orang kata aku mengandung nanti. Hehe.. gila! “Mak, dah kenyang ni. Terlampau banyak sangat makan. Macam-macam ada.”
     “Sedap, kan?” Emira tersenyum. “Ikan kukus ni, nenek masak. Makanan kegemaran Fakhry dan Syahril. Kak Emi buat pun tak sesedap macam ni. Hanya nenek yang sedap cara masakannya.”
     “Wah, kalau macam tu bolehlah nenek ajar Amni.”
     “Insya-Allah boleh. Tapi, Amni kenalah jadi cucu nenek.”
     Kata-kata Hajah Zahra aku sambut dengan rasa syukur. Nampaknya, dia sudah menerima aku. Bagaimana? Kenapa? Dan… macam-macma lagi persoalan muncul. Teringin untuk aku mengetahui. Tapi, biarlah hanya hajah Zahra dan tuhan yang tahu. Cukup dengan penerimaan dia terhadap aku. Itu sudah cukup elok.
     “Ril, lagi berapa bulan nak habis study?” soal Fakhry tiba-tiba.
     “Dua bulan. Kenapa?”
     “Convo?”
     “Kalau nak diikutkan, bulan September. Kenapa?”
     “Erm.. korang dah patut berbincang pasal perkahwinan.” Encik Wahid bersuara setelah lama menyepi. Sibuk melayan cucu kesayangannya, Arash.
     Wajah Syahril aku pandang. “Okey ke?”
     “Okeylah. Orang dah tak sabar nak kahwin. Nak bagi mak dan ayah, one more Arash!”
     Papp.
     “Gatal!”
     Merona merah wajah aku ketika itu. Syahril memang. Tak ada insurans mulut.
     Fakhry dan Emira ketawa diikuti ibubapa mereka. Hajah Zahra pula hanya mampu menggeleng-geleng.
      “Eh, mana Adila. Dari tadi Amni tak nampak pun dia.”
      “Dila ke rumah kawannya. Ada hal.”
     “Ooh.”
     Puan Masyitah mencuit tanganku. “Macam mana? Nak langsungkan perkahwinan hujung tahun ni?”
     Aku senyum. “Amni tak kisah mak. Lagi cepat, lagi elok. Amni makin lama makin tua. Takut..”
    “Amni, please..” pantas Syahril mencelah. Mungkin tidak mahu mendengar ayat aku yang seterusnya.
     “Kalau kahwin hujung tahun ni, Syahril dah ada kerja ke?” soal Fakhry.
     “Ary, Ril akan kerja dengan ayah. Lagipun nanti syarikat tu siapa yang nak ambil alih kalua bukan Ril. Kamu tu, ayah suruh ambil engineering tidak mahu. Suruh ambil perngurusan perniagaan pun tidak mahu. Mujur Syahril ni suka engineering. Boleh dia uruskan syarikat tu.”
     “Takkanlah nak suruh kamu yang ambil alih syarikat tu nanti, Ary. Kamu tu doktor.” Kata-kata puan Masyitah disambut ketawa kami semua. Masing-masing setuju dengannya.
     “Eh, tak boleh ke?” sahut Fakhry membuatkan kami semua menyambung tawa.
     “Okey, okey.. kami kahwin hujung tahun ni.” Aku pandang Syahril yang nyata yakin dengan keputusannya itu. Okey, aku tak bantah. Lagipun, aku benar-benar tidak mahu lepaskannya. Aku nak kahwin dengan dia!
*****
Dua minggu kemudian…
Panjang leher aku ketika itu. Sedikit pelik dengan kehadiran Zarina di dalam pejabat Taufiq. Untuk tidak menyusahkan kepala aku fikirkan hal itu, aku cuba fikir positif. Dia adik Taufiq. Haha.. nampak senang tapi rumit. Adik? Kalau itu adik dia, maknanya. Oh tidak. Kenapa perlu Taufiq jatuh hati pada aku, dan adik dia jatuh hati pada Syahril. Tidak… tidak!
     Aku menunduk bila pintu bilik kerja Taufiq terbuka. Menikus aku di situ sambil memasang telinga seluas-luasnya.
     “Kalau dia dah tak nak kat adik, nak buat apa kacau lagi.”
     Sah, itu adik dia.
     “Tapi dia cinta pertama adik, bang. First time adik jumpa dia, rasa lain sangat. Jantung ni macam tak reti nak berhenti degup kencang. Laju je. Cara dia bercakap, cara dia buat kerja.. semuanya perfect. Elak macam mana sekalipun, dia tetap ada dalam hati adik ni.”
     “Hebat sangat ke dia?”
     “Hebat sangat, bang. Every year, he’s in the dean list. Untuk pengetahuan abang juga, dia kemungkinan besar menjadi engineer yang terhebat. Dengar khabar dia ada dicalonkan dalam lima orang terbaik untuk peluang pekerjan di Jepun.”
     Apa? Yang tu macam mana aku boleh tak tahu. Eh, depa cakap pasal Syahril ke?”
     “Masalahnya, dia tak nak kat adik. Janganlah push diri lagi untuk suka pada dia.”
     “I’m not beauty?” soalnya kepada Taufiq.
     “You’re my beauty sister in the world, sis. Jangan sedih. Mungkin dia ada sebab sendiri.”
     “Adik cintakan dia sangat-sangat. Syahril is the best man in the world.”
     “Tapi dia ada saya. saya yang terbaik dalam dunia dia.”
     Oopss! Mati aku. Macam manalah aku boleh terlepas cakap. Pantas aku menekup mulut.
     “Bang, dia.. adik pernah tengok gambar dia dalam handphone Syahril. Tapi.. tak berapa ingat sangatlah. Sebab tengok pun secara tak sengaja.”
     “Adik, ni Amni. Tunangnya Syahril.”
     “What’s?” Zarina terlopong. Terkejut. “Dia pilih perempuan yang lagi tua dari dia? Err.. umur akak berapa?”
     “27.” Aku jawab bersahaja. Eleh.. apa yang ada pada nombor. Rileks sudah.
     “Sebaya abang. Kak, kita changelah. Akak amik abang saya, Syahril bagi kat saya.”
     Spontan Taufiq menolak kepala adik dia. “Kalau dah gila tu, jangan jadi gila lagi. Apa ni main tukar-tukar. Kerja gila betul.”
     “Err.. itu masalah besar dik oi. Syahril tu suka perempuan tua. Dia tak suka sangat perempuan muda ni. Dia cakap kurang matang. Tak ada mood.”
     Zarina terpempan dan aku terngadah. Gila betul aku cakap macam tu. Mana ada Syahril beritahu aku macam tu. Haha.. aku kejam!
     “Tentu akak seorang yang hebat sampaikan dia pilih akak,” ujar Zarina. “Tak apalah, saya patut undurkan diri. Maaflah kalau..”
      “It’s okay. Saya faham. Lagipun korang dalam satu kumpulan yang sama. Tentu kena ada perbincangan dan sebagainya.. asalkan korang hanya ‘kawan’.”
     Berkerut dahi Zarina. “Akak tahu?”
     “Syahril tidak pernah berahsia dengan saya. kalau ada something yang akan buat saya curiga dengan dia, dia akan beritahu saya awal-awal.”
     “Seems that both of you are perfect together,” kata Taufiq. Mendatar suaranya.
     Zarina kelihatan kecewa. Wajahnya terpampang sebuah kesedihan yang nyata. Aku mengalihkan pandangan ke wajah Taufiq pula. Tegang.
     “Apa-apa pun. Ina harap akak bahagia dengan Syahril. Mungkin akak yang terbaik.”
     Bagus, dia faham. Tak perlu susah-susah untuk aku cemburu lagi kalau dia tahu hubungan aku dengan Syahril.
     “Okeylah, adik balik dulu bang. See you at home. Akak, thanks sebab berterus-terang. Tidaklah Ina menanti dan bertepuk sebelah tangan.” Zarina tersenyum. Dia merapatkan tubuhnya dengan aku. Tergamam aku bila dipeluknya. “Be my sister, okay. See you again.”
     Aku melepaskan pandangan mengekori langkah Zarina keluar dari pejabat. Sebaik kelibatnya menghilang, aku kembali duduk di tempat aku.
     “Kadang-kadang saya terfikir. Kenapa saya selalu lambat mendapatkan sesuatu yang mudah dimiliki?”
     Aku mendongak melihat Taufiq yang masih berdiri di hadapan meja aku. Bila dilihat ke kiri dan kanan, aku pasti tiada sesiapa melainkan aku di hadapan Taufiq. “Err.. cakap dengan saya ke?” Taufiq tersenyum kecil lalu mengangguk. Lucu ke?
     “Sambunglah kerja awak. saya pun ada banyak kerja lagi.”
     “Encik Taufiq, errr.. kadang-kadang, apa yang senang nak dimiliki susah untuk diperolehi. Mungkin ada sesuatu yang jauh lebih baik untuk kita dapatkan.”
     “Okay, thanks. I will put it in my mind.”

“Ril, kenapa pilih warna pink kat sebelah awak?”
     “Cute!”
     “Sepatutnya kat sebelah rumah saya.”
     “bukan tak suka warna pink ke?”
     Aku diam. Betul juga. aku tak suka warna pink. Tapi, eh kenapa dia tetap pilih warna pink? “So, kenapa pilih warna pink?”
     “Macam cute je.”
     Sehelai gaun pengantin berwarna putih bercampur dengan warna pink dicapainya. Disuakan ke tubuhku. “Ril, apa kata kita buat majlis sanding serentak. Tak perlulah buat dua majlis. Kita tempah dewan besar. Tetamu dari kedua belah pihak datang sekali harung. Kan senang?”
     Syahril kelihatan sedang berfikir. “Okey juga idea Amni tu. Sekejap..” Syahril mengeluarkan telefon bimbitnya. “Tanya mak dulu. Takut mak ada idea lain?”
     Aku mengangguk sahaja sambil memikirkan warna tema untuk majlis persandingan itu nanti. Sedang aku asyik berfikir, aku terlihat seorang gadis di luar butik. Gadis itu sungguh comel menggayakan jubah kain satin berwarna biru dan pink. Nampak sangat menarik.
     “So? Warna?” Aku memandangnya dengan senyuman. “Apa? Hensem sangat eh?”
     Papp. Perasan betul dia ni.
     “Nak warna pink, kan?” Syahril mengangguk-anguk. “Combine dengan biru firus? Okey?”
     “Serius? Tak gila, kan?”
     “Cuba lihat girl kat sana tu. Comel tak?”
     “Orangnya comel. Tapi apa kena mengena.. dengan..”
     Aku membiarkan Syahril terus memandang gadis itu. Geram betul dengan kenakalannya itu. Tak sudah-sudah ingin mengusik aku. Album bertema untuk pelamin aku capai.
     “Merah hitam lagi awesome!”
     “Dracula!” sahutku bersahaja.
     “Kelabu dan oren?”
     “Malap!”
     “Hijau dan kuning?”
     “Kedah!”
     “Purple yellow?”
     “Yahoo messengers!”
     “Okey, biru dan pink. Cute!”
     “Kak, kami nak tema pink dan biru?”
     “Cuba tengok muka surat terakhir. Ada satu contoh di situ. Ballroom hotel, untuk 5000 tetamu pada satu-satu masa, makanan dan hiasan disertakan sekali. Bagaimana?”
     Syahril aku lihat hanya mengangguk. Bersetuju dengan setiap penerangan yang diberikan pemilik butik tersebut. “Amni macam mana? Ril okey. Kos tak banyak.”
     “Kalau Ril okey, Amni tak kisah. Nampak simple.”
      “So, cik dan encik ambil pakej yang ini?” soalnya lagi ingin memastikan keputusan aku dan Syahril. Serentak, kami berdua mengangguk. “Okey, maknanya pakej yang ini, baju untuk akad nikah dan baju persandingan. Itu sahaja.”
     “Ya, itu sahaja.”
     “Kami minta duit pendahuluan RM5000 terlebih dahulu. Bayaran kemudian boleh dibayar secara ansuran, atau sekali gus.”
     “Hurm.. okey,” ujar Syahril sebelum mengeluarkan kad kreditnya untuk membayar duit pendahuluan. Aku hanya mampu mendiamkan diri kerana tidak mahu bertengkar dengannya.  Mungkin dia fikir aku tidak sepatutnya menguruskan hal sebegitu atau lebih tepat, dia yang paling layak untuk mengeluarkan duit kerana dia lelaki.
     Selesai segalanya aku dan Syahril bergerak keluar dari butik itu.  
      “Done! Tinggal kursus kahwin je.”
      “Bila?”
      “Next week.”
      “Okey. Ingatkan Amni.”
      “Tak sabarnya nak kahwin!” gumam Syahril.
     “Insya-Allah, hujung tahun ini kita akan kahwin.”
     Syahril senyum. “Aamiin..”
*****
“Kau nak kahwin bulan 12 ni ke?”
     “Aah. Syahril tak nak tunggu lagi dan aku.. umur aku makin lanjut. Taknaklah orang kata anak dara tua naik pelamin dengan anak ikan kan?”
     “Isy, ada ke cakap macam tu. Yang pastinya, kau bukan macam tu. Kau dengan dia memang bercinta sejak zaman belajar lagi. Orang tak heran lah. Lainlah kalau kau nak kahwin dengan dia sebab nak kikis harta dia.”
     “Aku ada rupa macam pisau cukur ke?”
     “Adalah sikit.” Rina tergelak-gelak menyahut persoalan aku. Nampak sangat ketidakjujurannya itu. “Tapi orang takkan fikir kau mengikis duit dialah. Sebab, dia tak kerja lagi. Kau dah kerja. Apa nak heran?”
     “Rina, jom pergi makan. Lapar!”
     “Eeeii, kau sepatutnya diet. Nanti pakai baju kahwin tak muat, padan muka!”
     “Whateverlah mak cik. Aku kena makan banyak-banyak. Kalau  tak cukup makan, nanti Syahril marah.”
     Rina menarik muka. “Gediklah kau. tak pernah aku tengok kau segedik ini. Geli tau tak!”
     “Eleh, konon menyampah dengan aku lah? Piirahhh!!”
     Berdekah-dekah RIna ketawa kemudiannya sehingga menarik perhatian ramai orang. Kalut aku cuba memberhentikan tawanya. Tak pasal-pasal orang fikir aku dan dia ni orang gila.

Hajah Zahra tersenyum seorang diri memandang kad kahwin Syahril dan Amni. Sangat ringkas dan sungguh cantik rekaannya. Masih kekal dengan tema warna biru dan pink. Tidak lari. Karikatur puteri dan putera menaiki kereta kuda mencuit hatinya. “Cantik. Siapa reka?”
     “Amni, mak. Mas pun suka tengok. Simple..”
     “Bila difikirkan, rasanya Syahril tu lagi matang dari Amni. Entahlah.. mungkin jodoh mereka agaknya.”
     “itulah mak. Mas dulu pun tak suka sangat dengan pilihan Syahril ni. Dengan Fakhry lagi.. pening kepala. Tapi, tak sangka juga jodoh mereka berdua ni kuat. Dah nak kahwin akhirnya..”
     “itulah.. usia bukan penghalang. Mak dulu silap. Rasa malulah, itulah.. inilah.’
     Puan MAsyitah hanya tersenyum mendengar celoteh Hajah Zahra.
     “Assalamualaikum!”
     “Waalaikumsalam…” sahut Hajah Zahra dan Puan Masyitah serentak.  
     Syahril spontan berbaring di atas riba Puan Masyitah. “Mak, boleh tanya tak?”
     “Tanyalah.”
     “Amni tu cantik ke?”
     Meletus tawa Hajah Zahra mendengar pertanyaan Syahril. “Kamu ni dah kenapa? Tiba-tiba je tanya soalan macam tu? Ada sakit mana-mana ke kepala tu?”
     Syahril mengerutkan dahi. “Apa nenek ni?”
     “Yalah, kenapa tanya soalan macam tu?”
     “Tak ada apa-apalah nek. Saja je tanya. Erm.. Ril naik atas dululah. Nak mandi, solat dan rehat.”
     “Okey.. nanti makan malam, mak panggil. Rehatlah cukup-cukup ya. Orang tengah busy dengan exam akhir, kan?” usik Puan Masyitah sekali lagi mengundang tawa Hajah Zahra.
     “Eeii, suka sangat nak mengenakan orang. Erm.. merajuk dulu, bye!”
*****
 “Saya perkenalkan anak saya, Syahril.” Encik Wahid memanggil Syahril masuk ke dalam bilik mesyuarat. “Mulai hari ini, anak saya akan mengambil alih segala tugas saya di syarikat. Syahril, beri sepatah dua kata..”
     “Assalamualaikum, seperti apa yang ayah saya beritahu mulai hari ini saya akan mengambil alih segala jawatannya. Saya berharap bila saya telah mulai bertugas, kalian semua sudi member segala tunjuk ajar kepada saya..”
     “Insya-Allah..” serentak beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah di dalam bilik mesyuarat tersebut menjawab.
     “Kalau tiada apa-apa lagi, mesyuarat kita tamat di sini sahaja.” Encik Wahid bersuara kemudian.
     Syahril senyum dan hanya mampu mengucapkan terima kasih bila dihujani dengan ucapan tahniah di atas perlantikan tersebut. Dia memandang Encik Wahid dan terus memeluknya. “Thanks ayah.”
     “And one more thing. This is for you..”
     Berkerut dahi Syahril melihat kunci yang diberi ayahnya. Hanya satu kunci. “Err.. kunci apa ni, ayah?”
     “mari sini..” Encik Wahid menarik tangan Syahril ke tingkap. Dia mengarahkan anaknya itu memandang ke bawah. “Lihat kereta berwarna merah itu..”
     “Siapa punya?”
     “Untuk kamu..”
     “Serius?!!” Syahril menyoal terkejut. Bulat matanya memandang wajah Encik Wahid. “Audi Q5 kegilaan Ril?”
     “Ya, untuk kamu. Itu permintaan kamu dulu bila mak dan ayah tidak izinkan kamu sambung study ke luar Negara. Ingat?”
     “Itu hanya permintaan Ril yang.. kebudak-budakkan, ayah. Tapi.. Ril betul-betul tak sangka yang ayah akan tunaikan permintaan Ril. Terima kasih banyak-banyak.”
     Encik Wahid tersenyum. “Itu hadiah kamu yang ayah telah tunaikan. Lepas ni, ayah harap kamu tumpukan perhatian pada kerja-kerja di pejabat.”
     “Insya-Allah ayah. Ril janji takkan hampakan ayah.”

Bahu Syahril aku cuit sebelum bersembunyi di belakang kerusi. Dia berpusing namun tidak sepenuhnya. Aku mencuit lagi. Dia berpusing, juga masih tidak sepenuhnya dan terus menghirup air. Aku mencebik. ‘Eii, dia ni tak ada perasaan betullah.’
     Aku bangkit. Terus ke hadapannya dan duduk.
     “Dah besar, tapi ada hati nak main cuit-cuit.” Syahril mengomel.
     Ceh, dia tahu. Mesti dia sengaja kenakan aku tadi. Geramnya aku! “Penat je muka? Banyak kerja ke? Takkanlah baru first day kerja, ayah dera Ril buat semua kerja dia?”
     “Tak banyak kerja. Cuma, kena turun naik. Ayah kenalkan Ril dengan semua pekerja. Dari pekerja bawahan sampai atasan. Penat. Tak sempat duduk sampai time lunch ni. Nasib baik lepas ni ayah suruh balik je. Rehat. Esok baru start buat kerja.”
     “Oh kesiannya. It’s okay. Lama-lama nanti dah biasalah. Macam Amni juga. mula-mula bekerja rasa macam tak nak kerja dah. Tapi, bila dah lama, dah serasi dengan apa yang kita buat.. kerja tu jadi senang dan langsung tak rasa memenatkan.”
     Syahril mengukir senyum. “Saya suka dengar awak kata begitu.”
     “Kenapa?”
     “Saya nampak kebahagiaan saya bersama dengan awak dalam perkahwinan kita.”
     Tiba-tiba je aku rasa berbunga-bunga. Sedikit terharu mendengarnya. “Lagi tiga bulan..”
     “Tak sabar rasanya nak kahwin. Kenapalah masa tidak dapat dipercepatkan lagi.”
     “Get ready sudahlah. Tak payah nak cepat-cepat sangat.”
     “Semua benda boleh berlaku dalam masa dua bulan. Amni, please note that!” serius suara Syahril kedengaran. Aku diam. Aku yakin dia masih belum berpuas hati dengan Taufiq yang menghantar aku ke majlis konvokesyen walaupun aku sudah member alasan lelaki itu ingin melihat konvokesyen Zarina. Syahril juga langsung tidak percaya Zarina merupakan adik Taufiq. “So, kat tempat kerja macam mana?”
     “Okey je. Tak ada apa-apa. Kenapa tanya?”
     “Dia tak kacau Amni lagi?”
     “Ril, tolonglah faham..” Aku berhenti seketika bila seorang pelayan datang menghidangkan makanan. “Dia sudah lupakan Amni sepertimana adik dia yang telah lupakan Ril.”
     “Dia tak kacau, okeylah. Saya tanya je..”
     Aku menggeleng-geleng tidak percaya. Sumpah, aku rasa dia terlalu cemburu. Mungkin kerana aku dan Taufiq berada di bawah satu bumbung yang sama hampir 10 jam lamanya.
     “Apa-apalah, sekarang kita makan. Lapar betul.”
     Syahril mengangguk-angguk.
*****
Sepucuk sampul surat berisi kad undangan perkahwinan aku hulurkan kepada Taufiq. Dia menyambut dengan lirikan senyuman. “Dah nak hampir perkahwinan awak, kan?”
     “Lebih kurang encik Taufiq. Datang tau. Ajak famili encik sekali. Gerenti makanan cukup.”
     Taufiq melepaskan tawa. “Insya-Allah, kalau tiada aral melintang saya hadir ke majlis awak.”
     “Oh ya, alang-alang saya ke sini bagi kad undangan saya nak minta cuti. Faham-faham jelah. Nak kahwin..”
     “Okey, isi borang dan berikan kepada saya. takkan saya nak halang awak bercuti. Nak bina masjid, ibadah tu!”
     “Baiklah, terima kasih. Nanti saya bagi pada encik.”
     Taufiq mengangguk kecil. Aku meminta diri kemudian. Tidak mahu menganggu kerjanya.

 Sebaik kelibat Amni menghilang, Taufiq mencampak sampul surat tersebut ke dalam bakul sampah. Tiada hati untuk melihat isi kandungan di dalam kad tersebut. Jiwanya semakin hari semakin parah. Mengenangkan Amni yang bakal berkahwin dengan Syahril.
     “Aku sering terlewat… gadis yang aku inginkan, pasti terlepas ke tangan orang lain. Hah… sungguh menyedihkan!”
     Taufiq meletakkan kepalanya di atas meja dilapik dengan dua belah tangannya. Dia menangis. “Ya Allah, hati ini terlalu sakit mengenangkan sesuatu yang tidak mungkin dapat aku perolehi…”
*****
10.11.12
“Aku terima nikahnya Nabihah Amni binti Ismail dengan mas kahwin RM100.00 tunai…”
     Sah!
     Sah!
     syahril terus menoleh ke belakang memandang aku. Aku senyum membalas senyumannya. Aku lihat dia mengesat air mata menggunakan hujung lengan baju melayunya. Aku menunduk, menadah tangan.
      Ya Allah, betapa dia benar-benar menginginkan aku sehingga dia mampu mengalirkan air mata kegembiraan. Ya Allah, aku tak kisah jarak yang ada antara kami berdua ini asalkan, ini jodoh yang ditentukan olehMu, dan inilah kebahagiaan yang diaturkanMu.
     “Amni..”
     Bergetar jantung aku ketika itu. Terasa hampir lemas aku dalam kesesakkan orang ramai yang mengelilingi aku ketika itu. Aku mendongak kembali. Terkejut melihat Syahril yang duduk bersimpuh di hadapan aku.
     Tangannya menggamit tangan aku. Terkaku aku di situ saat dia menyarungkan cincin. Entah bagaimana, aku tiba-tiba malu berhadapan dengannya. Segala-galanya bagaikan suatu perkara yang agak kekok.
     “Err… awak tak nak sarung cincin kat saya ke?” soal Syahril mengusikku. Sekadar ingin cuba menenangkan hatiku.
      “Ahh… errr… ya, nak sarunglah ni…”
     Cincin di tangan Puan Masyitah aku ambil lalu aku sarungkan ke jari Syahril. Menggigil juga tangan aku ketika itu. Kelakar ada juga bila aku tersilap masuk jari. Eh, normallah. Aku tak pernah sarungkan cincin. Okey, nampak tak cara aku menutup kesalahan itu. Tak apa, tiada siapa kisah.
     Cup!!
      Gulp!!!
      Ciuman Syahril di dahi membuat aku kelu lidah. Okey, kaku dan kelu mungkin akan menjadi satu perkara yang normal untuk aku mulai hari ini. Weirdo!
    
Majlis persandingan aku dan Syahril diadakan serentak seperti yang dirancangkan. Warna tema kami terpaksa ditukar di saat akhir. Kami berdua terpaksa memilih warna pastel campuran biru turquoise. Nampak sweet dan tenang. Okey.. tiada masalah!
     Agak ramai tetamu yang bersilih ganti sehinggakan aku dan Syahril penat untuk terus tersenyum. Aku nampak kelibat Taufiq dan Zarina di awal majlis. Namun, tidak sempat bersua kerana aku terlalu sibuk melayan tetamu yang kebanyakkannya merupakan saudara rapat aku dan Syahril.
     Ahhh.. segalanya sudah selesai. Aku dah kahwin dengan Syahril. Walau terpaksa kena tunggu sampai 4 tahun, ia tetap berbaloi. Berkahwin dengan orang yang kita cinta, walaupun dia muda dari kita bukan satu masalah besar. Asalkan ada persefahaman sudah cukup memadai.
     Orang sekeliling nak cakap apa? Aku tua, dia muda… aku rasa, perlu ke aku kisah dengan semua tu? Apa yang penting sekarang ini, aku kena sesuaikan diri dengan dunia baru aku ni.
     Syahril… thanks for your tak kisah selama ini. I love you much than yesterday!!!!