Saturday, April 6

ops, pikat!



untuk cerpen ni en en
kita tak pasti best ke tidak
dah lama tak menulis
rasa macam sempit je otak nak sambung
so... enjoy. mcm biasa drop the comment keyh. =)
*****************************************

“Dini, diam boleh tak? Kalau tak nak diam, aunty hantar Dini balik rumah. Biar Dini duduk seorang diri kat rumah. Nak?” tengking Kaisyah bengang bila anak kecil berusia 6 tahun itu tidak henti-henti membuat bising. Wajah garang Kaisyah sengaja dibuat-buat untuk menakutkan anak kecil itu. “Dini.. tolonglah diam. Aunty peninglah!”
     “Kaisyah? Kenapa ni? Mama tak rasa pun Dini tu bising. Biasa je.”
     “Bagi mama, ia biasa. Bagi Kaisyah, ia luar biasa. Peninglah dengan budak-budak kecil ni. Memeningkan, menyusahkan!”
     “Macam mana nanti kalau dah ada anak sendiri?” Puan Aisya cuba menduga hati anak gadisnya itu. Dia berdehem beberapa kali bagi menarik perhatian Kaisyah ke topic itu. “Kaisyah, dengar tak mama cakap ni?”
     Kaisyah memandang mamanya dan terus berhenti menaip. Dia menjungkitkan keningnya agar Puan Aisya menyoal kembali.
     “Nanti dah ada anak sendiri, macam mana?”
     “Perlu ke kahwin, then ada anak. Perlu ke ada anak bila dah kahwin? Seriously, it’s not really important. Zaman sekarang, semua tu dah tak penting. Orang sibuk fikirkan kerjaya je. Mana ada masa nak fikir tentang anak.”
     “Tapi kenapa? Takkan tak nak kahwin, ada anak sendiri. Umur Kaisyah pun dah 25 tahun, kan?”
     “Ma.. Kaisyah tak suka ada seseorang dalam hidup yang akan mengongkong kehidupan Kaisyah. Ada mama seorang pun sudah cukup. Kaisyah tak perlu bahagikan kasih sayang. Just for you only, ma.”
     “Sampai mama tua, mama kena curahkan kasih sayang kepada anak orang lain? Mama nak cucu dari darah daging mama. Dari rahim anak mama, Kaisyah. Bukan setakat Dini, anak jiran kita.”
     “Senang cakap macam nilah ma, apa kata mama kahwin lain? Mama boleh curahkan kasih sayang pada suami baru mama?” usul Kaisyah dalam percubaan mahu melarikan diri dari topic yang sedang dibincangkan. “Kaisyah tak kisah.”
     Puan Aisya mengeluh berat. “Kaisyah.. tak nak faham perasaan mama?”
     “Pasal kahwin, okey. Kaisyah boleh pertimbangkan. Tapi, kalau pasal nak ada anak.. susah sikitlah ma. Kaisyah tak rasa yang Kaisyah mahu mengandung. Menyakitkanlah!”
     “Kaisyah.. seorang cucu untuk mama pun jadilah.”
     “By the way, siapa calon ayah kepada cucu mama nanti?”
     “Kenapa? Kaisyah nak mama carikan ke? Kalau mama carikan, Kaisyah kena ikut syarat mama.”
     “What’s? ikut syarat mama? Ma.. Kaisyah belum kata setuju lagi.”
     “Demi mama, Kaisyah sanggup lakukan apa sahaja kan?”
     Kaisyah merenung skrin komputer ribanya. ‘Kahwin dengan pilihan mama? Mengandung dan beranak? Apa ni, semua benda yang belum pernah masuk ke dalam senarai wajib buat. Gasak!’
     “Ma.. dengan satu syarat.”
     “Dia pun nak syarat. Hurm.. apa dia. Mama sanggup asalkan Kaisyah sudi kahwin dan berikan mama cucu.”
     “Dia mesti single yang belum pernah berkahwin. Pembersih, maknanya tidak merokok. Tapi dia tetap seorang yang pembersih. Then, dia tidak perlu seorang yang cukup sempurna tapi perlu ada kesempurnaan untuk seorang wanita. Okey?”
     “Beres!”
     Wajah Puan Aisya berubah riak. Nampak ceria. Kaisyah tersenyum bangga. Berjaya menggembirakan hati mamanya. ‘Siapalah yang malang jadi suami aku tu nanti.’

Komputer riba terus dimatikan fungsinya. Kaisyah mengangkat kedua belah tangannya sebelum menggerakkannya ke kiri dan ke kanan. Perbuatannya diulang berkali-kali. Dia menarik nafas lega kerana sudah berjaya menyiapkan laporan kerja yang diminta majikannya.
     Kaisyah bangkit dan mengemaskan meja kerja yang digunakan di ruang tamu itu. Kelihatan bersepah-sepah dengan kertas kerjanya. Sesekali dia menjeling Dini yang tertidur di atas sofa. ‘Budak kecil. Kat mana-mana pun dia boleh tidur.’
     Selesai mengemas dia terus menghampiri Dini. Dia tersenyum. “Maafkan aunty ya sayang sebab marah tadi. Aunty penat, banyak kerja. Tak suka suasana bising.”
     Rambut Dini diusik. Suka melihat kerintingnya rambut itu. Entah dari mana datangnya genetic rambut kerinting Dini. Setahunya, ayah Dini tidak berambut kerinting.
     “Mama..”
     Terkedu kaisyah bila Dini tiba-tiba memeluknya di leher. Anak kecil itu turut memanggilnya mama. “Err.. mama?”
     “Tersentuh dengar dia panggil kamu mama? Takkanlah masih tak ada perasaan nak ada anak sendiri?” Puan Aisya menghulurkan sebiji bantal kepada Kaisyah untuk dilapikkan di bawah kepala Dini. “Mama bukan apa, Kaisyah. Kamu satu-satunya anak mama. Nak harapkan siapa lagi berikan mama cucu?”
     “Ma.. Kaisyah tak sedia lagi. Dengan kerjaya yang baru nak berkembang.. kena kahwin? Tak bolehlah, ma. Kaisyah tak sanggup nak berkorban untuk tinggalkan kerjaya dan jaga famili. It’s really not my type.”
     “Malaslah mama nak cakap dengan Kaisyah ni. Degil!”
     “Kita bincang lain kali jelah, ma.”
     “Nak bincang apa kalau kamu asyik cakap tak nak? Tak payah kahwin. Senang. Pasal pagi tadi tu, abaikan je. Anggap mama tak pernag cakap. Kamu buat hal sendiri..” Puan Aisya beredar ke dapur. Sembunyi-sembunyi dia menguntumkan senyuman. Dia yakin Kaisyah tidak akan membuat dia terus menerus dalam rajuk. Pasti Kaisyah akan datang memujuk dan bersetuju dengan dirinya.
     “Mama merajuklah. Kaisyah malas nak pujuk mama dah. Mesti Kaisyah kalah lagi.”
     ‘Aiik.. tak menjadi idea aku kali ini.’
     Kaisyah tidak senang duduk. Akhirnya dia bangkit dan masuk ke dapur. “Okey. Mama carikanlah seorang lelaki yang sesuai untuk Kaisyah. Syarat masih sama. Kaisyah akan beri tempoh 6 bulan untuk dia pikat hati Kaisyah. Kalau dia gagal, mungkin Kaisyah akan membujang sampai ke tua.”
     “Betul ni?”
     “Ya..”
     Lebar senyuman Puan Aisya. Bangga kerana begitu disayangi anak tunggalnya itu. “Macam inilah anak mama.”
*****
“Kaisyah Amani? Kau ke ni?”
     Kaisyah mengecilkan pandangan matanya memandang seorang gadis di hadapannya. Lama dia berfikir mencari gerangan gadis itu sebelum dia menyimpulkan senyuman lebar. “Izanim? Kan?”
     “Ya, akulah. Izanim! Eh, kau buat apa kat sini seorang diri?”
     “Erm.. tu!” Kaisyah meluruskan tangannya ke arah Dini yang sedang asyik bermain air.
     “Anak kau ke?”
     “Eh, bukanlah. Tu anak jiran aku. Ayah dia juruterbang. Selalu ke sana sini. So, tumpangkan kat rumah aku. Mak aku pengasuh dia kiranya. Hujung minggu macam ni.. bosan duduk rumah. Aku ajaklah dia ke sini. Well, budak! Of course suka!”
     “Hurm.. mak budak tu?”
     “Meninggal sewaktu lahirkan dia.”
     “Ayah dia suka kau ke?”
     “hello.. kau ingat ini kisah cinta dalam novel ke? Pleaselah.. kalau ayah dia jatuh cinta dengan aku, aku cabut lari. I’m single, and my husband must a single too!”
     “Wooww.. still demand! Eh, kebetulan aku dah terjumpa kau kat sini. Next week aku kahwin.”
     “Betul ke?”
     “Betullah. Cuma, aku dah nikah dengan dia dua bulan lepas. Cuma, disebabkan tak ada hari yang bagus untuk bersanding, kami buat minggu depan.”
     “Wah.. tahniah, tahniah. Cepat juga kau kahwin, ya. Aku ingat kau still nak ikut gila-gila kau dulu tu. Nak kahwin umur 30 tahun? Rupa-rupanya tak juga.”
     “Terlalu lewat untuk mengandunglah, Kaisyah!”
     Gulp! ‘Ni lagi sorang. Mengandung? Apa yang best sangat mengandung ni?’
     “Jap.. ini kad aku. Jangan lupa datang tau. Bawa mama kau sekali. Nak ajak ayah budak tu pun okey. Aku nak balik dah ni. Seharian berkubang kat taman tema ni. Time for spa!”
     Meletus tawa Kaisyah mendengar ayat terakhir Izanim. Yang itu, tiada perubahan. Masih sama. Gila kecantikan!
    
“Aunty, aunty.. Dini nak main kat situ. Jomlah!”
     “Tak nak. Main kat sana jelah.” Kaisyah memandang ke bawah jaluran air di bawah jambatan. Air dalam. Tak mungkin Dini akan bermain air di situ seorang diri. Mesti berteman dan, sudah tentu dia yang kena menemani anak kecil itu. “Aunty tak nak basahkan baju.”
     “Aunty ni jahatlah. Ajak Dini datang sini tapi tak nak main dengan Dini. Bencilah!”
     “Eei.. Dini, cuba tengok air kat bawah tu. Dalamlah. Kalau Dini jatuh, macam mana? Nanti ayah Dini salahkan Aunty pula.”
     “Sebab tu aunty kena teman Dini sekali. Jomlah!”
     “ya Allah, kenapalah budak kecil ni tak faham bahasa melayu?”
     “Aunty, hanya kali ini je. Please…”
     “Kalau awak tak nak temankan anak awak, biar saya temankan dia…”
     Kaisyah berpaling. Terkejut melihat seorang lelaki bertubuh tegap berdiri di belakangnya. “Anak saya? excuse me.. dia bukan anak saya. hanya anak jiran saya.”
     “My fault then. By the way, let me bring her. Kesian tengok dia nangis dari tadi semata-mata nak main air di laluan ni.”
     “No, thanks. Kami tak kenal awak.. so..”
     “Ala aunty ni. Semua tak boleh.”
     “Kenapa awak tak nak temankan dia. Takut air ke?”
     “Saya takut air? Eh, saya pandai berenang tahu tak. Kuak rama-rama, kuak lentang.. semua boleh.’
     “So?”
     “Saya tak bawak baju ganti. Macam mana nak tukar nanti?”
     “It’s okay. Kat kedai cenderamata tu kan ada baju dan seluar. Beli jelah nanti. Kalau tidak pun, saya boleh keluar ke Giant untuk beli baju baru untuk awak. dekat je, kan?”
     “Kenapa awak beria-ia sangat ni?”
     “Saya hanya kasihankan budak kecil ni.”
     “Arrghh.. okay, okay. Kita akan turun main air di situ. Puas hati?” dengus Kaisyah pada Dini.
     “Garangnya awak. langsung tak ada sifat keibuan langsung!” komennya. “Ouh.. lupa saya nak kenalkan diri. Saya Amri. Awak?”
     Kaisyah diam. Tidak menyahut.
     “Nama aunty, Kaisyah amani!”
     “Farah Dini! Diam!”
     “Sedap nama tu Cik Kaisyah Amani. Tapi panjang sangatlah. Nama pendek apa?”
     “Kak Kaisyah!”
     “Dini, sekali lagi aunty dengar Dini bersuara, kita balik!”
     Spontan Dini mendiamkan diri dan membuat aksi seperti mengezip mulutnya.
     Amri tergelak lucu. Kelakar melihat keletah Dini dan juga Kaisyah.

Amri mencuri pandang wajah Kaisyah yang muram. Terselit satu perasaan yang tidak pernah dirasakannya sebelum ini. Dia seperti ingin terus menerus memandang wajah Kaisyah dan semahunya setiap saat wajah itu ada di sisinya. “Kaisyah, awak kerja apa di KL?”
     “Kenapa nak tahu?”
     “Pelik. Sebab Dini cakap awak datang sini bercuti dengan dia sampai lusa. Bila saya tanya dia bila awak masuk kerja balik, dia cakap awak tak pernah masuk kerja. Hanya di rumah..”
     “Saya penulis bebas.”
     “Wow.. senang hidup tu. Menulis, dapat royalti. Goyang kaki!”
     “Awak nak cakap kerja macam saya ni tidak mencabar ke?”
     “Tak, saya tak cakap yang kerja awak tu tidak mencabar. Bagi saya setiap satu pekerjaan yang tercipta di dunia ada cabaran tersendiri. Seorang penulis juga ada. Awak perlukan satu cabaran untuk menghasilkan karya bermutu tinggi dan sudah tentu perlu memerah idea yang sangat bernas sebelum menulis. Sudah mesti awak tidak mahu karya yang awak hasilkan sama dengan orang lain, kan?”
     Sejeda Kaisyah terdiam mendengar hujah Amri. Ringkas tapi padat. “Awak kerja apa?”
    “Pensyarah.”
     ‘Patutlah pandai berhujah!’ desis Kaisyah di hati.
     “DIni, seronok tak?” soal Amri. Rambut Dini yang kebasahan diusap. Terpancar sifat kebapaan di wajah tampan Amri.
     “Awak suka budak-budak ke?”
     “Budak-budaklah penyeri sebuah kehidupan.”
     “Oh.. err, tak pernah pula dengar.”
     “Kaisyah.. kenapa saya rasa awak seperti tidak sukakan budak-budak? Ada sesuatu yang pernah berlaku sampai awak tak suka mereka?”
     “Tak ada apa. Cuma tak suka. No reason!”
     “Malang siapa yang jadi suami awak.”
     “Termasuk awak, kalau awak nak try pikat sayalah.”
     Amri tergelak. “Kalau saya try pikat awak, saya ubah sikap awak dulu. Sebab, saya kalau boleh nak ada anak selepas berkahwin.”
     Serta-merta Kaisyah melompat turun dari pelampung. Merah pipinya bila Amri berkata sedemikian. Terasa dirinya seperti diperli. ‘Baru first time jumpa, dia dah berani cakap macam tu. Isy, simpang malaikat 44!’
    
Bungkusan plastik berwarna putih dihulurkan kepada Kaisyah yang sedang memakaikan pakaian Dini. Dia kemudiannya duduk di sebelah Puan Aisya. “Hai, mak cik. Ibu Kaisyah ya?”
     “A’ah. Kamu ni siapa? Temannya Kaisyah ke?” soal Puan Aisya riang. Teruja melihat lelaki itu menyapa mesra dirinya. “Tak tahu pula Kaisyah ke sini sebab nak jumpa kamu.’
     “Eh, tak adalah mak cik. Kami baru berjumpa tadi. Saya tengok Kaisyah marah-marah Dini. Dia memang garang, kan?”
     Bukk!
     Kaisyah langsung membaling beg sandang Dini ke tubuh Amri. Geram diperli sebegitu rupa. Amri hanya ketawa dengan aksi Kaisyah. Tiada perasaan.
     “Saya Amri, mak cik.”
     “Oh, sedap namanya. Bujang lagi?”
     “Mama?”
     “Kalau kamu bujang, bagus jugak. Anak mak cik ni pun bujang. Dia tengah cari calon suami. Ada enam bulan untuk pikat dia. Kamu trylah.. mak cik berkenan juga tengok kamu ni.”
     “Betul ke mak cik. Tapi.. dalam tempoh enam bulan tu, saya masih boleh hidup ke tak? Takutlah kena baham!”
     “Awak dah melampau tahu tak!”
     “Okey, saya minta maaf. Tapi, boleh beri keizinan untuk saya pikat awak?”
     “Errr…”
*****
Satu persatu tudung dibelek sebelum diletakkan kembali ke tempat asal. Masih tiada yang berkenan di hatinya. Dia beralih ke kedai menjual tudung yang lain pula. Selesai membelek dia keluar dari kedai itu. Tiada yang berkenan di hati. Kaisyah akhirnya melencongkan langkah kakinya ke kedai makan.
     “Hello!!”
     Spontan Kaisyah mengurut dadanya. Terkejut disergah. Hampir sahaja dia tercekik makanan di dalam mulutnya. Dia meneguk air beberapa kali sebelum memfokuskan pandangan pada seseorang di hadapannya. “You!!!”
     “Yes, it’s me!” sahut Amri dengan sengih lebarnya. Dia mendepangkan tangannya dengan bangga. “So, seorang je? Mana DIni. Rindu pula saya dengan dia.”
     “Kenapa nak rindu Dini pula? Dia bukan ada kaitan dengan awak pun!”
     “Cemburu ke?”
     “Sorry… saya cemburu? Hello.. wasting my time je!”
     “Okay. Saya nak makan. Awak temankan. Sekejap je. Sebab dalam pukul 4 saya ada kelas.”
     “Perlu ke saya temankan orang sewel macam awak ni?” getus Kaisyah bengang. Tangan kanannya laju dipanjangkan ke kerusi yang terletak di sebelah kanannya. ‘Eh, mana perginya beg aku ni?’
     Kaisyah mendongak melihat Amri yang selamba memakan lebihan makanannya tanpa segan silu. Elok pula lelaki itu menggigit jejari kentang yang separuh digigitnya.
     Sekilas, Amri menentang mata Kaisyah. “EH, kenapa awak pandang saya macam nak telan. Awak makan orang eh?”
     “Saya tak nak dengar apa-apa. Tapi, tolong pulangkan balik dompet duit saya. boleh?”
     “Ada dalam poket ni,” ujar Amri seraya menunjukkan poket di bajunya. “Kalau nak, ambil sendiri!”
     ‘Okey, dia dah lebih!’
     “Itupun kalau awak beranilah. Saya ni sensitive sikit. Kang terjerit ada orang nak cabul kehormatan saya pulak..”
     “Saya dah lambat masuk kerjalah.”
     “Kenapa awak susah sangat nak kawan dengan saya.”
     “Sebab saya tak nak awak jadi calon bakal suami saya! annoying gila tengok muka awak!”
     Amri buat muka blurr. ‘Muka aku annoying! Dia tak reti menilai seni di wajah aku ke apa?’ Dia mencapai jejari kentang di atas pinggan lagi lalu disuakan ke mulutnya. “Tapi saya ada enam bulan kan untuk ubah persepsi awak? saya nak try!”
     “No! you are not allowed to be my future husband. Calon pun tak layak!”
     “Saya nak tanya awak sesuatu. Kenapa awak tak nak kahwin?” Kaisyah kerutkan dahi. Dia merenung jauh ke dalam mata Amri. “Sorry, tapi mama awak yang beritahu.”
     “Mama always like that.”
     “Cool ada mama macam mama awak. sporting!”
     Kaisyah sengih sinis. Malas melayan. Dia menadah tangan meminta dompet duitnya kembali. “Dompet saya..”
     “Bagi saya peluang untuk memikat awak dalam tempoh enam bulan ni.”
     “Okey.” Kaisyah setuju tanpa banyak cakap. Melayan kerenah Amri sebegitu akan melemaskan diri dia sahaja. pening! Dia bangkit dan terus mencapai dompet duitnya dari tangan Amri.
     “Boleh saya bagi syarat?”
     “Ewah, ewah.. dah bagi betis nak peha.”
     “Satu je syarat saya. simple. Saya rasa awak senang nak ikut. Tak payah nak memeningkan kepala pun.”
     “Okey, apa dia syaratnya?”
     “Dalam tempoh enam bulan ini, hanya saya sahaja yang boleh memikat awak, mendekati awak. dalam erti kata lain, tiada lelaki lain yang boleh dekati awak selagi saya dalam tempoh memikat awak. boleh?”
     “Whatever…” Terus sahaja dia berlalu dari situ meninggalkan Amri yang masih tersengih. ‘Gila.. dia lelaki yang paling gila pernah aku jumpa.’
     Amri tersengih memandang wajah Kaisyah yang memerah. Geram dengannya barangkali.
 
“Dari mana, Sya?” sapa Uwais, ayah Dini sewaktu berselisih dengannya. kaisyah melepaskan pandangan ke arah Dini yang tidur di dalam pangkuan Uwais. Barangkali dia sedang tidur ketika dijemput pulang.
     “Window shopping. Erm.. kenapa tak biarkan Dini bangun dulu baru ambil?”
     “Abang dah janji dengan dia nak bawak dia pergi jalan. Lepas Asar ni terus pergi. Biar kejutan untuk Dini. Bangun-bangun je dah sampai..”
     “Ooh.. so berapa hari? Atau hari ni je?”
     “Abang cuti dua minggu. Spend time dengan Dini lama sikitlah. Mula-mula abang nak bawa Dini ke Cameron Highlands sebelum ke Kedah. Balik kampong..”
     “Lamanya. Mesti mama rindu dengan Dini nanti.”
     Uwais senyum. “itu tandanya awak dah kena kahwin. Lahirkan cucu untuk mama..” sahut Uwais. Lelaki itu turut menggelar Puan Aisya dengan panggilan nama mama. Kemesraan mama Kaisyah membuatkan dia terasa ingin memanggil wanita itu dengan panggilan tersebut.
     “Tak ada kaitan! Sudahlah.. layan abang nanti melekat kat sini sampai Maghrib pulak. Kaisyah tak mandi, tak solat.. abang tak bergerak ke Cameron pula.”
     Kata-kata Kaisyah disambut dengan gelak tawa Uwais. Seronok mengusik Kaisyah yang comel itu. Ada sesuatu di wajah gadis itu yang sering menarik perhatiannya. Lesung pipit. Mirip arwah isterinya!
*****
Selendang di atas kepala yang ditiup angin kipas dibetulkan agar tidak senget dan kemas. Kaisyah mencebik sedikit bila melihat sebiji kerongsangnya hilang. Dia mengeluh panjang sebelum menyelongkar beg tangannya mencari kerongsang yang lain untuk digantikan di situ.
     “Hishh… time beginiilah semua benda nak hilang. Geram betullah!”
     “Hai… bertemu lagi kita ya!”
     “Awak ikut saya ke?”
     “Saya… ikut awak? kenapa pula?”
     Kaisyah mengetap bibir. Dia terdiam. Melihat sekelilingnya sekilas. ‘Okey, fikir positif. Ini karnival buku. Dia ke sini sebab dia seorang pensyarah, mungkin dia nak cari buku. Kaisyah Amani… just think positive!’
     “Oh ya, awak ada program menandatangan novel ke?”
     “Hah?”
     “yalah… selalunya kalau karnival buku macam ni, kan ada program yang melibatkan penulis. Autograph session?”
     “Ouh.. err tak da? Sebab saya tak pernah buat. Saya menulis dan menggunakan nama lain. No ones know me.”
     “Awak pakai nama apa?”
     Kaisyah menggeleng-geleng. Biarlah rahsia itu kekal menjadi rahsia.
     “Mesti ada rahsia di sebalik nama itu, kan? Anyways, saya pergi dulu. Saya nak cari buku.”

Sejak pulang dari karnival buku, Kaisyah memerapkan diri dalam bilik tidurnya. Kata-kata terakhir Amri sebelum beredar di karnival buku itu kembali mengundang nostalgia lama. Terlalu sedih sehinggakan tiada siapa tahu berat menanggung rasa di hati. Dia terlalu kecewa.
     Kaisyah mencapai komputer ribanya. Terasa ingin meluahkan segala perasaannya ketika itu di dalam blognya.
     “jika aku tahu akhirnya aku sedih, tidak akan sekali aku meletakkan dirimu di tempat yang tertinggi. Jika aku tahu akhirnya aku sedih, tidak akan sekali aku melepaskan dirimu pergi. Jika aku tahu akhirnya aku sedih, tidak akan sekali aku membiarkan kau menjauh dari hidup ini. Jika aku tahu akhirnya aku sedih, akan aku terus berada di sampingmu sehingga akhir hayat…”
     Masih sama. Sejak permergian lelaki itu, dia sering mengungkapkan bait-bait ayat itu. Lelaki itu terlalu hebat di matanya. Lelaki itu punca dia terus melangkah ke hadapan. Lelaki itu pendorong utama hidupnya. Segala-galanya kerana lelaki itu.
     “Aku terlalu mencintai kau, Kamarul Aiman. Sehingga kini, aku mencintai kau. kenapa hati ini harus disakiti dengan pemergian kau. kenapa?”
      Secebis nota di dalam laci diambil. Lama dia memandang nota itu. Ringkas, tapi penuh dengan maksud tersirat.

     ‘Secebis harapan dititip buat sang kekasih. Hargai aku, ingati aku. Bersama senaskah cinta teragung, aku persembahkan. Warkah Cinta seorang lelaki!
Legasi Cinta,
Kamarul Aiman.’

Kerana novel cinta tulisan tangan lelaki itu dia bertekad menjadi seorang penulis. Menyambung kisah cinta dengan menulis segala cerita cinta mereka.
     Nama penanya.. Aiman Amani.
     “Aku.. Kaisyah Amani. Penulis novel yang berhubung dengan kalian di dalam blog ini. Aku seorang gadis. Mungkin pada sangkaan pembaca, aku lelaki. Dan mungkin ada yang menganggap aku seorang perempuan juga. ini kisahku. Mengapa aku berselindung di sebalik nama itu. Kerana warkah Cinta itu. Dia menulis untukku. Aku ingin menyambung impiannya menjadi seorang penulis. Dia benar-benar ingin menjadi seorang penulis buku yang terkenal. Oleh itu, aku menggantinya.
     Nama penaku.. Aiman Amani. Gabungan nama aku dan dia..”
     Satu rahsia terungkap. Dia akhirnya menyatakan siapa dirinya yang sebenar di blog itu. Tiada selindung lagi. Biar pembaca, peminat tulisannya tahu hal sebenar. Meski nama asalnya sudah terungkap, tapi tiada siapa yang tahu siapa dirinya sebenar.
*****
Buntang mata Kaisyah memandang Amri yang sedang bermain dengan Dini di ruang tamu rumahnya.  Uwais juga ada di situ dan sedang menikmati makan petang bersama mamanya. “Err hai! Ramainya orang hari ini kat rumah kita, mama. Ada kenduri ke?”
     Uwais tersengih melihat Kaisyah yang kehairanan. “Mari makan kuih ni sekali. Amri beli tadi..”
     Kerusi di sebelah Uwais ditarik. Dia duduk dan terus melemparkan pandangan ke arah Amri. “Awak buat apa kat sini?”
     “Nak melawat rumah bakal isteri,” sahut Amri. Dia mendukung Dini dan menghampiri meja makan. “Makanlah kuih tu. Aunty cakap awak suka makan..”
     “Apa lagi yang mama cerita pada dia ni?”
     “Banyak benda. Abang pun dah rasa mengantuk, Sya.”
     Kecil pandangan Kaisyah memandang mamanya. “Ma.. jahatlah.” Dia mencebik geram. Tangannya tetap juga mencubit sedikit demi sedikit kuih di dalam pinggan dan disuakan ke dalam mulut.
     “Ala.. bakal suami, kan?”
     “Mama, betul ke nak jadikan dia ni menantu? Muka macam penjenayah ada hati nak kahwin dengan Sya.”
     Uwais mencubit pipi Kaisyah. “Ada ke cakap orang macam tu. Tak baiklah!”
     “Aunty, uncle Am baiklah. Uncle Am tak marah-marah macam aunty..”
     Spontan Kaisyah menjegilkan matanya. “Diamlah Dini.”
     “Kaisyah..”

Bibirnya diketap rapat. Dia memandang lama wajah Amri yang berbaring di atas sofa. Mamanya pula masih tidak keluar dari dapur sejak petang tadi. Entah apa yang mamanya buat. “Awak tak ada rumah ke?”
     “Ada. Kenapa?”
     “Tak reti nak balik? Dari petang tadi kat sini, kan?”
     “Saja nak selesakan diri kat rumah mak mentua. Salah ke?”
     “Awak saja nak kenakan saya kan. Awak tahu saya tak nak kahwin, tapi awak ambil hati mama saya. supaya mama saya suka awak, dan suruh saya kahwin dengan awak.”
     “Mana ada.” Amri mempertahankan dirinya. “Mama awak call. Suruh saya datang. Saya datanglah.”
     “Dah tu? Baliklah!”
     “Tak nak. Mama awak yang suruh saya datang, dan hanya mama awak yang boleh suruh saya balik. Faham?”
     Kaisyah bangkit dan terus meluru ke arah Amri. Tanpa disangka-sangka kakinya tersadung kaki meja kopi dan terjatuh ke atas badan Amri.
     Jantung Kaisyah berdegup kencang tiba-tiba. Matanya tidak mampu menentang mata Amri. Dia menjadi gentar.
     Amri mengalihkan tubuhnya. Dia membiarkan Kaisyah di bawahnya pula. “Kenapa awak garang sangat? Apa yang susah sangat sampai tidak mahu terima saya? nak kata saya tak hensem, saya hensem. Jauh lebih hensem. Saya berharta. Saya sembahyang cukup lima waktu.. keturunan saya baik-baik..”
     “Bangunlah. Kalau tak saya jerit panggil mama!”
     “Jeritlah. Saya bagi alasan ini untuk kita kahwin, nak?”
     “Amri… bangun!”
     “Saya menepati syarat sebagai pengantin lelaki, dan imam untuk seorang isteri bukan?”
     “Amri!!! Mama!!”
     Sepantas kilat Amri bangkit dan duduk. Dia bersahaja mencapai surat khabar dan membacanya. Puan Aisyah keluar dari dapur. Terpinga-pinga wajahnya memandang Kaisyah yang berdiri bercekak pinggang di hadapan Amri.
     “Eii..” Kaisyah lari masuk ke dalam biliknya.
*****
“Kaisyah, saya nak jumpa awak hari ini. Boleh?”
     “Saya busy.”
     “Awak busy apa? Takkanlah sedang siapkan novel baru?”
     “Kalau memang saya sedang siapkan novel baru saya, apa awak nak kata?” duga Kaisyah.
     “Mama awak…”
     “Enough, Amri. Saya tak suka awak guna mama untuk dapatkan saya.”
     Amri tergelak kecil mendengar nada suara Kaisyah yang berubah rentak. “Dah tu, awak fikir saya suka,” ujarnya dengan rasa terkilan. “Saya seperti lelaki yang tiada rasa malu bila terhegeh-hegeh cari idea untuk dapatkan awak dari mama awak tau.”
     “Kalau rasa macam tu, stop. Jangan cuba pikat saya.”
     “Tempoh untuk saya pikat awak enam bulan, Kaisyah. Jangan lupa tu. Selama enam bulan ni, saya takkan undur diri walau awak menolak saya.”
     “Ada apa-apa perkembangan ke selama dua bulan ini? Tak ada, kan. Tak payah buang masa awak. Lebih baik awak pergi cari orang lain yang jauh lagi bagus dari saya.”
     “Kaisyah, saya berjanji pada diri saya dan awak sebagai saksi. Saya akan dapatkan awak dengan apa cara sekalipun. Dalam masa empat bulan ini, saya akan pastikan awak menjadi milik saya.”
     “Gila!” tingkah Kaisyah lalu mematikan panggilan telefon Amri.     
    
Kaisyah melompat turun dari atas katil sebaik sahaja menamatkan talian dengan Amri. Laju kakinya melangkah keluar dari bilik dan mencari mamanya. “Ma… Amri tu gila.”
     “Haihh, kenapa pulak ni. Tak ada angin, tak ada ribut.. kata dia gila. Kamu ada nampak dia pakai baju badut pergi mengajar?”
     “Dia psiko! Psiko!”
     “LAntaklah apa pun istilah yang kamu bagi pada dia. Mama tak kisah. Rasanya dia paling layak untuk kamu. Kalau tak, ambil Uwais jadi suami kamu!”
     “Mama!? Sya serius ni!”
     “Mama pun serius. Ada muka mama nampak main-main?”
     “Mama tak pernah nak sebelahkan Kaisyah sejak kenal dengan Amri. Jangan-jangan mama dah kena bomoh!”
     Puan Aisya membuntangkan matanya. Terkejut dengan telahan anak gadisnya. “Dari dia bomoh mama, baik dia bomohkan kamu. Berbaloi sikit!”
     “Sudahlah, Sya malas nak layan mama ni. Sama je psiko dengan Amri. Elok sangat, mak mertua dengan menantu perangai sama!”
     “Kan.. dah mengaku dia menantu mama.”
     Tersedar dari kesilapannya sendiri, Kaisyah melajukan langkahnya masuk ke dalam bilik. ‘Malunya aku.’ Tubuh dihempas di atas katil. Sejenak dia merenung siling di atasnya. “Amri.. aku benci kau. Sikap kau tidak ubah seperti Aiman. Aku dibayangi rasa bersalah untuk menerima kau hanya kerana.. dia. Aku takut kehilangan kau!”
    
Telefon bimbit dicampakkan kuat ke dinding. Melepaskan rasa geram yang terbuku di hati. Amri mengetap bibir dan bercekak pinggang. Kusut fikirannya ketika itu. Dia bagaikan hilang arah. ‘Kaisyah, sekali aku jatuh cinta, aku akan kejar cinta itu sampai dapat. Jangan menyesal jika akhirnya kau jua jatuh cinta dengan aku! Percayalah!’
     Tok! Tok!
     Pintu bilik dikuak dari luar. “Apa yang pecah tadi, bang?” soal Riana kepada abangnya. Dahinya berkerut melihat telefon bimbit kepunyaan Amri di atas lantai. 
     “Handphone abang jatuh. Sorry kalau abang buat Ana terkejut.”
     “Err, ye ke jatuh?” Makin berkerut dahi Riana.
     “Ana nak ke mana. Cantik je baju.”
     “Nak ke kedai buku. Hari ini ada novel baru keluar. Ana nak beli novel.”
     Amri mencapai kunci keretanya. “Abang temankan. Then abang nak cari handphone barulah.”
     Tergeleng-geleng Riana mendengarnya. “Orang dah banyak duit memang macam ni. Pecah je beli baru. Bukannya nak baiki!” omel Riana lalu keluar dari bilik Amri.
     “Ni bukan kes banyak duit. Ini kes cinta!” sahut Amri kuat namun tidak didengari Riana.

“Eh, itu Aiman Amani!” jerit seorang gadis tiba-tiba menggamatkan suasana kedai buku tersebut. Beberapa orang gadis terpinga-pinga kerana tidak pasti. Aiman Amani tidak pernah menunjukkan muka di khalayak ramai dan belum pernah lagi Aiman Amani menjadi tumpuan. Mana mungkin Aiman Amani berada di situ dan ada yang mengenali. “Aiman Amani buat pengakuan di blog dia sebelum ini. Ada dia letak gambar. Tu dia..” ujar gadis itu lagi kepada rakan di sebelah.
     Riana yang turut berada di kelompok tersebut memandang ke arah yang ditunjukkan gadis tadi. ‘Ya, dia sama seperti gambar di dalam blog.’
     Sedar tidak sedar, mereka semua sudah menyerbu Aiman Amani yang sedang bersembang dengan seorang lelaki. Masing-masing mahu meminta tandatangan dan bergambar dengan penulis kesukaan mereka itu. Riana hanya memerhati sebelum mengalihkan pandangan ke arah abangnya di suatu sudut.
     “Abang, buku apa tu?” soalnya seraya membelek buku di tangan Amri. “Ops, cinta?”
     “Untuk orang yang bercinta!” Amri tersengih. Dia mendongak bila kedengaran suasana sunyi menjadi bising tiba-tiba. “Kenapa tu?”
     “Penulis turun padang. Novel penulis tu keluar hari ini. This!” Riana menunjukkan novel di tangannya. “Aiman Amani. sebelum ini, tiada siapa tahu dia siapa. First time dia dikenali bila dia mendedahkan identity dia di blog. So, peminat teruja untuk jumpa dengan penulis!”
     “Ana?”
     “Tak naklah berebut.”
     Amri mencuit hidung adiknya. “Mari sini. Abang dapatkan tandatangan undutk adik.”
     “Serius?” Amri mengangguk. “Yes!”
     Tangan Riana ditarik. Tanpa segan dan silunya dia menyelinap di dalam kelompok gadis-gadis tersebut untuk mampir ke hadapan. “Cik, tolong.. Kaisyah?”
     Kaisyah yang sedang ralit menurunkan tandatangan di novel para peminatnya mendongak. Buntang matanya melihat Amri yang berdiri di hadapannya. “Err, Amri? What are you doing at here?”
     “Saya.. adik saya.. that’s okay.. can you sign this?”
******
Lebar senyuman Puan Aisya melihat anak tunggalnya termenung di halaman rumah. Dulang berisi minuman sejuk diletakkan di atas meja taman sebelum menghampiri Kaisyah yang sedang menyiram pokok bunga. Bahu Kaisyah disentuh lembut. “Erm.. siram pokok ke, siram tanah?”
     “Mama ni. Terkejutlah..”
     “Sudah pandai termenung anak mama yang seorang ni. Ada apa-apa ke? Tak nak kongsi?”
     Kaisyah menggeleng-geleng. “Dini tak datang sini ke hari ini. Rindu pula kat dia..”
     “Anak orang dirindukan, cubalah rindukan anak sendiri..”
     “Anak sendiri pun tak ada.” Kaisyah mencebik.
     Puan Aisya sudah tersenyum meleret-leret. Pelbagai rencana sudah bermain di dalam fikirannya. “Kahwin.”
     “Belum cukup 6 bulan lagi. Nanti-nantilah..” Kaisyah melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Mamanya tidak habis-habis menyuruhnya untuk berkahwin. “Kenapa mama beria-ia mahu Kaisyah kahwin?”
     “Supaya cepat dapat anak. Kahwin sebelum umur 30 tahun ni senang. Anak ramai, senang nak mengandung. Kamu masuk umur 50 tahun, anak baru masuk sekolah menengah. Haishh.. tengok macam mama ni hah. Lewat kahwin, dapat anak seorang, lepas tu tak boleh mengandung lagi. Sunyi, sunyi..”
     “Dah tu, mama nak Kaisyah kahwin then lahirkan anak-anak untuk suami Kaisyah every years. Lepas tu, nak kerat kuku pun dah tak ada masa sebab nak uruskan mereka semua. Oh no!!!”
     Spontan Puan Aisya mencubit pipi Kaisyah. “Isy, janganlah fikir sampai macam tu. Paling tidak pun anak dua tiga orang. Seorang pun cukup, terpulang pada suami Kaisyah lah. Yang mama nak tekankan sekarang, kahwin! Umur mama bukannya makin panjang. Teringin benar mama tengok anak mama yang seorang ni naik pelamin.”
     “Masih ada dua bulan. Tengoklah macam mana. Amri tu macam okey, tapi.. dia tu pelik sikit.”
     “Maksud kamu.”
     “Tak kena dengan cirri-ciri lelaki idaman Kaisyah. Tapi, bila dia tak ada.. rasa macam ternanti-nanti dia muncul je. Pelik tak?”
     “Itu bukan pelik, itu namanya jodoh!”
     “Mama! Adoiii… jangan buat lawak antara benua kat sini.” Kaisyah menepuk-nepuk dahinya menggunakan telapak tangannya. Mamanya memang pakar menyakitkan jiwa, hati dan perasaannya.
     “Mama suruh dia masuk meminang kamu, ya?”
     “No, ma! Please don’t do it!?”
     “Assalamualaikum..”
     “Hah, panjang betul umur jodoh kamu ni. Tiba-tiba je boleh terpacul depan rumah.” Puan Aisya memuncungkan bibirnya ke arah pintu pagar membuatkan anaknya mencuka. “Tak payah nak mencuka sangatlah. Dalam hati kamu bukan main suka lagi tengok dia, kan?”
     Buntang mata Kaisyah mendengarnya. Puan Aisya memang suka merosakkan moodnya. Erghh..
     “Aunty masuk dalam dulu. Amri duduk berbual dengan Kaisyah sekejap ya.”
     Amri mengangguk sahaja. Dia menghampiri Kaisyah. “Hai..”
     “Hai.”
     “Aunty cakap awak sakit. Ya ke?”
     “Mana ada saya sakit. Mama tu suka buat spekulasilah.” Makin panjang muncung Kaisyah sekarang ni. Geram pula rasanya dengan tindakan Puan Aisya. ‘Mak aku jugak!!!’
     “Ouh, so sihatlah ni. Kalau macam tu, tak apalah. Saya balik dulu.” Amri sudah mahu melangkah pergi.
     ‘Eh, itu je? Dia datang sini hanya nak tanya itu?’ Kaisyah bangkit. “Awak.. awak datang sini sebab tu je ke?”
     “Yalah. Awak pun bukannya suka saya berlama-lama depan awak, kan?”
     “Kita keluar.. saya ada hal nak cakap dengan awak.”
     “Kalau perkara yang awak nak bincangkan tu, akan membuat saya kecewa.. saya tak nak. Saya lebih rela kita begini sahaja.”
     “Tak, saya rasa awak tidak akan rasa kecewa langsung. Saya janji.”
     “Okey, awak bersiaplah. Saya tunggu.”
     Tidak membuang masa, Kaisyah terus masuk ke dalam rumah untuk menukar pakaiannya. Sesudah itu dia terus menemui mamanya. “Ma, Sya nak keluar. Erm.. take care.”
     Puan Aisya mengangguk kecil. Dia membiarkan sahaja anak gadisnya itu keluar tanpa rasa risau. Dia percayakan Amri. Lelaki itu tidak akan menyakiti anaknya. Dalam diam, dia benar-benar ingin Kaisyah berkahwin dengan Amri dan terus melupakan kisah silamnya. Sudah terlalu lama Kaisyah memendam perasaan sendirian dan terus menerus mengukum perasan untuk tidak jatuh cinta lagi.
     “Lupakan Kamarul Aiman, Kaisyah. Binalah hidup baru.. Amri terlalu baik untuk anak mama..”

Kereta Amri berhenti di tepi sebuah lombong. Dia melangkah keluar diekori Kaisyah. Tanpa bersuara, Amri melabuhkan punggungnya di sebuah bongkah batu. “Awak nak bincang dengan apa?”
     “Err.. boleh saya tahu kenapa awak pergi sini?” Takut-takut Kaisyah bertanya. Manalah tahu kalau Amri membuat jahat dengannya di situ. Macam mana dia nak lari?
     “Yalah, kalau saya kecewa senang saya nak melompat ke dalam lombong tu hah,” gurau Amri tanpa perasaan. Wajahnya tampak bersahaja.
     “Isy, janganlah merapu. Takkan awak nak mati sia-sia?”
     “Sekarang ni satu je matlamat saya. Saya nak kahwin dengan awak. Dari saya hidup membujang, menderita sendirian, lebuh baik saya mati.”
     “Habis, kalau awak mati, siapa nak kahwin dengan saya?” Spontan Kaisyah menutup mulutnya lalu menepuk-nepuk lembut. ‘Eei,, tolong jangan memalukan diri sendiri!’
     Amri memandang Kaisyah. “Merepek je kerjanya. hurm.. cepatlah cakap. Apa yang awak nak bincangkan dengan saya?”
    Kaisyah duduk di sebelah Amri. Begitu rapat, tidak seperti selalu. Dia menarik nafas sebelum melepaskannya perlahan-lahan. “Saya suka awak.. kot? Kita kahwin?”
     “Kot? Kenapa mesti ada kot?”
     “Saya tak pasti. Tapi apa yang saya tahu, walau saya tak suka awak selalu ada depan mata saya, nanti saya rindu awak. Saya mesti nak dengar suara awak. Kadang-kadang tu, saya rasa awak ni istimewa sangat. Awak tahan kerenah saya. Sebelum ni, ramai yang cuba dekati saya. Tapi, bila saya tidak melayan mereka terus pergi. Dan awak.. lain sangat.”
     “Semalam.. saya ada baca blog awak. Sedikit sebanyak saya mengerti kenapa awak gagal menerima orang lain. Semuanya kerana awak kecewa kehilangan orang yang awak cintai, orang yang awak sayang. Saya faham.. Kalau boleh, saya nak awak terima saya bukan sebagai lelaki yang cuba mencintai awak sepertimana dia mencintai awak. Saya nak awak terima saya kerana diri saya.”
     “Amri, jangan macam ni. Saya tak rasa saya mulai menerima awak kerana dia. Memang awak dan dia ada persamaan, tetapi apa yang saya rasa dengan awak.. lain. Awak sama sekali tidak sama dengan dia. Saya tidak pernah rasa apa yang saya rasa dengan awak.. bila bersama dia.”
     “Kenapa tiba-tiba ni?”
     “Sudahlah.. awak banyak tanya. Tak sudi nak kahwin dengan saya lagi ke?” Kaisyah bangkit. Menyesal pula rasanya bila meluahkan perasaan kepada Amri. Seperti tiada perasaan. Dia memang ragu-ragu, namun setelah meluahkan segalanya terasa tenang dan damai jiwa.
     Pergelangan tangan Kaisyah dicapai. “Saya nak kahwin dengan awak. Cuma, awak cintakan saya?”
     “Saya hanya akan mencintai suami saya..”
     Amri meleretkan senyuman sebaik sahaja mendengar sebaris ayat tersebut. Terlalu indah sekali kata-kata itu membuatkan dia rasa begitu teruja. Kaisyah bukan gadis yang senang didekati, pasti gadis itu juga bukan seseorang yang mudah ditinggalkan. “Saya nak kahwin dengan awak!”
     “Set the date.”
     “Macam mana dengan syarat awak dulu tu?”
     “Dah tak sah. Sebab.. saya pun nak kahwin dengan awak.”
     “I love you, Kaisyah Amani!” jerit Amri lantang. Dia benar-benar gembira ketika itu. Terlalu gembira sehinggakan tidak berhenti dari tersenyum.
*****
Setahun kemudian..
“Sayang, buat apa tu?” soal Amri. Dulang diletakkan di atas meja kopi. Dia terus sahaja melabuhkan punggungnya di atas sofa sambil melepaska pandangan ke arah Kaisyah. “Sudahlah tu buat kerja. Nanti sakit belakang..”
     “Bie, you know what? Semalam, Sya pergi jumpa Encik Umar. Dia suka dengan manuskrip terbaru Sya. Dia cakap.. brilliant idea. Because it based on the reality!”
     “Reality? Tentang siapa?”
     “Bie fikir?”
     “Entah. Tapi.. apa yang bie tahu, sekarang Sya stop buat kerja tu. Duduk sini, minum air yang bie buat ni. Kemudian, tidur.”
     Kaisyah bangkit dari kerusi kerjanya dan terus menghampiri suaminya dengan berhati-hati. Langkahnya perlahan kerana takut tergelincir. “Aduh, penatlah.”
     “Haihh, baru mengandung anak pertama, dah mengeluh?” usik Amri. Dia mengusap tubuh isterinya di bahagian belakang. Dia tersenyum.
     “Kita tukar posisi nak. Bie mengandung, Sya relaks.”
     “Tak boleh. Nanti bie buat manuskrip tu.. macam karangan budak sekolah tadika, nak?”
     Tegelak-gelak Kaisyah mendengarnya. Dia mencubit pipi Amri yang semakin gebu mengikuti perkembangan dirinya yang turut sama berkembang. “Bie ni, macam-macamlah.”
     “Minum susu tu.”
     Gelas yang berisi air susu diambil lalu terus disuakan ke bibirnya. Terpejam celik matanya minum air susu yang sememangnya tidak pernah ada dalam senarai minuman pilihan.
     Amri sudah menuju ke meja kerja. Komputer riba Kaisyah yang terpasang diusik. Manuskrip Kaisyah masih belum ditutup dan dia mengambil peluang untuk membacanya. Dia membaca bahagian penutup. “Sayang..”
     Suaminya dipandang. “Ya, bie.”
     “Kenapa Sya susah sangat nak sebut I love you, aku cinta kau ke.. kenapa eyh?” soal Amri tanpa mengalihkan pandangan dari skrin komputer riba.
     “Sebab..” Kaisyah bangkit lantas Amri terus memadamkan manuskrip isterinya dan memaparkan desktop sahaja. “Tiga perkataan itu tidak cukup untuk menggambarkan rasa cinta, sayang dan kasih Sya kepada bie…” bisik Kaisyah di telinga Amri. Dia tersenyum lalu mengucup lembut bibir suaminya.
     Amri menarik isterinya ke dalam pelukan. “Sya buat manuskrip tentang siapa?”
     “Tentang Kita.”
     Semakin lebar senyuman Amri. Dia perasan tajuk manuskrip isterinya itu. “I love you so much. Now and forever..”
    “Me too.”
    ‘Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan isteri untuk aku dan anak yang bakal lahir ini. Aku bersyukur akhirnya kerana cinta dia kini hanya untuk aku dan aku sendiri telah berjaya mencairkan hatinya…’


1 comment:

Anonymous said...

nice! keep it up miss writer! :D