Wednesday, June 19

The Little Things

The Little Things
“I won’t let these little things slip out of my mouth,
  but if I do,
  it’s you, oh it’s you, they add up too,
  I’m in love with you.
  And all these little things..”

*****

“Izati, tolong saya sekejap. Izati, ambil benda tu. Izati, itu ini.. sana sini.. blah, blah. Penat tau tak! Dia ingat aku ni apa. Mohon kerja kat sini semata-mata nak jadi balaci dia?” getus Izati dengan tidak semena-menanya. Dia terlalu penat pada hari itu bila Syameer, pengurus kilang tempatnya bekerja asyik menyuruhnya buat kerja tanpa henti. “Aku duduk je, dia suruh aku buat kerja. Aku rehat je, dia ajak check itulah, check inilah. Eeii, geram betul aku!”

     Gina dan Hanani juga perasan akan hal itu. Perangan Syameer lebih menjadi-jadi jika Izati sedang duduk berbual dengan Rizal, despatch kilang.

     “Macam tak ada orang lain yang boleh buat kerja tu. Rafidah yang selalu goyang kaki tu, tak ada pula dia arah-arahkan. Kami berdua ni.. ada je dekat dengan kau. Tapi tak pernah pula dia nak suruh kami buat..”

     Izati berbaring di atas sofa. Lega tubuhnya dapat dibaringkan. Terasa segala tulang belulangnya kembali lurus. “Menyesal aku minta kerja kilang!” omelnya.

     “Kau ni. Macam merendah-rendahkan pekerja kilang je.” Gina bersuara sayu. Sedikit terasa dengan omelan Izati. Dia tahu Izati mempunyai ijazah dalam jurusan perniagaan. Cuma, nasib tidak menyebelahinya. Dia gagal mendapat jawatan dalam mana-mana syarikat kerana tiada peluang pekerjaan. “Kau tu dah kerja kilang dua tahun lebih ya. Bos nak naikkan pangkat kau, tak nak. Konon nak temankan kita orang. Piiraah..”

     “Encik Syameer tu macam ada masalah sakit jiwa. Pantang nampak kau je, dia mula bising. Peliklah..”

     Kata-kata Hanani tidak diendahkan Izati. Malas ambil pusing. Dia bukannya tidak kenal dengan lelaki itu. Syameer Haziq! Lelaki itu pernah memainkan perasaannya. Entah, dia yang terlalu perasan atau Syameer yang berperasaan. Dia suka Syameer tanpa menyedari Syameer menyedarinya. Lantas satu kejadian yang tidak diingini terjadi sehinggakan mereka sah menjadi suami isteri!




*****
tapi kena tunggu dua episod gadis dan playboys. =)
full story cerita HEY, AKU CINTA KAULAH. SUMPAH!
tekan link di bawah ini..

No comments: