Wednesday, July 31

The Little Thing Full

Dua tahun yang lalu

Seorang lelaki naik ke atas pentas yang dihias indah. Bersamanya, sebuah gitar yang sentiasa setia di sisinya walau ke mana dia berada. Tubuh tegap miliknya menjadi tumpuan ramai ketika itu. Masing-masing memang menantikan kemunculannya. Syameer Haziq, lelaki yang digilai di universiti kerana ketampanan dan kebijaksanaannya.

     “For this night, I’ll sing one song. Sebuah lagu khas untuk seseorang yang saya kasihi.. terimalah.. Little Things.” Syameer bersuara syahdu seraya melirikkan pandangan matanya ke arah Izati. Dia mahu isi hatinya diketahui Izati pada malam tersebut. Biarlah rakan-rakannya menjadi saksi pengakuan cintanya.

     “Your hand fits in mine
      Like it’s made just for me
      But bear this in mind
      It was meant to be
      And I’m joining up the dots
      With the freckles on your cheeks
     And it all makes sense to me..

      I know you’ve never loved
      The crinkles by your eyes when you smile
      You’ve never loved
      Your stomach on your thighs
      The dimples in your back at the bottom of your spine”

     Suara Syameer begitu merdu sehinggakan rakan-rakannya yang lain terbuai. Lirik yang begitu mendalam dihayati. Mereka mahu mengetahui isi hati Syameer. Lelaki yang sungguh misteri dan sukar didekati.
  
     “You’ll never love yourself
      Half as much as I love you
     You’ll never treat yourself right, darlin’
     But I want you to
      If I let you know, I’m here for you
      Maybe you’ll love yourself
      Like I love you...”
   
      Kedengaran orang ramai bersorak dengan nyanyian Syameer itu. Sungguh merdu suaranya. Penghayatan lelaki itu kelihatan sangat mengagumkan dan pasti sahaja gadis-gadis yang menyertai parti pada malam itu mahu menjadi seorang gadis yang begitu istimewa di hati Syameer.

     Laila menghampiri Izati yang sedang berbual dengan rakan-rakannya. Sungguh rancak perbualan mereka seperti tidak menghiraukan Syameer yang sedang membuat persembahan. “Boleh tak kalau korang berempat tutup mulut untuk sementara waktu. Tak nampak ke Syameer sedang membuat persembahan?”

     “Sejak bila Syameer pandai hormatkan orang lain sehinggakan kami kena menghormatinya?” soal Hidayah, rakan baik Izati.

     “Kau ni memang kurang ajar, kan?”

“Argh, whatever!” sahut Hidayah. Malas melayan Laila yang sering mahu menang. Umum mengetahui gadis itu ingin menarik perhatian Syameer sejak pertama kali masuk ke dalam universiti. Ada sahaja rancangan yang diaturkan Laila untuk mendapatkan Syameer.

“Apa kata kau duduk dekat depan Syameer. Kat situ, kau boleh dengar dengan jelas dia sedang menyanyi. Silakanlah.. aku rasa, kau memang suka dapat peluang macam tu.” Anis mencelah kemudiannya bila Laila tidak berganjak pergi. Dia sendiri tidak tahu apa masalah Laila kepada Izati dan mereka semua sehingga menjadi musuhnya. Pelik.

Nyanyian Syameer sudah tamat. Sebaik sahaja habis menyanyi, Syameer turun dari atas pentas dan tanpa teragak-agak dia melangkah menghampiri Izati dan rakan-rakannya. Laila yang datang mendekati tidak diendahkan.

“Hai.. errr, Izati.. saya nak cakap sesuatu dengan awak. Boleh?”

“Sekarang?” soal Izati. Dia memandang rakan-rakannya. Sayang mahu meninggalkan rakan-rakannya. Esok, mereka akan berpisah kerana masing-masing akan pulang ke kampong. Mereka hanya akan bertemu kembali sewaktu hari konvokesyen.

“Selepas parti ni habis. Hurmm.. jangan risau. Saya tak ambil masa yang lama. Saya hanya nak beritahu awak sesuatu..”

“Sekarang tak boleh ke?”

“Ermm.. I need privacy. Habis parti ni ya?” Syameer menuntut jawapan.

Wajah penuh pengharapan Syameer memaksa Izati menerima ajakannya. “Yalah. Saya tunggu awak di hadapan nanti.”

“Okey, terima kasih. Saya akan pastikan awak tak menyesal tunggu saya nanti. Jumpa nanti!” sahut Syameer ceria. Dia meninggalkan Izati dan rakan-rakannya dengan senyuman lebar.

Laila menghampiri dengan riak wajah tidak puas hati. “Apa dia nak?”

“Rahsia. Rahsia tak boleh dikongsi,” ujar Izati. Dia tersengih dengan reaksi Laila. Tanpa membalas, Laila meninggalkan mereka. terhentak-hentak kakinya berjalan pergi. “Macam apa je. Kadang-kadang aku berharap sangat kasut tumit tinggi dia tu patah. Baru dia rasa jadi pendek.”

Rakan-rakan Izati lantas meletuskan ketawa. Teringin juga mereka melihat ‘diva’ universiti mereka itu jatuh terpelecok kerana patah tumit kasut. Pasti sensasi!





Hari semakin lewat malam. Hidayah dan Anis sudah pulang ke asrama meninggalkan Izati seorang diri di hadapan dewan. Hampir 10 minit dia menanti kedatangan Syameer. Namun, masih tiada bayang lelaki itu. “Nak kenakan aku. Lelaki ni memang. Apa yang seronok sangat dapat kenakan aku. Luak manalah pandangan mata dia tu tengok aku yang berbadan besar ni. Haisshh..”

     Akhirnya, Izati mengambil keputusan untuk pulang. Malas mahu menunggu Syameer. Entah lelaki itu sekadar berjanji.

     “Izati! Izati!”

     “Humm.. nasib baik. Saya ingat nak balik je dah tadi.”

     “Sorry. Saya sakit kepala tadi. Tertidur sekejap. Entahlah.. kuat pula sakit kepala saya.”

     “By the way, awak nak cakap apa dengan saya? Saya nak cepat ni. Masih banyak benda yang saya nak kemas.”

     “Saya.. saya..” Syameer rebah di hadapan Izati. Kepalanya betul-betul jatuh di atas kaki Izati.

     Buntang mata Izati melihat Syameer jatuh terbaring. Dia melutut mahu melihat keadaannya. “Syameer, Syameer.. awak okey ke.. takkk..” Kepalanya berpinar-pinar. Dia terus rebah di sisi Syameer kemudiannya.


*****


Dua tahun kemudian..

“Izati, tolong saya sekejap. Izati, ambil benda tu. Izati, itu ini.. sana sini.. blah, blah. Penat tau tak! Dia ingat aku ni apa. Mohon kerja kat sini semata-mata nak jadi balaci dia?” getus Izati dengan tidak semena-menanya. Dia terlalu penat pada hari itu bila Syameer, pengurus kilang tempatnya bekerja asyik menyuruhnya buat kerja tanpa henti. “Aku duduk je, dia suruh aku buat kerja. Aku rehat je, dia ajak check itulah, check inilah. Eeii, geram betul aku!”

     Gina dan Hanani juga perasan akan hal itu. Perangai Syameer lebih menjadi-jadi jika Izati sedang duduk berbual dengan Rizal, despatch kilang.

     “Macam tak ada orang lain yang boleh buat kerja tu. Rafidah yang selalu goyang kaki tu, tak ada pula dia arah-arahkan. Kami berdua ni.. ada je dekat dengan kau. Tapi tak pernah pula dia nak suruh kami buat..”

     Izati berbaring di atas sofa. Lega tubuhnya dapat dibaringkan. Terasa segala tulang belulangnya kembali lurus. “Menyesal aku minta kerja kilang!” omelnya.

     “Kau ni. Macam merendah-rendahkan pekerja kilang je.” Gina bersuara sayu. Sedikit terasa dengan omelan Izati. Dia tahu Izati mempunyai ijazah dalam jurusan perniagaan. Cuma, nasib tidak menyebelahinya. Dia gagal mendapat jawatan dalam mana-mana syarikat kerana tiada peluang pekerjaan. “Kau tu dah kerja kilang dua tahun lebih ya. Bos nak naikkan pangkat kau, tak nak. Konon nak temankan kita orang. Piiraah..”

     “Encik Syameer tu macam ada masalah sakit jiwa. Pantang nampak kau je, dia mula bising. Peliklah..”

     Kata-kata Hanani tidak diendahkan Izati. Malas ambil pusing. Dia bukannya tidak kenal dengan lelaki itu. Syameer Haziq! Lelaki itu pernah memainkan perasaannya. Entah, dia yang terlalu perasan atau Syameer yang berperasaan. Dia suka Syameer tanpa menyedari Syameer menyedarinya. Lantas satu kejadian yang tidak diingini terjadi sehinggakan mereka sah menjadi suami isteri!

     Arghhh!!!

     “Hoi, kau ni kenapa?”

     Gina dipandang. “Stress aku dengan dia tu. Aku nak quit. Try cari kerja lain.”

     Hanani bangkit dari tempat duduknya dan beralih ke sebelah Izati. “Cari kerja lain dulu, baru quit. Nanti rugi kalau tak ada kerja.”

     “Betul cakap Nani tu, Zati. Tak pasal-pasal kau jadi penganggur terhormat.”

     “Adooiitttt.. susahlah macam ni! Aku nak gila, nak gila! Masuk Tanjung Rambutan lagi bagus. Aman dunia aku!” jerit Izati kuat.

     “Elok sangatlah tu. Nanti jadi gila betul, nak?”

     Izati tergelak kecil. “Tak nak. Aku gurau je.”

     “Okey, untuk menghilangkan rasa stress kau tu, jom keluar makan. Aku belanja makan.” Hanani memancing Izati.

     “Zati je ke kau nak belanja.”

     “Kau sekali lah! Jom!”

     “Jom!!”




Rancak mereka bertiga berbual. Segala masalah yang berlaku pada hari itu diabaikan sahaja. Gina dan Hanani tidak mahu membuat Izati sedih mahupun stress. Mereka tahu Izati terlalu penat dengan segala kerja yang diarah-arahkan Syameer.

     “Sekejap, sekejap, aku nak ke tandas. Banyak sangat minum air kot!” Izati tersengih-sengih seraya bangkit dari duduknya. Dia langsung sahaja berpaling dan tanpa diduga dia melanggar seorang lelaki di belakangnya. “Err.. maaf, maaf.. maaf..”

     “Bu…”

     Izati mendongak ingin melihat gerangan tubuh yang dilanggarnya. Gementar rasanya untuk memastikan. Wangian tubuh lelaki itu jelas sekali menunjukkan ia Syameer. Ketinggian lelaki itu juga jelas sekali menunjukkan ia Syameer. Penampilan lelaki itu, memang Syameer!

     “Err maafkan saya Encik Syameer!” ucap Izati bila dia sudah memastikan lelaki itu Syameer.

     “No, I’m not Syameer. Saya Syakeer, Syakeer Naim.”

     “Ooh.. by the way, saya nak ke tandas. Excuse me..”

     Syakeer tersengih lucu melihat Izati yang berlari menuju ke tandas. Kelakar. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Gina dan Hanani. “Kawan awak berdua ke tadi tu?”

     “Err.. a’ah. Kkaa..kawan. kawan.. encik ni..”

     “Saya Syakeer Naim.”

     “Tipulah! Muka sebiji encik Syameer.”

     “Buat apa saya nak menipu.” Syakeer senyum. Sudah mampu mengagak apa yang bermain di dalam kepala Gina dan Hanani. “Boleh saya duduk di sini. Dengan awak berdua.”

     Gina memandang Hanani. “Err.. duduklah.”

     “So, mesti korang kerja di Gading Putih. Sebab tu keliru wajah saya dengan Syameer.”

     “Encik kenal dengan Encik Syameer?”

     “Lebih dari kenal. Dia abang kembar saya.” Syakeer senyum kecil.

     “Ooh.. serius?”

     “Tak ada guna untuk saya menipu. Kawan awak tadi tu, Izati..”

     “Macam mana encik tahu..”

     “Dia tu..”

     “Cerita apa ni?” Izati duduk kembali di tempatnya. Berhadapan dengan Syakeer. Dia hanya tersenyum dalam rasa serba salah. “Encik.. Syakeer. Betul nama awak Syakeer..”

     “Isy, takkan awak tak kenal kembar suuaa..”

     Izati spontan berdiri. Dia tidak pasti apa Syakeer mahu sampaikan tapi dia mesti sembunyikan hal tersebut jika itulah kenyataan yang akan dikhabarkan Syakeer. Dia perlu mengelak sebelum terjadi apa-apa. Kembar? Syameer ada kembar?

     Gina dan Hanani memandang Izati bersilih ganti dengan Syakeer. Seperti ada rahsia yang disembunyikan mereka berdua.

     “Gina, Nani, jom balik. Aku tiba-tiba sakit perutlah.”

     “Hah! Err.. jomlah.” Hanani terus mengeluarkan beg duitnya.

     “It’s okay. Nanti saya bayarkan. Ermm.. jumpa esok!”

     “Okey, jumpa esok!” Serentak Gina dan Hanani menyahut. Izati pula sudah bergerak pergi.

     ‘Macam mana pula Syameer ni ada kembar. Esok, dia akan ke kilang. Buat apa? Takkan nak kerja satu tempat pula. Syameer dan Syakeer, gilalah! Syakeer tahu tentang hubungan aku dengan Syameer. Biar betul? Takkanlah Syameer beritahu pada dia.’




Telefon bimbit dikeluarkan dari poket jaketnya. Dia mendail nombor telefon Syameer. “Aku terjumpa Izati tadi. Seperti yang pernah kau ceritakan pada aku. Dia memang comel. Cantik. Manis. Kelakar.”

     “Dia seorang je ke?”

     “Dengan dua orang kawan. Oh kau kat mana?”

     “Aku ada di kilang ni. Nak siapkan beberapa kerja lagi. Kau kat mana?”

     “Kedai makan. Lapar. Sampai rumah kau tadi, cari makanan satu habuk pun tak ada. Kebulur beb!”

     “Yalah, yalah. Esok aku isilah dapur rumah tu dengan makanan. Tinggal untuk kau masak je!”

     “Aku yang masak. Kau? Pemalas betul!”

     “Aku tak ada skil memasak. Kau je yang terror. Erm.. dah lah. Borak dengan kau, memang kerja aku makin sikit. Jumpa di rumah nanti.”

     “Okey. Jangan kerja kuat sangat.”
     Syameer hanya tergelak mendengar pesanan adik kembarnya. Panggilan terus terhenti kemudian.


*****


Rambutnya disanggulkan separa tinggi. Selesa begitu dari dibiarkan ikat satu. Rimas dengan rambutnya yang akan mengganggu bila banyak kerja yang bakal diarah-arahkan Syameer. Izati keluar dari bilik rehat.

     “Eh, Zati. Hai..”

     Izati terlompat ke belakang sedikit. Terkejut disapa. Dia memandang lelaki itu. “Ooh.. encik Syakeer? Saya ingat encik Syameer tadi. Err.. hai. Dah masuk kerja ke?”

     “Yerp, dah masuk. Pagi tadi. Awak memang masuk lambat ke?”

     “Saya saja masuk lambat. Sesak nafas masuk awal-awal ni.”

     Syakeer mengerutkan dahinya. Tidak memahami maksud Izati. “Oh ya, semalam.. kenapa awak..”

     “Pasal tu. Erm.. macam ni. Kat kilang ni, tak ada siapa yang tahu saya dan encik Syameer..” Izati menghampiri Syakeer dan berbisik di telinganya. “.. suami isteri. Dua tahun kat sini.. memang tak ada siapa yang tahu.”

     “Serius?” soal Syakeer seperti tidak percaya.

     “Seriuslah. Eh, encik pegang jawatan apa?”

     “Saya ganti tempat encik Guna je. Dua tiga bulan je saya di sini. Lepas ada pengganti encik Guna, saya balik kerja dengan papa.”

     “Encik Guna.. General Manager?” Syakeer mengangguk. “Kenapa pula Encik Syameer jadi pengurus pemasaran je.”

     “Abang Syameer pengarah.. eh, di mana kafe ya. Tadi..”

     Izati meluruskan tangannya ke  hadapan. Terus sahaja Syakeer meninggalkannya dengan tanda tanya.

     “Izati, dari tadi aku cari kau. Tolong aku sekejap..”

     ‘Suara dia ni.. setiap pagi mesti ada. Geram betullah!’

     “Baik encik.”

     Izati memusingkan tubuhnya dan ingin melangkah pergi. Namun, langkahnya terhenti bila Syameer memegang lengannya. “Aku tak nak kau rapat dengan Syakeer. Aku tak kisah sebenarnya, tapi aku rasa kau tentu susah nak bezakan antara aku dengan dia. Jadi, bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini lebih baik kau jangan rapat dengan dia,” pesan Syameer. “Aku tak suka. Mata aku sakit, nafas aku sesak.. tengok kau dengan dia tadi.”

     “Siapa encik nak mengarahkan saya? Apa hak encik pada saya?” Izati memberanikan diri melontarkan pertanyaan. Dia menentang mata Syameer yang terlalu galak memandangnya sejak tadi. ‘Pelik. Perlu ke dia nak rasa apa-apa bila aku berbual dengan Syakeer. Mengada-ngada.’

     “Aku.. aku.. suami kau!”

     “Apa? Saya tak dengar.”

     “Aku suami kau, dan aku ada hak untuk melarang kau. Aku tak suka kau buat benda yang aku tak suka, dan aku nak kau buat apa yang aku suka. Faham?”

     Habis sahaja  Syameer bersuara, Izati menghamburkan tawanya. “Setelah dua tahun.. dua tahun saya pegang gelaran tu dan baru sekarang encik nak mengakuinya. Betul ke saya ni isteri encik?” cabar Izati sengaja mahu menaikkan kemarahan Syameer.

     Syameer mendengus kasar. Tanpa mempedulikan keadaan sekeliling dia menolak tubuh Izati sehingga ke dinding. Kedua belah tangannya menghalang tubuh Izati dari bergerak. Kini, gadis itu berada di antara dua tangannya. Matanya merenung jauh ke dalam anak mata Izati. “Sejak pertama kali aku melafazkan akad, aku berikrar pada diri aku sendiri. Kau satu-satunya gadis yang akan jadi isteri aku. Cuma kau, pergi tinggalkan aku kerana menganggap aku yang memerangkap kau. Aku tak sempat nak meluahkan perasaan pada kau malam itu dan apa yang terjadi telah membuat kau membenci aku. Aku cintakan kau..”

     “Tapi encik tuduh saya yang..”

     “Aku dalam keadaan marah!” pintas Syameer cepat. Tidak mahu Izati menaruh syak wasangka lagi.

     Suasana bungkam seketika. “Encik.. apa bukti encik cintakan saya.”

     Dia merapati wajah Izati. Bibir kecil milik Izati dipagut mesra. Sudah terlalu lama dia menyimpan angan-angan untuk memiliki kucupan tersebut. Izati walaupun tidak membalas, dia yakin gadis itu tidak menolak perlakuannya. “I love you, Izati. Jangan pergi jauh dari hidup saya..”

     Sumpah, kalau inilah Syameer yang dikenali dua tahun lalu dia yakin dia tidak akan melarikan diri setelah diijabkabulkan. Izati membalas renungan Syameer. Dia masih kelu dan kaku. Sebentar tadi, lelaki itu membahasakan dirinya dengan ‘saya’. Dia sudah layu. ‘Argh, terlalu hebat penangan cinta Syameer..’

     “Bro, kalau nak bermesraan pun janganlah kat sini. Nahas kalau orang lain nampak!” suara Syakeer menerjah mengganggu perasaan Syameer dan Izati. Masing-masing cuba meleraikan perasaan berkecamuk yang melanda mereka berdua ketika itu.

     “Ingat pesanan aku tadi..” bisik Syameer di telinga Izati. Dia kemudiannya mendapatkan SYakeer. “Makan sandwich je?”

     “Ini je yang aku tengok menyelerakan aku kat kafe tu.”

     Syameer gelak kecil. Dia beriringan dengan Syakeer masuk ke dalam bilik kerja mereka. sempat dia memandang Izati yang masih berdiri di situ. Turut memandang ke arahnya. Nampaknya, Izati masih terkejut dengan tindakannya tadi. Argh, biarlah. Mereka suami isteri yang sah. Tiada salah. Kenapa perlu diperbesarkan hal tersebut.




    
Gina terus mendapatkan Izati sebaik sahaja melihat rakannya itu duduk di tempat kerjanya. Dia menarik tubuh Izati supaya menghadap dirinya. “Dari mana? Kenapa lambat? Bos cari kau tadi. Bukan main risau lagi dia. Asyik tengok jam je.”

     “Aku lepak kat bilik rehat. Tidur.” Izati berdalih.

 “Gila?”

 “Aku penatlah. Malam tadi tak cukup tidur. Sebab tu aku lepak sana, tidur.”

 “Kau ni memanglah, Zati. Bos cari kau ke sana sini, kau boleh pergi tidur? Hisy.. kalau akulah bos, memang kau jadi orang pertama yang aku pecat. Sakit telinga dengar dia bebel.”

“Dia bebel? Apa dia bebelkan?” soal Izati ingin tahu. Mesti menarik wajah Syameer bila marah.

“Dia tanya aku dengan Nani. Kau pergi mana. Kenapa tak datang sekali. Apa yang kau buat. Siap cakap, siapa nak bancuhkan air untuk dia. Si Mala pergi bancuhkan untuk dia. Then, dia komplen habis-habisan air yang Mala buat tak sama rasanya macam kau selalu buatkan. Elok pula dia tanya Mala tu reti ke tidak bancuh air. Last-last satu bahagian kena marah dengan dia, gara-gara kau tak munculkan diri. Isyy.. geram betul aku!”

“Gina Goh! Izati! Kilang upah awak berdua bukan untuk bergosip. Buat kerja!”

Spontan Gina dan Izati mendongak. Memandang ke tingkap yang terbuka di bilik kerja Syameer. Lelaki itu sedang bercekak pinggang memandang mereka berdua. Syakeer yang ada di sebelahnya hanya mampu menggelengkan kepala dan ketawa.

“Mangkuk ayun punya jantan. Aku hambat dengan penyapu baru tau!”

Izati sudah tergelak-gelak. Kelakar mendengar omelan Gina. Nama saja bangsa Cina, namun bila bercakap tak seperti orang Cina. Pekat benar dia bercakap Melayu. “Sambung buat kerjalah amoi. Nanti gaji dia potong!”

“Mau potong? Saya potong kepala dia dulu lah..” balas Gina dengan pelat Cina. Membalas usikan Izati yang memanggilnya amoi.

Mereka berdua melepaskan tawa.

“Buat apa lagi tu?”

Kelam kabut Gina menuju ke tempatnya dan meneruskan kerja yang tergendala. Gerun pula mendengar suara Syameer yang meninggi itu.

Izati mendongak bagi memastikan lelaki itu tidak memerhatikannya. Namun, pandangan mereka bersatu pula. Lama mereka saling berpandangan. Syameer senyum dan mengenyitkan mata membuatkan Izati tersentak. ‘Tidak, itu bukan Syameer. Dia bukan lelaki sebegitu. Dia kaku. Dia bersahaja. Pastinya, dia bukan lelaki romantic. Apa yang telah berlaku tadi, juga.. argh, bukan dia!’


*****


Deringan telefon bimbit Izati masih belum berhenti sejak 20 minit lepas. Panggilan dan mesej masuk bertalu-talu tanpa sebarang tindakan dari Izati. Dia terlalu malas untuk mengambil telefon bimbit yang diletakkan jauh dari katil. Tubuhnya begitu selesa di atas katil dan sudah tentu dia tidak mahu turun dari atas katil semata-mata mahu mengambil telefon bimbitnya itu. Kedua belah telinga ditutup dengan bantal. Selesa. Sunyi. Aman damai!

     Mata dipejamkan. Ngantuk kerana semalaman berjaga. Syif malam yang paling dibencinya. Dia mahu tidur sepuas-puasnya.

     Tokkk! Tokkk!

     Spontan Izati tegak duduk. Terkejut dengan ketukan pintu yang kuat. Hilang rasa kantuk yang memberat di kedua belah kelopak matanya. Dia turun dari atas katil dan terus membuka pintu bilik yang sentiasa terkunci. “Nak apa?” soalnya dingin.

     “Encik Syameer dan ENcik Syakeer nak jumpa kau. Mereka ada di bawah,” ujar Hanani.

     “Pasal apa lah pula mereka nak jumpa aku?” omel Izati seraya menggosok rambutnya yang serabai.

     “Entah. Encik Syameer cakap, dia ada call kau. Tapi tak dapat-dapat.” Hanani bersuara sambil berlalu ke aras bawah meninggalkan Izati yang blurr.

     “Call?” Izati menghampiri meja tulisya. Telefon bimbit diambil lantas diperiksa. “Buang masa betul. Berapa puluh kali dia call aku ni? Mesej lagi. Dah tak ada kerja ke apa?”

     “Izati!!! Kalau kau tak nak turun sekarang, aku bagi Encik Syameer dan Encik Syakeer naik atas.”

     “Jap!!!” kalut Izati membalas. Tanpa mempedulikan dirinya yang masih memakain baju kilang, dia turun ke bawah. Rambut yang kusut masai juga tidak dibetulkan terlebih dahulu. “Ada apa datang jumpa saya?”

     Buntang mata Hanani melihat rakannya itu. “Kau gila ke? Buruknya perangai!”

     Izati mencebik. Dia terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Syameer. Syakeer pula hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat Syameer yang terlopong dengan gaya Izati.

     “Datin Faridah nak jumpa.”

     Terbatuk-batuk Izati mendengar sebaris nama itu. Datin Faridah? “Ke.. na.. na.. pa?”

     “Nak saya beritahu ke?” soal Syameer seraya melirikkan matanya ke arah Hanani.

     “Give me 10 minutes. Nak bersiap.”

     Hanani memandang Izati yang sudah menaiki anak-anak tangga. Tertanya-tanya dirinya siapa Datin Faridah dan kenapa Izati tidak mahu dia tahu siapa wanita itu. Pandangannya beralih ke arah dua beradik kembar itu pula. Ada Sesuatu yang disembunyikan mereka. apa dia?

     Setela 30 minit kelibat Izati muncul di ruang tamu. Dia tersengih melihat Syakeer yang melirik ke arah jam di tangannya. “Sorrylah. Baru teringat yang belum mandi lepas balik kerja.”

     “Siapalah yang jadi suami awak ya..” omel SYakeer dan terus berlalu keluar rumah. Terlupa sebentar bahawa Izati sudah berkahwin dengan SYameer.

     Izati turut melangkah keluar meninggalkan Syameer.

     “Saya pinjam kawan awak hari ini. Saya tidak janji dia balik atau tidak. By the way, don’t worry.  Datin Faridah tu kenalan keluarga Izati.”

     “Err.. okey. Jaga dia.”




“Kenapa Datin nak jumpa saya?”

     “Pembetulan. Datin tu mama. You should call her like that!” Syakeer bersuara.

     “Yalah, kenapa nak jumpa.”

     Syameer menoleh ke tempat duduk belakang. “Saya cakap kat mama yang kita duduk serumah. Dah berbaik. Masih berhubungan. Jadi, malam ni dia buat makan-makan. Kita dijemput.”

     Tanpa diduga, Izati terus mengetuk kepala Syameer dan Syakeer. “Suka hati je. Dah, saya nak balik.”

     Kereta diberhentikan di tepi jalan. Syakeer memandang Izati dengan mata yang mencerlang merah. “Nak kurang ajar dengan aku, boleh. Dengan suami sendiri, hormat. Tolong hormat suami sendiri. Even dalam hati kau tu, tak suka Syameer, jangan kurang ajar.”

     “Err..”

     Kereta bergerak perlahan di atas jalan raya. Syameer mendiamkan diri. Terkejut melihat Syakeer yang meledak marah. Pertama kali dia melihat adik kembarnya itu naik angin. Sekilas, dia menoleh ke belakang. Izati bungkam dengan melepaskan pandangan ke luar tingkap. Tersentuh hatinya melihat air mata yang membasahi pipi Izati.




Izati mengekori langkah Syameer dan Syakeer masuk ke dalam sebuah rumah yang agak mewah. Kelu lidahnya melihat deretan kereta yang ada di bawah garaj. Untuk kali keduanya, dia masuk ke sana. Teratak Kasih.

     “Kak Zati!”

     Kaki Izati terpaku tiba-tiba. Suara adik bongsunya, Raudhah bergema di kedua belah telinganya ketika itu. Dia menoleh. Ya, memang adiknya ada di situ. Bersama dengan ahli keluarganya. “Mak, ayah..” gumam Izati. Hatinya sebak. Tanpa mempedulikan sesiapa yang melihat reaksinya, dia terus sahaja berlari mendapatkan emak dan ayahnya. Kedua orang tuanya dipeluk erat. “Mak, ayah.. maafkan Zati. Maafkan Zati..”

     “Ayah dan mak sudah lama maafkan Zati. Kami faham situasi Zati..”

     “Zati..”

     Izati berpaling. Kelihatan Datin Faridah menghampiri dengan senyumannya. Sama seperti dulu. Tidak berubah senyuman itu. Menjemputnya ke dalam rumah dengan penuh mesra. “Mama rindu Zati.”

     Giliran Datin Faridah dipeluknya. Dia turut meminta maaf dengan wanita itu.

     “Tak apa. Mama faham. Semua orang faham situasi ketika itu. Maafka mama juga sebab paksa Zati terima Syam. Kalau tidak kerana mama, tentu emak dan ayah Zati tidak kehilangan Zati dalam tempoh dua tahun. Maafkan mama..”

     Tergeleng-geleng Izati mendengarnya. “Tak mama. Zati yang salah. Tinggalkan semua orang. Zati tak sedar semua orang mencari Zati.”

     Syameer mendapatkan Izati. “Sudahlah. Hari ni bukannya hari raya, nak bermaafan. Hari ni kita berkumpul. Sebab hari ini sebenarnya…”

     Tiba-tiba bunyi letupan belon memenuhi ruang tamu rumah tersebut. Izati memeluk tubuh Syameer dek kerana terlalu terkejut. kesemua adik beradik Syameer ada di situ dan begitu juga keluarganya. Lengkap.

     “Happy third anniversary!!” jerit mereka semua.

     “Hah, dah yang ketiga?” soal Izati.

     Majlis ulang tahun perkahwinan yang dibuat untuk mengejutkan Izati nyata menjadi. Masing-masing nampak ceria. Hanya Izati yang kaku. Tidak tahu mahu buat apa di dalam majlis tersebut. Emak dan ayahnya juga sibuk berbual dengan Datin Faridah. Adik beradiknya pula seronok bila dilayan dengan baik oleh keluarga Syameer. Segalanya sempurna. Tiada cacat celanya.

     “Happy third anniversary, sayang.” Syameer duduk di sebelah Izati. Tubuhnya dirapatkan dengan tubuh Izati.

     “Tak payahlah nak bersayang sangat, Encik Syameer. Kkii..ta..”

     “Bibir awak seksi pula saya tengok.. sayang kalau.. tak..” Syameer semakin mendekatkan dirinya dengan Izati.

     “Nak kek!” jerit Izati kepada Raudhah yang sedang mengagihkan kek. “Eh rumah encik ni..”

     “Kak Zati panggil abang Syam apa tadi?” Raudhah menjungkitkan keningnya. Mengusik kakaknya.

     “Ermm.. adik salah dengar kut. Ambilkan akak air. Thanks.”

     Raudhah meninggalkan kakak dan abang iparnya di situ dengan ketidakpuashati.

     “Izati, kita mula semula. Saya, dan awak. Sebagai suami dan isteri yang sebenar.”

     “Gila ke. Nanti apa orang kata. Nani dan Gina.. mereka tak tahu yang kita sebenarnya..”

     “Pedulilah. Saya peduli apa dengan mereka. itu boleh fikir kemudian. Saya nak awak duduk dengan saya. No excuses!”

     “Apa yang encik beritahu pada mama, mak dan ayah. Macam pelik je bila mereka berbual tadi.”

     “Saya cakap yang kita sedang merancang keluarga.”

     Praanggg!

     Piring yang berisi kek jatuh ke atas lantai dan pecah berderai. Terkejut mendengar jawapan dari Syameer yang tidak masuk akal. Kepalanya berdenyut tiba-tiba. Tanpa disedarinya, Syameer menarik kepalanya dan diletakkan di atas bahunya. ‘Sabarlah wahai hati.’

     “Syam, kenapa dengan Zati tu?” soal Datin Faridah.

     “Zati pening, ma. Mungkin perut kosong. Hanya makan kek je..” sahut Syameer. “Awak okey ke tidak ni? Nak saya bawa ke klinik?”

     “Tak, saya okey.” Laju Izati menjawab. ‘Kau yang buat aku tak okey. Tangan tak reti duduk diam. Mulut tak ada insurans. Hisy.. mati tersepit aku kat sini.’

     Piring yang pecah sudah dikemaskan pembantu rumah Syameer. Mereka berdua mendiamkan diri. Tiada topik untuk diperkatakan.

     Syakeer duduk menyertai mereka berdua. Dia duduk di hadapan Syameer. “Mama suruh kau bermalam di sini. Your wife too.”

     “Kenapa pula?” Wajah Syameer dipandangnya. “Settle it!”

     “Famili Zati pun bermalam di sini hari ini. Nak tak nak, korang berdua kena stay. Mama dah suruh Mak Leha kemas bilik.”

      “Saya nak bilik lain.”

      “Kita suami isteri. Sah. Kenapa kena bilik berasingan.”

      “Sebab.. sebab.. kita..”

      “Banyak songeh. Stay here this night. Saya dah beritahu Nani. Awak mungkin tak balik  malam ni.”

       “Dia cakap apa?”

       Syameer menjungkitkan bahunya. “Diam je. Biarlah dia tu. Kalau dia tak puas hati, nanti saya jawablah yang awak tidur dengan saya. Suami dia.”

     “Dah, mana bilik encik. Saya nak rehat. Penat.” Izati bangkit. Malas melayan Syameer. Lelaki itu bermain tarik tali dengannya. Tidak pasti apa yang bermain dalam kepala Syameer. Bercelaru segalanya. Apa yang berlaku padanya semakin kusut. Lelaki itu sedang merancang sesuatu. Menuju kebahagiaan yang dia sendiri lari.

     “Saya bawa awak.”

     “Apa-apa jelah.”

     Syameer melangkah mendapatkan Datin Faridah yang masih rancak berbual dengan emak dan ayah Izati. “Ma, Syam naik atas dulu. Zati nak rehat. Mak, ayah, kami naik dulu. Assalamualaikum.”

     “Waalaikumsalam..” sahut mereka bertiga serentak. Ceria wajah mereka melihat Syameer yang memimpin tangan Izati naik ke tingkat atas.

     “Nampak gayanya, ada peluang cerah nak dapat cucu tahun ni.” Datin Faridah berlelucon menggamit tawa Puan Ismi dan Encik Rahim.

     “Insya-Allah..”




Sepasang pajama dihulurkan Syameer kepada Izati. Dia tidak pasti sama ada mahu memberi isterinya itu pakaian apa. Semua bajunya terlalu besar. “Tak ada yang kecil selain yang ni. Pakailah.”

     “Saya pergi pinjam dengan Raudhah lah.”

     “Eh, janganlah. Pakai je baju ni. Rasanya lagi selesa. Bilik ni sejuk malam-malam. baju ni panas.”

     Lambat-lambat pajama di tangan Syameer diambilnya. Beg tangan diletakkan di atas meja sebelum berlalu masuk ke dalam bilik air. Syameer mencapai kain tuala. Pintu bilik air diketuk perlahan.

     “Nak apa?”

     “Tuala. Awak nak pakai tuala ke tak?”

     Pintu dibuka kecil. Tangan dihulur keluar. “Thanks.”

     “Okey. Jangan mandi lama-lama sangat. Nanti sakit kepala pula.”

     “Hmm..”

     Pintu terkatup rapat.

     “Kalaulah masa boleh diundurkan, aku akan melutut di kakimu. Meminta kau tidak pergi dari hidup ini.” Syameer benar-benar menyesal. Menyesal dengan tindakannya.


*****


Izati masih tidur sewaktu Syameer terjaga. Dia bangkit dari pembaringannya. Sungguh tidak selesa tidur di atas sofa. Dia memandang Izati yang lena di atas katil. Dengkuran halus kedengaran sesekali. Dia senyum. “Setiap apa yang ada pada kau, sungguh aku suka. Tahi lalat yang manis di pipi. Ketawa kau yang macam orang gila tu. Gaya spontan dan tidak terurus kau. Segalanya selamba. Apa yang kau cakap.. huhh, aku suka.”

     Dia sudah melangkah ke katil. Lama dipandangnya wajah Izati. Lambat-lambat dia menunduk dan mengucup dahi Izati buat pertama kalinya. “I love you so much, Nur Izati. I love you, and I miss all your stingy habits. Tolonglah kembali kepadaku sepertimana kita saling mengenali suatu ketika dahulu. Aku rindukanya.. aku merindui Izati yang dulu…”

     Sekali lagi, dia mengucup dahi Izati. Sesudah itu dia membawa diri ke dalam bilik air. ‘huh..’



    
Gerak geri Syameer yang sedang mengerjakan solat subuh diperhati. Bacaan yang dilafaz Syameer kedengaran merdu dan tertib. Dia tersenyum mengenangkan sikap Syameer itu. Sejak dia mengenali Syameer buat pertama kalinya, dia sudah mengetahui serba serbi mengenainya. Lelaki itu seorang yang tenang, tidak mudah melatah dan.. sehalanya kelihatan sempurna. Jadi, siapa yang tidak akan jatuh cinta dengannya.

     “Dah bangun? Awak nak solat?”

     “Tak, saya tak boleh,” ujar Izati perlahan. Dia turun dari atas katil. “Pinjam tuala. Saya nak mandi.”

     Syameer mengangguk. Langkah Izati dibiarkan sahaja. Dia lebih mahu melelapkan mata di atas katil. Tubuhnya benar-benar tidak mampu menerima bentuk fizikal sofa sebagai alas tempat tidur.

     Kira-kira 20 minit kemudian, Izati keluar dari bilik air. Lengkap dengan pakaian sama yang dia pakai untuk tidur. Bezanya, dia tidak memakai seluar dan hanya memakai baju tidur milik Syameer. Cukup untuk melindungi tubuhnya sehingga paras bawah pinggang. Tuala dililitkan di atas kepala. Kakinya melangkah mendapatkan Syameer yang sedang tidur. “Encik, Encik..”

     Tubuh Syameer bergerak. Mengubah posisi pembaringannya. Sengaja mahu mengenakan Izati.

     “Encik, Encik..”

     Dengkuran halus kedengaran meletus keluar dari dua ulas bibir Syameer.

     Izati mendengus kasar. Bahu Syameer dicuitnya. “Isy.. bangunlah.”

     Tiada reaksi dari Syameer. Semakin membuak rasa sakit di hati Izati dengan Syameer. Dia mencapai lengan Syameer dan mahu menariknya agar lelaki itu memusingkan tubuh ke arahnya. Lembut pegangannya menggamit Syameer untuk mengusik lebih. Tangan Izati dipegang dan terus ditarik. Isterinya itu terbaring di atas tubuhnya. “Ya, ada apa sayang?”

     “Err..” Dada Izati berombak kencang. Masih terkejut. suara Syameer berjaya membuat dia tidak tentu arah. Begitu perlahan di telinga namun cukup kuat auranya. Dia kaku. Lidah kelu.

     Cupp!

     Sebuah kucupan singgah di dahi Izati. Dia senyum bila Izati melarikan pandangan ke tempat lain. “I love you, Zati.”

     Izati menggeleng-geleng. “Tak, ini salah,” jawab Izati. Dia cuba untuk bangun dari baringnya. Namun Syameer mengeratkan pelukan di tubuhnya. “Lepaskan saya..”

     “Apa yang salah? Saya suami awak, dan awak isteri saya. Salah ke saya mencintai isteri saya sendiri?”

     “Saya tak cintakan awak!” Izati sudah menggantikan panggilan encik kepada awak. Lebih selesa.

     “Sampai mati saya mencintai awak.”

     “Sejak bila gadis gempal macam saya ni jadi idaman gadis impian awak? Bukan ke suatu ketika dahulu awak pernah kata muka saya ni berjerawat, tak cantik, suara kasar.. apa yang dah berlaku pada  awak sampai sanggup terima saya? Dua tahun kehilangan saya.. memang ada perubahan pada saya. Muka saya dah bersih. Itu je perubahan terbesar. Saya masih gempal, masih kasar… saya..”

     Bibir yang bergerak-gerak itu akhirnya terhenti bila Syameer bertindak nakal. Perlakuan untuk kali keduanya itu begitu lama. Sehinggakan Izati tidak mampu mengawal perasaannya. Dia menangis.

     “Dengar sini, Izati. Saya akan tetap mencintai awak walau bagaimana bentuk paras rupa awak. Saya mula cintakan awak bila awak sudi menerima saya sebagai kawan suatu ketika dahulu di mana semua orang mengatakan saya mempunyai sakit mental kerana tidak ada seorang pun yang mahu berkawan dengan saya. Saya mula cintakan awak bila awak tidak mengejar harta keluarga saya semata-mata tetapi awak ikhlas berkawan dengan saya. Saya mula cintakan awak bila menyedari ada orang lain yang mencemburui awak, walaupun awak tidak begitu cantik ketika itu. Saat itu, saya sedar.. awak tidak cantik pada fizikalnya, tapi awak begitu cantik di dalam. Sebab itu, ramai yang mencemburui awak. Awak bijak, awak baik dan awak begitu sempurna di mata saya..”

     “Encik Syameer..”

     “No, please don’t call me Encik again. Saya suka awak panggil saya ‘awak’. Comel.”

     “Still, I don’t love you. Kenapa kita perlu..”

     “Awak tak faham atau berpura-pura tidak faham?” soal Syameer kasar. Tubuh Izati ditolak turun dari tubuhnya perlahan-lahan. Dia duduk. “Sampai mati, saya akan jadikan awak satu-satunya isteri saya. Tak ada siapa yang boleh gantikan tempat awak dalam hidup saya dan saya akan pastikan tiada siapa yang akan ambil awak sebagai isteri. Awak hak saya seorang!”

     Termangu seketika Izati mendengar pengakuan Syameer. Mata suaminya kelihatan tetap ke arahnya. Tidak berganjak.

     “Saya hanya cintakan awak seorang..” perlahan Syameer mengucapkannya sebelum melangkah keluar dari bilik.

     ‘Saya juga cintakan awak, Syameer. Tapi, saya takut..’




Tok! Tok!

     Izati berlari ke pintu bilik lalu membukanya dengan cepat. Sangkanya Syameer yang mengetuk pintu itu. “Syaa.. oh, Raudhah. Errr, cari siapa? Abang Syam tak ada.”

     “Isy akak ni. Buat apa Raudhah cari abang Syam. Ni.. abang Syam suruh bagi pada akak. Seluar tracksuit tu, abang Syam pergi beli tadi. Erm.. kenapalah akak datang malam tadi tak bawa baju ganti.”

     “Mana akak tahu kena bermalam di sini.”

     “Macam-macamlah akak ni. Erm.. tukarlah baju cepat. Akak belum sarapan lagi, kan.” Izati mengangguk-angguk laju. “Cepat sikit siap. Abang Syam tunggu akak. Dia pun tak makan lagi.”

     “Yalah mak cik kepoh!”

     Raudhah mencebik. Tidak suka digelar mak cik kepoh. Dia berlalu pergi setelah Izati menutup pintu bilik.

     “Apa yang dia beli?” Bungkusan plastic di tangannya diselongkar. Buntang matanya melihat sebungkus tuala wanita di dalamnya. Selain itu, terdapat juga baju T-shirt dan seluar sukan. Dia keluarkan semuanya keluar sebelum betul-betul terkejut dengan apa yang dilihatnya. “Baju dan seluar dalam?”

     Bertamu rasa malunya pada Syameer. Lelaki itu memang nakal.




“Saya nak balik lepas ni.”

     “Mak dan ayah awak tak balik lagi. Takkanlah nak tinggalkan mereka di sini.”

     “Saya tak ada baju kat sini. Sekurang-kurangnya, saya nak balik rumah saya. Ambil apa yang patut.”

     “Okey, lepas ni kita pergi rumah awak. Ambil apa yang patut.”

     Datin Faridah masuk ke dalam ruang makan kemudian. Dia duduk di sebelah Izati. “Mama nak minta pendapat Zati.”

     “Apa dia ma?”

     “Zati pindah duduk dengan mama ya. Mama pernah ajak Syam pindah duduk sini. Syam suruh mama tanya Zati sendiri. Katanya takut Zati rasa tak selesa tinggal di sini dengan mama. Alang-alang Zati dah ada depan mata mama, apa kata..”

     “Ya ke Syam cakap macam tu. Isy.. Zati tak tahu apa-apa pun.” Izati melirikkan matanya ke arah Syameer. Tidak suka dengan perangai Syameer. Mula-mula, beritahu semua orang yang mereka tidak lagi duduk berasingan. Sekarang, lain pula yang dia dapat tahu. “Bukan Syam nak kita tinggal asing dengan mama sebab dapat habiskan masa berdua ke?”

     Datin Faridah memandang Syameer secepatnya. “Syam..”

     “Okey, settle semuanya kat sini. Syam tak kisah tinggal dengan mama. Dari apa yang Zati cakap tadi, dia macam setuju. So, kami akan pindah masuk rumah mama nanti. Kami tinggal dengan mama. Zati tak kisah, kan?”

     “Baguslah kalau kamu berdua cadang nak duduk sini. Mak tak risau. Takut kalau kamu berdua duduk asing. Sampai bila nak berbaiknya.” Puan Ismi menyampuk tiba-tiba. Kini, dia duduk di sebelah kanan Izati.

     Izati tersepit. Dia tidak mahu mengecewakan emaknya lagi dan sudah pasti hati Datin Faridah juga hendak dijaganya. Tapi, apa yang berlaku ketika itu sangat menyesakkan dadanya. Syameer benar-benar kejam. Sampai hati dia membuat idea sebegitu rupa sehinggakan dia tidak boleh berkata tidak. Erghh..!!

     “Baguslah kalau begitu. Lepas ni, kita buat kenduri sikit. Sebelum ni, korang kahwin tak ada apa kenduri pun. Buat kenduri ni, bolehlah kenalkan Zati pada saudara mara kita. Boleh ya, Syam?”

     “Syam tak kisah, ma.” Ringkas jawapan Syameer. Dia leka memandang Izati yang tidak senang duduk. Dia nekad untuk memenjarakan Izati ke dalam hidupnya. Dia tidak mahu kehilangan gadis itu lagi. Cukup sekali dia kehilangan Izati dan pertemuan kali kedua yang terjadi membuat dia tidak mahu berhenti mahupun berpaling lagi. ‘Jangan pernah terfikir untuk lari dari aku lagi..’

     Puan Ismi tersenyum melihat Izati yang mendiamkan diri. “Kenapa Zati ni? Macam tak sihat je?”

     “Tak ada apa, mak. Sejak akhir-akhir ni, asyik sakit kepala je. Macam-macam masalah Zati kena selesaikan.” Izati lantas menendang kaki Syameer di bawah meja. Geram hidupnya diatur.

     “Masalah atau ada benda lain?”

     “Maksud mama apa ya? Zati tak faham..”

     “Zati hamil, kan?”

     Spontan Izati rasa tercekik. Makanan yang baru disuap masuk ke dalam mulut bagai tersangkut di tekaknya. Dia bangkit dan berlari ke dapur bagi meluahkan isi perutnya. Perlakuan spontan bila tekak dijoloknya bagi mengeluarkan apa yang tersekat di tekak. ‘Hamil? Gila! Aku dengan dia tak pernah.. bersama. Nak bersama dengan dia.. yuckks. Uwekkk..’

     Tidak lama kemudian, Syameer muncul di belakangnya. Lembut dia mengurut belakang badan Izati. “Awak okey ke tak ni?”

     Tangan Syameer ditepis. “No, I’m not okay!”

     “Kita ke klinik. Risau pula kalau awak tak okey.”

     “Saya hanya akan okey kalau awak jauhkan diri dari saya. It’s better for me.”

     “No, it’s not okay then. Saya suami awak, sakit perih awak.. saya perlu jaga.”

     “Dah tu, sengsaranya saya. Suka hati awak je kan. Siapa kata saya nak tinggal di sini. Awak buat keputusan tak tanya saya pun. Saya tak nak hidup dengan awak.”

     Izati membasuh mulutnya. Dia berdiri tegak.

     Segelas air kosong dihulurkan kepada Izati. “Segarkan tekak awak tu. Lepas tu, kita bertekak balik.”

     Kata-kata Syameer disambut gelak kecil dua orang pembantu rumahnya. Namun, cepat-cepat mereka menyembunyikan tawa mereka bila Izati menjeling tajam.

     “Harapan mama dan mak kita terlalu besar, Zati. Takkanlah awak tidak mahu kompromi. Mereka mahu kita bahagia. Saya.. dan awak..”

     “Masalahnya, saya tidak boleh hidup awak. Kita tak serasi.”

     “Setiap pasangan diciptakan untuk saling melengkapi, Izati.”

     “enough. Saya nak tahu, apa lagi yang awak cerita pada mama tentang kita. Selain kita tinggal sebumbung, dan kemungkinan saya sedang hamil ni.”

     “Saya tak cakap apa-apa selain duduk sebumbung. Pasal awak hamil, saya tak cakap. Maybe mereka salah sangka. Sebab awak asyik sakit kepala.”

     “Selesaikannya hari ni juga. Please! After that, send me home!”

     “Izati..”

     “Talk to my hand!”

     Syameer menjungkitkan kedua belah bahunya. Tidak mahu berbincang lagi sementelah Izati sudah menoktahkan perbincangan tersebut.


*****


Gina dan Hanani menerpa ke bilik Izati sebaik sahaja Syameer pulang. Terlalu banyak persoalan yang bermain di kepala mereka berdua ketika itu. Masing-masing mahu mengetahui hubungan antara Izati dan Syameer sebenarnya. Tambahan pula, mereka berdua seperti sedang menyimpan rahsia besar dan tidak mahu diketahui sesiapa.

     “Nak apa ni? Aku penatlah!”

     “tak boleh tidur selagi tak jawab soalan kami.”

     Matanya melirik ke arah Gina. Geram. “Apa hal pulak.”

     “Kau ke mana sebenarnya? Mana kau tidur semalam?”

     Soalan Hanani dibiarkan. Malas nak layan. Tubuhnya diiring ke kanan. Menghadap dinding.

     “Izati, cepatlah. Jangan buat kami tertanya-tanya lagi. Siapa sebenarnya Encik Syameer pada kau. Siapa pula Datin Faridah tu. Kau macam sembunyikan sesuatu dari kami berdua.”

     “Tak ada apa-apalah, Nani. Dia bos aku. Bos korang juga. Datin Faridah tu mak encik Syameer.”

     Kenyataan Izati membuatkan Gina dan Hanani semakin memburu jawapan dari Izati. “Kenapa pula mak encik Syameer nak jumpa kau?”

     “Sebab dia kenal aku.”

     “Sejak bila dia kenal kau. Kenapa kau tak pernah nak beritahu kami hal ni?” Gina bertanya lanjut. Semakin rasa pelik.

     Izati duduk. “Aku ringkaskan kisah. Lepas tu, jangan tanya aku lagi. Boleh.”

     Gina dan Hanani mengangguk.

     “Janji?”

     Spontan Gina dan Hanani mengangkat tangan kanan mereka. seperti sedang berikrar lagaknya.

     “Aku isteri encik Syameer. Datin Faridak tu mak mentua aku. Dah, puas hati. Keluar!”

     “hah? Sejak bila pulak kau..”

     “Keluar! Aku penat ni. Nanti-nantilah cerita!” kasar suara Izati. Tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan Gina dan Hanani. Penat. Ya, dia penat. Sepanjang perjalanan pulang dia sudah terlalu penat bertekak dan berdebat dengan Syameer. Kesudahannya, dia kalah dan membawa kepada persetujuannya untuk berpindah ke Teratak Kasih.

     “Okey. Kami tuntut nanti.”

     “Yalah, yalah!” jerit Izati lantas kembali berbaring. Selimut ditarik melitupi tubuhnya. ‘Macam manalah aku nak duduk dengan dia nanti. Susahlah nak bawa diri sendiri..’





Kerusi di sebelah Gina ditarik. Dia duduk. “Pinggan.”

     “Kau kenapa ni, Zati. Nak kata tak cukup tidur, menipu besar namanya. Kau dah tidur sejak balik tadi. Sekarang dah pukul lapan malam. Dekat 12 jam kau tidur.” Hanani membebel. Dia menghulurkan pinggan kepada Izati.

     “Pening!”

     Gina menyendukkan nasi ke dalam pinggan Izati. “Pening macam mana nak beritahu kami tentang hubungan sulit kau dengan Encik Syameer?”

     “Hubungan sulit apa bendanya? Dia dah kahwin dua tahun dengan Encik Syameer lah!”

     “Maksud aku, rahsia. Tak sama ke?” Gina bertanya pelik.

     “Dah, jangan gaduh. Aku bukan tengah pening macam mana beritahu korang berdua. Aku tengah pening sebab mak dia ajak kami tinggal bersama. Tak ke gila aku kena tinggal sebumbung, tidur sekatil dengan dia setelah dua tahun terpisah!”

     “Ya Allah, okeylah tu. Aku tak tahu cerita sebenarnya. Tapi apa yang aku dapat rasakan, kau ada masalah dengan Encik Syameer sehingga kau melarikan diri dari dia. Bagi aku, cadangan mak mentua kau tu.. tepat. Sekurang-kurangnya, kau boleh jernihkan hubungan antara kau dengan Encik Syameer.”

     Gina mengangguk-angguk. setuju dengan kata-kata Hanani. “Yalah. Bagus apa.”

     “Isy, tak naklah. Aku ni.. dahlah jenis yang malas buat itu ini. Suka tidur, suka makan. Tak cukup sempurnalah untuk jadi menantu dalam rumah tu. Malulah aku. Dahlah Encik Syakeer pun tinggal di situ. Tak naklah!”

     “Itu bukan sebab utama, kan?”

     Izati diam. Dia memandang kedua orang rakannya bersilih ganti. Melihat pandangan tajam dari Gina dan hanani, dia akhirnya bercerita mengenai sejarah perkahwinannya bersama Syameer. Tidak tertinggal satu pun. “So, kau rasa aku patut tinggal dengan dia sekarang?”

     “Patut!” jawab Gina dan Hanani.

     “Alasan apa yang paling kukuh?” soal Izati.

     “Kau isteri dia. Syurga isteri terletak di bawah telapak kaki suami!”

     Jawapan yang diberikan hanani membuat Izati tidak membalas. Dia masih isteri Syameer. Masih sah. Jika dia tidak mengikut kehendak Syameer, umpama menempah tiket untuk ke neraka. Lagipun, Syameer sudah memberi laluan untuk mereka berbaik kembali. Memulakan kembali hidup bersama. Kenapa perlu dia berdalih? Kenapa perlu melarikan diri lagi?



    
Keesokkannya, Izati terpaksa menghadap Syameer di awal pagi sebaik sahaja masuk kerja. Gina dan Hanani memaksanya untuk berjumpa dengan Syameer. “Bila encik nak pindah?” soal Izati.

     “Sekejap awak, sekejap encik. Tak boleh tetap pendirian ke?”

     “Suka hatilah. Hisy..”

     “Esok.”

     “Esok? Cepatnya. Saya masih ada banyak benda nak dikemaskan.”

     “Bawa sikit-sikit dahlah. Yang tak penting tinggalkan jelah.”

     Izati diam. Kepala yang tidak gatal digaru berkali-kali. Ada sesuatu yang mahu ditanyakan kepada Syameer sebenarnya. “Gina dan Nani dah tahu pasal kita. Saya beritahu mereka semalam.”

     “Hmm..”

     ‘Itu je.’ Izati merengus. “Saya nak sambung kerja. Ada apa-apa lagi ke?”

     “Mulai bulan depan, awak tidak lagi kerja di sini. Awak dan saya, akan kerja di syarikat induk.”

     “Hah! Kenapa pula? Tapi.. saya..”

     “Sebab pertama, kerja di sini tak sesuai dengan saya walaupun saya dah kerja di sini hampir satu tahun lamanya. Kedua, saya ada jawatan lain di syarikat induk iaitu Pengarah Urusan Syarikat. Ketiga, dari dulu sehingga sekarang jawatan setiausaha saya masih belum diisi sebab calon setiausahanya melarikan diri. Keempat dan terakhir sekali, saya suami. Ke mana sahaja saya pergi, awak kena ikut. Simple!”

     “Tak nak! Saya nak stay di sini. Walau apa yang terjadi, saya tetap dengan keputusan saya. Saya akan tinggal dengan Gina dan Nani. Titik!”

     Lekas Izati bangun. Tidak mahu berbincang apa-apa lagi dengan Syameer. Nampak jelas lelaki itu telah merancang segalanya dengan begitu rapi. Sudahlah dia terpaksa berpisah rumah dengan dua orang rakan baiknya, kini terpaksa pula dia berpisah tempat kerja. Tidak mungkin akan berlaku.

     Syameer mengejar langkah Izati. Tidak membenarkan isterinya keluar dari pejabatnya. “Kenapa awak nak burukkan lagi keadaan? Kita mulakan hidup baru. Saya dan awak. Cuba fikir tentang kita. Kita suami isteri yang sah dan perlu bekerjasama dalam melayari rumah tangga. Saya ketua keluarga ini, dan awak sebagai isteri saya, ikutlah saya. Saya merayu pada awak. Saya tidak kisah awak tidak suka saya mahupun membenci saya, tapi tolonglah ikut saya. Saya tak nak berpisah dengan awak lagi..”

     “Ceraikan saya. Kemudian cari pengganti saya dalam hidup awak.”

     “Kenapa? Awak pernah cintakan saya, Izati. Kenapa tidak sekarang. Apa yang telah membutakan hati awak.”

     “Sebab pertama, awak telah merendahkan maruah saya sebagai seorang perempuan suatu ketika dahulu. Kedua, awak tidak pernah cuba untuk mendapatkan saya kembali sebagai seorang isteri walaupun kita dah bekerja sebumbung hampir satu tahun lamanya. Ketiga, saya paling benci lelaki yang mengatur hidup saya. Keempat dan terkakhir sekali, cinta itu masih ada. tapi saya turut membenci awak..”

     Pintu bilik dibuka lantas Izati melangkah keluar meninggalkan Syameer. Dia malas mahu mengikut arahan Syameer lagi. Dia bukan orang suruhannya!

     Syameer duduk di atas sofa. Terdiam dirinya sejenak memikirkan kata-kata Izati.


*****

Dua tahun lalu..

“Syam akan kahwin dengan perempuan gemuk ni. Bukan sebab Syam teringin mahu berkahwin. Tapi sebab terpaksa. Siapa yang sudi berkahwin dengan perempuan yang langsung tidak cantik dipandang. Sudahlah gemuk, tidak cantik pula. Harap je otak cerdik!” tengking Syameer di tengah-tengah ruang tamu Teratak Kasih. Wajahnya kelihatan bengis dan dipaparkan pula riak jijiknya sewaktu memandang Izati.

     “Saya tak paksa awak kahwin dengan saya. Saya hanya bertanya. Bagaimana benda ni semua boleh terjadi. Awak yang sedar terlebih dahulu. Itu sahaja.”

     “Arggh, peduli apa aku. Entah-entah kau yang rancang semua ini. Mentang-mentang aku sudi jumpa kau malam tu. Kan?”

     “Ya, memang aku sudi jumpa kau. Tapi itu tak bermakna aku yang rancang semuanya. Mungkin juga kau yang rancangkannya. Beria-ia mahu jumpa aku. Tak begitu?”

     Datin Faridah bangkit dari duduknya. “Sudah, sudah. Jangan gaduh lagi. Mama tak suka. Apa pun yang terjadi sekarangnya, mama nak kamu berdua kahwin. Syam kena bertanggungjawab. Izati kena terima sebab maruah kamu dah tercalar disebabkan kes ini.”

“Ma?”

“Tak, saya tidak akan kahwin dengan dia.”

Beg sandang diambil. Dia mahu melangkah keluar dari rumah besar itu. Makin lama dia berada di situ, makin sesak nafasnya. Lelaki itu sudah senang-senang memijak maruahnya. Buat apa dia menunggu lagi. Supaya maruahnya semakin rendah. Dia juga mempunyai ego.

“Izati, awak tidak boleh keluar selagi Syam tidak bergelar suami awak.”

Langkahnya terhenti. Dia menggeleng perlahan.

“Saya tidak perlu berkahwin dengan lelaki yang hanya pandai menghina orang lain kerana paras rupa. Saya ada maruah.. saya..”

“Izati.. jangan terburu-buru. Maruah awak, akan terjaga bila awak berkahwin dengan Syam. Ayah dan emak awak tentu bersetuju dengan apa yang saya katakan ini.”

Tersentak Izati mendengarnya. “Mereka dah tahu?”

“Mereka dalam perjalanan ke sini..”

Dia terdiam. tidak tahu mahu kata apa. Pastinya, dia sudah terperangkap. Mahu atau tidak, dia akan berkahwin dengan Syameer. Ya, dia tidak akan dapat lari dari kenyataan itu. Sekilas dia memandang Syameer yang sudah berdiam diri. Tenang wajahnya di sisi kakaknya. Sedang dia asyik memandang Syameer, lelaki itu tiba-tiba mendongak dan memandang ke arahnya. Pandangannya tidak lagi penuh dengan kebencian. Malah penuh dengan rasa cinta..

‘Arhh, mengarut. Dia cintakan aku? Aku hanyalah perempuan gemuk yang tidak cantik.’




Majlis akad diadakan serba ringkas seminggu kemudian. Hanya saudara rapat yang dijemput di dalam majlis tersebut. Sepanjang majlis tersebut, Izati hanya mendiamkan diri. Tidak berkata apa-apa dan hanya mengangguk serta menggelengkan kepalanya. Sudah pasti, dia seperti tidak merelakan segalanya berlaku.

     Setelah majlis pernikahan berlangsung, kedua orang tua Izati berangkat pulang ke kampong. Meninggalkannya di Teratak Kasih sebagai seorang menantu dan juga seorang isteri. Sungguh dia tidak rela.

     “Izati..”

     “Datin..”

     “Kamu dah jadi menantu mama, panggillah mama. Kamu ni, Datin je..”

     Izati senyum. Selesa berduaan dengan Datin Faridah yang memahami.

     “Pergilah masuk bilik. Jangan macam ni. Mama harap, kamu sabar dengan kerenah Syam. Dia memang macam tu. Tak pernah marah. Tapi bila sekali dah naik angin, memang macam tu jadinya. Jangan takut ya.”

     “Yalah..” Izati bangun dan terus meninggalkan Datin Faridah di ruang tamu. Dia menguatkan hatinya untuk membuat satu keputusan. Dia sudah merancangnya sejak awal pagi itu. ‘Aku akan pergi dari sini. Aku perlu pergi..’




Syameer berlari laju meniti satu persatu anak-anak tangga ke tingkat bawah. Sekeping nota yang ditinggalkan Izati dibawa sekali. Hatinya berdegup kencang dan sangat tidak mempercayai dengan apa yang berlaku. “Ma, ma..” Berkali-kali dia memarahi diri sendiri kerana mengamuk tidak tentu pasal malam sebelumnya. “Ma..”

      “Kenapa ni, Syam?”

      “Izati.. dia dah pergi. Dia tinggalkan nota. Dia, dia..”

      Datin Faridah hanya mampu menghelakan nafas. Tidak terfikir sama sekali Izati akan meninggalkan rumah lewat malam sebelumnya. “Biarlah dia pergi. Dia perlukan waktu untuk berfikir dan menenangkan dirinya. Sampai satu saatnya, tentu dia akan kembali ke sini..”

     “Mama cakap senanglah. Izati tu isteri Syam. Kalau apa-apa terjadi, macam mana?”

     “Kalau begitu, kenapa perlu sakitkan hati dia lagi semalam. Perlu ke ungkit pasal bentuk fizikalnya lagi?”

      “Ma, mana Syam perlu cari dia. Syam tak boleh kehilangan dia. Dia segala-galanya, ma.” Syameer memegang kedua belah kepalanya. Runsing sekali dirinya ketika itu. Pelbagai andaian bermain di mindanya.

      Bayangan Izati semakin lama semakin menjauh. Sepertinya dia tidak akan pernah lagi bertemu dengan gadis itu. Meski Izati sudah menjadi isterinya, segala rasa takutnya berpanjangan. Mainan perasaan sering menggangunya. Mengatakan bahawa Izati akan terus pergi dari hidupnya. Dia takut.


******          


“Malam annual dinner tu kau nak join ke tak?” Gina menyenggol lengan Izati yng leka termenung dari berbual dengan mereka semua. Bohong rasanya kalau Izati memandang sesuatu yang menarik di hadapannya kerana hanya dinding menjadi tontonan. Tiada yang menarik. “Pergi tak?”

     “Kita ni kerja kilang je. Buat apa sampai nak pergi annual dinner. Malu je.”

     Hanani terbatuk-batuk. “Eh, sejak bila kau terfikir benda-benda ni semua. Selama ini tak pernah pula kau cakap macam tu. Apa yang bermain dalam kepala otak kau sekarang?”

“Aku tak nak join. Sebab nanti ada keluarga suami aku. Confirmlah aku kena join mereka. nanti apa pula kata orang lain. Habis bocor rahsia aku. Tak pasal-pasal..” omel Izati dalam rasa sakit hatinya. Kalau sebelum ini pastilah Datin Faridah dan adik-beradik Syameer tidak akan ikut serta, tapi sekarang sudah tentu semuanya akan terlibat. Lebih-lebih lagi annual dinner yang akan dilangsungkan disambut dengan ulangtahun penubuhan syarikat milik mereka. sah, semua terlibat!

 “Laa.. baguslah kalau macam tu. Kenapa nak takut? Korang kahwin secara sah. Bukannya kahwin koboi!” bidas Hanani. Tidak suka mendengar kenyataan Izati. Masih mahu merahsiakan perkahwinannya bersama Syameer dari orang lain. Pelik benar.

 Gina mencapai jemari Izati. “Zati, cuba dengar apa yang aku nak cakap. Kau tak boleh lari dari kenyataan tau. Encik Syameer tu sah sebagai suami kau. Dia ada hak. Kau lari sejauh mana sekalipun, tanpa pengetahuan dia.. kau berdosa. Okey, aku memanglah bukan seagama dengan kau. Tapi aku tahu yang seorang isteri seharusnya berada di sisi suaminya tidak kira waktu.”

“Yalah Zati. Kenapa kau nak lari dari Encik Syameer lagi? Dari apa yang kau cerita pada kita orang dulu, aku percaya yang korang masih saling mencintai. Dia cintakan kau, cuma dia ego untuk mengakuinya dahulu. Kau pula memang mencintai dia. Kenapa sekarang kau juga mahu menunjukkan ego kau? Dia sudah kembali kepada kau. Terimalah dia. Jangan sampai dia pergi jauh.. menyesal nanti.”

Izati memandang dua orang rakannya bersilih ganti. Bagai percaya dan tidak percaya mendengar ceramah percuma yang diberi mereka berdua. “Aku tengah cuba, sabarlah.”

“Mencuba? Kau cuba apa?”

“Cuba terima dia.”

“Sejak?”

“Sejak dia hantar aku ke hospital dua minggu lalu. Then, dia temankan aku, jaga aku.. aku cuba untuk terima dia.”

“Fikirlah baik-baik. Encik Syameer tu orangnya baik. Satu dalam sepuluh, baru kau jumpa.” Gina memberi pesanan. Dia senyum untuk memberi semangat pada Izati. Gadis itu hanya keliru. Keliru tentang masa lalu dengan masa akan datang. Mungkin juga Izati takut peristiwa lama berulang kembali.

Izati melepaskan pandangan ke kanan. Ingin melarikan anak matanya dari ditenung Gina dan Hanani. Mereka berdua suka berkelakuan sebegitu untuk meminta kepastian darinya. Tanpa diduga, Syameer muncul di muka pintu kafe. Bersahaja gayanya berjalan dengan Syakeer. Leka Syameer dan Syakeer berbual sehinggakan tidak sedar Izati memandang langkahnya. ‘Aku masih cintakan kau. Tunggu aku..’



   
Syakeer duduk setelah selesai membeli makanan. Gelas minuman diletakkan di hadapannya manakala botol air minuman 100 plus diletakkan di hadapan Syameer. “Mama dah bising. Kau dan Zati tak pindah sana lagi. Setiap hari membebel. Mangsanya aku. Asyik panggil aku dengan nama kau je. Memang kejam kau!”

     “Aku masih tengah pujuk dia lagi. Nak berkasar dengan dia susah pulak. Dia baru keluar hospital. Nanti dia sakit susah pula.”

     “Dia sakit apa?”

     “Gastrik, dan migrain.”

     “Bawalah dia balik.”

     “Ya, ya.. aku tengah atur idea ni. Nak pujuk dia balik. Sabar jelah!” Syameer menjegilkan matanya. Tidak suka dengan arahan Syakeer. Sejak dulu, memang Syakeer terkenal dengan sikap mengarahnya. Sebab itu juga agaknya dia sering tertewas dalam perdebatan.

     “Tu.. dia tengah tengok kau.”

     Spontan Syameer berpaling dan memandang ke arah Izati yang sedang memandangnya. Dia tersenyum pula bila menyedari Izati senyum ke arahnya. Tangan dilambaikan. Bagaikan bermimpi, Izati turut membalas lambaiannya.




“Mama ada malam annual dinner tu nanti.”

     “Tahu. Dapat agak.”

     “Saya dapat rasakan juga, mama akan perkenalkan awak dengan tetamu lain.” Syameer menoleh ke arah Izati. Ingin melihat reaksi isterinya.

     “Tahu..”

     “So?”

     “Nothing. Just do it! Paling tidak, saya kena ikut awak ke syarikat induk, kan. Tak perlu risau kalau ada pekerja lain yang tak puas hati dengan saya.”

     Syameer tersenyum seorang diri. “Awak cakap apa tadi? Saya tak berapa faham.”

     “Saya, akan ikut awak. Ke mana sahaja awak pergi.”

     “Kenapa?”

     “Sebab, saya isteri awak.”

     “Lagi? Takkan tak ada sebab lain kut?”

     “Saya sudah boleh terima awak kembali.”

     Syameer menggeleng laju. Mahu jawapan lain dari itu. “Lain?”

     “Saya suka awak. Saya cintakan awak. Saya sedar, sejauh mana saya berlari, sejauh mana saya mahu buang perasaan saya pada awak.. awak tetap lelaki yang saya cintai. Suami yang saya cintai.”

     “Terima kasih sebab sudi terima saya kembali.”

     “Sama-sama.”

     “Saya cintakan awak jugak!”

     Izati hanya tersengih lucu. Tidak membalas.


*****


Izati menggigit bibirnya sejak tiba di dewan makan. Sejujurnya, dia benar-benar takut dan gementar untuk berhadapan dengan semua pekerja kilang pada malam itu. Pasti ada suara-suara sumbang yang mengata dirinya. Gaun malam yang tersarung di tubuhnya dipandang. Cantik sungguh gaun tersebut sehinggakan dia tidak percaya apa yang telah terjadi. Elok wajahnya disolek oleh Kak Mira, kakak iparnya sendiri. “Saya takut.”

     “Genggam tangan saya, peluk lengan saya.. saya akan kurangkan rasa takut awak itu..”

     Tanpa membalas kata-kata Syameer, Izati terus menggenggam tangan Syameer. Sedikit sebanyak rasa takutnya berkurangan sehingga dia rasa malu untuk memberitahu kepada Syameer.

     “Okey tak?” Izati mengangguk.

     “Saya harap, mereka terima hubungan kita.”

     “Mereka bukan sesiapa untuk menghalang hubungan kita berdua. Percayalah.”

     Kemunculan Syakeer dan Datin Faridah memberhentikan perbualan mereka berdua. Masing-masing memandang Datin Faridah.

     “Zati, syam, dah lama sampai?”

     “Baru je lagi, ma.”

     Datin Faridah mencapai lengan Izati. “Kenapa buat mama tertunggu-tunggu?”

     “Maaf, ma. Kami ada masalah dan kami perlukan masa untuk perbetulkannya kembali.” Izati menjawab perlahan. Dia mencuri pandang Syameer yang tersenyum. “selepas ni, mama jangan risau. Zati dan Syam.. akan bahagia bersama.”

     Datin Faridah mengangguk kecil. “Baguslah. Mari kita masuk dalam. Semua orang dah tunggu kita.”

     Izati semakin erat menggenggam tangan Syameer.




Your hand fits in mine like it's made just for me

But bear this mind it was meant to be 
And I'm joining up the dots with the freckles on your cheeks
And it all makes sense to me



I know you've never loved the crinkles by your eyes when you smile, 
You've never loved your stomach or your thighs 
The dimples in your back at the bottom of your spine



But i'll love them endlessly 



I won't let these little things slip out of my mouth 
But if I do, it's you, oh it's you, they add up to 
I'm in love with you and all these little things



You can't go to bed without a cup of tea
Maybe that's the reason that you talk in your sleep
And all those conversations are the secrets that i keep 
Though it makes no sense to me 



I know you've never loved the sound of your voice on tape 
You never want to know how much you weigh 
You still have to squeeze into your jeans
But 



You're perfect to me 



I won't let these little things slip out of my mouth
But if it's true, it's you, it's you, they add up to
I'm in love with you and all these little things



You never love yourself half as much as i love you 
You'll never treat yourself right darling but i want you to 
If i let you know, i'm here for you
Maybe you'll love yourself like i love you oh and



I've just let these little things slips out of my mouth 
'Cause it's you, oh it's you, it's you they add up to 
And i'm in love with you (and all these little things) 



I won't let these little things slip out of my mouth 
but if it's true, it's you, it's you they add up to 
I'm in love with you, and all your little things.


izati menyimpulkan senyuman. Sungguh seronok mendengar nyanyian Syameer yang ditujukan khas untuknya. Dia mencari kelibat Gina dan Hanani dalam kesesakan orang ramai. Kelihatannya, mereka berdua 
sedang berbual dengan pekerja kilang yang lain. Pandangannya bertembung dengan Gina. Gina menyenggol lengan Hanani dan mereka berdua melambaikan tangan ke arah Izati. Lambaian dua orang rakannya dibalas.

     Perlahan-lahan, Izati meleretkan senyuman. Geli hati sebenarnya dengan kejutan yang diatur Syameer. Pengumuman mengenai dirinya yang merupakan isteri Syameer, mengundang rasa terkejut semua tetamu. Masing-masing tidak menyangka. Lebih-lebih lagi usia perkahwinan yang sudah menjangkau dua tahun lamanya. Bijak pula Syameer mengatur idea dengan mengatakan Izati sememangnya mahu merahsiakan hubungan kerana tidak selesa menjadi perhatian orang ramai.

     “Zati, tahniah. Aku macam tak percaya je dengan semua ni. Macam mana kau dengan Encik Syameer boleh berkahwin?”

     Pertanyaan salah seorang kawannya hanya dijawab dengan gelengang. Tidak mahu mengungkit cerita lama. Biar rahsia perkahwinannya terjadi kekal menjadi rahsia.

     Syameer berjalan menghampirinya tidak lama kemudian. Tanpa segan silu, dia terus sahaja memeluk pinggang Izati. “Awak sudah menyempurnakan hidup saya. Detik ini, awak yang akan membahagiakan hidup saya. Awaklah yang akan menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak saya.”

     “Terima kasih kerana sudi menunggu saya selama dua tahun.”


     Dahi Izati dicium. Semakin erat dia memeluk tubuh Izati. Dia tidak akan melepaskan isterinya lagi. Takut kehilangan Izati buat kali kedua. 'Tiada setitik kekurangan yang aku lihat dari kau. jika ada, akan aku tepis. all the little things, i will accept it..'



cerita yang tidak berapa best. hahaha

1 comment:

sNow yUki said...

best sangat.., tapi nak tau siapa yang perangkap dyeorg..