Sunday, January 13

Ops, pikat! part 3


*****
Buntang mata Kaisyah memandang Amri yang sedang bermain dengan Dini di ruang tamu rumahnya.  Uwais juga ada di situ dan sedang menikmati makan petang bersama mamanya. “Err hai! Ramainya orang hari ini kat rumah kita, mama. Ada kenduri ke?”
     Uwais tersengih melihat Kaisyah yang kehairanan. “Mari makan kuih ni sekali. Amri beli tadi..”
     Kerusi di sebelah Uwais ditarik. Dia duduk dan terus melemparkan pandangan ke arah Amri. “Awak buat apa kat sini?”
     “Nak melawat rumah bakal isteri,” sahut Amri. Dia mendukung Dini dan menghampiri meja makan. “Makanlah kuih tu. Aunty cakap awak suka makan..”
     “Apa lagi yang mama cerita pada dia ni?”
     “Banyak benda. Abang pun dah rasa mengantuk, Sya.”
     Kecil pandangan Kaisyah memandang mamanya. “Ma.. jahatlah.” Dia mencebik geram. Tangannya tetap juga mencubit sedikit demi sedikit kuih di dalam pinggan dan disuakan ke dalam mulut.
     “Ala.. bakal suami, kan?”
     “Mama, betul ke nak jadikan dia ni menantu? Muka macam penjenayah ada hati nak kahwin dengan Sya.”
     Uwais mencubit pipi Kaisyah. “Ada ke cakap orang macam tu. Tak baiklah!”
     “Aunty, uncle Am baiklah. Uncle Am tak marah-marah macam aunty..”
     Spontan Kaisyah menjegilkan matanya. “Diamlah Dini.”
     “Kaisyah..”

Bibirnya diketap rapat. Dia memandang lama wajah Amri yang berbaring di atas sofa. Mamanya pula masih tidak keluar dari dapur sejak petang tadi. Entah apa yang mamanya buat. “Awak tak ada rumah ke?”
     “Ada. Kenapa?”
     “Tak reti nak balik? Dari petang tadi kat sini, kan?”
     “Saja nak selesakan diri kat rumah mak mentua. Salah ke?”
     “Awak saja nak kenakan saya kan. Awak tahu saya tak nak kahwin, tapi awak ambil hati mama saya. supaya mama saya suka awak, dan suruh saya kahwin dengan awak.”
     “Mana ada.” Amri mempertahankan dirinya. “Mama awak call. Suruh saya datang. Saya datanglah.”
     “Dah tu? Baliklah!”
     “Tak nak. Mama awak yang suruh saya datang, dan hanya mama awak yang boleh suruh saya balik. Faham?”
     Kaisyah bangkit dan terus meluru ke arah Amri. Tanpa disangka-sangka kakinya tersadung kaki meja kopi dan terjatuh ke atas badan Amri.
     Jantung Kaisyah berdegup kencang tiba-tiba. Matanya tidak mampu menentang mata Amri. Dia menjadi gentar.
     Amri mengalihkan tubuhnya. Dia membiarkan Kaisyah di bawahnya pula. “Kenapa awak garang sangat? Apa yang susah sangat sampai tidak mahu terima saya? nak kata saya tak hensem, saya hensem. Jauh lebih hensem. Saya berharta. Saya sembahyang cukup lima waktu.. keturunan saya baik-baik..”
     “Bangunlah. Kalau tak saya jerit panggil mama!”
     “Jeritlah. Saya bagi alasan ini untuk kita kahwin, nak?”
     “Amri… bangun!”
     “Saya menepati syarat sebagai pengantin lelaki, dan imam untuk seorang isteri bukan?”
     “Amri!!! Mama!!”
     Sepantas kilat Amri bangkit dan duduk. Dia bersahaja mencapai surat khabar dan membacanya. Puan Aisyah keluar dari dapur. Terpinga-pinga wajahnya memandang Kaisyah yang berdiri bercekak pinggang di hadapan Amri.
     “Eii..” Kaisyah lari masuk ke dalam biliknya.