Friday, June 14

Hey, Aku Cinta Kaulah. Sumpah! a.k.a H.A.C.K.S! (teaser)

the teaser
untuk tidak nampak kekosongan di dalam blog
saya masukkan cerpanlah. insyaAllah, saya free malam ni dan esok.
so saya berilah cerpan ni pada anda semua!
cerita lama. olah balik. 




Hey, Aku Cinta Kaulah. Sumpah! H.A.C.K.S!

“Nama kau apa?”

     Hezran bersuara keras. Pandangan matanya begitu tajam menikam sepasang anak mata milik Atiqa. Sedari tadi, dia sudah mengisytiharkan ‘perang benci’ kepada gadis itu. Ya, sejak gadis itu diperkenalkan kepadanya pagi tadi. Sebab pertama, gadis itu telah mengambil tempat milik Farhana, setiausaha kesayangannya. Kedua, gadis itu merupakan orang kepercayaan ayahnya.      

     “Nama saya Durrah Atiqa. Boleh panggil saya Atiqa.” Lembut suara Atiqa menggamit hati kecil Hezran.

     “Kenapa kau minta kerja di sini? Macam mana pula kau boleh jadi orang kepercayaan Dato?”

     “Saya tak minta kerja di sini. Sebelum ni, saya kerja di Pusat Bimbingan dan Kaunseling untuk pelajar bermasalah. Dato’ pernah bertemu saya ketika saya mengikut program anjuran syarikat. Saya juga tidak tahu bagaimana saya boleh menjadi orang kepercayaan Dato’. Kalau ENcik berkeras mahu mengetahuinya juga, sila jumpa Dato, dan tanya sendiri.”

     Bagai percaya dan tidak percaya sahaja Hezran mendengar suara lembut Atiqa membalas setiap satu pertanyaannya. Sungguh lancar dia mengatur bicara sehinggakan tidak kelihatan takut dengannya. Takutkah dia dengannya?

     “Perempuan simpanan Dato?” telah Hezran namun, Atiqa hanya tersenyum. Tidak melatah.

     “Dato sayangka. isteri dan anak-anaknya. Kalaulah saya menggoda Dato, memang tak dapatlah. Lagipun, saya dah bertunanglah. Bulan depan, saya kahwin. Bakal suami saya anak Tan Sri, dia pula berpangkat Datuk muda. Dari saya ambil Dato tua, baik saya ambil Datuk muda.”

     Panas hati Hezran mendengarnya. Sungguh berani gadis itu. Dia melepaskan keluhan panjang bila telefon bimbitnya berdering. Nama Farhana terpapar di skrin telefon bimbit. “Yes, Hana. Where are you? Dato’ yang pecat you. Now you di mana?”

     Atiqa hanya memandang sekilas Hezran di hadapannya. Makin lama makin menjauhkan diri darinya sewaktu menjawab panggilan tersebut. Lelaki itu akhirnya masuk ke dalam biliknya. ‘Isy, kenapalah Dato beria-ia mahu aku ambil jawatan setiausaha ni. Aku ni kaunselor! Siapa pula mamat tu? Rupa ada iras Dato’ tapi takkanlah anak Dato. Perangai macam singa jantan!’

     Intercom di atas meja tiba-tiba sahaja berbunyi mengejutkan Atiqa. Satu butang kecil ditekan bagi menjawabnya. “Atiqa, panggilkan Hezran. Minta dia masuk ke dalam bilik saya sekarang juga. Urgent!”

     “Baik, Dato!” Atiqa mengetap bibir. ‘Matilah aku. Tadi dah naikkan angin singa jantan. Masuk dalam, mahu aku kena terkam!’

     Dia bangkit dan menghampiri pintu bilik Hezran. Sejenak dia memandang nama yang terukir cantik di muka pintu itu. ‘Daniel Hezran. CEO! Piiiraahhhh…!!’

     Tok! Tok!

     “Masuk!” jeritan Hezran melegakan hati Atiqa. Pintu dikuak kecik. Hanya kepala yang dijengah masuk ke dalam bilik tersebut. “Hah, ada apa?”

     ‘Isy, ingat mood dia okey dah. Belum lagi rupanya,’ omel Atiqa. Sedikit terkejut mendengar sergahan Hezran. Pasti tidak menyangka dia yang mengetuk pintu sebentar tadi. “Dato nak jumpa sekarang kat bilik dia. Urgent. Tu je..”

     Tupp!

     Pintu kembali rapat. Cepat Atiqa mengambil tempat duduknya dan berpura-pura sibuk di situ. Dia tidak mahu bertentang mata dengan Hezran dan menambahkan rasa meluat lelaki itu kepadanya. Kalau boleh, apa yang diucapkannya kepada Hezran tadi, ingin ditelan kembali. Lancang benar mulutnya hari itu. Derap langkah Hezran kedengaran. Dia terus menghelakan nafas bila derap langkah tersebut hilang.

     “Panjang kau hela nafas. Jumpa hantu mana tadi? Ke kau takut dengan aku?” soal Hezran. Telefon bimbit di tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia tersengih lucu bila tiba-tiba sahaja melihat pipi Atiqa kemerahan. Sah, gadis itu takut dengannya.

     “Mana ada. Saya.. nampak lipas. Dah pergi jauh.. lega..”


     Hezran ketawa berdekah-dekah sambil melangkah pergi. Atiqa hampir sahaja mahu membaling pen di tangannya ke arah Hezran namun ditahankan sahaja niatnya itu. ‘Tiqa, dia bos kau. Jaga adab!’