Sunday, June 16

Hey, Aku Cinta Kaulah. Sumpah! H.A.C.K.S! (part 1)

Hey, Aku Cinta Kaulah. Sumpah! H.A.C.K.S!

“Nama kau apa?”

     Hezran bersuara keras. Pandangan matanya begitu tajam menikam sepasang anak mata milik Atiqa. Sedari tadi, dia sudah mengisytiharkan ‘perang benci’ kepada gadis itu. Ya, sejak gadis itu diperkenalkan kepadanya pagi tadi. Sebab pertama, gadis itu telah mengambil tempat milik Farhana, setiausaha kesayangannya. Kedua, gadis itu merupakan orang kepercayaan ayahnya.      

     “Nama saya Durrah Atiqa. Boleh panggil saya Atiqa.” Lembut suara Atiqa menggamit hati kecil Hezran.

     “Kenapa kau minta kerja di sini? Macam mana pula kau boleh jadi orang kepercayaan Dato?”

     “Saya tak minta kerja di sini. Sebelum ni, saya kerja di Pusat Bimbingan dan Kaunseling untuk pelajar bermasalah. Dato’ pernah bertemu saya ketika saya mengikut program anjuran syarikat. Saya juga tidak tahu bagaimana saya boleh menjadi orang kepercayaan Dato’. Kalau ENcik berkeras mahu mengetahuinya juga, sila jumpa Dato, dan tanya sendiri.”

     Bagai percaya dan tidak percaya sahaja Hezran mendengar suara lembut Atiqa membalas setiap satu pertanyaannya. Sungguh lancar dia mengatur bicara sehinggakan tidak kelihatan takut dengannya. Takutkah dia dengannya?

     “Perempuan simpanan Dato?” telah Hezran namun, Atiqa hanya tersenyum. Tidak melatah.

     “Dato sayangka. isteri dan anak-anaknya. Kalaulah saya menggoda Dato, memang tak dapatlah. Lagipun, saya dah bertunanglah. Bulan depan, saya kahwin. Bakal suami saya anak Tan Sri, dia pula berpangkat Datuk muda. Dari saya ambil Dato tua, baik saya ambil Datuk muda.”

     Panas hati Hezran mendengarnya. Sungguh berani gadis itu. Dia melepaskan keluhan panjang bila telefon bimbitnya berdering. Nama Farhana terpapar di skrin telefon bimbit. “Yes, Hana. Where are you? Dato’ yang pecat you. Now you di mana?”

     Atiqa hanya memandang sekilas Hezran di hadapannya. Makin lama makin menjauhkan diri darinya sewaktu menjawab panggilan tersebut. Lelaki itu akhirnya masuk ke dalam biliknya. ‘Isy, kenapalah Dato beria-ia mahu aku ambil jawatan setiausaha ni. Aku ni kaunselor! Siapa pula mamat tu? Rupa ada iras Dato’ tapi takkanlah anak Dato. Perangai macam singa jantan!’

     Intercom di atas meja tiba-tiba sahaja berbunyi mengejutkan Atiqa. Satu butang kecil ditekan bagi menjawabnya. “Atiqa, panggilkan Hezran. Minta dia masuk ke dalam bilik saya sekarang juga. Urgent!”

     “Baik, Dato!” Atiqa mengetap bibir. ‘Matilah aku. Tadi dah naikkan angin singa jantan. Masuk dalam, mahu aku kena terkam!’

     Dia bangkit dan menghampiri pintu bilik Hezran. Sejenak dia memandang nama yang terukir cantik di muka pintu itu. ‘Daniel Hezran. CEO! Piiiraahhhh…!!’

     Tok! Tok!

     “Masuk!” jeritan Hezran melegakan hati Atiqa. Pintu dikuak kecik. Hanya kepala yang dijengah masuk ke dalam bilik tersebut. “Hah, ada apa?”

     ‘Isy, ingat mood dia okey dah. Belum lagi rupanya,’ omel Atiqa. Sedikit terkejut mendengar sergahan Hezran. Pasti tidak menyangka dia yang mengetuk pintu sebentar tadi. “Dato nak jumpa sekarang kat bilik dia. Urgent. Tu je..”

     Tupp!

     Pintu kembali rapat. Cepat Atiqa mengambil tempat duduknya dan berpura-pura sibuk di situ. Dia tidak mahu bertentang mata dengan Hezran dan menambahkan rasa meluat lelaki itu kepadanya. Kalau boleh, apa yang diucapkannya kepada Hezran tadi, ingin ditelan kembali. Lancang benar mulutnya hari itu. Derap langkah Hezran kedengaran. Dia terus menghelakan nafas bila derap langkah tersebut hilang.

     “Panjang kau hela nafas. Jumpa hantu mana tadi? Ke kau takut dengan aku?” soal Hezran. Telefon bimbit di tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia tersengih lucu bila tiba-tiba sahaja melihat pipi Atiqa kemerahan. Sah, gadis itu takut dengannya.

     “Mana ada. Saya.. nampak lipas. Dah pergi jauh.. lega..”

     Hezran ketawa berdekah-dekah sambil melangkah pergi. Atiqa hampir sahaja mahu membaling pen di tangannya ke arah Hezran namun ditahankan sahaja niatnya itu. ‘Tiqa, dia bos kau. Jaga adab!’




Dato Yusuf memandang langkah Hezran yang kelihatan biasa di pandangannya. Tiada perubahan. Pelik. Tujuan dia memanggil Hezran ke biliknya juga tiada apa yang penting. Hanya mahu melihat reaksi lelaki itu mengenai kehadiran Atiqa. Hezran terus sahaja mengambil tempat duduk di hadapan Dato Yusuf. “So, macam mana dengan setiausaha baru tu. Okey tak?”

     “Okey. Tak ada cacat mana-mana pun. Lengkap.”

     “Maksud papa, boleh ke dia buat kerja dengan Hez. Sejiwa tak?”

     “Ouh.. yang itu, kena tunggulah. Hari ini baru first day. Tak tahu lagi.”

     “Papa harap, kali ini tiada masalah. She’s good person. Please don’t bring her to any club, disco, or anywhere that’s not proper. Jangan menyusahkan dia.”

     “So, nak bawa dia jumpa client di mana? Masjid?”

     “Why not?”

     Hezran mengeluh berat. Sah, papa telah mengatur strategi untuk halang dirinya berhibur. Papa memang pandai. Pasti Atiqa dapat memanipulasinya nanti. Gadis itu seorang kaunselor! “Pa, dia tu tunangan oranglah. Nak suruh dia ikut Hez ke sana sini, buat kerja itu ini.. dia tak ada masa nak bersama dengan tunangnya. Next month, dia kahwin. Macam mana nak concentrate. Even papa nak suruh someone changes my habits, please choose someone that can concentrate to me!”

     Dato Yusuf menyimpulkan senyuman. Kelakar mendengar kata-kata anaknya. ‘Atiqa beritahu dia tunangan orang pada Hez.’

     “Papa beritahu apa sewaktu perkenalkan dia pada Hez. Dia yang terbaik dan dia merupakan orang kepercayaan papa. I know she can do it. Percayalah!”

     “Kenapa pecat Hana?”

     “Sejujurnya papa tak kisah kalau kamu bawa dia ke mana-mana pun. Nak ke neraka bersama pun tak mengapa. Itu hal kamu. Cuma, papa tak nak kamu buang masa dengan orang yang tidak mahu menghargai kamu. Baru-baru ni, papa ada meeting di Hotel Hilton. Papa nampak dia dengan seorang lelaki asing masuk ke dalam sebuah bilik. Faham-faham sendirilah, hez.. papa tidak mahu kamu kecewa..”

      Terdiam Hezran ketika itu. Tidak menyangka perbuatan Farhana dikesan papanya sendiri. Sebelum ini, rakan-rakannya pernah beritahu hal yang sama dan dia tidak mahu mempercayainya kerana terlampau menyayangi Farhana. Tiba-tiba sahaja dia teringat panggilan yang dibuat Farhana sebentar tadi. Kedengaran suara lelaki sedang berbisik dengan gadis itu. “Tengoklah macam mana, pa. Pandailah Hez uruskan Hana tu. By the way, thanks for your concern!”

     “For you, son. No doubt!”

     Hezran bangkit dari tempat duduknya. Yakin tiada apa lagi yang mahu dikatakan papanya, dia minta diri untuk keluar. ‘Papa, you always right about me!’

*****

“Damn!”

     Stereng kereta ditumbuknya sebaik sahaja pandangan matanya menangkap lenggok tubuh Farhana memasuki sebuah kelab malam terkemuka di Kuala Lumpur bersama seorang lelaki asing. Seksi benar pemakaiannya dan elok sekali lelaki asing itu memeluk dan mencium Farhana seperti tiada batasan antara mereka berdua.

     “Kau buat aku gila pada kau, dan ini yang kau balas pada aku.”

     Hezran sama sekali tida menyangka Farhana benar-benar menipunya. Selama ini dia terlalu mempercayai gadis itu dan sekarang, segala penipuan gadis itu berjaya dilihat melalui pandangan matanya sendiri.

     Dia mengeluh berat dan kasar nafasnya. Kepalanya berat memikirkan hal tersebut. Rasa sayangnya pada Farhana masih tebal. Matanya dipejam mahu menghilangkan bayangan Farhana. Ingin mencari kekuatan kembali sebelum memandu kereta pulang ke rumah.

     Tok! Tok!

     Kelopak mata dibuka. Bulat matanya melihat Atiqa yang berdiri di luar keretanya. Cermin tingkap diturunkan. “Kau buat apa di sini?”

     “Makan. Kat situ..” Atiqa meluruskan jari telunjuknya ke arah sebuah restoran makanan ala Arab di seberang jalan. “Saya ternampak encik di sini. So, saja tanya khabar. Okey ke tidak. Nampak macam encik ada masalah. Sakit kepala? Kalau sakit, saya hantarkan encik pulang. Bahaya drive dalam keadaan sakit..”

     “Kau seorang?” soal Hezran kasar. Dia memandang sekelilingnya. Tiada sesiapa yang kelihatan seperti menemani Atiqa. Kerja gila betul gadis itu berseorangan di kawasan sebegitu.

     “Yalah. Saya seorang je. Mana ada kawan nak temankan saya. I’m psychologist. Siapa yang sudi nak duduk semeja dengan orang psiko macam saya ni. Encik pun tak sudi, kan?” Sesekali Atiqa mencuri pandang ke seberang jalan. Lelaki yang sering makan malam bersamanya itu sudah masuk ke dalam kereta dan terus memandu pulang.

     “Mana kereta kau? Pergilah balik..”

     “Saya tunggu bas.. then..”

     “What’s?” Hezran menjerit terkejut. cepat di keluar dari perut keretanya. “Kau tunggu bas kat area sini buat apa. Kerja gila betullah! Masuk dalam kereta. Mari aku hantar kau balik.”

     Pejam celik mata Atiqa mendengar jerkahan Hezran. Salahkah dia menunggu bas seperti biasa. Selalunya kalau dia makan malam di restoran tersebut, pasti dia akan menunggu bas di area itu. Tiada apa-apa masalah. “Err.. saya.. du..”

     Tidak sempat Atiqa menghabiskan ayatnya, Hezran sudah menarik tangannya dan memaksa gadis itu masuk ke dalam perut kereta miliknya. Dia masuk ke tempat duduk pemandu dan terus memandu laju keretanya. “Tahu tak tempat tu bahaya. Silap hari bulan, kau kena terkam dengan buaya-buaya jantan kat sana.”

     “Saya dah biasalah area situ. Tak ada apa pun berlaku pada saya.”

     “Hisy, kalau kau ni adik aku ke, bini aku ke.. tempat macam tu dah lama aku haramkan kau jejak!”

     Gulp! Spontan Atiqa mendiamkan dirinya dan melihat ke luar tingkap. Dia akhirnya memberanikan diri memandang Hezran yang telah memperlahankan keretanya. “Encik, saya nak tanya. Tahu ke jalan menuju ke rumah saya?”

     “Rumah kau kat mana?” Intonansi suara HEzran berubah. Tidak lagi kasar.

     “Saya duduk di kondo, yang hanya satu kilometer dari tempat encik ambil saya tadi.”

     “Kau nak aku sumpah kau jadi apa? Kenapa tak beritahu awal-awal yang kau duduk di area situ je. Isy..”

     “Macam mana nak beritahu encik. Saya tak sempat cakap apa-apa, encik dah tolak saya masuk dalam kereta. Tak bagi peluang langsung pada saya nak beritahu,” gumam Atiqa. Geram kerana dipersalahkan di atas kesalahan Hezran sendiri.

     “Tak sampai 24 jam aku kenal dengan kau, benda-benda pelik berlaku. First, aku dapat tahu Hana curang dengan aku. Second, kau jadi secretary aku. Third, aku jumpa kau then bawa kau naik kereta eksklusif aku ni. Massive almighty weirdo..”

     “Poyo!”

     “Kau cakap apa tadi? Aku kurang dengar dengan jelas?”

     “Nothings. Saya sendawa je tadi. Kenyang, baru lepas makan. Maklumlah, baru dapat kerja baru kan. Hati berbunga-bunga riang.”

     Hezran mengerutkan dahi mendengar alasan Atiqa. Gadis itu nampak sopan, tapi perangainya sangatlah gila-gila. Pemanduannya dilajukan menuju ke destinasi. Ingin segera dia menghantar gadis itu pulang. Boleh jadi gila kalau berlamaan dengannya.

     “Thanks.”

     Hanya anggukkan kecil bagi membalas ucapan terima kasih Atiqa. Tanpa sebarang pamitan dia terus memandu pergi keretanya.




Longlai langkah kakinya masuk ke dalam bilik tidur. Tubuhnya benar-benar kepenatan dek terlalu sibuk memikirkan hal Farhana dan kerja yang bertimbun di pejabat. Lampu bilik dibuka. Pandangan matanya segera menangkap imej sebuah kotak di atas katil. Keinginan hatinya untuk mengetaui isi kotak tersebut melonjak-lonjak. Laju dia menghampiri katil.

     Sekeping kad kecil di atas kotak diambil.

     ‘Untuk kekasih yang disayangi. Minyak wangi kegemaran Hez. Semoga wangian ini melekat di tubuh Hez umpama nama Hana yang melekat di hati dan ingatan Hez. Yang Ikhlas, Hana.’

     Hezran menggelengkan kepalanya. Kata-kata manis sering sahaja meluncur keluar dari dua ulas bibir Farhana. Tidak pernah lekang. Dia tidak boleh mempercayai gadis itu lagi. Kotak yang mengandungi minyak wangi pemberian Farhana dicampak ke dalam bakul sampah. Usai itu, dia terus menapak masuk ke dalam bilik air bagi membersihkan dirinya.

     Bunyi telefon bimbit dibiarkan sahaja. Malas meninggalkan pancuran air semata-mata mahu menjawab panggilan telefon tersebut. Berkali-kali telefon bimbit berbunyi sebelum berhenti. Hezran keluar dari bilik air setengah jam kemudiannya. Tubuhnya sudah segar. Baju tidur disarung ke tubuhnya dan tanpa membuat apa-apa lagi dia terus berbaring. Mata dipejamkan lantas terlena.

*****

Dua minggu sudah Atiqa berada di syarikat milik Dato Yusuf. Serba serbi kerja yang diberikan Hezran kepadanya mampu dilakukan tanpa bimbingan sesiapa. Dia memang seorang yang cekap melakukan apa jua kerja.

     Earphone diletakkan di kedua belah telinga. Pada hari itu, terlalu banyak kerja yang perlu dilakukannya sehinggakan dia masih belum bersarapan pagi. Air Nescafe pula sudah bercawan-cawan menjadi peneman setianya.

     “I nak jumpa Hez. Dia ada?”

     Atiqa tidak menyahut. Tangannya masih lincah menaip di komputer riba dan sudah pasti dia tidak mendengar apa-apa sementelah telinganya bersumbat dengan earphone.

     “Hello… are you deaf?” Farhana menggelegak marah. Sakit hatinya bila tidak dilayan gadis bertudung itu. ‘Dato pilih kau untuk ganti aku. Gila!’

     Masih tiada reaksi dari Atiqa.

     Farhana mendengus kasar. Lantas dihampiri gadis itu. Saat dia ingin menolak kepala Atiqa, muncul Hezran dengan beberapa fail di tangannya. “Atiqa, jom ke..”

     “Hez, hai. Lama tak jumpa you. I miss you!” ucap Farhana ceria. Tergedik-gedik dia menghampiri Hezran. Tubuh lelaki itu dipeluk dan tanpa diduga Hezran, dia mencium pipi Hezran.

     “What are you doing here, Hana?” soal Hezran seraya mengela pipinya menggunakan sapu tangan. Jijik terasa bila bibir yang pernah dicium lelaki lain menciumnya pula.

     “I nak jumpa you. I rindu sangat pada you. Maklumlah, I sibuk cari kerja sana sini sampai tak ada masa nak luangkan masa dengan you.”

     “Sibuk cari kerja di kelab malam ke?” perli Hezran. Dia menghampiri meja Atiqa. Fail di tangannya diletakkan di atas meja sebelum dia menghadap Farhana. “Hana, sebelum ni I percayakan you. I tak pedulikan kata-kata kawan I. Sampaikan papa I nampak you dengan orang lain di hotel, and I saw you with someone at the night club. You nak kata apa lagi?”

     “Dia.. dia.. my client!”

     “Ohh, klien rupanya. Sampai masuk biik hotel? Pernah ke I bawa you jumpa klien sampai masuk bilik hotel. Just in the lobby right.”

      “Hez, you dah ada orang lain ke?” Terus sahaja soalan itu yang ditanyakan kepada Hezran.

      Lambat-lambat Hezran menyimpulkan senyuman. Dia menoleh ke belakang dan memandang Atiqa yang masih leka menyiapkan kerjanya.

      “Daniel Hezran! I sedang cakap dengan you. Pandang I!” jerkah Farhana. Hatinya begitu geram dengan layanan kurang mesra Hezran. Selama ini, lelaki itu begitu setia melayani setiap satu kerenahnya. Tapi kenapa tidak pada hari itu. Sudah berubahkah hatinya kepada orang lain? “She’s your girlfriend now?”

     Jari telunjuknya lurus ke arah Atiqa.

     “Yes, she is!” Hezran menjawab bersahaja dan benar-benar berharap Atiqa tidak mengendahkan kata-katanya. Biarlah gadis itu memberi kerjasama padanya untuk seketika waktu.

     “What’s? begitu mudah you lupakan I, Hez. Sampai hati you!”

     “Seperti you yang begitu mudah mencari orang lain, dan memperdagangkan tubuh you. By the way, can we stop our conversation right now? I’ve got  a work to do with Atiqa. Bye!” Hezran mencapai tangan Atiqa. Komputer riba gadis itu ditutup tanpa diduga. Beg tangan Atiqa diambil. Pasti tiada apa lagi yang perlu dibawa bersama, dia meninggalkan Farhana.

     “Eh, encik, encik.. apa ni?” jerit Atiqa. Mendongkol geram dirinya melihat Ipod kesayangan sudah jatuh ke atas lantai.

     Hezran terus sahaja mengutip Ipod tersebut di atas lantai dan menarik tangan Atiqa agar mengikutinya. “Sekarang, aku nak kau diam dan ikut saja aku. Tolong jangan banyak bunyi kalau tidak mahu dipecat!”

     “Apa salah saya?”

     “Durrah Atiqa, can you shut your mouth for a while?” tinggi nada suara Hezran membuatkan Atiqa terus mendiamkan dirinya. Sekilas dia menoleh ke belakang. Kelihatan seorang gadis memandangnya dengan riak wajah tidak berpuas hati.

     “Siapa.. dia?” Atiqa memberanikan diri bertanya kepada Hezran sebaik sahaja diarahkan masuk ke dalam perut kereta ‘eksklusif’ Hezran.

     “Farhana..”

     “Dia yang buat encik..”

     “Aku bagi penyepak, baru kau nak diam ke?” tengking Hezran. Sakit hatinya bila Atiqa seperti mahu memerlinya. Dia melajukan pemanduannya ke destinasi. Setelah lama mendiamkan diri, Hezran menoleh ke sisinya. Tersetuh hatinya melihat Atiqa yang menangis. Spontan dia memegang bahu gadis itu dan memintanya berpaling ke arahnya. “I’m so sorry..”

     Tangan Hezra ditepis perlahan. “Not your fault. I’m not crying because of that.”

     “Then, nangis sebab apa?”

     Atiqa menggelengkan kepalanya. Malas memanjangkan cerita. Radio dibuka dan ruang kereta itu bergema dengan muzik.




Telefon bimbit dicapai. Atiqa memandang nama penghantar mesej yang terpapar di skrin. Peti masuk mesej dibuka. Tersengih dia membaca mesej yang dihantar Hezran. Panjang benar mesej yang ditaip Hezran semata-mata mahu meminta maaf kepadanya. Dia menggelengkan kepalanya memikirkan gelagat lelaki itu sebaik sahaja dia tidak menghiraukan sebarang perbualan yang dimulakan Hezran. Protesnya bila ditengking. “Padan muka!”

     Telefon bimbit berdering menandakan ada panggilan masuk sewaktu Atiqa mahu meletakkan kembali telefon bimbitnya di atas meja.

     “Atiqa, marah aku ke?”

     “Buat apa saya nak marah encik.”

     “Kau jangan main tarik tali dengan aku, boleh? Kau marah aku, kan?” soal Hezran tegas.

     “Hmm.. sikit.”

     “Jom keluar. Aku belanja kau makan. Hiburkan hati kau sikit. Kasi kau maafkan aku.”

     “It’s okay. Saya tak ada apa-apa. Saya maafkan encik.”

     “Ye ke? Aku tak percaya!”

     Atiqa menggaru keningnya. Suatu kebiasaan bila sedang kebingungan. “Tunang saya ajak keluar dalam 15 minit lagi sebenarnya.” Atiqa beralasan. Kebetulan dia mahu keluar makan malam bersama seseorang. Sudah berjanji, tidak mungkin mahu dimungkiri.

     “Ohh, kalau macam tu aku belanja kau lunch esok. Okey?”

     Tak. Dia tak boleh keluar dengan Hezran. Sudah berkali-kali mereka berduaan. Dia takut ada sesuatu yang bercambah antara mereka berdua. “Tak boleh rasanya. Lunch esok, saya keluar dengan tunang saya. Memang dah janji!”

     “Kau beralasan dengan aku?”

     “Err.. eh, saya sakit perutlah. Saya.. off phone dulu ya. Assalamualaikum..”

*****

Atiqa mengerutkan dahinya bila memandang pandangan-pandangan rakan sepejabat sewaktu melangkah masuk ke dalam pejabat awal pagi itu. Aneh benar pandangan mereka semua. Kakinya berhenti melangkah. “Apa?”

     “Tak ada apa-apa, Tiqa.”

     “So, kenapa pandang saya macam ada something pelik je.”

     “Nothings!” sahut rakan-rakannya serentak.

     Langkah Atiqa laju menghampiri tempat duduknya. Terus sahaja dia duduk. Laci dibuka untuk menyimpan beg tangannya. Tubuhnya dibongkokkan sedikit mahu mengeluarkan bakul sampah dari bawah meja. “Arghhh!!”

     Tanpa diduga, Atiqa melompat dari tempat duduknya. Terkejut dengan kehadiran sesuatu di bawah mejanya. Ridzuan yang kebetulan melalui meja Atiqa langsung dipeluk gadis itu. Terpinga-pinga dia dengan hal tersebut. “Tiqa, kenapa ni?”

     “Ya Allah, Wan. Ada something kat bawah tu. Gelilah.. berbulu! Keluarkanlah dari bawah meja saya. Eeii…”

     Ridzuan memandang Atiqa yang memeluk lengannya. “By the way, lepaskanlah lengan saya.”

     “Oops, sorry!” ucap Atiqa. Malu dengan tindakan luar sedarnya. Lengan Ridzuan terus dilepaskan dan membiarkan lelaki itu memerksa bawah mejanya.

     “Serius awak takut dengan benda tu?” soal Ridzuan lantas menghamburkan tawanya.

     “Seriuslah saya geli. Entah apa-apa je bendanya tu!” marah Atiqa dengan tawa Ridzuan. ‘aku takut, dia boleh ketawa. Sepak muka tu nanti!’

     Ridzuan membongkokkan tubuhnya bagi mengeluarkan ‘benda’ yang ditakuti Atiqa. Dia menggelengkan kepalanya melihat Atiqa yang menutup mukanya dengan kedua belah tangan. “Ni hah.. its teddy bear. Not a real bear!”

     “Hah?” Buntang mata Atiqa melihat teddy bear sebesar orang diletakkan di atas mejanya. Pejam celik dia memandang teddy bear tersebut. Memang patut dia menjerit kegelian memandangkan bulu teddy bear tersebut kelihatan seperti yang sebenarnya.

     “Tu ada sampul surat. Maybe ada kad di dalamnya.. Bacalah! Saya sambung kerja dulu..”

     Sepucuk sampul surat yang terselit di tangan teddy bear diambil. Terdapat Ipod di dalamnya. Butang ‘play’ ditekan. “I’m so sorry about last day. Please forgive me..”

     Ipod dibelek-belek. Kelihatan masih baru. Namun, jemarinya berhenti dari memusing-musingkan Ipod tersebut. Dia terpandangkan tiga huruf yang terukir di belakang Ipod tersebut. ‘Hez? Encik Hezran?’

     “Besarnya teddy bear yang awak dapat ni, Atiqa. Siapa yang bagi?”

     Atiqa menoleh. Tersipu-sipu dia memandang Dato Yusuf yang sedang berdiri di belakangnya. “Err.. ada..”

     “Hez yang bagi, pa!”

     “Pa? dato Yusuf papa encik Hezran?” soal Atiqa, terkejut.

     “Yalah, papa aku.”

     “Kamu ni Tiqa. Kerja di sini sudah dua minggu, baru hari ini kamu tahu saya ni papa Hezran?”

     “Yalah, saya tak adalah sampai nak ambil tahu luar dalam pasal Encik HEzran. Siapalah saya ni.”

     Dato Yusuf hanya menggelengkan kepalanya sebelum meminta diri. Sempat dia menepuk bahu anak lelakinya itu dan tersenyum. “Jangan pernah mempermainkan perasaan orang lain.”

Kata-kata papanya tidak diendahkan. Entah apa yang cuba disampaikannya. Hezran menghampiri Atiqa. “Sorry again. Aku bagi kau hadiah. Sebagai peneman malam. Ipod tu, sebagai ganti Ipod lama kau. Takut rosak..”

“Err.. thanks. But no thanks. Ipod ni saya..”

“Ambil jelah. Aku tak pakai. Dulu aku beli time belajar. Konon nak dengar lagu bila bosan-bosan.”

“Barang eksklusif ke ni?” usik Atiqa. Nakal dia mengenyitkan matanya.

“Lebih kuranglah. Kiranya kau orang pertama yang dapat sentuh Ipod aku ni!”

“Wow..”

Hezran tergelak kecil melihat Atiqa yang begitu ralit membelek Ipod tersebut. “Kau ni comel juga. Perangai macam budak kecil. Mula-mula dulu je nampak macam tegas dan berani. Lama kelamaan, kau ni biasa je.”

“Sebab Dato ingatkan saya supaya berhati-hati dengan encik.”

“Papa memang macam tu. Risau aku tackle kau agaknya.”

“By the way, thanks.”

“Oh ya, jangan kau cakap kat tunang kau pula. Tak pasal-pasal lebam biji mata aku kena tumbuk.”

“Dia takkan tahu..”

Hezran menjungkitkan bahunya. Dia masuk ke dalam bilik kemudiannya. Masih ada kerja yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.




Waktu tengah hari menggamit Hezran untuk keluar makan bersama Atiqa. Laju dia menyiapkan kerja terakhirnya sebelum keluar menemui Atiqa. “Tiqa, jom keluar makan. Aku dah lapar.”

     “Malas. Encik keluarlah seorang.”

     “Amboi. Pandai melawan.”

     “Saya ada banyak kerja. Masa satu jam 30 minit tu, saya boleh gunakan untuk siapkan kerja saya.”

     “Jomlah..” pujuk Hezran.

     “Tak nak! Tak faham bahasa ke.”

     “Eleh, marah pula. Pandai kau menjawab sekarang ya. Tak nak sudahlah. Orang nak belanja dia, menolak rezeki!” bebel Hezran lantas beredar pergi.

     Atiqa menjelirkan lidahnya. Geram pula dengan perangai mengada-ngada Hezran itu. Dia meamandang Syuhada dan Belinda yang sibuk menelinga. “Kenapa?”

     “Kenapa tak ikut encik HEzran keluar makan?” soal Belinda. Tertanya-tanya juga dirinya dengan sikap Atiqa. Sewaktu Farhana mejadi setiausaha Hezran, hampir setiap hari Farhana akan mengikut Hezran makan tengah hari. Kalau tidak Hezran yang mengajak, pasti Farhana yang memulakan langkah dahulu.

     “Argh, berduaan dengan dia boleh buat kepala pecah. Sakit jiwa!”

     “So, kau nak ikut kita orang tak? Tapi kedai mamak jelah!”

     “Tak Syu. Aku ada banyak kerja,” sahut Atiqa walaupun ketika itu dia sedang menahan rasa senak di perutnya. ‘Isy, gastric ke?’

     “Bungkus?” Belinda menawarkan bantuan.

     “No need. Aku ada roti. Nanti aku makan je roti tu. Don’t worry..”

     “Yalah. Paksa kau berkali-kali belum tentu dapat punya. Kami pergi dulu. Kalau mahu apa-apa, call je ya.”

     “Okay, boss! Take care!”




Menggagau tangan Atiqa mencari ubat gastriknya di dalam laci. Tiada. Peluh yang merenik di wajahnya tidak diendahkan. Kesakitan yang semakin mencengkam di perutnya lebih memuncak. Bersatu pula dengan rasa senggugut. Kebetulan dia baru datang bulan awal pagi tersebut. ‘Ya Allah, manalah aku letak ubat ni. Waktu macam nilah, semua benda tak ada!’

     Atiqa bangkit dari duduknya dan berlari ke tandas. Isi perutnya lantas diluah keluar. Makanan yang dimakannya pagi tadi habis keluar sehingga terasa kosong perutnya. Lemah tubuhnya sewaktu melangkah keluar. ‘Kenapalah senggugut sibuk ada time gastric ni. Selalunya tidak pula aku senggugut!’

     “Hai..” sapa Farhana dengan senyuman sinis.

     “Hai..” balas Atiqa perlahan. Dia bersandar di dinding. Menahan dirinya dari terjatuh di hadapan Farhana. Dia masih mengecam wajah gadis yang pernah datang ke pejabat semalam. “Encik Hezran dah keluar.”

     “Aku nak jumpa kau. Bukan Hez.”

     “Jumpa saya?” Berkerut kening Atiqa mendengarnya. Pelik.

     Farhana menghampiri Atiqa. Pandangan matanya memaparkan kebencian yang mendalam pada gadis itu. “Aku tak benarkan kau rampas Hez dari aku. Dia milik aku.”

     Terpinga-pinga Atiqa. Lucu benar dengan kenyataan Farhana. “SAya nak rampas Encik Hezran. Dia pandang saya pun tak sudi. Masa saya mula kerja dulu, siap bagi amaran pada saya. Marah-marah saya. Dia sendiri cakap tak suka saya sebab Dato gantikan saya di tempat awak..”

     “Tapi aku tetap tidak boleh percayakan kau. Hezran tu kacak, berharta dan bijak. Tentu kau pun tertarik pada dia. Pasti sedikit sebanyak dalam hati kau, ada hati nak menggoda dia. Betul tak?”

     “Entah. Saya tak tahu pula. Tak pernah rasa jatuh cinta macam mana. Kalau saya dah jatuh suka pada Encik Hezran, saya tak sedar pun.”

     “Aku tengok dia caring dengan kau..”

     “Isy.. baru semalam awak jumpa saya. Mana awak tahu dia caring dengan saya.” Atiqa menapak perlahan-lahan. Ingin mencari air bagi menghilangkan dahaga.

     “So, teddy bear yang diberikan dia tu? Ipod kesayangan milik Hez ada di atas meja awak.”

     “Tak tahu, tak tahu. Dia bagi. Saya ambillah. Rezeki mana boleh tolak.”

     Farhana masih tidak berpuas hati. Beberapa orang pekerja sudah masuk ke dalam pejabat. Dia mengerling jam di tangannya. Sudah jam 2.30 petang. Waktu makan tengah hari sudah tamat. “Berhenti kerja di sini..” bisiknya perlahan.

      “Siapa awak nak suruh saya berhenti?” soal Atiqa.

      “Just do it. Kalau tak..” Farhana mencapai sebiji mug di atas sebuah meja.

      “Saya tak nak. Awak nak buat apa?” Atiqa berpaling ke belakang ingin menentang Farhana. Namun, tanpa diduganya Farhana melayangkan mug tersebut ke kepalanya. Mug jatuh ke bawah dan pecah manakala dia sudah berpinar-pinar. Pandangan mula kelam dan tidak sempat berpaut di mana-mana. Dia rebah.

     “Atiqa? Farhana.. awak..” suara seseorang kedengaran sayup-sayup di telinga Atiqa. Pandangannya sudah gelap gelita.

     Farhana terus sahaja melarikan diri. Tersalah langkah. Sepatutnya tidak perlu menghentak mug tersebut di kepala Atiqa. ‘Bodohnya aku. Ridzuan pula nampak. Mati aku!’

*****

Berderau darah Hezran bila dikhabarkan bahawa Atiqa dimasukkan ke hospital. Menambahkan rasa risaunya setelah mengetahui gadis itu cedera di kepala. Tanpa sempat masuk ke dalam pejabat, dia kembali ke dalam perut keretanya dan terus memandu menuju ke hospital yang berdekatan. “Ya Allah, semoga tiada apa-apa yang berlaku pada Atiqa.”

     Hezran terus sahaja berlari masuk ke unit rawatan rapi pesakit luar. Ridzuan sedia menunggu kehadirannya di situ. “Wan, mana Atiqa? Dia okey?”

     “Entahlah. Aku tak pasti. Darah banyak keluar dari lukanya. Then, dia gastric pula tu.”

     “Dia jatuh di mana? Takkanlah terhantuk pada lantai sampai terluka?” soal Hezran seperti tidak percaya.

     “Farhana.. hentak dengan mug!”

     “What’s?” terjerit Hezran mendengarnya. “Minah tu dah gila agaknya.”

     “Yalah, gilakan kau. Dia takut Atiqa rampas kau agaknya.”

     Wajahnya diraup. “Ya Allah, kerana aku rupanya. Atiqa, maafkan aku.”

     Ridzuan menandang dengan penuh hairan tingkah Hezran. “Kau risau sangat kenapa?”

     “Macam mana aku tak risau. Kalau terjadi apa-apa, macam mana?” Laju Hezran menangkis persoalan yang dilontarkan Ridzuan. Dia duduk di sebuah kerusi. ‘Isy, kenapa aku risau sangat? Memang patut aku rasa risau, tapi tak perlulah nak melebih-lebih. Dia bukan sesiapa pun. Cuma.. kenapa perlu ada perasaan takut kehilangan dia?’

     Seorang doktor keluar. Ridzuan terus menerpa ke arah doktor tersebut. “Macam mana dengan kawan saya, doktor. Dia okey ke?” Hezran turut menghampiri.

     “Lukanya sudah dijahit. Pendarahan juga sudah berhenti. Sekarang, dia akan dibawa ke wad. Kami akan 
masukkan air dalam badannya. Lagipun dia kehilangan banyak air disebabkan muntah akibat gastric.”

      “Oh, kalau begitu tak apalah.”

      “Wan, kau uruskan kemasukkan Atiqa. Aku nak cari Farhana. Ada hutang yang perlu diselesaikan.”

     “Hez, Hez.. kau..”




Hezran menapak masuk ke dalam Queen Studio. Untung sahaja dia mendapat tahu Farhana bekerja sebagai model sambilan di situ dari Vicky yang merupakan kawan rapat Farhana. Langkahnya berjaya menarik perhatian ramai gadis di dalam studio tersebut. Masing-masing sedang sibuk menggayakan pakaian untuk dipakai sewaktu malam gala Queen Studio. Tidak terkecuali Farhana.

     “Hez, buat apa datang sini. Cari I ke?” Farhana bersuara perlahan dalam rasa takutnya. Terkejut dengan kehadiran Hezran. Tertanya-tanya dirinya dari mana lelaki itu tahu dia ada di situ.

     “Yes. I cari you. You busy ke?”

     “After 4 o’clock, I free. Kita keluar.” Wajah yang mendung bertukar ceria mendengar suara Hezran yang bersahaja dan tenang. Tidak seperti biasanya bila lelaki itu sedang marah.

     “It’s okay. Kita selesaikan di sini. I nak you jauhkan diri you dari Atiqa. Jangan ingat you boleh buat sesuka hati sebab Atiqa tu tidak melawan. Ingat, I tak nak you hampiri Atiqa walaupun 100 meter dekatnya. I nak ingatkan you juga. Kita.. you and I, tiada apa-apa hubungan lagi. You dah curang dengan I, dan I tak ambil sisa orang lain.”

     Hezran memakai cermin mata hitamnya seraya berpaling ke belakang. Mahu keluar.

     Farhana yang sedang dimekap wajahnya bingkas berdiri. “Hez, you tak boleh buat I macam ni. I cintakan you!” jeritnya tanpa mempedulikan pandangan rakan-rakan model yang lain.

     “Cinta I dah lama pudar sejak you curang dengan I. Bye!” Hezran berkata-kata tanpa berpaling. Langkahnya diatur keluar dari Queen Studio. ‘Lega rasanya dapat lepaskan segalanya pada Farhana. Atiqa, mungkinkah perasaan risau dan takut kehilangan kau ini merupakan detik permulaan aku mencintai kau..’

*****

Kelopak mata perlahan-lahan dibuka. Cahaya matahari yang menerobos masuk melalui tingkap menyilaukan pandangan Atiqa. Lantas dia menahan pandangannya menggunakan tangan. Kepala yang digerakkan tiba-tiba sahaja terasa sakit membuatkan dia mengaduh perlahan.

     “Tiqa, kau dah sedar?” Laju Hezran menghampiri katil Atiqa.

     “Encik Hezran?”

     “Ya, aku! Kau sakit kepala. Mahu aku panggilkan doktor?” Hezran sudah mahu keluar, namun langkahnya terhenti bila Atiqa memaut lengannya.

     Atiqa menggeleng kecil. “Encik jaga saya dari semalam?” soalnya. Hezran menggeleng. “Tipu. Encik pakai baju semalam.”

     “So? Kau nak cakap aku apa. Busuk?”

     “Thanks. Sebab sudi jaga saya.”

     “Kau tak ada famili ke? Semalam aku pecah masuk handphone kau. Tak ada satu pun nama ahli keluarga kau.” Hezran terus menghulurkan telefon bimbit kepada Atiqa.

     “Saya anak yatim piatu. Saya anak tunggal.”

     “Ohh. Sorry. Ermm. Kau okey tak ni? Tadi kau mengaduh sakit tu..”

     “Okey. Kenapa Farhana..”

     “Dah, dah.. aku tak nak dengar nama dia. Menyampah! Sekarang kau kena fikirkan tentang kesihatan kau. Aku risau gila semalam bila dapat tahu kau masuk hospital. Berderau darah aku ni. Tiba-tiba je aku rasa aku akan kehilangan kau.. dan.. eh, kenapa aku melalut ni..”

     Atiqa tergelak-gelak. Nakal dia mencucuk pinggang Hezran. “Encik suka saya ke?” usik Atiqa sekadar menceriakan suasana.

     “Aku nak ke kantin. Lapar. Nak pesan apa-apa tak?”

     “Tak nak.”

Hezran mencapai sesuatu dari dalam laci meja. Dia memberikannya kepada Atiqa. “Nah, kalau-kalau Wan atau budak-budak pejabat datang lawat kau nanti. Sorry, aku tengok rambut kau. Sepatutnya aku arahkan nurse tutup rambut kau awal-awal lagi. But, please.. pakai selendang ni. Aku tak suka berkong.. si..”

Selendang yang diberikan Hezran dicapai lantas menutup kepalanya yang tidak dilindungi apa-apa. Hatinya berkecamuk memikirkan satu perkara. Hezran aneh. Tidak mungkin baru dua tiga minggu mengenalinya, Hezran sudah menyimpan perasaan terhadapnya.





‘Apa yang ada dalam kepala aku hari ini? Masuk air ke apa? Tak mungkin aku terlampau fikirkan pasal Atiqa, sampai aku macam ni. Memang aku risau dia cedera. Tapi, tak adalah sampai aku boleh melalut macam tu sekali. Okey.. dulu aku dengan Farhana tak ada macam ni. Farhana tu lagilah. Pernah patah kaki. Aku tak serisau macam ni. Ya Allah.. kenapa dengan aku?’

     Air kopi yang dipesan sudah sejuk. Dia masih belum menyentuhnya lagi. Sejak dia duduk berseorangan di kantin hospital, dia sibuk memikirkan perasaannya. Dia bukan mudah jatuh cinta. Sewaktu dia bersama dengan Farhana, masih belum sampai ke tahap ingin serius bercinta.

     “Hez.. termenungkan apa tu?”

     “Kau ni Wan. Mengejutkan aku je!”

     Ridzuan tersenyum. Dia memandang kopi dan sandwich di atas meja. Belum terusik. “Alahai, Hez. Kalau dah suka, tak payah selindung, tak payah nak fikir-fikir lagi. Mengaku je. Cakap terus pada dia. Nanti melepas.”

     “Memang dah melepas. Dia dah bertunanglah!” jawapan yang meluncur keluar dari dua ulas bibir Hezran memerangkap dirinya. Nyata, dia telah memberikan jawapan pada kekusutannya. Ya, dia suka pada Durrah Atiqa.

     Tergelak-gelak Ridzuan kemudiannya. Pertama, senang hati mendengar pengakuan Hezran. Kedua, Atiqa dah bertunang. “Dia sudah bertunang. Mana ada. Kau dah kena tipu dengan dia. Cuba kau tengok jari dia. Kosong. Tak ada cincin pun. Pernah tengok dia bergayut dengan telefon. Lunch dengan orang lain. Mana ada. Kau ni..”

     “Dia tipu aku. Kenapa mesti dia nak tipu aku?”

     “Cengkerik betul kau ni, Hez. Lupa ke yang kau pernah cakap dia tu perempuan simpanan papa kau. Dia sendiri tak tahu kenapa alasan yang dia dah bertunang tu terlintas dalam kepala dia.”

     “Dia cerita semua benda kat kau ke?”

     Semakin galak Ridzuan menggelakkan Hezran. “Atiqa tu junior aku sejak sekolah menengah lagi. Aku yang perkenalkan papa kau pada dia. Dia dengan aku memang kamcing. No secret between us! Dia cerita semua benda. Tapi yang peribadi tak adalah.”

     “Bahaya betullah. Kiranya masa aku marah dia waktu malam tu..”

     “Yang mana? Depan restoran Arab tu?” Hezran tercengang. “Ada. Lagipun, aku makan dengan dia. Ala kes malam semalam pun aku tahulah. Kau nak pujuk dia sampai ajak makan malam. then dia cakap nak keluar dengan tunang dia. Padahal dia nak keluar dengan aku. Dah janji.. cuma, pasal lunch tu aku tak terbabit. Dia reka alasan je.”

     Hezran menunjal-nunjal dahinya. “So, aku macam dipermainkanlah ni?”

     “Not really. Tapi, serius kau suka Atiqa. Beb, tak sampai satu bulan korang berdua kenal tau!”

     “Entah. Aku tak tahu. Tak pasti. Mungkin kut suka dia..” Hezran mengeluarkan telefon bimbitnya pula. Sekadar mahu melarikan diri dari pertanyaan Ridzuan. Sedang dia asyik melayan permainan dalam telefon bimbitnya, Ridzuan memukul kepalanya. “Hoi..”

     “Suka, cakap suka. Tak payah nak berdolak dalik.”

     “Yalah, yalah. Nanti aku cakap pada dia.”

     “Kau nak cakap macam mana. Aku nak tau. Kau ni bukan boleh pakai sangat. Nampak macho, tapi hancur. Ada gaya kasanova, tapi haprak. Rasanya dulu masa kau dengan Farhana pun, belum tentu kau pernah cakap pada dia yang kau suka dia, yang kau cinta dia. Kan?”

      Tepat tekaan Ridzuan. Dia memang fail bahagian itu. “H.A.C.K.S!!!” Hezran memandang sebalang gula-gula H.A.C.K.S di sebuah gerai makanan.

     “Poyo.. kau nak cakap pada dia Hanya Aku CInta Kau Seorang?”

     “Hah! Apa kelas pakai ayat lapuk. Ni.. ayat baru. Sekejap. Aku mesej dia dulu.”

     “Daniel Hezran! Kau fikir Atiqa tu apa. Cakap depan-depanlah! Mesej.. apa barang?”

     “Tengok penerimaan dia dulu.”
     “Okey.. aku tunggu berita dari dia. Apa-apa hal aku cakap pada kau!”
     Spontan Hezran memuncungkan bibirnya. Geram.





“H.A.C.K.S?”
     Atiqa memandang Hezran yang duduk di sofa. Tiada reaksi dari lelaki itu. Ralit membaca surat khabar. Dia terus sahaja menekan butang reply.

What do u mean with that acronym?

     Kedengaran telefon bimbit Hezran berbunyi perlahan. Tanpa memandang Atiqa, dia membalas mesej gadis itu. Biarlah mesej yang berbicara ketika itu. Dia malu!

Hey, Aku Cinta Kaulah. Sumpah!

     Ternganga Atiqa membaca mesej tersebut. Biar betul. Lelaki ni memang serius ke?

Hahahaha.. lawak gila encik ni.

Hezran tidak membalas mesej yang baru masuk. Surat khabar yang menutup wajahnya dari dilihat Atiqa diturunkan. Langsung sahaja dia berdiri dan menghampiri Atiqa. “Tak lawak. Aku suka kau. Serius ni. Aku cintakan kau. Tak ada main-main. Buang masa dan kredit!”

“Erkk.. saya, saya..”

“Dah, tak payah nak tipu-tipu aku. Wan dah cerita semua. Kau suka aku ke tak, janji aku suka kau. Aku cinta kau. Aku nak kahwin dengan kau.”

“Tak romantiknya…”

Hezran membuntangkan matanya. Terkejut dengan pengakuan berani mati Atiqa. Tak romantik? “Kau suka aku tak?”

“Kalau romantik sikit, suka kut!”

“Nak romantik?” Laju Atiqa mengangguk. “Tunggu dah kahwin!”

“Erkk… tapi..”

“By the way, kau suka aku tak?” soal Hezran tanpa perasaan. Dia perlukan jawapan dari Atiqa supaya tidak malu sendiri.

“Sekarang, saya tak suka.”

“So, bila kau suka akan suka aku.”

“Tunggu dah kahwin!” sahut Atiqa. Dia tersengih-sengih bila menyedari sudah terlepas cakap. “Bercinta lepas kahwin, sweet!”

Jawapan Atiqa membuat Hezran tersenyum sendiri. Atiqa comel dengan gayanya. Sudah terlepas cakap baru nak beringat. “Aku beritahu papa dan mama aku dulu. Nanti bila kau dah discharge, kita bincang lagi.”

“Okey.”

“Okey je?”

“Hah.. nak cakap apa lagi?”

“Yalah, aku dah bagi tahu kau. Aku suka kau. Takkan tak ada apa-apa balasan kut?”

“Err.. err.. tunggulah bila..”

“Okey, okey, tunggu dah kahwin.”

Atiqa tergelak kecil. Lucu. Hezran pula termalu sendiri dengan sikapnya yang sememangnya tidak romantik.




Ridzuan yang mencuri dengar di luar tersenyum. ‘Atiqa, sekarang kau ada seseorang yang akan menggantikan tempat aku. Aku yakin Hezran merupakan yang terbaik untuk kau. Dia akan melindungi kau dan menyayangi kau sebagaimana aku lakukan pada kau. Tanggungjawab yang Ummi Aminah serahkan pada aku suatu ketika dahulu, aku akan lepaskan kepada Hezran.’

*****

Seminggu kemudian..

“Genap sebulan aku kerja di sini. Pejam celik, pejam celik.. dah sebulan. Sekejap gila. Macam-macam benda dah terjadi. Sampai masuk hospital! Pahit gila kenangan satu bulan aku.” Atiqa bersuara nakal sewaktu sedang minum di pantri. “Tengoklah..  dahi aku ni. Sampai berjahit!”

     Syuhada dan Belinda ketawa dengan aksi Atiqa yang tidak henti bercakap sejak tadi. Ada sahaja kisahnya sehingga mereka tidak dapat tahan ketawa.

     “Tiqa, Tiqa, kenapalah kau ni tak reti duduk diam. Sudahlah tu. Aku nak minum air ni. Asyik nak ketawa je bila dengar kau bercerita. Aduhai..” Syuhada memegang perutnya. Tergeleng-geleng dia melihat Atiqa yang menghamburkan tawa seperti orang gila. Sungguh kurang sopan!

     “Yalah. Kau ni sudah macam orang gila. Takkanlah sebab tak jumpa kami ni seminggu, dah jadi gila!”

     “Aku kan psychologist.” Atiqa mencapai sekeping roti lalu disuakan ke dalam mulutnya. Selesai mengunyah dia memandang Syuhada dan Belinda. “By the way, mana teddy bear yang aku tinggalkan dulu tu.”

     “Bos bawa masuk dalam bilik dia.”

     “Oh.”

     “Tiqa, kau suka Encik Hezran?”

     Atiqa menggeleng-geleng. “Tak. Aku tak suka dia. Dia tak romantik. Tapi.. tak kisahlah. Kalau ada jodoh dengan dia, perasaan tu boleh dipupuk. Kan?”

     “Cara kau cakap ni macam..” Belinda bermain tarik tali dengan Atiqa. Tidak mahu serkap jarang. Biar Atiqa yang memberitahu mereka berdua sendiri.

     “Dia suka aku.”

     “Serius?” Serentak Syuhada dan Belinda terjerit.

     “Kau cakap apa?”

     “Rahsia.” Atiqa bangkit dari duduknya. “TOlong basuh cawan ni. Aku nak jumpa Encik HEzran. Nak ambil balik teddy bear aku. Bye!”

     Langkah Atiqa diperhatikan. Kemudian mereka berdua berpandangan sesama sendiri. Tidak percaya dengan kata-kata Atiqa. Biar betul.





“Nak apa?” soal Hezran sewaktu Atiqa berjalan masuk ke dalam biliknya. Sempat dia memandang pada jahitan di dahi Atiqa. Langkah gadis itu yang pada mulanya menuju ke arahnya berubah. Terus sahaja Atiqa bergerak ke arah sofa yang menempatkan teddy bear pemberiannya. Tersengih lucu dirinya melihat Atiqa memeluk teddy bear tersebut seperti sedang melepaskan rindu. “Rindu pada teddy bear?”

     “Yes. Tak sempat lagi tidur dengan benda ni. Sedapnya buat peluk.”

     “Lagi sedap peluk aku.”

     “Keras.”

     “Mana ada keras. Aku ni..”

     “Nanti encik hantar teddy bear ni ke rumah saya. Malu pula saya nak bawa benda ni naik bas.”

     “Pembetulan. Teddy bear dan tuan punya teddy bear, aku hantar balik nanti.”

     “Baik sungguh Encik Daniel Hezran kita ni.”

     Hezran berhenti membuat kerjanya. Dia bangkit dan menyertai Atiqa di sofa tersebut. Dia duduk di hadapan Atiqa. “Kau ni kecil je rupanya. Kalau berdiri, paras dada aku je kan. Senang nak kena buli!”

     “Pendek paras dada baru best. Sebab.. sebab.. err, tak ada apa-apalah.” Atiqa tidak jadi meneruskan ayatnya. Malu. ‘Tiqa, kau ni gedik tidak bertempatlah.’

     “Sebab apa. Tell me!?”

     Laju Atiqa menggeleng.

     “Aku tuntut jawapan dari kau lepas kahwin nanti. Okey?”

     “Itu okey. Tak malu sangat. Sebab dah ada ikatan.”

     “Gila-gilalah kau ni Atiqa.”

     “Tak apa. Gila-gila saya ni pun, orang tu suka kita. Encik HEzran pun gila juga.”

     Spontan Hezran mencerlangkan matanya. “Kenapa saya gila pula?”

     “Yalah, cuba rewind balik. Cara Encik Hezran beritahu suka saya tu. Hey, Aku Cinta Kaulah. Sumpah! Sudahlah tak sweet, tak romantik, kasar bunyinya!”

     “Untung aku ucap dari aku tak ucap?”

     Atiqa mencebik.

     “Tiqa, sudahlah peluk teddy bear tu. Rimaslah aku tengok.”


     Kata-kata Hezran dibiarkan. Dia lebih selesa dengan teddy bear itu. Ya, dia memang gila-gila. Itu perangai semulajadinya. Mana boleh diubahkan lagi. Dia tersengih-sengih bila Hezran akhirnya beralah dan meninggalkannya di situ. Lelaki itu kembali ke meja kerjanya. ‘I love the way you treat me. I’m only me, let me be what I suppose to be. Don’t change me if you wanna love me…’