Monday, June 17

Hey, Aku Cinta Kaulah. Sumpah! H.A.C.K.S! (part 2)

Atiqa menggenggam tangannya di bawah meja. Tiba-tiba sahaja dadanya berdegup kencang sementara menanti ketibaan Dato Yusuf dan Datin Naimah. Dia takut menghadapi penerimaan Datin Naimah. Hezran yang tenang di sebelahnya dicuit. Geram benar dengan Hezran yang lebih selesa bermain permainan di dalam telefon bimbitnya dari berbual dengannya. “Encik Hezran, boleh tak kalau berhenti dari main benda tu. Tak ada faedah langsung. Muka macho, tapi main Pou. Kebudakkan!”

     “Eleh, mengada-ngada. Bukannya aku tak tahu. Kau tengah gelabah, kan?”

     “Dah tahu, masih buat tak tahu lagi ke. Cubalah encik buat saya bersemangat sikit. Ini tidak, leka sangat main Pou!”

     “Durrah Atiqa.. handphone ni kalau bagi kau makan, muat rasanya mulut tu.”

     Papp!!

     Hezran gelak melihat wajah Atiqa yang menyeringai geram. Pertama kali rasanya dia melihat gadis itu sebegitu marah. Cepat-cepat dia menyimpan telefon bimbitnya sebelum dia yang terpaksa makan telefon bimbit tersebut. “Okey, aku minta maaf. Kau tak payah gelabah sangat. Mama tu tak garang pun. Biasa-biasa je. Relaks sudah.”

     “Ya ke?”

     “Ya..”

     “Assalamualaikum..” Atiqa dan Hezran serentak mendongakkan kepala. Kelihatan Dato yusuf dan Datin Naimah berdiri di hadapan mereka berdua.

     Dengan degupan jantung yang tidak teratur, Atiqa menghampiri Datin Naimah dan bersalaman dengannya. Sempat dia mencuri pandang HEzran yang menyembunyikan senyuman.

     “Ini ke orangnya, Hez. Tak sangka.. cantik orangnya. Pandai kamu pilih!” puji Datin Naimah.

     “Thanks to papa, ma. Kalau papa tak ambil Tiqa kerja di syarikat, tentu Hez tak kenal dia.”

     Datin Naimah memandang suaminya lantas tersenyum. “Berapa lama dah kiranya kerja di sana?” soalnya kepada Atiqa.

     “Err.. baru sebulan Datin. Baru sangat..”

     “Erm..Hez, macam mana boleh jatuh cinta terlalu cepat ni?” usik Datin Naimah. Anaknya itu hanya menjungkitkan bahu. “Tak apalah, janji anak mama yang ni nak kahwin. Kalau tidak, paksa macam mana pun.. banyak alasan yang dia bagi. Tak bersedialah, tak ada calonlah.. haih, naik pening mama dengannya..”

     Dato Yusuf hanya memasang telinga mendengar perbualan isterinya dengan Atiqa. Sesekali dia melihat Hezran yang bermain permainan di dalam telefon bimbit sewaktu Atiqa asyik berbual. ‘Tak habis-habis dengan game Pou dia tu!’

     “Oh ya.. semalam, Hez ada cerita. Atiqa tak ada siapa-siapa lagi. Duduk seorang diri je ya?” Atiqa mengangguk perlahan. Sedikit tersentuh dengan soalan tersebut. Takut benar dia tidak diterima kerana dia yatim piatu. “Anggap mama ni mama Atiqa. Nak jadi menantu mama, kan.”

     “Ma, Hez lapar. Kita pesan makanan dulu.”

     “Makan je tahu. Yalah, yalah. Pergi order makanan.”

     Hezran tersengih lantas memanggil pelayan restoran. Elok dia membuat pesanan makanan, telefon bimbitnya sudah hilang dari atas meja. “Mana handphone Hez?” soalnya pada Dato Yusuf.

     “Here..”

     “Give me back.”

     “No. Kita datang sini untuk makan. Berbual. Bukannya main game.”

     Menjegil mata Hezran mendengarnya. ‘Teruk punya Atiqa. Berani dia melawan aku sekarang. Mentang-mentang kau ni aku nak jadikan isteri…’

     “So, bila nak langsungkan majlis?” Datin naimah memulakan kembali perbualan sebaik sahaja minuman mereka tiba.

     “Dalam masa terdekat,” sahut Hezran. Dia mengenyitkan matanya kepada Atiqa. Bukannya dia tidak nampak gadis itu mahu membuka mulut untuk menjawab soalan mamanya. Sengaja dia mengenakan gadis itu. ‘Padan muka. Aku kahwin dengan kau, aku buli kau nanti.’

     “Atiqa?”

     “Saya ikut je apa yang Encik Hezran mahukan. Nampak dia desperate sangat nak kahwin..”

     “What’s? aku kenakan kau, kau kenakan aku balik?”

     Datin Naimah tercengang. Dato Yusuf menepuk dahinya. Terkejut mereka mendengar panggilan nama yang digunakan Hezran dan Atiqa.

     “Apa semua ni? Atiqa panggil Hez, encik? Hez pula, kenapa bahasakan diri aku-kau dengan Atiqa. Ini semua lakonan ke?” Datin Naimah sudah mula sakit hati.

     “Ma, ini bukan seperti apa yang mama fikirkan. Kami memang nak kahwin. Hez suka dia, dia.. pun suka Hez.”

     “Habis tu?” Dato Yusuf bersuara. “Atiqa, anak saya paksa awak terima dia ke?”

     “Tak, tak ada. Saya terima dengan rela hati saya sendiri. Sebenarnya, saya menerima Encik Hezran tanpa diduga. Saya masih belum mampu untuk mengatakan saya cintakan Encik Hezran, tapi cukup kuat untuk saya katakan bahawa saya suka dengan Encik Hezran. Sedikit sebanyak, saya senang bila bersama dengan Encik hezran. Saya bukannya jenis yang sosial dan saya sendiri tidak pernah jatuh cinta. Saya tidak pasti sama ada saya memang telah jatuh cinta pada Encik hezran atau tidak. Apa yang dapat saya katakan di sini, saya menerima Encik hezran kerana saya mahu mengecapi kebahagiaan, nikmat bercinta itu dalam alam perkahwinan. Tak salah rasanya kalau kami berkahwin dahulu baru bercinta?”

     Begitu yakin Atiqa berkata-kata. Terserlah gaya seorang kaunselor yang ada dalam diri Atiqa. Dia memandang Hezran yang mendiamkan diri.

     “Hezran, kamu macam mana pula? Kamu dengan Farhana dulu tu? Sudah tiada apa-apa hubungan lagi ke?” pertanyaan Datin Naimah tidak dijangka Hezran.

     “Hez tiada apa hubungan lagi dengan Farhana, ma. Hez tidak boleh teruskan hubungan bersama Farhana. Hez sendiri tidak mempunyai keyakinan sebagaimana keyakinan yang ada pada Hez sewaktu memberitahu Atiqa, Hez mahu kahwin dengan dia.”

     “Hurmm.. kiranya sekarang ni, kamu berdua masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing?”

     Laju Hezran dan Atiqa menganggukkan kepala.

     Makanan sampai dan perbualan terhenti seketika. “Elok cepatkan perkahwinan kamu berdua. Senang nak kenal dalam-dalam.”

     “hez setuju!”

     “Tiqa?”

     “Saya okey je, Dato.”

     “Panggil saya papa je, Atiqa.”

     “hah, err.. tak biasalah.”

     “Panggil saya darling?” pinta Hezran tiba-tiba.

     Spontan Atiqa menunjukkan penumbuknya. Aksi di luar sedar. Cepat-cepat dia menyembunyikan tangannya bila menyedari dia sudah terlepas laku. ‘Ya Allah, malunya aku!’

     “I’ll make sure one day, you call me like that,” bisik Hezran di telinga membuatkan Atiqa meremang bulu romanya.

     Mati kutu Atiqa dibuatnya. Lantas dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja. Hezran tidak boleh dipercayai lagi. Dia bukan lagi Hezran yang dikenalinya sebulan yang lalu. Lelaki itu, bila bersamanya mampu berubah menjadi apa-apa sahaja. Makanan yang dipesan dihabiskan tanpa menghiraukan sesiapa lagi. Lantaklah. Dia menjadi diri sendiri. Itu sudah cukup nikmat baginya.

*****

Farhana menghentikan langkahnya di hadapan pintu masuk kelab malam. dia memandang pasangan yang datang dengannya. “Honey, excuse me for a while. I nak jumpa kawan I sekejap. She’s over there..”

     “Okey, I tunggu you di dalam. Port biasa.”

     “Yeah, don’t worry. I’ll come to you quickly.”

     Pandangannya menghantar lelaki itu masuk ke dalam kelab malam. usai itu, langkahnya terus diatur menuju ke arah seorang gadis yang sedang menunggu bas. “Tak sangka I akan jumpa you di sini. Tunggu bas, atau tunggu pelanggan?”

     “Saya memang selalu tunggu bas di sini.” Atiqa menjarakkan dirinya dari Farhana. Tidak mahu turut digelar sebagai perempuan murahan. Naik juling matanya melihat gadis tersebut yang hanya mengenakan mini skrit dan baju tanpa lengan.

     “You ni memang kurang ajar, kan? I dengar you nak kahwin dengan Hez. So, apa yang you cakap pada I dulu tu, bohonglah?”

     “Ia berlaku di luar sedar. Encik Hezran tiba-tiba mahukan saya. Seperti yang awak cakap. Dia hensem, berharta dan bijak. Siapa tidak mahu?”

     “Perempuan murahan..” omelnya.

     Atiqa tersengih lucu. “Siapa perempuan murahan sekarang ini, cik Farhana. Saya atau awak? Masa zaman jahilliyah dulu, wanita direndahkan tarafnya, pada zaman sekarang.. wanita sendiri merendahkan tarafnya.” Tangannya diselukkan ke dalam beg. Segera dia menghantar mesej kepada Hezran. Takut pula kalau terjadi apa-apa padanya ketika itu.

     “You memang tak tahu malu. Kurang ajar. Jangan ingat you dah berjaya dapatkan Hezran, you boleh rendah-rendahkan kemampuan I. apa-apa pun, I merupakan cinta pandang pertamanya. You kalah dengan I.”

     “I don’t mind. Sebab, matlamat utama saya menjadi isterinya. Bukan cinta pandang pertama. Bagi seorang lelaki, cinta pertama merupakan kenangan tetapi cinta terakhir satu matlamat. Sudah tentu cinta terakhirnya dijadikan isteri. Saya kalah dengan awak ke?”

     Farhana termangu mendengar kata-kata Atiqa. Tenang sahaja wajahnya menuturkannya. “You..”

     Bunyi deruman enjin kereta Chevrolet Captiva menghentikan bicara Farhana. Dia sangat kenal dengan bunyi tersebut. Tubuhnya dipalingkan. “Hez? What are you doing here?” sapanya sebaik sahaja Hezran keluar dari perut kereta.

     Atiqa menghampiri Hezran. “Sorry ganggu malam-malam macam ni. Saya tiba-tiba je lapar. Kita pergi makan?”

     Hezran menggangguk kecil. Pintu kereta dibukakan untuk Atiqa. Tanpa sebarang pamitan dia masuk ke dalam perut kereta. Terus sahaja dia memandu pergi keretanya meninggalkan Farhana bersama seribu satu perasaan sakit hati.

     “Hez, you kejam! You lain sangat. Kenapa you layan dia lebih baik dari I?” getus hatinya. Selama dia berkasih dengan Hezran, belum pernah lagi lelaki itu membukakan pintu keretanya dan lebih mengejutkan lagi bila Hezran memandu kereta kesayangannya. Kereta eksklusif! Dahulu, dia hanya merasa naik kereta milik syarikat bila keluar bersama dengannya.
  




Hezran memberhentikan keretanya di simpang masuk jalan ke kondominium Atiqa. Dia memandang Atiqa yang mendiamkan diri. “Makan di mana? Kat sana ada restoran..” soalnya dengan suara yang sedikit serak.

     “Sebenarnya..”

     “Kau dah makan dengan Wan tadi, kan?” Atiqa mengangguk. “So?”

     “Sewaktu Farhana datang ganggu saya di situ, saya hanya terfikirkan encik. Sebab itu saya hantar mesej pada encik. Maaflah kalau..”

     “Betul kau hanya terfikirkan aku?”

     “Ya. Encik marahkan saya ke?”

     “Aku mungkinlah nak marah kau kalau bagi alasan yang tak munasabah. Aku tengah layan mimpi dapat mesej kau. Macam orang gila drive ke sana. Lain kali, tulis kat dalam mesej tu. Tolong ambil kau. Farhana ganggu. Saya hanya terfikirkan encik datang selamatkan saya. Jadi superman saya!”

     Atiqa ketawa lucu. Pandai juga lelaki itu membuat lawak. “So, encik tak marah saya?” Hezran menggeleng. “You’ll always be my superhero. Not superman. But my superhero.”

“Nak ke mana sekarang ni?”

Jam tangan dikerling. “11.15 malam. dah lewat.. tapi, untuk menghargai kesudian encik membantu saya tadi apa kata kita pergi jalan-jalan.”

“Eh, esok kerja tau. Tak nak tidur ke. Jalan-jalan dalam mimpi je sudah!”

“Memang selalu tidur awal ke?”

“Sejak aku kenal kau!”

“Patutlah pun. Kalau tidak pasti waktu macam ni encik berkeliaran kan?”

Wajah tidak bersalah Atiqa dipandang. “Haihh.. untung kau ni istimewa di hati. Kalau tidak.. memang dah kena. Suka buat aku panas hati.”

Atiqa tersengih-sengih.

“Aku hantar kau balik atau kau nak turun di sini je,” usik Hezran membuatkan Atiqa mencebik.

“Hantar sampai bawah kondo macam biasalah.” Atiqa sudah tidak senang duduk. Gila ke nak suruh dia berjalan kaki sampai ke kondominium. Memanglah sudah dekat, tapi sepanjang perjalanan untuk ke sana memang menyeramkan. Jika dia menaiki bas, dia diturunkan di hadapan pintu pagar dan di situ ada pengawal keselamatan yang dapat menemaninya sehingga ke tingkat atas.

“Aku gurau je.” Brek tangan dilepaskan lantas keretanya bergerak perlahan menyusur jalan menuju ke kondominium Atiqa.

“Awak, thank you and..”

“And what?”

“I love you!” Cepat-cepat Atiqa keluar dari perut kereta dan terus berjalan pergi. Malu benar dengan apa yang diucapkannya. Dia sememangnya mahu mengucapkan kata keramat itu pada Hezran. Namun, dia tidak sangka bahawa dia akan mengucapkannya tanpa sedar. ‘Betul ke apa yang aku buat tadi. Di luar sedar, Atiqa. Dan.. itukah penanda bahawa aku benar-benar mencintainya…’

Terkebil-kebil Hezran ketika itu. ‘Dia panggil aku awak je. Then, dia.. oh, Atiqa. I love you too!’





Atiqa sudah tidak keruan membaca mesej yang dihantar Hezran. ‘I love you too..’ Ingin sahaja dia menyorokkan mukanya dari dilihat Hezran lagi. Dia benar-benar malu dengan tindakan berani matinya mengaku cinta pada Hezran.

     Mesej Hezran dibalas.

Kenapa tak tidur lagi. =)

     Tidak sampai beberapa saat, telefon bimbitnya berbunyi. Laju peti masuk mesej dibukanya.

You’re the reason, babe. Kalaulah Durrah Atiqa kesayangan Daniel Hezran
tidak mengucapkan I Love You tadi, sudah tentu saya sudah tidur. Bagaikan
bermimpi dengan awak tidak lagi menggelarkan saya encik. Dan terlalu menggila
rasa hati saya mendengar awak ucapkan kata keramat itu.

     Berbunga-bunga hati Atiqa membaca bait-bait ayat yang dihantar Hezran. Lelaki itu juga sudah menukar panggilan nama mereka berdua. ‘Saya-awak. Barulah sweet..’

Jangan salahkan saya kalau awak tak cukup tidur nanti. Esok nak kerja

Atiqa, saya sayangkan awak. Saya cintakan awak. Tapi saya rasa macam lebih sweet kalau saya

 cakap pada awak macam ni..

Ayat itu tergantung membuatkan Atiqa tertanya-tanya. Dia mahu tahu apa yang cuba disampaikan Hezran. Tanpa mempedulikan perasaan malu yang menyelubungi dirinya, dia membuat panggilan kepada Hezran. “Macam apa?” soalnya sebaik sahaja talian berjaya disambungkan.

“Hey, aku cinta kaulah. Sumpah!”

“Err..”

“Saya mungkin tidak sweet dan tidak romantik seperti yang awak harapkan. Tapi biarlah saya mengakui yang saya sememangnya mencintai awak. Saya mahukan awak sebagai cinta terakhir saya dengan menjadi isteri saya, ibu kepada anak-anak saya, dan anak gadis kepada mama dan papa saya. Durrah Atiqa, saya mencintai awak..”

“Awak.. saya juga mencintai awak. Saya yakin dengan apa yang saya ucapkan itu. Saya sendiri hilang punca kenapa saya boleh ucapkan kata keramat itu. Segalanya terjadi di luar sedar. Mungkin sebab.. saya sememangnya mulai mencintai awak. Entahlah.. tidak terlalu awal, dan tidak terlalu lewat rasanya. Meski perkenalan kita tidak terlalu lama..”

“Syhh.. biarlah. Rasa hati kita.. hanya kita yang tahu. Just us.. just you and I.”

Suara Hezran tiba-tiba menjadi romantis. Mendayu sahaja suaranya di telinga Atiqa. Perbualan mereka akhirnya menjadi panjang sehingga ke subuh tanpa sedar. Setelah kredit Atiqa habis, Hezran pula yang menghubunginya. Tiada lagi jurang antara mereka. Bermacam cerita menjadi topic perbualan. Ada lucu, dan ada yang sedih. Perbualan mereka hanya tamat bila kedengaran azan subuh berkumandang dan ketika itu barulah mereka sedar bahawa sudah semalaman tidak tidur.

*****
Sebulan kemudian…
Atiqa memandang Hezran yang melangkah keluar dari bilik persalinan. Tidak berkedip matanya dengan penampilan Hezran. Lain dari yang lain. “Hensemnya awak. Nampak macam lelaki melayu terakhir,” pujinya dalam gurauan. Dia menghampiri Hezran perlahan-lahan. Baju kebaya yang tersarung di tubuhnya menghalang dia membuka langkah dengan selebarnya.
    
      “Awak pun apa kurangnya. Dah macam perempuan melayu terakhir.”

     “Haishh, kamu berdua ni. Cemburu mama tengoknya. Asyik puji-puji. Hurm.. mari mama tengok kamu berdua pula.” Datin Naimah mendekatkan Atiqa dan Hezran. Dia tersenyum melihat mereka berdua. “Pasangan sejoli. Anak dan menantu mama.. masing-masing sepadan. Bagai pinang dibelah dua.”
    
  “Yang ini pakaian untuk akad nikah, kan?” soal Hezran. Datin Naimah mengangguk.

     “Ini untuk bersanding nanti..”

     “No, ma!” bangkang Hezran sebaik sahaja mamanya mengeluarkan sehelai gaun tanpa lengan dari dalam sebuah kotak. Tidak dapat dibayangkan isterinya memakai gaun sebegitu di majlis persandingan. “Atiqa harta Hez seorang. Mana boleh orang lain tengok!”

     “Cantik ma. Teringin benar Tiqa nak..”

     “You can wear this after the wedding ceremony. Only me can see this!” marah Hezran mendengar pujian Atiqa pada gaun tersebut. Datin Naiman meninggalkan mereka berdua dengan gaun tersebut di atas meja. Dia terus ke bilik belakang. “Tak perlu bersanding kalau pakai gaun ni!”

     Atiqa menepuk bahu Hezran. “Mama usik awak jelah. Baju untuk bersanding ada di bilik belakang. Saya dah cuba pun dua hari lepas.”

     “Pandai mengenakan saya sekarang ni ya,” gumam Hezran lantas menggelengkan kepalanya.

     “Saja nak test tahap cemburu awak..”

     “Ni hah bajunya..”

     “Oh.. warna hijau. Bukan Atiqa mahukan warna merah jambu?” soal hezran.

     “Cuba awak tengok perincian baju itu. Ada warna merah jambu. Mama gabungkan dua warna. Nanti kain samping, warna pink. Tanjak pun warna pink. Untuk gaun saya pula, jubah dalamnya warna hijau dan kain net di luarnya warna merah jambu. Selendang pula warna hijau dengan manik merah jambu.”

     “Mana gaun Atiqa. Hez nak tengok.”

     “Kak Hanis sedang siapkan. Masa Atiqa cuba hari itu, ada bahagian yang ketat. Mama faham benar taste Hez sekarang ni. Harta Hez untuk hez seorang. So, mama suruh kak Hanis besarkan sedikit bahagian tersebut.” Datin Naimah bersuara.


     Tergelak-gelak Atiqa mendengar omelan bakal ibu mertuanya itu.