Wednesday, June 19

The Little Things

The Little Things
“I won’t let these little things slip out of my mouth,
  but if I do,
  it’s you, oh it’s you, they add up too,
  I’m in love with you.
  And all these little things..”

*****

“Izati, tolong saya sekejap. Izati, ambil benda tu. Izati, itu ini.. sana sini.. blah, blah. Penat tau tak! Dia ingat aku ni apa. Mohon kerja kat sini semata-mata nak jadi balaci dia?” getus Izati dengan tidak semena-menanya. Dia terlalu penat pada hari itu bila Syameer, pengurus kilang tempatnya bekerja asyik menyuruhnya buat kerja tanpa henti. “Aku duduk je, dia suruh aku buat kerja. Aku rehat je, dia ajak check itulah, check inilah. Eeii, geram betul aku!”

     Gina dan Hanani juga perasan akan hal itu. Perangan Syameer lebih menjadi-jadi jika Izati sedang duduk berbual dengan Rizal, despatch kilang.

     “Macam tak ada orang lain yang boleh buat kerja tu. Rafidah yang selalu goyang kaki tu, tak ada pula dia arah-arahkan. Kami berdua ni.. ada je dekat dengan kau. Tapi tak pernah pula dia nak suruh kami buat..”

     Izati berbaring di atas sofa. Lega tubuhnya dapat dibaringkan. Terasa segala tulang belulangnya kembali lurus. “Menyesal aku minta kerja kilang!” omelnya.

     “Kau ni. Macam merendah-rendahkan pekerja kilang je.” Gina bersuara sayu. Sedikit terasa dengan omelan Izati. Dia tahu Izati mempunyai ijazah dalam jurusan perniagaan. Cuma, nasib tidak menyebelahinya. Dia gagal mendapat jawatan dalam mana-mana syarikat kerana tiada peluang pekerjaan. “Kau tu dah kerja kilang dua tahun lebih ya. Bos nak naikkan pangkat kau, tak nak. Konon nak temankan kita orang. Piiraah..”

     “Encik Syameer tu macam ada masalah sakit jiwa. Pantang nampak kau je, dia mula bising. Peliklah..”

     Kata-kata Hanani tidak diendahkan Izati. Malas ambil pusing. Dia bukannya tidak kenal dengan lelaki itu. Syameer Haziq! Lelaki itu pernah memainkan perasaannya. Entah, dia yang terlalu perasan atau Syameer yang berperasaan. Dia suka Syameer tanpa menyedari Syameer menyedarinya. Lantas satu kejadian yang tidak diingini terjadi sehinggakan mereka sah menjadi suami isteri!




*****
tapi kena tunggu dua episod gadis dan playboys. =)
full story cerita HEY, AKU CINTA KAULAH. SUMPAH!
tekan link di bawah ini..

Hey. Aku Cinta Kaulah. Sumpah! H.A.C.K.S! (FULL)

Hey, Aku Cinta Kaulah. Sumpah! H.A.C.K.S!

“Nama kau apa?”

     Hezran bersuara keras. Pandangan matanya begitu tajam menikam sepasang anak mata milik Atiqa. Sedari tadi, dia sudah mengisytiharkan ‘perang benci’ kepada gadis itu. Ya, sejak gadis itu diperkenalkan kepadanya pagi tadi. Sebab pertama, gadis itu telah mengambil tempat milik Farhana, setiausaha kesayangannya. Kedua, gadis itu merupakan orang kepercayaan ayahnya.      

     “Nama saya Durrah Atiqa. Boleh panggil saya Atiqa.” Lembut suara Atiqa menggamit hati kecil Hezran.

     “Kenapa kau minta kerja di sini? Macam mana pula kau boleh jadi orang kepercayaan Dato?”

     “Saya tak minta kerja di sini. Sebelum ni, saya kerja di Pusat Bimbingan dan Kaunseling untuk pelajar bermasalah. Dato’ pernah bertemu saya ketika saya mengikut program anjuran syarikat. Saya juga tidak tahu bagaimana saya boleh menjadi orang kepercayaan Dato’. Kalau ENcik berkeras mahu mengetahuinya juga, sila jumpa Dato, dan tanya sendiri.”

     Bagai percaya dan tidak percaya sahaja Hezran mendengar suara lembut Atiqa membalas setiap satu pertanyaannya. Sungguh lancar dia mengatur bicara sehinggakan tidak kelihatan takut dengannya. Takutkah dia dengannya?

     “Perempuan simpanan Dato?” telah Hezran namun, Atiqa hanya tersenyum. Tidak melatah.

     “Dato sayangka. isteri dan anak-anaknya. Kalaulah saya menggoda Dato, memang tak dapatlah. Lagipun, saya dah bertunanglah. Bulan depan, saya kahwin. Bakal suami saya anak Tan Sri, dia pula berpangkat Datuk muda. Dari saya ambil Dato tua, baik saya ambil Datuk muda.”

     Panas hati Hezran mendengarnya. Sungguh berani gadis itu. Dia melepaskan keluhan panjang bila telefon bimbitnya berdering. Nama Farhana terpapar di skrin telefon bimbit. “Yes, Hana. Where are you? Dato’ yang pecat you. Now you di mana?”

     Atiqa hanya memandang sekilas Hezran di hadapannya. Makin lama makin menjauhkan diri darinya sewaktu menjawab panggilan tersebut. Lelaki itu akhirnya masuk ke dalam biliknya. ‘Isy, kenapalah Dato beria-ia mahu aku ambil jawatan setiausaha ni. Aku ni kaunselor! Siapa pula mamat tu? Rupa ada iras Dato’ tapi takkanlah anak Dato. Perangai macam singa jantan!’

     Intercom di atas meja tiba-tiba sahaja berbunyi mengejutkan Atiqa. Satu butang kecil ditekan bagi menjawabnya. “Atiqa, panggilkan Hezran. Minta dia masuk ke dalam bilik saya sekarang juga. Urgent!”

     “Baik, Dato!” Atiqa mengetap bibir. ‘Matilah aku. Tadi dah naikkan angin singa jantan. Masuk dalam, mahu aku kena terkam!’

     Dia bangkit dan menghampiri pintu bilik Hezran. Sejenak dia memandang nama yang terukir cantik di muka pintu itu. ‘Daniel Hezran. CEO! Piiiraahhhh…!!’

     Tok! Tok!

     “Masuk!” jeritan Hezran melegakan hati Atiqa. Pintu dikuak kecik. Hanya kepala yang dijengah masuk ke dalam bilik tersebut. “Hah, ada apa?”

     ‘Isy, ingat mood dia okey dah. Belum lagi rupanya,’ omel Atiqa. Sedikit terkejut mendengar sergahan Hezran. Pasti tidak menyangka dia yang mengetuk pintu sebentar tadi. “Dato nak jumpa sekarang kat bilik dia. Urgent. Tu je..”

     Tupp!

     Pintu kembali rapat. Cepat Atiqa mengambil tempat duduknya dan berpura-pura sibuk di situ. Dia tidak mahu bertentang mata dengan Hezran dan menambahkan rasa meluat lelaki itu kepadanya. Kalau boleh, apa yang diucapkannya kepada Hezran tadi, ingin ditelan kembali. Lancang benar mulutnya hari itu. Derap langkah Hezran kedengaran. Dia terus menghelakan nafas bila derap langkah tersebut hilang.

     “Panjang kau hela nafas. Jumpa hantu mana tadi? Ke kau takut dengan aku?” soal Hezran. Telefon bimbit di tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia tersengih lucu bila tiba-tiba sahaja melihat pipi Atiqa kemerahan. Sah, gadis itu takut dengannya.

     “Mana ada. Saya.. nampak lipas. Dah pergi jauh.. lega..”
     Hezran ketawa berdekah-dekah sambil melangkah pergi. Atiqa hampir sahaja mahu membaling pen di tangannya ke arah Hezran namun ditahankan sahaja niatnya itu. ‘Tiqa, dia bos kau. Jaga adab!’




Dato Yusuf memandang langkah Hezran yang kelihatan biasa di pandangannya. Tiada perubahan. Pelik. Tujuan dia memanggil Hezran ke biliknya juga tiada apa yang penting. Hanya mahu melihat reaksi lelaki itu mengenai kehadiran Atiqa. Hezran terus sahaja mengambil tempat duduk di hadapan Dato Yusuf. “So, macam mana dengan setiausaha baru tu. Okey tak?”

     “Okey. Tak ada cacat mana-mana pun. Lengkap.”

     “Maksud papa, boleh ke dia buat kerja dengan Hez. Sejiwa tak?”

     “Ouh.. yang itu, kena tunggulah. Hari ini baru first day. Tak tahu lagi.”

     “Papa harap, kali ini tiada masalah. She’s good person. Please don’t bring her to any club, disco, or anywhere that’s not proper. Jangan menyusahkan dia.”

     “So, nak bawa dia jumpa client di mana? Masjid?”

     “Why not?”

     Hezran mengeluh berat. Sah, papa telah mengatur strategi untuk halang dirinya berhibur. Papa memang pandai. Pasti Atiqa dapat memanipulasinya nanti. Gadis itu seorang kaunselor! “Pa, dia tu tunangan oranglah. Nak suruh dia ikut Hez ke sana sini, buat kerja itu ini.. dia tak ada masa nak bersama dengan tunangnya. Next month, dia kahwin. Macam mana nak concentrate. Even papa nak suruh someone changes my habits, please choose someone that can concentrate to me!”

     Dato Yusuf menyimpulkan senyuman. Kelakar mendengar kata-kata anaknya. ‘Atiqa beritahu dia tunangan orang pada Hez.’

     “Papa beritahu apa sewaktu perkenalkan dia pada Hez. Dia yang terbaik dan dia merupakan orang kepercayaan papa. I know she can do it. Percayalah!”

     “Kenapa pecat Hana?”

     “Sejujurnya papa tak kisah kalau kamu bawa dia ke mana-mana pun. Nak ke neraka bersama pun tak mengapa. Itu hal kamu. Cuma, papa tak nak kamu buang masa dengan orang yang tidak mahu menghargai kamu. Baru-baru ni, papa ada meeting di Hotel Hilton. Papa nampak dia dengan seorang lelaki asing masuk ke dalam sebuah bilik. Faham-faham sendirilah, hez.. papa tidak mahu kamu kecewa..”

      Terdiam Hezran ketika itu. Tidak menyangka perbuatan Farhana dikesan papanya sendiri. Sebelum ini, rakan-rakannya pernah beritahu hal yang sama dan dia tidak mahu mempercayainya kerana terlampau menyayangi Farhana. Tiba-tiba sahaja dia teringat panggilan yang dibuat Farhana sebentar tadi. Kedengaran suara lelaki sedang berbisik dengan gadis itu. “Tengoklah macam mana, pa. Pandailah Hez uruskan Hana tu. By the way, thanks for your concern!”

     “For you, son. No doubt!”

     Hezran bangkit dari tempat duduknya. Yakin tiada apa lagi yang mahu dikatakan papanya, dia minta diri untuk keluar. ‘Papa, you always right about me!’

*****

“Damn!”

     Stereng kereta ditumbuknya sebaik sahaja pandangan matanya menangkap lenggok tubuh Farhana memasuki sebuah kelab malam terkemuka di Kuala Lumpur bersama seorang lelaki asing. Seksi benar pemakaiannya dan elok sekali lelaki asing itu memeluk dan mencium Farhana seperti tiada batasan antara mereka berdua.

     “Kau buat aku gila pada kau, dan ini yang kau balas pada aku.”

     Hezran sama sekali tida menyangka Farhana benar-benar menipunya. Selama ini dia terlalu mempercayai gadis itu dan sekarang, segala penipuan gadis itu berjaya dilihat melalui pandangan matanya sendiri.

     Dia mengeluh berat dan kasar nafasnya. Kepalanya berat memikirkan hal tersebut. Rasa sayangnya pada Farhana masih tebal. Matanya dipejam mahu menghilangkan bayangan Farhana. Ingin mencari kekuatan kembali sebelum memandu kereta pulang ke rumah.

     Tok! Tok!

     Kelopak mata dibuka. Bulat matanya melihat Atiqa yang berdiri di luar keretanya. Cermin tingkap diturunkan. “Kau buat apa di sini?”

     “Makan. Kat situ..” Atiqa meluruskan jari telunjuknya ke arah sebuah restoran makanan ala Arab di seberang jalan. “Saya ternampak encik di sini. So, saja tanya khabar. Okey ke tidak. Nampak macam encik ada masalah. Sakit kepala? Kalau sakit, saya hantarkan encik pulang. Bahaya drive dalam keadaan sakit..”

     “Kau seorang?” soal Hezran kasar. Dia memandang sekelilingnya. Tiada sesiapa yang kelihatan seperti menemani Atiqa. Kerja gila betul gadis itu berseorangan di kawasan sebegitu.

     “Yalah. Saya seorang je. Mana ada kawan nak temankan saya. I’m psychologist. Siapa yang sudi nak duduk semeja dengan orang psiko macam saya ni. Encik pun tak sudi, kan?” Sesekali Atiqa mencuri pandang ke seberang jalan. Lelaki yang sering makan malam bersamanya itu sudah masuk ke dalam kereta dan terus memandu pulang.

     “Mana kereta kau? Pergilah balik..”

     “Saya tunggu bas.. then..”

     “What’s?” Hezran menjerit terkejut. cepat di keluar dari perut keretanya. “Kau tunggu bas kat area sini buat apa. Kerja gila betullah! Masuk dalam kereta. Mari aku hantar kau balik.”

     Pejam celik mata Atiqa mendengar jerkahan Hezran. Salahkah dia menunggu bas seperti biasa. Selalunya kalau dia makan malam di restoran tersebut, pasti dia akan menunggu bas di area itu. Tiada apa-apa masalah. “Err.. saya.. du..”

     Tidak sempat Atiqa menghabiskan ayatnya, Hezran sudah menarik tangannya dan memaksa gadis itu masuk ke dalam perut kereta miliknya. Dia masuk ke tempat duduk pemandu dan terus memandu laju keretanya. “Tahu tak tempat tu bahaya. Silap hari bulan, kau kena terkam dengan buaya-buaya jantan kat sana.”

     “Saya dah biasalah area situ. Tak ada apa pun berlaku pada saya.”

     “Hisy, kalau kau ni adik aku ke, bini aku ke.. tempat macam tu dah lama aku haramkan kau jejak!”

     Gulp! Spontan Atiqa mendiamkan dirinya dan melihat ke luar tingkap. Dia akhirnya memberanikan diri memandang Hezran yang telah memperlahankan keretanya. “Encik, saya nak tanya. Tahu ke jalan menuju ke rumah saya?”

     “Rumah kau kat mana?” Intonansi suara HEzran berubah. Tidak lagi kasar.

     “Saya duduk di kondo, yang hanya satu kilometer dari tempat encik ambil saya tadi.”

     “Kau nak aku sumpah kau jadi apa? Kenapa tak beritahu awal-awal yang kau duduk di area situ je. Isy..”

     “Macam mana nak beritahu encik. Saya tak sempat cakap apa-apa, encik dah tolak saya masuk dalam kereta. Tak bagi peluang langsung pada saya nak beritahu,” gumam Atiqa. Geram kerana dipersalahkan di atas kesalahan Hezran sendiri.

     “Tak sampai 24 jam aku kenal dengan kau, benda-benda pelik berlaku. First, aku dapat tahu Hana curang dengan aku. Second, kau jadi secretary aku. Third, aku jumpa kau then bawa kau naik kereta eksklusif aku ni. Massive almighty weirdo..”

     “Poyo!”

     “Kau cakap apa tadi? Aku kurang dengar dengan jelas?”

     “Nothings. Saya sendawa je tadi. Kenyang, baru lepas makan. Maklumlah, baru dapat kerja baru kan. Hati berbunga-bunga riang.”

     Hezran mengerutkan dahi mendengar alasan Atiqa. Gadis itu nampak sopan, tapi perangainya sangatlah gila-gila. Pemanduannya dilajukan menuju ke destinasi. Ingin segera dia menghantar gadis itu pulang. Boleh jadi gila kalau berlamaan dengannya.

     “Thanks.”

     Hanya anggukkan kecil bagi membalas ucapan terima kasih Atiqa. Tanpa sebarang pamitan dia terus memandu pergi keretanya.




Longlai langkah kakinya masuk ke dalam bilik tidur. Tubuhnya benar-benar kepenatan dek terlalu sibuk memikirkan hal Farhana dan kerja yang bertimbun di pejabat. Lampu bilik dibuka. Pandangan matanya segera menangkap imej sebuah kotak di atas katil. Keinginan hatinya untuk mengetaui isi kotak tersebut melonjak-lonjak. Laju dia menghampiri katil.

     Sekeping kad kecil di atas kotak diambil.

     ‘Untuk kekasih yang disayangi. Minyak wangi kegemaran Hez. Semoga wangian ini melekat di tubuh Hez 
umpama nama Hana yang melekat di hati dan ingatan Hez. Yang Ikhlas, Hana.’

     Hezran menggelengkan kepalanya. Kata-kata manis sering sahaja meluncur keluar dari dua ulas bibir Farhana. Tidak pernah lekang. Dia tidak boleh mempercayai gadis itu lagi. Kotak yang mengandungi minyak wangi pemberian Farhana dicampak ke dalam bakul sampah. Usai itu, dia terus menapak masuk ke dalam bilik air bagi membersihkan dirinya.

     Bunyi telefon bimbit dibiarkan sahaja. Malas meninggalkan pancuran air semata-mata mahu menjawab panggilan telefon tersebut. Berkali-kali telefon bimbit berbunyi sebelum berhenti. Hezran keluar dari bilik air setengah jam kemudiannya. Tubuhnya sudah segar. Baju tidur disarung ke tubuhnya dan tanpa membuat apa-apa lagi dia terus berbaring. Mata dipejamkan lantas terlena.

*****

Dua minggu sudah Atiqa berada di syarikat milik Dato Yusuf. Serba serbi kerja yang diberikan Hezran kepadanya mampu dilakukan tanpa bimbingan sesiapa. Dia memang seorang yang cekap melakukan apa jua kerja.

     Earphone diletakkan di kedua belah telinga. Pada hari itu, terlalu banyak kerja yang perlu dilakukannya sehinggakan dia masih belum bersarapan pagi. Air Nescafe pula sudah bercawan-cawan menjadi peneman setianya.

     “I nak jumpa Hez. Dia ada?”

     Atiqa tidak menyahut. Tangannya masih lincah menaip di komputer riba dan sudah pasti dia tidak mendengar apa-apa sementelah telinganya bersumbat dengan earphone.

     “Hello… are you deaf?” Farhana menggelegak marah. Sakit hatinya bila tidak dilayan gadis bertudung itu. ‘Dato pilih kau untuk ganti aku. Gila!’

     Masih tiada reaksi dari Atiqa.

     Farhana mendengus kasar. Lantas dihampiri gadis itu. Saat dia ingin menolak kepala Atiqa, muncul Hezran dengan beberapa fail di tangannya. “Atiqa, jom ke..”

     “Hez, hai. Lama tak jumpa you. I miss you!” ucap Farhana ceria. Tergedik-gedik dia menghampiri Hezran. Tubuh lelaki itu dipeluk dan tanpa diduga Hezran, dia mencium pipi Hezran.

     “What are you doing here, Hana?” soal Hezran seraya mengela pipinya menggunakan sapu tangan. Jijik terasa bila bibir yang pernah dicium lelaki lain menciumnya pula.

     “I nak jumpa you. I rindu sangat pada you. Maklumlah, I sibuk cari kerja sana sini sampai tak ada masa nak luangkan masa dengan you.”

     “Sibuk cari kerja di kelab malam ke?” perli Hezran. Dia menghampiri meja Atiqa. Fail di tangannya diletakkan di atas meja sebelum dia menghadap Farhana. “Hana, sebelum ni I percayakan you. I tak pedulikan kata-kata kawan I. Sampaikan papa I nampak you dengan orang lain di hotel, and I saw you with someone at the night club. You nak kata apa lagi?”

     “Dia.. dia.. my client!”

     “Ohh, klien rupanya. Sampai masuk biik hotel? Pernah ke I bawa you jumpa klien sampai masuk bilik hotel. Just in the lobby right.”

      “Hez, you dah ada orang lain ke?” Terus sahaja soalan itu yang ditanyakan kepada Hezran.

      Lambat-lambat Hezran menyimpulkan senyuman. Dia menoleh ke belakang dan memandang Atiqa yang masih leka menyiapkan kerjanya.

      “Daniel Hezran! I sedang cakap dengan you. Pandang I!” jerkah Farhana. Hatinya begitu geram dengan layanan kurang mesra Hezran. Selama ini, lelaki itu begitu setia melayani setiap satu kerenahnya. Tapi kenapa tidak pada hari itu. Sudah berubahkah hatinya kepada orang lain? “She’s your girlfriend now?”

     Jari telunjuknya lurus ke arah Atiqa.

     “Yes, she is!” Hezran menjawab bersahaja dan benar-benar berharap Atiqa tidak mengendahkan kata-katanya. Biarlah gadis itu memberi kerjasama padanya untuk seketika waktu.

     “What’s? begitu mudah you lupakan I, Hez. Sampai hati you!”

     “Seperti you yang begitu mudah mencari orang lain, dan memperdagangkan tubuh you. By the way, can we stop our conversation right now? I’ve got  a work to do with Atiqa. Bye!” Hezran mencapai tangan Atiqa. Komputer riba gadis itu ditutup tanpa diduga. Beg tangan Atiqa diambil. Pasti tiada apa lagi yang perlu dibawa bersama, dia meninggalkan Farhana.

     “Eh, encik, encik.. apa ni?” jerit Atiqa. Mendongkol geram dirinya melihat Ipod kesayangan sudah jatuh ke atas lantai.

     Hezran terus sahaja mengutip Ipod tersebut di atas lantai dan menarik tangan Atiqa agar mengikutinya. “Sekarang, aku nak kau diam dan ikut saja aku. Tolong jangan banyak bunyi kalau tidak mahu dipecat!”

     “Apa salah saya?”

     “Durrah Atiqa, can you shut your mouth for a while?” tinggi nada suara Hezran membuatkan Atiqa terus mendiamkan dirinya. Sekilas dia menoleh ke belakang. Kelihatan seorang gadis memandangnya dengan riak wajah tidak berpuas hati.

     “Siapa.. dia?” Atiqa memberanikan diri bertanya kepada Hezran sebaik sahaja diarahkan masuk ke dalam perut kereta ‘eksklusif’ Hezran.

     “Farhana..”

     “Dia yang buat encik..”

     “Aku bagi penyepak, baru kau nak diam ke?” tengking Hezran. Sakit hatinya bila Atiqa seperti mahu memerlinya. Dia melajukan pemanduannya ke destinasi. Setelah lama mendiamkan diri, Hezran menoleh ke sisinya. Tersetuh hatinya melihat Atiqa yang menangis. Spontan dia memegang bahu gadis itu dan memintanya berpaling ke arahnya. “I’m so sorry..”

     Tangan Hezra ditepis perlahan. “Not your fault. I’m not crying because of that.”

     “Then, nangis sebab apa?”

     Atiqa menggelengkan kepalanya. Malas memanjangkan cerita. Radio dibuka dan ruang kereta itu bergema dengan muzik.




Telefon bimbit dicapai. Atiqa memandang nama penghantar mesej yang terpapar di skrin. Peti masuk mesej dibuka. Tersengih dia membaca mesej yang dihantar Hezran. Panjang benar mesej yang ditaip Hezran semata-mata mahu meminta maaf kepadanya. Dia menggelengkan kepalanya memikirkan gelagat lelaki itu sebaik sahaja dia tidak menghiraukan sebarang perbualan yang dimulakan Hezran. Protesnya bila ditengking. “Padan muka!”

     Telefon bimbit berdering menandakan ada panggilan masuk sewaktu Atiqa mahu meletakkan kembali telefon bimbitnya di atas meja.

     “Atiqa, marah aku ke?”

     “Buat apa saya nak marah encik.”

     “Kau jangan main tarik tali dengan aku, boleh? Kau marah aku, kan?” soal Hezran tegas.

     “Hmm.. sikit.”

     “Jom keluar. Aku belanja kau makan. Hiburkan hati kau sikit. Kasi kau maafkan aku.”

     “It’s okay. Saya tak ada apa-apa. Saya maafkan encik.”

     “Ye ke? Aku tak percaya!”

     Atiqa menggaru keningnya. Suatu kebiasaan bila sedang kebingungan. “Tunang saya ajak keluar dalam 15 minit lagi sebenarnya.” Atiqa beralasan. Kebetulan dia mahu keluar makan malam bersama seseorang. Sudah berjanji, tidak mungkin mahu dimungkiri.

     “Ohh, kalau macam tu aku belanja kau lunch esok. Okey?”

     Tak. Dia tak boleh keluar dengan Hezran. Sudah berkali-kali mereka berduaan. Dia takut ada sesuatu yang bercambah antara mereka berdua. “Tak boleh rasanya. Lunch esok, saya keluar dengan tunang saya. Memang dah janji!”

     “Kau beralasan dengan aku?”

     “Err.. eh, saya sakit perutlah. Saya.. off phone dulu ya. Assalamualaikum..”

*****

Atiqa mengerutkan dahinya bila memandang pandangan-pandangan rakan sepejabat sewaktu melangkah masuk ke dalam pejabat awal pagi itu. Aneh benar pandangan mereka semua. Kakinya berhenti melangkah. “Apa?”

     “Tak ada apa-apa, Tiqa.”

     “So, kenapa pandang saya macam ada something pelik je.”

     “Nothings!” sahut rakan-rakannya serentak.

     Langkah Atiqa laju menghampiri tempat duduknya. Terus sahaja dia duduk. Laci dibuka untuk menyimpan beg tangannya. Tubuhnya dibongkokkan sedikit mahu mengeluarkan bakul sampah dari bawah meja. “Arghhh!!”

     Tanpa diduga, Atiqa melompat dari tempat duduknya. Terkejut dengan kehadiran sesuatu di bawah mejanya. Ridzuan yang kebetulan melalui meja Atiqa langsung dipeluk gadis itu. Terpinga-pinga dia dengan hal tersebut. “Tiqa, kenapa ni?”

     “Ya Allah, Wan. Ada something kat bawah tu. Gelilah.. berbulu! Keluarkanlah dari bawah meja saya. Eeii…”

     Ridzuan memandang Atiqa yang memeluk lengannya. “By the way, lepaskanlah lengan saya.”

     “Oops, sorry!” ucap Atiqa. Malu dengan tindakan luar sedarnya. Lengan Ridzuan terus dilepaskan dan membiarkan lelaki itu memerksa bawah mejanya.

     “Serius awak takut dengan benda tu?” soal Ridzuan lantas menghamburkan tawanya.

     “Seriuslah saya geli. Entah apa-apa je bendanya tu!” marah Atiqa dengan tawa Ridzuan. ‘aku takut, dia boleh ketawa. Sepak muka tu nanti!’

     Ridzuan membongkokkan tubuhnya bagi mengeluarkan ‘benda’ yang ditakuti Atiqa. Dia menggelengkan kepalanya melihat Atiqa yang menutup mukanya dengan kedua belah tangan. “Ni hah.. its teddy bear. Not a real bear!”

     “Hah?” Buntang mata Atiqa melihat teddy bear sebesar orang diletakkan di atas mejanya. Pejam celik dia memandang teddy bear tersebut. Memang patut dia menjerit kegelian memandangkan bulu teddy bear tersebut kelihatan seperti yang sebenarnya.

     “Tu ada sampul surat. Maybe ada kad di dalamnya.. Bacalah! Saya sambung kerja dulu..”

     Sepucuk sampul surat yang terselit di tangan teddy bear diambil. Terdapat Ipod di dalamnya. Butang ‘play’ ditekan. “I’m so sorry about last day. Please forgive me..”

     Ipod dibelek-belek. Kelihatan masih baru. Namun, jemarinya berhenti dari memusing-musingkan Ipod tersebut. Dia terpandangkan tiga huruf yang terukir di belakang Ipod tersebut. ‘Hez? Encik Hezran?’

     “Besarnya teddy bear yang awak dapat ni, Atiqa. Siapa yang bagi?”

     Atiqa menoleh. Tersipu-sipu dia memandang Dato Yusuf yang sedang berdiri di belakangnya. “Err.. ada..”

     “Hez yang bagi, pa!”

     “Pa? dato Yusuf papa encik Hezran?” soal Atiqa, terkejut.

     “Yalah, papa aku.”

     “Kamu ni Tiqa. Kerja di sini sudah dua minggu, baru hari ini kamu tahu saya ni papa Hezran?”

     “Yalah, saya tak adalah sampai nak ambil tahu luar dalam pasal Encik HEzran. Siapalah saya ni.”

     Dato Yusuf hanya menggelengkan kepalanya sebelum meminta diri. Sempat dia menepuk bahu anak lelakinya itu dan tersenyum. “Jangan pernah mempermainkan perasaan orang lain.”

Kata-kata papanya tidak diendahkan. Entah apa yang cuba disampaikannya. Hezran menghampiri Atiqa. “Sorry again. Aku bagi kau hadiah. Sebagai peneman malam. Ipod tu, sebagai ganti Ipod lama kau. Takut rosak..”

“Err.. thanks. But no thanks. Ipod ni saya..”

“Ambil jelah. Aku tak pakai. Dulu aku beli time belajar. Konon nak dengar lagu bila bosan-bosan.”

“Barang eksklusif ke ni?” usik Atiqa. Nakal dia mengenyitkan matanya.

“Lebih kuranglah. Kiranya kau orang pertama yang dapat sentuh Ipod aku ni!”

“Wow..”

Hezran tergelak kecil melihat Atiqa yang begitu ralit membelek Ipod tersebut. “Kau ni comel juga. Perangai macam budak kecil. Mula-mula dulu je nampak macam tegas dan berani. Lama kelamaan, kau ni biasa je.”

“Sebab Dato ingatkan saya supaya berhati-hati dengan encik.”

“Papa memang macam tu. Risau aku tackle kau agaknya.”

“By the way, thanks.”

“Oh ya, jangan kau cakap kat tunang kau pula. Tak pasal-pasal lebam biji mata aku kena tumbuk.”

“Dia takkan tahu..”

Hezran menjungkitkan bahunya. Dia masuk ke dalam bilik kemudiannya. Masih ada kerja yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.




Waktu tengah hari menggamit Hezran untuk keluar makan bersama Atiqa. Laju dia menyiapkan kerja terakhirnya sebelum keluar menemui Atiqa. “Tiqa, jom keluar makan. Aku dah lapar.”

     “Malas. Encik keluarlah seorang.”

     “Amboi. Pandai melawan.”

     “Saya ada banyak kerja. Masa satu jam 30 minit tu, saya boleh gunakan untuk siapkan kerja saya.”

     “Jomlah..” pujuk Hezran.

     “Tak nak! Tak faham bahasa ke.”

     “Eleh, marah pula. Pandai kau menjawab sekarang ya. Tak nak sudahlah. Orang nak belanja dia, menolak rezeki!” bebel Hezran lantas beredar pergi.

     Atiqa menjelirkan lidahnya. Geram pula dengan perangai mengada-ngada Hezran itu. Dia meamandang Syuhada dan Belinda yang sibuk menelinga. “Kenapa?”

     “Kenapa tak ikut encik HEzran keluar makan?” soal Belinda. Tertanya-tanya juga dirinya dengan sikap Atiqa. Sewaktu Farhana mejadi setiausaha Hezran, hampir setiap hari Farhana akan mengikut Hezran makan tengah hari. Kalau tidak Hezran yang mengajak, pasti Farhana yang memulakan langkah dahulu.

     “Argh, berduaan dengan dia boleh buat kepala pecah. Sakit jiwa!”

     “So, kau nak ikut kita orang tak? Tapi kedai mamak jelah!”

     “Tak Syu. Aku ada banyak kerja,” sahut Atiqa walaupun ketika itu dia sedang menahan rasa senak di perutnya. ‘Isy, gastric ke?’

     “Bungkus?” Belinda menawarkan bantuan.

     “No need. Aku ada roti. Nanti aku makan je roti tu. Don’t worry..”

     “Yalah. Paksa kau berkali-kali belum tentu dapat punya. Kami pergi dulu. Kalau mahu apa-apa, call je ya.”

     “Okay, boss! Take care!”




Menggagau tangan Atiqa mencari ubat gastriknya di dalam laci. Tiada. Peluh yang merenik di wajahnya tidak diendahkan. Kesakitan yang semakin mencengkam di perutnya lebih memuncak. Bersatu pula dengan rasa senggugut. Kebetulan dia baru datang bulan awal pagi tersebut. ‘Ya Allah, manalah aku letak ubat ni. Waktu macam nilah, semua benda tak ada!’

     Atiqa bangkit dari duduknya dan berlari ke tandas. Isi perutnya lantas diluah keluar. Makanan yang dimakannya pagi tadi habis keluar sehingga terasa kosong perutnya. Lemah tubuhnya sewaktu melangkah keluar. ‘Kenapalah senggugut sibuk ada time gastric ni. Selalunya tidak pula aku senggugut!’

     “Hai..” sapa Farhana dengan senyuman sinis.

     “Hai..” balas Atiqa perlahan. Dia bersandar di dinding. Menahan dirinya dari terjatuh di hadapan Farhana. Dia masih mengecam wajah gadis yang pernah datang ke pejabat semalam. “Encik Hezran dah keluar.”

     “Aku nak jumpa kau. Bukan Hez.”

     “Jumpa saya?” Berkerut kening Atiqa mendengarnya. Pelik.

     Farhana menghampiri Atiqa. Pandangan matanya memaparkan kebencian yang mendalam pada gadis itu. “Aku tak benarkan kau rampas Hez dari aku. Dia milik aku.”

     Terpinga-pinga Atiqa. Lucu benar dengan kenyataan Farhana. “SAya nak rampas Encik Hezran. Dia pandang saya pun tak sudi. Masa saya mula kerja dulu, siap bagi amaran pada saya. Marah-marah saya. Dia sendiri cakap tak suka saya sebab Dato gantikan saya di tempat awak..”

     “Tapi aku tetap tidak boleh percayakan kau. Hezran tu kacak, berharta dan bijak. Tentu kau pun tertarik pada dia. Pasti sedikit sebanyak dalam hati kau, ada hati nak menggoda dia. Betul tak?”

     “Entah. Saya tak tahu pula. Tak pernah rasa jatuh cinta macam mana. Kalau saya dah jatuh suka pada Encik Hezran, saya tak sedar pun.”

     “Aku tengok dia caring dengan kau..”

     “Isy.. baru semalam awak jumpa saya. Mana awak tahu dia caring dengan saya.” Atiqa menapak perlahan-lahan. Ingin mencari air bagi menghilangkan dahaga.

     “So, teddy bear yang diberikan dia tu? Ipod kesayangan milik Hez ada di atas meja awak.”

     “Tak tahu, tak tahu. Dia bagi. Saya ambillah. Rezeki mana boleh tolak.”

     Farhana masih tidak berpuas hati. Beberapa orang pekerja sudah masuk ke dalam pejabat. Dia mengerling jam di tangannya. Sudah jam 2.30 petang. Waktu makan tengah hari sudah tamat. “Berhenti kerja di sini..” bisiknya perlahan.

      “Siapa awak nak suruh saya berhenti?” soal Atiqa.

      “Just do it. Kalau tak..” Farhana mencapai sebiji mug di atas sebuah meja.

      “Saya tak nak. Awak nak buat apa?” Atiqa berpaling ke belakang ingin menentang Farhana. Namun, tanpa diduganya Farhana melayangkan mug tersebut ke kepalanya. Mug jatuh ke bawah dan pecah manakala dia sudah berpinar-pinar. Pandangan mula kelam dan tidak sempat berpaut di mana-mana. Dia rebah.

     “Atiqa? Farhana.. awak..” suara seseorang kedengaran sayup-sayup di telinga Atiqa. Pandangannya sudah gelap gelita.

     Farhana terus sahaja melarikan diri. Tersalah langkah. Sepatutnya tidak perlu menghentak mug tersebut di kepala Atiqa. ‘Bodohnya aku. Ridzuan pula nampak. Mati aku!’

*****

Berderau darah Hezran bila dikhabarkan bahawa Atiqa dimasukkan ke hospital. Menambahkan rasa risaunya setelah mengetahui gadis itu cedera di kepala. Tanpa sempat masuk ke dalam pejabat, dia kembali ke dalam perut keretanya dan terus memandu menuju ke hospital yang berdekatan. “Ya Allah, semoga tiada apa-apa yang berlaku pada Atiqa.”

     Hezran terus sahaja berlari masuk ke unit rawatan rapi pesakit luar. Ridzuan sedia menunggu kehadirannya di situ. “Wan, mana Atiqa? Dia okey?”

     “Entahlah. Aku tak pasti. Darah banyak keluar dari lukanya. Then, dia gastric pula tu.”

     “Dia jatuh di mana? Takkanlah terhantuk pada lantai sampai terluka?” soal Hezran seperti tidak percaya.

     “Farhana.. hentak dengan mug!”

     “What’s?” terjerit Hezran mendengarnya. “Minah tu dah gila agaknya.”

     “Yalah, gilakan kau. Dia takut Atiqa rampas kau agaknya.”

     Wajahnya diraup. “Ya Allah, kerana aku rupanya. Atiqa, maafkan aku.”

     Ridzuan menandang dengan penuh hairan tingkah Hezran. “Kau risau sangat kenapa?”

     “Macam mana aku tak risau. Kalau terjadi apa-apa, macam mana?” Laju Hezran menangkis persoalan yang dilontarkan Ridzuan. Dia duduk di sebuah kerusi. ‘Isy, kenapa aku risau sangat? Memang patut aku rasa risau, tapi tak perlulah nak melebih-lebih. Dia bukan sesiapa pun. Cuma.. kenapa perlu ada perasaan takut kehilangan dia?’

     Seorang doktor keluar. Ridzuan terus menerpa ke arah doktor tersebut. “Macam mana dengan kawan saya, doktor. Dia okey ke?” Hezran turut menghampiri.

     “Lukanya sudah dijahit. Pendarahan juga sudah berhenti. Sekarang, dia akan dibawa ke wad. Kami akan masukkan air dalam badannya. Lagipun dia kehilangan banyak air disebabkan muntah akibat gastric.”

      “Oh, kalau begitu tak apalah.”

      “Wan, kau uruskan kemasukkan Atiqa. Aku nak cari Farhana. Ada hutang yang perlu diselesaikan.”

     “Hez, Hez.. kau..”




Hezran menapak masuk ke dalam Queen Studio. Untung sahaja dia mendapat tahu Farhana bekerja sebagai model sambilan di situ dari Vicky yang merupakan kawan rapat Farhana. Langkahnya berjaya menarik perhatian ramai gadis di dalam studio tersebut. Masing-masing sedang sibuk menggayakan pakaian untuk dipakai sewaktu malam gala Queen Studio. Tidak terkecuali Farhana.

     “Hez, buat apa datang sini. Cari I ke?” Farhana bersuara perlahan dalam rasa takutnya. Terkejut dengan kehadiran Hezran. Tertanya-tanya dirinya dari mana lelaki itu tahu dia ada di situ.

     “Yes. I cari you. You busy ke?”

     “After 4 o’clock, I free. Kita keluar.” Wajah yang mendung bertukar ceria mendengar suara Hezran yang bersahaja dan tenang. Tidak seperti biasanya bila lelaki itu sedang marah.

     “It’s okay. Kita selesaikan di sini. I nak you jauhkan diri you dari Atiqa. Jangan ingat you boleh buat sesuka hati sebab Atiqa tu tidak melawan. Ingat, I tak nak you hampiri Atiqa walaupun 100 meter dekatnya. I nak ingatkan you juga. Kita.. you and I, tiada apa-apa hubungan lagi. You dah curang dengan I, dan I tak ambil sisa orang lain.”

     Hezran memakai cermin mata hitamnya seraya berpaling ke belakang. Mahu keluar.

     Farhana yang sedang dimekap wajahnya bingkas berdiri. “Hez, you tak boleh buat I macam ni. I cintakan you!” jeritnya tanpa mempedulikan pandangan rakan-rakan model yang lain.

     “Cinta I dah lama pudar sejak you curang dengan I. Bye!” Hezran berkata-kata tanpa berpaling. Langkahnya diatur keluar dari Queen Studio. ‘Lega rasanya dapat lepaskan segalanya pada Farhana. Atiqa, mungkinkah perasaan risau dan takut kehilangan kau ini merupakan detik permulaan aku mencintai kau..’

*****

Kelopak mata perlahan-lahan dibuka. Cahaya matahari yang menerobos masuk melalui tingkap menyilaukan pandangan Atiqa. Lantas dia menahan pandangannya menggunakan tangan. Kepala yang digerakkan tiba-tiba sahaja terasa sakit membuatkan dia mengaduh perlahan.

     “Tiqa, kau dah sedar?” Laju Hezran menghampiri katil Atiqa.

     “Encik Hezran?”

     “Ya, aku! Kau sakit kepala. Mahu aku panggilkan doktor?” Hezran sudah mahu keluar, namun langkahnya terhenti bila Atiqa memaut lengannya.

     Atiqa menggeleng kecil. “Encik jaga saya dari semalam?” soalnya. Hezran menggeleng. “Tipu. Encik pakai baju semalam.”

     “So? Kau nak cakap aku apa. Busuk?”

     “Thanks. Sebab sudi jaga saya.”

     “Kau tak ada famili ke? Semalam aku pecah masuk handphone kau. Tak ada satu pun nama ahli keluarga kau.” Hezran terus menghulurkan telefon bimbit kepada Atiqa.

     “Saya anak yatim piatu. Saya anak tunggal.”

     “Ohh. Sorry. Ermm. Kau okey tak ni? Tadi kau mengaduh sakit tu..”

     “Okey. Kenapa Farhana..”

     “Dah, dah.. aku tak nak dengar nama dia. Menyampah! Sekarang kau kena fikirkan tentang kesihatan kau. Aku risau gila semalam bila dapat tahu kau masuk hospital. Berderau darah aku ni. Tiba-tiba je aku rasa aku akan kehilangan kau.. dan.. eh, kenapa aku melalut ni..”

     Atiqa tergelak-gelak. Nakal dia mencucuk pinggang Hezran. “Encik suka saya ke?” usik Atiqa sekadar menceriakan suasana.

     “Aku nak ke kantin. Lapar. Nak pesan apa-apa tak?”

     “Tak nak.”

Hezran mencapai sesuatu dari dalam laci meja. Dia memberikannya kepada Atiqa. “Nah, kalau-kalau Wan atau budak-budak pejabat datang lawat kau nanti. Sorry, aku tengok rambut kau. Sepatutnya aku arahkan nurse tutup rambut kau awal-awal lagi. But, please.. pakai selendang ni. Aku tak suka berkong.. si..”

Selendang yang diberikan Hezran dicapai lantas menutup kepalanya yang tidak dilindungi apa-apa. Hatinya berkecamuk memikirkan satu perkara. Hezran aneh. Tidak mungkin baru dua tiga minggu mengenalinya, Hezran sudah menyimpan perasaan terhadapnya.




‘Apa yang ada dalam kepala aku hari ini? Masuk air ke apa? Tak mungkin aku terlampau fikirkan pasal Atiqa, sampai aku macam ni. Memang aku risau dia cedera. Tapi, tak adalah sampai aku boleh melalut macam tu sekali. Okey.. dulu aku dengan Farhana tak ada macam ni. Farhana tu lagilah. Pernah patah kaki. Aku tak serisau macam ni. Ya Allah.. kenapa dengan aku?’

     Air kopi yang dipesan sudah sejuk. Dia masih belum menyentuhnya lagi. Sejak dia duduk berseorangan di kantin hospital, dia sibuk memikirkan perasaannya. Dia bukan mudah jatuh cinta. Sewaktu dia bersama dengan Farhana, masih belum sampai ke tahap ingin serius bercinta.

     “Hez.. termenungkan apa tu?”

     “Kau ni Wan. Mengejutkan aku je!”

     Ridzuan tersenyum. Dia memandang kopi dan sandwich di atas meja. Belum terusik. “Alahai, Hez. Kalau dah suka, tak payah selindung, tak payah nak fikir-fikir lagi. Mengaku je. Cakap terus pada dia. Nanti melepas.”

     “Memang dah melepas. Dia dah bertunanglah!” jawapan yang meluncur keluar dari dua ulas bibir Hezran memerangkap dirinya. Nyata, dia telah memberikan jawapan pada kekusutannya. Ya, dia suka pada Durrah Atiqa.

     Tergelak-gelak Ridzuan kemudiannya. Pertama, senang hati mendengar pengakuan Hezran. Kedua, Atiqa dah bertunang. “Dia sudah bertunang. Mana ada. Kau dah kena tipu dengan dia. Cuba kau tengok jari dia. Kosong. Tak ada cincin pun. Pernah tengok dia bergayut dengan telefon. Lunch dengan orang lain. Mana ada. Kau ni..”

     “Dia tipu aku. Kenapa mesti dia nak tipu aku?”

     “Cengkerik betul kau ni, Hez. Lupa ke yang kau pernah cakap dia tu perempuan simpanan papa kau. Dia sendiri tak tahu kenapa alasan yang dia dah bertunang tu terlintas dalam kepala dia.”

     “Dia cerita semua benda kat kau ke?”

     Semakin galak Ridzuan menggelakkan Hezran. “Atiqa tu junior aku sejak sekolah menengah lagi. Aku yang perkenalkan papa kau pada dia. Dia dengan aku memang kamcing. No secret between us! Dia cerita semua benda. Tapi yang peribadi tak adalah.”

     “Bahaya betullah. Kiranya masa aku marah dia waktu malam tu..”

     “Yang mana? Depan restoran Arab tu?” Hezran tercengang. “Ada. Lagipun, aku makan dengan dia. Ala kes malam semalam pun aku tahulah. Kau nak pujuk dia sampai ajak makan malam. then dia cakap nak keluar dengan tunang dia. Padahal dia nak keluar dengan aku. Dah janji.. cuma, pasal lunch tu aku tak terbabit. Dia reka alasan je.”

     Hezran menunjal-nunjal dahinya. “So, aku macam dipermainkanlah ni?”

     “Not really. Tapi, serius kau suka Atiqa. Beb, tak sampai satu bulan korang berdua kenal tau!”

     “Entah. Aku tak tahu. Tak pasti. Mungkin kut suka dia..” Hezran mengeluarkan telefon bimbitnya pula. Sekadar mahu melarikan diri dari pertanyaan Ridzuan. Sedang dia asyik melayan permainan dalam telefon bimbitnya, Ridzuan memukul kepalanya. “Hoi..”

     “Suka, cakap suka. Tak payah nak berdolak dalik.”

     “Yalah, yalah. Nanti aku cakap pada dia.”

     “Kau nak cakap macam mana. Aku nak tau. Kau ni bukan boleh pakai sangat. Nampak macho, tapi hancur. Ada gaya kasanova, tapi haprak. Rasanya dulu masa kau dengan Farhana pun, belum tentu kau pernah cakap pada dia yang kau suka dia, yang kau cinta dia. Kan?”

      Tepat tekaan Ridzuan. Dia memang fail bahagian itu. “H.A.C.K.S!!!” Hezran memandang sebalang gula-gula H.A.C.K.S di sebuah gerai makanan.

     “Poyo.. kau nak cakap pada dia Hanya Aku CInta Kau Seorang?”

     “Hah! Apa kelas pakai ayat lapuk. Ni.. ayat baru. Sekejap. Aku mesej dia dulu.”

     “Daniel Hezran! Kau fikir Atiqa tu apa. Cakap depan-depanlah! Mesej.. apa barang?”

     “Tengok penerimaan dia dulu.”

     “Okey.. aku tunggu berita dari dia. Apa-apa hal aku cakap pada kau!”

     Spontan Hezran memuncungkan bibirnya. Geram.




“H.A.C.K.S?”
     Atiqa memandang Hezran yang duduk di sofa. Tiada reaksi dari lelaki itu. Ralit membaca surat khabar. Dia terus sahaja menekan butang reply.

What do u mean with that acronym?

     Kedengaran telefon bimbit Hezran berbunyi perlahan. Tanpa memandang Atiqa, dia membalas mesej gadis itu. Biarlah mesej yang berbicara ketika itu. Dia malu!

Hey, Aku Cinta Kaulah. Sumpah!

     Ternganga Atiqa membaca mesej tersebut. Biar betul. Lelaki ni memang serius ke?

Hahahaha.. lawak gila encik ni.

Hezran tidak membalas mesej yang baru masuk. Surat khabar yang menutup wajahnya dari dilihat Atiqa diturunkan. Langsung sahaja dia berdiri dan menghampiri Atiqa. “Tak lawak. Aku suka kau. Serius ni. Aku cintakan kau. Tak ada main-main. Buang masa dan kredit!”

“Erkk.. saya, saya..”

“Dah, tak payah nak tipu-tipu aku. Wan dah cerita semua. Kau suka aku ke tak, janji aku suka kau. Aku cinta kau. Aku nak kahwin dengan kau.”

“Tak romantiknya…”

Hezran membuntangkan matanya. Terkejut dengan pengakuan berani mati Atiqa. Tak romantik? “Kau suka aku tak?”

“Kalau romantik sikit, suka kut!”

“Nak romantik?” Laju Atiqa mengangguk. “Tunggu dah kahwin!”

“Erkk… tapi..”

“By the way, kau suka aku tak?” soal Hezran tanpa perasaan. Dia perlukan jawapan dari Atiqa supaya tidak malu sendiri.

“Sekarang, saya tak suka.”

“So, bila kau suka akan suka aku.”

“Tunggu dah kahwin!” sahut Atiqa. Dia tersengih-sengih bila menyedari sudah terlepas cakap. “Bercinta lepas kahwin, sweet!”

Jawapan Atiqa membuat Hezran tersenyum sendiri. Atiqa comel dengan gayanya. Sudah terlepas cakap baru nak beringat. “Aku beritahu papa dan mama aku dulu. Nanti bila kau dah discharge, kita bincang lagi.”

“Okey.”

“Okey je?”

“Hah.. nak cakap apa lagi?”

“Yalah, aku dah bagi tahu kau. Aku suka kau. Takkan tak ada apa-apa balasan kut?”

“Err.. err.. tunggulah bila..”

“Okey, okey, tunggu dah kahwin.”

Atiqa tergelak kecil. Lucu. Hezran pula termalu sendiri dengan sikapnya yang sememangnya tidak romantik.



Ridzuan yang mencuri dengar di luar tersenyum. ‘Atiqa, sekarang kau ada seseorang yang akan menggantikan tempat aku. Aku yakin Hezran merupakan yang terbaik untuk kau. Dia akan melindungi kau dan menyayangi kau sebagaimana aku lakukan pada kau. Tanggungjawab yang Ummi Aminah serahkan pada aku suatu ketika dahulu, aku akan lepaskan kepada Hezran.’

*****

Seminggu kemudian..

“Genap sebulan aku kerja di sini. Pejam celik, pejam celik.. dah sebulan. Sekejap gila. Macam-macam benda dah terjadi. Sampai masuk hospital! Pahit gila kenangan satu bulan aku.” Atiqa bersuara nakal sewaktu sedang minum di pantri. “Tengoklah..  dahi aku ni. Sampai berjahit!”

     Syuhada dan Belinda ketawa dengan aksi Atiqa yang tidak henti bercakap sejak tadi. Ada sahaja kisahnya sehingga mereka tidak dapat tahan ketawa.

     “Tiqa, Tiqa, kenapalah kau ni tak reti duduk diam. Sudahlah tu. Aku nak minum air ni. Asyik nak ketawa je bila dengar kau bercerita. Aduhai..” Syuhada memegang perutnya. Tergeleng-geleng dia melihat Atiqa yang menghamburkan tawa seperti orang gila. Sungguh kurang sopan!

     “Yalah. Kau ni sudah macam orang gila. Takkanlah sebab tak jumpa kami ni seminggu, dah jadi gila!”

     “Aku kan psychologist.” Atiqa mencapai sekeping roti lalu disuakan ke dalam mulutnya. Selesai mengunyah dia memandang Syuhada dan Belinda. “By the way, mana teddy bear yang aku tinggalkan dulu tu.”

     “Bos bawa masuk dalam bilik dia.”

     “Oh.”

     “Tiqa, kau suka Encik Hezran?”

     Atiqa menggeleng-geleng. “Tak. Aku tak suka dia. Dia tak romantik. Tapi.. tak kisahlah. Kalau ada jodoh dengan dia, perasaan tu boleh dipupuk. Kan?”

     “Cara kau cakap ni macam..” Belinda bermain tarik tali dengan Atiqa. Tidak mahu serkap jarang. Biar Atiqa yang memberitahu mereka berdua sendiri.

     “Dia suka aku.”

     “Serius?” Serentak Syuhada dan Belinda terjerit.

     “Kau cakap apa?”

     “Rahsia.” Atiqa bangkit dari duduknya. “TOlong basuh cawan ni. Aku nak jumpa Encik HEzran. Nak ambil balik teddy bear aku. Bye!”

     Langkah Atiqa diperhatikan. Kemudian mereka berdua berpandangan sesama sendiri. Tidak percaya dengan kata-kata Atiqa. Biar betul.




“Nak apa?” soal Hezran sewaktu Atiqa berjalan masuk ke dalam biliknya. Sempat dia memandang pada jahitan di dahi Atiqa. Langkah gadis itu yang pada mulanya menuju ke arahnya berubah. Terus sahaja Atiqa bergerak ke arah sofa yang menempatkan teddy bear pemberiannya. Tersengih lucu dirinya melihat Atiqa memeluk teddy bear tersebut seperti sedang melepaskan rindu. “Rindu pada teddy bear?”

     “Yes. Tak sempat lagi tidur dengan benda ni. Sedapnya buat peluk.”

     “Lagi sedap peluk aku.”

     “Keras.”

     “Mana ada keras. Aku ni..”

     “Nanti encik hantar teddy bear ni ke rumah saya. Malu pula saya nak bawa benda ni naik bas.”

     “Pembetulan. Teddy bear dan tuan punya teddy bear, aku hantar balik nanti.”

     “Baik sungguh Encik Daniel Hezran kita ni.”

     Hezran berhenti membuat kerjanya. Dia bangkit dan menyertai Atiqa di sofa tersebut. Dia duduk di hadapan Atiqa. “Kau ni kecil je rupanya. Kalau berdiri, paras dada aku je kan. Senang nak kena buli!”

     “Pendek paras dada baru best. Sebab.. sebab.. err, tak ada apa-apalah.” Atiqa tidak jadi meneruskan ayatnya. Malu. ‘Tiqa, kau ni gedik tidak bertempatlah.’

     “Sebab apa. Tell me!?”

     Laju Atiqa menggeleng.

     “Aku tuntut jawapan dari kau lepas kahwin nanti. Okey?”

     “Itu okey. Tak malu sangat. Sebab dah ada ikatan.”

     “Gila-gilalah kau ni Atiqa.”

     “Tak apa. Gila-gila saya ni pun, orang tu suka kita. Encik HEzran pun gila juga.”

     Spontan Hezran mencerlangkan matanya. “Kenapa saya gila pula?”

     “Yalah, cuba rewind balik. Cara Encik Hezran beritahu suka saya tu. Hey, Aku Cinta Kaulah. Sumpah! Sudahlah tak sweet, tak romantik, kasar bunyinya!”

     “Untung aku ucap dari aku tak ucap?”

     Atiqa mencebik.

     “Tiqa, sudahlah peluk teddy bear tu. Rimaslah aku tengok.”

     Kata-kata Hezran dibiarkan. Dia lebih selesa dengan teddy bear itu. Ya, dia memang gila-gila. Itu perangai semulajadinya. Mana boleh diubahkan lagi. Dia tersengih-sengih bila Hezran akhirnya beralah dan meninggalkannya di situ. Lelaki itu kembali ke meja kerjanya. ‘I love the way you treat me. I’m only me, let me be what I suppose to be. Don’t change me if you wanna love me…’



   
Atiqa menggenggam tangannya di bawah meja. Tiba-tiba sahaja dadanya berdegup kencang sementara menanti ketibaan Dato Yusuf dan Datin Naimah. Dia takut menghadapi penerimaan Datin Naimah. Hezran yang tenang di sebelahnya dicuit. Geram benar dengan Hezran yang lebih selesa bermain permainan di dalam telefon bimbitnya dari berbual dengannya. “Encik Hezran, boleh tak kalau berhenti dari main benda tu. Tak ada faedah langsung. Muka macho, tapi main Pou. Kebudakkan!”

     “Eleh, mengada-ngada. Bukannya aku tak tahu. Kau tengah gelabah, kan?”

     “Dah tahu, masih buat tak tahu lagi ke. Cubalah encik buat saya bersemangat sikit. Ini tidak, leka sangat main Pou!”

     “Durrah Atiqa.. handphone ni kalau bagi kau makan, muat rasanya mulut tu.”

     Papp!!

     Hezran gelak melihat wajah Atiqa yang menyeringai geram. Pertama kali rasanya dia melihat gadis itu sebegitu marah. Cepat-cepat dia menyimpan telefon bimbitnya sebelum dia yang terpaksa makan telefon bimbit tersebut. “Okey, aku minta maaf. Kau tak payah gelabah sangat. Mama tu tak garang pun. Biasa-biasa je. Relaks sudah.”

     “Ya ke?”

     “Ya..”

     “Assalamualaikum..” Atiqa dan Hezran serentak mendongakkan kepala. Kelihatan Dato yusuf dan Datin Naimah berdiri di hadapan mereka berdua.

     Dengan degupan jantung yang tidak teratur, Atiqa menghampiri Datin Naimah dan bersalaman dengannya. Sempat dia mencuri pandang HEzran yang menyembunyikan senyuman.

     “Ini ke orangnya, Hez. Tak sangka.. cantik orangnya. Pandai kamu pilih!” puji Datin Naimah.

     “Thanks to papa, ma. Kalau papa tak ambil Tiqa kerja di syarikat, tentu Hez tak kenal dia.”

     Datin Naimah memandang suaminya lantas tersenyum. “Berapa lama dah kiranya kerja di sana?” soalnya kepada Atiqa.

     “Err.. baru sebulan Datin. Baru sangat..”

     “Erm..Hez, macam mana boleh jatuh cinta terlalu cepat ni?” usik Datin Naimah. Anaknya itu hanya menjungkitkan bahu. “Tak apalah, janji anak mama yang ni nak kahwin. Kalau tidak, paksa macam mana pun.. banyak alasan yang dia bagi. Tak bersedialah, tak ada calonlah.. haih, naik pening mama dengannya..”

     Dato Yusuf hanya memasang telinga mendengar perbualan isterinya dengan Atiqa. Sesekali dia melihat Hezran yang bermain permainan di dalam telefon bimbit sewaktu Atiqa asyik berbual. ‘Tak habis-habis dengan game Pou dia tu!’

     “Oh ya.. semalam, Hez ada cerita. Atiqa tak ada siapa-siapa lagi. Duduk seorang diri je ya?” Atiqa mengangguk perlahan. Sedikit tersentuh dengan soalan tersebut. Takut benar dia tidak diterima kerana dia yatim piatu. “Anggap mama ni mama Atiqa. Nak jadi menantu mama, kan.”

     “Ma, Hez lapar. Kita pesan makanan dulu.”

     “Makan je tahu. Yalah, yalah. Pergi order makanan.”

     Hezran tersengih lantas memanggil pelayan restoran. Elok dia membuat pesanan makanan, telefon bimbitnya sudah hilang dari atas meja. “Mana handphone Hez?” soalnya pada Dato Yusuf.

     “Here..”

     “Give me back.”

     “No. Kita datang sini untuk makan. Berbual. Bukannya main game.”

     Menjegil mata Hezran mendengarnya. ‘Teruk punya Atiqa. Berani dia melawan aku sekarang. Mentang-mentang kau ni aku nak jadikan isteri…’

     “So, bila nak langsungkan majlis?” Datin naimah memulakan kembali perbualan sebaik sahaja minuman mereka tiba.

     “Dalam masa terdekat,” sahut Hezran. Dia mengenyitkan matanya kepada Atiqa. Bukannya dia tidak nampak gadis itu mahu membuka mulut untuk menjawab soalan mamanya. Sengaja dia mengenakan gadis itu. ‘Padan muka. Aku kahwin dengan kau, aku buli kau nanti.’

     “Atiqa?”

     “Saya ikut je apa yang Encik Hezran mahukan. Nampak dia desperate sangat nak kahwin..”

     “What’s? aku kenakan kau, kau kenakan aku balik?”

     Datin Naimah tercengang. Dato Yusuf menepuk dahinya. Terkejut mereka mendengar panggilan nama yang digunakan Hezran dan Atiqa.

     “Apa semua ni? Atiqa panggil Hez, encik? Hez pula, kenapa bahasakan diri aku-kau dengan Atiqa. Ini semua lakonan ke?” Datin Naimah sudah mula sakit hati.

     “Ma, ini bukan seperti apa yang mama fikirkan. Kami memang nak kahwin. Hez suka dia, dia.. pun suka Hez.”

     “Habis tu?” Dato Yusuf bersuara. “Atiqa, anak saya paksa awak terima dia ke?”

     “Tak, tak ada. Saya terima dengan rela hati saya sendiri. Sebenarnya, saya menerima Encik Hezran tanpa diduga. Saya masih belum mampu untuk mengatakan saya cintakan Encik Hezran, tapi cukup kuat untuk saya katakan bahawa saya suka dengan Encik Hezran. Sedikit sebanyak, saya senang bila bersama dengan Encik hezran. Saya bukannya jenis yang sosial dan saya sendiri tidak pernah jatuh cinta. Saya tidak pasti sama ada saya memang telah jatuh cinta pada Encik hezran atau tidak. Apa yang dapat saya katakan di sini, saya menerima Encik hezran kerana saya mahu mengecapi kebahagiaan, nikmat bercinta itu dalam alam perkahwinan. Tak salah rasanya kalau kami berkahwin dahulu baru bercinta?”

     Begitu yakin Atiqa berkata-kata. Terserlah gaya seorang kaunselor yang ada dalam diri Atiqa. Dia memandang Hezran yang mendiamkan diri.

     “Hezran, kamu macam mana pula? Kamu dengan Farhana dulu tu? Sudah tiada apa-apa hubungan lagi ke?” pertanyaan Datin Naimah tidak dijangka Hezran.

     “Hez tiada apa hubungan lagi dengan Farhana, ma. Hez tidak boleh teruskan hubungan bersama Farhana. Hez sendiri tidak mempunyai keyakinan sebagaimana keyakinan yang ada pada Hez sewaktu memberitahu Atiqa, Hez mahu kahwin dengan dia.”

     “Hurmm.. kiranya sekarang ni, kamu berdua masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing?”

     Laju Hezran dan Atiqa menganggukkan kepala.

     Makanan sampai dan perbualan terhenti seketika. “Elok cepatkan perkahwinan kamu berdua. Senang nak kenal dalam-dalam.”

     “hez setuju!”

     “Tiqa?”

     “Saya okey je, Dato.”

     “Panggil saya papa je, Atiqa.”

     “hah, err.. tak biasalah.”

     “Panggil saya darling?” pinta Hezran tiba-tiba.

     Spontan Atiqa menunjukkan penumbuknya. Aksi di luar sedar. Cepat-cepat dia menyembunyikan tangannya bila menyedari dia sudah terlepas laku. ‘Ya Allah, malunya aku!’

     “I’ll make sure one day, you call me like that,” bisik Hezran di telinga membuatkan Atiqa meremang bulu romanya.

     Mati kutu Atiqa dibuatnya. Lantas dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja. Hezran tidak boleh dipercayai lagi. Dia bukan lagi Hezran yang dikenalinya sebulan yang lalu. Lelaki itu, bila bersamanya mampu berubah menjadi apa-apa sahaja. Makanan yang dipesan dihabiskan tanpa menghiraukan sesiapa lagi. Lantaklah. Dia menjadi diri sendiri. Itu sudah cukup nikmat baginya.

*****


Farhana menghentikan langkahnya di hadapan pintu masuk kelab malam. dia memandang pasangan yang datang dengannya. “Honey, excuse me for a while. I nak jumpa kawan I sekejap. She’s over there..”

     “Okey, I tunggu you di dalam. Port biasa.”

     “Yeah, don’t worry. I’ll come to you quickly.”

     Pandangannya menghantar lelaki itu masuk ke dalam kelab malam. usai itu, langkahnya terus diatur menuju ke arah seorang gadis yang sedang menunggu bas. “Tak sangka I akan jumpa you di sini. Tunggu bas, atau tunggu pelanggan?”

     “Saya memang selalu tunggu bas di sini.” Atiqa menjarakkan dirinya dari Farhana. Tidak mahu turut digelar sebagai perempuan murahan. Naik juling matanya melihat gadis tersebut yang hanya mengenakan mini skrit dan baju tanpa lengan.

     “You ni memang kurang ajar, kan? I dengar you nak kahwin dengan Hez. So, apa yang you cakap pada I dulu tu, bohonglah?”

     “Ia berlaku di luar sedar. Encik Hezran tiba-tiba mahukan saya. Seperti yang awak cakap. Dia hensem, berharta dan bijak. Siapa tidak mahu?”

     “Perempuan murahan..” omelnya.

     Atiqa tersengih lucu. “Siapa perempuan murahan sekarang ini, cik Farhana. Saya atau awak? Masa zaman jahilliyah dulu, wanita direndahkan tarafnya, pada zaman sekarang.. wanita sendiri merendahkan tarafnya.” Tangannya diselukkan ke dalam beg. Segera dia menghantar mesej kepada Hezran. Takut pula kalau terjadi apa-apa padanya ketika itu.

     “You memang tak tahu malu. Kurang ajar. Jangan ingat you dah berjaya dapatkan Hezran, you boleh rendah-rendahkan kemampuan I. apa-apa pun, I merupakan cinta pandang pertamanya. You kalah dengan I.”

     “I don’t mind. Sebab, matlamat utama saya menjadi isterinya. Bukan cinta pandang pertama. Bagi seorang lelaki, cinta pertama merupakan kenangan tetapi cinta terakhir satu matlamat. Sudah tentu cinta terakhirnya dijadikan isteri. Saya kalah dengan awak ke?”

     Farhana termangu mendengar kata-kata Atiqa. Tenang sahaja wajahnya menuturkannya. “You..”

     Bunyi deruman enjin kereta Chevrolet Captiva menghentikan bicara Farhana. Dia sangat kenal dengan bunyi tersebut. Tubuhnya dipalingkan. “Hez? What are you doing here?” sapanya sebaik sahaja Hezran keluar dari perut kereta.

     Atiqa menghampiri Hezran. “Sorry ganggu malam-malam macam ni. Saya tiba-tiba je lapar. Kita pergi makan?”

     Hezran menggangguk kecil. Pintu kereta dibukakan untuk Atiqa. Tanpa sebarang pamitan dia masuk ke dalam perut kereta. Terus sahaja dia memandu pergi keretanya meninggalkan Farhana bersama seribu satu perasaan sakit hati.

     “Hez, you kejam! You lain sangat. Kenapa you layan dia lebih baik dari I?” getus hatinya. Selama dia berkasih dengan Hezran, belum pernah lagi lelaki itu membukakan pintu keretanya dan lebih mengejutkan lagi bila Hezran memandu kereta kesayangannya. Kereta eksklusif! Dahulu, dia hanya merasa naik kereta milik syarikat bila keluar bersama dengannya.



  
Hezran memberhentikan keretanya di simpang masuk jalan ke kondominium Atiqa. Dia memandang Atiqa yang mendiamkan diri. “Makan di mana? Kat sana ada restoran..” soalnya dengan suara yang sedikit serak.

     “Sebenarnya..”

     “Kau dah makan dengan Wan tadi, kan?” Atiqa mengangguk. “So?”

     “Sewaktu Farhana datang ganggu saya di situ, saya hanya terfikirkan encik. Sebab itu saya hantar mesej pada encik. Maaflah kalau..”

     “Betul kau hanya terfikirkan aku?”

     “Ya. Encik marahkan saya ke?”

     “Aku mungkinlah nak marah kau kalau bagi alasan yang tak munasabah. Aku tengah layan mimpi dapat mesej kau. Macam orang gila drive ke sana. Lain kali, tulis kat dalam mesej tu. Tolong ambil kau. Farhana ganggu. Saya hanya terfikirkan encik datang selamatkan saya. Jadi superman saya!”

     Atiqa ketawa lucu. Pandai juga lelaki itu membuat lawak. “So, encik tak marah saya?” Hezran menggeleng. “You’ll always be my superhero. Not superman. But my superhero.”

“Nak ke mana sekarang ni?”

Jam tangan dikerling. “11.15 malam. dah lewat.. tapi, untuk menghargai kesudian encik membantu saya tadi apa kata kita pergi jalan-jalan.”

“Eh, esok kerja tau. Tak nak tidur ke. Jalan-jalan dalam mimpi je sudah!”

“Memang selalu tidur awal ke?”

“Sejak aku kenal kau!”

“Patutlah pun. Kalau tidak pasti waktu macam ni encik berkeliaran kan?”

Wajah tidak bersalah Atiqa dipandang. “Haihh.. untung kau ni istimewa di hati. Kalau tidak.. memang dah kena. Suka buat aku panas hati.”

Atiqa tersengih-sengih.

“Aku hantar kau balik atau kau nak turun di sini je,” usik Hezran membuatkan Atiqa mencebik.

“Hantar sampai bawah kondo macam biasalah.” Atiqa sudah tidak senang duduk. Gila ke nak suruh dia berjalan kaki sampai ke kondominium. Memanglah sudah dekat, tapi sepanjang perjalanan untuk ke sana memang menyeramkan. Jika dia menaiki bas, dia diturunkan di hadapan pintu pagar dan di situ ada pengawal keselamatan yang dapat menemaninya sehingga ke tingkat atas.

“Aku gurau je.” Brek tangan dilepaskan lantas keretanya bergerak perlahan menyusur jalan menuju ke kondominium Atiqa.

“Awak, thank you and..”

“And what?”

“I love you!” Cepat-cepat Atiqa keluar dari perut kereta dan terus berjalan pergi. Malu benar dengan apa yang diucapkannya. Dia sememangnya mahu mengucapkan kata keramat itu pada Hezran. Namun, dia tidak sangka bahawa dia akan mengucapkannya tanpa sedar. ‘Betul ke apa yang aku buat tadi. Di luar sedar, Atiqa. Dan.. itukah penanda bahawa aku benar-benar mencintainya…’

Terkebil-kebil Hezran ketika itu. ‘Dia panggil aku awak je. Then, dia.. oh, Atiqa. I love you too!’





Atiqa sudah tidak keruan membaca mesej yang dihantar Hezran. ‘I love you too..’ Ingin sahaja dia menyorokkan mukanya dari dilihat Hezran lagi. Dia benar-benar malu dengan tindakan berani matinya mengaku cinta pada Hezran.

     Mesej Hezran dibalas.

Kenapa tak tidur lagi. =)

     Tidak sampar beberapa saat, telefon bimbitnya berbunyi. Laju peti masuk mesej dibukanya.

You’re the reason, babe. Kalaulah Durrah Atiqa kesayangan Daniel Hezran
tidak mengucapkan I Love You tadi, sudah tentu saya sudah tidur. Bagaikan
bermimpi dengan awak tidak lagi menggelarkan saya encik. Dan terlalu menggila
rasa hati saya mendengar awak ucapkan kata keramat itu.

     Berbunga-bunga hati Atiqa membaca bait-bait ayat yang dihantar Hezran. Lelaki itu juga sudah menukar panggilan nama mereka berdua. ‘Saya-awak. Barulah sweet..’

Jangan salahkan saya kalau awak tak cukup tidur nanti. Esok nak kerja

Atiqa, saya sayangkan awak. Saya cintakan awak. Tapi saya rasa macam lebih sweet kalau saya cakap pada awak macam ni..

Ayat itu tergantung membuatkan Atiqa tertanya-tanya. Dia mahu tahu apa yang cuba disampaikan Hezran. Tanpa mempedulikan perasaan malu yang menyelubungi dirinya, dia membuat panggilan kepada Hezran. “Macam apa?” soalnya sebaik sahaja talian berjaya disambungkan.

“Hey, aku cinta kaulah. Sumpah!”

“Err..”

“Saya mungkin tidak sweet dan tidak romantik seperti yang awak harapkan. Tapi biarlah saya mengakui yang saya sememangnya mencintai awak. Saya mahukan awak sebagai cinta terakhir saya dengan menjadi isteri saya, ibu kepada anak-anak saya, dan anak gadis kepada mama dan papa saya. Durrah Atiqa, saya mencintai awak..”

“Awak.. saya juga mencintai awak. Saya yakin dengan apa yang saya ucapkan itu. Saya sendiri hilang punca kenapa saya boleh ucapkan kata keramat itu. Segalanya terjadi di luar sedar. Mungkin sebab.. saya sememangnya mulai mencintai awak. Entahlah.. tidak terlalu awal, dan tidak terlalu lewat rasanya. Meski perkenalan kita tidak terlalu lama..”

“Syhh.. biarlah. Rasa hati kita.. hanya kita yang tahu. Just us.. just you and I.”

Suara Hezran tiba-tiba menjadi romantis. Mendayu sahaja suaranya di telinga Atiqa. Perbualan mereka akhirnya menjadi panjang sehingga ke subuh tanpa sedar. Setelah kredit Atiqa habis, Hezran pula yang menghubunginya. Tiada lagi jurang antara mereka. Bermacam cerita menjadi topic perbualan. Ada lucu, dan ada yang sedih. Perbualan mereka hanya tamat bila kedengaran azan subuh berkumandang dan ketika itu barulah mereka sedar bahawa sudah semalaman tidak tidur.

*****

Sebulan kemudian…

Atiqa memandang Hezran yang melangkah keluar dari bilik persalinan. Tidak berkedip matanya dengan penampilan Hezran. Lain dari yang lain. “Hensemnya awak. Nampak macam lelaki melayu terakhir,” pujinya dalam gurauan. Dia menghampiri Hezran perlahan-lahan. Baju kebaya yang tersarung di tubuhnya menghalang dia membuka langkah dengan selebarnya.

     “Awak pun apa kurangnya. Dah macam perempuan melayu terakhir.”

     “Haishh, kamu berdua ni. Cemburu mama tengoknya. Asyik puji-puji. Hurm.. mari mama tengok kamu berdua pula.” Datin Naimah mendekatkan Atiqa dan Hezran. Dia tersenyum melihat mereka berdua. “Pasangan sejoli. Anak dan menantu mama.. masing-masing sepadan. Bagai pinang dibelah dua.”

     “Yang ini pakaian untuk akad nikah, kan?” soal Hezran. Datin Naimah mengangguk.

     “Ini untuk bersanding nanti..”

     “No, ma!” bangkang Hezran sebaik sahaja mamanya mengeluarkan sehelai gaun tanpa lengan dari dalam sebuah kotak. Tidak dapat dibayangkan isterinya memakai gaun sebegitu di majlis persandingan. “Atiqa harta Hez seorang. Mana boleh orang lain tengok!”

     “Cantik ma. Teringin benar Tiqa nak..”

     “You can wear this after the wedding ceremony. Only me can see this!” marah Hezran mendengar pujian Atiqa pada gaun tersebut. Datin Naiman meninggalkan mereka berdua dengan gaun tersebut di atas meja. Dia terus ke bilik belakang. “Tak perlu bersanding kalau pakai gaun ni!”

     Atiqa menepuk bahu Hezran. “Mama usik awak jelah. Baju untuk bersanding ada di bilik belakang. Saya dah cuba pun dua hari lepas.”

     “Pandai mengenakan saya sekarang ni ya,” gumam Hezran lantas menggelengkan kepalanya.

     “Saja nak test tahap cemburu awak..”

     “Ni hah bajunya..”

     “Oh.. warna hijau. Bukan Atiqa mahukan warna merah jambu?” soal hezran.

     “Cuba awak tengok perincian baju itu. Ada warna merah jambu. Mama gabungkan dua warna. Nanti kain samping, warna pink. Tanjak pun warna pink. Untuk gaun saya pula, jubah dalamnya warna hijau dan kain net di luarnya warna merah jambu. Selendang pula warna hijau dengan manik merah jambu.”

     “Mana gaun Atiqa. Hez nak tengok.”

     “Kak Hanis sedang siapkan. Masa Atiqa cuba hari itu, ada bahagian yang ketat. Mama faham benar taste Hez sekarang ni. Harta Hez untuk hez seorang. So, mama suruh kak Hanis besarkan sedikit bahagian tersebut.” Datin Naimah bersuara.

     Tergelak-gelak Atiqa mendengar omelan bakal ibu mertuanya itu.





Panjang leher Atiqa memandang Hezran di ruang rehat. Dia memalingkan wajahnya ke arah Ridzuan pula. Di tangan lelaki itu terdapat segulung tali. “Nak buat apa tu, Wan?” soalnya ingin tahu. Ridzuan hanya tersengih. Atiqa mengekori langkahnya dan menyertai beberapa orang pekerja di ruang rehat tersebut. Berdebar-debar dengan tindakan Hezran.

     Belinda mencuit bahu Atiqa. “Bos nak buat apa tu?”

     “Entah. Aku pun tak pasti.”

     Banner yang dipegang Hezran sudah siap digantung dengan bantan Ridzuan dan beberapa orang pekerja lelaki. Hezran berdiri di sebelah Atiqa dan membiarkan Ridzuan meneruskannya. “Okey.. ini untuk semua pekerja-pekerja syarikat.”

     Seutas tali yang mengikat banner tersebut ditarik. Atiqa tergamam dan tidak mampu berkata-kata melihat isi dalam banner tersebut. Kad kahwin sudah dicetak dan dilekatkan di atas banner tersebut. Paling mengejutkannya bila kad kahwin tersebut begitu eksklusif. Khas untuk pekerja-pekerja syarikat. Seperti sebuah puzzle yang dibuat dari kad-kad kahwin. Gambarnya dengan Hezran kelihatan begitu tersusun. Pasti ini semua idea Ridzuan! “Wan..”

     “Not me. Its him. awak yang komplen dia tak romantik.”

     Atiqa memandang Hezran. “Thanks. Saya betul-betul terkejut dengan kejutan ini..”

     Belinda dan Syuhada sudah bercekak pinggang memandang Atiqa. “So, selama ini kau memang ada hubungan dengan Encik hezran?”

     “Jangan marah Atiqa. Ia di luar sedar.”

     “Pandai kamu berdua sembunyikan hal ini, ya. By the way, congratulations!!!”

     “Thanks, Bel, Syu.”

     “Ohh, ambil kad tersebut. Setiap orang ambil satu.” Hezran memandang wajah Atiqa yang malu-malu. Kelihatan lain dari kebiasaan. Tiada lagi riak nakalnya menjawab dan memangkah bicaranya. “Kenapa diam je?”

     “I’m speechless. Even this is not so unreal you.. but, I can consider it as romantic. The puzzle.. with the cards.. impressing. I’m surprise!”

     “Baru sikit. Lepas kahwin nanti, perlahan-lahan saya tunjuk keromantikkan saya..”

     “Encik Hezran, Encik Hezran.. sabar ya. Ada lagi.. dua minggu?” Syuhada membeliakkan matanya seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Lagi dua minggu nak kahwin baru rahsia bocor. “Sampai hati tak beritahu kami..”

     “Kan saya sudah beritahu tadi. Apa yang terjadi antara kami berlaku di luar sedar. Kami tidak merancang untuk jatuh cinta. Segalanya terlalu rumit untuk diterangkan sebab antara kami.. hanya kami yang tahu..” ujar Hezran mewakili Atiqa. Dia tahu gadis itu pasti tiada jawapan yang paling kukuh untuk diberikan kepada kawan-kawannya. Atiqa baru mencintainya, dan pasti dia malu untuk mengakuinya.

     “Woww, meriah. Sangat meriah!” Suasana di dalam ruang rehat tersebut bertukar sunyi dan sepi. Masing-masing memandang ke satu arah. Kelihatan Farhana sedang berdiri di muka pintu dengan wajah yang tidak berpuas hati. Farhana sepertinya tidak berpuas hati dengan apa yang telah dilihatnya. Kemesraan Hezran dan Atiqa membuatkan dirinya dilanda api cemburu yang kuat. Sangat menyakitkan hati dan perasaannya.

     “You buat apa di sini, Farhana?”

     “Melihat sepasang kekasih sedang bergembira di atas kedukaan orang lain.”

     “You berduka? Mana kekasih gelap you yang lain? You tak fikirkan I yang berduka suatu ketika dahulu sewaktu you bersama dengan orang lain?” balas Hezran bersahaja.

     Pudar sedikit wajah Farhana mendengarnya. Lelaki itu tampak lebih tenang dari dulu. Tidak mudah melatah. Malah, lelaki itu mudah mematahkan setiap kata-katanya dengan tenang. Tanpa meninggikan suaranya.

     “Hez.. you dah terlalu banyak berubah sejak jumpa perempuan ni..”

     “Yes, I admit it. Dia terlalu hebat sampai I boleh berubah dengan sekelip mata. Maybe sebab you sendiri menyedarkan betapa I bodoh kerana terlalu mempercayai diri you dulu.” Hezran memintas percakapan Farhana. Jelas seklai dia tidak mampu mendengar sebarang kata-kata nista dari mulut Farhana yang ditujukan pada Atiqa. “Oh yeah, you pun dijemput ke majlis perkahwinan kami.”

     Atiqa mencuit lengan Hezran. Tidak faham dengan tindakan lelaki itu. Perlu ke menjemput Farhana. Bukannya Atiqa cemburu. Tetapi, dia rasa tidak sepatutnya dia menjemput bekas kekasih ke majlis perkahwinan mereka. “Jangan sakitkan hati orang yang tersakiti..” pesan Atiqa perlahan.

“Ada apa-apa lagi ke?” soal Hezran. Para pekerja yang lain telah beransur keluar dari ruang rehat. Memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dan berbual. “I sayangkan Atiqa, dan I tidak mungkin akan berpatah kembali.”

“No, you love me. You tipu diri sendiri je. Katakan pada I, yang you cinta I. Dia hanya penghalang untuk you cintakan I. betul tak?”

Sebuah keluhan dilepaskan. Farhana jelas sekali tidak mahu memahami apa yang cuba disampaikannya. Dia memandang Atiqa, meminta bantuan darinya.

“Awak..”

“Ini perbincangan antara Hez dengan I. you tak payah masuk campur. You sedar yang sekarang ni, you punca I dengan Hez berpisah. Sedar sikit ya.”

“Watch your mouth, Farhana. I cintakan dia dan I yang mahu kahwin dengan dia. Jangan menuduh dia bukan-bukan. I sudah tawar hati dengan you sejak I nampak you masuk ke dalam kelab malam dengan seoang lelaki. Hati I mulai sangsi dengan kejujuran you bila papa sendiri nampak you keluar masuk bilik hotel dengan lelaki lain. Sekarang, sepenuh hati I, tiada satu kepercayaan I letakkan untuk you. I’m not trusting you anymore.”

Farhana tergamam. Hezran benar-benar mempertahankan Atiqa. Langsung tidak memberikan peluang untuk dirinya memburukkan gadis itu. “Hez.. I’m so..”

“You just can’t live with one man. Farhana, maafkan I. I sayangkan hubungan yang bakal dijalinkan dengan Atiqa dalam ikatan perkahwinan. I harap, you takkan cuba untuk memusnahkannya. Pergi dari hidup I. mulakan hidup you dan tolong jangan cari I lagi..”

“Hez.. I tak pernah menyangka you.. begitu cepat berubah.” Farhana tidak dapat menahan air matanya yang bertakung dari jatuh. Akhirnya, dia mengalirkan air mata di hadapan lelaki itu. Buat pertama kalinya, dia merasa begitu menyesal kerana curang. ‘Hez, aku cintakan kau..’

Atiqa serba salah. Tanpa memikirkan penerimaan Farhana, dia menghampiri dan terus memeluknya. “Maafkan saya, Farhana. Maafkan saya. Kalaulah saya tidak hadir dalam hidup Hezran, pasti awak bahagia dengan dirinya sekarang. Jangan begini, jangan menangis hanya kerana seorang lelaki. Awak cantik dan awak berkerjaya. Mesti ramai lagi lelaki yang menyukai dan mencintai awak dengan ikhlasnya. Jodoh Hezran adalah saya, bukan kerana kami mahukannya. Tapi inilah takdir dan jodoh yang telah ditetapkan tuhan untuk kami berdua..”

Pelukan Atiqa yang hampi terlerai dikemaskan Farhana. Atiqa benar-benar terkejut bila gadis itu membalas pelukannya. Teresak-esak Farhana menangis di bahunya. “Atiqa.. you terlalu baik. Memang patut Hez jatuh cinta pada you. Baru I sedar, orang macam I ni hanya layak menjadi kekasih, bukan seorang isteri.. I…”

“Jangan membazirkan air mata kerana seorang lelaki. Saya tahu awak seorang yang baik. Mungkin dunia membutakan awak dengan keindahan tetapi tidak semua keindahan yang awak kejar mampu mengecapi kebahagiaan. Hezran bakal mengahwini saya. Andai awak masih mencintai dia, dan dia juga mencintai awak.. saya tiada halangan untuk..”

“No, no.. Atiqa.. you berhak mendapatkan Hezran. Dia lelaki yang baik. You gadis yang baik. Kamu berdua memang patut bersama. Kehadiran I antara kamu berdua, tidak akan dapat mengubah apa-apa..”

Belum sempat Hezran mahu menghalang Atiqa menghabiskan ayatnya, Farhana terlebih dahulu bersuara. “Farhana.. I minta maaf..”

“I yang patut minta maaf dari you. I dah lukakan hati you dalam diam selama ini. I tak sedar yang you cuba untuk membiarkan tetapi, kehadiran Atiqa membuatkan you sedar yang you tidak boleh lagi bersama dengan I. maafkan I. sepatutnya I tidak datang sini..” Farhana tidak meghabiskan ayatnya. Pelukan sudah lama terlerai. Tanpa sempat dihalang Hezran mahupun Atiqa, Farhana melangkah keluar dari situ bersama air mata yang masih mengalir. ‘Hez, aku cintakan kau. Sangat mencintai kau. Aku bodoh kerana nafsu mengejar kemewahan. Aku curang kerana mahu popular di samping orang kenamaan yang dapat memberikan aku ganjaran lumayan. Maafkan aku, Hez. Maafkan aku, Hez..’

Atiqa berpaling dan memandang Hezran yang terdiam. “Belum terlambat kalau awak nak..”

“Hey,” panggil Hezran kasar. Dia membalas pandangan Atiqa dengan pandangan tajam. Terkedu Atiqa sejenak. “Aku cinta kaulah. Sumpah! Tak ada orang lain..”

“Daniel Hezran, jangan menakutkan saya boleh tak?” Atiqa mencekak pinggangnya. Geram rasanya dipermainkan lelaki itu.


Hezran tersenyum bila Atiqa menyembunyikan wajahnya kerana malu diusiknya. Dia benar-benar sudah tidak sabar menanti hari untuk bersatu dengan Atiqa. ‘Durrah Atiqa, hanya awak yang saya cinta. Selamanya…’