Wednesday, December 25

Mr. Silent Guy, love you! FULL ENTRY


‘Permudahkanlah segala urusan aku pada hari ini. Semoga apa yang akan aku lalui pada hari ini merupakan titik permulaan untuk aku dengan dia. Biarlah apa orang nak kata tentang aku nanti, yang pasti aku jujur pada diri. Aku tak boleh nak tunggu lagi.. ini sahaja caranya untuk aku puaskan hati sendiri. Aatia, you can do it!’

     “Assalamualaikum, hai.. buat apa?”

     Semangat yang berkobar-kobar tadi, hilang begitu sahaja. Aatia berpeluh tiba-tiba. Suara lelaki itu kedengaran begitu dekat dengannya. Aroma wangian yang dipakai lelaki itu dirasakan begitu menusuk hidungnya. ‘Arrghh, ini semua kerja gila. Aku tak boleh buat!’

     “Waalaikumsalam.” Hanya salam yang dapat dijawabnya. Pertanyaan lelaki itu dibiarkan sahaja.

     “Awak buat apa tadi? Saya tengok awak berdiri lama. Selalunya terus masuk ke dalam. Ermm.. tunggu saya bukakan pintu untuk awak?” Sempat dia mengusik Aatia. Pintu kafe dibukakan dan dia mengalukan Aatia masuk ke dalam kafenya itu.

     “Selalunya? Awak selalu tengok saya?” soal Aatia. Tiba-tiba sahaja dia merasa begitu gembira. Lelaki itu melihatnya setiap hari. Pagi, tengah hari dan lewat petang. Tiga kali sehari. Lima belas kali seminggu. ‘Oh my God! Sukanya aku!’

     “Perempuan comel macam awak, siapa yang tak suka tengok. Awak suka curi-curi tengok saya, kan? Saya perasan.”

     Gulp! Aatia sudah mahu pengsan. Kelakuannya dapat dihidu lelaki itu. Adakah perasaannya turut diketahui. Aatia mengetuk-ngetuk dahinya. Malu dengan kelakuan di luar sedarnya sehingga dapat dikesan lelaki itu.

     “Nama awak? Saya Khairi Muslim. Awak boleh panggil saya Abang Khai. Rasanya saya tua dari awak beberapa tahun.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya buat pertama kali sepanjang dua tahun mengenali Aatia yang suka makan di kafenya.

     “Sa.. ya.. Aatia. Aii.. Aiin.. Aiin Aatia..”

     “Ain Aatia?”

     Aatia mengangguk laju namun menggeleng kemudiannya. “Aiin. Double ‘i’. bunyi lebih kepada Aiyin.”

     “Cute names. Macam orangnya juga!” puji Khairi. “Duduklah. Nak makan apa? Macam biasa?”

     “Biasa? Abang Khai tahu apa yang saya selalu makan?”

     “Tahu.” Khairi senyum mesra. Begitu ramah melayan Aatia.

     Aatia tidak keruan. Senyuman lelaki itu benar-benar membuatkan darahnya mengalir laju dan tidak sekata. Dadanya berombak kencang membuatkan nafasnya terputus-putus. ‘Mimpikah daku?’

     “Tunggu sekejap ya. Abang siapkan makanan untuk Aatia.”

     ‘Boleh pengsan tak?’ Aatia benar-benar sudah gila. Khairi membahasakan dirinya sebagai abang dan itu sahaja telah membuatkan dia mahu pengsan. Lelaki itu memang cukup ciri-ciri lelaki idamannya. Tinggi, tegap, kacak, berkerjaya dan.. romantik.

     Tepat jam 9 pagi, kelihatan pelanggan lain masuk ke dalam kafe. Kebiasaannya memang begitu. Seawal jam 9 pagi, kafe milik Khairi akan dipenuhi dengan pekerja-pekerja syarikat yang berdekatan untuk menikmati sarapan. Termasuk Aatia. Cuma, dia akan tiba lebih awal supaya dapat bertemu dan dilayan oleh Khairi sendiri.

     Aatia bangkit setelah habis menjamah makanannya. Dia menuju ke kaunter bayaran. Ketika itu, Khairi tidak kelihatan di mana-mana. “Berapa dik?”

     “Errm.. abang Khai cakap untuk akak, free. Dia belanja akak hari ini.”

     “Isy, buat lawak pula. Berapa.. macam biasa, kan?” Aatia menyelongkar beg duitnya.

     “Tak, tak macam biasa. Sebab, hari ini free. Akak tak perlu bayar. Free.”

     Budak lelaki yang memakai tag nama Naim dipandang. “Awak ni serius ke? Nanti bos awak marah.”

     “Tak, betul. Saya tak tipu. Abang Khai cakap, untuk akak pakai skirt pink, baju biru dan tudung pink tu.. free of charges. Serius! Sumpah!” Naim mengangkat tangan kanannya di paras dada. Dia senyum.

     “Okeylah. Lain kali jangan main sumpah. Sampaikan ucapan terima kasih pada bos, ya?”

     Naim mengangguk.




“Aiin Aatia!!!”

     Tercampak pen yang dipegang Aatia sebaik sahaja mendengar suara Tan Sri Fadhil menjerit. Dia membetulkan duduknya dan mendongak memandang Pengarah Urusan syarikat itu. Terkebil-kebil dirinya bila Tan Sri Fadhil menggeleng sambil melepaskan tawa. “Isy..”

     “Mesyuarat ditangguhkan. Kelihatannya, ada ahli lembaga yang sibuk berangan!” gumam Tan Sri Fadhil dan disambut dengan gelak tawa.

     “Papa!” getus Aatia. Geram diusik papanya.

     “Tia kenapa? Dari awal sampailah habis mesyuarat, termenung je. Berangankan apa? Nak kahwin?”

     “Kahwin tu.. macam jauh lagi. Bercinta kut!” sahut Aatia bersahaja. Dia tersengih-sengih. “Papa tak kisahkan bakal menantu papa tu kerja apa. Asalkan dia ada kerja.”

     Tan Sri Fadhil memandang wajah anaknya. Terkejut dengan pertanyaan Aatia. Pertama kalinya dia mendengar anak gadisnya sebegitu serius bertanya. “Kenapa? Bakal suami anak papa ni, kerja apa? Mekanik?”

     Laju Aatia menggelengkan kepalanya. “Dia buka kafe.”

     “Ooh.. Khairi Muslim?” telah papanya membuatkan Aatia terlopong. “Kamu tahu tentang dia? Kisah silam dia?”

     “Tentang apa? Tia tak tahu apa-apa tentang dia. Dua tahun Tia skodeng, tapi.. tak dapat apa-apa. Dia pendiam.”

     “Dua tahun?” Aatia mengangguk. “Tak dapat apa-apa?” Sekali lagi Aatia mengangguk. “Anak papa ni, memang tak ada skil nak menghendap.”

     “Tia mengaku. Baru pagi tadi, Tia tahu nama dia. Khairi Muslim. Tua beberapa tahun dari Tia.”

     “Dia sebaya abang long kamu!” Tan Sri Fadhil menantikan reaksi dari Aatia.

     “35 tahun? Itu bukan beberapa tahun, itu 10 tahun!”

     “Dia pernah berkahwin.” Aatia mengeluh panjang. Kecewa bunyinya. “Papa sebut pernah. Bukan dah!”

     “Samalah konsepnya. Dia suami orang.”

     “Tia, Tia.. dia duda. Isteri dia, meninggal. Kemalangan.”

     “Wow, ada can nak pikat.”

     Tan Sri Fadhil menepuk-nepuk bahu Aatia. “Budak mentah macam kamu? Dia pandang ke? Papa ada dengar sebelum ni dia pernah menolak seorang perempuan berusia 29 tahun. Seorang perempuan yang sangat berkerjaya dan mempunyai segalanya.”

     “Kenapa?”

     “Sebab perempuan tu tak dapat terima anak dia.”

     “Abang Khai sudah ada anak?”

     “Anak perempuan. 4 tahun. Namanya.. Qalisya.”

      “Mesti comel. Tapi.. Tia betul-betul suka abang Khai!”

     “Papa tak akan halang anak papa. Kamu rasa dia yang dapat bahagiakan kamu, pergilah dapatkan dia. Tunaikanlah impian kamu. Papa tak kisah.”

     Cuppp! Satu kucupan singgah di pipi papanya. “Thanks pa! I love you!” ucapnya. Dia memang manja dengan Tan Sri Fadhil serta kedua abangnya. Abang longnya, Rafiq amat melindunginya dan sentiasa menjaga dirinya walau di mana sahaja berada. Abang ngahnya pula, Irham sentiasa menghabiskan masa bersamanya daripada kekasih. Mereka berdua sanggup melakukan apa sahaja demi membahagiakan Aatia.

*****

Khairi berlari mengejar Qalisya yang sudah jauh meninggalkannya. Terkedek-kedek anaknya cuba menjauhkan diri agar tidak dapat ditangkap Khairi. Ketawa yang keluar dari bibir kecil anaknya mengundang kepuasan hati Khairi di hujung minggu. Berbaloi dia membawa Qalisya bercuti di pantai. Sekurangnya, dapat merelakskan diri dan menghabiskan masa bersama Qalisya.

     “Baba tak dapat kejar Isya. Yeay! Yeay!”

     “Kalau baba dapat tangkap Isya.. baba gigit pipi Isya!” usiknya membuatkan Qalisya semakin laju berlari. Sesekali dia terjatuh di atas pasir pantai dan kembali berdiri. Dia lari walaupun lututnya sakit. Khairi hanya tergelak melihat anaknya jatuh terduduk. Laju dia mendapatkan Qalisya. “Baba dapat tangkap Isya.. Isya kalah..”

     Kedengaran perlahan Qalisya bersuara. penat barangkali. “Mari baba tengok lutut Isya. Asyik jatuh je.”

     “Isya nak mandi! Jom mandi!” jerit Qalisya gembira melihat ombak yang mengenai kakinya. bajunya sudah basah. “Baba, mandi. Jom mandi.”

     Khairi membiarkan sahaja Qalisya bermain air di tepi pantai itu. Dia tidak perlu risaukan anaknya. Qalisya tidak akan main jauh dari situ. Namun, dia tetap memerhati anaknya agar keselamatannya terjamin. Sesekali dia terjerit kecil bila Qalisya merenjiskan air laut kepadanya. “Isya, hati-hati. Nanti ada ketam gigit kaki..”

     “BBQ!” sahut Qalisya sambil melompat-lompat. Rambut kerinting paras bahunya kelihatan beralun dan mata bundar Qalisya kelihatan bercahaya. Begitu gembira Qalisya sepanjang hari itu. “BBQ, BBQ! Ketam BBQ!”

     “Isya nak makan BBQ ke?”

     “Nak!”

     “Isya mandi. Malam nanti, baba bawa Isya makan BBQ.”

     “Yeay.. yeay..” Qalisya benar-benar seronok bermain air. Tidak putus-putus jeritan kecilnya.

     Khairi diam memerhati anaknya bermain. Wajah Qalisya mirip Medina, arwah isterinya. Begitu mirip. Malah, rambut kerinting dan bibir kecil Qalisya begitu iras Medina. ‘Dina, kalau Dina masih hidup. Tentu Dina dapat lihat betapa Isya gembira dapat bermain air. Perangainya begitu mirip Dina. Segalanya.. begitu mirip Dina..’

     “Eh.. adik, nak ke mana tu?” jeritan seseorang mengganggu lamunan Khairi. Dia memandang Qalisya yang mengejar bola di atas air.

      “Qalisya!” Khairi terjerit lantas mengejar anaknya. Mujur dia sempat mendapatkan anaknya itu sebelum ombak datang menghanyutkan Qalisya. “Isya.. baba cakap apa tadi.”

      “Bola.. nak ambil bola!”

      “Kenapa tak panggil baba..”

     “Sorry. Isya janji tak buat baba risau lagi.”

     Khairi melepaskan keluhan panjang. Kedua belah pipi Qalisya dicium. Anaknya dibawa ke darat. Dia mendapatkan gadis yang menjerit tadi. Ingin mengucapkan terima kasih. “Cik..”

     Gadis yang hanya memakai palazzo hitam dan blaus putih itu memusingkan tubuhnya. Bulat matanya memandang Khairi. “Abang Khai?”

     “Aatia?”

     “Err.. buat apa di sini?

     “Abang bercuti dengan anak abang. Kasihan dengan dia, lama tak habiskan masa dengan abang.”

“Ooh, ini anak abang?” Khairi mengangguk. Aatia pula tersenyum manis lantas pipi gebu milik Qalisya dicubit lembut. “Comelnya. Nama siapa?”

“Isya..” sahut Qalisya manja. Malu diperlakukan sebegitu oleh Aatia.

“Berdua je?”

Khairi mengangguk lagi dan tersenyum. Dia memandang sekeliling. “Tia datang seorang juga ke?”

“A’ah. Tia ada konferens tadi. Dah habis. Nak ambil angin kat tepi pantai.”

“Kalau macam tu, Tia sudi temankan abang dan Isya BBQ malam ni. Isya dari tadi jerit nak makan BBQ.”

“Ketam BBQ!” gumam Qalisya dengan nada merengek. Comel sahaja dia melentokkan kepalanya di bahu Khairi.

“Err.. saya tak boleh rasanya. Lagipun, nanti dah lewat sangat. Saya tak berani drive malam-malam.”

“Stay satu malam lagi, Tia. Abang tanggung.”

“Hah?”

“Anggap ia balas budi. Tia dah selamatkan anak abang tadi.”

“Saya jerit je. Nak tolong sampai masuk air.. saya..”

Khairi mengeluh panjang. “Dah, dah.. pukul 8. Di sana. Pondok tu. Abang dan Isya akan tunggu Tia. Jumpa nanti!”

Aatia tergamam. Kata putus Khairi sangat pantas untuk dicerna. Lelaki itu terus sahaja melangkah pergi tanpa meminta jawapan darinya. “Macam mana nak join mereka BBQ. Aku tak makan seafood! Alergik! Niaya aku! Aduhai.. berharap jelah ada ayam atau ikan!”




Aatia hanya berseluar sukan dan mengenakan baju yang baru dibeli di Pulai Tioman. Untuk melindungi tubuh dari angin malam, dia menyarungkan baju panas yang dibawanya. Sejenak, Aatia mencuri pandang ke arah sekumpulan remaja yang sedang berkumpul mengelilingi unggun api sambil memetik gitar. Nyanyian berkumandang kemudiannya mengikut petikan gitar. Suasana sepi malam menjadi begitu indah untuk dihayati sambil mendengar nyanyian mereka. nyanyian puisi yang syahdu.

     Cuitan di bahu membuatkan Aatia pantas berpaling. Dia senyum menyapa lelaki itu. Tertawan dirinya melihat Khairi yang hanya memakai seluar sukan dan baju lengan panjang mengikut bentuk tubuh. Nampak segala otot-otot yang ada pada Khairi. ‘Arhh, betapa indahnya jika dapat berada dalam dakapan dia.’

     “Aatia, buat apa di sini?” sapa Khairi.

     “Saya..”

     “Sudah jam 9.30. you late. Tapi abang bersyukur jugalah yang Tia datang. Takut pula kalau ada perkara lain yang menghalang Tia.”

     “Err, sudah dijemput. Kenalah datang.”

     “Jom ke sana. Isya pun dah berbunyi tanya abang mana Tia.”

     Mereka berdua beriringan menuju ke pondok. Aatia hanya mendiamkan diri, begitu juga Khairi. Masing-masing tidak tahu mahu bercakap mengenai apa. Qalisya berlari ke arah mereka bila semakin menghampiri ke pondok. “Aunty.. jom!” Tangan Aatia digenggam lantas ditarik menuju ke pondok. Khairi ditinggalkan seorang diri.

     ‘Aik, lain pula perangai Isya kali ini. Selalunya susah sangat dia nak rapat dengan orang lain. Kenapa dengan Aatia, dia macam ni?’ Khairi tertanya-tanya. Dia memandang gelagat Qalisya yang sibuk mengarahkan Aatia duduk dan lincah anaknya itu melayan Aatia. Gelagatnya tidak ubah seperti sudah mengenal Aatia sebelumnya. “Dina, kenapa dari jauh.. abang lihat dia seperti Dina?”

     “Baba!! Cepatlah datang sini!!” jerit Qalisya membuatkan Khairi berlari mendapatkan anaknya. Qalisya didukungnya. “Isya nak ketam.”

     “Lil, ketam tu dah siap bakar ke?”

     “Dah siap, bos. Ni..” Kalil menghulurkan sebuah piring kecil yang berisi dua ekor ketam bakar kepada Khairi. Piring terus bertukar tangan bila Qalisya sudah duduk di tempatnya.

     “Tia, awak nak makan apa-apa tak? Udang? Sotong? Ketam?”

     “Saya.. macam mana ya nak cakap.. erm.. sebenarnya, saya tak makan seafood. Saya ada alergik.” Aatia tersengih malu. Khairi pula sudah kelihatan serba salah. “It’s okay. Saya tengok jelah abang Khai dengan Isya makan sambil berbual.”

     “Lil, ambil ikan atau ayam,” arah Khairi.

     “Okey, bos.” Kalil terus berlari menuju ke restoran resort.

     Pandangan mata Aatia mengekori langkah Kalil dengan seribu tanda tanya. “Siapa dia tu? Kenapa dia panggil abang khai bos? Abang Khai ada kafe di sini juga ke?”

     Khairi melabuhkan punggung di sebelah Aatia. Dia memandang Aatia dengan senyuman mesranya.

     ‘Aihh, ni tak boleh jadi. Kenapa nak duduk sebelah aku. Perlu ke pandang aku macam tu dengan senyuman mesra. Isy, tak keruan aku macam ni.’

     “Nama dia Kalil. Tetamu resort, biasalah.. semua nak dipanggil bos. Abang ada kafe kat sini dulu. Tapi dah lama tak beroperasi. Sebab tu abang suka bercuti di sini. Kebanyakkan pekerja resort ni kenal abang. Senang sikit. Isya pun ada orang yang boleh tengokkan kalau abang nak ke mana-mana.”

     “Ooh. Pekerja resort ni.. memang mesra. Sopan..”

     Khairi tidak membalas pujian Aatia mengenai pekerja-pekerja resort. Dia bangkit setelah melihat kelibat Kalil yang tiba bersama sebekas isi ayam. “Wait a minutes. Let me cook this first!”

     “Err.. ya..”
*****

Khairi Muslim mengelap pintu kaca kafenya. Hatinya terusik setelah seminggu ketiadaaan Aatia yang sering datang ke kafe tersebut. Dia menoleh ke belakang melihat Qalisya yang masih lemah. Demam merindui Aatia sebenarnya. Sejak pertemuan mereka di Terengganu beberapa hari yang lalu, Qalisya sering mimpikan Medina. Bila terjaga tidurnya, dicari pula Aatia. Sayu dirinya melihat Qalisya yang begitu dahagakan kasih sayang seorang ibu. Argh… jiwanya sakit.

     “Isya, aunty Tia tak datang kut hari ini.”

     “Baba telefonlah aunty. Cakap Isya nak jumpa.”

     Bibir diketap. Tidak tahu mahu beralasan apa. Dia tiada nombor telefon Aatia. Bagaimana dia mahu menghubungi Aatia. “Baba..”

     Qalisya mencebik. Dia senyap tidak bersuara sehingga tangisnya bercucuran di hadapan Khairi Muslim. Anaknya itu benar-benar merindui Aatia. “Okey, okey.. baba cuba call aunty. Sabar ya.”

     “Sekaranglah..”

     Sebuah keluhan panjang dilepaskan Khairi Muslim. “Baba tak ada nombor telefon aunty Tia.”

     Langsung Qalisya melompat turun dari atas kerusi dan menuju ke arah Naim. Merajuk dengan Khairi Muslim sebenarnya.



   
Qalisya terus berlari ke biliknya meninggalkan Khairi Muslim di ruang tamu. Perang dingin sudah diisytiharkan sejak pagi tadi. Sepatah perkataan tidak diluahkan kepada babanya. Mahu minum atau makan, dia akan meminta pada Naim. Sehelai kertas diambil lantas ditulis sebaris ayat. Terkedek-kedek dia berlari ke luar bilik lalu menampalnya di hadapan pintu bilik. Kelibat Khairi Muslim tidak diendahkan.

     “Isya..”

     Tupp!!

     Cepat-cepat Qalisya menutup pintu biliknya.

     Mengeluh perlahan dibuatnya. Khairi Muslim berdiri di hadapan bilik anaknya. Kertas yang ditampal Qalisya diambil. Tersenyum lucu melihat tulisan anaknya di atas lembaran kertas. “Jangan ganggu Isya. Isya tak nak cakap dengan baba. Nanti letak susu dengan coco krunch kat depan pintu je. Byee.”
     “Mengada betul budak ni. Tak ubah macam Dina bila merajuk.”

*****

Aatia melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi. Sengaja dia memilih sudut yang agak tersembunyi dari pandangan. Dia mahu menghabiskan masa di kafe tersebut dan menikmati waktu lapangnya.

     “Akak nak makan apa kali ini?” soal Naim.

     “Hurmm.. spaghetti cheese. Kemudian, air jus tembikai.”

     “Itu je?”

     “Kalau saya nak apa-apa, nanti saya order.”

     Naim mengangguk. Dia berlalu pergi. Langkahnya laju masuk ke bahagian dapur mencari Khairi Muslim. Kemunculan sememangnya dinantikan bosnya itu. Telah dipesan beberapa kali. Jika Aatia datang, perlu diberitahu kepadanya dengan segera. Andai kata dia tiada di kafe, minta Aatia meninggalkan nombor telefon. Semuanya, kerana mahu memenuhi permintaan Qalisya.

     Di suatu sudut kelihatan Khairi Muslim sedang memujuk Qalisya bersarapan. Anaknya masih murung dek terlalu rindu dengan Aatia. “Sayang baba makan dulu. Nanti baba pergi cari aunty Tia. Baba janji.. Isya makan ya?”

     “abang Khai!”

     Khairi Muslim bangkit dari duduknya. Dia memandang Naim dengan renungan lemah. “Ada apa Naim?”

     “Kak Tia ada kat depan.”

     “Serius?”

     Naim mengangguk laju. “Dia order spaghetti cheese.”

     “On the way.” Ceria suara Khairi Muslim kemudiannya. Dia memandang Qalisya. “Isya makan cepat. Baba bawa Isya jumpa aunty Tia. Baba tak tipu. Cepat makan..”

     Tanpa berlengah, Khairi Muslim menyediakan makanan yang dipesan Aatia. Semangatnya yang hilang sejak beberapa hari yang lalu bangkit dengan berkobar-kobar. Sempat dia menjeling Qalisya yang menyentuh makanan dihadapannya. Lega hati seorang ayah miliknya.

     “Isya, jom jumpa aunty Tia.”

     Qalisya melompat turun dari kerusinya. Dia terus mendapatkan Khairi Muslim dan menggenggam tangan babanya. “Jom, jom..”



    
“Spaghetti cheese untuk Tia.”

     Aatia memandang ke hadapan. Terkejut bila Khairi Muslim yang menghidangkan makanan untuknya. “Oh, terima kasih.”

     “Aunty!!” jerit Qalisya lantas memeluk Aatia.

     “Eh, Isya.” Aatia berpusing sedikit bagi memberi ruang kepada Qalisya. Diangkat tubuh Qalisya naik ke ribanya. Kedua belah pipi Qalisya dicium penuh kasih seumpama anak kecil itu merupakan anak kandungnya. “Aunty rindu Isya. Lama tak jumpa Isya. Erm.. Isya rindu aunty tak?”

     Tergelak-gelak Qalisya bila pipinya dicium. Geli barangkali. Dia memegang kedua belah pipi Aatia pula. “Isya rindu aunty sangat. Kenapa Aunty tak datang-datang?”

     “Sorry.. aunty kerja. Kena pergi tempat yang jauh. Sebab tu aunty tak datang. Isya tunggu aunty ke?”

     “Yalah. Hari-hari Isya tunggu aunty kat sini. Isya tak pergi rumah nenek. Nak tunggu aunty kat sini.”
Aatia mendongak. Wajah Khairi Muslim dipandang dengan kening yang bertaut. Benarkah kata-kata Qalisya. Faham dengan pandangan Aatia, Khairi Muslim mengangguk mengiyakan kata-kata Qalisya.

“Okey.. erm, Isya dah makan?”

“Dah.. makan coco crunch.”

“Nak makan spaghetti dengan aunty? Aunty suapkan.. nak tak?”

Qalisya mengangguk saja. Dia masih berada di atas riba Aatia. Selesa dalam keadaan sebegitu. “Baba duduklah situ.”

Arahan Qalisya diikuti Khairi Muslim. Dia duduk berhadapan Aatia. Seronok melihat wajah anak kecilnya yang ceria. Tidak lagi murung dan bermasam muka dengannya. Arghh, terima kasih Aatia. Sesekali dia memandang Aatia yang masih setia melayan kerenah Qalisya. Sungguh, itulah pertama kali dia melihat seorang gadis ikhlas melayan anaknya. Itulah pertama kali juga seorang gadis tidak kekok melayan seorang anak kecik dan itulah pertama kali dia begitu tertarik dengan seorang gadis tanpa perlu dia rasa ragu untuk mengenali dengan lebih rapat. Perasaan itu hadir dan sama sekali sewaktu dia jatuh cinta pandang pertama dengan Medina, arwah isterinya.

Aatia menunduk sedikit. Gementar bila dipandang Khairi Muslim. Lain benar pandangan lelaki tersebut.

“Tia suka budak-budak?”

“Suka.”

“Tapi budak-budak ni leceh. Kena layan, penuhi permintaan.. penat.”

“Mana ada. tia memang suka budak-budak. Kalau Tia kahwin, Tia mahu anak-anak ramai. Ada 10 orang anak pun sanggup!” Aatia laju menjawab dan tergelak lucu. Gelaknya mati tidak lama kemudian bila tersedar dengan siapa dia bercakap. Lelaki yang diminatinya. Terasa malu bila gelaknya lepas laku dan kemahuan mempunyai 10 orang anak terlepas ke pengetahuan Khairi Muslim.

“Bertuah teman lelaki Tia.”

‘Ya, abang Khai memang bertuah,’ sahut Aatia di dasar hatinya.

“Aunty, aunty.. nanti kita pergi jalan-jalan?”

“Isya mahu ke mana?”

“Jom pergi shopping!”

“Err, shopping? Tapi Aunty tak suka shopping.” Qalisya mencebik. “Apa kata, kita pergi main air. Isya suka main air, kan?”

“Suka, suka.. suka sangat. Pergi pantai lagi ke?”

“Tak, kita pergi mandi di Lost World. Mahu? Kalau Isya tak seronok kat sana, nanti aunty bawa Isya pergi pantai. Okey tak?”

“Yesss.. nak. Bila?”

“Esok?”

“Tia tak kerja esok?”

Aatia menggeleng. Sememangnya dia sudah mohon dua hari untuk bercuti. Penat masih menghurungi dirinya setelah beberapa hari berada di Perlis. Dia tiada rehat yang mencukupi kerana perlu memantau kerja-kerja pembaikpulihan yang begitu lambat berjalan. Kekurangan pekerja memaksanya untuk memantau para pekerja dari mencuri tulang dan mengamalkan kerja sambil lewa. “Abang Khai tak kisah ke kalau Tia bawa Isya ke Perak.”

“Tak, abang yakin Tia akan jaga Isya dengan baik.”

“Terima kasih.”




Kereta diberhentikan di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat. Aatia mengeluarkan sekeping kertas kecil yang tercatat alamat rumah emak Khairi Muslim. Dia turun setelah yakin alamat yang diberikan sama dengan nombor rumah tersebut.
    
  Salam diberi dan tidak lama kemudian seorang wanita berusia lingkungan 60-an keluar dari dalam rumah. Langkahnya diatur ke pintu pagar. “Tia ke?”

     Aatia mengangguk. “Mak cik ni emak abang Khai ke?”

    Wanita itu senyum lantas mengajak Aatia masuk ke dalam rumah. “Duduklah dulu. Tia sedang mandi. Khairi pun ada. tunggu sekejap ya. Mak cik bancuh air..”

     “eh, tak perlulah. Saya dari rumah, baru bersarapan. Mak cik duduklah dengan saya dulu.”

     Mereka berdua melabuhkan punggung. Kelibat Qalisya dari sebuah bilik menghalang Aatia untuk memulakan perbualan dengan emak Khairi Muslim. “Aunty baru sampai?”

     Hanya anggukan kecil diberikan Aatia seraya membantu Qalisya mengeringkan rambutnya. Comel benar anak kecil itu dengan tuala yang melilit tubuh dan sehelai tuala kecil di kepala. Terasa mahu mencubit dan menggigit manja Qalisya ketika itu.

     “Habis basah baju aunty. Isya ni, nakalnya!” bebel wanita yang duduk di sebelahnya.

     “Tak apalah, mak cik. Memang perangai budak-budak macam ni. Dah biasa..”

     Khairi Muslim keluar dari bilik bersama pakaian Qalisya. Dia menghampiri Qalisya yang sudah berada di atas riba Aatia. Tanpa diduga, dia melutut di hadapan Aatia. Begitu dekat tubuhnya dengan Aatia. Dia mahu segera memakaikan baju ke tubuh anaknya agar tidak kesejukkan. “Isya, pakai seluar dulu.”

     Qalisya menghulurkan kakinya terlebih dahulu. Masih tidak berganjak dari riba Aatia. Selesai memakai seluar, dia mengangkat tangannya untuk memudahkan Khairi Muslim memakaikan baju untuknya. Sesudah itu dia membiarkan Khairi Muslim mengeringkan rambut serta merias rambutnya.

     ‘Ya Allah, berdebar sungguh hati aku ketika ini. Kenapalah Abang Khai perlu membuat sebegini rupa. Tidak tahukah dia aku mencintainya, dan kelakuannya ketika ini begitu menakutkan aku?’

     “Tia tunggu sekejap, ya. Abang pergi bersiap dulu.”

     “Hah? Abang Khai ikut?”

     “Ya, abang ikut Tia.”

     Aatia terdiam. pasrah. Hanya itu yang mampu dilakukannya ketika itu.

*****

Jauh di dasar hati Aatia, dia mahu menjerit bahagia. Jauh di dasar hati Aatia, dia mahu memberitahu seisi dunia. Jauh di dasar hati, dia sudah memasang angan-angan. Jauh di dasar hati Aatia, dia beanr-benar berharap apa yang berlaku pada hari itu menjadi kenyataan. Segala-galanya umpama sebuah mimpi yang baru dijelmakan ke dalam kehidupannya. Begitu teruja hatinya sehingga mulutnya tidak mampu berkata-kata. Berada di samping Khairi Muslim merupakan impiannya selama ini. Tidak dinafikan sudah lama dia menyimpan perasaan itu dan kini ia begitu hampir ke dalam genggaman.

     “Diam je. Marah ke sebab abang ikut?”

     “Eh, tak adalah. Tia masih penat. Itu je.”

     “Sebenarnya abang tak nak ikut. Isya ajak abang ikut sekali pula. Tak nak hampakan hati dia, jadi abang ikut je lah. Harap Tia tak kisah..” Khairi Muslim memberi alasan yang cukup munasabah agar tidak kedengaran sumbang di telinga Aatia. Mungkin agak pelik jika diberitahu kepada gadis itu bahawa dia tidak mahu berpisah dengannya walau sekejap. Ya, memang tidak masuk dek akal logik.

     ‘Tentulah aku tak kisah. Aku lagi suka dapat berduaan dengan dia. Dah macam suami isteri pun ada.’

     “Tia.. takkan dah hilang suara. Abang bosan tak ada siapa nak cakap dengan abang ni. Kalaulah abang tahu Tia akan senyap je, baik abang tinggal.”

     “Sorry, abang Khai. Tia betul-betul penat. Kalau boleh, Tia nak tidur sepanjang hari je.”

     Tidak mahu memaksa Aatia, Khairi Muslim mengangguk kecil. Biar dia memahami isi hati kecil milik Aatia agar lebih mudah untuk ditawan. Mungkin tidak sesusah mana bila dia sendiri boleh mengagak rahsia hati Aatia. Jujurnya, dia tahu Aatia mencintainya dalam diam-diam selama dua tahun. Sudah terlalu lama gadis itu memendam perasaan dan begitu juga dia yang baru mengerti rasa hati yang terpendam.

     Jika dulu, dia hanya menghargai Aatia sebagai seorang pelanggan tetap tidak kira waktu. Tapi kini, dia harus mengakui bahawa kehadiran gadis itu sentiasa dinantikan. Setiap waktu! Hatinya yang penuh dengan cinta kepada arwah Medina mulai kosong dan dia mahu mengisi hatinya kembali dengan cinta baru. Cinta kepada Aatia. Tapi dia terlalu takut. Takut untuk meluahkan segala rasa di hati. Dia bukan lelaki yang berani berkata-kata manis. Dia hanya mampu berbicara biasa dan itulah dia. Seorang lelaki yang pendiam dan pemalu.

     Sekilas dia memalingkan wajahnya memerhati Aatia. Dia tersenyum simpul. Aatia sudah nyenyak tidur. kepalanya lentok ke pintu kereta. Kedua belah kaki Aatia pula berada di atas kerusi. Begitu bersahaja gayanya tidak seperti mana-mana wanita yang dikenalinya. Kebiasaannya mereka akan menjaga tingkah laku supaya kelihatan cantik di hadapannya.

     ‘Comel..’




“Buat apa tu?” soal Khairi Muslim. Dia tertawa kecil melihat gelagat Aatia yang membetulkan tudungnya dari penyet.

     “Aduhai, habis penyet tudung ni. Dah tak cun!” komen Aatia membuatkan Khairi Muslim menyambung tawanya. Dia menghampiri Aatia dan terus menekan tudung Aatia di bahagian atas. “Hisyy, penyetlah lagi.”

     “Tak apa penyet macam tu. Abang tengok cantik je. Tak ada apa masalah pun kalau benda tu penyet.”

     “Jahat betullah abang ni.”

      Khairi Muslim tergelak. Dia menghulurkan beg pakaiaan Aatia sebelum mengambil beg pakaiannya. Qalisya yang masih tidur didukung. “Jom masuk hotel. Hari nak gelap. Risau hujan pula.”

     Aatia mengangguk sahaja mengekori langkah Khairi Muslim ke dalam Hotel Heritage. Dia sendiri tidak mengerti mengapa Khairi Muslim memilih untuk menginap di hotel tersebut sedangkan terdapat sebuah hotel berdekatan dengan Lost World.

     “Dua bilik.”

     Pandangan pelik dilemparkan kepada Khairi Muslim. Gadis yang bekerja di bahagian kaunter tersebut memandang Aatia di sebelah Khairi Muslim. “Dua? Encik dan..”

     “Saya pengasuh anak dia.” Aatia senyum. Sekadar menghuraikan kekusutan di dalam kepala gadis tersebut. Sesiapa sahaja akan rasa hairan bila berlaku situasi sebegitu. Mereka tidak ubah seperti sepasang suami isteri. Jadi, sudah tentu kedengaran pelik bila meminta dua bilik berasingan.

     Selesai urusan pendaftaran masuk, mereka berdua naik lif. Qasliya masih lena dibuai mimpi. Sungguh selesa berada dalam dakapan Khairi Muslim membuatkan dirinya tidak berganjak.

     “Lepas maghrib, kita keluar. Kita jalan-jalan. Abang nak cari baju mandi untuk Isya.”

     “Oh, okey.” Aatia masuk ke dalam bilik yang bertentangan dengan bilik Khairi Muslim. Dia terus berbaring di atas katil sebaik sahaja masuk ke dalam bilik. Tubuhnya benar-benar kepenatan walaupun bukan dia yang memandu kereta. Dia tersenyum kemudiannya. ‘Lepas ni, pergi shopping dengan Abang Khai. Yahooo!’

*****

Bersama sisa kantuk, Aatia mengagahkan diri untuk turun bersarapan bersama Khairi Muslim dan Qalisya. Sembab wajahnya di awal pagi tersebut membuatkan Khairi Muslim tidak habis mengusik dirinya. “Silap hari bulan, ada orang yang masuk ke dalam kolam ikan itu nanti.”

     “Kenapa pula? Siapa yang nak masuk ke dalam kolam tu. Kecillah!”

     “Yalah, mata macam melekat je. Tak boleh nak dibuka. Salah jalan, masuk ke dalam kolam ikan. Free show hari ini!” ujar Khairi Muslim.

     Aatia yang masih gagal memahami terangguk-angguk mengiyakannya. Dia bangkit untuk mengambil makanan kemudiannya dan sewaktu dia mahu menyeberangi kolam ikan, dia hampir terjatuh ke dalam. Pada saat itulah dia tersedar kata-kata Khairi Muslim dituju kepadanya. Kepalanya digeleng-gelengkan sebelum melangkah berhati-hati untuk mengambil makanan.

     “Tia hampir jatuh masuk ke dalam kolam.”

     “Macam pernah dengar je..” Khairi Muslim tersengih bila Aatia menjegilkan matanya. “Lain kali hati-hati.”

     Aatia mengangguk.




Beg pakaian sudah diletak di tempat yang bersesuaian. Tidak tersorok dari pandangan dan tidak begitu menonjol. Selamat tanpa perlu dikawal sepanjang masa. Di dalam poket beg tersebut haya terselit dua sebanyak RM 50. Selebihnya diletakkan di dalam lokar. Aatia sudah siap berpakaian mandi sejak tiba dan kini dia hanya menunggu Khairi Muslim bersama Qalisya menukar pakaian.

     Aatia duduk di atas kerusi sambil mengambil gambar sekitar Lost World. Terlalu banyak benda yang menarik perhatiannya. Sedang dia asyik mengambil gambar, Khairi Muslim menghampiri dengan langkah menggoda. Seluar renang paras lutut melekap di tubuhnya. Badannya pula hanya dilindungi dengan singlet berwarna hitam mengikut bentuk tubuh sasanya. Nyata, ia amat seksi.

      Qalisya yang berada dalam dukungan Khairi Muslim pula memakai seluar pendek dan baju renang kanak-kanak. Sungguh comel anak kecil itu dengan aksesori tersendiri. Gogal kecil ada di atas kepalanya.

     “Nak pergi menyelam ke, sayang?” soal Aatia seraya mencubit kedua belah pipi Qalisya.

     “Nak lindungi matalah. Nanti masuk pasir!” Qalisya menjawab pantas. Dia mengekek ketawa bila Aatia menggeletek tubuhnya pula.

     “Kita pusing-pusing area sini dululah. Lepas tu baru mandi. Kat belakang sana ada mini zoo. Isya suka binatang.”

     Cadangan Khairi Muslim tidak ditolak Aatia. Dia mengangguk bersetuju sebelum mendukung Qalisya. “Uih.. beratnya Isya ni.”

     “Yalah.. Isya makan banyak-banyak coco krunch.” Qalisya tersengih-sengih. Manja dia melilitkan kedua belah tangannya di leher Aatia.

     “Isya, kesian aunty tu. Mari baba dukung!” Khairi Muslim menghulurkan tangannya. Namun tidak diendahkan oleh Qalisya. Makin kuat rangkulannya.

     Gelagat Qalisya yang begitu manja dengan Aatia membuatkan Khairi Muslim semakin yakin dengan hatinya. Ibu baru untuk anaknya, tidak lain tidak bukan adalah Aatia. Dia tersenyum kecil. Kemesraan Aatia bersama Qalisya bukan satu kepuraan. Kebahagiaan yang terserlah di wajah Qalisya sewaktu bersama Aatia nyata tiada rekaan. Keserasian dia dan Aatia menjelaskan hubungan mereka yang mendatang. Begitu cerah. Jika dia berkahwin dengan Aatia, masa hadapan anaknya terjamin. Aatia akan menyayangi Qalisya seperti mana dia menyayanginya. Ya, dia yakin!

     “See that, Isya. Monkey!” Aatia bersuara teruja sewaktu melalui satu palang yang melintang di atas kepalanya. Di saat itu, baru dia perasan akan seekor monyet yang ada di situ. Tangannya menunjukkan ke arah monyet tersebut bagi Qalisya melihat dengan jelas.

     Tanpa diduga, Qalisya meloncat-loncat mahu turun dari dukungan. Dia mendapatkan Khairi Muslim yang sedang melihat arnab-arnab di dalam kurungan. “Baba, baba.. monkey. Monkey!” tangan babanya ditarik agar mengikuti langkahnya. Comel gelagatnya membuatkan Khairi Muslim tergelak lucu.

     “Tia ingat dia takut sampai lari pergi pada abang. Rupanya nak panggil abang ke sini.”

     “Isya bukannya pandai takut. Semua benda dia main aci redah je.”

     Menggeleng Aatia mendengarnya. Bahaya kalau begitu. qalisya perlu diperhatikan selalu. Jika tidak, mahu benda yang membahayakan datang menghampiri.

     Habis berpusing di dalam mini zoo mereka berjalan mengelilingi Lost World sebelum berhenti di tempat bot swan berada. Mereka mengambil angin di situ beberapa minit sebelum kembali di bawah pondok di mana beg pakaian mereka berada. Setelah puas berehat, masing-masing masuk ke dalam air. Aatia bersama Qalisya pergi ke tempat kanak-kanak manakala Khairi Muslim mahu mencuba gelongsor yang begitu tinggi. Diajaknya Aatia bersama namun ditolak mentah-mentah.

     “Tunggu abang, ya.”

     “Hati-hati ya baba!” jerit Qalisya sambil melambaikan tangan kepada babanya. Dia pula sudah terkedek-kedek masuk ke dalam air yang cetek. Terdapat pelampung di keliling pinggangnya.

     “Isya, jangan main jauh dari aunty.”

     “Okey..”

     Aatia duduk tidak jauh dari kawasan kolam. Risau jika Qalisya hilang dari penglihatan. Dia tersenyum riang melihat keletah Qalisya yang begitu teruja bermain air. Ke sana sini dia berlari. Dari jauh dia memerhati Qalisya memanjat anak-anak tangga. Mahu mencuba gelongsor kecil di situ.

     “Hai.. seorang je ke?”

     Pandangan Aatia berkalih arah. Dia memandang seorang lelaki di sebelahnya. “Awak cakap dengan saya?”

     “Ya. Dengan awak. Tiada orang lain di sini, kecuali awak!”

     “Oh.,,” Aatia kembali memerhati Qalisya. Tidak mahu memandang lelaki tersebut. Tiada lelaki yang jauh lebih tampan dan mempesonakan dari Khairi Muslim. Ya, tiada siapa. Berilah sejuta lelaki yang jauh lebih tampan dari Khairi Muslim, dia tetap memilih lelaki tersebut. Kerana lelaki yang bernama Khairi Muslim tersebut merupakan satu dari sejuta.

     “So, seorang je ke?”

     “Tak, saya datang bertiga. Dengan suami dan anak saya!” Tegas suara Aatia menjawab.

     Lelaki tersebut memanjangkan lehernya melihat sekeliling. Dia tersenyum. “Saya hanya nampak anak awak sahaja. dari tadi saya memerhatikan awak.”

     “Kalau dari tadi awak memerhatikan saya, sudah tentu awak tahu saya datang dengan siapa. Saya datang bertiga. Bersama suami dan anak saya!” Pandangannya  masih tidak berkalih.

     “Sombong.”

     Aatia senyap tidak bersuara. biar dikatakan sombong dari dia dikatakan gedik mengada-ngada menghimpit seorang lelaki. Biar dia sombong dari dilihat sebagai gadis tidak bermoral.

     Lelaki tersebut masih tidak berganjak. Dia masih cuba mengajak Aatia berbual walaupun tidak dilayan. Dia masih tidak mempercayai akan kata-kata Aatia. Sewaktu dia tiba pandangannya sudah menangkap imej Aatia berseorangan bersama seorang anak kecil. Tiada sesiapa. “Kalau benar awak dah kahwin, tunjuk pada saya cincin perkahwinan awak.”

     “Saya tak pakai. Risau hilang.” Ringkas jawapa diberikan oleh Aatia.

     “Suami awak ke mana?”

     ‘Manalah pula abang Khai ni?’ bisik hati Aatia. Kepalanya sudah berpusing-pusing menjawab setiap satu soalan lelaki tersebut. Pelik dirinya dengan sikap lelaki tersebut. Begitu beria mahu berkenalan dengannya seperti tiada lagi gadis di sekitar situ.

     “Sayang.. mana Isya? Tak nampak pun..” Khairi Muslim tiba-tiba muncuk entah dari mana. Dia terus duduk di sebelah Aatia. Begitu rapat sehingga tiada jarak antara mereka. tangannya dilabuhkan di atas bahu Aatia sekadar mahu melihatkan hubungan mereka yang serius. Timbul rasa cemburu di benaknya melihat lelaki yang berada di sebelah Aatia. Entah apa yang dibualkan mereka berdua sewaktu ketiadaannya.

     “Ada di sana tu, bang. Seronok dia main air.” Aatia serba tidak kena. Situasi yang dialaminya begitu janggal. Berada begitu dekat dengan Khairi Muslim membuat dirinya menggigil. “Abang dari mana?”

     Tuala kecil yang dililit di tengkuk Khairi Muslim dicapai. Sengaja dia membuat aksi mesra dengan mengelap muka Khairi Muslim yang basah. “Abang dari kolam air panas. Nak cuba tak?”

     “Nanti-nantilah. Isya siapa nak tengok..”

     Khairi Muslim mengangguk. Sejenak, dia memandang ke arah lelaki tersebut. Kelihatan lelaki tersebut mula panas punggung dan tidak lama kemudian beredar pergi. “Dia nak apa?” soal Khairi Muslim seraya menjarakkan dirinya dari Aatia. Gementar dirinya berada terlalu dekat dengan gadis itu. tidak betah!

     “Dia nak berkenalan dengan Tia.”

     “Tia mahu? Nampak hensem lelaki tu.”

     “Memanglah hensem. Tapi tak sehensem abang!” jawab Aatia pantas. Dia tergamam bila sedar sudah terlepas cakap. Dia memandang Khairi Muslim dengan mulut terlopong. “Maksud Tia.. maksud Tia..”

     “Apa yang Tia cakap lagi dengan dia?”

     “Tia dah ada suami dan anak..” Perlahan suara Aatia mengakui apa yang diberitahunya kepada lelaki tadi. Khairi Muslim kelihatan teruja mendengarnya.

     “Maknanya, abang bawa isteri dan ibu orang ke sini..”

     “Abang ni, jangan buat lawaklah. Tia belum kahwin dan belum ada anak lagi tau!”

     “Jadi, kenapa cakap begitu tadi?”

     “Nak selamatkan dirilah.”

     “Ooh.. kiranya, abang ni suami Tia dan Isya tu anak Tia?”

     Aatia mengangguk kecil. Malu benar dirinya ketika itu. “Abang marah?”

     “Tak!”

     “Baguslah.”

     “Abang tak marah.. kalau..”

     ‘Isy, nak bersyarat pula ke?’ Aatia memandang Khairi Muslim dengan pandangan ingin tahu. Apa yang mahu diminta lelaki itu darinya.

     “Jadi yang halal untuk abang?” pinta Khairi Muslim tanpa berselindung.

     Macam percaya tidak percaya Aatia mendengarnya. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya bagai menghapuskan segala bayangan di kepalanya. Matanya dipejam celikkan mahu memastikan dirinya baru bangun tidur. dia membuka kelopak matanya sebelum yakin apa yang didengarinya sebentar tadi adalah benar.

     Dia berdiri. “Abang.. jangan mai-main!”

     “Tak, abang tak main-main!”

     Bibir diketap rapat. Begitu kalut dirinya. Teruja mendengar permintaan Khairi Muslim. ‘Jadi yang halal untuknya.. ya Allah, bukankah ini yang aku mahukan?’

     “Tia.. kita bincang lagi lepas balik KL. Boleh?”

     “Kenapa tiba-tiba?”

     “Abang mula sukakan Tia. Sukar untuk abang akuinya. Lagipun abang bukan seorang lelaki yang bijak berkata-kata manis. Abang mahukan seorang isteri yang boleh menjaga abang dan anak abang. Semakin lama abang mengenali Tia, abang terpaksa akui bahawa Tia merupakan orang yang paling sesuai. Abang sukakan Tia, begitu juga Isya.”

     “Sejak bila?”

     “Sejak kali pertama abang menegur Tia di hadapan kafe dulu. Selama Tia selalu datang ke kafe abang, bukan abang yang tegur Tia. Maksud abang secara normal. Err.. selain dari meminta pesanan dari Tia.”

     Tertawa Aatia mendengarnya. Benarkah apa yang didengarinya? Pada kali pertama dia mahu mencuba nasib berkenalan dengan Khairi Muslim, lelaki itu turut mencuba berkenalan dengannya? Dengan menegurnya terlebih dahulu?

     “Masa itu, abang mahu tahu nama Tia. Untuk langkah pertama mengenali Tia.”

     “Lagi?”

     “Kita sambung lepas kahwin. Itupun, kalau Tia setuju berkahwin dengan abang..”

     “Tia ada rahsia mahu beritahu abang.”

     “Apa dia?”

     “Tunggu lepas kahwin..”

     “Dan.. abang terima jawapan itu sebagai ya.” Khairi Muslim memandang lama wajah Aatia yang tersipu malu di hadapannya. Dia sendiri malu dengan sikapnya. Tidak sangka dia begitu berani meluahkan perasaannya pada Aatia.

*****

pertama kali jumpamu
senyuman mu riang tapi tersipu malu
kita pasti akan lebih lagi rapat 
tiap hari hati berbunga
apa yang harus ku kata
bagaimana membuatmu tertawa
risau jadi kaku
berpegangan tangan 
hanya mampu tersenyum malu

ku harap kita bicara dengan lebih mesra 
walau kaku dan juga asing buat kita
terima kasih ku kan ku pinta
bicara pada ku penuh mesra
hadirlah kau dan perlahan-lahan 
lihatdan pandanglah ke mata ku
dan luahkanlah cintamu

hari ku pegang tanganmu
hatiku bagai berhenti berdegup
ku lupa semua apa yang ku kata
hanya debaran ku rasa

ku harap kita berdua akan jatuh cinta
ku pasti tak akan lepas kedua tangan mu
cahaya mata mu menusuk ku
semoga hanya ada bahagia
mungkin nanti kita berdua akan jatuh cinta
sentiasa kita bersandaran
pandanglah matamu ke mataku
ucapkan ku cinta mu..

   
Aatia berjalan menghampiri tingkap di dalam biliknya. Hatinya masih berbunga riang mengenangkan kembali apa yang terjadi sewaktu bercuti bersama Khairi Muslim dan Qalisya. Semuanya terlalu indah sehingga dirinya tidak mampu menidakkan takdir. Dia mahu bersama dengan lelaki itu. selamanya. Sebagai seorang isteri dan seorang ibu kepada anak-anaknya. Biarlah orang kata dirinya gila kerana memilih lelaki yang tua sepuluh tahun darinya. Dia yakin, pilihan hatinya tidak salah.

     Suasana kafe milik Khairi Muslim pada petang itu kelihatan begitu lengang dan hati Aatia digamit untuk mengunjungi kafe tersebut. Dia merindui Khairi Muslim. Begitu merindui butir bicaranya, wajahnya dan segala-galanya. Dia tidak angau mahupun terlalu mengejar Khairi Muslim. Cuma, dia mahu mendapatkan apa yang dia telah hajati. Impian dipasangkan saat pertama kali bertemu Khairi Muslim dan dia tidak pernah melupuskan impian tersebut.

     Tidak pernah!

     Pintu biliknya tiba-tiba dikuak lebar. Cepat-cepat Aatia berpaling. Dia tersengih memandang abang sulungnya, Rafiq masuk ke dalam. “Yes, abang. Ada apa ya? Lama tak jumpa, tiba-tiba je muncul kat sini..” gumam Aatia. Dia bercekak pinggang. Semalam abangnya baru pulang dari Dubai. Tidak sempat bertegur sapa kerana dia sudah lena dibuai mimpi. Paginya pula, Rafiq ke tempat kerja sebelum dirinya siap berpakaian.

     “Abang nak ajak adik abang ni pergi makan. Jom. Lama tak keluar sama-sama. Abang Am dah tunggu di bawah.” Rafiq merapati adiknya. Dia senyum sambil mengusap kepala Aatia. Rindu benar dengan adik perempuan tunggalnya itu. hampir berbulan lamanya dia terpaksa berpangkalan di Dubai semata-mata mahu memantau kerja-kerja pembinaan di sana.

     “Makan mana?”

     “Errmm.. apa kata pergi kafe depan tu jelah. Abang penatlah nak pergi jauh-jauh. Okey tak? Abang dengar makanan kat sana-sana sedap.”

     Tersengih lebar Aatia mendengarnya. “Okey. Tia tak kisah langsung. Mana-mana pun okey je.”

     “Sekejap..” Rafiq menarik tangan Aatia. “Kenapa abang tengok happy semacam je. Tiba-tiba pula tu.”

     “Mana ada? abang ni ada-ada je..”

     “Ya ke?”

     Aatia tersengih-sengih. Dia mengambil beg tangannya. “Jom, bang.”




“Makan mana?”

     Rafiq memandang Irham yang bertanya. Dia berpaling memandang Aatia kemudiannya. “Kau nak makan kat mana pula? Ada cadangan ke?”

     “Abang cakap nak makan kat kafe depan tu je?” celah Aatia secepatnya. Tidak memberi peluang kepada Irham memberi pendapatnya.

     “Dekat sangat. Alang-alang pergi makan jauh sikit. Lambat sampai ofis. Tak payah masuk kerja balik nanti.” Irham memberi cadangan. Dia menepuk bahu Rafiq. “Macam mana Mr CEO?”

     “Betul juga, kan?” Rafiq bersetuju tanpa berfikir panjang. “Dik..”

     “It’s okaylah! Abang-abang nak pergi makan, pergilah. Tia tak ikut. malas.”

     “Ala dik. Janganlah macam ni. Tak rock langsunglah.”

     Wajah irham dipandang geram. Kerana abang ngahnya, dia tidak dapat bertemu dengan Khairi Muslim. Hatinya berbelah bahagi. Dia mahu turut serta bersama kedua abangnya. Dia rindu untuk keluar bertiga dan menghabiskan masa bersama. suasana yang cukup dinantikan setelah terlalu lama Rafiq berjauhan. “Okeylah.. I miss you, abang.”

      Rafiq mencuit bahu Irham. Ada Sesuatu yang dirancang antara mereka berdua sebenarnya. Tiada lain dari niat mahu mengusik adik kesayangan mereka itu.




Aatia mengerutkan dahinya. Pelik dengan cara pemanduan Irham. Abangnya itu asyik memandu di jalan yang sama. Berulang kali. Bila tiba di bulatan, mereka berpusing berkali-kali sebelum kembali mengambil jalan yang sama. Irham sesekali kelihatan mencuit Rafiq di sebelah sebelum tertawa. Entah apa yang melucukan mereka, Aatia tidak mengerti. Dia duduk diam di bahagian belakang sambil memikirkan perangai abang-abangnya yang terlebih wayar di kepala.

     “Abang Am, nak ke mana sebenarnya?” soal Aatia setelah tidak tahan diperlakukan sebegitu rupa.

     “Nak cari tempat makanlah!” sahut Rafiq.

     “Masalahnya, asyik pusing kat tempat yang sama je. Tia peninglah. Ke sana sini, sama je. Nak ke mana sebenarnya?”

     “SIkit lagi sampai. Masuk simpang kanan depan tu je lagi..” Irham menjawab tenang.

     Berkerut dahi Aatia. Simpang kanan depan itu merupakan simpang masuk ke kawasan syarikat mereka. “Isy.. pelik betullah. Macam ada yang tak kena je dengan korang..”

     Rafiq dan Irham tersengih-sengih. Suka melihat adik mereka marah-marah sebegitu. Comel dan bersahaja.

     “Okey, dah sampai!”

Kereta Irham berhenti di hadapan kafe Khairi Muslim. Aatia terpempan. Bibirnya diherotkan. ‘Musykil ni, musykil.’

Rafiq memusingkan tubuhnya. “Abang tahu. Adik nak sangat jumpa dengan Khairi, kan?”

“Mana ada..” perlahan suara Aatia membalas. Malu. ‘Takkan abang-abang aku tahu pasal ni? Papa beritahu ke?’

“Adik, do you really love him?” soal Irham. Mahu menduga isi hati adiknya.

Suasana sepi sejenak. Rafiq tahu adiknya malu. Dia memberi masa kepada Aatia untuk menjawab.

Lambat-lambat Aatia mengangguk. “A lots!”




Matanya ditutup dengan sehelai kain berwarna hitam. Tidak pasti kenapa. Aatia hanya mengikut arahan Rafiq dan irham. Dia melangkah dengan penuh berhati-hati sambil diiringi Irham. Rafiq pula sudah keluar dari kereta lebih awal dan masuk ke dalam kafe terlebih dahulu. Hatinya penuh dengan debaran dan akalnya penuh dengan tanda tanya. Apa yang bakal berlaku pada hari itu?

     “Bang, apa ni?”

     “Birthday party, birthday party.. syhh, abang terlepas cakap ni. Nanti abang Rafiq marah pula.” Hampir terburai isi perutnya menahan tawa. Pembohongan yang jelas nyata tidak tepat. Hari lahir Aatia sudah lama berlalu. Mana mungkin aatia percaya.

     Kaki Aatia berhenti melangkah. “Sekarang bulan Jun, bang!”

     “Shut up. Jalan je.” Langkah kembali dihayunkan. Sampai satu tempat, Aatia diarah untuk duduk.

     “Jangan buka kain tu lagi. Nanti dah tak surprise.”

     Aatia akur. Namun, dia masih ragu-ragu. Suasana sekelilingnya sunyi sepi sebelum kedengaran bunyi-bunyian. Tidak bising tetapi cukup jelas di pendengarannya.

     Satu sentuhan lembut menyapa lengannya. Terbit rasa gundah. Kain hitam yang menutupi matanya sudah ditanggalkan dan ketika itu dia menutup matanya. Perlahan-lahan dia membuka kelopak matanya dan orang pertama yang dilihatnya adalah Khairi Muslim. Dipejam celik mata beberapa kali. Tidak puas, dia menenyeh-nenyeh matanya pula. “Abang Khai?”

     “Ya, ini abang.”

     Spontan Aatia memandang sekelilingnya. Terkejut tidak terkata melihat papanya yang berada tidak jauh dari situ. Kedua orang abangnya ada di sisi Tan Sri Fadhil. Di sebelah kanannya pula, kelihatan emak Khairi Muslim dan Qalisya. Mereka berdua sahaja yang berada di tengah.

     “Err.. ada apa sebenarnya ni, bang?”

     Khairi Muslim senyum. “Sebelum ini abang pernah meminta Tia menjadi yang halal untuk abang, kan?”

     Laju Aatia mengiyakannya.

     “Dan hari ini abang mahu melamar Tia menjadi isteri abang di hadapan keluarga Tia. Secara rasmi.. mungkin agak pelik dan tidak rasional. Abang melamar Tia untuk menjadi yang halal kepada abang. Sekaligus, hari ini merupakan hari pertunangan kita berdua..”

     ‘Ya Allah, Mr Silent Guy yang ku cinta, yang ku sayang.. jangan buat kerja gila boleh tak? Melamar tu aku boleh melompat riang lagi. Tapi kenapa hari ini merupakan hari pertunangan? Tak cun langsung. Tak romantic. Dengan pakaian kerja. Berbau masam.. eei.. tak romantic, tak romantic..’

     “Tia.. apa jawapan awak?”

     “Kalau hari ini tunang, bila nak kahwin?” Spontan itu yang terluah dari mulutnya kepada Khairi Muslim.

     Rafiq menepuk dahinya. Irham sudah terpempan. Adik mereka memang pelik. Belum pernah lagi mereka melihat situasi yang janggal sebegitu rupa dari Aatia. Arghh… biarlah. Asalkan adiknya bahagia.

     Sejuring senyuman bertamu di wajah Khairi Muslim. Dia memanggil emaknya. “Insya-Allah, kita kahwin tidak lama lagi.”

     Khairi Muslim memberi ruang kepada emaknya untuk menyarungkan cincin pertunangan di jari Aatia.

     ‘Ingin aku menjerit kuat bagi seisi dunia tahu, kebahagiaan yang aku kejar sedari dulu, hampir dicapai. Aku tidak perlu bersusah payah, ia datang bergolek. Aku tidak perlu membuka langkah terlebih dahulu, ia menghampiri aku. Ya Allah, betapa bahagianya diri hambaMu ini. Sungguh aku terasa begitu bahagia tidak terkira rasanya..’

     “Hujung bulan ni, ya?” Emak Khairi Muslim berbisik lembut di telinga Aatia.

     Aatia tersenyum. Dia tidak kisah. andai kata, esok merupakan hari perkahwinannya, dia akur. Baginya, lagi cepat lagi bagus. Dia sendiri tidak sabar untuk disatukan dengan Khairi Muslim. Sudah terlalu lama dia menyimpan rasa hatinya. Terlalu lama.

*****

Majlis akad nikah dilangsungkan secara kecil-kecilan. Hanya saudara dan teman rapat yang dijemput sementelah ruang tidak terlalu besar. Hiasan dalaman begitu ringkas dengan suasana vintage dan dicampur aduk suasana romantis ala-ala fantasi kanak-kanak. Semua tetamu disediakan lapik kusyen untuk duduk di atas lantai seperti pengantin. Tema biru pink sungguh jelas sangat menarik perhatian semua tetamu.

     Aatia tersengih lebar memandang pintu masuk. Di situ tempatnya mereka memulakan langkah pertama. Di situ juga buat pertama kalinya dia mengambil keputusan untuk meneruskan impiannya. Di situ juga dia bersiap sedia untuk menerima baik buruk penerimaan Khairi muslim.

     Khairi Muslim mencuri pandang wajah Aatia. Dia memahami apa yang Aatia rasakan ketika itu. pandangan Aatia ke arah pintu masuk kafenya mejelaskan segalanya. Bakal isterinya sedang mengimbau kembali sejarah lama. Sejarah yang memulakan segalanya. Membawa mereka menjadi rapat sehingga kini.

     “Khai, macam mana? Ready?”

     “Ready, Fiq. Tak sabar rasanya mahu menjadi seorang suami kembali.” Khairi Muslim senyum.

     Irham datang menghampiri menyertai Rafiq yang duduk bersama Khairi Muslim. “Jaga adik kami, Khai. Dia satu-satunya wanita di dalam keluarga kami setelah mama pergi. Dia harta berharga buat kami. Papa menyayanginya lebih dari nyawa sendiri. Jangan sakiti dia. Demi papa, tolong bahagiakan, berikan dia senyuman.. jangan sakiti dia..”

     “Sampai satu saat, di mana kau sendiri tak mampu menerimanya lagi malah mencintainya.. pulangkan Tia kepada kami. Dengan baik, sepertimana kau mengambilnya dari kami..” pesan Rafiq. Sebak dadanya menuturkan pesanan tersebut kepada Khairi Muslim.

     “Insya-Allah Fiq, Am. Aku akan jaga Tia dengan baik. Aku tidak akan mempersiakan kehadirannya di dalam hidup aku. Setelah hati aku mati menerima mana-mana gadis lain, Tia menghidupkannya kembali. Tanpanya, aku tidak boleh hidup. Begitu juga dengan Isya. Dia tidak boleh berpisah dengan Tia..”

     “Kami serahkan Tia.. didiklah dia, jagalah dia, dan lindngilah dia.”

     Khairi Muslim mengangguk mengerti. Dia sudah lama mengenali Rafiq dan Irham. Selain Aatia, mereka berdua juga sering menjamu selera di kafenya. Secara tidak langsung, mereka bersahabat. Malah, beberapa kali juga jamuan kecil-kecilan diadakan di kafenya yang dibuat oleh Rafiq dan Irham.

     “Khairi, mari. Majlis dah nak mula.”

     Panggilan dari emak Khairi Muslim meleraikan mereka bertiga. Rafiq menyeka air mata menggunakan hujung lengan bajunya. Sedih kerana bakal berpisah dengan adiknya. Sudah pasti, Aatia akan berpindah rumah dan mengikuti Khairi Muslim. Selepas ini, mereka hanya akan bertemu di pejabat sahaja. oh hati.. berhentilah bersedih!

     “Adik kita dah dewasa..” gumam Irham.

     Rafiq senyum. ‘Abang sudah tiada tanggungjawab ke atasmu, adik. Lepas ni, giliran abang untuk mendirikan rumah tangga. Barulah abang rasa lega.’

     Irham melepaskan pandangan ke arah Khairi Muslim yang mengambil tempat di hadapan tuk kadi a.k.a Tan Sri Fadhil. ‘Tak lama lagi, aku pula yang akan menghadapinya. Tanggungjawab aku kepada Tia, sudah terlaksana..’




Pintu bilik dirapatkan. Khairi Muslim senyum menyapa Aatia yang baru selesai menunaikan solat Isyak. Dia menghampiri isteri yang baru dinikahinya. Hajat di hati mahu mengusik Aatia. Terlalu banyak persoalan bermain di mindanya. Lebih-lebih lagi mengenai rahsia yang dirahsiakan Aatia.

     “Sayang..”

     Aatia mendongak memandang Khairi Muslim. Suaminya diam. “Abang.. boleh Tia buat satu permintaan?”

     “Apa dia?”

     “Jangan panggil Tia sayang. Gelilah.. kelakar pun ada.” Aatia melepaskan tawanya. Spontan dia membuat aksi kegelian.

     “Aik, geli ke?” Khairi Muslim menyoal sambil mengusik. Dia duduk di sebelah Aatia yang masih bersimpuh di atas tikar sembahyang. Wajahnya dirapatkan dengan wajah Aatia. Nakal dia meniup angin dari mulut ke wajah isterinya itu.

     Kenakalan Khairi Muslim membuat Aatia menundukkan wajahnya. Malu. Bila Khairi Muslim memegang dagunya dan meminta dirinya untuk mendongak, cepat-cepat Aatia menutup wajahnya dengan dua tapak tangan. Malu ya amat!

     Khairi Muslim tertawa. Comel benar kelakuan Aatia itu. masih malu-malu dengannya. Sangkanya, Aatia suka diperlakukan sebegitu rupa.

     “Abang nak tanya Tia sesuatu.”

     “Tanya apa?” soal Aatia seraya memusingkan sedikit tubuhnya. Tidak mahu berhadapan dengan Khairi Muslim. ‘Ya Allah, inikah Mr Silent Guy yang aku kenal selama ini. Nakalnya dia!’

     “Apa rahsia Tia yang Tia mahu beritahu abang dulu.”

     “Janji dengan Tia yang abang tak gelakkan Tia.”

     “Janji.”

     “Sebenarnya, masa kali pertama abang mahu menegur Tia secara normal dulu tu.. Tia pun mahu menegur abang secara normal.”

     Khairi Muslim melepaskan tawanya lagi. Kelakar memikirkan kebetulan yang wujud. “Tak sangka, kan?”

     “Tapi, Tia masih malu sebenarnya time tu. Mujur abang tegur dulu.”

     “Yalah, kalau tak tegur, rasa-rasanya tak dapat abang isteri secomel Tia ni.”

     Sebuah tepukan manja melekap di dada Khairi Muslim. Spontan tangan Aatia dicapai dan dicium lembut.

     “Malu Tia..”

     “Tia, nak tahu tak? Dulu-dulu, abang rasa Tia ni macam pelik je. Pagi-pagi, kafe baru je buka. Kerusi meja tak bersusun rapi, tapi ada orang datang. Bila Naim atau orang lain minta order, Tia suruh tunggu dulu. Bila abang datang, terus bagi order. Tengah hari pula, dia mesti datang. Even waktu tengah hari orang selaluny cari nasi campur. Orang tu datang cari spaghetti, kek, sandwich. Petangnya, dia datang lagi. Kalau tak makan, dapat minum air pun jadi..

     Abang rasa dia macam sengaja datang kafe. Entah kenapa. Mula-mula abang buat tak layan dia tu. Sebab setiap hari dia datang. Ordernya sama je. Abang akan terus siapkan. Tak perlu minta order. Bila abang hantar pada dia, dia terima je. Kecuali jika dia tak nak, dia pesan yang lain. Pelik betul dia tu. Abang perasan sesuatu tentang dia. Dia sukakan abang bila suatu hari tu, sehelai tisu terukir nama dia… ada love dan sebaris ayat. ‘Abang kafe yang sweet dan pendiam.’

     Okey, abang tak nafikan. Abang rasa macam dia tu seorang yang gila. Habiskan masa kejar seorang lelaki yang tidak mungkin akan membalas cintanya. Lebih-lebih lagi, di dalam hati abang penuh cinta pada Medina, arwah isteri abang.

     Tapi, lama kelamaan abang suka tengok dia. Abang sedar sesuatu. Bila dia datang ke kafe, abang pasti curi pandang dia. Tengok apa dia buat..”

     Khairi Muslim berhenti sejenak. Dia mencuri pandang wajah Aatia.

     “Setelah lama abang perhatikan, memang jelas. Dia memiliki perwatakkan yang sama dengan arwah Medina. Mirip sekali. Namun, itu bukan satu alasan kenapa abang menyukai dia. Abang sukakan dia kerana dia adalah dia. Dia natural.”

     Aatia melarikan wajahnya dari terus dipandang Khairi Muslim. Malu.

     “..dan, dia adalah isteri abang. Aiin Aatia.. abang cintakan Tia, sepenuh hati abang. Seikhlas hati abang.”

     ‘Aduhai, sweetnya abang Khai ni. Memang tak menyesal ku jatuh cinta pada dia. Sungguh, aku terlalu menyukai perwatakkannya ini. Biarlah dia pendiam dan tidak mahu meluahkan kata cintanya, asalkan aku tahu.. dalam hatinya, ada aku yang menghuni. Terus meneruslah menjadi Mr Silent Guy, wahai suamiku. Biar tiada siapa yang mahu mendekatimu…’

     Ubun-ubun Aatia terasa sejuk dek ciuman lembut Khairi Muslim. Terbuai perasaannya seketika. Matanya ditutup rapat. Masih malu. Tidak betah memandang wajah suaminya. Cukup-cukuplah. Saat dia membuka kelopak matanya, dia sedar akan sesuatu. Dia tidak lagi berada di atas tikar sembahyang. Kini, dia dan Khairi Muslim berada di atas katil.

     Argh, seram sejuk!

     Khairi Muslim membetulkan kedudukan. Aatia kemas di dalam pelukan. Dia tersengih lebar bila melihat rona-ron merah jelas kelihatan di wajah Aatia. Semakin nakal dia mahu mengusik isterinya. Jemarinya memegang baju Aatia lantas membuka satu persatu butang baju tidur Aatia.

     “Abang.. abang buat apa ni..”

     “Tak ada apa. Saja je..”

     “Janganlah..”

     Sampai di butang yang terakhir, Khairi Muslim terus melompat turun. Terkejut. pintu biliknya terbuka luas. Qalisya terkedek-kedek masuk ke dalam bilik tanpa amaran. Mujur tiada sesiapa di luar pintu. Cepat-cepat Khairi Muslim menuju ke pintu dan menutupnya. Dia tidak lupa untuk menguncinya. “Isya.. buat apa di sini?”

     “Nak tidur dengan baba dan ibulah!” Qalisya menjawab pantas. Dia memanjat katil dan terus berbaring di tengah.

      “Isya.. tidur di bilik isya.”

     “Tak nak. Isya nak tidur sini.”

     “Kenapa pula?” Jelas terpancar kehampaan di wajah khairi Muslim.

     “Baba takut tidur seorang, baba tidur dengan ibu? Isya takut tidur seorang, Isya tidurlah dengn baba dan ibu. Selesai~”

     “Isya..”

     “Tak apalah, bang. Biarlah dia tidur di sini malam ni. Kasihan pula dia.” Aatia membetulkan butang bajunya kembali.

     Kecil pandangan Khairi Muslim ke arah Aatia. “Isya.. malam ini je tau!”

     “Promise..” sahut Qalisya manja lantas memeluk tubuh Aatia.

     “Melepas..” omel Khairi Muslim.

     “Masih ada banyak waktu, abang..”

     Aatia gelak-gelak kecil. Menyakat Khairi Muslim yang kehampaan. ‘Fuhh.. terlepas. Sabarlah suamiku. Tak lari gunung dikejar.’

     Khairi Muslim melabuhkan tubuhnya di sebelah Qalisya. Dia merapatkan kedudukannya agar dekat dengan Aatia. Aatia hanya memandang pelik namun tidak menjauhi. Tangan Aatia mengusap lembut pipinya.

     “Anak nak tidur. jangan macam-macam..”

     “Ya, sayangku.”

“Gelilah..”

“Sayang, sayang, sayang…”

“baba.. Isya nk tidurlah!” Qalisya bertukar bantal peluknya. Dia berpusing ke arah Khairi Muslim dan memeluknya.

 Aatia tersenyum bahagia. Sebagaimana hatinya yang dipenuhi rasa bahagia. Dia benar-benar tidak percaya akan diriny yang berjaya mendapatkan lelaki idamannya itu. terlalu besar impiannya dan kini dia berjaya. Tubuh Qalisya dan Khairi Muslim dipeluk.


     ‘Night.. semoga apa yang aku lalui selama ini bukan mimpi. Jika mimpi, berikanlah aku mimpi yang indah dan membahagiakan. Semoga aku bngun pada keesokkan hari.. aku tersenyum penuh keceriaan. Mr. Silent Guy, I love you…’



*** tamatlah kisah antara Tia dan abang Khai ***
macam mana?