Saturday, July 19

Tetap Cinta Kamu part 3

Keretanya meluncur laju menuju ke rumah umminya. Sejak ketiadaan Nadrah, begitulah kehidupan hariannya. Awal pagi dia perlu menghantar Qhafie ke sekolah dan terkejar-kejar waktu untuk kepejabat. Tengah harinya pula dia curi masa untuk keluar mengambil Qhafie dari sekolah dan menghantarnya ke rumah ummi. Tanpa mengendahkan waktu makan, dia terpaksa berpatah balik ke pejabat. Belum lagi kalau dia ada mesyuarat. Pembantunya diwakilkan semata-mata mahu mengambil Qhafie. Anaknya itu satu ragam juga. Tidak mahu yang lain menjemput. Panjang rajuk.

     Dia menghelakan nafas panjang melihat Qhafie menyambut kehadirannya lewat petang tersebut. TIdak seperti biasanya, dia pulang awal. Hari ini, matahari hampir terbenam, dia baru muncul. Penat. Ke sana sini.

      “Papa! Jom balik rumah.”

      “Papa penatlah sayang. Papa ingat nak tidur rumah nenek malam ini. Qhafie boleh main dengan Mel lama-lama. Okey?”

     “Tak nak! Qhafie nak balik rumah. Macam mana kalau mama balik malam ni. Kita tak ada kat rumah, siapa nak bagi mama masuk dalam?”

     Wajah polos Qhafie menggamit perasaan sayu di hati Qabiel. Sejak Nadrah keluar dari rumah secara senyap-senyap dan meninggalkan mereka berdua, Qhafie seringkali berkata sedemikian rupa. Alasan yang sama diberikan bila Qabiel memberi cadangan untuk bermalam di rumah Puan Sri Salmah.

      “Mama lambat lagi balik, sayang. Banyak sangat kerja mama.”

     Qhafie menggelengkan kepalanya. TIdak sependapat dengan Qabiel. TUbuh dipeluk. “Mama akan balik jumpa Qhafie. Mama sayang Qhafie!” Bentaknya geram. dia berlari ke arah Puan Sri Salmah meninggalkan Qabiel termangu seorang diri di kereta.

     Kedua belah tangan meraup mukanya yang kepenatan. Sungguh dia penat. “Nad, mana awak pergi?”





Nadrah duduk di salah sebuah kerusi kayu yang ada di tepi pantai. Pandangan matanya merenung jauh sehingga ke tengah lautan biru yang luas terbentang di hadapan. Sungguh mendamaikan hatinya yang selama ini tidak tenteram. Sudah seminggu dia pergi menjauhi diri dari suami dan anaknya. Dan, seminggu jua dia terpaksa menahan rasa rindu pada dua lelaki kesayangannya itu.

     Semalam telefon bimbitnya berbunyi lagi. Berkali-kali pemanggil yang sama menghubunginya. Dan, seperti hari-hari sebelumnya, tiada satu panggilan dari pemanggil tersebut yang dijawabnya. DIbiarkan sahaja tanpa sebarang keinginan untuk menjawab. Mesej juga sudah berpuluh, namun tiada satu yang dibalasnya. Tidak sudi sementara hatinya masih beku dek ketidakpuashati terhadap layanan Qabiel.

     “Nad, kau termenungkan apa lagi kat sini?” sapa Maya, rakan baiknya suatu ketika dahulu. Maya menghampiri Nadrah lantas melabuhkan punggung di sebelah Nadrah. Sebelah tangannya diletak pada bahu Nadrah. “Baru seminggu beb. Takkan dah rindu..”

     “Aku rindu anak aku.” Nadrah memangkah. Ya, dia merindui Qhafie lebih dari merindui Qabiel. tapi, itu yang terlafaz di mulutnya. Bukan di hati.Kenyataan yang pahit, dia juga rindukan suaminya itu. Tidak tertanggung rasanya.

     Maya tergelak kecil. Lucu mendengarnya. “Qhafie ada iras suami kau, kan?” telah Maya. Dia gelak lagi sehingga mengundang rasa aneh di benak Nadrah.

     “Memang dia ada iras Qabiel. Kenapa?”

     “Yalah, kau tengok anak kau.. sambil-sambil tu, layan perasaan sebab dapat tengok suami kau kat dalam muka anak kau. betul tak?” Maya semakin galak. Dia mencubit peha Nadrah. Semakin nakal mahu mengusik Nadrah.

      “Aku tak ada masa nak rindukan dia. Sudah berbulan aku cakap rindu pada dia, tapi ini yang dia berikan pada aku.”

     “Kau tak rindu, betul ke? Yang aku tengok malam-malam tidur selimut diri dengan sweater milik ehem-ehem awak.. sembur minyak wangi lelaki dalam bilik.. itu apa? Tell me.. please..”

     “Kau kawan dia ke?”

     “Alololo.. dia merajuklah. Okey, okey.. I’m so sorry. Tak ada maksud nak usik kau. By the way, kau tak kasihankan anak kau?”

      “Aku terpaksa.”

      “Qabiel tu sebenarnya cemburu sangat. Sayang kau. Bukannya tak sayang kau. Dia tetap cintakan kau. Faham tak? Cem.. bu.. ru..”

      ‘Aku pun tetap cintakan dia. Sayangkan dia. Lebih dari segalanya, Maya.’ Lafaz Nadrah jauh di dasar hatinya. Malu untuk mengakui kebenaran tersebut. Dia takut dia kalah. DIa takut dia akan kembali ke sisi Qabiel sebelum tiba waktu yang sesuai. “Aku tahu dia sudah terlebih mencemburui. Tapi, buat masa sekarang ini aku nak jauhkan diri dari dia. Aku mahu dia sedar, ketiadaan aku tidak menyempurnakan hidup dia.”

     Maya melepaskan keluhan. “Untuk apa? Kau keluar dari rumah tanpa izin suami kau, Nad. Berdosalah!”

     “Masalahnya Maya, aku tak tahan! Setiap hari aku dengar benda sama. dia tuduh aku curang. Dia cakap aku tak setia. Sedangkan aku masih ada di sisi dia, berdiri di belakang dia, pada setiap waktu. Setiap kali dia bernafsu, aku layan dengan ikhlas dan rela. Tapi apa yang aku dapat? Dia tetap cakap aku duakan dia. Aku bukan patung, Maya..”

     Air mata perlahan mengalir di pipi Nadrah. Tersengguk-sengguk Nadrah menangis di sisinya. Sayu hati Maya melihatnya. Nadrah sebelum ini cukup kuat membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Dari kecil sehingga besar, belum pernah Maya melihat Nadrah menangis sebegitu rupa. Sewaktu Nadrah dipaksa untuk berkahwin dengan arwah Tan Sri Hashim, Nadrah hanya tergelak lucu.

     “AKu cintakan Qabiel, Maya. Begitu cintakan dia dan tetap akan mencintai dia walau apa yang terjadi. tujuh tahun aku bersama dengan dia, belum pernah aku curang dengan dia. Kenapa baru sekarang aku dikatakan curang?”

     Tubuh Nadrah didakap erat. Nadrah benar-benar tidak kuat untuk menghadapi semuanya 
seorang diri. “Aku ada sentiasa di sisi kau, Nad. Sentiasa..”




HAdif mencampakkan beg sandangnya ke tempat duduk belakang sebelum memakain tali pinggang keselamatan. Dia menyerabutkan rambutnya sedikit dek terlalu rimas dengan cuaca panas. Sejenak, dia memandang Dr Kamal yang leka meneliti jadual di dalam smartphonenya. “Ayah, ada contact dengan Cikgu Nadrah?”

      Hanya gelengan yang mampu Dr Kamal berikan. Mana dia tahu. Nadrah bukan isterinya. Bukan juga ahli keluarganya. Takkan dia mahu ambil tahu. Apa pula kata orang sekeliling.

      “Kita pergi rumah cikgu. Hadif tak sedap hatilah. MEsti ada yang tak kena dengan cikgu  sampai tak datang kelas seminggu. Bosanlah, ayah.”

      “Nanti suaminya cakap apa pula?”

      “Ayah, Hadif rindu cikgu Nadrah sebagaimana Hadif rindukan mummy. That’s why Hadif nak jumpa cikgu.”

       “Dif, ayah bukan tak nak bawa kamu ke rumah cikgu nadrah. Tapi, kita kena fikirkan reaksi suami dia. You know kan yang suami Cikgu Nad syak ayah ada hubungan sulit dengan cikgu? ayah tak nak keruhkan lagi keadaan.”

      “Entah-entah Cikgu Nadrah kena pukul dengan suami dia? Ayah, kita kena tolong cikgu Nadrah. Lets go!”

      Dr kamal tersentak. Tak sangka Hadif akan berfikiran sedemikian rupa. Kepalanya digelengkan menyangkal segala kemungkinan yang hadir di dalam kepala Hadif.


*****


“Aku jemput kau lambat sikit tau hari ini, Nad. Aku ada hal dengan bos. Boleh tunggu?”

     “Okey, Maya. Apa-apa hal, aku call kau.”

     Maya senyum. Dia melambaikan tangannya pada Nadrah sebelum memandu pergi.

     “Hari ini balik lambat. So, nak buat apa?”

     “Hai Nadrah. Awak buat apa di sini?” sapa Zafry, Pengurus Besar Syarikat Dimensi. Dia sengih kecil melihat Nadrah yang terkejut. Comel.

     “Err, Encik Zafry. Hai. Morning!”

     Zafry melebarkan lagi sengihannya. Suka melihat kekalutan yang terserlah di wajah Nadrah. Dua hari dia mengenali Nadrah, dia sudah jatuh suka dengan setiap tindak tanduk gadis itu. Menawan. “Siapa yang hantar tadi?”

     “Kawan.” Narah menjawab sepatah. Dia menggerakkan kakinya sedikit dan melangkah. Cuba menjarakkan diri dengan Zafry dan sedaya upaya mahu beredar pergi tanpa Zafry di sisi.

     Langkah Nadrah diekori Zafry sehingga ke dalam lif. Ruang luas di dalam lif begitu sunyi. Tambahan pula hanya mereka berdua sahaja di dalam. “Nadrah, awak larikan diri dari saya ke?”

     “Mana ada. Kenapa perlu saya larikan diri dari encik?”

     “Nadrah, seronok bekerja di sini?” soal Zafry. Dia senyum melihat kegusaran nadrah. Jujurnya, dia mengenali siapa sebenarnya Nadrah. Cuma, dia buat-buat tidak kenal untuk mengetahui sejauh mana kebenaran tentang Nadrah. Sejak beberapa bulan yang lalu, dia sering mendengar rakannya, Qabiel meluahkan perasaan. Tentang isteri yang telah menduakan dirinya. Dan, ketika Nadrah meminta kerja di syarikatnya, Zafry cuba menyiasat. Kasihan melihat Qabiel yang bersedih atas pemergian Nadrah dan sakit hati mendengar Qabiel mengata Nadrah mengikut lelaki lain.

     baginya, dia perlu mendengar dari dua pihak. bukan hanya sebelah pihak sahaja.

     “Alhamdulillah. Seronok. Tak sangka kerja sebagai konsultan ni begitu menyeronokkan. Dapat kenal pelbagai ragam manusia.”

      “Saya tak sangka awak dapat sesuaikan diri dengan begitu cepat.”

     Nadrah terangguk-angguk dan diam. Tidak mahu mengulas.

     “Awak memang begini ke? Tak mudah mesra dengan orang lain?”

     “Tak, tak juga. Depends dengan situasi yang saya perlu hadap. Kita ada batas pergaulan yang perlu dijaga. Encik majikan saya. Dan, saya pegang status sebagai seorang isteri. ENcik tahu, kan?”

     “Mana suami awak?”

     Tingg!

     pintu lif terbuka lebar. Nadrah menarik nafas lega. “Hah, dah sampai!” Nadrah teruja sehingga terlompat sikit. “Saya keluar dulu. Assalamualaikum.”

     “Qabiel, Qabiel.. kau dah salah sangka dengan isteri sendiri.”
     





p/s: ada orang tanya, cerita ni base dari story apa. klik link cerita Cinta, itu kamu. okey? bye.

5 comments:

Anonymous said...

Best.. cepat sambung ye cik writer..

Nadi Ilham said...

sure

nurfarahamanina suparman said...

yess... pdan muka qabiel... hehehe

Nadi Ilham said...

amboi....

nurfarahamanina suparman said...

sekali sekala