Wednesday, August 27

Sedetik Tidak Berubah part 4

Aya Sophea berdiri di hadapan almari cermin. Dia mengeluh panjang melihat wajahnya yang pucat dan sembab. Di kelilingi matanya pula terdapat lingkaran hitam menandakan dirinya tidak cukup tidur. “Hari ini bersiap sedialah untuk dengar Doktor Syed Zhafran Syed Ghaffar tu membebel. HUrmm..”

     “Tak masuk galeri langsung?” Mayesha masuk ke dalam bilik sambil menghirup air Horlick. Sebelah tangannya yang lain pula dia memegang roti bun berperisa coklat.

     “Masuk. Sebab tak sure Zhaf sampai pukul berapa. Dia cakap, dah sampai baru nak call.”

     “Rushinglah nanti.” Suara Mayesha tenggelam timbul setelah bercakap dengan mulut yang penuh dengan roti bun.

     “Tak apa. By the way, kalau aku keluar nanti mungkin balik lambat atau kita orang tak balik. Singgah honeymoon!”

      “Poyo! Honeymoon selepas empat tahun kahwin?”

      “Kan?” Aya Sophea membetulkan selendangnya agar kelihatan lebih kemas dan cantik. Dia senyum melihata padanan pakaiannya hari ini. Ringkas dengan sepasang gaun labuh tanpa lengan yang dihadiahkan Syed Zhafran dahulu bersama sehelai jaket bercorak pemberian Adib Ziyadh. “Okey tak?”

     “Okey. Cantik,” puji Mayesha. Dia suka melihat penampilan Aya Sophea. berani mencuba pelbagai jenis material dan corak untuk digabungkan. Aya Sophea tidak pernah takut untuk menggabungkan beberapa warna pada satu-satu masa. Ikut emosi dan moodnya. “Eh, sebelum aku terlupa..”

     Dahi Aya Sophea berkerut seribu melihat Mayesha yang terjerit kecil dan terus keluar dari biliknya. Kelam kabut bunyi langkah kaki Mayesha mencari sesuatu.

     “Nah!” Sekeping kad dihulurkan kepada Aya Sophea. “Dia datang galeri semalam sewaktu kau keluar makan dengan abang kau. Dia suruh kau call dia.”

     “Dapat juga dia tahu aku kerja mana.”

     “Dan..”

     Mata Aya Sophea terus sahaja menikam anak mata Mayesha. “Dan? Apa?”

     “Dia cakap yang dia tu kekasih kau. Dan, aku terlepas cakap. Dan, aku cakap yang kau dah kahwin. Dan, dia nampaknya macam tak boleh terima. Dia angin satu badan.”

     “Kekasih? Kelakarnya. By the way, thanks. Aku tak kisah pun kau beritahu dia yang aku dah kahwin. Kenyataannya aku memang dah kahwin.” Aya Sophea senyum. “Kau nampak tak Wildan Ali yang aku pernah ceritakan pada kau tu memang ada pada dia. Susah nak terima kenyataan, tetapi lama-lama dia akan terima dan terus biarkan. Bila dah berlaku, baru nak sesalkan.”

     “Ada sikit. Tapi, bila aku tengok kau yang dah kahwin dengan abang Syed, aku rasa kau lebih sesuai dengan abang Syed. Sudahlah romantik, senyuman manis, suara lembut, malu-malu.. aishh, bestlah. Badan abang Syed..”

     “Ehem.. ehem.. sakit pula tekak ni.” Aya Sophea mencebik sedangkan Mayesha galak mengetawakannya.

     “Tak boleh ke?”

     “Tak. Hanya aku je.”

     “Ermm.. tak lama lagi, abang Syed aku jadi ayah nampaknya!”

     “Eh, ke situ pula.” Bercekak pinggang Aya Sophea. Bersemu merah wajahnya menahan malu. “Tapi... aku pun tak sabar nak bergelar ibu.”

      “Aku doakan yang terbaik untuk korang berdua. Semoga cepat-cepat dapat baby.”

     “Amin.”



Tuan Mikael Idrus memandang Adib Ziyadh yang leka menatap surat khabar. Leka benar sampaikan langsung tidak sedar dirinya yang sudah berdiri lama di hadapan Adib Ziyadh. Dia melabuhkan punggungnya. “Adib tahu adik dah balik Malaysia?” soalnya lembut. Tidak mahu mengejutkan Adib Ziyadh yang leka.

     Perlahan-lahan Adib Ziyadh melipatkan surat khabar dan meletakkannya di atas meja kopi. Dia memandang daddynya. “Daddy tahu adik dah balik?”

     “Wildan beritahu.”

     “Ya, adik dah balik. For good. Dah sebulan.”

     “Dia tak nak balik vila?”

     Soalan Tuan Mikael Idrus membuatkan Adib Ziyadh menggaru kepalanya. “Buat masa ini tidak kut. Dia tengah busy untuk siapkan galeri dia.”

     “Adib dah bertemu dua muka dengan dia?” Adib Ziyadh mengiyakan dangan anggukkan. “Dia macam mana? SIhat.”

     “Alhamdulillah. Dia sihat. Semakin ceria dan bahagia.”

     “Daddy tidak tahulah apa yang tidak kena dengan Aya. Dia tidak pernah ceria bila berada bersama kita semua. Apa sebenarnya yang dia mahukan?” keluh Tuan Mikael Idrus. Bukannya dia tidak sedar yang Aya sophea dari kecil suka memberontak. Ada sahaja yang tidak kena sampaikan dia pernah mengurung anak gadisnya itu di loteng bila Aya Sophea cuba melarikan diri dari rumah sewaktu berusia 16 tahun.

     Adib Ziyadh menjungkitkan kedua belah bahu. Dia sendiri tidak tahu apa keinginan adiknya. Mungkin kebebasan. “Entahlah daddy. Adib pun tak tahu. Aya mungkin bukan seorang gadis yang suka menjalani kehidupan senang tanpa bersusah payah, mungkin juga dia tidak suka terkurung dalam vila bersama beberapa bodyguard setiap masa.”

     “Dia mahukan kebebasan?”

     “Mungkin.”

     “Ajak adik pulang ke vila. Mummy rindukan dia.”

     “Daddy?”

     “Daddy dah lama maafkan adik. Dia satu-satunya anak perempuan yang daddy ada. Daddy juga rindukan keletahnya bila bermanja. Bila teringat kisah dulu-dulu, dia jugalah yang menceriakan vila ini dengan kenakalannya. Habis tunggang terbalik vila ini bila dia ada. Tapi bila dia sudah tiada, seri vila ini seperti hilang. Tiada gelak tawa para pekerja, tiada senyuman mummy.. dan kamu.. asyik sibuk di pejabat. Daddy rasa..”

     “Insya-Allah, Adib panggil dia pulang nanti.”

     “Kita buat makan-makan. Panggil Wildan sekali.”

     Adib Ziyadh telan air liurnya. “Wildan? Kenapa?”

     “Cukuplah empat tahun memisahkan mereka berdua.”

     “Daddy, tak payahlah. Kita buat makan-makan sesama ahli keluarga sudahlah. Tak perlu ajak orang luar sekali.”

     Tuan Mikael Idrus memeluk tubuh. Dia jadi hairan mendengar permintaan Adib Ziyadh. Bukankah anak lelakinya itu menyokong Aya Sophea suatu ketika dahulu yang memilih Wildan Ali sebagai teman hidup. Kenapa pula sekarang Adib Ziyadh tidak mahu Wildan Ali turut serta dalam pertemuan tersebut. “Jujur dengan daddy. Rasa macam ada yang tidak kena je. Kamu berdalih ke? Kenapa Wildan tidak boleh ikut serta. Orang luar? DIa juga akan jadi keluarga kita bila berkahwin dengan Aya.”

     “Erhh.. ermm..”

     “Sebab Aya dah kahwin? Dengan orang lain?” telah Tuan Mikael Idrus. Dia menantikan jawapan dari Adib Ziyadh. Jika benar kata-kata Wildan Ali, dia tidak boleh tunggu lama. Dia perlu bertemu dengan Aya Sophea. Apa pula kata rakan-rakan perniagaannya yang lain bila tahu anaknya sudah kahwin tetapi tiada undangan majlis.

     “Ya, daddy. Aya dah kahwin. Di Perancis.”

     “Alhamdulillah.” Lega hatinya sedikit. Maknanya sepanjang Aya Sophea berada di Perancis, ada seseorang yang melindungi anak gadisnya. “Panggil dia dan suaminya ke vila. Kita bincang. Kita perlu adakan sedikit majlis keraian untuk hebahkan perkahwinan mereka berdua.”

     “Insya-Allah daddy. nanti Adib beritahu Aya.”
    


“Kau nak apa?” soal Adib Ziyadh sebaik sahaja Wildan Ali melabuhkan punggung di hadapannya. Terkejut juga dia bila lelaki itu tiba-tiba sahaja muncul di hadapannya sedangkan mereka berdua sudah lama tidak bertemu.

     “Kau tahu Aya dah balik?”

     “Dah.”

     “Aya dah kahwin?”

     “Dah.”

     “Bila kau tahu?”

     “Beberapa hari yang lepas.”

     Wildan Ali meraup wajahnya. Sekarang, dia sudah tahu. Aya Sophea yang membuat keputusan untuk berkahwin. Tanpa pengetahuan sesiapa. “Kenapa dia kahwin dengan orang lain?”

     “Manalah aku tahu. Waktu dia kahwin, dia ada di Perancis. Bukannya ada di depan aku. Kalau depan aku, mungkinlah dia akan kahwin dengan Tengku Haicarl, atau kau.” Adib Ziyadh memandang Wildan Ali yang menjenguk ke sana sini. “Kau cari siapa?”

     “Manalah tahu kalau Aya datang makan dengan kau. Aku nak jumpa dia semalam. DIa keluar lunch dengan kau. Aku tinggalkan kad, suruh dia call aku, langsung tak ada call.”

     “Tak, dia ada hal lain.”

     “Hal apa? Dia tak beritahu kau?”

     “Eh, aku nak makan. Makan! Aku baru je nak suap nasi masuk dalam mulut, kau tanya aku. bila aku nak habis makan?”

     “Sorry. Makanlah. aku tunggu.”

     “Tunggu buat apa?”

     “BadaiDanau. Jam dua.”

     “Oh..”


*****


Aya Sophea terpaku beberapa detik. Dia memejamkan matanya dek terlalu takut dengan sesuatu yang baru sahaja memeluknya. Hatinya benar-benar kegelisahan dan ketakutan sudah menguasai tubuhnya. Siap sahaja yang boleh membantunya bila kesusahan sedemikian. Andai dia nekad, pasti ada bahaya yang turut bertandang. “Kau siapa? Apa yang kau nak?” soalnya dengan getar suara yang ketakutan. Ingin berpaling, sungguh dia tidak berani.

     “Aku mahu kamu..” Garau. Serak. Keras.

     “Tolong.. aku..”

     Pipinya dikucup. Lembut. Terasa geli dek terkena jambang dan ketika itu, Aya Sophea tersedar akan sesuatu. Wangian lelaki itu. Cara pelukan dan suaranya. “Syed Zhafran!?”

     “Ya, sayang.” Spontan suara Syed Zhafran berubah lembut. Seperti biasa. “I miss you..”

     Tubuh dipaling menghadap Syed Zhafran yang beriak biasa. Tiada langsung riak bersalah di wajahnya. “Bencilah.”

     “Rugi benci suami sendiri.”

     “Menyampah.”

     “Lagi awak menyampah dengan saya, lagi saya suka.”

     “Nakal!”

     Syed Zhafran menguntum senyum. “Nakal dengan awak je, ada hasil.”

     “Syed Zhafran!”

     “Ya, sayang..” Syed Zhafran terus menarik Aya Sophea ke dalam dakapannya. SUngguh dia rindukan Aya Sophea. Sungguh dia tidak mahu berjauhan lagi dengan isterinya. Cukuplah hanya sebulan. “Sorry, saja buat kejutan untuk awak.”

      “Pakat dengan Mayesha, kan? Tiba-tiba je dia nak keluar cari barang.”

      “Tak salah.”

     “Saya tunggu awak dari tadi. Tunggu panggilan awak.” Kepalanya dilentokkan di atas dada Syed Zhafran. Dia tersenyum sendiri. Bagus mendapat lelaki yang tinggi. Sekurangnya bila dia yang pendek dan kecil itu berdiri di hadapan Syed Zhafran dia dapat meletakkan kepalanya di dada. “I miss you, Zhaf. Especially, your heartbeat!”

     “Sebab tu, saya peluk awak.” Syed Zhafran bersuara perlahan. Sudah arif dengan keinginan dan tingkah laku Aya Sophea. Isterinya itu suka dipeluk untuk mendengar degup jantungnya. Dia tenang.

     Mayesha masuk ke dalam bilik. Dia berdehem sengaja mahu mengganggu mereka berdua yang masih berpelukkan. “Abang Syed, Sha tak nak peluk ke?” usik Mayesha sebelum melepaskan gelak nakal. Kelakar melihat riak wajah Syed Zhafran yang bersemu merah dan pudar wajah yang kegelisahan. “Eh, acah je. Haram.”

     “Kau ni. Jahat kenakan suami aku.” Mencekak pinggang Aya Sophea mendengarnya.

     “Sekali-sekala. Aku pun rindu nak gurau-gurau.”

     “Bab peluk, hanya aku je tau boleh dengan Zhaf.”

     “Ya, hari ini kita peluk sampai lebam. Okey?”

     “Dari ayat abang Syed, aku rasa doa yang kita mohon pagi tadi.. dimakbulkan!”

     “Mayesha!!!”

     Aya Sophea menutup wajahnya menggunakan kedua belah tangan. Malu. Jauh di dasar hatinya dia berdoa agar Syed Zhafran tidak bertanya lanjut mengenai itu. Dia kembali memandang suaminya yang turut memandangnya. Pandangan mereka bertemu sebelum mereka berdua mengalihkan pandangan masing-masing. Terbit rasa malu. Argh, begitu sukar mendefinisikan perasaan di antara Aya Sophea dan Syed Zhafran.

     “Dalam skype.. Mr Romeo dan Mrs Juliet. Kenyataannya, korang berdua ni.. dah macam ustaz dan ustazah! Malu-malu kucing,” komen Mayesha sebelum keluar dari bilik Aya Sophea.

      Sekali lagi Aya Sophea memandang wajah suaminya. Namun, ketika itu juga Syed Zhafran turut memandangnya. Mereka berdua tergelak dengan aksi mereka sendiri. “Saya rindu nak tatap muka awak. Jangan fikir lain.”

     Syed Zhafran mengangguk. “Saya juga. Jangan fikir lain.”

     “Kenapa tak call cakap dah sampai?”

     “Tak naklah susahkan awak kena ambil saya di airport.”

     “Betul?”

     “Ya, rindu awak. 200%”

     Meletus tawa Aya Sophea mendengarnya. “Tengok ke cerita tu? Tonton?”

     “Eh, mana ada saya layan cerita-cerita jiwang macam tu. Tak macholah.” Syed Zhafran menggeleng-gelengkan wajahnya. Dia memandang Aya Sophea yang sudah duduk di salah sebuah kerusi di situ. “Tapi, adalah sikit.”

     “Agak dah.”

     “Aya, tahu tak sebab apa saya ke sini hari ini. Tak esok, tak lusa, tak semalam.. tapi hari ini.”

     “Not so sure. Mungkin semalam tiket flight dah habis. Esok lusa pun sama. Hanya ada hari ini. kan?”

     Lebar senyuman Syed Zhafran mendengarnya. Confirm Aya Sophea memang pelupa bila berkaitan dengan tarikh-tarikh istimewa. Jadi rancangannya untuk membuat kejutan sempena hari lahir Aya Sophea tentu menjadi. “betullah tu. Pandai.”

     “Yeay..”

     “Aya Sophea Mikael Idrus..”

     “Ya, Syed Zhafran Syed Ghaffar. Awak mahu apa?”

     “Nak honeymoon ke mana?”

     “Honeymoon?”

     “Mayesha cakap yang awak..”

     “Eh mana ada. Saya main-main je dengan dia. SUka sangat ambil serius dia tu. Haihh..” tepis Aya Sophea. Malu mahu mengaku rancangan awalnya tadi.

     “Kita pergi tempat yang sejuk. Cameron?”

     “Awak nak?”

     “Saya nak pergi honeymoon dengan awak. Empat tahun bersama, takkan nak berdua lagi. Elok kita rancang..”

     “Awak nak anak?”

     “Itulah rancangan saya. Maksud tersirat. Awak dapat tangkap.”

     Aya Sophea simpul senyum. “Okey. Kita plan..untuk dapat anak.”

     “Bila?”

     “Hah?”

     “bila nak pergi Cameron? Jangan fikir lain.”

     Mereka berdua tergelak. 

Monday, August 25

Sedetik Tidak Berubah part 3

Hilai tawa Omar Tsaqeef di dalam pantry membawa langkah Wildan ali ke sana. Dia bercekak pinggang memandang lelaki itu yang asyik menyertai beberapa orang pekerja lain menonton siaran ulanga Maharaja Lawak Mega. “Amboi kau asyiknya. Aku call langsung tak angkat.”

     “Sorry, aku silentkan phone.” Omar Tsaqeef menghampiri Wildan Ali sambil meneliti telefon bimbitnya. “Ada apa?”

      “Aku nak keluar. Nak jumpa dengan Aya. Aku baru tahu mana dia kerja. So, bos besar.. boleh aku keluar?”

      “Pergilah. Nak kejar cinta kau, kan?”

      “Okey, terima kasih.”

      “Itu je?” Wildan Ali mengangguk. “Lain kali text je aku. Aku balas ke tak, lantaklah. kan dah ganggu aku tengok Nabil. Isy..”

      Wildan Ali menjungkitkan sebelah keningnya. Pelik betul dengan perangai Omar Tsaqeef. Sudahlah memegag jawatan tertinggi di dalam syarikat, tapi berperangai seperti budak-budak. Tidak pernah mahu serius. Umur sudah menjangkau 30 tahun, masih bujang. Tidak terdetik di hati lelaki itu mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. “Kau tu jangan asyik sangat tengok MLM. Sat gi bapak kepada segala bos besar turun padang, nahas kau.”

     “Siapa?”

     “Aqila tak beritahu ke yang Tuan Rasyid nak datang syarikat hari ini dengan ALP semua?”

     Ketika itu, Omar Tsaqeef kelihatan termenung jauh seperti sedang memikirkan sesuatu. Dia meneliti schedule di dalam telefon bimbitnya pula. “Damn! Aku lupa.”

     “Get ready dengan semua fail syarikat, ya. Aku pergi dulu. Assalamualaikum.”

     Wildan Ali menepuk-nepuk bahu Omar Tsaqeef sebelum beredar pergi.




“Assalamualaikum, encik. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?”

     Mayesha lembut menyapa Wildan Ali yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam galeri. Dia menghulurkan sekeping pamphlet kepada Wildan Ali dan terus rancak memperkenalkan perkhidmatan yang ada di dalam galeri.

     “Saya nak jumpa dengan Aya Sophea sebenarnya. Dia ada?”

     ‘Aihh, semalam seorang lelaki jumpa dia. Hari ini lagi seorang. Dua-dua hensem. Abang dia ke?’ gumam Mayesha. “Encik siapa?”

     “Kekasih Aya, Wildan Ali.” Yakin Wildan Ali memberitahu.

     Mayesha melopong. Kekasih? Setahunya Aya Sophea sudah berkahwin, dan suaminya seorang doktor di Perancis. Dia mengenali suami Aya Sophea. “Encik ni cari Aya Sophea yang mana ya. Sebab setahu saya, Aya Sophea yang kerja di sini dah kahwin. Tak mungkin encik ni..”

     “Dah kahwin?”

     “Ya, dia dah kahwin. Empat tahun yang lepas.”

     “Aya Sophea Mikael Idrus?” Wildan Ali jelas sekali tidak dapat menerima perkhabaran tersebut.

      “Err..” Mayesha baru teringat. Sebelum ini, ada seorang lelaki yang datang ke rumah. Aya Sophea menangis dan menjadi murung kemudiannya. Ya, inilah lelaki yang disebut Aya Sophea. Wildan!

     “Dia mana? Siapa suami dia?”

     “Aya tiada di galeri sekarang. Dia pergi lunch dengan Encik Adib Ziyadh.”

     “Serius dia dah kahwin?” Sekali lagi dia bertanya lanjut bagi memastikan pendengarannya tidak salah.

     “Ya, dia sudah kahwin. Empat tahun yang lepas. Di Perancis!”

     Terbeliak mata Wildan Ali. Perancis? “So, suami dia orang Perancis? Islam? Melayu? Orang Inggeris? Pan Asian.. damn!!! Apa pulak aku merapu ni!”

     “Suami dia orang Melayu. Tapi ada kacukan Arab-Malaysia. Tak ada darah Perancis kecuali mak ciknya kahwin dengan orang Perancis. That’s all.” Mayesha galak menjawab segala pertanyaan Wildan Ali. Dia suka melihat lelaki di hadapannya itu kelam kabut. Lucu sekali gayanya.

     “Awak kenal rapat dengan Aya?”

     “More than that. Dia kawan baik saya, saudara saya. Luar dalam semuanya saya tahu. Kisah keluarga, kisah kekasih dan rumah tangganya. Kami bersama-sama mengusahakan sebuah galeri di Perancis. Thanks tu her husband too.”

     “Enough. I want to know about Aya Sophea. Not about her husband. Tell me more about her.”

     “By the way, ini galeri. Bukan kaunter pertanyaan. Kat galeri ini pun, kami tak letak kaunter pertanyaan.”

      ‘Alamak aihhh.. kecik besar kecik besar je aku tengok dia ini. Loyar buruk pulak. Elok kau kahwin dengan si Tsaqeef tu. Otak terkena virus.’

     “Bila dia masuk pejabat balik?” Nyata Wildan Ali tidak mampu berdiri lama di hadapan Mayesha.

     “I don’t know. Saya bukan pembantu dia mahupun setiausaha dia. Saya tak jaga jadual harian dia.”

     “Mulut awak ni boleh tahan juga, kan? Panas!”

     Mayesha gelak sahaja mendengar kritikan Wildan Ali. “Tak kenal saya lagi. Sebab tu rasa panas even kita ni dalam ruang berpenghawab dingin.” Mayesha senyum sinis.

     Tali leher dilonggarkan. Sekeping kad dikeluarkan dari dalam dompetnya. “Bagi pada Aya. Suruh dia call saya. Tak kira bila masa.”

     “Okey.”

     “Thanks you.”

     Wildan Ali terus meninggalkan galeri milik Aya Sophea dan Mayesha itu. Semakin panas berada dengan Mayesha yang begitu sinis berbicara. Tak padan dengan wajah yang lembut dan senyuman yang manis.

     Sampai sahaja di kereta Toyota Altezza miliknya, dia terus sahaja menendang tayar kereta. Melepaskan geram. ‘Aya dah kahwin? Impossible! Aku perlu berjumpa dengan daddy.’

     Pintu kereta dibuka lantas dia menerjah masuk. Enjin kereta dihidupkan. “Kacukkan Arab dan Malaysia.. Tengku Haicarl? Tak mungkin. Lelaki itu dah kahwin. Siapa pula? Daddy nak jodohkan dia dengan siapa selain Tengku Haicarl dulu?”

     Stereng ditumbuk kuat. Sekali lagi dia melepaskan geram. Pastinya, hati jauh lebih sakit berbanding fizikalnya.

*****

Aya Sophea menjerit kegirangan sebaik sahaja mendengar bunyi notification dari komputer ribanya. Dia melompat-lompat di hadapan Mayesha yang sememangnya pelik dengan aksi luar dugaan Aya Sophea. “Weyh, kau kenapa? Tercekik ayam aku tengok kau melompat macam tu.”

     “Skype! Mr. Romeo aku!!!” jerit Aya Sophea kuat dan lantang sambil menari-nari kegedikkan. Mengusik Mayesha yang paling menyampah dengan aksinya bila berduaan dengan Syed Zhafran.

     “Kalau aku tahu perangai kau macam ini, sumpah mati hidup semula aku tak suruh abang Syed kahwin dengan kau. Loya aku.”

     Tergelak kecil Aya Sophea mendengar komen Mayesha. “Eleh, jealous.” Aya Sophea membetulkan baju serta rambutnya. Dia duduk menghadap komputer riba. Dia menekan sesuatu menggunakan mouse dan senyum memandang ke kamera. “Assalamualaikum, ya habibi.”

     “Waalaikumsalam, ya habibi. Kaifa haaluki?” Syed Zhafran senyum senang hati melihat sang isteri yang berada jauh di mata. Lantas dia bertanya khabar bila melihat isterinya seperti kurang tidur.

     “Bikhairin, syukran. Wa anta?”

     “Bikhairin jiddan. Tapi lebih bagus kalau Aya ada di sisi.” Syed Zhafran menundukkan wajahnya sebaik menuturkan sahaja ayat terakhirnya. Malu.

     Aya Sophea turut melarikan pandangannya. Masih malu. Walaupun sudah berumah tangga dengan Syed Zhafran selama empat tahun lamanya, mereka berdua masih sedemikian rupa. Malu bila berduaan. Tetapi itu yang manisnya percintaan mereka. Sudah halal, tapi masih malu. Sudah halal, tapi masih tersipu. Tak rugi rasa kasih, tidak perlu membazir sayang. Lepas nikah semua indah!

     “Oitt Romeo dan Juliet, gediknya aku tengok korang!”

     Mayesha menghamburkan tawa bila Aya Sophea memasamkan wajah dan membaling bantal kecil padanya. Dia masuk ke dalam bilik sebaik sahaja keluar dari dapur. Mungkin mahu tidur. Mayesha memang tidur awal.

     “Aina Mayesha?”

     “Bilik. Mahu tidur.”

     “Cinta hati saya rindu ke tidak pada saya?” lembut suara Syed Zhafran bertanya.

     “Sentiasa merindui awak wahai.. Syed Zhafran! Stop teasing me, okay. Saja je tau.”

     Syed Zhafran gelak nakal. Seronok dapat mengusik isterinya. Bukannya dia tidak tahu pasti Aya Sophea akan turut menggunakan ayat bunga-bungaan selagi tidak sedar dengan ‘pukauan’ ayatnya. Kebiasaannya begitulah mereka berdua bila berbual. Seronok. Kadang-kadang Aya Sophea yang akan mulakan perbualan yang sedemikian. Cuma, Aya Sophea masih malu. “Saya rinduka awak.”

     “Jangan cakap awak seorang sahaja, Zhaf. Saya juga rindukan awak.”

     “Mahu saya ke sana?”

     “Tidak perlu kalau untuk seketika. Nanti bila awak pulang ke sana, rindu itu kian memuncak. Sakitnya merindu sukar diluahkan lagi dengan kata-kata.”

     “Orang seni memang petah berbicara.” Syed Zhafran senyum manis. “Ghadan..”

      “Ghadan? Ada apa dengan esok?”

     “Saya akan ke sana.”

     Spontan Aya Sophea menutup mulutnya yang melopong. Terkejut. Teruja. Segalanya bercampur baur. “Ghadan?”

     “Ya, esok.”

     “Kenapa?”

     “Saya rindu awak.”

     “I can’t wait.”

     “Suka?”

     Aya Sophea menganggukkkan kepalanya. Terlebih suka. Gila tak suka orang yang disayang nak datang bertemu.

      “Kita akan bertemu dengan famili Aya.”

      “Tak!”

      “Yes.”

     “Tak!”

     “Yes.”

     “Syed Zhafran Syed Ghaffar!”

     “Ya, saya sayang!”

     “jangan buat kerja gila. Saya tak ready untuk berhadapan dengan daddy dan mummy.”

     “Jangan risau. Saya ada untuk awak.”

     “Macam mana kalau daddy dan mummy mengamuk.”

     “Saya akan melindungi awak dari segalanya. Apa gunanya saya sebagai seorang suami kalau tidak mampu melindungi isteri sendiri? Tidak bertanggungjawablah saya mengatakan cinta dan kasih pada seseorang tetapi tidak mengambil risiko untuk melindunginya.”

      Berkaca jua mata Aya Sophea mendengar kata-kata Syed Zhafran. Tidak dapat dinafikan. Syed Zhafran memang lelaki yang bijak berpuitis. Puitisnya bukan sekadar manisan yang ditabur mendapatkan gigitan enak, tapi puitisnya mengundang seribu rasa yang cukup enak ditelan dari setiap gigitan. “Saya tunggu awak esok.”

      “Okey, sayang. Sekarang, saya mahu awak tidur. Dapatkan tidur yang secukupnya untuk esok. Kita pergi dating. Boleh?”

     “Sure. Saya akan jadi tour guide untuk awak.”

     “Berapa upah yang awak akan kenakan untuk tour guide saya sepanjang berada di Malaysia?”

     “Cinta yang secukupnya sampai pinjaman nyawa kita dikembalikan kepada Pencipta.”

     Aya Sophea menutup mukanya. Seedar diri sudah terlanjur kata. Syed Zhafran hanya menggelengkan kepala. Turut malu.

     “Ilal liqaai ghadan. Saukallimuka bittilfuwn ba’da ghadan.”

     “Ya, kita jumpa esok dan saya akan tunggu panggilan awak.”

     “Assalamualaikum..”

     “Waalaikumsalam.”      






p/s: saja gedik letak bahasa arab sikit. buat apa belajar dulu lau tak gunakan. hehehe. tapi tidaklah fasih dan hebat. hanya tahu sikit2. mungkin pengunaannya jugatidak berapa sesuai. jika yang tahu berbahasa arab tu, tegurlah ya.


kosa kata arab:
ya habibi- kekasihku
kaifa haaluki- apa khabar anda?
bikhairin- baik
syukran- terima kasih
jiddan- sangat
wa anta- dan anda
ghadan- esok
Ilal liqaai ghadan- sampai jumpa esok
Saukallimuka bittilfuwn ba’da ghadan- saya akan telefon anda esok

okey bye. semoga kehadiran Syed Zhafran membuatkan Wildan Ali cemburu. LOL!!!

Thursday, August 21

Sedetik Tidak Berubah part 2

“Aya?”

     “Abang Ziyadh?”

     Tubuh kecil Aya Sophea terus didakap Adib Ziyadh. Erat dia memeluk tubuh itu. Dia benar-benar tidak menyangka akan pertemuan tidak terduga itu. Sungguh dia merindui Aya Sophea setelah empat tahun lamanya mereka berjauhan. “Abang rindu sangat dengan Aya. SIhat?”

     “Aaa.. aa… adik sihat. Abang?” Tergagap jadinya Aya Sophea. Terkejut dengan pertemuan tersebut. Semalam Wildan Ali dan hari ini abangnya, Adib Ziyadh. Sangat tidak diduga.

     “Sihat. Bila Aya balik sini?” Timbul riak tidak berpuas hati di wajah Adib Ziyadh.

     “Aya kena cepat, bang. Kita sembang lain kali je. Boleh?”

     “No, no, abang tak nak berjauhan dengan Aya. Tell me where do you live? Ada masa abang ke sana. Okey?”

     Aya Sophea jadi serba salah. “Err.. abang, apa kata kalau kita jumpa esok. Di galeri Aya. This is my card. Ada nombor telefon dan alamat galeri. Kita jumpa esok. Boleh?”

      Kad yang dihulurkan Aya Sophea diambil. Pelik dengan sikap adiknya itu. Nampak benar yang Aya Sophea mahu melarikan diri darinya. Sesuatu tidak kena. “Abang nak tahu di mana adik tinggal. Elok ke tidak tempatnya tu, dengan siapa. Jangan tambahkan kerisauan di hati abang lagi adik. Cukuplah empat tahun yang menyeksakan abang.”

     Kepala digaru. Kata-kata abangnya mengganggu. “Aya bukan mahu risaukan abang. Tapi, jujurnya Aya tak bersedia lagi dengan orang ramai. Let me leave alone for a while. Sekarang, Aya tinggal berdua dengan kawan Aya. She’s good and very kind person. Dia kerja dengan Aya di galeri. Don’t worry, okay?”

     “No!”

     “No? For what?”

     “Nothings. Can’t you just consider with me and tell everything about your life. Now?”

     “Aya ada klien yang perlu Aya jumpa sekarang ni. Memang tak ada masa nak cerita semuanya dari A to Z, bang. That’s why Aya cakap, esok kita jumpa. Boleh?”

     “Okey. Abang tunggu di galeri esok. Jam 9 pagi.”

     Aya Sophea menghelakan nafas. Lega. “By the way, abang.. please don’t let daddy and mummy know about me. I’m not ready yet. Please..”

     Senyuman terukir di wajah Adib Ziyadh. “Abang takkan buat sesuatu yang boleh bawa Aya jauh dari abang lagi. I’m promise sayang. Jumpa esok.” Adib Ziyadh terus mencium dahi Aya Sophea. Tindakan spontannya. Barangkali dia sudah terbiasa dengan tindakan sebegitu rupa bila bersama dengan Aya Sophea. Cuma, dalam empat tahun sebelumnya, Aya Sophea tiada di dalam hidupnya.

     ‘Masalah sudah muncul. Abang Ziyadh pasti akan cuba bawa aku kembali ke villa. Errgh. Tak mungkin rasanya Wildan yang beritahu tentang aku pada abang.’



Berbakul-bakul rasa geram Aya Sophea ketika itu sebaik sahaja masuk ke dalam lobi hotel. Sangkanya dia hanya akan bertemu dua mata sahaja dengan Dato Farouk berkaitan dengan lukisannya. Tetapi tidak sebenarnya bila dia melihat lobi hotel yang penuh dengan orang ramai sedang menanti pintu dewan dibuka. Salah seorang tetamu yang sedang rancak berbual di kafe membuatkan dia menarik nafas panjang dan perlu wajah yang tenang. ‘Apa dia buat di sini?’

     “Sophea? memang awak. Saya ingat saya silap tengok tadi.” Seseorang datang menegur.

     Aya Sophea senyum menyapa. “Err, hai. Maaf, kita kenal ke?”

     “Memang saya ini kekal menjadi orang yang dibenci awak, Aya. Sampai sekarang tak kenal dan memang tak tahu nama saya.”

     “By the way, saya tak suka ayat berbelit-belit. Siapa awak?”

     “Tengku Haicarl. Remember me now? Bekas tunang a.k.a suami tidak jadi awak dulu.”

     “Ohh.. okey. Ermm.. I need to go now. Sorry..”

     Tengku haicarl menghalang langkahnya. “Cepatnya. Atau awak risau saya akan tuntut segala ganti rugi yang pernah awak buat dulu?” Aya Sophea merengus geram. “Maaflah. Saya bukan lelaki kejam yang suka buat perempuan kahwin dengan lelaki yang dia tak suka. Masa awak lari dulu, saya kahwin dengan orang lain. Saya cintakan dia, begitu juga dia.”

     “Awak ada orang yang awak cinta tapi still nak teruskan perkahwinan itu dulu.”

     “Saya terpaksa kahwin dengan awak, Aya. Sama dengan awak yang terpaksa kena kahwin dengan saya, untuk bisnes keluarga kita. Cuma, saya tak sekuat awak sehinggakan lari ke luar negara sehelai sepinggang. Saya fikir lepas kita kahwin, baru saya mahu aturkan segala rancangan untuk kita berdua. Tapi, awak lebih cepat bertindak.”

“Ucapkanlah terima kasih pada saya. Sebab saya, awak dapat kahwin dengan kekasih awak. But not for me.”

     berkerut dahi Tengku Haicarl mendengarnya. “Saya rasa awak masih ada peluang tersebut. Wildan tidak pernah berkahwin dengan sesiapa pun.”

“Tak pernah kahwin?”

Tengku Haicarl mengangguk mengiyakan. “Ya. Tak pernah kahwin.”

“Tapi..”

“It’s okay. Come. Saya nak kenalkan awak pada isteri saya.” Tengku Haicarl memegang lengan Aya Sophea lantas menarik gadis itu agar mengikut langkahnya menuju suatu sudut. Ceria wajah Tengku Haicarl berbicara dengannya mengenai rumah tangga dan kebahagiaannya bersama isteri tersayang.

Seorang wanita berjubah labuh dan berselendang ringkas menyapa dengan senyuman mesra. Dia berdiri sebaik sahaja melihat mereka berdua menghampiri. “Sophea..”

“Awak kenal saya?”

“Of course I do. Carl selalu cerita tentang awak. By the way, I’m Hannah.”

“Nice name. Sama seperti orangnya,” puji Aya Sophea. Dia tidak dapat menafikan kenyataan yang benar itu. Hannah seorang wanita yang sungguh cantik, menawan dan anggun. Wajahnya persis orang Arab. Barangkali mempunyai susur galur keturunan dari sana. “Erm.. sebenarnya saya ada hal sekarang. Tak boleh lama-lama di sini. Ini kad saya. Bila ada masa kita boleh bertemu dan berbual. Kalau awak tak kisah saya pinjam ister awak, Tengku haicarl?”

“Eh, tak kisahlah. Elok juga sebab Hannah tiada kawan rapat. Dia selalu habiskan masa di galeri je.”

“Galeri? Ada galeri juga? Saya juga ada galeri. Tapi galeri lukisan je.”

“Seriously? Nak diikutkan lebih kepada butik. Batik. Ada bahagian jualan kain, kraf berdasarkan batik. Satu bahagian pula Hannah buat galeri lukisan. Sekejap.. ini kad Hannah.”

“Kita perlu berkawan, Hannah. Tapi sekarang, I need to go. See you!”

Hannah mengangguk kecil. Mereka bersalaman, berpelukkan dan berlaga pipi. Sungguh tidak dapat diduga pertemuan tersebut mengundang kemesraan yang sukar dijelaskan. Tengku Haicarl senang hati.



“Sorry, Dato Farouk. I’m late!”

     Dato Farouk tergelak kecil melihat Aya Sophea yang termengah-mengah. Dia tidak kisah sebenarnya mengenai kelewatan gadis tersebut kerana dia sendiri terlupa mengenai pertemuan mereka berdua. “Tak perlulah nak minta maaf. Saya pun sebenarnya terlupa. Leka sangat bertemu dengan kawan-kawan lama di sini tadi. Erm.. baru sampai ke? Dari mana?”

     “Lama dah sampai sebenarnya. Saya terserempak dengan kawan lama. Berbual. Leka. Samalah situasi kita.”

     “Ya, sama. So, kita nak berbincang di mana? Celahan orang ramai atau di kafe sahaja?”

     “Saya tak kisah. Kita boleh juga berbincang sambil berjalan dalam majlis ini. Rare sikit.”

     Dato Farouk tersengih. Sejak pertama kali berurusan dengan Aya Sophea dia sebenarnya suka dengan cara gadis itu menguruskan bisnes. Bersahaja. Kelam kabut dan celotehnya yang mencuit hati membuatkan orang senang bersama dengannya. “Boleh juga. Ada makanan dan minuman free.”

     “Setuju.”


*****


Mayesha memandang seorang lelaki yang berdiri di hadapan pintu masuk galeri dengan kerutan di dahi. Dia mengerling jam di tangannya. Baru jam sembilan pagi. Galeri belum buka lagi. Ada satu jam lagi. Seperti yang tertera di hadapan pintu, galeri buka jam sepuluh. Mayesha mengangkat kedua belah tangannya dan menaikkan sepuluh jari memberi isyarat pintu hanya akan dibuka jam sepuluh pagi.

     “Sha, kenapa tercongok kat depan tu?” soal Aya Sophea sekali imbas. Dia terus masuk ke dalam pejabat.

     Tok! Tok!

     Mayesha menggigit bibirnya. Terkejut bila lelaki itu mengetuk pintu kaca tersebut. Dia menjeling lelaki tersebut yang sedang menaip sesuatu di telefon bimbitnya. Kemudian, telefon bimbit ditayangkan.

     ‘Abang Aya?’ gumamnya sendiri.

     “Ya, saya abang Aya. Adib Ziyadh!” jeritnya dari luar bila melihat gerak bibir Mayesha tadi. “Can you open this door now?”

     Pintu dibuka. “Maaf. Saya tak tahu.”

     “It’s okay. Saya nak jumpa Aya. Boleh?”

     “Bilik Aya..” Mayesha meluruskan tangannya ke bilik Aya Sophea.



Adib Ziyadh mengetuk pintu beberapa kali sebelum membuka pintu. Dia memandang Aya Sophea yang sedang duduk di sofa sambil meneliti sebuah fail. Sekilas, Aya Sophea mendongak dan memandangnya.

     “Sibuk ke?”

     “Tak adalah sibuk. Saja berpura-pura tengok fail. Cari ketenangan. Duduklah dulu.”

     “Abang tak nampak apa-apa kat luar? Lukisan.. atau..”

     “Galeri belum siap renovate. Lukisan masih ada di Perancis. Hanya ada beberapa sahaja di sini. Kami masih belum ready untuk pameran, jualan dan sebagainya. Buat masa ini, hanya perkhidmatan tembikar, barangan berasaskan pencetakkan dan pengurusan majlis yang dapat berjalan.”

     “Pencetakkan dan pengurusan majlis?” Adib Ziyadh mengerutkan dahinya. Tidak logic rasanya bisnes yang berkaitan dengan lukisan dicampurkan dengan pencetakkan mahupun pengurusan majlis. Jika Aya Sophea memang membuat perniagaan sebegitu rupa, pastinya Aya Sophea mempunyai perancangan yang teramatlah rapi.

     “Yeah. Aya uruskan bahagian lukisan dan tembikar. MAyesha uruskan segala ursniaga berkaitan pencetakkan dan pengurusan majlis. Dalam urusan tertentu kami bergabung tenaga. Contohnya, pelanggan memerlukan khidmat hantaran berasaskan tembikar. Aya uruskan. Selain itu, Aya boleh tawarkan perkhidmatan 2 in 1. Disebabkan dia menempah barangan tembikar dari Aya, kami tawarkan juga perkhidmatan mencetak kad undangan perkahwinan? Mayesha juga boleh menguruskan majlis yang akan mereka langsungkan. Cuma, perlukan kepakaran untuk berbincang dan memberi idea. Senang, kan?”

     “Interesting. Good idea.”

     “Okey.. boleh kita terus lompat ke tujuan asal abang ke sini?”

     “Kenapa tak contact abang langsung selepas lari?”

     “Hilang akal sekejap.” Aya Sophea tersengih melihat Adib Ziyadh berpeluk tubuh. Wajah abangnya berubah tegas. “Err.. masksud Aya, tak tahu nak buat apa. Rasa macam blurr..”

     “Sampai empat tahun?”

     “Aya kena rompak di Perancis. Aya tak ingat nombor sesiapa pun. ”

     Spontan Adib Ziyadh menepuk dahinya. “Kerja gila adik ni. Macam mana kalau perompak tu bunuh adik?”

     Aya Sophea mendepangkan kedua tangannya. “Relakslah, abang. Aya ada depan abang.”

     “Buat apa di sana?”

     “Sambung belajar. Buat kerja sambilan. Bina kerjaya di sana.”

     “Tempat tinggal?”

     “Err.. abang nak air?” Aya Sophea bangkit dan menuju ke bar kecil di dalam biliknya.

     “Kenapa ubah topik, Aya? Ada sesuatu yang mahu disembunyikan dari abang?”

     “Kopi atau teh?”

     “Aya..”

     “Oh, abang minum kopi. Tak letak susu, hanya dua ketul gula. Kan? Aya ingat lagi. Erm.. siap!”

      “Aya tahu abang boleh upah penyiasat untuk siasat kehidupan Aya di Perancis?”

      Cawan berisi kopi diletakkan di atas meja. Aya Sophea duduk di hadapan Adib Ziyadh. “Aya tinggal dengan seorang lelaki di sebuah pangsapuri. Dia selamatkan Aya selepas kena rompak. Dia dari Malaysia dan Aya bergantung hidup dengan dia selama empat tahun.”

     “Adik tahu tak berduaan dengan orang..”

     “Ya, Aya tahu. Aya kenal dosa pahala abang. That’s why.. kami..”

     Adib Ziyadh tidak senang duduk. Dia menantikan penjelasan Aya Sophea.

     “Kami kahwin.”

     Berat keluhan Adib Ziyadh mendengarnya. Tidak percaya dengan penjelasan Aya Sophea. Mana mungkin adiknya berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya hanya kerana mahu mendapatkan tempat tinggal. Aya Sophea hanya cintakan Wildan Ali. Ya, hanya wildan Ali. “Wildan?”

      “Aya sudah lupakan dia, abang.”

      “Kenapa? Wildan sampai sekarang masih menunggu adik pulang. Mudahnya adik lupakan dia.”

      “Mudah? Abang kata Aya mudah lupakan Wildan? Habis Wildan? Begitu mudah mengikut semua kata-kata daddy. Tinggalkan Aya keseorangan. Paksa Aya kahwin dengan pilihan keluarga. Dia langsung tidak cuba halang. Siapa yang mudah melupakan?”

      “Aya sanggup ambil risiko kahwin dengan lelaki yang baru Aya kenal?”

      “Dia lelaki yang baik, abang. Terima Aya yang macam gelandangan. Jaga dan rawat Aya selama sebulan. Tak sekalipun dia cuba ambil kesempatan dari Aya sehinggakan dia sanggup tidur di luar rumah bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini terjadi. Dia jaga maruah Aya. For your information, he’s a doctor.”

     “Daddy sudah terima Wildan, Aya..”

     “Sudah terlambat..”

     Wajah Aya Sophea bersahaja sewaktu menyatakannya. “Adik betul-betul sudah lupakan Wildan?”

      “Ya, abang. Aya tak cintakan dia lagi. Aya cintakan suami Aya, Syed Zhafran.”

      “entah kenapa abang sukar untuk percaya.”

      “Percayalah abang. Jika empat tahun yang lalu, Wildan sanggup melawan dan menghalang rancangan daddy, Aya sanggup menanti dia. Tapi, apa yang Aya dapat. Wildan jauhkan diri dari Aya hanya tidak mahu Aya bantah.”

     “Aya bahagia dengan dia?”

     “Kami bahagia, abang. Dia cukup sempurna.”

     “Di mana dia?”

     “Masih di Perancis. Dia tak dapat pulang sekali dengan Aya.”

     Adib Ziyadh meraup wajahnya. Lega hatinya setelah mendengar segala penjelasan adiknya. Cukup sekadar dia tahu Aya Sophea bahagia dan gembira. Dari cerita tentang hati adiknya, dia menukar topik kepada perniagaan yang dijalankan Aya Sophea.

    


 
    

     

Friday, August 15

Sedetik Tidak Berubah part 1

Part 1

“Wildan? Awak buat apa di sini?”

     Aya Sophea benar-benar terkejut tatkala membuka pintu rumahnya. Sungguh dia tidak menyangka sama sekali Wildan Ali yang akan muncul sebaik sahaja dia membuka pintu rumah. Tiada siapa yang tahu dia sudah pulang ke Malaysia. Tiada siapa yang tahu di mana tempat tinggalnya walau sudah sebulan dia berada di Malaysia. Tetapi, lelaki itu sudah berjaya menjejaknya.

     Pintu rumah dirapatkan kembali setelah tiada jawapan yang keluar dari mulut Wildan Ali. Dia tidak mahu kehadiran lelaki tersebut mengganggu ketenangan dirinya.

     Huh..

     Wildan Ali terleih dahulu menahan daun pintu dari tertutup rapat. Perlahan dia menolak daun pintu tersebut. Tidak mahu berkasar dengan Aya Sophea.

     “I’m so sorry, Aya. Saya masih tidak dapat percaya apa yang saya lihat hari ini. Memang awak yang ada di hadapan saya. Amazing! Saya..”

     “Macam mana awak tahu saya tinggal di sini. Tiada siapa yang tahu saya sudah kembali ke sini, Wil. Daddy dan mummy pun tak tahu. Papa dan mama awak juga tak tahu. Tiada siapa yang tahu.”

     “Saya ternampak awak sewaktu berada di IKEA semalam. Saya sangka saya salah lihat. Untuk memastikan yang saya benar, saya ekori awak. Tapi masa tidak sesuai semalam. Terlalu lewat untuk saya bertemu dengan awak. Jadi, saya datang sekarang. Untuk memastikannya, apa yang saya lihat semalam.. ialah awak.”

     Wajahnya diraup lembut. Aya Sophea sedar, kehadirannya di Malaysia pasti diketahui yang lain. Bukan niatnya untuk melarikan diri dari keluarga atau sesiapa sahaja, Cuma dia mahu waktu untuk bersendirian.

     “Wil, baliklah. Saya tak nak diganggu.”

     “Sebelum saya balik, saya perlukan kepastian.”

     Aya Sophea memandang wajah Wildan Ali. Kepastian apa lagi yang diinginkan lelaki tersebut. Bukankah sudah jelas, dia adalah Aya Sophea. “Tentang apa?”

     “Awak takkan pergi lagi? Dan, boleh kita bertemu lagi?”

     “Saya takkan ke mana-mana. Saya sudah penat melarikan diri.”

     “Kita boleh bertemu lagi?” Wildan Ali meletakkan tangan kirinya di daun pintu. Barangkali dia sudah dapat membaca fikiran Aya Sophea yang mahu menutup daun pintu tanpa menjawab lagi satu soalan. “I need the answer, Aya.”

     “I’m not so sure about that, Wil.”

     “I’ll tell your parents then,” ugut Wildan Ali. Dia sedar bahawa Aya Sophea masih belum mahu bertemu dengan sesiapa.

     Spontan Aya Sophea memeluk tubuh. Wajahnya berubah tegang. Tidak suka dengan ugutan Wildan Ali. “Apa yang awak mahukan dari saya sebenarnya, Wildan Ali?”

     “Janji yang pernah awak lafazkan pada saya. Suatu ketika dahulu. Ingat?”

     “Janji itu sudah tiada makna lagi bila salah satu antara kita, berpaling. Maaf, saya sibuk sekarang. Excuse me..”

     Daun pintu ditolak perlahan bila tiada tanda Wildan Ali akan menolak kembali daun pintu tersebut. Aya Sophea bersandar di belakang pintu. Tanpa diduga, dia menangis.




Laju kaki Wildan Ali berjalan menuju ke biliknya. Sapaan dari para pekerja tidak diendahkan langsung membuatkan semua pekerjanya memberi tanggapan negatif terhadap moodnya. Begitulah kebiasaannya. Wildan Ali tidak akan bertegur sapa malah tidak senyum langsung kepada para pekerjanya jika moodnya tiada. Selain itu, Wildan Ali juga akan berperangai pelik bila ada sesuatu berlaku. Sungguh kelakuannya tidak dapat dijangka oleh sesiapa pun.

     Dumm!!!

     Bergema pejabat dek hempasan pintu bilik yang dibuat Wildan Ali. “Aya Sophea, Aya Sophea! Kau dah kembali tapi kau buat aku begini? Empat tahun aku menanti kau, ini kesudahannya?”

     Dinding terus menjadi sasaran dirinya melepaskan geram. Kuat dia menumbuk dinding tersebut. Dia duduk di atas kerusi. Seboleh mungkin dia cuba mengawal emosinya. ‘Kenapa aku perlu emosi sampai begini. Aku dah tahu tempat tinggalnya. Kenapa aku perlu risau dia akan pergi?’

     Tubuh disandarkan di penyandar kerusi. Nafas dihelakan panjang. “Aya Sophea, kau tidak sudah-sudah membuatkan aku gila. Dari dulu sampai sekarang, tetap sama.”

     Tok! Tok!

     Pandangan dihalakan ke pintu. Dia menantikan siapa sahaja yang mengetuk pintu biliknya masuk. “Tsaqeef.. ada apa?”

     “I’ve got something to cheer you up. Something that.. erm.. erm..”

     “Sebelum tu.. aku nak caka sesuatu pada kau.”

     “Lebih menarik dari apa yang aku mahu sampaikan?”

     “Maybe yes, maybe no.”

     Omar Tsaqeef terus duduk di hadapan Wildan Ali. “Apa dia?”

     “Aku jumpa Aya. Secara kebetulan. Dia sendiri terkejut tengok aku.”

     “Ohh..”

     Terjungkit kening Wildan Ali dengan penerimaan Omar Tsaqeef. Tidak cukup gempakkah ceritanya sehinggakan tidak menerima reaksi yang lebih kebaboom. “Itu je?”

     “Aku ke sini pun nak beritahu benda sama kat kau.” Omar Tsaqeef menghulurkan telefon bimbitnya kepada Wildan Ali. “Aku terserempak dengan dia beberapa hari lepas di KLCC.”

     “Kau baru beritahu aku hari ini?”

     “Time tu kau kan busy. Outstation. Malas aku ganggu kau. Kalau tentang Aya Sophea, kau dari waras boleh hilang akal terus. Kan?”

     Gurauan Qomar Tsaqeef menggeletek tangkai hati Wildan Ali. Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi hal tersebut. Dia memang cepat hilang akal bila ia berkaitan dengan Aya Sophea. Segala-galanya kerana gadis tersebut merupakan gadis kesayangannya. Dia tidak mampu tidur malam jika sesuatu berlaku pada Aya Sophea. Pendek kata, apa sahaja yang terjadi pada Aya Sophea pasti memaksanya untuk mencari dan memastikan sendiri keadaan sebenar. Terlalu hebat penangan Aya Sophea Mikael Idrus itu.

     “Tsaqeef, aku rindukan dia.”

     “Ya, aku tahu. Semua orang rindukan dia, Wil. Dia terlalu istimewa di hati semua orang. Sehinggakan pemergiannya dulu membuatkan kita semua tidak tenang. Sentiasa menantikan kepulangannya.”

     “Aku tidak akan sia-siakan dia kali ini. Aku akan pastikan kepulangan dia kali ini, akan beri dia kebahagiaan. Aku cintakan dia, dan aku mahu dia sentiasa berdamping dengan aku. Sudah tiba masanya untuk kami bersatu, Tsaqeef.”

     “Then?”

     “Aku perlu pujuk hati dia dulu.”

     “Kau rasa dia masih merajuk. Pasal kes dulu?”

     “Daddy dan mummy tidak lagi menghalang apa yang dia mahu, Qeef. Empat tahun aku ambil untuk pujuk hati mereka berdua untuk terima aku. Jika daddy dan mummy Aya aku boleh pujuk, kenapa tidak hati dia?”

     “Aku doakan kau berjaya, Wil. Aku doakan kebahagiaan kau.”

     “Thanks dude.”

     “Eh, aku nak tanya. Tadi kau hempas pintu kenapa? Melopong semua budak-budak kat luar. ANgkat muka pun tak berani. Kak Ani yang becok kat pantry terus senyap.”

     Wildan Ali gelak kecil. “Pasal Aya. Pasal apa lagi. Aku geram dia melawan aku pagi tadi.”

     Menggeleng kepala Omar Tsaqeef mendengarnya. Memang Aya Sophea sering membuat Wildan Ali hilang akal. namun, dia jugalah penawarnya.




“Aya, pergi galeri ke hari ini?”

     Pandangan mata Aya Sophea berkalih arah. Dia memandang Mayesha. “Aku penatlah, Sha. Hari ini tak pergi kut. Aku siapkan dulu apa yang patut di rumah.”

     Mayesha mengangguk seraya membetulkan selendangnya di hadapan cermin. Sesekali dia mencuri pandang Aya Sophea melalui cermin. Pelik melihat tingkah rakannya yang tiba-tiba murung sedangkan sejak awal pagi tadi, mereka rancak berbual. Ceria. “Ada apa-apa yang perlu aku tahu, Aya?”

     “Tahu tentang apa?” Aya Sophea menggigit bibir bawahnya.

     “Aku tak tahu. Tapi, sejak ada orang datang pagi tadi kau nampak lain. Murung. Aku dengar suara kau tegas semacam dengan dia. Bertengkar?”

     “Itu Wildan. Pernah jadi kekasih aku.”

     Cepat Mayesha berpaling. “Huh? Kekasih?”

     “Dulu, bukan sekarang. Sebelum aku bawa diri ke Perancis.”

     “So?”

     “Malaslah nak fikir. Aku nak tidur. Kau keluar, kunci pintu.”

     Mayesha tidak jadi untuk bertanya lanjut bila Aya Sophea sudah bangkit dari duduk dan terus masuk ke dalam bilik.