Friday, August 15

Sedetik Tidak Berubah part 1

Part 1

“Wildan? Awak buat apa di sini?”

     Aya Sophea benar-benar terkejut tatkala membuka pintu rumahnya. Sungguh dia tidak menyangka sama sekali Wildan Ali yang akan muncul sebaik sahaja dia membuka pintu rumah. Tiada siapa yang tahu dia sudah pulang ke Malaysia. Tiada siapa yang tahu di mana tempat tinggalnya walau sudah sebulan dia berada di Malaysia. Tetapi, lelaki itu sudah berjaya menjejaknya.

     Pintu rumah dirapatkan kembali setelah tiada jawapan yang keluar dari mulut Wildan Ali. Dia tidak mahu kehadiran lelaki tersebut mengganggu ketenangan dirinya.

     Huh..

     Wildan Ali terleih dahulu menahan daun pintu dari tertutup rapat. Perlahan dia menolak daun pintu tersebut. Tidak mahu berkasar dengan Aya Sophea.

     “I’m so sorry, Aya. Saya masih tidak dapat percaya apa yang saya lihat hari ini. Memang awak yang ada di hadapan saya. Amazing! Saya..”

     “Macam mana awak tahu saya tinggal di sini. Tiada siapa yang tahu saya sudah kembali ke sini, Wil. Daddy dan mummy pun tak tahu. Papa dan mama awak juga tak tahu. Tiada siapa yang tahu.”

     “Saya ternampak awak sewaktu berada di IKEA semalam. Saya sangka saya salah lihat. Untuk memastikan yang saya benar, saya ekori awak. Tapi masa tidak sesuai semalam. Terlalu lewat untuk saya bertemu dengan awak. Jadi, saya datang sekarang. Untuk memastikannya, apa yang saya lihat semalam.. ialah awak.”

     Wajahnya diraup lembut. Aya Sophea sedar, kehadirannya di Malaysia pasti diketahui yang lain. Bukan niatnya untuk melarikan diri dari keluarga atau sesiapa sahaja, Cuma dia mahu waktu untuk bersendirian.

     “Wil, baliklah. Saya tak nak diganggu.”

     “Sebelum saya balik, saya perlukan kepastian.”

     Aya Sophea memandang wajah Wildan Ali. Kepastian apa lagi yang diinginkan lelaki tersebut. Bukankah sudah jelas, dia adalah Aya Sophea. “Tentang apa?”

     “Awak takkan pergi lagi? Dan, boleh kita bertemu lagi?”

     “Saya takkan ke mana-mana. Saya sudah penat melarikan diri.”

     “Kita boleh bertemu lagi?” Wildan Ali meletakkan tangan kirinya di daun pintu. Barangkali dia sudah dapat membaca fikiran Aya Sophea yang mahu menutup daun pintu tanpa menjawab lagi satu soalan. “I need the answer, Aya.”

     “I’m not so sure about that, Wil.”

     “I’ll tell your parents then,” ugut Wildan Ali. Dia sedar bahawa Aya Sophea masih belum mahu bertemu dengan sesiapa.

     Spontan Aya Sophea memeluk tubuh. Wajahnya berubah tegang. Tidak suka dengan ugutan Wildan Ali. “Apa yang awak mahukan dari saya sebenarnya, Wildan Ali?”

     “Janji yang pernah awak lafazkan pada saya. Suatu ketika dahulu. Ingat?”

     “Janji itu sudah tiada makna lagi bila salah satu antara kita, berpaling. Maaf, saya sibuk sekarang. Excuse me..”

     Daun pintu ditolak perlahan bila tiada tanda Wildan Ali akan menolak kembali daun pintu tersebut. Aya Sophea bersandar di belakang pintu. Tanpa diduga, dia menangis.




Laju kaki Wildan Ali berjalan menuju ke biliknya. Sapaan dari para pekerja tidak diendahkan langsung membuatkan semua pekerjanya memberi tanggapan negatif terhadap moodnya. Begitulah kebiasaannya. Wildan Ali tidak akan bertegur sapa malah tidak senyum langsung kepada para pekerjanya jika moodnya tiada. Selain itu, Wildan Ali juga akan berperangai pelik bila ada sesuatu berlaku. Sungguh kelakuannya tidak dapat dijangka oleh sesiapa pun.

     Dumm!!!

     Bergema pejabat dek hempasan pintu bilik yang dibuat Wildan Ali. “Aya Sophea, Aya Sophea! Kau dah kembali tapi kau buat aku begini? Empat tahun aku menanti kau, ini kesudahannya?”

     Dinding terus menjadi sasaran dirinya melepaskan geram. Kuat dia menumbuk dinding tersebut. Dia duduk di atas kerusi. Seboleh mungkin dia cuba mengawal emosinya. ‘Kenapa aku perlu emosi sampai begini. Aku dah tahu tempat tinggalnya. Kenapa aku perlu risau dia akan pergi?’

     Tubuh disandarkan di penyandar kerusi. Nafas dihelakan panjang. “Aya Sophea, kau tidak sudah-sudah membuatkan aku gila. Dari dulu sampai sekarang, tetap sama.”

     Tok! Tok!

     Pandangan dihalakan ke pintu. Dia menantikan siapa sahaja yang mengetuk pintu biliknya masuk. “Tsaqeef.. ada apa?”

     “I’ve got something to cheer you up. Something that.. erm.. erm..”

     “Sebelum tu.. aku nak caka sesuatu pada kau.”

     “Lebih menarik dari apa yang aku mahu sampaikan?”

     “Maybe yes, maybe no.”

     Omar Tsaqeef terus duduk di hadapan Wildan Ali. “Apa dia?”

     “Aku jumpa Aya. Secara kebetulan. Dia sendiri terkejut tengok aku.”

     “Ohh..”

     Terjungkit kening Wildan Ali dengan penerimaan Omar Tsaqeef. Tidak cukup gempakkah ceritanya sehinggakan tidak menerima reaksi yang lebih kebaboom. “Itu je?”

     “Aku ke sini pun nak beritahu benda sama kat kau.” Omar Tsaqeef menghulurkan telefon bimbitnya kepada Wildan Ali. “Aku terserempak dengan dia beberapa hari lepas di KLCC.”

     “Kau baru beritahu aku hari ini?”

     “Time tu kau kan busy. Outstation. Malas aku ganggu kau. Kalau tentang Aya Sophea, kau dari waras boleh hilang akal terus. Kan?”

     Gurauan Qomar Tsaqeef menggeletek tangkai hati Wildan Ali. Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi hal tersebut. Dia memang cepat hilang akal bila ia berkaitan dengan Aya Sophea. Segala-galanya kerana gadis tersebut merupakan gadis kesayangannya. Dia tidak mampu tidur malam jika sesuatu berlaku pada Aya Sophea. Pendek kata, apa sahaja yang terjadi pada Aya Sophea pasti memaksanya untuk mencari dan memastikan sendiri keadaan sebenar. Terlalu hebat penangan Aya Sophea Mikael Idrus itu.

     “Tsaqeef, aku rindukan dia.”

     “Ya, aku tahu. Semua orang rindukan dia, Wil. Dia terlalu istimewa di hati semua orang. Sehinggakan pemergiannya dulu membuatkan kita semua tidak tenang. Sentiasa menantikan kepulangannya.”

     “Aku tidak akan sia-siakan dia kali ini. Aku akan pastikan kepulangan dia kali ini, akan beri dia kebahagiaan. Aku cintakan dia, dan aku mahu dia sentiasa berdamping dengan aku. Sudah tiba masanya untuk kami bersatu, Tsaqeef.”

     “Then?”

     “Aku perlu pujuk hati dia dulu.”

     “Kau rasa dia masih merajuk. Pasal kes dulu?”

     “Daddy dan mummy tidak lagi menghalang apa yang dia mahu, Qeef. Empat tahun aku ambil untuk pujuk hati mereka berdua untuk terima aku. Jika daddy dan mummy Aya aku boleh pujuk, kenapa tidak hati dia?”

     “Aku doakan kau berjaya, Wil. Aku doakan kebahagiaan kau.”

     “Thanks dude.”

     “Eh, aku nak tanya. Tadi kau hempas pintu kenapa? Melopong semua budak-budak kat luar. ANgkat muka pun tak berani. Kak Ani yang becok kat pantry terus senyap.”

     Wildan Ali gelak kecil. “Pasal Aya. Pasal apa lagi. Aku geram dia melawan aku pagi tadi.”

     Menggeleng kepala Omar Tsaqeef mendengarnya. Memang Aya Sophea sering membuat Wildan Ali hilang akal. namun, dia jugalah penawarnya.




“Aya, pergi galeri ke hari ini?”

     Pandangan mata Aya Sophea berkalih arah. Dia memandang Mayesha. “Aku penatlah, Sha. Hari ini tak pergi kut. Aku siapkan dulu apa yang patut di rumah.”

     Mayesha mengangguk seraya membetulkan selendangnya di hadapan cermin. Sesekali dia mencuri pandang Aya Sophea melalui cermin. Pelik melihat tingkah rakannya yang tiba-tiba murung sedangkan sejak awal pagi tadi, mereka rancak berbual. Ceria. “Ada apa-apa yang perlu aku tahu, Aya?”

     “Tahu tentang apa?” Aya Sophea menggigit bibir bawahnya.

     “Aku tak tahu. Tapi, sejak ada orang datang pagi tadi kau nampak lain. Murung. Aku dengar suara kau tegas semacam dengan dia. Bertengkar?”

     “Itu Wildan. Pernah jadi kekasih aku.”

     Cepat Mayesha berpaling. “Huh? Kekasih?”

     “Dulu, bukan sekarang. Sebelum aku bawa diri ke Perancis.”

     “So?”

     “Malaslah nak fikir. Aku nak tidur. Kau keluar, kunci pintu.”

     Mayesha tidak jadi untuk bertanya lanjut bila Aya Sophea sudah bangkit dari duduk dan terus masuk ke dalam bilik.