Monday, September 15

Sedetik Tidak Berubah full

“Wildan? Awak buat apa di sini?”
     Aya Sophea benar-benar terkejut tatkala membuka pintu rumahnya. Sungguh dia tidak menyangka sama sekali Wildan Ali yang akan muncul sebaik sahaja dia membuka pintu rumah. Tiada siapa yang tahu dia sudah pulang ke Malaysia. Tiada siapa yang tahu di mana tempat tinggalnya walau sudah sebulan dia berada di Malaysia. Tetapi, lelaki itu sudah berjaya menjejaknya.
     Pintu rumah dirapatkan kembali setelah tiada jawapan yang keluar dari mulut Wildan Ali. Dia tidak mahu kehadiran lelaki tersebut mengganggu ketenangan dirinya.
     Huh..
     Wildan Ali terleih dahulu menahan daun pintu dari tertutup rapat. Perlahan dia menolak daun pintu tersebut. Tidak mahu berkasar dengan Aya Sophea.
     “I’m so sorry, Aya. Saya masih tidak dapat percaya apa yang saya lihat hari ini. Memang awak yang ada di hadapan saya. Amazing! Saya..”
     “Macam mana awak tahu saya tinggal di sini. Tiada siapa yang tahu saya sudah kembali ke sini, Wil. Daddy dan mummy pun tak tahu. Papa dan mama awak juga tak tahu. Tiada siapa yang tahu.”
     “Saya ternampak awak sewaktu berada di IKEA semalam. Saya sangka saya salah lihat. Untuk memastikan yang saya benar, saya ekori awak. Tapi masa tidak sesuai semalam. Terlalu lewat untuk saya bertemu dengan awak. Jadi, saya datang sekarang. Untuk memastikannya, apa yang saya lihat semalam.. ialah awak.”
     Wajahnya diraup lembut. Aya Sophea sedar, kehadirannya di Malaysia pasti diketahui yang lain. Bukan niatnya untuk melarikan diri dari keluarga atau sesiapa sahaja, Cuma dia mahu waktu untuk bersendirian.
     “Wil, baliklah. Saya tak nak diganggu.”
     “Sebelum saya balik, saya perlukan kepastian.”
     Aya Sophea memandang wajah Wildan Ali. Kepastian apa lagi yang diinginkan lelaki tersebut. Bukankah sudah jelas, dia adalah Aya Sophea. “Tentang apa?”
     “Awak takkan pergi lagi? Dan, boleh kita bertemu lagi?”
     “Saya takkan ke mana-mana. Saya sudah penat melarikan diri.”
     “Kita boleh bertemu lagi?” Wildan Ali meletakkan tangan kirinya di daun pintu. Barangkali dia sudah dapat membaca fikiran Aya Sophea yang mahu menutup daun pintu tanpa menjawab lagi satu soalan. “I need the answer, Aya.”
     “I’m not so sure about that, Wil.”
     “I’ll tell your parents then,” ugut Wildan Ali. Dia sedar bahawa Aya Sophea masih belum mahu bertemu dengan sesiapa.
     Spontan Aya Sophea memeluk tubuh. Wajahnya berubah tegang. Tidak suka dengan ugutan Wildan Ali. “Apa yang awak mahukan dari saya sebenarnya, Wildan Ali?”
     “Janji yang pernah awak lafazkan pada saya. Suatu ketika dahulu. Ingat?”
     “Janji itu sudah tiada makna lagi bila salah satu antara kita, berpaling. Maaf, saya sibuk sekarang. Excuse me..”
     Daun pintu ditolak perlahan bila tiada tanda Wildan Ali akan menolak kembali daun pintu tersebut. Aya Sophea bersandar di belakang pintu. Tanpa diduga, dia menangis.

Laju kaki Wildan Ali berjalan menuju ke biliknya. Sapaan dari para pekerja tidak diendahkan langsung membuatkan semua pekerjanya memberi tanggapan negatif terhadap moodnya. Begitulah kebiasaannya. Wildan Ali tidak akan bertegur sapa malah tidak senyum langsung kepada para pekerjanya jika moodnya tiada. Selain itu, Wildan Ali juga akan berperangai pelik bila ada sesuatu berlaku. Sungguh kelakuannya tidak dapat dijangka oleh sesiapa pun.
     Dumm!!!
     Bergema pejabat dek hempasan pintu bilik yang dibuat Wildan Ali. “Aya Sophea, Aya Sophea! Kau dah kembali tapi kau buat aku begini? Empat tahun aku menanti kau, ini kesudahannya?”
     Dinding terus menjadi sasaran dirinya melepaskan geram. Kuat dia menumbuk dinding tersebut. Dia duduk di atas kerusi. Seboleh mungkin dia cuba mengawal emosinya. ‘Kenapa aku perlu emosi sampai begini. Aku dah tahu tempat tinggalnya. Kenapa aku perlu risau dia akan pergi?’
     Tubuh disandarkan di penyandar kerusi. Nafas dihelakan panjang. “Aya Sophea, kau tidak sudah-sudah membuatkan aku gila. Dari dulu sampai sekarang, tetap sama.”
     Tok! Tok!
     Pandangan dihalakan ke pintu. Dia menantikan siapa sahaja yang mengetuk pintu biliknya masuk. “Tsaqeef.. ada apa?”
     “I’ve got something to cheer you up. Something that.. erm.. erm..”
     “Sebelum tu.. aku nak caka sesuatu pada kau.”
     “Lebih menarik dari apa yang aku mahu sampaikan?”
     “Maybe yes, maybe no.”
     Omar Tsaqeef terus duduk di hadapan Wildan Ali. “Apa dia?”
     “Aku jumpa Aya. Secara kebetulan. Dia sendiri terkejut tengok aku.”
     “Ohh..”
     Terjungkit kening Wildan Ali dengan penerimaan Omar Tsaqeef. Tidak cukup gempakkah ceritanya sehinggakan tidak menerima reaksi yang lebih kebaboom. “Itu je?”
     “Aku ke sini pun nak beritahu benda sama kat kau.” Omar Tsaqeef menghulurkan telefon bimbitnya kepada Wildan Ali. “Aku terserempak dengan dia beberapa hari lepas di KLCC.”
     “Kau baru beritahu aku hari ini?”
     “Time tu kau kan busy. Outstation. Malas aku ganggu kau. Kalau tentang Aya Sophea, kau dari waras boleh hilang akal terus. Kan?”
     Gurauan Qomar Tsaqeef menggeletek tangkai hati Wildan Ali. Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi hal tersebut. Dia memang cepat hilang akal bila ia berkaitan dengan Aya Sophea. Segala-galanya kerana gadis tersebut merupakan gadis kesayangannya. Dia tidak mampu tidur malam jika sesuatu berlaku pada Aya Sophea. Pendek kata, apa sahaja yang terjadi pada Aya Sophea pasti memaksanya untuk mencari dan memastikan sendiri keadaan sebenar. Terlalu hebat penangan Aya Sophea Mikael Idrus itu.
     “Tsaqeef, aku rindukan dia.”
     “Ya, aku tahu. Semua orang rindukan dia, Wil. Dia terlalu istimewa di hati semua orang. Sehinggakan pemergiannya dulu membuatkan kita semua tidak tenang. Sentiasa menantikan kepulangannya.”
     “Aku tidak akan sia-siakan dia kali ini. Aku akan pastikan kepulangan dia kali ini, akan beri dia kebahagiaan. Aku cintakan dia, dan aku mahu dia sentiasa berdamping dengan aku. Sudah tiba masanya untuk kami bersatu, Tsaqeef.”
     “Then?”
     “Aku perlu pujuk hati dia dulu.”
     “Kau rasa dia masih merajuk. Pasal kes dulu?”
     “Daddy dan mummy tidak lagi menghalang apa yang dia mahu, Qeef. Empat tahun aku ambil untuk pujuk hati mereka berdua untuk terima aku. Jika daddy dan mummy Aya aku boleh pujuk, kenapa tidak hati dia?”
     “Aku doakan kau berjaya, Wil. Aku doakan kebahagiaan kau.”
     “Thanks dude.”
     “Eh, aku nak tanya. Tadi kau hempas pintu kenapa? Melopong semua budak-budak kat luar. ANgkat muka pun tak berani. Kak Ani yang becok kat pantry terus senyap.”
     Wildan Ali gelak kecil. “Pasal Aya. Pasal apa lagi. Aku geram dia melawan aku pagi tadi.”
     Menggeleng kepala Omar Tsaqeef mendengarnya. Memang Aya Sophea sering membuat Wildan Ali hilang akal. namun, dia jugalah penawarnya.

“Aya, pergi galeri ke hari ini?”
     Pandangan mata Aya Sophea berkalih arah. Dia memandang Mayesha. “Aku penatlah, Sha. Hari ini tak pergi kut. Aku siapkan dulu apa yang patut di rumah.”
     Mayesha mengangguk seraya membetulkan selendangnya di hadapan cermin. Sesekali dia mencuri pandang Aya Sophea melalui cermin. Pelik melihat tingkah rakannya yang tiba-tiba murung sedangkan sejak awal pagi tadi, mereka rancak berbual. Ceria. “Ada apa-apa yang perlu aku tahu, Aya?”
     “Tahu tentang apa?” Aya Sophea menggigit bibir bawahnya.
     “Aku tak tahu. Tapi, sejak ada orang datang pagi tadi kau nampak lain. Murung. Aku dengar suara kau tegas semacam dengan dia. Bertengkar?”
     “Itu Wildan. Pernah jadi kekasih aku.”
     Cepat Mayesha berpaling. “Huh? Kekasih?”
     “Dulu, bukan sekarang. Sebelum aku bawa diri ke Perancis.”
     “So?”
     “Malaslah nak fikir. Aku nak tidur. Kau keluar, kunci pintu.”
     Mayesha tidak jadi untuk bertanya lanjut bila Aya Sophea sudah bangkit dari duduk dan terus masuk ke dalam bilik. 
*****
“Aya?”
     “Abang Ziyadh?”
     Tubuh kecil Aya Sophea terus didakap Adib Ziyadh. Erat dia memeluk tubuh itu. Dia benar-benar tidak menyangka akan pertemuan tidak terduga itu. Sungguh dia merindui Aya Sophea setelah empat tahun lamanya mereka berjauhan. “Abang rindu sangat dengan Aya. SIhat?”
     “Aaa.. aa… adik sihat. Abang?” Tergagap jadinya Aya Sophea. Terkejut dengan pertemuan tersebut. Semalam Wildan Ali dan hari ini abangnya, Adib Ziyadh. Sangat tidak diduga.
     “Sihat. Bila Aya balik sini?” Timbul riak tidak berpuas hati di wajah Adib Ziyadh.
     “Aya kena cepat, bang. Kita sembang lain kali je. Boleh?”
     “No, no, abang tak nak berjauhan dengan Aya. Tell me where do you live? Ada masa abang ke sana. Okey?”
     Aya Sophea jadi serba salah. “Err.. abang, apa kata kalau kita jumpa esok. Di galeri Aya. This is my card. Ada nombor telefon dan alamat galeri. Kita jumpa esok. Boleh?”
      Kad yang dihulurkan Aya Sophea diambil. Pelik dengan sikap adiknya itu. Nampak benar yang Aya Sophea mahu melarikan diri darinya. Sesuatu tidak kena. “Abang nak tahu di mana adik tinggal. Elok ke tidak tempatnya tu, dengan siapa. Jangan tambahkan kerisauan di hati abang lagi adik. Cukuplah empat tahun yang menyeksakan abang.”
     Kepala digaru. Kata-kata abangnya mengganggu. “Aya bukan mahu risaukan abang. Tapi, jujurnya Aya tak bersedia lagi dengan orang ramai. Let me leave alone for a while. Sekarang, Aya tinggal berdua dengan kawan Aya. She’s good and very kind person. Dia kerja dengan Aya di galeri. Don’t worry, okay?”
     “No!”
     “No? For what?”
     “Nothings. Can’t you just consider with me and tell everything about your life. Now?”
     “Aya ada klien yang perlu Aya jumpa sekarang ni. Memang tak ada masa nak cerita semuanya dari A to Z, bang. That’s why Aya cakap, esok kita jumpa. Boleh?”
     “Okey. Abang tunggu di galeri esok. Jam 9 pagi.”
     Aya Sophea menghelakan nafas. Lega. “By the way, abang.. please don’t let daddy and mummy know about me. I’m not ready yet. Please..”
     Senyuman terukir di wajah Adib Ziyadh. “Abang takkan buat sesuatu yang boleh bawa Aya jauh dari abang lagi. I’m promise sayang. Jumpa esok.” Adib Ziyadh terus mencium dahi Aya Sophea. Tindakan spontannya. Barangkali dia sudah terbiasa dengan tindakan sebegitu rupa bila bersama dengan Aya Sophea. Cuma, dalam empat tahun sebelumnya, Aya Sophea tiada di dalam hidupnya.
     ‘Masalah sudah muncul. Abang Ziyadh pasti akan cuba bawa aku kembali ke villa. Errgh. Tak mungkin rasanya Wildan yang beritahu tentang aku pada abang.’

Berbakul-bakul rasa geram Aya Sophea ketika itu sebaik sahaja masuk ke dalam lobi hotel. Sangkanya dia hanya akan bertemu dua mata sahaja dengan Dato Farouk berkaitan dengan lukisannya. Tetapi tidak sebenarnya bila dia melihat lobi hotel yang penuh dengan orang ramai sedang menanti pintu dewan dibuka. Salah seorang tetamu yang sedang rancak berbual di kafe membuatkan dia menarik nafas panjang dan perlu wajah yang tenang. ‘Apa dia buat di sini?’
     “Sophea? memang awak. Saya ingat saya silap tengok tadi.” Seseorang datang menegur.
     Aya Sophea senyum menyapa. “Err, hai. Maaf, kita kenal ke?”
     “Memang saya ini kekal menjadi orang yang dibenci awak, Aya. Sampai sekarang tak kenal dan memang tak tahu nama saya.”
     “By the way, saya tak suka ayat berbelit-belit. Siapa awak?”
     “Tengku Haicarl. Remember me now? Bekas tunang a.k.a suami tidak jadi awak dulu.”
     “Ohh.. okey. Ermm.. I need to go now. Sorry..”
     Tengku haicarl menghalang langkahnya. “Cepatnya. Atau awak risau saya akan tuntut segala ganti rugi yang pernah awak buat dulu?” Aya Sophea merengus geram. “Maaflah. Saya bukan lelaki kejam yang suka buat perempuan kahwin dengan lelaki yang dia tak suka. Masa awak lari dulu, saya kahwin dengan orang lain. Saya cintakan dia, begitu juga dia.”
     “Awak ada orang yang awak cinta tapi still nak teruskan perkahwinan itu dulu.”
     “Saya terpaksa kahwin dengan awak, Aya. Sama dengan awak yang terpaksa kena kahwin dengan saya, untuk bisnes keluarga kita. Cuma, saya tak sekuat awak sehinggakan lari ke luar negara sehelai sepinggang. Saya fikir lepas kita kahwin, baru saya mahu aturkan segala rancangan untuk kita berdua. Tapi, awak lebih cepat bertindak.”
“Ucapkanlah terima kasih pada saya. Sebab saya, awak dapat kahwin dengan kekasih awak. But not for me.”
     berkerut dahi Tengku Haicarl mendengarnya. “Saya rasa awak masih ada peluang tersebut. Wildan tidak pernah berkahwin dengan sesiapa pun.”
“Tak pernah kahwin?”
Tengku Haicarl mengangguk mengiyakan. “Ya. Tak pernah kahwin.”
“Tapi..”
“It’s okay. Come. Saya nak kenalkan awak pada isteri saya.” Tengku Haicarl memegang lengan Aya Sophea lantas menarik gadis itu agar mengikut langkahnya menuju suatu sudut. Ceria wajah Tengku Haicarl berbicara dengannya mengenai rumah tangga dan kebahagiaannya bersama isteri tersayang.
Seorang wanita berjubah labuh dan berselendang ringkas menyapa dengan senyuman mesra. Dia berdiri sebaik sahaja melihat mereka berdua menghampiri. “Sophea..”
“Awak kenal saya?”
“Of course I do. Carl selalu cerita tentang awak. By the way, I’m Hannah.”
“Nice name. Sama seperti orangnya,” puji Aya Sophea. Dia tidak dapat menafikan kenyataan yang benar itu. Hannah seorang wanita yang sungguh cantik, menawan dan anggun. Wajahnya persis orang Arab. Barangkali mempunyai susur galur keturunan dari sana. “Erm.. sebenarnya saya ada hal sekarang. Tak boleh lama-lama di sini. Ini kad saya. Bila ada masa kita boleh bertemu dan berbual. Kalau awak tak kisah saya pinjam ister awak, Tengku haicarl?”
“Eh, tak kisahlah. Elok juga sebab Hannah tiada kawan rapat. Dia selalu habiskan masa di galeri je.”
“Galeri? Ada galeri juga? Saya juga ada galeri. Tapi galeri lukisan je.”
“Seriously? Nak diikutkan lebih kepada butik. Batik. Ada bahagian jualan kain, kraf berdasarkan batik. Satu bahagian pula Hannah buat galeri lukisan. Sekejap.. ini kad Hannah.”
“Kita perlu berkawan, Hannah. Tapi sekarang, I need to go. See you!”
Hannah mengangguk kecil. Mereka bersalaman, berpelukkan dan berlaga pipi. Sungguh tidak dapat diduga pertemuan tersebut mengundang kemesraan yang sukar dijelaskan. Tengku Haicarl senang hati.

“Sorry, Dato Farouk. I’m late!”
     Dato Farouk tergelak kecil melihat Aya Sophea yang termengah-mengah. Dia tidak kisah sebenarnya mengenai kelewatan gadis tersebut kerana dia sendiri terlupa mengenai pertemuan mereka berdua. “Tak perlulah nak minta maaf. Saya pun sebenarnya terlupa. Leka sangat bertemu dengan kawan-kawan lama di sini tadi. Erm.. baru sampai ke? Dari mana?”
     “Lama dah sampai sebenarnya. Saya terserempak dengan kawan lama. Berbual. Leka. Samalah situasi kita.”
     “Ya, sama. So, kita nak berbincang di mana? Celahan orang ramai atau di kafe sahaja?”
     “Saya tak kisah. Kita boleh juga berbincang sambil berjalan dalam majlis ini. Rare sikit.”
     Dato Farouk tersengih. Sejak pertama kali berurusan dengan Aya Sophea dia sebenarnya suka dengan cara gadis itu menguruskan bisnes. Bersahaja. Kelam kabut dan celotehnya yang mencuit hati membuatkan orang senang bersama dengannya. “Boleh juga. Ada makanan dan minuman free.”
     “Setuju.”
*****
Mayesha memandang seorang lelaki yang berdiri di hadapan pintu masuk galeri dengan kerutan di dahi. Dia mengerling jam di tangannya. Baru jam sembilan pagi. Galeri belum buka lagi. Ada satu jam lagi. Seperti yang tertera di hadapan pintu, galeri buka jam sepuluh. Mayesha mengangkat kedua belah tangannya dan menaikkan sepuluh jari memberi isyarat pintu hanya akan dibuka jam sepuluh pagi.
     “Sha, kenapa tercongok kat depan tu?” soal Aya Sophea sekali imbas. Dia terus masuk ke dalam pejabat.
     Tok! Tok!
     Mayesha menggigit bibirnya. Terkejut bila lelaki itu mengetuk pintu kaca tersebut. Dia menjeling lelaki tersebut yang sedang menaip sesuatu di telefon bimbitnya. Kemudian, telefon bimbit ditayangkan.
     ‘Abang Aya?’ gumamnya sendiri.
     “Ya, saya abang Aya. Adib Ziyadh!” jeritnya dari luar bila melihat gerak bibir Mayesha tadi. “Can you open this door now?”
     Pintu dibuka. “Maaf. Saya tak tahu.”
     “It’s okay. Saya nak jumpa Aya. Boleh?”
     “Bilik Aya..” Mayesha meluruskan tangannya ke bilik Aya Sophea.

Adib Ziyadh mengetuk pintu beberapa kali sebelum membuka pintu. Dia memandang Aya Sophea yang sedang duduk di sofa sambil meneliti sebuah fail. Sekilas, Aya Sophea mendongak dan memandangnya.
     “Sibuk ke?”
     “Tak adalah sibuk. Saja berpura-pura tengok fail. Cari ketenangan. Duduklah dulu.”
     “Abang tak nampak apa-apa kat luar? Lukisan.. atau..”
     “Galeri belum siap renovate. Lukisan masih ada di Perancis. Hanya ada beberapa sahaja di sini. Kami masih belum ready untuk pameran, jualan dan sebagainya. Buat masa ini, hanya perkhidmatan tembikar, barangan berasaskan pencetakkan dan pengurusan majlis yang dapat berjalan.”
     “Pencetakkan dan pengurusan majlis?” Adib Ziyadh mengerutkan dahinya. Tidak logic rasanya bisnes yang berkaitan dengan lukisan dicampurkan dengan pencetakkan mahupun pengurusan majlis. Jika Aya Sophea memang membuat perniagaan sebegitu rupa, pastinya Aya Sophea mempunyai perancangan yang teramatlah rapi.
     “Yeah. Aya uruskan bahagian lukisan dan tembikar. MAyesha uruskan segala ursniaga berkaitan pencetakkan dan pengurusan majlis. Dalam urusan tertentu kami bergabung tenaga. Contohnya, pelanggan memerlukan khidmat hantaran berasaskan tembikar. Aya uruskan. Selain itu, Aya boleh tawarkan perkhidmatan 2 in 1. Disebabkan dia menempah barangan tembikar dari Aya, kami tawarkan juga perkhidmatan mencetak kad undangan perkahwinan? Mayesha juga boleh menguruskan majlis yang akan mereka langsungkan. Cuma, perlukan kepakaran untuk berbincang dan memberi idea. Senang, kan?”
     “Interesting. Good idea.”
     “Okey.. boleh kita terus lompat ke tujuan asal abang ke sini?”
     “Kenapa tak contact abang langsung selepas lari?”
     “Hilang akal sekejap.” Aya Sophea tersengih melihat Adib Ziyadh berpeluk tubuh. Wajah abangnya berubah tegas. “Err.. masksud Aya, tak tahu nak buat apa. Rasa macam blurr..”
     “Sampai empat tahun?”
     “Aya kena rompak di Perancis. Aya tak ingat nombor sesiapa pun. ”
     Spontan Adib Ziyadh menepuk dahinya. “Kerja gila adik ni. Macam mana kalau perompak tu bunuh adik?”
     Aya Sophea mendepangkan kedua tangannya. “Relakslah, abang. Aya ada depan abang.”
     “Buat apa di sana?”
     “Sambung belajar. Buat kerja sambilan. Bina kerjaya di sana.”
     “Tempat tinggal?”
     “Err.. abang nak air?” Aya Sophea bangkit dan menuju ke bar kecil di dalam biliknya.
     “Kenapa ubah topik, Aya? Ada sesuatu yang mahu disembunyikan dari abang?”
     “Kopi atau teh?”
     “Aya..”
     “Oh, abang minum kopi. Tak letak susu, hanya dua ketul gula. Kan? Aya ingat lagi. Erm.. siap!”
      “Aya tahu abang boleh upah penyiasat untuk siasat kehidupan Aya di Perancis?”
      Cawan berisi kopi diletakkan di atas meja. Aya Sophea duduk di hadapan Adib Ziyadh. “Aya tinggal dengan seorang lelaki di sebuah pangsapuri. Dia selamatkan Aya selepas kena rompak. Dia dari Malaysia dan Aya bergantung hidup dengan dia selama empat tahun.”
     “Adik tahu tak berduaan dengan orang..”
     “Ya, Aya tahu. Aya kenal dosa pahala abang. That’s why.. kami..”
     Adib Ziyadh tidak senang duduk. Dia menantikan penjelasan Aya Sophea.
     “Kami kahwin.”
     Berat keluhan Adib Ziyadh mendengarnya. Tidak percaya dengan penjelasan Aya Sophea. Mana mungkin adiknya berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya hanya kerana mahu mendapatkan tempat tinggal. Aya Sophea hanya cintakan Wildan Ali. Ya, hanya wildan Ali. “Wildan?”
      “Aya sudah lupakan dia, abang.”
      “Kenapa? Wildan sampai sekarang masih menunggu adik pulang. Mudahnya adik lupakan dia.”
      “Mudah? Abang kata Aya mudah lupakan Wildan? Habis Wildan? Begitu mudah mengikut semua kata-kata daddy. Tinggalkan Aya keseorangan. Paksa Aya kahwin dengan pilihan keluarga. Dia langsung tidak cuba halang. Siapa yang mudah melupakan?”
      “Aya sanggup ambil risiko kahwin dengan lelaki yang baru Aya kenal?”
      “Dia lelaki yang baik, abang. Terima Aya yang macam gelandangan. Jaga dan rawat Aya selama sebulan. Tak sekalipun dia cuba ambil kesempatan dari Aya sehinggakan dia sanggup tidur di luar rumah bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini terjadi. Dia jaga maruah Aya. For your information, he’s a doctor.”
     “Daddy sudah terima Wildan, Aya..”
     “Sudah terlambat..”
     Wajah Aya Sophea bersahaja sewaktu menyatakannya. “Adik betul-betul sudah lupakan Wildan?”
      “Ya, abang. Aya tak cintakan dia lagi. Aya cintakan suami Aya, Syed Zhafran.”
      “entah kenapa abang sukar untuk percaya.”
      “Percayalah abang. Jika empat tahun yang lalu, Wildan sanggup melawan dan menghalang rancangan daddy, Aya sanggup menanti dia. Tapi, apa yang Aya dapat. Wildan jauhkan diri dari Aya hanya tidak mahu Aya bantah.”
     “Aya bahagia dengan dia?”
     “Kami bahagia, abang. Dia cukup sempurna.”
     “Di mana dia?”
     “Masih di Perancis. Dia tak dapat pulang sekali dengan Aya.”
     Adib Ziyadh meraup wajahnya. Lega hatinya setelah mendengar segala penjelasan adiknya. Cukup sekadar dia tahu Aya Sophea bahagia dan gembira. Dari cerita tentang hati adiknya, dia menukar topik kepada perniagaan yang dijalankan Aya Sophea.
*****
Hilai tawa Omar Tsaqeef di dalam pantry membawa langkah Wildan ali ke sana. Dia bercekak pinggang memandang lelaki itu yang asyik menyertai beberapa orang pekerja lain menonton siaran ulanga Maharaja Lawak Mega. “Amboi kau asyiknya. Aku call langsung tak angkat.”
     “Sorry, aku silentkan phone.” Omar Tsaqeef menghampiri Wildan Ali sambil meneliti telefon bimbitnya. “Ada apa?”
      “Aku nak keluar. Nak jumpa dengan Aya. Aku baru tahu mana dia kerja. So, bos besar.. boleh aku keluar?”
      “Pergilah. Nak kejar cinta kau, kan?”
      “Okey, terima kasih.”
      “Itu je?” Wildan Ali mengangguk. “Lain kali text je aku. Aku balas ke tak, lantaklah. kan dah ganggu aku tengok Nabil. Isy..”
      Wildan Ali menjungkitkan sebelah keningnya. Pelik betul dengan perangai Omar Tsaqeef. Sudahlah memegag jawatan tertinggi di dalam syarikat, tapi berperangai seperti budak-budak. Tidak pernah mahu serius. Umur sudah menjangkau 30 tahun, masih bujang. Tidak terdetik di hati lelaki itu mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. “Kau tu jangan asyik sangat tengok MLM. Sat gi bapak kepada segala bos besar turun padang, nahas kau.”
     “Siapa?”
     “Aqila tak beritahu ke yang Tuan Rasyid nak datang syarikat hari ini dengan ALP semua?”
     Ketika itu, Omar Tsaqeef kelihatan termenung jauh seperti sedang memikirkan sesuatu. Dia meneliti schedule di dalam telefon bimbitnya pula. “Damn! Aku lupa.”
     “Get ready dengan semua fail syarikat, ya. Aku pergi dulu. Assalamualaikum.”
     Wildan Ali menepuk-nepuk bahu Omar Tsaqeef sebelum beredar pergi.

“Assalamualaikum, encik. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?”
     Mayesha lembut menyapa Wildan Ali yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam galeri. Dia menghulurkan sekeping pamphlet kepada Wildan Ali dan terus rancak memperkenalkan perkhidmatan yang ada di dalam galeri.
     “Saya nak jumpa dengan Aya Sophea sebenarnya. Dia ada?”
     ‘Aihh, semalam seorang lelaki jumpa dia. Hari ini lagi seorang. Dua-dua hensem. Abang dia ke?’ gumam Mayesha. “Encik siapa?”
     “Kekasih Aya, Wildan Ali.” Yakin Wildan Ali memberitahu.
     Mayesha melopong. Kekasih? Setahunya Aya Sophea sudah berkahwin, dan suaminya seorang doktor di Perancis. Dia mengenali suami Aya Sophea. “Encik ni cari Aya Sophea yang mana ya. Sebab setahu saya, Aya Sophea yang kerja di sini dah kahwin. Tak mungkin encik ni..”
     “Dah kahwin?”
     “Ya, dia dah kahwin. Empat tahun yang lepas.”
     “Aya Sophea Mikael Idrus?” Wildan Ali jelas sekali tidak dapat menerima perkhabaran tersebut.
      “Err..” Mayesha baru teringat. Sebelum ini, ada seorang lelaki yang datang ke rumah. Aya Sophea menangis dan menjadi murung kemudiannya. Ya, inilah lelaki yang disebut Aya Sophea. Wildan!
     “Dia mana? Siapa suami dia?”
     “Aya tiada di galeri sekarang. Dia pergi lunch dengan Encik Adib Ziyadh.”
     “Serius dia dah kahwin?” Sekali lagi dia bertanya lanjut bagi memastikan pendengarannya tidak salah.
     “Ya, dia sudah kahwin. Empat tahun yang lepas. Di Perancis!”
     Terbeliak mata Wildan Ali. Perancis? “So, suami dia orang Perancis? Islam? Melayu? Orang Inggeris? Pan Asian.. damn!!! Apa pulak aku merapu ni!”
     “Suami dia orang Melayu. Tapi ada kacukan Arab-Malaysia. Tak ada darah Perancis kecuali mak ciknya kahwin dengan orang Perancis. That’s all.” Mayesha galak menjawab segala pertanyaan Wildan Ali. Dia suka melihat lelaki di hadapannya itu kelam kabut. Lucu sekali gayanya.
     “Awak kenal rapat dengan Aya?”
     “More than that. Dia kawan baik saya, saudara saya. Luar dalam semuanya saya tahu. Kisah keluarga, kisah kekasih dan rumah tangganya. Kami bersama-sama mengusahakan sebuah galeri di Perancis. Thanks tu her husband too.”
     “Enough. I want to know about Aya Sophea. Not about her husband. Tell me more about her.”
     “By the way, ini galeri. Bukan kaunter pertanyaan. Kat galeri ini pun, kami tak letak kaunter pertanyaan.”
      ‘Alamak aihhh.. kecik besar kecik besar je aku tengok dia ini. Loyar buruk pulak. Elok kau kahwin dengan si Tsaqeef tu. Otak terkena virus.’
     “Bila dia masuk pejabat balik?” Nyata Wildan Ali tidak mampu berdiri lama di hadapan Mayesha.
     “I don’t know. Saya bukan pembantu dia mahupun setiausaha dia. Saya tak jaga jadual harian dia.”
     “Mulut awak ni boleh tahan juga, kan? Panas!”
     Mayesha gelak sahaja mendengar kritikan Wildan Ali. “Tak kenal saya lagi. Sebab tu rasa panas even kita ni dalam ruang berpenghawab dingin.” Mayesha senyum sinis.
     Tali leher dilonggarkan. Sekeping kad dikeluarkan dari dalam dompetnya. “Bagi pada Aya. Suruh dia call saya. Tak kira bila masa.”
     “Okey.”
     “Thanks you.”
     Wildan Ali terus meninggalkan galeri milik Aya Sophea dan Mayesha itu. Semakin panas berada dengan Mayesha yang begitu sinis berbicara. Tak padan dengan wajah yang lembut dan senyuman yang manis.
     Sampai sahaja di kereta Toyota Altezza miliknya, dia terus sahaja menendang tayar kereta. Melepaskan geram. ‘Aya dah kahwin? Impossible! Aku perlu berjumpa dengan daddy.’
     Pintu kereta dibuka lantas dia menerjah masuk. Enjin kereta dihidupkan. “Kacukkan Arab dan Malaysia.. Tengku Haicarl? Tak mungkin. Lelaki itu dah kahwin. Siapa pula? Daddy nak jodohkan dia dengan siapa selain Tengku Haicarl dulu?”
     Stereng ditumbuk kuat. Sekali lagi dia melepaskan geram. Pastinya, hati jauh lebih sakit berbanding fizikalnya.
*****
Aya Sophea menjerit kegirangan sebaik sahaja mendengar bunyi notification dari komputer ribanya. Dia melompat-lompat di hadapan Mayesha yang sememangnya pelik dengan aksi luar dugaan Aya Sophea. “Weyh, kau kenapa? Tercekik ayam aku tengok kau melompat macam tu.”
     “Skype! Mr. Romeo aku!!!” jerit Aya Sophea kuat dan lantang sambil menari-nari kegedikkan. Mengusik Mayesha yang paling menyampah dengan aksinya bila berduaan dengan Syed Zhafran.
     “Kalau aku tahu perangai kau macam ini, sumpah mati hidup semula aku tak suruh abang Syed kahwin dengan kau. Loya aku.”
     Tergelak kecil Aya Sophea mendengar komen Mayesha. “Eleh, jealous.” Aya Sophea membetulkan baju serta rambutnya. Dia duduk menghadap komputer riba. Dia menekan sesuatu menggunakan mouse dan senyum memandang ke kamera. “Assalamualaikum, ya habibi.”
     “Waalaikumsalam, ya habibi. Kaifa haaluki?” Syed Zhafran senyum senang hati melihat sang isteri yang berada jauh di mata. Lantas dia bertanya khabar bila melihat isterinya seperti kurang tidur.
     “Bikhairin, syukran. Wa anta?”
     “Bikhairin jiddan. Tapi lebih bagus kalau Aya ada di sisi.” Syed Zhafran menundukkan wajahnya sebaik menuturkan sahaja ayat terakhirnya. Malu.
     Aya Sophea turut melarikan pandangannya. Masih malu. Walaupun sudah berumah tangga dengan Syed Zhafran selama empat tahun lamanya, mereka berdua masih sedemikian rupa. Malu bila berduaan. Tetapi itu yang manisnya percintaan mereka. Sudah halal, tapi masih malu. Sudah halal, tapi masih tersipu. Tak rugi rasa kasih, tidak perlu membazir sayang. Lepas nikah semua indah!
     “Oitt Romeo dan Juliet, gediknya aku tengok korang!”
     Mayesha menghamburkan tawa bila Aya Sophea memasamkan wajah dan membaling bantal kecil padanya. Dia masuk ke dalam bilik sebaik sahaja keluar dari dapur. Mungkin mahu tidur. Mayesha memang tidur awal.
     “Aina Mayesha?”
     “Bilik. Mahu tidur.”
     “Cinta hati saya rindu ke tidak pada saya?” lembut suara Syed Zhafran bertanya.
     “Sentiasa merindui awak wahai.. Syed Zhafran! Stop teasing me, okay. Saja je tau.”
     Syed Zhafran gelak nakal. Seronok dapat mengusik isterinya. Bukannya dia tidak tahu pasti Aya Sophea akan turut menggunakan ayat bunga-bungaan selagi tidak sedar dengan ‘pukauan’ ayatnya. Kebiasaannya begitulah mereka berdua bila berbual. Seronok. Kadang-kadang Aya Sophea yang akan mulakan perbualan yang sedemikian. Cuma, Aya Sophea masih malu. “Saya rinduka awak.”
     “Jangan cakap awak seorang sahaja, Zhaf. Saya juga rindukan awak.”
     “Mahu saya ke sana?”
     “Tidak perlu kalau untuk seketika. Nanti bila awak pulang ke sana, rindu itu kian memuncak. Sakitnya merindu sukar diluahkan lagi dengan kata-kata.”
     “Orang seni memang petah berbicara.” Syed Zhafran senyum manis. “Ghadan..”
      “Ghadan? Ada apa dengan esok?”
     “Saya akan ke sana.”
     Spontan Aya Sophea menutup mulutnya yang melopong. Terkejut. Teruja. Segalanya bercampur baur. “Ghadan?”
     “Ya, esok.”
     “Kenapa?”
     “Saya rindu awak.”
     “I can’t wait.”
     “Suka?”
     Aya Sophea menganggukkkan kepalanya. Terlebih suka. Gila tak suka orang yang disayang nak datang bertemu.
      “Kita akan bertemu dengan famili Aya.”
      “Tak!”
      “Yes.”
     “Tak!”
     “Yes.”
     “Syed Zhafran Syed Ghaffar!”
     “Ya, saya sayang!”
     “jangan buat kerja gila. Saya tak ready untuk berhadapan dengan daddy dan mummy.”
     “Jangan risau. Saya ada untuk awak.”
     “Macam mana kalau daddy dan mummy mengamuk.”
     “Saya akan melindungi awak dari segalanya. Apa gunanya saya sebagai seorang suami kalau tidak mampu melindungi isteri sendiri? Tidak bertanggungjawablah saya mengatakan cinta dan kasih pada seseorang tetapi tidak mengambil risiko untuk melindunginya.”
      Berkaca jua mata Aya Sophea mendengar kata-kata Syed Zhafran. Tidak dapat dinafikan. Syed Zhafran memang lelaki yang bijak berpuitis. Puitisnya bukan sekadar manisan yang ditabur mendapatkan gigitan enak, tapi puitisnya mengundang seribu rasa yang cukup enak ditelan dari setiap gigitan. “Saya tunggu awak esok.”
      “Okey, sayang. Sekarang, saya mahu awak tidur. Dapatkan tidur yang secukupnya untuk esok. Kita pergi dating. Boleh?”
     “Sure. Saya akan jadi tour guide untuk awak.”
     “Berapa upah yang awak akan kenakan untuk tour guide saya sepanjang berada di Malaysia?”
     “Cinta yang secukupnya sampai pinjaman nyawa kita dikembalikan kepada Pencipta.”
     Aya Sophea menutup mukanya. Seedar diri sudah terlanjur kata. Syed Zhafran hanya menggelengkan kepala. Turut malu.
     “Ilal liqaai ghadan. Saukallimuka bittilfuwn ba’da ghadan.”
     “Ya, kita jumpa esok dan saya akan tunggu panggilan awak.”
     “Assalamualaikum..”
     “Waalaikumsalam.”      

Aya Sophea berdiri di hadapan almari cermin. Dia mengeluh panjang melihat wajahnya yang pucat dan sembab. Di kelilingi matanya pula terdapat lingkaran hitam menandakan dirinya tidak cukup tidur. “Hari ini bersiap sedialah untuk dengar Doktor Syed Zhafran Syed Ghaffar tu membebel. HUrmm..”
     “Tak masuk galeri langsung?” Mayesha masuk ke dalam bilik sambil menghirup air Horlick. Sebelah tangannya yang lain pula dia memegang roti bun berperisa coklat.
     “Masuk. Sebab tak sure Zhaf sampai pukul berapa. Dia cakap, dah sampai baru nak call.”
     “Rushinglah nanti.” Suara Mayesha tenggelam timbul setelah bercakap dengan mulut yang penuh dengan roti bun.
     “Tak apa. By the way, kalau aku keluar nanti mungkin balik lambat atau kita orang tak balik. Singgah honeymoon!”
      “Poyo! Honeymoon selepas empat tahun kahwin?”
      “Kan?” Aya Sophea membetulkan selendangnya agar kelihatan lebih kemas dan cantik. Dia senyum melihata padanan pakaiannya hari ini. Ringkas dengan sepasang gaun labuh tanpa lengan yang dihadiahkan Syed Zhafran dahulu bersama sehelai jaket bercorak pemberian Adib Ziyadh. “Okey tak?”
     “Okey. Cantik,” puji Mayesha. Dia suka melihat penampilan Aya Sophea. berani mencuba pelbagai jenis material dan corak untuk digabungkan. Aya Sophea tidak pernah takut untuk menggabungkan beberapa warna pada satu-satu masa. Ikut emosi dan moodnya. “Eh, sebelum aku terlupa..”
     Dahi Aya Sophea berkerut seribu melihat Mayesha yang terjerit kecil dan terus keluar dari biliknya. Kelam kabut bunyi langkah kaki Mayesha mencari sesuatu.
     “Nah!” Sekeping kad dihulurkan kepada Aya Sophea. “Dia datang galeri semalam sewaktu kau keluar makan dengan abang kau. Dia suruh kau call dia.”
     “Dapat juga dia tahu aku kerja mana.”
     “Dan..”
     Mata Aya Sophea terus sahaja menikam anak mata Mayesha. “Dan? Apa?”
     “Dia cakap yang dia tu kekasih kau. Dan, aku terlepas cakap. Dan, aku cakap yang kau dah kahwin. Dan, dia nampaknya macam tak boleh terima. Dia angin satu badan.”
     “Kekasih? Kelakarnya. By the way, thanks. Aku tak kisah pun kau beritahu dia yang aku dah kahwin. Kenyataannya aku memang dah kahwin.” Aya Sophea senyum. “Kau nampak tak Wildan Ali yang aku pernah ceritakan pada kau tu memang ada pada dia. Susah nak terima kenyataan, tetapi lama-lama dia akan terima dan terus biarkan. Bila dah berlaku, baru nak sesalkan.”
     “Ada sikit. Tapi, bila aku tengok kau yang dah kahwin dengan abang Syed, aku rasa kau lebih sesuai dengan abang Syed. Sudahlah romantik, senyuman manis, suara lembut, malu-malu.. aishh, bestlah. Badan abang Syed..”
     “Ehem.. ehem.. sakit pula tekak ni.” Aya Sophea mencebik sedangkan Mayesha galak mengetawakannya.
     “Tak boleh ke?”
     “Tak. Hanya aku je.”
     “Ermm.. tak lama lagi, abang Syed aku jadi ayah nampaknya!”
     “Eh, ke situ pula.” Bercekak pinggang Aya Sophea. Bersemu merah wajahnya menahan malu. “Tapi... aku pun tak sabar nak bergelar ibu.”
      “Aku doakan yang terbaik untuk korang berdua. Semoga cepat-cepat dapat baby.”
     “Amin.”

Tuan Mikael Idrus memandang Adib Ziyadh yang leka menatap surat khabar. Leka benar sampaikan langsung tidak sedar dirinya yang sudah berdiri lama di hadapan Adib Ziyadh. Dia melabuhkan punggungnya. “Adib tahu adik dah balik Malaysia?” soalnya lembut. Tidak mahu mengejutkan Adib Ziyadh yang leka.
     Perlahan-lahan Adib Ziyadh melipatkan surat khabar dan meletakkannya di atas meja kopi. Dia memandang daddynya. “Daddy tahu adik dah balik?”
     “Wildan beritahu.”
     “Ya, adik dah balik. For good. Dah sebulan.”
     “Dia tak nak balik vila?”
     Soalan Tuan Mikael Idrus membuatkan Adib Ziyadh menggaru kepalanya. “Buat masa ini tidak kut. Dia tengah busy untuk siapkan galeri dia.”
     “Adib dah bertemu dua muka dengan dia?” Adib Ziyadh mengiyakan dangan anggukkan. “Dia macam mana? SIhat.”
     “Alhamdulillah. Dia sihat. Semakin ceria dan bahagia.”
     “Daddy tidak tahulah apa yang tidak kena dengan Aya. Dia tidak pernah ceria bila berada bersama kita semua. Apa sebenarnya yang dia mahukan?” keluh Tuan Mikael Idrus. Bukannya dia tidak sedar yang Aya sophea dari kecil suka memberontak. Ada sahaja yang tidak kena sampaikan dia pernah mengurung anak gadisnya itu di loteng bila Aya Sophea cuba melarikan diri dari rumah sewaktu berusia 16 tahun.
     Adib Ziyadh menjungkitkan kedua belah bahu. Dia sendiri tidak tahu apa keinginan adiknya. Mungkin kebebasan. “Entahlah daddy. Adib pun tak tahu. Aya mungkin bukan seorang gadis yang suka menjalani kehidupan senang tanpa bersusah payah, mungkin juga dia tidak suka terkurung dalam vila bersama beberapa bodyguard setiap masa.”
     “Dia mahukan kebebasan?”
     “Mungkin.”
     “Ajak adik pulang ke vila. Mummy rindukan dia.”
     “Daddy?”
     “Daddy dah lama maafkan adik. Dia satu-satunya anak perempuan yang daddy ada. Daddy juga rindukan keletahnya bila bermanja. Bila teringat kisah dulu-dulu, dia jugalah yang menceriakan vila ini dengan kenakalannya. Habis tunggang terbalik vila ini bila dia ada. Tapi bila dia sudah tiada, seri vila ini seperti hilang. Tiada gelak tawa para pekerja, tiada senyuman mummy.. dan kamu.. asyik sibuk di pejabat. Daddy rasa..”
     “Insya-Allah, Adib panggil dia pulang nanti.”
     “Kita buat makan-makan. Panggil Wildan sekali.”
     Adib Ziyadh telan air liurnya. “Wildan? Kenapa?”
     “Cukuplah empat tahun memisahkan mereka berdua.”
     “Daddy, tak payahlah. Kita buat makan-makan sesama ahli keluarga sudahlah. Tak perlu ajak orang luar sekali.”
     Tuan Mikael Idrus memeluk tubuh. Dia jadi hairan mendengar permintaan Adib Ziyadh. Bukankah anak lelakinya itu menyokong Aya Sophea suatu ketika dahulu yang memilih Wildan Ali sebagai teman hidup. Kenapa pula sekarang Adib Ziyadh tidak mahu Wildan Ali turut serta dalam pertemuan tersebut. “Jujur dengan daddy. Rasa macam ada yang tidak kena je. Kamu berdalih ke? Kenapa Wildan tidak boleh ikut serta. Orang luar? DIa juga akan jadi keluarga kita bila berkahwin dengan Aya.”
     “Erhh.. ermm..”
     “Sebab Aya dah kahwin? Dengan orang lain?” telah Tuan Mikael Idrus. Dia menantikan jawapan dari Adib Ziyadh. Jika benar kata-kata Wildan Ali, dia tidak boleh tunggu lama. Dia perlu bertemu dengan Aya Sophea. Apa pula kata rakan-rakan perniagaannya yang lain bila tahu anaknya sudah kahwin tetapi tiada undangan majlis.
     “Ya, daddy. Aya dah kahwin. Di Perancis.”
     “Alhamdulillah.” Lega hatinya sedikit. Maknanya sepanjang Aya Sophea berada di Perancis, ada seseorang yang melindungi anak gadisnya. “Panggil dia dan suaminya ke vila. Kita bincang. Kita perlu adakan sedikit majlis keraian untuk hebahkan perkahwinan mereka berdua.”
     “Insya-Allah daddy. nanti Adib beritahu Aya.”
    
“Kau nak apa?” soal Adib Ziyadh sebaik sahaja Wildan Ali melabuhkan punggung di hadapannya. Terkejut juga dia bila lelaki itu tiba-tiba sahaja muncul di hadapannya sedangkan mereka berdua sudah lama tidak bertemu.
     “Kau tahu Aya dah balik?”
     “Dah.”
     “Aya dah kahwin?”
     “Dah.”
     “Bila kau tahu?”
     “Beberapa hari yang lepas.”
     Wildan Ali meraup wajahnya. Sekarang, dia sudah tahu. Aya Sophea yang membuat keputusan untuk berkahwin. Tanpa pengetahuan sesiapa. “Kenapa dia kahwin dengan orang lain?”
     “Manalah aku tahu. Waktu dia kahwin, dia ada di Perancis. Bukannya ada di depan aku. Kalau depan aku, mungkinlah dia akan kahwin dengan Tengku Haicarl, atau kau.” Adib Ziyadh memandang Wildan Ali yang menjenguk ke sana sini. “Kau cari siapa?”
     “Manalah tahu kalau Aya datang makan dengan kau. Aku nak jumpa dia semalam. DIa keluar lunch dengan kau. Aku tinggalkan kad, suruh dia call aku, langsung tak ada call.”
     “Tak, dia ada hal lain.”
     “Hal apa? Dia tak beritahu kau?”
     “Eh, aku nak makan. Makan! Aku baru je nak suap nasi masuk dalam mulut, kau tanya aku. bila aku nak habis makan?”
     “Sorry. Makanlah. aku tunggu.”
     “Tunggu buat apa?”
     “BadaiDanau. Jam dua.”
     “Oh..”
*****
Aya Sophea terpaku beberapa detik. Dia memejamkan matanya dek terlalu takut dengan sesuatu yang baru sahaja memeluknya. Hatinya benar-benar kegelisahan dan ketakutan sudah menguasai tubuhnya. Siap sahaja yang boleh membantunya bila kesusahan sedemikian. Andai dia nekad, pasti ada bahaya yang turut bertandang. “Kau siapa? Apa yang kau nak?” soalnya dengan getar suara yang ketakutan. Ingin berpaling, sungguh dia tidak berani.
     “Aku mahu kamu..” Garau. Serak. Keras.
     “Tolong.. aku..”
     Pipinya dikucup. Lembut. Terasa geli dek terkena jambang dan ketika itu, Aya Sophea tersedar akan sesuatu. Wangian lelaki itu. Cara pelukan dan suaranya. “Syed Zhafran!?”
     “Ya, sayang.” Spontan suara Syed Zhafran berubah lembut. Seperti biasa. “I miss you..”
     Tubuh dipaling menghadap Syed Zhafran yang beriak biasa. Tiada langsung riak bersalah di wajahnya. “Bencilah.”
     “Rugi benci suami sendiri.”
     “Menyampah.”
     “Lagi awak menyampah dengan saya, lagi saya suka.”
     “Nakal!”
     Syed Zhafran menguntum senyum. “Nakal dengan awak je, ada hasil.”
     “Syed Zhafran!”
     “Ya, sayang..” Syed Zhafran terus menarik Aya Sophea ke dalam dakapannya. SUngguh dia rindukan Aya Sophea. Sungguh dia tidak mahu berjauhan lagi dengan isterinya. Cukuplah hanya sebulan. “Sorry, saja buat kejutan untuk awak.”
      “Pakat dengan Mayesha, kan? Tiba-tiba je dia nak keluar cari barang.”
      “Tak salah.”
     “Saya tunggu awak dari tadi. Tunggu panggilan awak.” Kepalanya dilentokkan di atas dada Syed Zhafran. Dia tersenyum sendiri. Bagus mendapat lelaki yang tinggi. Sekurangnya bila dia yang pendek dan kecil itu berdiri di hadapan Syed Zhafran dia dapat meletakkan kepalanya di dada. “I miss you, Zhaf. Especially, your heartbeat!”
     “Sebab tu, saya peluk awak.” Syed Zhafran bersuara perlahan. Sudah arif dengan keinginan dan tingkah laku Aya Sophea. Isterinya itu suka dipeluk untuk mendengar degup jantungnya. Dia tenang.
     Mayesha masuk ke dalam bilik. Dia berdehem sengaja mahu mengganggu mereka berdua yang masih berpelukkan. “Abang Syed, Sha tak nak peluk ke?” usik Mayesha sebelum melepaskan gelak nakal. Kelakar melihat riak wajah Syed Zhafran yang bersemu merah dan pudar wajah yang kegelisahan. “Eh, acah je. Haram.”
     “Kau ni. Jahat kenakan suami aku.” Mencekak pinggang Aya Sophea mendengarnya.
     “Sekali-sekala. Aku pun rindu nak gurau-gurau.”
     “Bab peluk, hanya aku je tau boleh dengan Zhaf.”
     “Ya, hari ini kita peluk sampai lebam. Okey?”
     “Dari ayat abang Syed, aku rasa doa yang kita mohon pagi tadi.. dimakbulkan!”
     “Mayesha!!!”
     Aya Sophea menutup wajahnya menggunakan kedua belah tangan. Malu. Jauh di dasar hatinya dia berdoa agar Syed Zhafran tidak bertanya lanjut mengenai itu. Dia kembali memandang suaminya yang turut memandangnya. Pandangan mereka bertemu sebelum mereka berdua mengalihkan pandangan masing-masing. Terbit rasa malu. Argh, begitu sukar mendefinisikan perasaan di antara Aya Sophea dan Syed Zhafran.
     “Dalam skype.. Mr Romeo dan Mrs Juliet. Kenyataannya, korang berdua ni.. dah macam ustaz dan ustazah! Malu-malu kucing,” komen Mayesha sebelum keluar dari bilik Aya Sophea.
      Sekali lagi Aya Sophea memandang wajah suaminya. Namun, ketika itu juga Syed Zhafran turut memandangnya. Mereka berdua tergelak dengan aksi mereka sendiri. “Saya rindu nak tatap muka awak. Jangan fikir lain.”
     Syed Zhafran mengangguk. “Saya juga. Jangan fikir lain.”
     “Kenapa tak call cakap dah sampai?”
     “Tak naklah susahkan awak kena ambil saya di airport.”
     “Betul?”
     “Ya, rindu awak. 200%”
     Meletus tawa Aya Sophea mendengarnya. “Tengok ke cerita tu? Tonton?”
     “Eh, mana ada saya layan cerita-cerita jiwang macam tu. Tak macholah.” Syed Zhafran menggeleng-gelengkan wajahnya. Dia memandang Aya Sophea yang sudah duduk di salah sebuah kerusi di situ. “Tapi, adalah sikit.”
     “Agak dah.”
     “Aya, tahu tak sebab apa saya ke sini hari ini. Tak esok, tak lusa, tak semalam.. tapi hari ini.”
     “Not so sure. Mungkin semalam tiket flight dah habis. Esok lusa pun sama. Hanya ada hari ini. kan?”
     Lebar senyuman Syed Zhafran mendengarnya. Confirm Aya Sophea memang pelupa bila berkaitan dengan tarikh-tarikh istimewa. Jadi rancangannya untuk membuat kejutan sempena hari lahir Aya Sophea tentu menjadi. “betullah tu. Pandai.”
     “Yeay..”
     “Aya Sophea Mikael Idrus..”
     “Ya, Syed Zhafran Syed Ghaffar. Awak mahu apa?”
     “Nak honeymoon ke mana?”
     “Honeymoon?”
     “Mayesha cakap yang awak..”
     “Eh mana ada. Saya main-main je dengan dia. SUka sangat ambil serius dia tu. Haihh..” tepis Aya Sophea. Malu mahu mengaku rancangan awalnya tadi.
     “Kita pergi tempat yang sejuk. Cameron?”
     “Awak nak?”
     “Saya nak pergi honeymoon dengan awak. Empat tahun bersama, takkan nak berdua lagi. Elok kita rancang..”
     “Awak nak anak?”
     “Itulah rancangan saya. Maksud tersirat. Awak dapat tangkap.”
     Aya Sophea simpul senyum. “Okey. Kita plan..untuk dapat anak.”
     “Bila?”
     “Hah?”
     “bila nak pergi Cameron? Jangan fikir lain.”
     Mereka berdua tergelak.
*****
“Sedetik pun aku tidak pernah berubah dari menyayangi kau. Aku tidak pernah memandang gadis lain selain dari kau. Empat tahun aku menanggung rindu pada kau. Menunggu kau pulang untuk aku. Ini balasan yang kau berikan pada aku, Aya Sophea?!”
     Wildan Ali mencapai sekeping foto Aya Sophea yang ditampal pada board. Dia memandang lama wajah lembut Aya Sophea. Dia begitu mencintai Aya Sophea tetapi dia sama sekali tidak menyangka Aya Sophea akan berkahwin dengan lelaki lain. Apa salahnya sehinggakan Aya Sophea berpaling tadah? Kenapa tidak dengan lelaki yang dipilih keluarganya empat tahun yang lalu, Tengku Haicarl. Mereka sudah berpakat. Hanya perlu mengaburi mata Tuan Mikael Idrus dan Puan Adawiyah.
     Tetapi..
      “Arrghh, kau dah buat aku gila! Kau dah buat aku menunggu! Kenapa perlu kau sakitkan hati aku lagi?”
     Perkenalan antara Wildan Ali dan Aya Sophea bermula sewaktu mereka berdua terserempak di sebuah gedung membeli-belah. Wildan Ali tertarik dengan gaya Aya Sophea yang nakal dan ranggi bersama rakan-rakan. Tanpa rasa segan dia mencuba nasib. Menghampiri dengan niat untuk berkenalan. Tidak sangka salam bersambut, mereka akhirnya bertukar nombor telefon. Dia senang bila bersama dengan Aya Sophea. Baginya, gadis itu penguat diri untuk terus hidup setelah kematian tunang kesayangan. Ada beberapa detik, Aya Sophea terlalu mengambil berat tentangnya sehinggakan dia merasa kehadiran arwah tunangnya di sisi.
     Setahun dalam kehidupan yang terumbang ambing jelas sekali telah dikembalikan oleh Aya Sophea. Dia mendapat kerja. Dia mendapat nafas baru. Rakan-rakan yang menghilang kembali ke dalam hidupnya termasuk Omar Tsaqeef yang terus menawarkan pekerjaan yang jauh lebih lumayan untuknya. Segala-galanya kerana Aya Sophea yang berusaha mengembalikan kehidupan normalnya.
     Mengenali Aya Sophea, dia tahu gadis yang luarannya kelihatan tabah begitu menderita. Dikelilingi keluarga yang mengongkong kebebasan dan hak untuk memilih. Seringkali dia mendengar Aya Sophea mengadu. Seringkali juga dia menjadi tempat untuk Aya Sophea melepaskan geram. Bagi Aya Sophea, satu-satunya jalan untuk keluar dari vila penuh dengan tembok yang menghalangnya dari dunia luar adalah berkahwin.
     “Wil, kita kahwin.”
     “Kahwin? Aya ingat kahwin tu senang ke?”
     “Habis? Aya dah tak tahan. Setiap kali nak keluar, daddy interview. Mummy bebel-bebel. Itu ini tak boleh. Bukannya Aya nak pergi mana-mana. Pergi shopping, jalan dengan kawan-kawan. Itu je.”
     “Daddy dan mummy hanya nak pertahankan awak.”
     “Kenapa Wil tak nak kahwin dengan Aya?”
     “Kita masih muda. Aya baru berusia 20 tahun tau tak? Wil baru nak bina semula kerjaya Wil. Sabarlah dulu.”
     “Sabar? Tahu tak yang daddy dan mummy nak kahwinkan Aya dengan anak kenalan mereka. Tahu tak?” jerkah Aya Sophea.
     “Jika itu kehendak daddy dan mummy Aya, kita boleh buat apa? Mereka orang tua Aya.”
     “Sekurangnya Wil kena usaha jumpa daddy dan mummy. Berterus terang dengan mereka tentang hubungan kita. Itu je.”
     “Aya.. Wil..”
     “Sudahlah! Kalau itupun Wil tak boleh lakukan, biar Aya uruskan dengan cara Aya sendiri. Tunggu dan lihat!”
     Huh..
     Wildan Ali menggelengkan kepalanya. Masih teringat dengan segala kata-kata Aya Sophea pada kali terakhir mereka bertemu empat tahun yang lalu. Jelas sekali Aya Sophea telah melakukan segalanya dengan cara sendiri. Meninggalkan majlis pernikahan antaranya dengan Tengku Haicarl dan melarikan diri jauh ke negara luar. Tiada siapa tahu sehingga kepulangannya sebulan yang lalu.
     “Kalaulah aku lebih pantas bertindak..”
     Kepulangan Aya Sophea sesungguhnya dinantikan oleh WIldan Ali. Dia mahu menebus segala kekesalannya. Tidak mahu bertindak untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. Seperti dulu juga. Kerana dia jugalah, tunangnya meninggal. Hanya kerana dia yang tidak mahu bertindak lebih pantas.
     Aya Sophea jauh berubah. Dahulu gadis itu kelihatan sangat garang, bersahaja, degil dan segala-galanya begitu kontra dengan Aya Sophea yang sekarang. Dia dapat melihat Aya Sophea yang lebih pendiam, perahsia, sensitive dan mungkin juga seorang yang manja. Tetapi, bukan dengannya. Hanya dengan orang yang rapat dengannya.
     “Aya Sophea, tidak mungkin sedetik pun di dalam fikiran kau sekarang, tidak mengingati kisah kita dahulu?”

Sebentuk cincin yang tersarung kemas di jari manisnya membuatkan Aya Sophea senyum meleret. Sungguh cantik sekali cincin yang ditempah khas oleh Syed Zhafran untuknya. Sempena ulang tahun kelahirannya. Dia memalingkan tubuhnya melihat Syed Zhafran yang baru sahaja keluar dari bilik air. Lelaki itu hanya menggelengkan kepala melihat dia yang tidak sudah-sudah senyum sejak lewat malam tadi. “Itu senyum sebab apa? My body?” Syed Zhafran sengaja menari gelek dalam rasa kekok.  Kelakar rasanya melihat imbasan di almari cermin.
     “Astaghfirullah. Buruknya. Anak siapalah tu.” Aya Sophea gelengkan kepala. Tidak tahan dengan aksi suami sendiri. Dia kembali menghadap cermin.
     “Six packs berketul. Itu yang tidak boleh bergelek.”
     “Mengada.”
     Syed Zhafran tersengih dan berjalan menghampiri Aya Sophea. Dia memeluk isterinya. “Awak suka cincin tu?”
     “Suka, tapi saya lagi suka awak sentiasa di sisi saya.”
     “Aya Sophea, pejamkan mata awak sebentar.” Syed Zhafran berbisik perlahan di telinganya. Tenggelam timbul membuatkan Aya Sophea gementar.
     “Cukuplah dengan kejutan yang awak lakukan semalam, Zhaf. Awak tahu, saya tak suka kejutan.”
     Hanya kedengaran suara gelak Syed Zhafran. Tiada sebarang pergerakkan. Syed Zhafran masih berdiri memeluknya. Kekal untuk beberapa detik.
     “buka mata, dan lihat cermin apa yang awak lihat.”
     Perlahan-lahan Aya Sophea membuka matanya. Dia memandang cermin. Kelihatan dua figura manusia yang sedang berpelukkan. “Kita. Awak dan saya.”
     “Saya ada di sisi awak, Aya. Di sini. Bersama awak.”
     “Maksud saya..”
     “Saya akan sentiasa ada di sisi awak.”
     “Maksud awak?”
     “Saya dah berhenti kerja, dan saya juga sudah memohon kerja di sebuah hospital swasta di sini. Saya akan mula berkhidmat dua bulan lagi.”
     “Satu lagi kejutan.”
     “Itu kejutan yang awak suka?” Aya Sophea mengangguk. Suka. “Saya tak nak berjauhan dengan awak lagi.”
     “Kenapa?”
     “Awak dah mengajar saya hidup berdua sejak empat tahun yang lalu, Aya Sophea. Jangan salahkan saya kalau saya cakap tanpa awak walau sehari, saya tak mampu bernafas.”
     “Gedik!”
     “Gedik?” Syed Zhafran mengusik perutnya. Digeletek perut Aya Sophea sehingga terjerit isterinya.
     “Nakal, gatal.. semua ada!”
     “Romantik?”
     “Sikit!”
     Spontan Syed Zhafran mengangkat tubuh Aya Sophea. Dia merenung mata Aya Sophea dengan pandangan redup. “Mari saya tunjuk dan buktikan betapa nakalnya saya, dan betapa romantiknya saya pada awak. Tambahan.. awak kata saya gatal, kan?”
     “Zhaf, saya baru mandi!”
     “Do I care?” Tubuh Aya Sophea dibawa ke katil. “Mari kita membuat pahala.”
     Sepotong doa dibisikkan dan mereka berdua sama-sama hanyut di dalam cinta yang bergelora. Sungguh kehadiran Syed Zhafran sedikit sebanyak membawa kebahagiaan pada Aya Sophea. Tidak pernah sekali dia memikirkan Syed Zhafran akan muncul dalam kehidupannya dan mengambalikan keceriaan di dalam hidupnya. Dia bersyukur. Syed Zhafran tidak pernah membuat dirinya hampa dan terluka.
     “I love you, Zhaf.”
     “Me too..”
*****
“Morning Puan Aya Sophea! How are you? Lambaaaattttt bangguuuuunnn..” Mayesha tergelak-gelak melihat Aya Sophea yang mamai. Dia tersengih nakal melihat lingkaran hitam di sekeliling mata Aya Sophea. “Kau buat apa hah malam tadi? Bukan main bising kau dengan Abang Syed berbual, terjerit-jerit.”
     “Dia geletek aku lah. Geli.” Aya Sophea melabuhkan punggungnya di atas kerusi panjang. Dia masih penat kerana tidak dapat tidur. Hanya sesudah Subuh dia dapat memejamkan matanya. “Dia mana? Aku bangun tengok tak ada.”
     “Trim rambut. Abang Syed cakap rambutnya dah gerbang macam Johnny Depp.”
     “Perasan. Kek semalam ada lagi tak?”
     “Ada. Nak ke?”
     “Aah.” Aya Sophea bangkit dan terus menuju ke dapur mengekori Mayesha. “Sedaplah kek ini. Aku tak pernah rasa. Tapi, yummy!”
     “Citarasa abang Syed kan world class!”
     Aya Sophea mengangguk mengiyakan. Dia mencapai sekeping kek yang dipotong Mayesha. “Petang ni kami pergi Cameron.”
     “Cepatnya. Hari ini dah pergi. Aku ingat dua tiga hari lagi.” Mayesha mengeluh. “Galeri pun tak siap renovate. Tunggulah siap renovate. Aku tak berani nak duduk pantau seoang je. Sudahlah kebanyakkan pekerja kontrak tu orang luar.”
     “Nanti aku suruh abang Ziyadh temankan. Boleh?”
     Mayesha angkat kepala. Tidak jadi mahu mengambil lagi sekeping kek. Dia memandang Aya Sophea yang bersahaja. “Kenapa abang Ziyadh?”
     “Abang aku tu masih single. Dia..”
     “Dah, jangan nak berangan. Nak jodohkan aku dengan abang kau? Jadi kakak ipar kau? Sorry, tak berkenan.”
     “Eleh, poyo je. Masa abang aku datang galeri hari itu. BUkan main sibuk soal selidik aku tentang dia. Apa kes?”
      “Eeii.. sudahlah. Aku nak mandi. Bye!”
      Aya Sophea melebarkan senyumannya. Tak pelik rasanya kalau Mayesha menjadi kakak iparnya. Kelihatan jauh lebih sesuai dengan Adib Ziyadh yang mementingkan kerja. Sekurangnya dengan Mayesha, rakannya itu tahu mahu buat apa untuk memastikan Adib Ziyadh ada di rumah pada waktu-waktu tertentu.

Syed Zhafran melangkah masuk ke dalam bilik dengan pandangan menggoda. Dia tersengih-sengih memandang Aya Sophea yang sedang mengemas beg pakaian. Kakinya melangkah menghapiri Aya Sophea dan meminta isterinya memandang wajahnya. Tangan kanan mengusik rambutnya. “Apa macam, Aya? Ada iras Robert Pattinson tak?”
     “Mengada. Tak ada langsung.”
     “Cehh. By the way, kita tak jadi pergi Cameron hari ini.”
     “Eh, kenapa?” Kening Aya Sophea sudah terangkat. Dia bangun dan memegang tangan Syed Zhafran. “awak ada rancangan lain?”
     “Kita ke vila. Dinner dengan daddy dan mummy awak. Boleh?”
     Matanya diredupkan memandang wajah Aya Sophea. Kedua belah tangannya memegang pipi Aya sophea. Dia senyum dan isterinya membalas. kemudian dia menghadiahkan satu kucupan di bibir isterinya tanpa sebarang kata.
     “Zhaf, tolong berhenti dari buat saya terkejut.”
     “Kita berkahwin tanpa restu daddy dan mummy awak. Apa kata sebelum kita pergi berbulan madu, kita jumpa mereka. Mohon restu. Supaya perkahwinan kita diiringi dengan kebahagiaan, keberkatan, restu. Kita mahu merancang keluarga, bukan? Mana tahu disebabkan kita tiada restu dari daddy dan mummy, kita tak dapat anak.”
     “Awak dah fikir masak-masak?”
     “Ya, saya dah fikir masak-masak. Kita dinner dengan daddy dan mummy awak, ya?”
     “Okey, saya ikut apa yang awak mahukan.”
     “Sayang isteri saya ni.” Syed Zhafran memeluk isterinya erat. Ke kiri dan ke kanan dia menggoyangkan tubuh Aya Sophea. Sengaja mengusik. “Saya nak mandi. Gatal lepas gunting rambut ni. Lepas ni kita keluar pergi jalan-jalan.”
   
Berombak dada Wildan Ali melihat sepasang suami isteri yang baru sahaja melintasinya. Dadanya bergelojak kencang dek hambatan rasa cemburu pada pasangan tersebut. Sakit matanya melihat kemesraan yang terjalin dan hatinya benar pilu melihat layanan sang isteri kepada suaminya. Sifat manja dan keanakkan sang isteri meranapkan perasaannya yang begitu mendambakan situasi yang sama darinya.
     Laju kakinya melangkah menghampiri pasangan tersebut. “Hai!”
     Syed Zhafran dan Aya Sophea berpaling. Masing-masing mengerutkan dahi melihat Wildan Ali yang berdiri di hadapan mereka. Aya Sophea hanya beriak biasa tanpa sebarang rasa dan Syed Zhafran memandang kosong.
     “Hai, Wildan. Seorang je?” sapa Aya Sophea. “Zhaf, kenalkan Wildan Ali.Wil, ini suami Aya. Syed Zhafran.”
      Mereka bersalaman. Syed Zhafran senyum. Namun tidak pada Wildan Ali yang berwajah tegang.
     “Syed Zhafran.”
     “Wildan Ali. Actually, saya ni ex Aya Sophea.” Sengaja Wildan berkata sedemikian kepada Syed Zhafran dan pandangannya melirik pada Aya Sophea.
     Tidak mahu menaruh rasa curiga pada isteri sendiri, Syed Zhafran mengangguk kecil. “Tahu. Setiap orang mempunyai sejarah lama. Macam saya, turut ada kekasih lain sebelum berkahwin dengan Aya.”
     “Ohh..” Wildan Ali tersengih. Sangkanya Syed Zhafran akan terkesan dengan katanya. Dia memandang pegangan tangan  Syed Zhafran dan Aya Sophea. Dari tadi tidak dilepaskan. Panas hatinya. “Shopping?”
     “Cari barang sikit untuk honeymoon.” Syed Zhafran membalas. Dia senyum kecil. Bukan niatnya untuk menambahkan rasa sakit di hati Wildan Ali. Tapi, siapa suruh mulakan dulu? “Tergesa-gesa. Tiba-tiba je rancang nak pergi honeymoon. Itu yang terpaksa shopping last minutes.”
     “Wil shopping juga ke?” soal Aya Sophea perlahan.
     “Tak adalah. Tadi pergi makan dengan kawan.” Intonansi suara Wildan Ali berubah. Dari sinis menjadi lembut. Dia lemah. Aya Sophea benar-benar gadis yang dapat melenturkannya. Dari pelbagai segi. “Aya sihat?”
     “Alhamdulillah. Err.. maaf, Wil. Kami kena gerak dulu. Banyak barang yang mahu dicari. Kan, Zhaf?”
     Syed Zhafran mengangguk. Menyerah. Dia tahu isterinya tidak selesa dengan Wildan Ali bila tangannya terasa genggaman Aya Sophea yang kejap-kejap.
     “Ya, kami minta diri dulu. Nice to meet you.”
     Wildan Ali hanya angguk kecil. Dia melepaskan  pandangan mengekori langkah Aya Sophea bersama suaminya. Dia cemburu melihat Syed Zhafran yang melindungi Aya Sophea. Lelaki itu memaut pinggang Aya Sophea ketika berjalan. Dan bila mereka berdua saling berpandangan, Syed Zhafran akan memandang dengan pandangan yang begitu mendalam. Begitu juga dengan Aya Sophea.
     “Lelaki itu sepatutnya aku. Ya, sepatutnya aku.”
*****
Syed Zhafran dan pakaian yang bersut memang tidak pernah berenggang. Lelaki itu lebih selesa mengenakan pakaian yang formal dari kasual. Tidak kira situasi kecuali ketika bersenam dan menghadiri majlis-majlis keagamaan. Selain dari itu, dia lebih suka mengenakan pakaian formal seperti berkemeja dan bersut. Katanya, dia kelihatan lebih romantik dan bergaya. Ahh, perasan!
     “You looks so beautiful tonight, dear.”
     Bisikkan Syed Zhafran di telinga Aya Sophea membuatkannya tersenyum lebar. Suaminya tidak pernah lekang dengan pujian. Sampaikan sewaktu dia bangun dari tidur pun boleh dipuji cantik. Argh, rambut macam hantu kena petir pun dikatakan cantik? Lelaki.
     “Kita nak pergi dinner ke, Zhaf?”
     Keningnya terjungkit tinggi. Dia terus sahaja membelek tubuhnya di hadapan cermin. “Eh, eh..”
     Syed Zhafran meluruskan tangannya ke cermin. Dia memandang Aya Sophea.
     “Kenapa?” Aya Sophea mengerutkan dahinya. Pelik dengan tingkah Syed Zhafran. Dia turut memandang ke cermin. Dia memandang Syed Zhafran kembali. Tidak mengerti. Yang dilihatnya di cermin hanyalah dirinya dan Syed Zhafran. sedang berdiri menghadap cermin secara mengiring. Itu sahaja.
     “Tengok tu.”
     “I don’t get you, my love.”
     “There is a prince charming who stand beside his princess. Don’t you see them, my dear. Don’t you think that they are very suits with each other?”
      “Oh no. Dah mula dah.”
      Syed Zhafran tergelak. Dia sememangnya suka mengusik Aya Sophea. Sejak awal pertemuan dengan gadis itu, dia sudah terbiasa mengusik. Baginya, itu rahsia bagaimana dia mampu menawan sekeping hati kering milik Aya Sophea. Dan selama empat tahun mereka hidup berdua di Perancis, usikannya yang berjaya menceriakan dan mengembalikan senyuman Aya Sophea. Kerana usikkannya jugalah Aya Sophea menjadi rapat dan turut membalas rasa cinta dan sayang kepadanya. Tiada paksaan. Segalanya spontan.
     Tubuh Aya Sophea ditarik ke dalam pelukan. Mereka berdua berdiri di hadapan cermin. Aya Sophea berada di depan dan Syed Zhafran memeluknya di pinggang. Telefon bimbit dikeluarkan. “Jom selfie.”
     Aya Sophea senyum kecil. Malu. Sewaktu Syed Zhafran memintanya untuk memandang ke arah kamera, dia terkedu. Syed Zhafran mencium pipinya dan lantas gambar berjaya dirakamkan.
     “Blushing. Your blusher.. too red, dear,” komenya. “but, I like it.”
Cupp!
Satu ciuman singgah lagi di pipi Aya Sophea.
“Isy.. Ngada.”
“Give me too, dear.”
Lambat-lambat Aya Sophea mencium pipi Syed Zhafran yang berharap. Dia senyum. Tidak sangka dia berjaya mengatasi rasa malu di hatinya. Dia menunduk.
“Are you ready, Aya?”
“Selagi awak ada di sisi saya, menemani saya tiap susah dan senang.. saya sentiasa bersiap sedia, Zhaf.”
“Good. Insya-Allah, segalanya dipermudahkan. Kita pergi jumpa daddy dan mummy dan jelaskan segalanya. Jangan takut, sayang. Saya sentiasa ada untuk awak. Saya sentiasa berada di hadapan dan belakang awak.”
“Hadapan dan belakang?”
“Hadapan untuk melindungi awak dari pelbagai serangan dan kesusahan. Belakang untuk menyokong dan memberikan semangat kepada awak.” Syed Zhafran senyum.
“Thanks, Syed Zhafran Syed Ghaffar.”
“Welcome Aya Sophea Mikael Idrus. Jom..”

Aya Sophea menghelakan nafas sebaik sahaja melangkah turun dari perut kereta. Dia begitu berdebar-debar untuk menemui daddy dan mummynya. Maklum sahaja sudah empat tahun dia merajuk dan membawa diri tanpa sebarang khabar berita. Dia memandang Syed Zhafran yang berjalan ke arahnya. Senyuman yang bergaris di bibir Syed Zhafran menenangkannya. “Dup dap rasanya.”
     “Jangan risau. Daddy dan mummy menanti awak di dalam, Aya.”
     “Menanti saya?”
     “Ya, mari..”
     Sebelah tangannya dihulurkan meminta Aya Sophea menyambut dan menggenggam tangannya itu. Biar mereka masuk ke dalam vila berpimpinan tangan dan penuh kemesraan.
     “Ada satu lagi kejutan untuk saya? Dari awak?”
     Syed Zhafran menggeleng. “Bukan dari saya. Mungkin dari keluarga awak.”
     Kening Aya Sophea sudah bertaut. Tidak memahami. Dia memandang pintu masuk vila. Terang benderang bagaikan ada keraian. “Zhaf, tell me. Awak tahu saya tidak sukakan kejutan?”
     “Saya ada bertemu dengan abang awak, Adib Ziyadh. Dia meminta saya membawa awak ke sini. Makan malam bersama keluarga. Sebab itulah, kita berada di sini sekarang.” Syed Zhafran lembut berbicara. Dia membiarkan sahaja Aya Sophea mengelamun. “Janganlah macam ini, Aya. awak cukup cantik pada malam ini dan senyumlah sikit. Tanpa senyuman awak.. suasana malam bagaikan langit gelap tanpa kehadiran bintang-bintang.”
     Lama Aya Sophea memandang Syed Zhafran yang menanti dirinya mengukir senyum. Tidak semena-mena, ada air mata yang tumpah dari tubir mata Aya Sophea. Terharu. “Zhaf, terima kasih. Awak sanggup bersama saya selama ini. Susah dan senang saya, sedih dan gembiranya saya, awak sentiasa ada di sisi saya. Sampaikan saya yang meninggalkan keluarga sendiri, derhaka dengan arahan daddy dan mummy, tapi awak mahu memperisterikan saya. Saya yang tidak begitu sempurna..”
     Aya Sophea dipeluk. “Syhh.. tiada manusia yang dilahirkan cukup sempurna. Kalau awak terlalu sempurna, siapalah saya untuk digandingkan bersama awak. Saya juga tidak sempurna, kita sama-sama tidak sempurna dan kita bertemu untuk saling menyempurnakan. Kita berdua. La tahzan, ya zaujah. La tahzan..”
     Air mata dikesat menggunakan kedua belah ibu jari Syed Zhafran. Dia mencium pipi Aya Sophea.
      “Perut saya dah laparlah..” ujar Syed Zhafran berjenaka dan ketika itu, Aya Sophea sudah mampu menyimpulkan senyuman. “Macam itulah. Baru berseri. Sekarang, mari kita masuk ke dalam. Tentu daddy dan mummy sudah menunggu.”
     Syed Zhafran mencapai tangan Aya Sophea dan menggenggamnya erat. Kasihnya dia pada Aya Sophea tidak mampu diucapkan dengan kata-kata. Cintanya dia pada Aya Sophea sukar diganti dengan harta benda. Begitu bermakna Aya Sophea di dalam hidupnya.

Tuan Mikael Idrus dan Puan Adawiyah mengukir senyuman sebaik sahaja melihat kelibat Aya Sophea melangkah masuk ke dalam vila bersama dengan Syed Zhafran. Adib Ziyadh yang mengiringi begitu rancak berbual dengan Aya Sophea dan buat pertama kali sejak empat tahun yang lalu, vila itu terasa ‘hidup’. Gelak tawa Adib Ziyadh dengan usikannya pada Aya Sophea dan begitu juga sebaliknya. Sesekali kedengaran suara Syed Zhafran mencelah dan turut tergelak. Bising.
     Beberapa orang pekerja mencuri lihat siapa tetamu istimewa yang dinantikan Tuan Mikael Idrus dan Puan Adawiyah. Masing-masing tertanya siapa gerangan tetamu bila Puan Adawiyah turun padang dalam menyediakan juadah makan malam. Begitu sibuk semua orang menyusun peralatan dan menceriakan vila yang sudah suram begitu lama. Puan Adawiyah pula becok mengarah itu ini bagi meraikan kehadiran tetamu tersebut.
     “Itu.. cik Aya!”
     “Cik Aya? Dia dah balik?”
     Suara pekerja di vila bersahutan. Teruja dan gembira. Masing-masing menyampaikan siapa gerangan tetamu tersebut kepada yang lain. Dari pekerja di bahagian depan sehinggalah tkang kebun mengetahui kepulangan Aya Sophea.
     “Aya..”
     Langkah kaki Aya Sophea kaku sebaik sahaja mendengar suara Puan Adawiyah. Dia memandang lama sekujur tubuh mummynya. Dia melihat tubuh mummynya tidak lagi berisi seperti dulu. Mukanya kurus dan tidak bermaya. Namun, senyuman Puan Adawiyah jelas sekali menggambarkan betapa dia gembira bila Aya Sophea pulang. Selangkah demi selangkah Aya Sophea mendapatkan Puan Adawiyah. Terus dia memeluk mummynya dan memohon keampunan atas kesilapan dan segala keterlanjurannya suatu ketika dahulu.
     “Aya tahu, dari kecil asyik susahkan mummy. Sampai sekarang susahkan mummy. Maafkan Aya.. Aya janji, Aya tak buat lagi..”
     “Mummy dah lama maafkan Aya. Maafkan mummy juga sebab tidak pernah hiraukan perasaan Aya. Tidak pernah ambil tahu apa yang Aya inginkan. Maafkan mummy..”
     “Aya..” Tuan Mikael Idrs mengusap kepla Aya Sophea. Ada sendu pada suaranya. Sebak.
     Pelukan pada Puan Adawiyah dilepaskan lantas dia mendapatkan Tuan Mikeal Idrus. “Daddy.. maafkan Aya.”
      “Daddy juga sudah maafkan kamu nak. Daddy sedar apa yang daddy lakukan pada kamu dulu tidak sepatutnya berlaku. Maafkan daddy. Kamu anak yang baik..”
     “Terima kasih daddy, mummy. Terima kasih sebab sudi terima Aya  kembali.” Aya Sophea mengesat air matanya. Air mata kegembiraan. “Daddy, mummy.. kenalkan, Syed Zhafran. Suami Aya.”
     Syed Zhafran mampir ke hadapan. Dia bersalaman dengan Tuan Mikael Idrus dan Puan Adawiyah.
      “Terima kasih kerana menjaga dan melindungi Aya sepanjang dia berseorangan selama ini. Risau benar hati daddy bila dia pergi begitu sahaja tanpa sesiapa yang melindunginya.”
     “Takdir Tuhan mempertemukan saya dengan Aya, daddy.”
     “Kita buat kenduri. Raikan kamu berdua.” Puan Adawiyah bersuara ceria. Dia teruja. Melihat Aya Sophea yang bahagia di samping Syed Zhafran menggembirakannya. Sungguh dia tidak kisah dengan pilihan Aya Sophea memilih Syed Zhafran meskipun dia terkejut. Sangkanya, Aya Sophea kembali dengan niat untuk meneruskan hidup bersama Wildan Ali.
     “Zhaf tak kisah. Asalkan daddy dan mummy gembira. Kan, Aya?” Aya Sophea mengiyakan.
     Adib Ziyadh menarik tangan Aya Sophea tiba-tiba. Dia membawa Aya Sophea ke tepi kolam renang. “Kenapa tak bawa Mayesha sekali?” bisik Adib Ziyadh perlahan. Dia tersengih nakal bila Aya Sophea menjegilkan matanya. Terkejut barangkali dengan pertanyaan abangnya itu. “Janganlah buat muka macam itu. Abang tanya ni. Kenapa tak bawa dia sekali?”
     “Dah malam. Dia nak tidur. Dia memang tidur awal.”
     “ohh.. betul?”
     “Call dia..” Aya Sophea senyum nakal seraya menghulurkan telefon bimbitnya pada Adib Ziyadh. Keningnya diangkat-angkat mengusik abangnya. Dia mahu lihat berani atau tidak abangnya mahu berbual dengan Mayesha. “Sekejap..”
     Adib Ziyadh mengherotkan bibirnya. Geram dengan AYa Sophea. Tadi dihulurkan telefon bimbit, tapi bila dia mahu mengambilnya, AYa Sophea menarik balik. “Apa?”
     “Abang suka dia ke?”
     “Sikit.”
     “Sejak bila?”
     “Yang dia jadi patung depan pintu dulu.” Adib Ziyadh ketawa. Teringat akan reaksi dan kelakuan Mayesha yang kelakar. Patung?
     “Nah.”
 
Syed Zhafran senyum melihat wajah Aya Sophea yang terpancar keceriaan. Begitu indah sekali perasaannya itu melihat isterinya tidak lagi bermuram bila mengingati keluarga sendiri. Perlahan-lahan, dia mencapai tangan Aya Sophea dan menggenggamnya. Aya Sophea berpaling memandangnya dan mengukir senyuman. Genggaman dibalas.
     “Empat tahun kahwin, masih berdua?” soal Puan Adawiyah membuatkan Aya SOphea tersipu malu. Syed Zhafran hanya mampu senyum dan tergelak.
     “Zhaf cakap Aya masih muda untuk jadi seorang ibu.”
     “Eh, saya pula?” Masing-masing ketawa melihat Syed Zhafran yang terkejut. Sedar Aya Sophea hanya mengusik, dia menggeleng-gelengkan kepalanya. “Tak adalah mummy. Masa kami di Perancis dulu, saya baru habis belajar dan baru mula bekerja. Dan Aya, dia menyambung pelajaran dan bina kerjaya di sana. Kami buat keputusan untuk tunggu dan stabilkan diri masing-masing. Kemudian baru fikirkan tentang keluarga.”
     “Sebab tu balik Malaysia ni? Kos untuk sebuah keluarga rendah.” Adib Ziyadh mencelah. “Berderet cucu mummy nanti!”
     “Daddy dan mummy tak kisah. Vila ini perlu dimeriahkan dengan suara anak kecil pula.” Tuan Mikael Idrus mengusik nakal.
      “Amboi.. semua nak harapkan Aya seorang ke memeriahkan vila ni. Abang tu? Bila lagi nak kahwin? Calon dah ada, kan?”
     Serentak daddy dan mummy berpaling memandang Adib Ziyadh. Mereka berdua menantikan jawapan dari anak lelaki mereka pula. Dalam diam, langsung tidak menyangka Adib Ziyadh mempunyai calon isteri. Terkejut tidak terkata.
     “Siapa? Mayesha ke?” bisik Syed Zhafran di telinga Aya Sophea.
     “A’ah. Boleh agak ke?”
     “Tak adalah. Cuma, memang meriah vila ini nanti kalau awak dan Mayesha duduk sebumbung. Gamat! Runtuh vila ni.”
     Spontan Aya Sophea menampar lembut bahu Syed Zhafran. Sempat lagi suaminya itu berjenaka. Dia mencium pipi Syed Zhafran kemudiannya. “Nak anak?”
     Pandangan daddy dan mummy kembali beralih arah. Terkejut dengan permintaan Aya Sophea tersebut. Gila-gila sungguh Aya Sophea.
      Aya Sophea tunduk menahan malu. Terlepas cakap memang tidak boleh diundurkan lagi. Dia mencuri pandang Syed Zhafran yang memandang ke tempat lain. Tapi, dia dapat lihat Syed Zhafran sedang menahan gelak.
      “Tak beragak langsung adik ni.”  Adib Ziyadh melepaskan keluhan. “Okey, ada pengakuan. Memang Adib ada calon isteri. Tapi, tak tahu lagi dia suka Adib juga atau tidak.”
       “Siapa? Mummy tak pernah dengar pula yang kamu ada keluar dengan mana-mana perempuan. Asyik terperap dalam syarikat je.”
      “Ada. Cinta pandang pertama. Macam yang Adib cakap tadi, tak pasti sama ada dia pun suka Adib.”
     “Dia suka..” sahut Aya Sophea membuatkan Adib Ziyadh membuntangkan matanya. “Dia malu nak cakap. Tapi, Aya yakin yang dia suka abang.”
     Tuan Mikael Idrus senyum. “Alhamdulillah. Lepas ni bolehlah kita buat majlis menyambut menantu pula. Buat serentak. Adib dengan isterinya, dan Aya bersama Zhaf.”
     “pengantin lama kita ni,” ujar Syed Zhafran dan disambut gelak tawa dari yang lain.
*****
“Wildan! Kau boleh focus atau tidak sekarang ni?” tengking Omar Tsaqeef. Dia sudah penat melihat Wildan Ali yang asyik termenung dan tidak menumpukan perhatian terhadap pembentangan projek. Sudahlah tidak beri perhatian, bila ditanya soalan, merapu jawapan diberikan. Rungsing!
     “Aku focus!”
     “Fokus? Tell me, projek Bangunan Bakti akan dibangunkan di mana?”
     Lama Wildan Ali mendiamkan diri. Tidak tahu. Dia sememangnya langsung tidak mendengar apa-apa yang dibentangkan pada mesyuarat itu. Dia sibuk mengelamun dan memikirkan tentang Aya Sophea. Sudah seminggu berlalu sejak kali terakhir dia bertemu dengan Aya Sophea. Dalam fikirannya dia membayangkan betapa gembianya Syed Zhafran di samping gadis idamannya itu. Dia cemburu. Dia tidak keruan.
     “Tengok. Tapak projek pun kau tak tahu!” bentak Omar Tsaqeef sebelum menghentak kuat permukaan meja. Geram. Dia memang berperangai nakal dan sambil lewa, tapi bila melibatkan hal kerja dan syarikat dia seorang yang begitu tegas dengan semua orang. Kawan atau tidak, dia akan meluahkan segalanya. “Tangguh mensyuarat. Semua boleh pergi rehat!”
     Wildan Ali mendengus perlahan. Tahu kesalahan sendiri. Dia mendapatkan Omar Tsaqeef sebaik sahaja bilik mesyuarat sunyi dengan hanya ada mereka berdua di dalam. “Aku minta maaf Tsaqeef. Aku betul-betul tak dapat nak lupakan Aya. Aku..”
     “Kerana seorang perempuan kau jadi begini, Wil?”
     “Sebab perempuan itu yang menjadikan aku yang kau lihat sekarang. Aku memuja perempuan itu, Tsaqeef!”
     “Dan, sekarang baru aku sedar tentang sesuatu. Kau bukan cintakan dia, Wil. Kau hanya memuja seorang perempuan yang membantu kau kembali normal. Kau tidak pernah cintakan dia, kan? Kau hanya mahu hidup dengan dia dan bersama dia. Dia umpama idola kau.”
     “Aku cintakan dia. Kau tak faham aku, Tsaqeef.”
     Wajah kusut Wildan Ali dipandang. “Kalau kau cintakan dia, sudah tentu kau kahwin dengan dia empat tahun yang lalu. Sebab kau cintakan dia.”
     “Tsaqeef.. aku cintakan dia.”
     “Lihatlah, cara kau meluahkan perasaan kau.. tak berperasaan.” Omar Tsaqeef bangkit. Dia mengemaskan barangannya. “Wil, aku sahabat kau. Aku tahu kau luar dan dalam. Aku tahu yang kau seorang arkitek yang terbaik. Tolonglah jangan hampakan aku. Lupakan Aya. Macam yang kau beritahu aku. Dia sudah bersuami. Sekarang, sudah bahagia. Jangan kerana Aya, kau hancurkan hidup kau. Dia sudah bantu kau untuk teruskan hidup, dan jangan kerana dia juga kau kembali menjunam. Tentu Aya lagi sedih dan merana. Kau sepatutnya meneruskan hidup dan bahagia jika dia bahagia.”
     “Aku tak mampu hidup tanpanya.”
     “Wil, jangan lupa. Kau masih ada Tuhan untuk bergantung. Berdoalah..” Omar Tsaqeef menepuk-nepuk bahu Wildan Ali. Dia bukan seorang pakar motivasi untuk memberikan semangat pada Wildan Ali. Dia juga bukan seorang ahli psikologi untuk membantu lelaki itu dari segi psikologinya. Dia hanya seorang sahabat yang mampu berdoa dan beri semangat kepada Wildan Ali selagi mampu. “Jangan jadi bodoh..”
     Wildan Ali tergamam. Tidak mampu berkata-kata. Dia tahu Omar Tsaqeef merupakan sahabat yang palin rapat dengannya. Yang sentiasa memberikan semangat untuk terus maju selain Aya Sophea. Tapi, dia tetap tidak mampu melupakan Aya Sophea. Mungkin ada benar pada kata-kata Omar Tsaqeef. Dia hanya memuja Aya Sophea. Namun, sahabatnya itu tidak tahu, dia turut mencintai Aya Sophea. Mungkinkah cintanya telah dikelabui rasa kagum dan pujanya pada Aya Sophea sehingga dia obses?
     “Ya Allah, aku dah jauh menyimpang!”
    
Mayesha memandang AYa Sophea yang gigih menyiapkan sebuah tembikar. Dia tersengih nakal melihat Syed Zhafran yang duduk di sebelah Aya Sophea dan mencuba membuat tembika buat pertama kalinya. “Abang Syed tak ada tangan seni langsung. Hancur tembikar tu.”
     Tergelak Syed Zhafran mendengarnya. “Tangan ni, tangan yang menyelamatkan nyawa orang. Bukan tangan yang dicipta untuk melakukan kerja-kerja seni.”
     “Hancur.”
     “Tak sakit ke tangan membentuk temikar tu.”
     “Dah biasa.” Aya Sophea senyum. “Macam awak jugalah. Tak takut dengan darah dan bau busuk darah. Sebab dah biasa dengan darah.”
     “Betul juga. Bila kita dah biasa, tak adalah rasa kekok.” Syed Zhafran mengangguk-angguk. Setuju dengan kata-kata Aya Sophea.
     “Aku peliklah dengan korang berdua ni. Bukan sepatutnya korang pergi honeymoon ke? Aku tengok sampai hari ini tak ada ke mana-mana.” Mayesha sudah mula mengomel. Sangka Aya Sophea, Mayesha tidak akan membangkitkan hal tersebut.
     “Tak. Batal. Buat apa pergi honeymoon jauh-jauh. Kenyataannya nanti terperap dalam bilik ke, kan?” Syed Zhafran menjawab. “DAlam rumah pun boleh honeymoon. Dalam bilik.”
     Laju Aya Sophea mencubit lengan Syed Zhafran. “Isy, depan Mayesha lah Zhaf. Malu.”
     “Boleh tahan gatal abang Syed ni.”
     “Kau dengan abang aku, ada apa-apa perkembangan?”
     “Hah?” Kedua belah pipi Mayesha serta merta bertukar merah. Terkejut dengan soalan berani mati Aya Sophea. “Err.. mana ada apa-apa. Kau ni.”
     “Aku lupa nak tanya kau. Masa malam itu, abang aku call kau.. tak ada apa-apa juga ke?”
     Syed Zhafran bangun. Tidak mahu mengganggu perbualan antara dua gadis tersebut. Pasti mayesha segan dengannya. “Okey, saya nak keluar. So, ada apa-apa pesanan?”
     “Lunch treats please.”
     “Okay. So ladies, go on with your gossip. Saya pergi dulu.” Syed Zhafran mencium pipi Aya Sophea sebelum beredar.
     Mayesha mengekori langkah Syed Zhadran dengan ekor mata. Dia memandang Aya Sophea. “Kau tahu tak yang abang kau tu terus melamar aku sebaik sahaja aku jawab call. Aku sudahlah tengah mamai, suara serak tenggelam timbul..”
     “Abang Ziyadh memang. Tak romantic langsung.”
     “Itulah pasal. Muka dah cukup pakej.”
     Terbeliak mata Aya Sophea mendengar komen Mayesha. Lucu. “Kau jawab apa?”
     “Kau rasa?”
     “Kau off telefon?” duga Aya Sophea. Bila ingat balik pada malam itu, Adib Ziyadh cakap dia tidak pasti sama ada Mayesha suka dia atau tidak. JAdi, itu berkemungkinan yang Mayesha tidak menjawab apa-apa.
     “Aku jawab, kalau nak saya, jumpa orang tua saya dulu.”
     “Seriously? Bertuahnya abang Ziyadh. Dia cakap yang tak pasti kau suka dia juga atau tak.”
     “Dia malu kut.”
     “Argghhh… tak lama lagi aku ada kakak ipar!!!”
     Mayesha tersengih. “Yang kau ni apa hal? Dulu punya merancang nak honeymoon puas-puas. Nak ada anak bagai. Apasal cancel honeymoon?”
     “Actually, daddy dan mummy nak buat kenduri untuk aku dengan Zhaf. Macam bersanding. Then, insya-Allah kalau memang jodoh kau dengan abang Ziyadh, akan dibuat serentak. Kalau berlaku dalam masa empat lima bulan lagi, habislah aku. Kut-kut aku dah mengandung nak naik pelamin dengan perut boyot..”
     “Oohh, teringin nak naik pelamin?”
“Sekali seumur hidup, Sha.”
“Betul juga.” Mayesha memandang Aya Sophea. Ada sesuatu yang ingin ditanyakan pada kawannya itu. “Aya, aku nak tanya kau ni.”
“Tentang?”
“Abang Ziyadh.”
“Tanyalah.”
“Kau rasa aku dan dia sesuai ke?”
Aya Sophea berhenti dari melakukan kerjanya. Dia menghelakan nafas. “Aku tak berani nak cakap dengan kau. Apa yang aku dapat lihat, kau perempua pertama yang abang aku suka. Setahu aku, abang Ziyadh bukan lelaki yang mudah didekati. Bila dia beritahu aku yang dia suka kau, aku dapat lihat dia gembira dengan keputusannya. Serasi atau tidak, kena tunggu kau kahwin dengan dia. Macam aku dengan Zhaf. Kami tak pernah kenal antara satu sama lain. Kami kahwin pun semata-mata nak mengelakkan maksiat. Akhirnya, kami sedar yang kami serasi dan saling mencintai. Bukankah lebih indah kalau serasi itu hadir selepas halalnya hubungan?”
“Kau benar-benar cintakan abang Syed?”
“Ya, aku terlalu cintakan dia. Walaupun dia bukan lelaki pertama yang aku cinta, aku berani katakan Syed ZHafran Syed Ghaffar yang bergelar suami aku itu merupakan lelaki yang aku paling cinta sekarang dan selamanya. TIada lain, selain dirinya.”
“Wildan?”
“Aku tak menaruh apa-apa perasaan pada dia lagi sejak aku meninggalkan Malaysia empat tahun yang lalu. Kembalinya aku ke Malaysia juga bukan kerana dia, Mayesha. Aku ke sini kerana aku rindukan tempat lahirnya aku. Aku rindukan keluarga aku. Bukan dia, bukan sejarah cinta aku padanya.”
Kata-kata Aya Sophea membuatkan Mayesha terharu. Sewaktu dia mengetahui abang angkatnya, Syed Zhafran membawa seorang perempuan ke rumah, dia takut. Takut andai perempuan tersebut mempergunakannya. Baginya, Syed Zhafran seorang lelaki yang sangat baik dan tidak patut dipergunakan. Melihat kesungguhan Syed Zhafran merawat, menjaga dan melindungi Aya Sophea kadang-kadang membuatkan dia rasa cemburu. Sayangnya dia pada Syed Zhafran bukanlah seperti rasa sayang sebagai seorang kekasih, tapi sekadar sayang sebagai seorang adik kepada abang. Sebab itu, dia tidak mahu Aya Sophea melukakan hati Syed Zhafran.
Hari demi hari Syed Zhafran menjaga Aya Sophea. Makan, minum dan segalanya diuruskan Syed Zhafran. Sampaikan Aya Sophea yang ingin menyambung pelajaran turut menjadi tanggungannya. Pendek kata Syed Zhafran benar-benar melindungi Aya Sophea dari pelbagai sudut. Paling dia terharu melihat Syed Zhafran sanggup tidur di luar rumah semata-mata tidak mahu dilihat melakukan perkara sumbang dengan Aya Sophea.
“Abang Syed kahwin jelah dengannya.” Mayesha bersuara lembut sebaik sahaja melihat langkah Syed Zhafran masuk ke dalam kafe milik keluarganya. Lemah langkahnya bila seharian suntuk berada di hospital.
“Siapa? Dengan Mayesha?”
“Isy, ada pula. Dengan siapa lagi. Aya..”
“Buat apa? Abang bukan suka dia pun. Tak cinta pun.”
“Memanglah tak ada cinta. Sekarang. Nanti adalah. Kahwin jelah.”
Syed Zhafran mengerutkan dahinya. Tidak pasti dengan permintaan Mayesha. Gila ke? NAk kahwin tanpa rasa cinta. “Mengarutlah.”
“Habis tu, sampai bila abang nak jaga dia tanpa ikatan. Duduk serumah. Abang korbankan segalanya. Makan minum pakaiannya, abang tanggung. Pelajaran dia lagi. Lebih baik abang kahwin dengan dia. Sekurangnya dia ada seseorang yang mempunyai ikatan dengannya untuk jaga dia. Abang ada batas dengannya. Andai ada sesuatu yang tidak diingini berlaku pada dia, batas itu akan menghalang abang.”
“Sha rasa abang patut kahwin dengan dia?”
“Sha tak paksa. CUma meluahkan pendapat pada abang je.”
“Tapi, macam mana nak kahwin kalau tak ada perasaan pada dia?” Syed Zhafran meluahkan pendapatnya pula. Nak kahwin tapi tak ada sebarang perasaan pada Aya Sophea. Tak gila namanya. Bukankah sebuah perkahwinan itu berlandaskan rasa suka dan cinta malah perlukan rasa sayang dan kasih?
“Pupuklah lepas kahwin. bukankah serasi itu lebih indah..”
Mayesha menepuk dahinya. Saat itu dia tersedar akan sesuatu. Dia memandang Aya Sophea yang sudah kembali menyiapkan tembikarnya. “Aya, dari mana kau dapat ayat tentang serasi tu?”
“Yang mana? Bukankah serasi itu lebih indah setelah halalnya hubungan?”
“Yang itulah.”
“Zhaf ucapkan pada aku sewaktu dia melamar aku, dan atas sebab itu juga aku terima dia. Betul juga kata-kata dia sebab aku rasa memang indah pun. Sebab dah halal, semuanya boleh lakukan bersama. Nak pegang tangan pun rasa kekok tau. Indah.. rugi tak try!” Provok Aya Sophea mengasak MAyesha untuk menerima Adib Ziyadh sebenarnya.
Senyuman diukir. Tak sangka kerana ayatnya itu merupakan titik pertemuan jodoh antara Aya Sophea dan Syed Zhafran. Ayatnya ringkas sahaja tapi dipraktikkan dalam perhubungan mereka berdua sehinggakan ia kelihatan begitu indah dan membahagiakan. Mungkin sebenarnya sudah tertulis jodoh mereka berdua.
*****
“Aya, jawab soalan saya dengan jujur. Saya mahukan jawapan yang terbaik. Saya tak dapat menahan perasaan saya selagi saya tidak tahu jawapannya.” Wildan Ali bersuara akhirnya setelah terlalu lama ruang kecil di dalam pejabat Aya Sophea sunyi sepi. Dia memandang Aya Sophea.
     “Awak mahu tanya apa, Wil? Saya akan cuba jawab. Seikhlas yang mungkin.”
     “Sejak pertama kali kita bertemu, hubungan yang kita jalinkan, awak rasa itu apa?” soal Wildan Ali. Dia mahu tahu segalanya agar mudah dia melupakan Aya Sophea. Dia tidak mahu dibelenggu rasa bersalah kerana masih mencintai isteri orang dan dia juga tidak mahu menjadi pemusnah rumah tangga Aya Sophea.
     Omar Tsaqeef telah menyedarkan sesuatu. Hakikat yang tidak boleh dinafikan. Aya Sophea sudah bergelar isteri orang. Senekad mana dia mencintai Aya Sophea sehinggakan dirinya menderita, Aya Sophea tetap sudah dimiliki lelaki lain. Dan dia hanyalah pemuja yang hanya mampu memuja dari jauh. Tidak dapat memiliki malah tidak mampu memeluk bayangnya sekalipun.
“Seorang kawan. Berubah menjadi rasa kasih dan sayang. Seterusnya timbul rasa cinta pada awak.”
“Kenapa awak sanggup memberi semangat kepada saya walau kita baru mengenali antara satu sama lain ketika itu?”
“Saya hidup dalam kongkongan keluarga, Wil. Saya tahu perasaan bila menderita bila kita tidak ada kehidupan yang normal. Mungkin ia kedengaran tidak logic kerana situasi kita terlalu berbeza. Percayalah.. saya lihat awak mempunyai persamaan dengan saya. Perlukan seseorang untuk membangkitkan kembali semangat yang telah hilang. Sebab itu saya berdiri di belakang awak dan mengembalikan awak kepada Wildan Ali yang kuat.”
“Dan awak jatuh cinta pada saya?”
“Ya. Saya jatuh cinta pada awak kemudiannya.”
Wildan Ali menghembuskan nafas. Kasar. “Bila awak ajak saya kahwin dulu, itu keputusan yang awak buat sematangnya? Tak menyesal kemudian hari?”
“Ya. Saya dah nekad.”
“Awak menyesal bila saya tak setuju dengan keputusan itu dan meminta awak meneruskan rancangan keluarga awak?”
Aya Sophea mengalihkan pandangannya ke luar pejabat melalui cermin. Dia melihat Syed Zhafran yang sedang berbual dengan Mayesha. Pertemuan antara dia dan Wildan Ali di atas keizinan suaminya. Wildan Ali sendiri emminta kebenaran untuk bertemu dengannya dan menjelaskan segala kekusutan. “Ya, saya menyesal dengan keputusan awak. Bagi saya, awak merupakan pelindung dan penyelamat saya ketika itu. Sangkanya, awak akan berkahwin dengan saya dan saya akan bebas dari kongkongan dan tanggungjawab orang tua saya. Tapi, ternyata silap. Awak menyokong keputusan daddy dan mummy tanpa sebarang alasan kukuh.”
“Sebab itu awak larikan diri?”
“Saya larikan diri sebab saya fikir dalam dunia ini sudah tiada sesiapa lagi yang dapat membantu saya. Daddy dan mummy tidak memahami apa yang saya mahukan dan aang ZIyadh yang tidak mampu melakukan apa-apa untuk saya membuatkan saya hilang pedoman. Keputusan awak juga membuatkan saya rasa yang saya sudah tiada tempat untuk bergantung harap lagi, Wildan.”
“Tsaqeef rasa saya sebenarnya tidak cintakan awak, tetapi hanya memuja awak. Sebab awak yang berjaya mengembalikan kehidupan normal saya?”
“Sedikit. Awak terlalu obsess dengan saya, Wil. Obses. Bila saya keluar dengan mana-mana lelaki, awak marah. Bila saya ada hal lain, awak mengamuk. Bagi awak, saya curang. bagi awak, saya menjauhkan diri dari awak. Awak kata awak cemburu. Tapi tidak bagi saya. Awak hanya bersifat ingin memiliki saya dan tidak mahu orang lain mendapatkan saya. Perhatian saya. Awak mahu bolot seorang.”
“awak tidak pernah merasakan cinta dari saya?”
“Wildan, percayalah. Saya jatuh cinta dengan awak sebab saya turut rasa dicintai awak. Tetapi cinta awak terlalu aneh untuk dimiliki kerana ia diselaputi dengan perasaan ingin miliki dan obsesi awak. Sebab itu saya mahu kahwin dengan awak. Bila awak obsess dengan saya, saya akan sentiasa selamat dengan awak. Tiada siapa akan berjaya dekati dan lukakan hati saya. Malangnya, tanggapan saya salah. Awak obsess dengan saya, tapi awak bukanlah seorang yang kuat untuk melindungi saya.”
“Awak lihat saya yang sekarang, di hadapan awak, seorang lelaki yang obsess dengan awak atau seorang lelaki yang mencintai awak?”
“BUkan seorang lelaki yang obsess dengan saya, dan juga bukan seorang yang mencintai saya. Awak hanya lelaki biasa yang ingin mendapatkan seorang gadis. Awak cuba untuk mencintai saya kembali. Begitu pada penglihatan saya.”
Mukanya diraup berkali-kali. Antara percaya dan tidak percaya akan kenyataan tersebut. Dia bukanlah lelaki yang mencintai Aya Sophea sebenarnya walau dia merasakan bahawa cinta yang pernah dia rasakan dulu sedetik tidak beruah sehingga ke hari ini. Ya, dia tidak pernah rasa bahawa cintanya pada Aya Sophea sudah lama terpadam.
“Wildan, bukakan pintu hati awak untuk menerima orang lain. Saya yakin ada orang lain yang jauh lebih baik dari saya untuk awak. Jangan kerana saya, dan pengalaman lalu menghantui awak. Awak seorang lelaki yang baik..”
“Terima kasih Aya sebab berterus terang dengan saya.”
“Wil, kita masih boleh menjadi sahabat.”
Wildan ali senyum. Sahabat? Mungkin itu lebih baik dari terus menerus menginginkan cinta dari Aya Sophea yang sudah jelas sekali sedang melalui detik-detik bahagia bersama Syed Zhafran.
mereka berdua berpapasan keluar dari bilik pejabat. Aya Sophea senyum memandang Syed Zhafran yang merenungnya. Syed Zhafran menghampiri Wildan Ali.
“Kau bertuah sebab dapat Aya.”
“Terima kasih. Sudah selesai segalanya?”
“Ya, sudah selesai. Antara kami, sudah tiada apa-apa yang perlu diungkitkan lagi. Lebih baik kami bergelar sahabat dari memiliki sebarang perasaan,” ujar Wildan Ali. Dia menghulurkan tangan kepada Syed Zhafran dan mereka bersalaman. “Aku ucapkan terima kasih sebab beri aku peluang untuk bertemu dengan Aya. Maafkan aku jika sebelum ini kemunculan aku membuatkan Aya tidak senang duduk. Aku minta diri dulu..”
Syed Zhafran mengangguk. “Yang lepas biarkan lepas. Masih ada esok untuk diteruskan.”
Wildan Ali senyum. Dia mengucapkan selamat tinggal pada Aya Sophea kemudian dan terus melangkah keluar dari galeri tersebut. Entah mengapa dia benar-benar rasa yang dia sudah bebas dari pelbagai bebanan. Dia lega bila mengetahui segalanya dari mulut Aya Sophea. Kata-kata Aya Sophea benar-benar merupakan satu perangsang kekuatan untuknya. Dia perlu teruskan hidup. Aya Sophea bukan seorang sahaja gadis di dunia. Ada ramai lagi untuknya. Aya Sophea bukan jodohnya, dan takdir sebenarnya mahu dia hanya menjadi seorang sahabat pada Aya Sophea.

Syed Zhafran menghampiri Aya Sophea lantas memeluknya dari belakang. Diciumnya Aya Sophea di pipi berkali-kali. “I love you, Aya. Now and forever. Yesterday also. I love you, love you..” ucap Syed Zhafran lagi.
     Aya Sophea memusingkan tubuhnya. Dia mendongak dan merenung ke dalam mata suaminya. “I love you too.”
     “I know.”
     “Sekarang, I need you.”
     “Untuk?”
     “Syhh..” Aya Sophea melentokkan kepalanya di dada Syed Zhafran. Dia memejamkan matanya sambil mendengar degupan jantung Syed Zhafran. Perilakunya jelassekali mengundang rasa bahagia Syed Zhafran. “I love your heartbeat, Zhaf. Seringkali menenangkan saya bila saya resah.”
     “Saya selalu ada untuk awak. Degup jantung saya tidak akan berhenti berdegup selagi ia mampu menenangkan awak. Sebagaimana rasa cinta saya pada awak yang tidak akan pernah terpadam selagi nyawa saya ada.”
     Aya Sophea mengeratkan pelukannya. Ketika itu, dia hanya mahukan Syed Zhafran. Bukan sesiapa. Dia mahu terus menerus mendengar degup jantung suaminya.
*****
Majlis meraikan kehadiran orang baru ke dalam keluarga Tuan Mikael Idrus dan Puan Adawiyah akhirnya berjalan dengan lancar dua bulan kemudian. Adib Ziyadh dan Mayesha telah selamat diijab kabulkan. Ringkas sahaja majlis akad nikah mereka. Tiada majlis merisik, dan meminang. Aya Sophea dan Syed Zhafran turut teruja pada malam tersebut. Pengantin lama akan bersanding dengan pengantin baru. Pelik tetapi itulah kenyataannya.
     Ramai yang tertanya sebenarnya mengenai Aya Sophea yang berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Malah, Syed Zhafran bukan dari keluarga berada yang mempunyai asas perniagaan. Dia seorang anak yatim piatu yang tiada ahli keluarga. Tiada saudara mara di Malaysia. Kebanyakkan tetamu yang datang pula merupakan rakan dan saudara angkat Syed Zhafran dari Perancis serta Mesir.
     Namun, Aya Sophea bijak menerangkan pada tetamu yang bertanya. Syed Zhafran sendiri seorang yang peramah dan mesra. Jadi, tiada masalah untuk para tetamu berkenalan dengan lebih rapat. Tambahan pula, Syed Zhafran seoang doktor.
     “Ya Allah, penatnya Aya. Nasib baik aku tak pregnant.”
     Keluhan Mayesha membuatkan Aya Sophea tersengih. Manakan tidak, dia sudah berbadan dua. Kandungannya sudah berusia beberapa minggu. Masih awal. Mujur dia tidak merasa letih mahupun tidak bermaya. Cuma, dia kurang selera makan. Dan, disebabkan itu jugalah dia memaksa Mayesha segera menerima cadangan Adib Ziyadh untuk berkahwin secepat yang mungkin. Bolehlah dia naik pelamin sekali selagi perut masih tidak kelihatan. “Kan? Daddy dan mummy punya kawan, ramai. Itu yang tidak menang tangan. belum lagi ahli keluarga kami datang sepenuhnya. Lagi penat nak melayan..”
     Mayesha mencapai segelas air kosong dan melabuhkan punggung di atas kerusi. Di wajahnya memang kelihatan agak pucat dek keletihan. Sudahlah dia perlu bersiap seawal pagi untuk majlis akad nikah.
     Tidak lama kemudian, Adib Ziyadh menghampiri dan menyertai mereka berdua. “Dah letih ke?” soal Adib Ziyadh dengan nada suara yang agak serius. Wajahnya seperti tidak berpuas hati. Pinggang dicekak.
     Serba tidak kena jadinya Mayesha. Dia segera bangkit dan memegang tangan Adib Ziyadh. Buat pertama kalinya dia melihat Adib Ziyadh berwajah sedemikian. Gerun. “Ada tetamu yang abang nak kenalkan dengan Sha ke?” lembut suara Mayesha bertanya.
     Aya Sophea pula hanya mendiamkan diri. Pelik pula jika abangnya mahu naik angin. Apa yang tidak kena? Logiklah kalau Mayesha mahu duduk sejenak untuk lepaskan lelah.
     “Awal lagi kalau Sha nak rasa penat..” gumam Adib Ziyadh mendatar. Dia mengambil gelas yang digunakan Mayesha sebentar tadi dan meneguk baki air di dalam gelas.
     “Err.. ya. Maaflah, abang. Sha nak minum dan duduk dengan Aya je tadi. Marilah…” Mayesha sudah berura-ura mahu membawa Adib Ziyadh menjauh dari Aya. Dia risau andai benar Adib Ziyadh memang sedang marah, dan dia sememangnya tidak mahu Adib Ziyadh berkelakuan begitu di hadapan Aya Sophea. “Maaf kan Sha, bang. Sha tak nak buat abang rasa..”
     “Kenapa berpeluh ni?” Adib Ziyadh sudah menyimpan tawa. Takut terburai. Lucu rasanya lihat Mayesha berpeluh dan kegelisahan.
     “Jangan marah ya..” pujuk Mayesha. Dia senyum semanis mungkin. Ambil hati.
     “Kenapa abang nak marah Sha pula? Apa Sha dah buat?” Polos Adib Ziyadh bertanya tanpa riak.
      Bibir diketap. Pelik dengan pertanyaan suaminya. “Abang .. tadi.. dengan Aya tadi..”
     “Gurau-gurau je. Maksud abang tadi.. baru layan tetamu dah penat macam tu. Malam masih muda, sayang. Kita belum masuk bilik lagi ni. Tapi awak dah penat. Kesian saya malam ni..” Adib Ziyadh menjelaskan dengan gelak lepas. Dia suka melihat Mayesha yang memuncungkan bibir merajuk. Comelnya.
     “Eeii.. teruknya!” getus Mayesha bengang. Spontan bahu suaminya ditepuk.
     Bibir dimuncungkan seperti yang dibayang Adib Ziyadh. Memang tabiatnya begitu.
     “Jangan muncungkan bibir macam tu, Sha. Buat abang tergoda.” Jujur dia mengakui.
     Wajahnya diserbu rasa malu yang teramat sangat. BEtapa dia malu berhadapan dengan Adib Ziyadh ketika itu. JIka dulu, dia boleh melakukan apa sahaja di hadapan Adib Ziyadh. Kini, dia hanya mampu mendiamkan diri dan menahan diri dari terus melakukan perkara yang sama. Malunya lain. Rasanya beza. Arghh.. indah!
     “Nak main cak-cak ke?”
     Aya Sophea sudah gelak besar. Kelakar mendengar usikan Syed Zhafran. Mayesha yang mendengar pula terus menurunkan tangan yang menutupi wajahnya. “Abang Syed ni!”
     “Lambat lagi ke majlis ni nak habis. Dah pukul berapa ni? Nanti terkejar-kejar pula..”
     MAsing-masing berpandangan. Pelik dengan kata-kata Adib Ziyadh.
     “Ada hal lain ke, bro? First night ni..” Syed Zhafran mula mengusik. Mayesha menjegilkan matanya. Geram. Itulah topic yang cuba dielakkan bila sudah bergelar seorang isteri. Tak ada topic yang lebih seronok agaknya.
     “Isy, itu je yang awak tahu pun. Malu Mayesha.”
     “Entah. Lelaki semua sama. Tapi, kut ya ada hal, apa yang nak terkejar-kejar? Mustahak sangat ke?” Mayesha menyoal. Tak seronok rasanya kalau malam pertama bergelar seorang isteri dan dibiar tidur seorang. Kekok kerana itu pengalaman pertama satu hal, dan ia akan bertambah kekok bila dia terpaksa sendirian. Ya, kekok.
     “Aya dah pregnant.”
Syed Zhafran memandang isterinya. Dahinya berkerut seribu. Langsung tidak memahami. “Yalah. Aya dah pregnant. Kenapa?”
“Kalau majlis tak habis, mahu masuk bilik penat terus tidur je. Terlepas satu peluang. Nak kejar korang. Aku anak sulung, sepatutnya aku yang..”
Bukk!!
Mayesha sudah tidak dapat tahan. Sekarang dia sudah mengerti maksud Adib Ziyadh. Memang fikiran lelaki akan ke situ juga. Aya Sophea yang dapat tangkap maksud abangnya mencubit lengan Syed Zhafran.
“Apa?”
“Lelaki. Sama je!”
Syed Zhafran menepuk bahu Adib Ziyadh. “Tengok tu. Cara merajuk sama, perangai bila merajuk pun sama.. macam mana tu?”
Bahu dijungkit. Tidak tahu mahu ulas apa. Adib Ziyadh hanya berdoa di dalam hatinya. Bersyukur bila ditakdirkan untuk jatuh cinta dengan MAyesha. Sungguh dia tidak menyangka sama sekali yang dia akan bertemu jodoh dengan rakan baik adik sendiri sedangkan dia sebenarnya tidak berapa suka dengan gadis yang mempunyai sikap seperti Mayesha. Keanak-anakkan.
‘Ya Allah, wujudkanlah cinta antara hati aku kepada hati isteri aku. Sepertimana cinta yang lahir dari hati Zhafran kepada hati adikku. Berikanlah kebahagiaan yang tidak ternilai kepada kami selamanya. Dan semaikanlah rumahtangga kami dengan keberkatan dariMu..’

Syed Zhafran menghulurkan sekeping kad ucapan kepada Aya Sophea. Dia duduk di sebelah Aya Sophea dan memeluk pinggang isterinya. Dia membiarkan sahaja Aya Sophea meneliti kad tersebut. “Dari Wildan. Dia beri pada saya tadi.”
     “Dia datang majlis tadi ke?”
     “Tak adalah. Ada kawan dia tolong sampaikan. Omar namanya. Omar apa entah. Panjang sangat namanya. Ingat Omar je.”
     “Omar Tsaqeef rasanya. Itu je kawan yang rapat dengan Wildan.”
     “Ya, dialah tu. Baca kad tu. Omar tu cakap Wildan bagi dan dia minta maaf sebab tak dapat datang majlis tadi.”
     “Awak izinkan saya baca tak?”
     “Saya izinkan. Lagipun, apa-apa yang terkandung dalam kad tu, tak ada makna apa-apa lagi. Awak dah jadi milik saya, dan awak ada sesuatu yang takkan dapat pisahkan kita. Dalam perut awak, ada anak kita. Tak mungkin sejarah silam dulu, awak mahu kembali pada dia.” Syed Zhafran senyum. “Dan, saya tahu.. walau awak pernah mencintai dia suatu ketika dahulu, awak tidak lagi cinta pada dia, kan? Cinta awak itu milik saya sepenuhnya. Cinta yang awak berikan pada saya, kekal selamanya. Takkan berubah.. sedetik tidak berubah..”
     Senyuman dibalas. Kebenaran sudah jelas dalam kata-kata Syed Zhafran. Dia mencintai suaminya. Kini dan selamanya. “Thank you. Saya baca..”
     Kad ucapan dibuka.

‘Assalamualaikum, Aya. Selamat pengantin dan tahniah Wil ucapkan. Maafkan Wil andai kad ucapan ini mengundang rasa kurang enak dari suami Aya. Mungkin Aya juga tidak selesa..
     Aya Sophea,
     Ketika Wil tulis kad ini, hati Wil tidak setenang saat kali terakhir kita berbual. Kenapa? Entah. Hati Wil jadi aneh ketika ini dan Wil rasa batas yang terbina antara kita puncanya. Jujur Wil katakan, keputusan yang kita terima dulu bukan jalan penyelesaian pada hati Wil. Rupanya ia semakin menyakitkan. 
     Beban yang Wil tanggung rasa ringan bila dapat berterus-terang dan berbual dengan Aya. Tapi malangnya, ia kembali hadir ke dalam hidup Wil. Mungkin kebahagiaan Aya membuatkan Wil sebegitu.
     Aya Sophea,
     Di saat kad ini menjadi tatapan mata Aya, ketahuilah Wil hanya mampu memandang Aya dari jauh. Di saat kad ini berada dalam genggaman tangan Aya, ketahuilah Wil tidak lagi mampu memegang malah menyentuh bayang Aya. Di saat kad ini berterbangan dibaling Aya, ketahuilah bahawa Wildan Ali yang pernah menjadi milik Aya Sophea Mikael Idrus sudah terbang jauh dari Malaysia membina hidup baru. Mungkin itu pilihan yang terbaik untuk Wil. Menjauhi Aya demi kebahagiaan orang yang tersayang.
     Ketika ini, aku berseorangan. Berjalan sendirian mencari damai. Mendongak langit mencari harapan. Ke mana harus aku mencari galang ganti, pemilik hati ini. Merenung ke hadapan mencari abadi. Siapa peneman di sisi menghabiskan sisa hidup.
     Aya Sophea,
     Ini kali terakhir aku menyebut nama kamu. Ya, kali terakhir barangkali. Moga-moga. Aku tidak mahu lagi mengingati siapa itu kamu di dalam hidup aku.
     tapi sayang, aku terbang jauh dari kamu dan aku telah membawa hati yang penuh dengan cinta aku pada kamu. Ya, sebuah cinta. Jika dulu cinta itu indah telah menjadi rasa bangga memiliki kamu, ketahuilah sesuatu. Ia sudah kembali menjadi sebuah cinta aku yang membara kepada kamu. Cuma, aku tidak boleh memilik kamu sebagaimana Syed Zhafran telah lakukan. Berbahagialah dengannya, kerana aku tahu lelaki itu mampu memberikan kebahagiaan.
     Akhir kata dari aku, maafkan aku kerana masih mencintai kamu. Kerana cinta yang aku miliki dulu, sedetik tidak berubah. Maafkan aku..

Ikhlas,
Wildan Ali”

“Dia dah pergi jauh.”
     “Ke mana?”
     “Tak dinyatakan. KEnapa perlu dia beritahu Aya?”
     Syed Zhafran menggeleng. Dia memandang Aya Sophea dengan senyuman yang penuh makna. “Aya, semua dah selesai. Kita teruskan dengan racangan kita?”
     “Rancangan apa?”
     “Honeymoon!” ujar Syed Zhafran. Dia memeluk Aya Sophea. Tidak sabar mahu menghabiskan masa berduaan dengan isterinya. “Kita tukar destinasi. Tak kisahlah ke mana-mana.”
     “Saya dah pregnantlah.”
     “Oh, kiranya sebelum ini awak fikir pergi honeymoon sebab nak pregnant ke?”
     Aya Sophea menghamburkan tawanya. Serius suara Syed Zhafran bertanya memaksa dia ketawa. “Yalah, takkan saya nak straight to the point. Malulah.”
     “Amboi, nakal!”
     “Awak suka saya nakal, kan?” Aya Sophea tersengih nakal. Dia mengenyitkan mata.
     “Yes, I do!”
Syed Zhafran tahu langkah seterusnya. Dia tahu keinginan Aya Sophea. Apa sahaja yang diinginkan isterinya akan dilunaskan selagi mampu. Dia mempunyai tanggungjawab untuk membahagiakan isterinya. Ya, isterinya. Pemilik tulang rusuknya.
‘Aya Sophea, semoga kau mencintai aku selamanya. Dan aku berjanji akan terus membahagiakan dan mencintai diri kamu sehingga ke hujung nafas. Sedetik tidak berubah.. ya, aku janji. Cinta aku pada kamu, tidak akan pernah berubah. Selamanya..’





   
    



     

No comments: