Tuesday, September 2

Sedetik Tidak Berubah part 5

“Sedetik pun aku tidak pernah berubah dari menyayangi kau. Aku tidak pernah memandang gadis lain selain dari kau. Empat tahun aku menanggung rindu pada kau. Menunggu kau pulang untuk aku. Ini balasan yang kau berikan pada aku, Aya Sophea?!”

     Wildan Ali mencapai sekeping foto Aya Sophea yang ditampal pada board. Dia memandang lama wajah lembut Aya Sophea. Dia begitu mencintai Aya Sophea tetapi dia sama sekali tidak menyangka Aya Sophea akan berkahwin dengan lelaki lain. Apa salahnya sehinggakan Aya Sophea berpaling tadah? Kenapa tidak dengan lelaki yang dipilih keluarganya empat tahun yang lalu, Tengku Haicarl. Mereka sudah berpakat. Hanya perlu mengaburi mata Tuan Mikael Idrus dan Puan Adawiyah.

     Tetapi..

      “Arrghh, kau dah buat aku gila! Kau dah buat aku menunggu! Kenapa perlu kau sakitkan hati aku lagi?”

     Perkenalan antara Wildan Ali dan Aya Sophea bermula sewaktu mereka berdua terserempak di sebuah gedung membeli-belah. Wildan Ali tertarik dengan gaya Aya Sophea yang nakal dan ranggi bersama rakan-rakan. Tanpa rasa segan dia mencuba nasib. Menghampiri dengan niat untuk berkenalan. Tidak sangka salam bersambut, mereka akhirnya bertukar nombor telefon. Dia senang bila bersama dengan Aya Sophea. Baginya, gadis itu penguat diri untuk terus hidup setelah kematian tunang kesayangan. Ada beberapa detik, Aya Sophea terlalu mengambil berat tentangnya sehinggakan dia merasa kehadiran arwah tunangnya di sisi.

     Setahun dalam kehidupan yang terumbang ambing jelas sekali telah dikembalikan oleh Aya Sophea. Dia mendapat kerja. Dia mendapat nafas baru. Rakan-rakan yang menghilang kembali ke dalam hidupnya termasuk Omar Tsaqeef yang terus menawarkan pekerjaan yang jauh lebih lumayan untuknya. Segala-galanya kerana Aya Sophea yang berusaha mengembalikan kehidupan normalnya.

     Mengenali Aya Sophea, dia tahu gadis yang luarannya kelihatan tabah begitu menderita. Dikelilingi keluarga yang mengongkong kebebasan dan hak untuk memilih. Seringkali dia mendengar Aya Sophea mengadu. Seringkali juga dia menjadi tempat untuk Aya Sophea melepaskan geram. Bagi Aya Sophea, satu-satunya jalan untuk keluar dari vila penuh dengan tembok yang menghalangnya dari dunia luar adalah berkahwin.

     “Wil, kita kahwin.”

     “Kahwin? Aya ingat kahwin tu senang ke?”

     “Habis? Aya dah tak tahan. Setiap kali nak keluar, daddy interview. Mummy bebel-bebel. Itu ini tak boleh. Bukannya Aya nak pergi mana-mana. Pergi shopping, jalan dengan kawan-kawan. Itu je.”

     “Daddy dan mummy hanya nak pertahankan awak.”

     “Kenapa Wil tak nak kahwin dengan Aya?”

     “Kita masih muda. Aya baru berusia 20 tahun tau tak? Wil baru nak bina semula kerjaya Wil. Sabarlah dulu.”

     “Sabar? Tahu tak yang daddy dan mummy nak kahwinkan Aya dengan anak kenalan mereka. Tahu tak?” jerkah Aya Sophea.

     “Jika itu kehendak daddy dan mummy Aya, kita boleh buat apa? Mereka orang tua Aya.”

     “Sekurangnya Wil kena usaha jumpa daddy dan mummy. Berterus terang dengan mereka tentang hubungan kita. Itu je.”

     “Aya.. Wil..”

     “Sudahlah! Kalau itupun Wil tak boleh lakukan, biar Aya uruskan dengan cara Aya sendiri. Tunggu dan lihat!”

     Huh..

     Wildan Ali menggelengkan kepalanya. Masih teringat dengan segala kata-kata Aya Sophea pada kali terakhir mereka bertemu empat tahun yang lalu. Jelas sekali Aya Sophea telah melakukan segalanya dengan cara sendiri. Meninggalkan majlis pernikahan antaranya dengan Tengku Haicarl dan melarikan diri jauh ke negara luar. Tiada siapa tahu sehingga kepulangannya sebulan yang lalu.

     “Kalaulah aku lebih pantas bertindak..”

     Kepulangan Aya Sophea sesungguhnya dinantikan oleh WIldan Ali. Dia mahu menebus segala kekesalannya. Tidak mahu bertindak untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. Seperti dulu juga. Kerana dia jugalah, tunangnya meninggal. Hanya kerana dia yang tidak mahu bertindak lebih pantas.

     Aya Sophea jauh berubah. Dahulu gadis itu kelihatan sangat garang, bersahaja, degil dan segala-galanya begitu kontra dengan Aya Sophea yang sekarang. Dia dapat melihat Aya Sophea yang lebih pendiam, perahsia, sensitive dan mungkin juga seorang yang manja. Tetapi, bukan dengannya. Hanya dengan orang yang rapat dengannya.

     “Aya Sophea, tidak mungkin sedetik pun di dalam fikiran kau sekarang, tidak mengingati kisah kita dahulu?”




Sebentuk cincin yang tersarung kemas di jari manisnya membuatkan Aya Sophea senyum meleret. Sungguh cantik sekali cincin yang ditempah khas oleh Syed Zhafran untuknya. Sempena ulang tahun kelahirannya. Dia memalingkan tubuhnya melihat Syed Zhafran yang baru sahaja keluar dari bilik air. Lelaki itu hanya menggelengkan kepala melihat dia yang tidak sudah-sudah senyum sejak lewat malam tadi. “Itu senyum sebab apa? My body?” Syed Zhafran sengaja menari gelek dalam rasa kekok.  Kelakar rasanya melihat imbasan di almari cermin.

     “Astaghfirullah. Buruknya. Anak siapalah tu.” Aya Sophea gelengkan kepala. Tidak tahan dengan aksi suami sendiri. Dia kembali menghadap cermin.

     “Six packs berketul. Itu yang tidak boleh bergelek.”

     “Mengada.”

     Syed Zhafran tersengih dan berjalan menghampiri Aya Sophea. Dia memeluk isterinya. “Awak suka cincin tu?”

     “Suka, tapi saya lagi suka awak sentiasa di sisi saya.”

     “Aya Sophea, pejamkan mata awak sebentar.” Syed Zhafran berbisik perlahan di telinganya. Tenggelam timbul membuatkan Aya Sophea gementar.

     “Cukuplah dengan kejutan yang awak lakukan semalam, Zhaf. Awak tahu, saya tak suka kejutan.”

     Hanya kedengaran suara gelak Syed Zhafran. Tiada sebarang pergerakkan. Syed Zhafran masih berdiri memeluknya. Kekal untuk beberapa detik.

     “buka mata, dan lihat cermin apa yang awak lihat.”

     Perlahan-lahan Aya Sophea membuka matanya. Dia memandang cermin. Kelihatan dua figura manusia yang sedang berpelukkan. “Kita. Awak dan saya.”

     “Saya ada di sisi awak, Aya. Di sini. Bersama awak.”

     “Maksud saya..”

     “Saya akan sentiasa ada di sisi awak.”

     “Maksud awak?”

     “Saya dah berhenti kerja, dan saya juga sudah memohon kerja di sebuah hospital swasta di sini. Saya akan mula berkhidmat dua bulan lagi.”

     “Satu lagi kejutan.”

     “Itu kejutan yang awak suka?” Aya Sophea mengangguk. Suka. “Saya tak nak berjauhan dengan awak lagi.”

     “Kenapa?”

     “Awak dah mengajar saya hidup berdua sejak empat tahun yang lalu, Aya Sophea. Jangan salahkan saya kalau saya cakap tanpa awak walau sehari, saya tak mampu bernafas.”

     “Gedik!”

     “Gedik?” Syed Zhafran mengusik perutnya. Digeletek perut Aya Sophea sehingga terjerit isterinya.

     “Nakal, gatal.. semua ada!”

     “Romantik?”

     “Sikit!”

     Spontan Syed Zhafran mengangkat tubuh Aya Sophea. Dia merenung mata Aya Sophea dengan pandangan redup. “Mari saya tunjuk dan buktikan betapa nakalnya saya, dan betapa romantiknya saya pada awak. Tambahan.. awak kata saya gatal, kan?”

     “Zhaf, saya baru mandi!”

     “Do I care?” Tubuh Aya Sophea dibawa ke katil. “Mari kita membuat pahala.”

     Sepotong doa dibisikkan dan mereka berdua sama-sama hanyut di dalam cinta yang bergelora. Sungguh kehadiran Syed Zhafran sedikit sebanyak membawa kebahagiaan pada Aya Sophea. Tidak pernah sekali dia memikirkan Syed Zhafran akan muncul dalam kehidupannya dan mengambalikan keceriaan di dalam hidupnya. Dia bersyukur. Syed Zhafran tidak pernah membuat dirinya hampa dan terluka.

     “I love you, Zhaf.”

     “Me too..”
*****

“Morning Puan Aya Sophea! How are you? Lambaaaattttt bangguuuuunnn..” Mayesha tergelak-gelak melihat Aya Sophea yang mamai. Dia tersengih nakal melihat lingkaran hitam di sekeliling mata Aya Sophea. “Kau buat apa hah malam tadi? Bukan main bising kau dengan Abang Syed berbual, terjerit-jerit.”

     “Dia geletek aku lah. Geli.” Aya Sophea melabuhkan punggungnya di atas kerusi panjang. Dia masih penat kerana tidak dapat tidur. Hanya sesudah Subuh dia dapat memejamkan matanya. “Dia mana? Aku bangun tengok tak ada.”

     “Trim rambut. Abang Syed cakap rambutnya dah gerbang macam Johnny Depp.”

     “Perasan. Kek semalam ada lagi tak?”

     “Ada. Nak ke?”

     “Aah.” Aya Sophea bangkit dan terus menuju ke dapur mengekori Mayesha. “Sedaplah kek ini. Aku tak pernah rasa. Tapi, yummy!”

     “Citarasa abang Syed kan world class!”

     Aya Sophea mengangguk mengiyakan. Dia mencapai sekeping kek yang dipotong Mayesha. “Petang ni kami pergi Cameron.”

     “Cepatnya. Hari ini dah pergi. Aku ingat dua tiga hari lagi.” Mayesha mengeluh. “Galeri pun tak siap renovate. Tunggulah siap renovate. Aku tak berani nak duduk pantau seoang je. Sudahlah kebanyakkan pekerja kontrak tu orang luar.”

     “Nanti aku suruh abang Ziyadh temankan. Boleh?”

     Mayesha angkat kepala. Tidak jadi mahu mengambil lagi sekeping kek. Dia memandang Aya Sophea yang bersahaja. “Kenapa abang Ziyadh?”

     “Abang aku tu masih single. Dia..”

     “Dah, jangan nak berangan. Nak jodohkan aku dengan abang kau? Jadi kakak ipar kau? Sorry, tak berkenan.”

     “Eleh, poyo je. Masa abang aku datang galeri hari itu. BUkan main sibuk soal selidik aku tentang dia. Apa kes?”

      “Eeii.. sudahlah. Aku nak mandi. Bye!”

      Aya Sophea melebarkan senyumannya. Tak pelik rasanya kalau Mayesha menjadi kakak iparnya. Kelihatan jauh lebih sesuai dengan Adib Ziyadh yang mementingkan kerja. Sekurangnya dengan Mayesha, rakannya itu tahu mahu buat apa untuk memastikan Adib Ziyadh ada di rumah pada waktu-waktu tertentu.




Syed Zhafran melangkah masuk ke dalam bilik dengan pandangan menggoda. Dia tersengih-sengih memandang Aya Sophea yang sedang mengemas beg pakaian. Kakinya melangkah menghapiri Aya Sophea dan meminta isterinya memandang wajahnya. Tangan kanan mengusik rambutnya. “Apa macam, Aya? Ada iras Robert Pattinson tak?”

     “Mengada. Tak ada langsung.”

     “Cehh. By the way, kita tak jadi pergi Cameron hari ini.”

     “Eh, kenapa?” Kening Aya Sophea sudah terangkat. Dia bangun dan memegang tangan Syed Zhafran. “awak ada rancangan lain?”

     “Kita ke vila. Dinner dengan daddy dan mummy awak. Boleh?”

     Matanya diredupkan memandang wajah Aya Sophea. Kedua belah tangannya memegang pipi Aya sophea. Dia senyum dan isterinya membalas. kemudian dia menghadiahkan satu kucupan di bibir isterinya tanpa sebarang kata.

     “Zhaf, tolong berhenti dari buat saya terkejut.”

     “Kita berkahwin tanpa restu daddy dan mummy awak. Apa kata sebelum kita pergi berbulan madu, kita jumpa mereka. Mohon restu. Supaya perkahwinan kita diiringi dengan kebahagiaan, keberkatan, restu. Kita mahu merancang keluarga, bukan? Mana tahu disebabkan kita tiada restu dari daddy dan mummy, kita tak dapat anak.”

     “Awak dah fikir masak-masak?”

     “Ya, saya dah fikir masak-masak. Kita dinner dengan daddy dan mummy awak, ya?”

     “Okey, saya ikut apa yang awak mahukan.”

     “Sayang isteri saya ni.” Syed Zhafran memeluk isterinya erat. Ke kiri dan ke kanan dia menggoyangkan tubuh Aya Sophea. Sengaja mengusik. “Saya nak mandi. Gatal lepas gunting rambut ni. Lepas ni kita keluar pergi jalan-jalan.”

  


Berombak dada Wildan Ali melihat sepasang suami isteri yang baru sahaja melintasinya. Dadanya bergelojak kencang dek hambatan rasa cemburu pada pasangan tersebut. Sakit matanya melihat kemesraan yang terjalin dan hatinya benar pilu melihat layanan sang isteri kepada suaminya. Sifat manja dan keanakkan sang isteri meranapkan perasaannya yang begitu mendambakan situasi yang sama darinya.

     Laju kakinya melangkah menghampiri pasangan tersebut. “Hai!”

     Syed Zhafran dan Aya Sophea berpaling. Masing-masing mengerutkan dahi melihat Wildan Ali yang berdiri di hadapan mereka. Aya Sophea hanya beriak biasa tanpa sebarang rasa dan Syed Zhafran memandang kosong.

     “Hai, Wildan. Seorang je?” sapa Aya Sophea. “Zhaf, kenalkan Wildan Ali.Wil, ini suami Aya. Syed Zhafran.”

      Mereka bersalaman. Syed Zhafran senyum. Namun tidak pada Wildan Ali yang berwajah tegang.

     “Syed Zhafran.”

     “Wildan Ali. Actually, saya ni ex Aya Sophea.” Sengaja Wildan berkata sedemikian kepada Syed Zhafran dan pandangannya melirik pada Aya Sophea.

     Tidak mahu menaruh rasa curiga pada isteri sendiri, Syed Zhafran mengangguk kecil. “Tahu. Setiap orang mempunyai sejarah lama. Macam saya, turut ada kekasih lain sebelum berkahwin dengan Aya.”

     “Ohh..” Wildan Ali tersengih. Sangkanya Syed Zhafran akan terkesan dengan katanya. Dia memandang pegangan tangan  Syed Zhafran dan Aya Sophea. Dari tadi tidak dilepaskan. Panas hatinya. “Shopping?”

     “Cari barang sikit untuk honeymoon.” Syed Zhafran membalas. Dia senyum kecil. Bukan niatnya untuk menambahkan rasa sakit di hati Wildan Ali. Tapi, siapa suruh mulakan dulu? “Tergesa-gesa. Tiba-tiba je rancang nak pergi honeymoon. Itu yang terpaksa shopping last minutes.”

     “Wil shopping juga ke?” soal Aya Sophea perlahan.

     “Tak adalah. Tadi pergi makan dengan kawan.” Intonansi suara Wildan Ali berubah. Dari sinis menjadi lembut. Dia lemah. Aya Sophea benar-benar gadis yang dapat melenturkannya. Dari pelbagai segi. “Aya sihat?”

     “Alhamdulillah. Err.. maaf, Wil. Kami kena gerak dulu. Banyak barang yang mahu dicari. Kan, Zhaf?”

     Syed Zhafran mengangguk. Menyerah. Dia tahu isterinya tidak selesa dengan Wildan Ali bila tangannya terasa genggaman Aya Sophea yang kejap-kejap.

     “Ya, kami minta diri dulu. Nice to meet you.”

     Wildan Ali hanya angguk kecil. Dia melepaskan  pandangan mengekori langkah Aya Sophea bersama suaminya. Dia cemburu melihat Syed Zhafran yang melindungi Aya Sophea. Lelaki itu memaut pinggang Aya Sophea ketika berjalan. Dan bila mereka berdua saling berpandangan, Syed Zhafran akan memandang dengan pandangan yang begitu mendalam. Begitu juga dengan Aya Sophea.

     “Lelaki itu sepatutnya aku. Ya, sepatutnya aku.”

*****

Syed Zhafran dan pakaian yang bersut memang tidak pernah berenggang. Lelaki itu lebih selesa mengenakan pakaian yang formal dari kasual. Tidak kira situasi kecuali ketika bersenam dan menghadiri majlis-majlis keagamaan. Selain dari itu, dia lebih suka mengenakan pakaian formal seperti berkemeja dan bersut. Katanya, dia kelihatan lebih romantik dan bergaya. Ahh, perasan!

     “You looks so beautiful tonight, dear.”

     Bisikkan Syed Zhafran di telinga Aya Sophea membuatkannya tersenyum lebar. Suaminya tidak pernah lekang dengan pujian. Sampaikan sewaktu dia bangun dari tidur pun boleh dipuji cantik. Argh, rambut macam hantu kena petir pun dikatakan cantik? Lelaki.

     “Kita nak pergi dinner dengan siapa sebenarnya ni, Zhaf? Nampak formal sangat.”

     Keningnya terjungkit tinggi. Dia terus sahaja membelek tubuhnya di hadapan cermin. “Eh, eh..”

     Syed Zhafran meluruskan tangannya ke cermin. Dia memandang Aya Sophea.

     “Kenapa?” Aya Sophea mengerutkan dahinya. Pelik dengan tingkah Syed Zhafran. Dia turut memandang ke cermin. Dia memandang Syed Zhafran kembali. Tidak mengerti. Yang dilihatnya di cermin hanyalah dirinya dan Syed Zhafran. sedang berdiri menghadap cermin secara mengiring. Itu sahaja.

     “Tengok tu.”

     “I don’t get you, my love.”

     “There is a prince charming who stand beside his princess. Don’t you see them, my dear. Don’t you think that they are very suits with each other?”

      “Oh no. Dah mula dah.”

      Syed Zhafran tergelak. Dia sememangnya suka mengusik Aya Sophea. Sejak awal pertemuan dengan gadis itu, dia sudah terbiasa mengusik. Baginya, itu rahsia bagaimana dia mampu menawan sekeping hati kering milik Aya Sophea. Dan selama empat tahun mereka hidup berdua di Perancis, usikannya yang berjaya menceriakan dan mengembalikan senyuman Aya Sophea. Kerana usikkannya jugalah Aya Sophea menjadi rapat dan turut membalas rasa cinta dan sayang kepadanya. Tiada paksaan. Segalanya spontan.

     Tubuh Aya Sophea ditarik ke dalam pelukan. Mereka berdua berdiri di hadapan cermin. Aya Sophea berada di depan dan Syed Zhafran memeluknya di pinggang. Telefon bimbit dikeluarkan. “Jom selfie.”

     Aya Sophea senyum kecil. Malu. Sewaktu Syed Zhafran memintanya untuk memandang ke arah kamera, dia terkedu. Syed Zhafran mencium pipinya dan lantas gambar berjaya dirakamkan.

     “Blushing. Your blusher.. too red, dear,” komenya. “but, I like it.”

Cupp!

Satu ciuman singgah lagi di pipi Aya Sophea.

“Isy.. Ngada.”

“Give me too, dear.”

Lambat-lambat Aya Sophea mencium pipi Syed Zhafran yang berharap. Dia senyum. Tidak sangka dia berjaya mengatasi rasa malu di hatinya. Dia menunduk.

“Are you ready, Aya?”

“Selagi awak ada di sisi saya, menemani saya tiap susah dan senang.. saya sentiasa bersiap sedia, Zhaf.”

“Good. Insya-Allah, segalanya dipermudahkan. Kita pergi jumpa daddy dan mummy dan jelaskan segalanya. Jangan takut, sayang. Saya sentiasa ada untuk awak. Saya sentiasa berada di hadapan dan belakang awak.”

“Hadapan dan belakang?”

“Hadapan untuk melindungi awak dari pelbagai serangan dan kesusahan. Belakang untuk menyokong dan memberikan semangat kepada awak.” Syed Zhafran senyum.

“Thanks, Syed Zhafran Syed Ghaffar.”


“Welcome Aya Sophea Mikael Idrus. Jom..”



p/s: Entahlah, cukup tak entry kali ini. cukup rasa masam manis masin semua? hahaha.. okey. tunggu part last jelah ya pulak. 

=)

7 comments:

itu_aku +_^zue said...

as good as ever

Nadi Ilham said...

Tq, dear. :-)

nurfarahamanina suparman said...

wahh.. inht cerita ni akan berbelas2 bab.. and bila dengaq ja last part.. fuh.. legaa eden.. hehehe. thanks D cute miut.. @__@

Nadi Ilham said...

I ok je berbelas bab. Lol. Tapi in novel series lahh. Yg ni cerPANjang. Kehkehkeh.

Nak ke???

nurfarahamanina suparman said...

nasib baik cerpan... apa yg nak?

Nadi Ilham said...

Berbelas bab. Huhu

nurfarahamanina suparman said...

tak nak... jenuh nk tunggu D.. huhuhu