Sunday, April 13

Ada Aku Untukmu 1


Ada Aku Untukmu
1
“Assalamualaikum..”
     Salam yang diucapkan Puan Zaharah mengejutkan aku yang sedang leka memerhati ruang tamu rumah banglo tersebut. Terlalu leka kerana tidak pernah melihat ruang tamu yang begitu ringkas milik keluarga berada. Wajahnya lembut dengan senyuman manis. Senyumannya sungguh ikhlas dan menawan hati buat siapa sahaja yang memandang. Tertawan seketika aku menatap keindahan kurniaan tuhan yang satu ini.
     Cepat-cepat aku bangkit. Menyambut kehadirannya ke ruang tamu. “Waalaikumsalam.”
      Aku tersenyum. Jarang aku melihat orang berada seperti wanita dihadapanku ini. Tersenyum menyambut orang kebanyakan seperti aku.
     “Aulia masih belasan tahun ya..” soalnya ramah. Aku mengangguk mengiyakan. “Saya dengar kamu pernah bekerja di tempat lain sebelum ni. Di mana?” Dia menyoal lagi seraya melabuhkan punggung dan duduk di sebelahku. Sungguh aku berasa segan dengannya saat itu. Aku dahulu tidak pernah sekali pun duduk di sebelah majikan sendiri walaupun sudah tinggal sebumbung sejak kecil lagi.
     “Err..dekat rumah Datin Julia..”
     “Kenapa berhenti?”
     “Sebenarnya saya kena buang. Bukan berhenti..”
     “Kalau boleh beritahu saya kenapa?”
     “Datin Julia fikir saya suka pada anaknya, tambahan pula anaknya memang suka pada saya. Dalam erti kata lain dia takut kami bersama...” Aku jujur. Itu memang prinsip aku. Bersikap jujur dalam segala hal.
     Puan Zaharah menyimpulkan senyuman. “Oh sebab itu je. Saya ingat kamu ada masalah disiplin..” gumamnya lembut.
     Kini aku sungguh terpesona dengan seraut wajah itu. Walaupun sudah menjamah usia aku yakin dia tetap seorang wanita yang cantik. Jika dilihat dengan betul pasti tidak kelihatan kerutan di wajahnya. “Tak apalah. Saya kenal sangat dengan Datin Julia tu. Suka membandingkan taraf orang lain. Insya-Allah, sepanjang awak bekerja dengan saya di sini tiada masalah akan timbul. Saya harap juga awak tidak menimbulkan masalah ya..”
     “Saya janji, tak akan sia-siakan peluang yang Puan beri.”
     “Tugas awak sebenarnya senang sahaja. Awak hanya duduk di rumah ini sebagai PA anak saya. Kejutkan dia dari tidur, buat sarapan dan makan malam. Siapkan pakaiannya ke tempat kerja. Senang cerita kerja kamu di rumah ini khas untuk melayan dia. Boleh?” jelasnya. “Jadi masa kamu dihabiskan di rumah ini. Boleh dikatakan khidmat kamu diperlukan anak saya 24 jam sehari. Sebelum tu saya nak ingatkan pada kamu. Kalau dikutkan sebenarnya kamu ni PA dia yang ke-15. Selama ni saya pilih dan buat syarat dia boleh pecat kalau dia tidak suka. Sekarang, kalau dia pecat awak cakap pada anak saya dia tidak berhak pecat awak sebab mulai sekarang saya yang bagi awak gaji”
      Patutlah aku diarahkan membawa pakaian. Kena tinggal kat sini rupanya. “Erm.. baiklah Puan..”  
     Tapi bila difikirkan kerja aku ini umpama seorang pembantu rumah atau lebih tepat, isteri secara tak langsung. Gajinya juga lumayan mengalahkan seorang pembantu peribadi yang bekerja di pejabat. Hurm.. pelik! Patut sahajalah ramai yang beratur sewaktu temu duga di agensi beberapa hari yang lalu.
     “Boleh Aulia?”
     Aku mengangguk. “Insya-Allah boleh, Puan.”
     “Bagus. Saya harap, awak dapat bertahan dengan anak saya. Susah betul kalau dia tak ada pembantu. Tunggang langgang hidup dia. Suruh kahwin, tak nak. Macam-macam alasan.” Puan Zaharah mengomel perlahan. Dia bangkit. “Mari, saya tunjukkan bilik tidur kamu.”
     Langkah Puan Zaharah diekori. Aku kagum dengan wanita ini. Melayani pekerjanya bagaikan seorang tetamu. “Err.. ini bilik saya?” soalku teruja. Memang sungguh mengujakan bila sebuah bilik yang lengkap dengan segala barangan dikhaskan untuk pekerja.
     “Yalah. Kamu kongsi bilik dengan Mak Biah. Dia agaknya ada kat belakang sana. Nanti kamu berkenalan dengan dia. Sekarang kamu pergi kejutkan anak saya. Dah pukul lapan. Dia sure tak bangun tidur lagi tu..”
     “Anak puan yang mana satu ya?”
     “Anak teruna saya.. Qhalif Qadri.”

Anak-anak tangga didaki satu persatu dengan berhati-hati. Aku langsung tidak tengok ke bawah tetapi asyik melilaukan pandangan ke serata arah. Sungguh seronok melihat hiasan yang bergantungan di dinding sewaktu mendaki anak-anak tangga tersebut ke tingkat atas. Dari anak tangga pertama, aku perhatikan satu demi satu bingkai gambar yang digantung. Gambar anak-anak Puan Zaharah sewaktu masih kecil. Tangga tersebut seperti laluan masa keluarganya. Aku sendiri kagum dan begitu menikmatinya. Memori yang sungguh sukar diperolehi.
     Kaki aku akhinya sampai ke anak tangga terakhir di tingkat atas. Spontan, aku melepaskan keluhan berat. Di tingkat dua itu, terdapat 3 buah bilik.
     Yang mana satu bilik Qhalif?
     Aku mengetap bibir. Geram. Salah aku juga kerana tidak bertanya terlebih dahulu dengan Puan Zaharah. Sepatutnya aku bertanya dan tidak terus bersetuju untuk ke tingkat atas dan mencari bilik Qhalif tanpa arah. Argh, bodohnya aku!
     “Bilik dia di atas. Hadapan bilik dia ada bingkai gambar. Pergilah..”
     Aku berpaling. Terkejut mendengar suara Puan Zaharah yang tiba-tiba itu. Dia senyum dengan kekalutan aku. “Maaf, saya sepatutnya tanya..”
     “Tak apa.. pergilah.”
     Puan Zaharah berlalu. Dia masuk ke dalam bilik yang berada di hujung. Mungkin biliknya. Aku mengeluh lagi. Penuh keterpaksaan aku mendaki anak-anak tangga untuk ke tingkat tiga. Sekali lagi, aku dihidangkan dengan pemandangan yang begitu indah. Kertas dinding yang mengiringi laluan ke tingkat atas memaparkan gambar keluarga Puan Zaharah. Indah. Terpukau.
     Sampai di tingkat tiga aku melilaukan pandangan. Mencari sesuatu yang ada di pintu-pintu bilik. Di tingkat tiga, terdapat tiga bilik. Sama seperti di tingkat dua.“Bilik yang ada bingkai gambar.. erm.. oh, itu dia!” Aku melangkah ke bilik yang berada di hujung sekali.      
     Melotot mata aku memandang bingkai gambar yang tergantung di hadapan pintu bilik Qhalif. “I’ll kick you away if you dare knock this door? Amboi.. kasarnya bahasa.”
     Aku teragak-agak. Nak ketuk atau tidak?
     Tok! Tok!
     “Assalamualaikum.. Encik Qhalif! Encik Qhalif!”
      “Siapa tu?” soal sang empunya suara dari dalam bilik. Aku hanya tergelak kecil bila mendengar suara lelaki itu yang agak lucu. Barangkali masih mengantuk.
     “Saya nak masuk ke dalam boleh?” Aku menyoal kembali.
     Kedengaran bunyi dengusan. Terlalu kuat untuk aku dengar padahal ketika itu aku berada di luar pintu biliknya.
     Shreett!!!
     Auuuww..gila ke apa?
     “Eh siapa awak huh?” soal Qhalif. Wajahnya sedikit terpinga-pinga dengan kehadiran aku. Dia menatap wajah aku tajam. Gerun? Tak usah bayangkan. Muka aku jelas menunjukkan aku begitu takut sekarang ni. Huh..tak dapat aku bayangkan hari muka nanti sebagai pembantu peribadi Qhalif.
     Lidah aku beku mendengar suaranya. Serak-serak basah di pagi hari dengan keadaan yang  begitu seksi di pandangan aku. Argh.. betul ke apa yang aku katakan ini? “Saya Aulia. Fitri Aulia. Pembantu encik. Baru kerja hari ini!”
     Qhalif memandang aku. Atas bawah beberapa kali. Matanya yang sepet terus sahaja membulat besar.
     “Oh my God! Ni mesti kerja mama! Mama benar-benar serius rupanya. Mama..” panggilnya lantas terus keluar dari bilik. Masih dengan pakaiannya yang belum aku sempat ceritakan tadi. Berseluar pendek tanpa berbaju. Sebab itu jugalah aku menjerit terkejut. Pertama kali aku berhadapan dengan situasi sebegitu. “Mama..”
      Qhalif berpaling. Dia memandang aku yang sedang tertunduk malu dengan situasi sedemikian. “Err..sorry. Saya hanya menurut arahan Puan Zaharah. Dia suruh saya kejutkan encik dari tidur. Itu sahaja”
      “Kenapa kau terima tawaran kerja ni?”
      “Saya perlukan kerja dalam keadaan terpaksa.”
      “Tak boleh ke kau cakap tidak je sewaktu terima kerja ni?”
      Pantas aku menggelengkan kepala. Aku yang datang minta kerja, kenapa pula aku perlu kata tidak? “Sebab, saya yang datang minta kerja. Saya minta, bukan..”
      Qhalif bercekak pinggang. Serius dia memandang aku. “Argghh.. siapkan pakaian aku.  And then, please make my breakfast!” perintahnya tanpa memandang aku yang kaku di hadapan biliknya ini. Huh.. memang betul-betul sombong.
      “Apa dia? Maksud saya, nak saya masak apa?”
      “Mama upah kau untuk jadi pembantu aku, kan? Sebagai seorang pembantu, mesti kau tahu apa yang aku nak makan. Takkanlah tak tahu, bodoh!”
     Apa? Dia panggil aku bodoh. Tak guna punya Qhalif Qadri. Nasib baik hari ini merupakan hari pertama aku kerja. Kalau tidak, aku yang tendang kau! Berlagak!

Aku terus turun ke bawah setelah menyiapkan pakaian kerja Qhalif. Dalam fikiran, aku ligat berfikir. Apa jenis makanan yang Qhalif mahu makan untuk sarapan. Dia makan apa? Nasi? Roti? Tak makan apa-apa? Cukup sekadar secawan air? Rumitnya kerja ini. Lebih baik aku bertahan dengan sikap Datin Julia dan menahan kerenah Imran. Kerja di sana tidak serumit kerja sebagai pembantu Qhalif meskipun upah yang bakal aku terima cukup lumayan.
     Huh..
     Datin Julia oh Datin Julia. Kalaulah dia tidak mengesyaki yang bukan-bukan antara aku dan anak lelakinya, pasti aku tidak perlu bertukar kerja. Imran pula, kerana dia aku yang menjadi mangsa. Bukan main gatal mengaku pada emaknya bahawa sudah jatuh cinta dengan aku sampaikan Datin Julia menuduh aku telah mengguna-gunakan anak lelakinya itu.
     ISy, tak pasal-pasal je.
     Masak apa ni? Jenuhlah nak fikir.
     “Lia, buatkan anak saya roti telur dengan sardin. Itu je.” Puan Zaharah menepuk bahu aku beberapa kali. Aku dengar dia gelak kecil. “Maaflah kalau saya asyik tiba-tiba muncul. Bukan apa, saya tahu Qhalif pasti cuba menyusahkan kamu. Dalam erti kata lain, buat kamu tidak tahan dengan perangai dia dan berhenti kerja. Macam itulah kebiasaannya.”
     “Ohh..”
     Ngeheehee.. rahsia sudah terbongkar. Ini baru buku bertemu dengan ruas. Maknanya, aku akan alami pengalaman bekerja yang sangat menyeronokkan kali ini. Lain dari yang lain bila situasi berbeza. Puan Zaharah yang memahami dan anaknya yang sungguh sombong. Memang menyeronokkan.
Sepinggan roti telur dan sepinggan sardin dihidangkan atas meja makan. Aku senyum puas hati. Siap juga roti telur dan sardin. Satu masalah pada hari pertama telah berjaya diselesaikan atas bantuan Puan Zaharah. Tak perlu aku berkerut dahi dan memeningkan kepala memikirkan apa makanan yang harus aku seediakan untuk Qhalif.
     Telefon bimbit yang sudah aku letak dalam mode senyap bergetar di dalam poket apron. Cepat-cepat aku mengeluarkannya.
     “Lia, kat mana? Im nak jumpa Lia sekarang juga!”
     Menyesal aku angkat panggilan ni. Tak sangka kau guna taktik. Nombor telefon siapalah yang kau curi ni.
     “Encik Imran Hadi, hubungan pekerja dan majikan antara kita dah tamat sejak mama encik halau saya keluar dari rumah. Kita tak ada kaitan antara satu sama lain. Tolong jangan wujudkan hubungan tu. Lagi satu, hubungan kita tidak akan pernah lebih dari hubungan pekerja majikan dan hubungan seorang adik kepada abangnya. Saya hanya menganggap encik sebagai seorang abang yang mana telah menjaga dan melindungi saya sejak kecil.”
     “Aulia, tolonglah jangan begini. Im rindukan Lia. Im cintakan Lia. Im sendiri tidak tahu bagaimana mama boleh tahu tentang semua ni.”
     Aku menjeling ke luar ruang dapur. Takut Puan Zaharah muncul secara tiba-tiba. Lagi nahas kalau Qhalif yang muncul.
     “Sudahlah Encik Imran. Saya tak kisah pun. Saya tak ada apa perasaan dengan encik. Encik Imran umpama abang saya je.”
      “Aulia..”
      Trutt.. trutt..
      Cukup sudah. Aku tak nak ada kaitan dengan Imran lagi. Dia bukan sesiapa dalam hidup dan hati aku. Cukup sudah aku dimalukan sedemikian rupa. Dia yang menaruh harapan. Aku tak pernah berkata apa-apa. Aku ke dapur. Mahu membersihkan kuali dan sudip yang telah dipakai. Mungkin dengan cara mengasingkan diri di situ, dapat menenangkan hati yang tidak tenteram.
     Telefon bimbit bergetar lagi. Aku mengambilnya dan terus mematikan fungsi. Dengan cara itu, baru aku dapat melakukan kerja dengan tenang.
     Bunyi kerusi ditarik membuatkan aku berpaling tubuh. Qhalif sudah turun dan bersiap sedia untuk makan. Aku hanya mendiamkan diri bila Qhalif sendiri tidak berkata apa-apa. Malas aku mahu menyapanya.
     Sepuluh minit kemudian, Qhalif menghantar pinggan berisi sardin ke sinki. Aku terus membasuh pinggan tersebut. Selang dua minit kemudian, Qhalif meletakkan pinggan kosong yang aku letak roti telur. Aku basuh pinggan tersebut sementara menantinya yang sedang menghabiskan air di dalam cawan.
     “Buta!” omelku geram bila melihat Qhalif menuangkan air kopi ke atas basuhan pinggan.
     “Apa? Aku tak dengar apa yang kau cakap tadi? Kau panggil aku apa?” Cawan dicampakkan ke dalam sinki. Mukanya merah kerana terkejut.
     “Pekak!!” jeritku dekat di telinganya.
     “Wooiii, kau ingat aku ni pekak macam badak ke?”
     “Okey, kalau tak pekak kenapa tak dengar apa yang saya cakap tadi!” balasku tidak mahu kalah.
     Qhalif hanya mampu menarik nafas dan membiarkan sahaja. Aku tersengih. Menang lagi!! “Lepas ni tolong aku seterikakan baju untuk satu minggu. Senang. Kau tak perlu susah-susah nak masuk dalam bilik aku setiap pagi. Kau hanya perlu kejutkan aku je.”
     “Okey..” sahutku. “Oh ya, tadi sewaktu saya kemas bilik encik ada orang call. Saya angkat! Encik Damien suruh saya sampaikan satu pesanan ringkas kepada encik.”
     “Damien? Siapa dia?” soalnya sambil mencapai sebiji gelas lain di rak.
     Aku tersengih. Selebar yang mungkin.  “Ooh.. encik tak tahu lagi. Saya pembantu encik di rumah. Encik Damien pula pembantu encik di pejabat. Mama encik yang upah.”
     Burrr..
     Aku termangu. Kelu lidah. Tak semena-mena aku kena sembur air. Memang terbaik.
     “Damien? Lelaki? Mama memang nak aku jauhkan diri dari sebarangan perempuan nampaknya..” getus Qhalif. Aku hanya menelinga. “Apa dia nak?”
    “Encik ada date dengan someone di Syarikat Max Pro pukul 10. Selepas tu encik ada meeting dengan beberapa ejen dari luar di Bangunan Tiara Qasidah. Lain-lain sudah diedit, so, encik free kemudiannya!”
     Sejurus aku habis berkata-kata Qhalif menghulurkan aku kain tisu. “Lap muka kau. Nanti flu pula, aku yang susah..” ujarnya sebelum berlalu keluar dari dapur.
     Not bad. Aku ingat dia ni kejam sangat. Boleh tahan rupanya dia ni. Tetapi, Imran lebih bagus dari dia. Imran pandai mengawal situasi dan Imran juga bijak mengawal emosi.
     Urm.. permulaan yang menarik.
     Dagu diusap perlahan.
Kenapa aku membuat perbandingan antara Imran dan Qhalif? Nyanyuk ke aku ni? Aulia, fokus. Fokus, kamu datang sini nak bekerja. Bukan bercinta!
Bercinta? Dengan Qhalif?
“Ambil pisau, tikam aku!”