Sunday, May 11

Ada Aku Untukmu 5

5
 “Aulia!! Aulia!! Aulia!!”
   
  Hantu mak lampir betullah Qhalif ini. Aku tengah seronok buat kerja, boleh pula dia mengganggu ketenteraman aku. Asyik nak menjerit je. Tak ada insentif nak panggil aku dengan mesra langsung.

     Mak biah menoleh memandang aku. Berkerut dahinya melihat aku yang masih tidak berganjak. Aku dapat melihatnya menggaru-garu kepala. Aku hanya tersengih-sengih. “Aulia, pergilah tengok apa yang dia nak tu. Nanti dia marah kamu lagi, pening Mak Biah nak dengar kamu berdua bergaduh. Penat tahu tak..” pinta Mak Biah. Dia menghalau aku dengan sebatang bulu ayam.

     Aku menggeleng pula. “Biar dia datang ke sini. Saya nak tengok dia cakap baik-baik dengan saya. Lagipun jarak kita dengan dia ni dekat je. Dia tu je yang buta..”

     “Aulia., mana awak ni hah?” lantang kedengaran Qhalif menjerit memanggil nama aku. Gemanya kedengaran berkali-kali di dalam rumah agam ini. Kuat sekali. “Aulia, saya panggil awaklah. Pekak ke?”

     “Ya encik. Saya ada kat sini dari tadilah.” Akhirnya aku menjawab jeritannya. “Erm.. ada apa yang saya boleh tolong encik..”

     “Mana stoking saya? Tie saya warna hitam mana? Awak letak kat mana huh.. saya dah lewat tau tak nak pergi kerja..”

     “Oh.. just that? Kenapalah encik ni suka menjerit. Takkanlah semat-mata nak cari dua benda tu boleh menjerit macam tarzan panggil badak...” Berani betul aku ni kan. “Erm.. nak tanya jugalah. Seluar kecil kat dalam tu ada jumpa..”

     “Fitri Aulia!! How dare you..”

    Aku hanya ketawa geli hati. Suka benar aku melihat dia marah-marah sebegitu. Bagi aku dia bertambah hensem dalam keadaan pipi yang membahang merah. Haha.. Malas-malas aku bangkit dan menuju ke biiknya yang hanya beberapa langkah sahaja dari tempatku berdiri tadi. Pelik betul. Macam manalah dia boleh tak sedar aku berada di situ sekian lamanya. Mak Biah juga berdiri kaku di sebelah aku. Dia ni memang mata straight ke hadapanlah.

     Laci yang terletak paling bawah pada almari bajunya segera aku tarik keluar. Sehelai tali leher berwarna hitam metalik aku ambil. Sengaja aku menayangkan tali leher tersebut di hadapannya. “Ini dia..” Aku mengerling sekilas tali leher berwarna pink yang aku pilih tadi. Kesian aku lihat tali leher tersebut berada dalam tong sampah. Tak ada perasaan langsung mamat nilah.

     Bersama dengan dengusan kasar, dia merampas tali lehernya dari tanganku. Aku tahu dia marah dengan dirinya sendiri. “Stokingnya mana? Ada tersorok kat mana-mana kat dalam laci tu?” sinis dia menyoal aku.

     “Erm..tak perlu risau encik. Saya dah letak kat kasut encik. Pergilah tengok kalau tak percaya. Lagi satu..kasut encik tu pun saya dah gilap selicinnya. Guna gel tau. Bukan air liur..” sahutku dengan senyuman nakal. Sengaja pula aku mengenyitkan mata kepadanya. Rasa nak cuba mengusik amarahnya yang lintang hari ini.

     “So, my breakfast..”

     “Siap! Saya masakkan makanan Mexico untuk encik. Tak payah tanya saya apa namanya. Saya tak reti nak sebut..reti masak je..”

     “Whateverlah..” sambutnya geram.


     Aku ketawa lepas sebaik dia melangkah keluar dari bilik. Dengusannya yang masih tak henti-henti keluar dari mulutnya membuatkan aku ketawa besar. Suka betul dia mengeluarkan bunyi buruk tu. Ish..ish..

*****

sorry. mulai saat ini, hari ini, cerita AAU tidak akan dipublish dgn full lagi. kita update teaser-teaser je. just got a news. rupanya sekarang ada kes cilok mencilok hasil tulisan orang lain. hurmm. so jahat. dan utk langkah pencegahan, kita masukkan teaser saja. simple post. randomly from chapter chapter. im so sorry kepada sesiaa yang nak membaca tu. kita pun baru dapat tahu. im not a person who know everything. saya bukan org yang up to date. nak-nak lagi, FB dah dimatikan fungsinya dari hidup saya. twitter juga telah lama dikuburkan tanpa sebarang petunjuk lagi. tinggal wechat yg sgt penting utk berkomunikasi dgn ibu adik makcik-pakcik sedara lain. whatsapp utnuk connect dgn parents anak-anak taska. hanya itu penghubung dunia luar. again, im not up to date person. sorry.

p/s: i still post my tulisan kat sini. ok?

p/s ii: sorry kerojakkan bahas yg saya pakai. hehe