Monday, May 26

Tetap Cinta Kamu part 1

Tetap Cinta Kamu

“Aku ungkap rindu kerana tidak ku biar cemburu itu bertamu,
Aku lafazkan cinta kerana tidak ku biar curang itu bertandang,
Biar kisah kita terkunci rapat, kerana kisah kita, kita yang tulis.”

Qabiel mengeluh berat. Hari ini, masuk kali ketiga isterinya pulang lewat petang dari tempat kerja. Dia memandang jam tangannya. Sudah melangkaui jam tujuh petang. Lebih dua jam dari waktu tutupnya operasi kelas tuisyen yang dikendalikan Nadrah. Pandangannya dikalihkan pula pada anaknya, Qhafie di suatu sudut. Leka anaknya menyiapkan kerja sekolah tanpa mempedulikan ketiadaan Nadrah.

    “Assalamualaikum..”

     Pintu dikuak dari luar. Nadrah melangkah masuk ke dalam dengan wajah yang ceria. Laju kakinya mendapatkan Qhafie. Dia duduk di sisi anaknya dan mencium dahi Qhafie penuh kasih. Kemudian, dia menghapiri Qabiel tidak jauh dari situ. Dia melabuhkan punggung di atas riba Qabiel. Kedua belah tangannya dililit kemas di leher suaminya. Lama dia memandang Qabiel tanpa mengelipkan mata.

     “Kenapa?” soal Qabiel. Pelik dengan sikap Nadrah. Apa yang tidak kena dengan isterinya. Sejak lima bulan yang lalu, Nadrah kurang bermesra dengan dia. Isterinya terlalu cerewet dan tidak suka dihampiri. Katanya penat dan sibuk di tempat kerja sehingga memaksa dia tidak mempunyai rasa untuk bermesraan.

     “Abang, Nad dapat ambil cuti next week.”

     “Then?”

     “Qhafie kan cuti sekolah. Kita bercuti, nak?”

     “TAk cakap dengan abang pun. Tiba-tiba je.”

     “Nad nak buat surprise untuk abang dengan Qhafie.” Nadrah memandang Qhafie yang mencuri dengar perbualan mereka.

     “Kenapa?”

     “Soalan abang tak sesuai. You should ask me when. Not why?”

     “Maksud abang, dalam tempoh beberapa bulan.. kita tiada mesra-mesra, tiada bual-bual sebegini intim.. awak ajak kita bercuti. Tak pelik ke?”

     Nadrah mengetap bibir. Terkelu lidah. Itu yang difikirkan Qabiel. Dia memandang tulus ke dalam anak mata Qabiel. “Nanti Nad beritahu segalanya. Abang sabarlah sikit. Boleh?”

     “Tengoklah kalau abang tak ada kerja.”

     Lilitan di leher Qabiel terus dilonggarkan. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Nadrah bangkit. “Tak apalah, bang. Kalau dapat, kita pergi. Kalau tidak, mungkin tak ada rezeki untuk kita bercuti sekeluarga.”

     Nadrah mahu berlalu. Namun, pergelangan tangannya erat di dalam genggaman Qabiel. “Hari ini ulang tahun perkahwinan kita yang kelapan, Nad. Awak ingat?”

     “Nad ingat, abang. Sebab itu, Nad nak..”

     “Abang tak perlukan hadiah sebegitu rupa.”

     “Apa yang abang mahukan dari NAd?”

     “Nad yang dulu.. abang hanya mahukan Nad yang dulu. Aisyatul Nadrah yang abang kenali dulu. Yang sentiasa menceriakan abang dan Qhafie. Yang mendahulukan abang dan Qhafie dari segala hal. Boleh Nad berikannya kembali pada abang?”

      “Nad masuk bilik dulu. Nak mandi dan solat. Err.. maaf, abang!”

     Kaki Nadrah melangkah laju mendaki anak-anak tangga. Ada air mata yang menitis di kedua belah pipinya. Sayunya hati mendengar permintaan Qabiel. Bukan dia yang berubah. Bukan juga Qabiel yang berubah. Antara mereka, masih sama. Mungkin kerana kehilangan bayi yang dikandungnya tanpa disedari mengundang rasa bersalahnya kepada Qabiel sehinggakan dia begitu takut untuk bersama Qabiel.

     Tangan kanannya mengusap perutnya yang kosong. Lima bulan yang lalu perutnya ada sesuatu. Dia hamil lagi setelah tujuh tahun melahirkan Qhafie. Siapa tidak gembira, dan siapa tidak teruja untuk menjadi ibu untk kali kedua. Dia memang menantikannya. Apatah lagi ketiadaan Qabiel di sisi ketika itu membuatkan dia mahu memberi kejutan yang tidak terhingga kepada suaminya. Segalanya telah dirancang dengan rapi dan hanya perlu menunggu dua hari sebelum kepulangan Qabiel dari luar negara.

     Sungguh dia tidak sabar menanti reaksi Qabiel. Dia teruja!

     Keterujaannya tidak berpanjangan. Sewaktu dia mahu ke bilik air, dia tergelincir. Perutnya terhentak ke mangkuk tandas. Serta-merta dia takut dan risau. Anak yang baru dikandung selama beberapa minggu sudah tiada.

     “Arghhh!!!”

     Permukaan meja solek dipukul sekuat hatinya menggunakan kedua belah tangan. Nadrah menangis sekuat hatinya.

     Qabiel menerjah masuk. Cemas wajahnya. Terkejut sebenarnya mendengar bunyi dentuman kuat dan jeritan Nadrah. Kenapa?

     “Nad okey ke tidak?” soalnya kerisauan.

     Wajah lesu Nadrah kelihatan begitu mendera tangkai hati Qabiel. Apa yang sudah tidak kena dengan Nadrah. “I miss you, abang. I love you, abang. Kenapa semua ini perlu terjadi..”

     Dahi Qabiel serta merta berkerut seribu. Tidak faham dengan apa yang dimaksudkan Nadrah. Dia menghampiri Nadrah lantas menariknya ke dalam dakapan. “Tell me. Abang sentiasa ada untuk Nad. Tell me, and share it with me.”

     Nadrah menggeleng. Dia belum bersedia. Dia tidak mahu mendengar Qabiel menuduhnya bukan-bukan. Dia takut. Tubuh Qabiel dipeluk seeratnya. Tidak mahu dia melepaskan suaminya itu.

*****

Seorang budak lelaki masuk ke dalam kelas dengan wajah yang ceria. Dia tersenyum menyapa Nadrah dan rakan sekelasnya bersama salam. Paper bag yang dibawa bersama diletakkan atas meja cikgu di hadapan kelas. “Cikgu, ini ada cupcakes yang saya buat di rumah. Cubalah rasa. Untuk kawan-kawan pun ada.”

     Nadrah memandang Hadif. Budak lelaki itu begitu masih berdiri di hadapannya. “Awak duduklah dulu. Nanti saya rasa.”

     “Alaa.. rasalah. Saya nak tengok cikgu makan. Kalau cikgu makan kemudian, belum tentu cikgu akan makan sampai habis. Lagipun, saya nak tahu rasa cupcakes ni. Sedap ke tidak? Saya tak rasa lagi. Fresh from oven tau!”

     Wajah yang penuh pengharapan Hadif mengharukan Nadrah. Entah kenapa budak lelaki yang paling bermasalah di dalam kelasnya kini mulai rapat dengan dirinya. Jelas sekali, Hadif mendambakan kasih sayang dari ibu dan ayahnya. Huh.. berbicara mengenai ayahnya, Doktor Kamal, membuatkan dia teringat kisah lampau.

     “Ayah awak pun tak rasa lagi.”

     “No. saya cakap kat ayah, jangan sentuh selagi cikgu tak rasa. So, dia tak usik pun. Baik tak saya?” Hadif tersengih-sengih. Terserlah giginya yang tersusun rapi. Jarang dia tersenyum sebegini lebar. Kalau tidak, mukanya masam mencuka. Ibarat tidak mengenali apa itu erti bahagia, gembira, suka.. entahlah!

     Sebiji kek cawan dikeluarkan dari dalam beg kertas. Dia memandang anak-anak murid di dalam kelas. Masing-masing menantikan komen dari Nadrah. “Okey, cikgu rasa kek ni dulu. Boleh?”

     Terangguk-angguk anak muridnya yang lain. Nadrah senyum simpul. Dengan sopan dan penuh berhati-hati dia membuka pembalut yang membaluti kek tersebut. Kek disuakan ke mulut. Dia menggigitnya sedikit.

     “Kek coklat cip?” soal Nadrah.

     Hadif mengangguk. “Ya. Saya tak tahu cikgu suka perisa apa. Jadi saya buat coklat cip. Perisa kegemaran mummy.”

     Nadrah terkesima. Ini bukan kebetulan lagi. Dulu, sewaktu kali pertama dia mengajar di pusat tuisyen, Hadif mengatakan wajahnya mirip dengan mummynya yang sudah meninggal dunia. Dulu, sewaktu dia memerlukan rawatan di hospital berhampiran, dia bertemu dengan Doktor Kamal secara tidak sengaja. Doktor Kamal mengatakan dia mirip dengan arwah isterinya. Semakin hari semakin pelik rasa yang bertandang di benak fikirannya.

     Mengapa terlalu banyak persamaan antara dia dan mummy Hadif?

     Dari paras rupa, perangai dan selera makannya? Apa lagi yang sama?

     “Ermm.. sedap. Sangat sedap. Pandai kamu buat.”

     Semakin lebar senyuman Hadif. Dia mengambil paper bag dan terus mengagihkan kek cawan kepada semua rakan-rakan sekelasnya. Terasa bahagia bila dapat pujian dari Nadrah. Usai mengagihkan kek cawan, dia terus duduk di tempatnya. Masih sama tidak pernah berubah tempat. Dia masih ingat. Itulah tempat pertama yang dia inginkan sewaktu mummynya hantar ke pusat tuisyen. Di situ jugalah, dia dapat melihat mummynya berjalan menyeberangi jalan selepas menghantarnya ke pusat tuisyen. Setiap hari.

     Tapi kini segalanya hanya tinggal angan-angan. Mummynya sudah tiada. Mummynya sudah pergi buat selamanya. Menghadap Ilahi. Meninggalkan dia dan ayahnya tanpa sesiapa. Keseorangan mencari erti hidup.

     Dia berubah murung. Tidak bergaul dengan sesiapa. Dia berada di dalam dunia sendiri. Baginya, dia sudah tiada sesiapa untuk bergantung harap. Dia kecewa. Dia sedih.

     Kehadiran Nadrah sebagai guru tuisyennya membawa sinar. Mulanya, dia tidak menyangka apa yang dilihatnya. Tapi, itu yang terpaksa diakurinya. Nadrah mirip mummynya. Percakapan, penampilan, perwatakkan mahupun personality Nadrah begitu mirip dengan mummynya. Dia suka dengan Nadrah.

      Dia memandang Nadrah yang sedang menghabiskan baki kek cawan. ‘Kau ratu hatiku, cikgu Nadrah.’



“Papa, papa.. Qhafie nak makan aiskrim!”

     Qabiel memandang anak lelakinya yang melompat-lompat seraya menunjuk ke arah kedai runcit. “Mana boleh makan aiskrim sayang. Nanti batuk, macam mana?”

     “Kalau batuk, kita makan aiskrim banyak-banyak.” Qhafie menyahut nakal. Dia mengekek ketawa bila Qabiel menggeletek di bawah dagu. Tempat sensitive Qhafie. Sama dengan Nadrah. Sungguh sensitive di situ.

     “Mama marah nanti. Mama tak suka Qhafie batuk, kan?”

     “Alaa.. mama tak tahu. Papa je yang tahu. Bolehlah..”

     “Okey, apa kata kita pergi tempat kerja mama. Kita ajak mama makan luar malam ni. Nak tak?”

     “Dan, makan aiskrim?”

     “Masih nak makan aiskrim?” Qhafie mengangguk bersungguh-sungguh.

     “Kiss papa dulu. Dan papa fikir kemudian.”

     Qhafie mencekak pinggang dan menghentakkan kedua belah kakinya. “No!”

     “Yes!”

     “Okay, papa win! I’ll ask mama then!” putus Qhafie. Malas bertekak dengan Qabiel. Dia sendiri sudah terlalu mengenali perangai Qabiel. Kalau tidak, mesti tidak akhirnya. Takkan bertukar ke ‘ya’ pulak. Dah terbiasa. It’s okaylah!!!

     Kedua belah pipi Qhafie dicubit manja. Geram dengan anaknya yang suka menjawab dengan suara yang diperlahankan. Minta dikasihani. Sebiji perangai Nadrah.




Stereng digenggam kuat. Air liurnya ditelah beberapa kali. Matanya tidak salah lihat. Memang dia melihat Nadrah sedang berbual dengan seorang lelaki di kaki lima kedai, bawah pusat tuisyen tersebut. Mereka kelihatan begitu mesra berbual tanpa mempedulikan keadaan sekeliling yang ramai orang lalu lalang. Hatinya menggerutu.

     Tanpa berfikir panjang, dia terus melepaskan brek tangan dan memandu pergi dari kawasan tersebut. Dia tidak sanggup melihat adegan itu dengan lama. Tidak tahan!

*****

“Abang dapat cuti tak minggu depan?” soal Nadrah.

     “Tak sure.” Ringkas jawapan Qabiel.

Nadrah yang sedang menyusun pakaian ke dalam almari memusingkan tubuh memandang Qabiel. Wajah suaminya nampak muram dan tegang. “Abang ada masalah?”

“Nad, dah lama kita tak bersama, kan?” Qabiel memancing reaksi Nadrah.

“Ke situ pula.”

“Abang memaksudkannya. Lama kita tak bersama. awak tak rindu belaian abang. Desahan abang?”

Nadrah menggigit-gigit bibirnya. malu memandang suaminya yang cuba berbicara tentang hubungan intim. Mujur Qhafie tidak turut berada di dalam bilik. Kalau tidak, mahu ditanya pelbagai perkataan yang baru keluar dari mulut Qabiel.

“Kenapa dengan abang ni?” Nadrah bercekak pinggang.

“Tak ada apalah.” Qabiel menggeleng perlahan. Dia senyum kecil. “Saja nak gurau-gurau dengan isteri sendiri. Tak boleh ke?”

“Gurauan yang tidak kena.” Nadrah mengomel. Dia duduk di atas katil. Pandangan matanya tertancap pada muka hadapan buku yang sedang dibaca Qabiel. “1001 rahsia memikat hati isteri? Sudah-sudahlah abang. Tak perlu pikat saya lagi. Luar dalam, 100% saya terpikat dengan abang.”

“Ya ke? Abang cakap macam tu tadi, tak ada apa reaksi pun.”

“Isy..”

Buku diketepikan. Qabiel tersengih nakal memandang Nadrah. Jemarinya lembut mengusap pipi sang isteri. “Sayang, apa kata.. kita.. kita..”

“Apa?” Malu-malu Nadrah membalas renungan mata Qabiel yang menghantarkan segala isyarat. Tubuh Qabiel ditolak perlahan sebelum berada erat di dalam dakapan suaminya. Dia tergelak kecil bila lehernya diusik Qabiel. Geli.

Qabiel berbisik sesuatu di telinga Nadrah sebelum mereka berdua sama-sama hanyut dibuai lautan asmara.




Pandangan matanya mengekori gerak geri Nadrah menyediakan sarapan dan menyiapkan bekal makanan Qhafie. Semalaman mereka bersama dan Nadrah tidak mengadu penat mahupun mengelak dari melakukan tugas hariannya sebagai seorang isteri dan ibu pada hari ini. Pelik. “Nad, hari ini kita lunch sama-sama. Boleh?”

     “Boleh. Kelas Nad lambat sikit hari ini. Pukul tiga.”

     “Kenapa?”

     “Nad nak..”

     “Mama, cepatlah. Qhafie dah lambat ni!” panggil Qhafie mematikan kata-kata Nadrah.

     “Papa hantar Qhafie ya hari ini. Pergi salam mama.” Qabiel bangkit. Dia mendapatkan Nadrah. Dahi isterinya dikucup. Begitu juga kedua belah pipi Nadrah. Setelah itu, Nadrah mencapai tangan Qabiel lantas disalaminya, dan diciumnya.

     “I love you, abang.”

     “Me too. Always.”

     Qhafie mencebik. Pelik dengan papa dan mamanya. Tidak pernah berubah. Setiap pagi adegan yang sama dia tonton. Papa sayang mama, dan mama sayang papa. Lepas itu, love you love you. isy.. boring!

     Tapi dia suka. Sebelum dia keluar dari pintu rumah, papa dan mama akan datang padanya. Dan sayang dia juga. Cupp kiri, cupp kanan. Kemudiannya, “Papa sayang Qhafie.”

     “Mama juga!”

     “And, me love both of  you!”

*****

Nadrah mengeluh panjang di hadapan lautan luas yang terbentang. Hatinya tidak tenang sejak tiba di kawasan percutian tersebut. Jiwanya bercelaru dek hambatan rasa bersalah dan kecewa. Dirinya langsung tidak dapat menahan rasa amarah dan sakit hati yang menggunung tinggi. Sungguh dia benci untuk melihat wajah Qabiel pada masa itu.

     Sekali lagi dia mengeluh. Bukan salah dia, dan juga bukan salah Qabiel. Ia hanya kebetulan yang tidak dapat nak dijangkakan.

     “Mama!”

     Suara Qhafie kedengaran nyaring memanggilnya. Dia mengangkat muka dan mencari Qhafie. Senyuman disimpulkan dan dia memandang anaknya berpimpinan tangan dengan Qabiel. Wajah Qabiel tampak biasa. Tapi, dia yakin ada sesuatu yang cuba disembunyikan Qabiel. “Anak mama pergi mana ni?”

     “Papa bawa pergi makan Aiskrim kat sana tu!” Qhafie berceloteh sambil menghalakan tangannya ke suatu arah.

     Bibir digigt-gigit. Dia terdera melihat Qabiel begitu endah tidak endah melayani dia. Sampai hati Qabiel berduaan dengan Qhafie berseronok dan membiarkan dia keseorangan melayan rasa sebak di hati. Begitu tegarnya dia.

     “Abang tak ajak Nad..”

     “Abang perlukan masa. Untuk diri sendiri, untuk kita. Berfikir.”

     Nadrah melepaskan pandangan ke sisi yang lain. Ada air mata yang menitis. “Nad nak pergi jalan-jalan. Abang bawalah Qhafie ke mana-mana. Nad nak bersendirian.” Dengan itu, Nadrah berjalan pergi. Kakinya melangkah tanpa arah sepanjang persisiran pantai. Dibiarkan sahaja kakinya basah dek air pantai. Sungguh dia tidak keruan.

     Kini dia mengerti. Tidak semua benda boleh diselesaikan. Apa yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya, itu yang berlaku. Kadang-kadang apa yang kita rancang, tidak semuanya sempurna. Kadang-kadang apa yang kita inginkan, tidak semuanya berlaku. Kadang-kadang apa yang kita cuba tepis, itu yang semakin dekat menghampiri.

     Kedua belah tangannya diletakkan ke kepala. Dia serabut. Segalanya tidak kena baginya. Qabiel terlalu kejam kerana tidak memberi sebarang peluang kepadanya untuk menerangkan keadaan yang sebenar.

     “Nadrah, jangan pergi!” jerit Qabiel memanggil NAdrah. Qhafie didukungnya dan terus kakinya mengejar Nadrah.

      “Katalah abang rindukan Nad, sebutlah abang cintakan Nad..” desis Nadrah. Dia masih bergerak. Tidak berhenti.

     “Nad, cukup!”

     Tubuh Nadrah berpusing. Qabiel memeluk tubuh Nadrah. “Abang, Nad tak pernah curang dengan abang. Percayalah. Rindu dan cinta Nad hanya untuk abang.”

     “Syhh.. stay still”

     Tubuh Qabiel didakap. Dia tidak peduli aksi mereka dilihat ramai pengunjung pantai tersebut. Dia tidak kisah dan dia langsung tidak malu. Apa yang dia rasai ketika itu terlalu mahal untuk dibiarkan.

     “Abang tak nak Qhafie rasa pelik dengan keadaan kita.”

     Nadrah terpaku mendengarnya. Qabiel masih sama sejak dua hari yang lepas. Beku.




Pandangan mata Nadrah terumpu pada Qhafie yang sudah nyenyak tidur di katil sebelah. Anak lelakinya itu memang mudah tidur setelah dari kecil tidak dimanjakan dengan buaian,dummy mahupun mainan. Dia hanya akan tidur dengan mendengar alunan zikir, selawat serta dodoian sesiapa. Nadrah turun dari katil meninggalkan Qabiel. Dia naik ke katil anaknya dan berbaring di sisi Qhafie.

     “Kenapa? Dah tak sudi nak tidur dengan abang?” soal Qabiel dengan suara yang agak tegang.

     Senyap. Tiada balasan dari nadrah. Dia takut berhadapan dengan situasi sebegitu. Tujuh tahun dia hidup bersama Qabiel, belum pernah dia melalui situasi yang terjadi sekarang. “Nad hanya mahukan Qhafie sekarang.”

     “Dan, tidak perlukan abang?”

     Nadrah mengetap bibir dan memejamkan matanya. Dia tidak faham dengan apa yang bermain di dalam fikiran Qabiel. Lelaki itu terlalu prejudis dengannya. Bersikap negatif dan langsung tidak cuba mendengar sebarang penjelasan darinya.

     “Abang, kenapa abang mahu bersama dengan Nad pada malam itu kalau abang rasa sakit hati dengan Nad?” soal Nadrah bersahaja. dia duduk dan menghadap Qabiel. suaminya masih leka membelek sesuatu sejak tadi. dia sendiri kurang pasti apa yang dipegang Qabiel. penting sangatkah sehingga dibawa bersama?

     “Siapa sebenarnya lelaki itu pada awak, Nad? Am I not good enough for you after 7 years?”

     “Dia ayah kepada anak murid saya.”

     “Wow, skandal dengan cikgu anak sendiri.”

     lantas Nadrah menepuk dahinya. sebal dengan tuduhan Qabiel yang tidak dijangkakan. “Dia juga doktor yang merawat saya beberapa bulan yang lalu.. sewaktu..”

     Nafas dihelakan panjang. dia tidak tahu bagaimana mahu berterus terang dengan Qabiel. percayakah suaminya dengan segala penjelasan nanti? atau, masih mahu terus berprasangka buruk?

     qabiel memusingkan tubuhnya. dia duduk menghadap Nadrah. “Abang tak tahu Nad ada ke hospital? sebab apa? sakit? atau mahu lepaskan rindu pada dia?”

     “Abang, cukuplah tuduh Nad yang bukan-bukan. Nad belum gila lagi mahu curang dengan abang. kenapa dengan abang ni. tak habis-habis mahu tuduh Nad.” Nadrah berdiri. tidak sanggup lagi mendengar segala kata-kata yang menyakitkan dari suaminya sendiri. kini, memang tiada guna lagi untuk berterus-terang dengan Qabiel. buang masa.

     selendang di kepala katil dicapai lantas dililitkan serba ringkas ke kepalanya. dia mahu bersendirian. biar dia membawa diri. tiada guna perbincangan jika dia tetap terus disalahkan. tiada guna percutian keluarga, jika dia terpaksa menahan rasa sakit hati dan kecewa yang memberat di kedua belah bahunya. dia tak larat. fed up!

     “Nak ke mana?”

     “Tenangkan fikiran yang kusut!” sahut Nadrah dengan suara yang dikeraskan. dia terus keluar meninggalkan bilik tersebut. kaki dihayun tanpa arah tuju.

*****

hanya sehari semalam sahaja mereka sekeluarga pergi bercuti. Nadrah bertegas mahu pulang sementelah Qabiel dan dirinya tiada persefahaman sepanjang berada di sana. Walaupun Qhafie membentak dia tidak peduli. hatinya begitu kecewa bila tiada kepercayaan dari sang suami. Luluh hatinya kerana terpaksa senyum untuk membahagiakan Qhafie sukar diselindungkan. dia kerap menitiskan air mata bila berpeluang. biarkan sahaja Qabiel membawa haluan sendiri, dan dia juga membuat keputusan untuk tidak berkata apa-apa lagi padanya.

     “Mama, nak nugget. boleh?”

     “Nugget dah habis, sayang. mama tak beli barang dapur lagi. kita baru balik cuti kan?”

     “Jomlah kita keluar pergi beli. Qhafie bosan sangat-sangat duduk rumah. mama dan papa ada pun, tak best. senyap je. selalu mama masak-masak, nyanyi-nyanyi, main game.. ini asyik duduk termenung depan TV. papa pun sama. duduk dalam bilik kerja tu buat apa. Qhafie rasa bosanlah!”

     Nadrah melihat jam di dinding. baru jam 3 petang. dia senyum memandang anaknya itu. “Okey, macam inilah. Qhafie naik atas. pergi jumpa papa. Cakap pada papa, kita keluar. mama pergi siap-siap, pakai tudung dulu. lepas tu, kita keluar pergi Tesco. beli barang dapur. okey?”

     “Papa tak ikut?”

     “Tak, sayang. papa ada banyak kerja rasanya dalam bilik tu. biarlah. kita keluar berdua. Mama nak dating dengan anak mama yang busuk masam ni!”

      “Qhafie dah mandilah!” getus Qhafie geram. dia cium pipi Nadrah. “Wangi kan?”

     tergelak-gelak Nadrah melihat aksi Qhafie. “Ya, wangi. Dah, cepat cakap pada papa. Lambat, tinggal!”




pintu bilik dikuak lebar dari luar. Qabiel berdiri betul-betul di tengah pintu sambil bercekak pinggang. Dia memandang Nadrah yang sedang bersiap ala kadar. cukup sekadar skirt labuh berwarna hitam dan berbaju blaus longgar berwarna ungu pekat. dia mengalihkan pndangan pda selendang di atas katil. Selendang bermotifkan flora berwarna ungu dan berlatarbelakangkan warna putih. aksi. “Tak nak ajak saya?”

     Nadrah berpaling dan memandang Qabiel. “Abang nak ikut?”

     “Ke mana?”

     “Beli barang dapur je. di Tesco.”

     “Lima minit. abang tunggu dalam kereta dengan Qhafie.”

     Berkerut dahi Nadrah dengan sikap Qabiel. sudah okeykah dia?




Troli ditolak Nadrah. langkahnya bersahaja meninggalkan Qabiel dan Qhafie di belakang. seboleh mungkin, dia tidak mahu mendekatkan diri dengan Qabiel. biar mereka sebegitu sehingga Qabiel sedar dirinya tidak bersalah. bukan dia tidak mahu menjelaskannya kepada Qabiel. tapi bila dia cuba, Qabiel tidak mahu faham dan terus menerus meletakkan dia di dalam situasi serba salah.

     “Mama, nak snack. boleh?”

     snack di tangan Qhafie diambil dan diteliti. “No. Letak balik. Tak elok untuk Qhafie. too sweet sayang.”

     “Qhafie tanya papa. kalau papa bagi?” soal Qhafie yang tidak berpuas hati.

     “Dah tu, kenapa tanya mama?” Nadrah cuba memancing reaksi Qhafie. Sengaja dia menyakat anaknya itu. bukannya Qhafie tidak tahu mengenai ketegasannya dalam pemakanan seimbang. sejak kecil dia melatih Qhafie untuk tidak mengambil sebarang jenis makanan ringan sewenang-wenangnya. cukup dijaga.

     “Isy mama ni.” Qhafie mengherotkan bibirnya. DIa terus berlari ke Qabiel.  Kelihatan Qabiel melakukan perkara sama. meneliti belakang bungkusan dan memastikan kandungan makanan tersebut elok dan seimbang.

     Nadrah menolak troli ke bahagian daging. dia membiarkan Qhafie bersama Qabiel.

     “Cikgu, assalamualaikum!”

     “Eh, Hadif? buatapa di sini?”

     “Main futsal!” Hadif tergelak. “Tak adalah. Cari baranglah, cikgu. Tesco, kan?”

     “Seorang je?”

     “Dengan ayah.”

     “Oh.” Nadrah cepat-cepat memilih daging yang ingin dibeli dan memasukkannya ke dalam troli. pandangannya melilau mencari kelibat Qabiel. Masalah akan muncul kalau-kalau Qabiel bertembung dengannya dan secara kebetulan dia bersama dengan ayah Hadif. parah!

     “Cikgu, minggu depan dah mula peperiksaan pertengahan tahun. Cikgu rasa saya boleh jawab tak kertas Sejarah?”

     “Insya-Allah boleh. Usaha lebih sedikit. Banyakkan doa.”

     “Mama!” Qhafie tiba lantas memeluk kaki Nadrah. Di tangannya terdapat sebungkus permainan ‘Hot Wheels’. “Papa bagi beli. Qhafie dapat tambah kereta kat rumah.”

     “Oh ya, ermm bestnya.”

     “Ini anak cikgu ke?” Hadif bertanya seraya menunduk dan menghulurkan tangan pada Qhafie. mereka bersalaman. “Comel. Macam cikgu.”

     Nadrah hanya senyum kecil. Terkejut sedikit mendengar pujian anak muridnya yang jujur. “Hadif, saya minta diri dululah. Suami saya dah tunggu agaknya.”

     “Yalah cikgu. Assalamualaikum..”        

*****

Dia tidak pernah meminta untuk dikahwinkan dengan Qabiel. Bukan dia tergila-gilakan Qabiel sehingga mereka disatukan. pertemuan mereka berdua secara kebetulan. Dari pertemuan itu mereka terus diakadkan. Dia terpaksa menerima Qabiel dan di dalam keterpaksaan tersebut, dia rela menerima kehadiran Qabiel. semakin hari, semakin cinta. Tapi kini.. dia keliru. Cintakah lagi suaminya pada dia?

     Sebuah dokumen di dalam laci yang berkunci di bawa keluar. terlalu lama dia menyembunyikan sebuah rahsia di dalam laci tersebut. Tidak sanggup rasanya memberitahu rahsia itu kepada Qabiel. Dia benar-benar takut.

     Pandangan mata dikalihkan. Dia memandang Qabiel yang sedang lena tidur di atas katil. Begitu sukar sekali Qabiel mahu mempercayainya. Mereka begitu terasing sekali. Hanya bermesraan di mana adanya Qhafie.

     Jika dahulu Nadrah yang cuba mengelak dari Qabiel. membawa diri tanpa sebarang alasan munasabah. Dia tidak mampu bermesraan dengan Qabiel walaupun suaminya meminta dibelai. dia lebih rela mendiamkan diri dan membiar Qabiel ternanti-nanti. Sudahnya, Qabiel mengabaikan sahaja.

     kini, kisahnya lain pula. Qabiel menjauhkan diri darinya.  Gara-gara cemburukan ayah Hadif, Doktor Kamal. Argh, pening betul!

     “Buat apa?”

     Nadrah memusingkan tubuhnya. Qabiel sudah tegak duduk di atas katil memandang ke arahnya. Dokumen yang dibawa keluar terus disimpan kembali ke dalam laci dan dikunci. “Tak ada apa.”

     “Kenapa tak tidur lagi?”

     “Tak ngantuk.”

     “Apa yang dah jadi antara kita, Nad?”

     Soalan Qabiel membuatkan Nadrah mengeluh pendek. TIdak suka menjawab pertanyaan yang berulang kali. Jika diterangkan, Qabiel tidak menerima. Bila dia mendiamkan diri, berkali-kali dia diasak dengan soalan yang sama. Dia rungsing.

     “I don’t know, abang. jangan tanya Nad.”

     “Awak tak nak selesaikan masalah antara kita?”

     “Macam abang nak dengar penjelasan Nad.”

     “Awak dah berjanji dengan dia, kan? nak bertemu di Tesco?”

     “See. Dah mula lagi. Tuduhlah Nad lagi, abang. Memang Nad yang salah. Nad ada skandal. Nad curang. Nad simpan lelaki lain. ya, tuduhlah lagi. Nad perempuan jahat!”

     Qabiel kelihatan sedang mengepal penumbuknya. menahan rasa marah di dalam dadanya. Renungan matanya begitu menikam Nadrah. “Abang tak tuduh. Depan mata abang, Nad. Berbual mesra dengan dia.”

     “Dah, cukup. Lepas ni, abang tak perlu tanya Nad soalan yang sama. cukup. Nad penat.”

     Kaki Nadrah melangkah hampiri katil. Dia merebahkan tubuh badannya di atas katil dan ebrbaring membelakangi Qabiel. Kecewa benar dirinya dengan Qabiel. Apa dosanya sehingga tidak memberi sebarang peluang untuk dia menjelaskan perkara sebenar.

     “I’m talking to you, Aisyatul Nadrah. Kenapa dengan awak sekarang ni? Melawan cakap.”

     “Dan, apa yang merasuk fikiran abang tu?  Kenap susah sangat abang nak percayakan Nad? Berdosakah Nad kalau berbual dengan ayah kepada anak murid Nad.” Tidak jadi berbaring, Nadrah kembali duduk. dia berpusing dan menghadap Qabiel yang duduk di hadapannya. “Kalau abang tak nak percayakan Nad sekalipun, tolong dengar apa yang Nad mahu jelaskan. Sekurang-kurangnya dengar dulu. Ini tidak, asyik nak lompat terus ke kesimpulan.”

     “Okey, jelaskan tentang dia. Dia punca utama segala kekusutan di sini.”

     “Just listen. Doktor Kamal tu ayah kepada anak murid Nad, Hadif. Masa mula-mula Nad kerja kat pusat tuisyen tu, Hadif baru kehilangan mummy dia. Doktor Kamal pula kehilangan isteri dia…”

     “No need to explain about them.” Qabiel mendengus.

     “You need to know. Sebab mereka punca utama kekusutan di sini!” Bidas Nadrah. Dia memberanikan diri.

     Qabiel mendepangkan kedua belah tangannya.

     “Apa yang mengejutkan, Hadif cakap muka, personaliti, perwatakkan dan segalanya mirip arwah mummynya. Dia terlampau sayang dan suka dengan Nad dan seringkali anggap Nad ni mummy dia.”

     “Like his father.” Qabiel menyeringai.

     sejenak, Nadrah menarik nafas. tidak suka dengan cara Qabiel.

     “Tak apalah, abang. Nad tak perlu jelaskan lagi. Cari Nad bila abang rasa fikiran abang dah kosong. waktu itu, tanya Nad tentang semua ini. Selagi fikiran abang penuh dengan rasa syak, Nad tak boleh buat apa-apa.”

     “No, no.. abang nak tahu segalanya.”

     “Penat. Nad nak tidur. Assalamualaikum.”


     tubuh dibaringkan. mata cuba dipejamkan. sungguh dia tidak menduga segalanya tunggang langgang. andai dapat diundurkan masa, dia tidak mahu semua ini terjadi. dia begitu sayangkan hubungan suami isteri antara dia dan Qabiel selama tujuh tahun itu. ‘Argh, andai sahaja dapat diputarkan kembali..’



p/s: sorry, saya jatuh sakit secara tiba-tiba. tak dapat nak habiskan cerita ini buat masa ini. insya-Allah akan diupdate. by the way, jangan terlalu berharap ia secepat mungkin. saya serius, saya cakap saya jatuh sakit. kemungkinan, tidak akan dapat menumpukan sepenuh perhatian pada penulisan. ingat pesanan ini, jangan terlalu berharap.

sorry.