Sunday, June 22

Tetap Cinta Kamu part 2

Langkah kaki Qabiel laju menuju ke ruang dapur saat mendengar suara girang Nadrah bersama Qhafie. Dia bersandar di muka pintu memerhati Qhafie yang duduk di atas kabinet dapur. Lincah tangan anak lelakinya itu menggaul sesuatu di dalam mangkuk besar. Sudah terbiasa bersama Nadrah di dapur dan membantu isterinya. Nadrah di sisinya pula sibuk menyiapkan sesuatu. “Masak apa?”
    
  “Mama nak masak macaroni carbonara!” jerit Qhafie ceria.

     “Dah tu, tepung nak buat apa. hmm.. sayang?”

     Nadrah diam sahaja. Yakin soalan itu dituju kepada Qhafie. Sayang? Mungkinkah Qabiel akan memanggilnya sedemikian rupa dalam situasi rumit mereka.

     Suasana sunyi seketika.

     “Auww..!” jerit Nadrah dek kerana terkejut dengan tangan Qabiel yang melingkari pinggangnya. Dia pantas memusingkan tubuhnya dan memandang Qabiel. “Abang? Nak apa?”

     “Mengelamun apa? Tak sedar ke  abang cakap dengan Nad?”

     “Err, ya ke? Nad ingat abang cakap dengan Qhafie.”

     “Abang cakap dengan Nad. Tepung tu nak buat apa?”

     “Donut cheese. Nak try buat. Harap-harap menjadi.”

     “Nak abang tolong?”

     “Papa tak pandai. Nanti tak sedap.” Qhafie menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak bersetuju jika Qabiel mahu ikut serta.

     “Qhafie, pergi buat kerja sekolah. Biar papa dan mama buat kerja kat dapur.”

     Qhafie sudah memeluk tubuh dan memandang pelik pada Qabiel. Jelas sekali arahan Qabiel tidak disukainya. kebiasaannya, dia yang akan berada di dapur bersama NAdrah. Bukan Qabiel. “Kenapa?”

     “Untuk jadi anak yang baik. You should listen to me, Qhafie.”

     “And?”

     “I’ll give you a gift as the reward. nak tak?”

     Bersinar-sinar wajah Qhafie mendengarnya. Dia mengangguk-angguk lantas meminta untuk diturunkan dari atas kabinet. “Hadiah apa?”

     “Ermm.. papa fikir sekejap.”

     “Qhafie nak baby girl!” Qhafie menjawab terlebih dahulu dengan cerianya. Nadrah terbatuk-batuk dengan jawapan tidak disangka-sangkakan itu. Qabiel hanya tergelak lucu. “Boleh tak papa, mama?”

     “Qhafie nak baby girl?” Qhafie angguk. “Nanti papa dan mama bagi. Now, go to your room. Siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi. Kemudian kemas bilik. Then, take a nap. Okey?”

     “Okey! I love you papa. Mama, baby girl tau. no Baby boy!”

     Terkedek-kedek Qhafie berlari keluar dari ruang dapur meninggalkan Qhafie bersama Nadrah.

     “Kalau nak buat kerja gila, jangan ajak Nad bersama.”

     “Kerja gila apa? Abang fikir apa yang Qhafie minta, tak gila.”

     “Nad nak masak. Ke tepi.”

     Nadrah menolak tubuh Qabiel ke tepi.Tak suka dengan kehadiran Qabiel bersama dengan kata-katanya. Nak anak lagi, tapi masih tidak mempercayainya. Bagaimana? Mahukan dia, tapi tidak percayakannya. Begitu? Itu yang gila!

     Tubuh Nadrah kaku di hadapannya. Ia bergerak ke sana sini bagi menyediakan makanan. Tetapi, begitu kaku kerana gementar dengan kehadirannya di situ. Dalam diam dia mulai rasa bersalah kerana begitu ego menerima setiap satu penjelasan Nadrah. Mungkin dinginnya Nadrah kerana sikap dia yang gagal memahami dan mempercayai isterinya sendiri.

     Perlahan-lahan dia menghampiri tubuh Nadrah. Tubuh itu didakap dari belakang. “I miss you, Sayang. I miss you..”

     “Nad nak..”

     “Syhh.. abang minta maaf, Nad. Abang ego.. abang tak nak dengar apa yang Nad mahu sampaikan.. Abang rasa bersalah sangat-sangat..”

     “Kita settle kemudian. Nad nak siapkan lunch ni.”

     “Now..”

     “Abang! Stop it. Nad tak rela. Hubungan kita dingin selama ini. Abang buat Nad rasa macam Nad ni tak ada harga diri dan sekarang abang.. abang.. Nad tak boleh. Kalau abang nak Nad layan abang, jaga makan minum abang… Nad mampu. Nad sanggup sebab ia tak libatkan sentuahn fizikal antara kita abang. tapi bila abang mula.. sentuh nad.. Nad takut..”

     “So, Nad nak abang buat apa? Abang cuba fahamkan situasi yang terjadi antara kita berdua ni. tapi abang tak boleh. Abang dikejar rasa cemburu. Kemesraan Nad.. Layanan Nad.. jauh berbeza. Abang takut Nad pergi jauh dari abang. Abang tak nak sejarah lama..”

     Nadrah mendengus kasar seraya menguli tepung dengan kasar. Sakit di hati mendengar alasan Qabiel yang tidak begitu mudah diterima. “Doktor Kamal tu dah tua, abang. Tak ada maknanya Nad nak tergila-gilakan dia.”

     “Sama juga dengan..”

     “Abang, Nad nak masak sekarang. Jangan sampai, kita makan makanan beracun tikus nanti. Biar kita anak beranak mati. Nak?” jerkah nadrah setelah sekian lama menahan amarah. Qabiel memang mahu menang sentiasa. Tapi, tidak bolehkah dia bertolak ansur. Susah? “Maaf, abang. Nad tak bermaksud nak tinggikan suara. Cuma, Nad dah letih dengan semua perkara yang keluar dari mulut abang. Tuduh Nad yang bukan-bukan dan macam-macam. Apa yang Nad nak abang buat sekarang, satu je. Isteri yang abang kahwini tujuh tahun yang lepas ini, pernah dipaksa kahwin dengan lelaki tua berharta. Tapi dia tak mahu. Dan, atas segala tuduhan abang pada Nad, rasional ke? Fikir-fikirkanlah..”

     “Kita..”

     Nadrah menggelengkan kepalanya. “Ini bukan masa yang sesuai. Nak makan racun tikus?”

     Kedua belah tangan Qabiel diangkat tinggi ke udara. Menyerah kalah. Perlahan-lahan dia menapak keluar dari ruang dapur.

     Nafas dihela pendek. Sungguh tidak sanggup berhadapan dengan Qabiel lagi. Dia benar-benar tidak tahu apa yang bermain di dalam fikiran suaminya itu.

*****

“Nadrah, apa khabar?” sapa Doktor Kamal mesra. Sebaris senyuman dilirikkan.

     “Sihat doktor. Macam inilah.”

     “Hadif cakap awak mengadu tak sihat beberapa hari yang lalu. Muka pecat. Sakit ke?”

     “Eh, mana ada. Saya okey je. Mungkin penat. Tak ada apa-apalah.” Nadrah menggigit bibir bawahnya. menahan getaran di dada. Berhadapan dengan Doktor Kamal menyesakkan mindanya dengan pelbagai perasaan.

     Hadif muncul tidak lama kemudian. “Cikgu, hujung minggu ni kami nak buat makan-makan. BBQ. Joinlah kami.”

     “Oh ya, terlupa pula nak menjemput. Marilah sekali. AJak suami dan anak. Hadif ni yang beria sangat mahu makan BBQ. Semua rakan kelas dia ada nanti. Mesti seronok kalau cikgu mereka turut serta..”

     Pelawaan Doktor Kamal menambahkan rasa resah di hati Nadrah. Pergi ke rumahnya? Kerja gila pertama. Bersama Qabiel, itu kerja gila yang kedua. Mahu sepanjang perjalanan dia diasak dengan pelbagai jenis soalan yang cukup menikam kalbu. “Tengoklah bagaimana nanti. Tak boleh janji dapat ikut serta.”

     Pandangan Nadrah meliar ke sekeliling. Mencari kelibat Qabiel. Hari ini dia tidak bernasib baik. Qabiel meminjam kereta Nadrah kerana keretanya rosak. Jadi, hantar dan jemput Qabiel yang lakukan. Jika Qabiel melihat dirinya bersama doktor Kamal pasti timbul pertengkaran lagi. arhh.. yang lama belum selesai, timbul yang baru.

     “Eh, cikgu tunggu siapa?”

     “Suami saya.”

     “Ayah, kita hantar cikgu balik?” cadang Hadif.

     “Tak perlu. Suami saya dah call tadi. Dia on the way. Lagipun kami ada rancangan lain lepas ni.”

     Terangguk-angguk Doktor Kamal mendengarnya. “By the way, kalau boleh datanglah rumah minggu ni.. tentu seronok..”

     “Assalamualaikum..”

     Salam diberi Qabiel dijawab perlahan. Nadrah memandang Qabiel yang berdiri tegak di belakangnya. “Dah sampai pun. So, doktor.. Hadif, saya balik dulu.”

     mereka berpisah di situ.



“Ada apa hujung minggu ni? Apa yang seronok?” soal Qabiel sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam perut kereta.

     “Hadif buat makan-makan. BBQ. Dia ajak saya and the others.”

     “Nad pergi?”

     “Nope.”

     “Why?”

     “Dah janji dengan Qhafie.”

     “Janji? Janji apa?”

     Nadrah menyandarkan tubuhnya di kerusi lantas memejamkan mata yang sedikit berat. Letih. TErlalu banyak soalan yang menghujaninya sepanjang di pusat tuiyen, namun soalan yang baru dilontarkan Qabiel begitu sukar untuk dijawab satu demi satu. Letih..

     Enjin dihidupkan. Qabiel mencuri pandang Nadrah yang sudah memejamkan mata. “Abang tanya Nad ni. Janji apa?” Qabiel bertanya lagi. SIkap dia memang tidak pernah berubah. Soalannya harus dijawab.

     Tidak lama kemudian, kedengaran dengkuran halus Nadrah.

     “Tidur ke?”

*****

Qabiel masuk ke dalam bilik tidur setelah menidurkan Qhafie di bilik sebelah. Dia memanjat naik atas katil dan terus menyandarkan tubuhnya di kepala katil. Dia mencuri pandang Nadrah yang sedang melipat pakaian. “Nad, boleh kita berbincang sekarang?”

     “Tentang?” Nadrah mendongak. Pandangannya redup.

     “Semua ini. Tell me. In details.”

     “Abang nak ke dengar?”

     “Bergantung pada jalan cerita.”

     Nadrah menggeleng-gelengkan kepalanya. Qabiel sudah jauh berlainan dengan Qabiel yang bersama dengannya selama tujuh tahun itu. Ke mana sifat romatik, penyabar dan penyayangnya? “Dan di akhir cerita itu, kalau abang tetap dengan pendirian abang, Nad mohon.. ceraikan Nad..”

     Tegak tubuh Qabiel mendengar permintaan Nadrah. “Nad?!”

     “Untuk apa lagi abang kita berbincang dan terus bincang. Nad tak pernah berubah hati seperti yang abang kata. Kalau abang masih rasa Nad curang, lepaskan Nad dari abang seksa hati Nad.”

     “Sebab itu abang mahu Nad terangkan segalanya sekarang. Jangan buat abang ragu-ragu!”

     Nadrah bangkit dari duduknya. Dia menghampiri meja kerja dan mengeluarkan sampul surat besar. “Abang pernah tertanya-tanya kenapa Nad berubah. Apa puncanya, kan? Ini sebabnya abang. Nad kecewa dan takut.. Nad tak tahu nak buat apa. Nad cuba lari tapi, bila Nad cuba kembali kepada Nad yang dulu, abang mula curiga dengan Nad.. Nad..”

      “Nad pernah mengandung?” Nada suara Qabiel tiba-tiba sahaja berubah rentak. Tegas dan sinis. Pandangan matanya tajam menikam anak mata Nadrah. “Kenapa abang tak tahu? Anak abang?”

      “Itulah sebab utama Nad tak nak beritahu abang. Abang akan fikir negatif. Lima enam bulan yang lepas, abang terpaksa keluar outstation. Ketika itulah Nad dapat tahu yang Nad pregnant..”

     “Tapi, itu bukan alasan untuk Nad sembunyikan hal ini. Nad pregnant, dan abang tak tahu. So?”

     “Nad mahu surprisekan abang. Sebab tu..”

     “Dengan gugurkan kandungan itu? Sekarang abang jauh lagi surprise Nad. how could you..”

     “Abang! Abang minta penjelasan dari Nad, boleh tak abang dengar dulu. Jangan mencelah.”

    Qabiel tidak lagi duduk di atas katil. Dia sudah tegak berdiri di hadapan Nadrah.  “Nad jangan fikir abang bodoh. Curang dengan abang sampai pregnant, then gugurkan. Apa ni? Kemudian jauhkan diri dari abang dan Qhafie. Sampai kami rasa Nad dah tak wujud. Asyik menyendiri.. Macam mana abang nak percaya?”

     Nadrah terkesima dengan segala kata-kata Qabiel. Segala yang ditakutinya benar-benar terjadi. Qabiel tidak mempercayainya sama sekali. “Ceraikan Nad..”

     “Dan Nad kembali ke dalam dakapan Dr Kamal? Begitu?”

     Pangg!!

     “Nad jijik di pandangan mata abang? Ceraikan Nad. tak perlu nak rasa ragu-ragu dan tahan rasa hati. Abang perlu ingat satu perkara je, Wallahi.. Nad tak pernah curang. Nad juga tidak pernah gugurkan kandungan. Kandungan Nad gugur sebab Nad terjatuh. Memang niat Nad mahu berikan kejutan pada abang. Kalau boleh abang balik dari outstation dapat berita gembira Nad pregnant. Tapi tuhan dah aturkan segalanya. Nad gugur. Salah Nad ke, abang?” Laju dan begitu tegas Nadrah mempertahankan dirinya. Sungguh dia tidak mampu menahan rasa sabar lagi bila terus menerus dipersalahkan.

     “Nad fikir, tujuh tahun hidup bersama dengan abang.. abang kenal siapa diri Nad. Faham diri Nad. tapi, Nad silap. Abang terlalu ego. Fikir diri sendiri je. Hati Nad, perasaan Nad.. tak pernah nak ambil tahu.”   

     “Abang ego? Sejak bila Nad rasa abang ego? Selama kita kahwin, pernahkah abang tunjuk keegoan abang pada Nad? Hah? apa yang abang cuba lakukan sekarang ini semata-mata mahu membina kembali kebahagiaan yang sudah lama hilang dari keluarga kita. Nad dengan dunia nad, biarkan abang sendirian. Qhafie seperti tidak diendahkan Nad.”

      “Ya, abang ego! Terlampau ego. Nad cuba beritahu abang beberapa kali. Tapi  abang asyik nak kaitkan Dr Kamal dalam hubungan kita. Tidak habis-habis dengan sangkaan yang bukan-bukan. Macam mana nak Nad terangkan?”

     “Cukup Nadrah. Abang tak nak dengar apa-apa lagi.. cukup..”

     Qabiel kembali ke tempat asalnya. dia menghelakan nafas berkali-kali. Egokah dia? Atau dia hanya sekadar mahu menuntut haknya sebagai seorang suami. Mungkinkah dia terlalu kuat cemburu sehinggakan gagal melihat apa yang jelas? Nadrah dipandang dengan redup matanya. Dia belum pernah lihat Nadrah terlalu marah sebegitu rupa. Nadrah belum pernah meninggikan suaranya. Isterinya itu cukup lembut dan manja. Ke manakah hilang sikapnya itu?
   


Nadrah mengusap lembut rambut Qabiel di lewat tengah malam itu. Sungguh dia merindui belaian Qabiel pada rambutnya setiap kali mereka masuk tidur. Nadrah meniup lembut cuping telinga Qabiel. Sungguh dia merindui tindak nakal Qabiel padanya bila mengusik. Nadrah menghembuskan nafasnya di tengkuk Qabiel. Sungguh dia merindui godaan Qabiel yang pastinya menang. Akhirnya, Nadrah mengucup lembut pipi Qabiel. Sungguh dia benar-benar merindui kucupan Qabiel setiap kali dia merajuk.

      Ke manakah Qabiel Ashraf yang lama telah pergi?

      “Maafkan Nad, abang. Nad akan pergi. Sampai satu masa, bila Nad bersedia untuk berhadapan dengan abang.. Nad akan kembali lagi. Ke dalam keluarga kita. Cuma, sekarang bukan masa yang sesuai untuk kita. Maafkan, Nad…”

      Nadrah hampir sahaja menitiskan air matanya di pipi Qabiel. dia bangkit dari duduknya dan terus mencapai beg pakaian yang diletakkan di tepi pintu.

     “Selamat malam, abang. Semoga mimpi abang indah-indah sahaja..”

     Langkah kaki Nadrah berhenti seketika di bilik Qhafie. DIa duduk di sisi Qhafie yang polos berbaring bertemankan dua biji bantal peluk terlukis gambar kartun milik Qabiel dan Nadrah. “Maafkan mama, sayang. Mama terpaksa pergi. Tinggalkan Qhafie dengan papa. Mama janji, mama akan pulang. Mama hanya mahu tenangkan fikiran. Mama takut, jika mama masih berada di sini, papa akan tetap menuding jari pada mama. Biar mama pergi, dan biar papa tahu dan sedar akan silapnya. Bolehkah papa hidup tanpa mama di sisinya?”

     Dahi Qhafie dicium penuh kasih dan tubuh kecil itu dipeluk erat.

     “Mama?”

     “Tidurlah Qhafie.. mama rindu Qhafie.. sebab tu.. mama masuk bilik Qhafie..”


     Dalam mamai Qhafie mengangguk. dia senyum dan kembali menutup matanya. \





p/s: ada yang menyampah dengan Qabiel? ngahahaha. sorry for the late update. baru baik dari sakit. actually bukan sakit apa. cuma ada masalah dalaman di tempat kerja. kena cover itu cover ini. plus dengan anak-anak yang demam. terjangkit dengan teacher. habis flu, tersangkut batuk. habis batuk, terkena demam apa entah sebab asyik sakit kepala dan tak ada suara. lemah badan. itu saja. kepenatan kerana terpaksa menjaga babies-toddlers-child pada satu satu masa. tersangatlah penat sampai dah tak tahan. so, soon will update more. quit dari kerja ini. fokus dengan kerja-kerja menaip. hiks!

oh ya, i still love the kids. by the way, the true fact.. i really hate child. eh?