Saturday, July 5

Ada Aku Untukmu 5

5
 “Aulia!! Aulia!! Aulia!!”
     Hantu mak lampir betullah Qhalif ini. Aku tengah seronok buat kerja, boleh pula dia mengganggu ketenteraman aku. Asyik nak menjerit je. Tak ada insentif nak panggil aku dengan mesra langsung.
     Mak biah menoleh memandang aku. Berkerut dahinya melihat aku yang masih tidak berganjak. Aku dapat melihatnya menggaru-garu kepala. Aku hanya tersengih-sengih. “Aulia, pergilah tengok apa yang dia nak tu. Nanti dia marah kamu lagi, pening Mak Biah nak dengar kamu berdua bergaduh. Penat tahu tak..” pinta Mak Biah. Dia menghalau aku dengan sebatang bulu ayam.
     Aku menggeleng pula. “Biar dia datang ke sini. Saya nak tengok dia cakap baik-baik dengan saya. Lagipun jarak kita dengan dia ni dekat je. Dia tu je yang buta..”
     “Aulia., mana awak ni hah?” lantang kedengaran Qhalif menjerit memanggil nama aku. Gemanya kedengaran berkali-kali di dalam rumah agam ini. Kuat sekali. “Aulia, saya panggil awaklah. Pekak ke?”
     “Ya encik. Saya ada kat sini dari tadilah.” Akhirnya aku menjawab jeritannya. “Erm.. ada apa yang saya boleh tolong encik..”
     “Mana stoking saya? Tie saya warna hitam mana? Awak letak kat mana huh.. saya dah lewat tau tak nak pergi kerja..”
     “Oh.. just that? Kenapalah encik ni suka menjerit. Takkanlah semat-mata nak cari dua benda tu boleh menjerit macam tarzan panggil badak...” Berani betul aku ni kan. “Erm.. nak tanya jugalah. Seluar kecil kat dalam tu ada jumpa..”
     “Fitri Aulia!! How dare you..”
    Aku hanya ketawa geli hati. Suka benar aku melihat dia marah-marah sebegitu. Bagi aku dia bertambah hensem dalam keadaan pipi yang membahang merah. Haha.. Malas-malas aku bangkit dan menuju ke biiknya yang hanya beberapa langkah sahaja dari tempatku berdiri tadi. Pelik betul. Macam manalah dia boleh tak sedar aku berada di situ sekian lamanya. Mak Biah juga berdiri kaku di sebelah aku. Dia ni memang mata straight ke hadapanlah.
     Laci yang terletak paling bawah pada almari bajunya segera aku tarik keluar. Sehelai tali leher berwarna hitam metalik aku ambil. Sengaja aku menayangkan tali leher tersebut di hadapannya. “Ini dia..” Aku mengerling sekilas tali leher berwarna pink yang aku pilih tadi. Kesian aku lihat tali leher tersebut berada dalam tong sampah. Tak ada perasaan langsung mamat nilah.
     Bersama dengan dengusan kasar, dia merampas tali lehernya dari tanganku. Aku tahu dia marah dengan dirinya sendiri. “Stokingnya mana? Ada tersorok kat mana-mana kat dalam laci tu?” sinis dia menyoal aku.
     “Erm..tak perlu risau encik. Saya dah letak kat kasut encik. Pergilah tengok kalau tak percaya. Lagi satu..kasut encik tu pun saya dah gilap selicinnya. Guna gel tau. Bukan air liur..” sahutku dengan senyuman nakal. Sengaja pula aku mengenyitkan mata kepadanya. Rasa nak cuba mengusik amarahnya yang lintang hari ini.
     “So, my breakfast..”
     “Siap! Saya masakkan makanan Mexico untuk encik. Tak payah tanya saya apa namanya. Saya tak reti nak sebut..reti masak je..”
     “Whateverlah..” sambutnya geram.
     Aku ketawa lepas sebaik dia melangkah keluar dari bilik. Dengusannya yang masih tak henti-henti keluar dari mulutnya membuatkan aku ketawa besar. Suka betul dia mengeluarkan bunyi buruk tu. Ish..ish..

Briefcase yang dibimbit dihempas ke atas meja kerja sekuat hati. Tali leher yang ketat di leher dilonggarkan memberikan nafas kembali lancar. Dia bercekak pinggang. “Erghh.. tak guna punya perempuan. Dia kenakan aku? Pandai dia menjawab sekarang. Mulut dia tu memang tak ada insurans langsung. Main ikut suka mulut dia je nak cakap apa. Diikutkan tadi aku cili-cilikan mulut dia tu. Baru kenal siapa aku. Aduh.. macam mana mama boleh ambil dia ni? Susah betul..”
     Tok! Tok!
     Pintu bilik luas terbuka. Zafrul melangkah masuk tanpa sebarang arahan dari Qhalif. Bibirnya menyimpul senyuman menyapa Qhalif yang kepanasan dek rasa sakit hati dengan Aulia. “Apa hal angin satu badan ni? Dari bilik aku, boleh dengar bunyi kau hentak barang, ” sapa Zafrul. Dia menepuk-nepuk bahu Qhalif. “Aulia? Dia buat apa pula kali ini?”
     “Pagi-pagi lagi aku dah terkena dengannya.”
     Zafrul menjongketkan kening meminta Qhalif meneruskan bicara. teruja benar dia mahu tahu apa yang telah dilakukan Aulia kepada Qhalif. Setiap hari, ada sahaja cerita baru tentang Aulia yang disampaikan Qhalif sehinggakan dia tidak kering gusi. Dia hanya mampu tergelak disebabkan lucunya cerita tersebut.
     “Dia kejutkan aku pukul 5. Okeylah, aku tak kisah sangat. Sebab aku tak terbabas solat Subuh. Masalahnya, dia pergi siapkan pakaian untuk aku warna ni hah?” Qhalif menunjukkan kemejanya yang berwarna merah jambu. Zafrul ketawa. “Itu aku masih boleh terima lagi cause aku juga yang berkenan sangat nak beli baju ni dulu. Yang sakitnya lagi, saja dia pilih tie warna pink. Kau gila aku nak pakai serba ‘jambu’ hari ini. Tak sanggup aku. Hari ini ada meeting dengan pihak Eagle.”
     “Oh, kau takut kena goda dengan Kevin ke?” Zafrul tergelak lepas. Teringat pula kepada Pengarah Urusan Eagle iaitu Kevin Chew yang merupakan seorang gay.
     Qhalif memetik jarinya di hadapan Zafrul. that’s it!
     “Dah tu aku cari dia sampai anak tekak aku ni nak terkeluar, tahu tak? Langsung tak berjawab. Padahal dia hanya beberapa langkah dari bilik aku. Nampak sangat dia tu sengaja kenakan aku.”
     “Okey, okey, aku faham. Cool beb..cool..”
     “Panas hati ni. Aku tak tahu macam manalah mama aku boleh pilih dia tu..”
     “Aku tahu hati kau panas. Tapi satu je yang aku pelik. Kenapa bibir kau merah?”
     Soalan Zafrul menambah rasa panas di hatinya. Bibirnya yang kemerahan digigit. Dia mendengus kasar. “Siapa lagi punya kerja? Aulia lah! Sekarang kalau ada apa-apa berlaku kat aku, budak tu yang kena cari dulu. Ada ke dia buat tortilla entah apa nak sebutnya tu. Pedas-sepedasnya.”
     Langsung terburai tawa Zafrul mendengar omelan Qhalif. Dia memang tidak pernah menyangka lelaki di hadapannya itu kini sedang memarahi seorang gadis. Kelakar dan tersangatlah kelakar. Tidak dapat dibayangkan selama ini seorang lelaki bernama Qhalif Qadri yang senantiasa bersabar dengan sikap Fea yang menyakitkan hati tidak dapat menahan marah terhadap seorang gadis bernama Fitri Aulia yang jauh berbeza daripada sifat Fea. Sungguh kelakar bunyinya.
     Bukk!!
     “Keluar. Kalau setakat nak ketawakan aku baik kau keluar.”
     “Oops.. aku minta maaf. Cerita kau kelakar sangat.” Zafrul menghentikan tawanya yang masih bersisa. “Aku nak tanya kaulah something, boleh?”
     “Apa?”
     “Kau tergugat ke?”
     “Sorry sikit. Aku tak tergugat langsung. Lagipun dia hanya menumpang kat dalam rumah tu.”
     “So?”
     “Apa yang sonya. Aku akan ajar budak tu sampai dia rasa aku ni bukan lawannya..” ujar Qhalif. Dia memandang wajah Zafrul meminta sokongannya.
     “Okey. It’s up to you then. By the way aku nak ingatkan kau. Dia perempuan. Kau lelaki. Bila sang pencinta hadir jangan salahkan diri sendiri, kawan,” ucap Zafrul. Dia menepuk-nepuk bahu Qhalif seraya menyerahkan sebuah fail. Tanpa melengahkan masa dia beredar keluar dari bilik rakannya itu. Sempat dia membuat aksi memanah sebelum pintu terkatup rapat.
     ‘Sang pencinta? Uhh..dah datang pun, Zaf!’

‘Aulia.. Fitri Aulia. Apa yang istimewa sangat dengan budak perempuan ni. Famili aku pun bukan main sayang dengan dia ni. Dia sekadar orang gaji. My PA.. hurm, PA. Sepatutnya PA kat pejabat? Kenapa mama suruh dia jadi PA kat rumah? Damien mama ambil untuk PA kat pejabat. Tak logik ni.. mesti ada yang mama rancang.. kena siasat ni..’
     Beep..beep..
     Qhalif memandang interkom di atas mejanya. Menyala-nyala minta dijawab. “Ada apa Damien?”
     “Cik Fea datang. Can she get in?” soal Damien.
     “Nope. Saya tak nak terima seorang guest pun hari ni. I’m in the bad mood. So, please..”
      Tidak sempat Damien membalas arahannya, pintu biliknya dikuak kasar dari luar. Muncul Fea dengan wajah yang menyeringai marah. “Why you do this to me, Fiq? I ni siapa? Sampaikan you tak bagi I masuk..”
     “Fea, I dalam mood yang nipis tahap kesabarannya sekarang ni. So, please leave me alone..” gumam Qhalif.
     “By the way you should talk properly to me. Not to your PA. Malulah I...”
     “Kenapa you nak malu? Apa yang buat you rasa malu..”
     “Qhalif?? You ni kenapa? Sakit kepala ke? Kan ke I ni girlfriend you..tentulah I malu kalau you cakap kat PA you tu yang you tak nak jumpa sesiapa pun...”
     “..wait.. wait.. wait the minute! What are you just talk about? You are my girlfriend? Hello, siapa yang bagi mandat isytiharkan you ni girlfriend I. Please tell me rigth now? I tak pernah cakap pun yang you ni girlfriend I?” celah Qhalif. Dahinya kelihatan berkerutan. ‘Masa bilalah pulak aku nobatkan dia ni jadi awek aku? Gila ke aku time tu?’
     Fea tergamam.
     “Apa yang you nak cakap lagi? I’m very sure that I never said you are my girlfriend, okay? Kalau ada pun, mungkin I gila.”
     “You, you.. arghh..”
     Fea berlari keluar dari biliknya bersama dengan deraian air mata. Bagi Qhalif, senang sahaja. Dia tidak perlu bersusah hati. Sudah terlebih cukup mengenali Fea. Esok lusa, gadis itu akan datang kembali pada dia. Berbual seperti biasa.
     Arh.. perempuan!

“Aku nak infused water dan jus kedondong, spaghetti bolognese dan donut cheese. Aku naik atas, mandi dan siap-siap. Bila aku turun, semua dah siap hidang. Faham?”
     Sekilas aku berpusing. Tajam mata aku menyerang tubuhnya yang tegak berdiri di pintu dapur. Di tangannya masih terdapat briefcase. Tali leher sudah tiada di leher. Butang baju di bahagian paling atas sudah dibuka. Seksi. Lengan baju pula dilipat sehingga siku. Bertambah seksi. Sebelah tangannya tiba-tiba diseluk masuk ke dalam poket seluar. Berlipat kali ganda seksinya Qhalif.
     Gila, aku buat apa pula ni!
     “Aulia, dengar tak?”
     “Nak apa tadi?” soalku kalut.
     Jujur dan sebetulnya aku tidak mendengar apa-apa yang dipesannya kepada aku. Aku hanya dapat rasa dia bediri di belakang. Tanpa sebarang suara. Kaku. Aku membayangkan dirinya sedang memerhatikanku sebegaimana aku yang sering mencari waktu untuk mengintainya.
     “Infused water, jus kedondong, spaghetti bolognese, dengan donut cheese. Boleh?”
     “Bila nak?”
     “30 minit dari sekarang.”
     “Encik gila, ya? Mana ada bahan. Suka hati je nak suruh buat benda yang tak ada bahan dalam rumah. Ingat saya ada magic. Main jampi-jampi, muncul bendanya!”
      “Dalam masa 15 minit bersiap. Kita keluar pergi cari barang, okey?” Qhalif beredar tanpa menunggu jawapan dari aku. Derap langkahnya kedengaran laju menaiki setiap satu anak-anak tangga.
      Puan Zaharah memandang wajahku sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik air. “Apa pula yang tidak kena dengan anak saya tu? Tiba-tiba je nak makan benda yang jarang dimakan. Siap suruh pergi beli barangnya lagi.”
     Aku jungkit bahu. Aku lagilah tidak mengerti. “Macam mana Puan? Lauk makan malam tak masak lagi.”
     “Pergilah siap. Biar saya dengan Mak Biah yang masak. Nanti bising pula Qhal. Bukannya tak kenal dengan perangai dia. Cepat pergi cepat balik. Lia belikan serbuk dadih. Teringin pula nak buat dadih.”
     “Perisa?”
     “Cappucino.”
     “Sekejap puan, infused water itu air macam mana? Saya tak pernah buat. Ini pertama kali saya dengar Apa bahan-bahannya?”
      “Saya mesej awak nanti. Pergilah bersiap dulu. Marah si Qhal tu nanti.”
      Aku juih bibir. Pelik betul dengan kerenah Qhalif yang pelbagai dan sikap cool dan bersahaja Puan Zaharah. Tapi, apa yang Puan Zaharah risau sangat dengan Qhalif? Semua benda nak suruh aku turutkan anaknya. Macamlah Qhalif yang bayar gaji aku. “Yalah, yalah..”
      “Okey, jom!”
      Membulat besar mata aku sebaik melihat Qhalif yang muncul kembali di ruang dapur dengan pakaian kasualnya. “Saya belum siap lagi. 5 minit!” Aku cepat-cepat berlalu pergi. Sebelum barannya meletus, sebelum dia membebel panjang, dan sebelum dia memaksa aku keluar bersama dengannya hanya berkain batik dan berblaus lusuh ini. Argh..
     “3 minit je!”
     Spontan Puan Zaharah memukul belakang bahu Qhalif. Tak bersetuju dengan cara anaknnya bertegas dengan Aulia. “Bagilah peluang dia mekap. Dengan Qhal, asyik nak cepat je.”
     “Tak payah mekap. Dia dah cantik.” Qhalif cepat-cepat mengeluarkan telefon bimbitnya dan berpura-pura sedang meneliti sesuatu. Dia tahu, Puan Zaharah akan bertanya lebih lanjut tentang kenyataan berani matinya sebentar tadi.
     “Mama faham..”

     Kaki terus diatur pergi.




p/s: sebelum ni dah cakap tak nak bagi full entry en, sebab risau dengan penciplak semua. tapi bila fikikan balik. lantak kaulah!!! sebab bila perap cerita ni lelama, nanti orang lain wat cerita tersama dengan jalan cerita kita.. takkan time tu baru nak full entry all the times. orang pulak cakap aku ciplak. hehehe. by the way, siapa yang tahu kita tentu tahu cerita AAU dari tahun bila.. dari zaman bila... jalan cerita macam mana? kalau ada tersama kisah dengan yang lain, i'm so sorry. tegur untuk memperbetulkan, bukan tegur untuk mengeji. 

aku bukan manusia sempurna yang dapat melunaskan janji. tapi aku cuba. masalahnya hanya satu. antibody badan tidak cukup kuat untuk melawan virus Malas dan Penat aku sepanjang masa. antivirus sedia ada pula jenis yang tidak berapa nak kuat sebab bersangkut paut je. antivirus Tidur. ok?

so, doa-doakan aku cepat berhenti kerja dari jadi cikgu Taska ni, kemudian fokus dengan kerja tertunggak dari tahun 2012. nampak tak betapa virus M, P dan T ini telah menganggu gugat kehebatan aku?

oh, aku tidak hebat. cuma, kehebatan dalam kelajuan menaip semakin berkurangan bila huruf-huruf itu datang. antibody tidak dapat menangkis sekuatnya. harap maklum.

before terlambat, dan sebelum habis. nak ucap Salam Ramadhan. sorry bila banyak janji dilupakan dengan sengaja. *Tidak. M, P dan T sering hadir sebenarnya*. sorry bila asyik mengelabui mata readers dengan entry pepelik. *Tidak. itu hanya topup untuk mengatakan aku bekerja* sorry sebab asyik merapu di entry. *Tidak, itu selingan untuk kau orang ngerti yang aku masih ada 1 dari 100 masa aku di taska*. oh itu saja gegedik nulis hari ini. 

pfftt.. bye. semoga puasa anda penuh.