Tuesday, July 15

Tak Kisah Raya part 1

p/s: last year punya. ada dua part je. sebelum raya part 2 akan masuk. kali ini tak ada tipu tipu. heh! enjoy je lah ye. tak suka baca sekerat. kalau suka, baca sampai habis. manusia ini tidak hidup untuk memuaskan hati semua pihak. ampun! 


*****


TAK KISAH RAYA entry

Aku memandang Syahril yang hanya memandang makanan di atas meja makan tanpa mahu menyentuhnya. Pening kepala aku dengan sikapnya itu. Bukan main dia memaksa aku bangun di awal pagi untuk memasak lauk-lauk tersebut. Syahril hanya bermain dengan nasi putih di dalam pinggan. Tidak dijamahnya walau sesuap. “Awak kenapa?”

     “Tak ada selera.”

     Menyirap darah aku mendengar jawapan ringkasnya. Kalaulah aku tak fikir dia suami aku, memang sudah aku lempang laju-laju mukanya. Buang masa aku, dan mengganggu waktu tidur aku sahaja. “So, kenapa suruh Amni masak lauk-lauk ni semua. Awak tahu tak, Amni tak cukup tidur malam tadi. Siapkan kerja, then pagi ni ada meeting.”

     Wajah selamba Syahril aku pandang dengan rasa marah yang meluap-luap. Sungguh menyakitkan hati jawapan yang diberi.

     “Tadi nak makan, sekarang saya langsung tak ada rasa nak makan. Nak buat macam mana lagi? Kalau saya makan, tak boleh masuk.. sakit perut ke.. apa ke?”

     Sabar, Amni. Sabar..

     “It’s okay. Awak tak nak makan, tak apa. Amni makan seorang je. Membazir kalau tak makan.”

     Syahril mengangguk kecil. Dia bangkit dan terus meninggalkan ruang makan tanpa rasa bersalah.

     Ekor mata aku mengekori langkahnya. Berbulu mata aku melihat dia berperangai sebegitu. Tak matang. Tak ada hati dan perut. Tak berperikemanusiaan. Erghhh…!!!

     Gulai tempoyak ikan patin, telur dadar dan daging masak kicap aku penuhkan ke dalam pinggan. Nasi aku cedokkan hampir penuh. Geram. Ingat mudah masak semua lauk tersebut dalam keadaan mengantuk. Sakitnya hati!!!

      Memang aku tengah sakit hati agaknya. Habis semua lauk-lauk yang aku masak. Mujur sempat habis sebelum waktu sahur tamat.




Syahril sedang menunaikan solat Subuh sewaktu aku melangkah masuk ke dalam bilik tidur. aku gigit bibir menahan rasa geram yang masih terbuku dalam hati. Hendak marah lebih-lebih, dia suami aku. Nak guna kuasa senior? Memang tak dapatlah. Ini rumahtangga, bukannya zaman universiti. Lambat-lambat aku melangkah ke bilik air untuk mengambil wudhu. Rasanya aku perlu menenangkan hati yang meluap kepanasan. Pelik juga. Sejak-sejak akhir ini aku memang cepat naik angin. Kenapa?

     “Saya hantar awak ke pejabat nanti. Awak tak cukup tidur, kan?”

     “Err.. yalah. Thanks.” Syahril mengangguk. Aku mengukir senyum sebaik sahaja masuk ke dalam bilik air. Tak jadi nak marah lagi. Tak jadi nak merajuk dah. Selalu sangat aku kalah dengannya. Simple. Isy..

     Aku ambil wudhu. syahril tiada dalam bilik tidur ketika aku keluar dari bilik air. Entah ke mana dia menghilangkan diri. Malas melewatkan waktu solat, aku terus menunaikan solat Subuh.

     Usai bersolat aku terus keluar dari bilik tidur untuk mencari Syahril yang hilang. Langkah kaki aku aturkan ke arah bilik yang dikhaskan untuk meletakkan semua pakaian kami berdua. Lampu bilik tersebut menarik minat aku untuk menjengah ke sana. “Awak buat.. apa?”

     Bulat mata aku melihat Syahril yang sedang menggosok pakaian kerja aku. Berkali-kali aku menggosok mata sehingga pedih untuk memastikan apa yang aku lihat tidak salah.

      “Awak pergi bersiap. Saya tolong gosok pakaian awak, ya. Sebagai tanda maaf saya sebab susahkan awak.”

      “Tapi, tak perlulah sampai macam ni. Awak kan tak biasa buat benda ni semua.”

     Aku mendapatkannya. Seterika di tangan Syahril aku ambil lalu aku letakkannya di tepi.

     “Kenapa dengan awak ni? Salah ke saya nak tolong isteri saya sendiri?”

     Tengkingan Syahril membuat aku terkelu lidah. Makin pelik aku dengan perangai Syahril. Tak pernah begini. Ya, dia tak pernah begini. Nak buat kerja rumah, memang tidak suka. Nak menolong aku, memang tidak akan.

     “Amni.. Amni..”

     “Keluar dari sini. Sibuk je..”

     Syahril menolak tubuh aku keluar dari bilik itu. Pintu bilik terus ditutup dan dikunci dari dalam. Aku masih terkebil-kebil dengan perlakuannya. Apa yang dah jadi. Takkanlah penangan puasa pertama sebagai seorang suami buat dia jadi gila. Tolong, aku tak nak suami yang gila.



Aku mungkin jadi gila pada hari pertama puasa buat pertama kalinya. Bukan sahaja suami aku yang gila, aku juga terpalit rasa gila. Entah apa sahaja yang tidak kena dengan Syahril. Digosoknya aku baju kurung warna kuning blok, dan disuruh aku gayakan bersama tudung warna merah blok. What’s? dahlah aku merajuk tak nak pakai, dia pun sama merajuk. Siap cakap kat aku supaya kena ikut cakap suami. Lebih-lebih di bulan ramadhan. Isy..

     “Senyumlah sikit. Cantiklah awak pakai macam ni. Kena dengan kulit awak yang putih mulus ni.”

     “Tapi kenapa warna kuning?”

     “Jangan banyak cakaplah. Awak dah lewat, kan?”

     Pintu kereta aku buka. Tanpa berpamitan dengannya, aku melangkah keluar. Hati aku bengkak. Sudahlah rajuk berjaya dipujuk, lepas tu.. dia buat aku merajuk balik. Arghhh!!!

     Syahril keluar dari dalam perut kereta. “Awak.. senyum. Jangan marah. Saya suka awak macam ni. Kalau awak rasa orang lain fikir pakaian yang awak gayakan hari ini buruk, ketahuilah dalam pandangan saya.. awak yang paling cantik begini.” Syahril senyum.

      Langkah kaki aku terhenti. Ayat dia ni. Suka buat aku berbelah bahagi. Aku berpatah balik mendapatkan Syahril. Tangan kanannya aku capai. “Terima kasih sebab sudi hantar saya.”

     “Sama-sama. Nanti saya ambil awak, ya.”

     “Okey. Ambil awal sikit. Nak masak untuk berbuka.”

     “Ya.”

     Aku masuk ke dalam pejabat dengan hati yang riang. Senang hati bila Syahril berperangai elok.

*****

Dia suami aku, dia suami aku.. ya, dia suami aku!

     Jam di tangan sudah menunjukkan jam 6.45 petang ketika itu. Mana sempat nak sampai rumah untuk memasak makanan berbuka. Nasi? Gila ke nak makan panas-panas. Melecur mulut tu nanti. Ya Allah, sakitnya kepala!

     Kereta Mazda cx 5 milik Syahril berhenti di hadapan pintu utama syarikat. Dia keluar dari dalam perut kereta dengan senyuman. Hati yang memang panas senang surut dengan senyumannya itu. Hisy.. penangan suami tercinta. =P

     “Jom!”

     “Awak, Amni habis kerja jam 5 petang tau.”

     “Tahu.”

     “Dah tu?”

     “Terlajak tidur tadi.”

     “What’s? awak tak kerja ke? Macam mana boleh tidur?”

     “Tak sahur pagi tadi. Tak larat nak pergi kerja. Ambil cuti.”

     Aku tercengang. Ini ke suami aku?

     Pintu kereta dibuka Syahril. Aku masuk ke dalam kereta. Aku diam tanpa mahu berbual dengan dia. Aku protes.

     Syahril memandu laju kereta menuju ke Damansara. Perbuatannya jelas mengundang rasa hairan dalam benakku. Dia nak ke mana pula? Tidak mengertikah dirinya bahawa waktu berbuka sudah hampir dan aku perlu memasak. Mahu ke bazaar ramadhan? Gilakah dia? “Kita nak ke mana sebenarnya, Ril?”

     “Rumah mak. Semua berkumpul kat sana. Abang Fakhry dan Adila ada di sana. Awak okey tak?”

     “Ohh.”

     “Okey tak?”

     “Laa.. kenapa pula tak okey. Nak makan sama-sama satu keluarga, kan? Best!”

     “Manalah tahu. Kut-kut awak nak makan berbuka berdua je. Hanya ada saya dan awak. Maklumlah, inikan kali pertama kita sambut puasa sebagai suami isteri.”

     “It’s okay. Sahur tadi pun dah hancur, lebur!” jawabku sekadar ingin memerli Syahril. Biar dia tahu betapa aku tidak suka dengan perangai keanakkannya itu.

     “I’m so sorry.” Syahril memegang tanganku dan diramas-ramasnya. Kemudian, dia membawa tanganku ke bibirnya lantas mencium belakang tapak tangan. “Maafkan saya, tak?”

      “Amni fikirkan dulu.” Syahril memandang aku sekejap-sekejap. Risau mengganggu pemanduannya. Aku memandangnya kembali bila merasakan dia sedang menantikan jawapan aku. Aku mengangguk kecil, memaafkannya. “amni maafkan.”

     “Terima kasih.”

     “Kasih diterima!”




Sebaik sahaja Syahril memarkir keretanya di bawah garaj, aku terus meluru keluar dari perut kereta dan masuk ke dalam rumah. Puan Masyitah sudah menunggu di hadapan muka pintu. Syahril berjalan perlahan di belakang. “Masak apa hari ni, mak?” soalku ketika bersalam dengannya.

     “Masak biasa-biasa je. Jomlah ke ruang makan. Dah nak berbuka ni.”

     Kini, langkah aku seiring dengan Syahril ke meja makan bila dia memeluk pinggangku. Aku tidak kisah kerana sudah terbiasa dengan aksinya.

     “Orang jauh dah sampai!” sapa Fakhry membuatkan aku tersipu-sipu malu. Syahril berwajah selamba. “Aku yang duduk kat Melaka pun dah sampai. Kau, duduk dua tiga batu je pun.”

     “Terlajak tidur.”

     “Tak kerja ke?” soal Encik Wahid.

     Syahril menggeleng. “Tak sahur. Penat.”

     Puan masyitah duduk. “Amni tak sempat masak sahur ke?”

     “Masak, mak. Cuma, ada orang tu tiba-tiba buat hal. Tak nak makan.”

     “Tak ada seleralah, mak.” Syahril menyahut supaya tiada bebelan dari emaknya. “Tu sup apa?”

     “Sup perut. Kak Emi bawa tadi.” Adila menjawab.

     Spontan Syahril menekup mulutnya. Tekaknya mual. Kepalanya tiba-tiba dirasakan berpinar. Dia bangun dari duduknya dan terus ke dapur.

     “Awak, awak kenapa tu?” Aku mengekori Syahril ke dapur. Pelik aku dengannya hari ini. Apa yang tidak kena dengannya. “Awak muntah ke?”

     “Ambil tisu.”

     Beberapa helai tisu aku berikan kepada Syahril. “Okey tak? Kalau dah okey, jom ke meja makan. Dah nak berbuka. Lagi seminit dua je ni. Nanti Amni alihkan sup tu kalau awak tak selesa.” Syahril mengangguk kecil.

      “Ril, kenapa? Perut tak selesa agaknya. Kosong je.” Fakhry menghulurkan segelas air kosong kepada adiknya itu. Pelik benar dia melihat tubuh badan adiknya yang lesu. Belum pernah Syahril seperti itu di bulan puasa.

      “Mungkinlah kot. Pagi tadi ada bersahur?” Puan Masyitah menyoal lembut.

     Syahril menggeleng. “Tak ada selera.”

     “Tapi, selalunya kalau kamu tak sahur tak adalah sampai macam ni. Masih segar, kan?” Encik Wahid menyentuh dahi anaknya. Tidak panas. Tak mungkin Syahril demam.

     “Amni pun pelik, ayah, mak. Kadang-kadang tu, kalau Amni tak sempat buat sarapan elok je tahan sampai petang. Kali ini, macam lain je lemahnya.”

     “Alahai, angin je.” Syahril menghentikan kekusutan setelah kedengaran azan berkumandang dari masjid berhampiran rumah. “Dah azan pun. Cepat.. kurma! Kurma!”

Aku tersengih lucu bila Syahril berkelakuan nakal sebegitu. Tiba-tiba sahaja. Kurma dicapai lantas diberikan satu kepadaku. Makin lebar senyuman aku kemudiannya bila dia mengeluarkan biji kurma terlebih dahulu. “Thanks.”



Syahril menggenggam jemari tangan sewaktu memandu. Pemanduannya agak tenang dan tidak terlalu laju. Lagaknya bersahaja seperti tidak sedar jam sudah melangkaui angka 11 malam. aku menoleh memandang wajahnya. Dia masih dengan moodnya yang elok. Sejak pulang dari rumah ayah dan emak, dia masih begitu. Senyuman tidak lekang dari bibir. “Awak nak sahur ke esok?”

     “Tak naklah. Saya takut jadi macam tadi. Kasihan awak.”

     “Awak tak sihat ke?”

     “Hmm..”

     “Tak adalah. Tiba-tiba je awak tak ada selera. Selalunya bila awak demam je tak ada selera. Itupun, awak masih akan makan. Amni pelik sebab awak susah sangat nak makan tadi. Sahur tak makan. Tapi macam lemah. Time berbuka tadi, tak pula awak makan. Makan kurma je, kan?”

      “Nak buat macam mana? Saya tak ada selera. Tak fahamlah.. nampak semua yang mak masak, sedap-sedap. Sup perut tu, favourite saya tau!”

     “Dah tu, kenapa?”

     Syahril menjungkitkan bahunya. Tidak mahu mengulas.   

*****

Keesokkan harinya, aku hanya masak sahur ala kadar. Hanya nasi putih dan telur dadar. Aku sendiri tidak tahu mahu makan apa. Ingin sahaja aku menjamah sekeping roti dan segelas susu untuk alas perut sehingga waktu berbuka. Cuma, bila dikenangkan kembali aku mudah lapar sejak akhir-akhir ini. Sekeping roti tidak cukup untuk aku. “Ahmad Syahril! Ahmad Syahril!”

     “Apaaaa?” Kedengaran suara Syahril serak-serak basah menyahut. Pasti baru bangun tidur. aku sudah mengejutkannya sebelum turun tadi dan dia masih belum bangun. “Awak masak apa?”

     Mujur aku tidak  tersedak dek kerana terkejut dengan soalannya. Aku menoleh ke belakang. “Telur dadar je. Malas nak masak banyak-banyak. Awak bukan makan pun.”

     “Hmm.. saya memang tak ada selera nak makan pun. Saya nak minum je buat alas. Bancuhkan saya milo.”

     Aku sudahkan suapan terakhir sebelum bangkit ke dapur. Pinggan ku biarkan terlebih dahulu di dalam sinki. “Suam, panas atau sejuk?”

     “Suam.”

     “awak tak nak makan langsung ke? Dah banyak hari awak tak makan. Bukan sebab puasa rasanya.”

     “Entahlah. Saya betul-betul tak ada selera. Rasa nak makan itu ada, tapi bila dah ada depan mata saya rasa mual pula.”

     “Isy, mengalahkan orang mengandunglah!” Cawan berisi milo suam aku letak di hadapan Syahril. Aku duduk di sebelahnya sekadar mahu menemani dirinya di situ.

     “Nabihah Amni..”

     Aku memandang Syahril. “Kenapa panggil saya macam tu? Seram pulak!”

     “Awak mengandung ke?”

     Hah? Aku mengandung? Tak mungkin kut. Ya, aku rasa tak mungkin aku mengandung. Mana ada sebarang petanda. Aku yakin sangat. “Tak kut.”

     “Esok pergi check.”

     Laju aku menggelengkan kepala.

     “Jangan degil. Pergi check.. saya teman awak nanti.”

    Kuasa veto dah keluar. Nak kata tidak, memang ya juga akhirnya nanti. Apa pun tak boleh!




Positif. Aku bakal menjadi seorang ibu tidak lama lagi. Begitu juga Syahril. Dia akan jadi ayah. Dalam masa 6 atau 7 bulan lagi. Kehidupan aku dan dia akan diserikan dengan seorang cahaya mata. Aku bermimpikah?

     Syahril menguatkan lagi pelukan di bahuku. Betapa gembiranya dia mendapat berita kehamilan aku. Puasa kali ini, akan berlainan. “Awak suka?” soalku dekat di telinganya.

     “Mestilah saya suka. Awak hamil. Anak saya. Anak kita. Gembiranya saya!”

     Aku senyum. Turut gembira. “Tapi, macam mana  Amni tak ada rasa apa-apa. Tak ada alahan, tak ada mual-mual..”

     “Saya yang kena tanggung semua tu kut. Cuba fikir balik. Sejak akhir-akhir ini, saya tak ada selera makan. Saya muntah. Dah terbalik pula.”

     “a’ahlah. Bagus juga. Sekurang-kurangnya Amni tak hilang banyak tenaga. Sharing is caring, right?”

     Syahril tidak menyahut. Dia hanya tersengih. “Thanks, sayang. Untuk anak ini, dan kebahagiaan yang awak telah berikan saya selama ini. Terima kasih sangat-sangat.”

     “Hmm.. awak jangan lupa call mak dan ayah. Mesti mereka happy. Amni dah call ibu tadi. Ibu bukan main lagi berpesan macam-macam. Suruh Amni jaga diri.”

     “Oh ya, mujur awak ingatkan. Saya call mak dan ayah dulu. Awak pergilah mandi. Saya nak mandi kemudian.”

     Aku hanya mengangguk. Langsung aku melangkah ke bilik meninggalkan Syahril. Sempat aku mengusap perut yang masih kempis. Betapa bahagianya hidup bila aku sudah merasai nikmat menjadi seorang wanita. Aku sudah menjadi seorang isteri kepada lelaki yang aku cintai. Kini, aku bakal menjadi seorang ibu kepada anak dari lelaki yang aku cintai. Beruntungnya aku.

*****

Pada mulanya, aku tiada apa-apa alahan. Malah, aku terlalu aktif sehingga mampu bersenam di bulan puasa. Cuma aku mula dibelenggu rasa pelik bila semalam aku sudah muntah-muntah dan hilang selera makan. Rasa mual dan loya juga bertandang menghantui diri aku. Tidak betah rasanya aku berada di samping Syahril. Baunya sahaja mampu membuatkan aku meluahkan kembali isi perut yang aku telan di waktu sahur. Sungguh, aku tidak suka dengan keadaan sebegitu.

     Syahril masih di meja makan. Menghabiskan lauk-pauk yang dibelinya di pasar ramadhan. Semalam dan hari ini, aku tidak memasak. Untuk melangkah ke dapur sahaja aku cukup malas. Syahril pula ku biarkan makan seorang diri. Aku hanya meneguk air untuk berbuka dan terus berlalu pergi. Sebarang jenis bau, memang aku alergik. Argh.. tertekan!

     “Amni, tak nak makan langsung ke? Dalam perut awak tu, ada yang nak makan.”

     “Tak naklah. Tak ada selera.”

     Aku mencuri pandang Syahril yang kembali ke ruang makan. Tidak mahu memujuk aku langsung. Sudah seminggu berpuasa, dan kini baru aku terasa begitu lemah. Mudah sensitif dengan tindak tanduk Syahril. Segalanya berubah sejak semalam. Mengapa bukan Syahril sahaja yang perlu melalui semuanya sehingga bayi yang aku kandung keluar? Bukankah begitu sejak awal kehamilan aku?

     Syahril kembali ke ruang tamu. Dia duduk di sebelahku. “Mari sini. Saya suapkan awak. Harap-harap bubur ni boleh masuk dalam perut. Tekak awak tak rasa apa-apa.”

     Aku duduk dan membetulka kedudukan aku. Bubur di tangan Syahril kupandang dengan pelbagai andaian. Mainan perasaan memang menduga aku ketika ini. Apa sahaja makanan, mudah menjadi sesuatu yang aku geli untuk melihatnya. Bubur itu kelihatan seperti… tidak!!!

      “Tak naklah. Kembang tekak Amni tengok bubur tu. Amni nak air je.”

      “Mana boleh macam tu. Kena makan sikit. Nanti tak ada tenaga, susah.”

     Aku menggeleng. Tidak mahu.

     “Makan roti. Saya buat sandwich untuk awak, ya.”

     Sekali lagi aku menggeleng. Tidak mahu. Sejujurnya, aku sangat lapar ketika itu. Tapi, aku tidak mampu menerima sebarang jenis makanan. Entahlah. “Air milo?”

      “Yalah. Saya buatkan. Awak duduk sini. Bubur ni saya letak di sini dulu. Kalau awak nak makan, ambil je.”

     “Ya.”

     Tidak sampai beberapa minit, Syahril kembali ke ruang tamu bersama secawan besar air milo untuk aku. Panas. “Hati-hati, air tu panas.”

     Cawan yang dihulur aku sambut dengan berhati-hati. Setelah ditiup berkali-kali baru aku suakan bibir cawan ke mulut. Hirupan pertama dan kedua, aku diam sahaja. Setelah hirupan ketiga, aku meletakkan cawan tersebut di atas meja. “Amni tak suka. Airnya tawar.”

     “Tawar? Saya rasa tadi okey je.”

     “Tak nak. Tawar. Tambah susu sikit.”

     Syahril menurut tanpa banyak cakap. Dia kembali dan terus menyuakan cawan kepadaku. Aku ambil dan terus menghirupnya perlahan. “Manis sangatlah.”

     “Tadi kata tawar.”

     “Yalah, tadi tawar. Sekarang terlebih manis. Isy..”

     Syahril bangkit bersama cawan tersebut. Dia kembali bersama dua cawan di kiri dan kanan tangannya. “Rasalah. Yang mana satu kena dengan selera awak.”

     “Tak nak dah.”

     Sepi.

     Aku menoleh. Kelihatan Syahril sedang menghirup perlahan air milo tersebut. Mungkin tidak mahu melanjutkan perbualan antara kami. Atau sebenarnya dia tidak mahu aku terus menerus menafi. Spontan, aku mengambil cawan yang digunakan Syahril. “Amni nak air ni.”

     “Yang ni kurang manis. Yang tu, sedang-sedang.”

     “Tak apa. Bekas awak minum, mesti rasanya manis dan sedap-sedap je.”

     “Amni.. Amni. Macam-macam..”

     Omelan Syahril mengundang rasa lucu. Sesungguhnya, dia bersabar dengan aku. Bila dikenangkan kembali, Syahril memang sentiasa bersabar dengan aku dan tidak pernah merungut. Ya. Dia begitu baik. Sedangkan aku, pelbagai kerenah aku pamirkan bila melayani kerenah Syahril. Erghh.. sungguh tidak beradab aku sebagai seorang isteri. Maafkan Amni, awak!




Perut digosok berkali-kali. Sungguh tidak selesa pada lewat malam ini. Katil yang telah menjadi hak milik sepenuhnya juga masih belum mampu membuatkan aku terlelap. Ke kiri dan ke kanan aku menggolekkan tubuh. Gagal. Mata masih belum mahu tertutup.

     “Ril, dah tidur ke?”

     “Belum. Kenapa?”

     “Kenapa awak belum tidur lagi?” soalku. Aku memandangnya yang berbaring di atas sofa. menutup mukanya menggunakan sebuah buku agama. Lurus tubuhnya di situ tanpa mengendahkan suasana bilik yang terang benderang.

     “Telinga saya dengar bunyi pelik-pelik. Tak dapat tidurlah.”

     Spontan aku mencebikkan bibir. Sudah pasti dia memaksudkan bunyi katil dan segala keluhan aku. Memang sejak kami berdua masuk ke dalam bilik tidur, aku tidak sudah-sudah membuat bising. “Amni tak selesalah. Tiba-tiba je rasa perut ni mengganggu pembaringan. Nak meniarap pun susah. Macam mana?”

     “Awak nak suruh saya mengandung pula ke?” Aku mengetap bibir. “Kalau awak cakap lauk tu masin, saya boleh maniskan. Air tawar, saya boleh tambah perasanya. Awak sakit kepala, saya boleh urutkan. Masalahnya awak mengandung. Dah diciptakan perempuan boleh mengandung. Macam mana saya nak tolong? Saya ni lelaki..”

     “Apa awak ni. Jangan merepeklah.”

     “Katil tu sedap bila baring. Awak tidurlah. Esok nak kerja. Beruntunglah awak dapat tidur di atas katil. Dari saya ni, atas sofa je tau?”

     Aku diam. Syahril masih tetap tubuhnya di atas sofa. “Syahril, marah Amni?”

     “Buat apa saya marah awak. Saya faham. Awak mengandung. Masa mengandung, perempuan boleh menjadi sensitif. Dah saya yang buat awak jadi macam tu, nak tak nak kenalah tanggung akibatnya. Cukup bulan pula, awak nak kena tanggung sakit perih bersalin. Tak apalah, saya faham.”

     Sedihnya suara. Aku tanya soalan yang perlu dia jawab ya atau tidak je. Perlu ke berjela-jela dia menjawab. Isy.

     “Ril, tidur dengan Amni.”

     “Hmm..”

     “Tidurlah atas katil. Tak selesa atas sofa tu.”

     “Tak apalah.”

     “Marilah tidur kat sini. Amni tak boleh tidurlah kalau awak tak ada di sebelah. Mungkin sebab tu Amni masih belum boleh tidur. tak selesa sebab awak tak ada.”

     Tiada balasan dari Syahril. Aku ketap bibir. Siapa yang patut mengada-ngada. Aku atau dia. Lambat-lambat aku turun dari katil. Ingin sahaja aku menerkam dirinya. Namun tidak sampai hati bila terdengar dengkuran halus dari dua ulas bibirnya. Mesti dia mengantuk dan sudah tertidur. Buku yang menutupi mukanya aku ambil lalu diletakkan di atas lantai. Lama aku memandang wajah Syahril yang sememangnya seperti bayi. Tidur macam bayi. Geramnya aku!

     Bantal peluk aku ambil kemudiannya. Sesudah itu aku mendapatkan Syahril. Tanpa mempedulikan dirinya yang sedang tidur, aku memanjat naik tubuhnya. Terus sahaja aku berbaring di atas tubuhnya. Selesa.

     “Amni.. Amni..”

     “Syhh… siapa suruh degil?”

     “Amni…”

     “I love you, good night. Sweet dream, sayang!”

     Syahril mengeluh pendek sebelum kembali memejamkan matanya. ‘Harga sebuah pengorbanan dan kasih sayang seorang suami. Amni..’

*****

Sejak aku mealngkah masuk ke dalam pejabat pada pagi itu, Taufiq tidak habi-habis mencuri pandang ke arah aku. Berkali-kali dia memanjangkan lehernya untuk melihat keadaan aku yang asyik mengurut kepala dan bersungut itu ini. Sesiapa sahaja yang mengacau aku juga turut terkena bebelan aku. Tidak seperti biasa, di mana aku akan turut membalas kata-kata mereka. Argh, segalanya serabut bila terkena alahan.

     Pintu bilik Taufiq terbuka tidak lama kemudian. Aku yakin, lelaki itu pasti menuju ke meja aku dalam beberapa langkah sahaja. pasti ada sesuat yang mahu ditanyakan kepada aku.

     “What’s going on, Amni? Macam ada problem je.”

     “Kepala pening. Itu je.”

     “Aikk, asyik pening je. Tak sihat, kenapa datang kerja. Pergilah ambil MC. Rehat di rumah. Ini tidak, masih lagi degil nak masuk kerja. Syahril tak cakap apa-apa?”

     “Ada, dia suruh rehat je kat rumah tadi. Tapi, malaslah. Mesti bosan duduk rumah, tak buat apa-apa.”

     Taufiq menggeleng tidak percaya. “Kalaulah awak ni isteri saya, tentu dah kena ikat. Kalau sakit, buat cara orang sakit. Jangan berlagak sihat. Nanti melarat macam mana?”

     Aku tergelak kecil dengan keprihatinan Taufiq itu. Melebih. “It’s okay. Saya bukan tak sihat sebab apa. Saya alahan.. buatan orang!”

     Berkerut dahi Taufiq kemudiannya. Sekali lagi aku menggelakkannya. Sememangnya aku tidak menghebahkan berita kehamilan aku di pejabat. Hanya keluarga yang baru mengetahui mengenainya. Aku tidak mahu menghebahkannya kerana takut apa yang ada sekarang tidak kekal. Takut.

     “Lambatnya nak faham. Ni.. saya mengandunglah!”

     “Serius? Tak main-main ke?”

     “Nak buat apa menipu. Tak dapat apa.”

     Berseri wajah Taufiq mendengar khabar itu. “Baby ramadhan?”

“Dah dua bulan lebihlah. Ramadhan ke bendanya? Lambat tahu je. Kandungan hampir tiga bulan, ya.”

“Baru tahu?” Aku mengangguk. “Apa pun, tahniah. Lengkaplah kehidupan rumah tangga awak dengan Syahril. Sempurna hidup awak sebagai seorang wanita.”

“Alhamdulillah. Saya memang menunggu untuk jadi seorang ibu. Akhirnya Tuhan makbulkan doa saya.”

“Tapi, janganlah moody je. Selalunya awak yang menceriakan suasana pejabat ni. Bila murung macam ni, rasa aura ceria tu dah hilang. Erm.. tak berseri langsung.”

Aku tersenyum. Taufiq memang bijak mengambil hati aku. “Pening je.”

“That’s why, pergi klinik, ambil MC. Cuti!”

“Tak naklah!”

“Degil. Erm.. sudahlah. Malas nak layan awak. Sampai esok agaknya nak bertekak dengan saya. Alamatnya, kerja saya tak siap, awak pun bertambah pening.”

“Tahu tak apa. So, pergilah main jauh-jauh!”

Taufiq mengomel panjang namun tidak kudengari butirannya. Dia terus melangkah masuk ke dalam biliknya kembali. Pintu dirapatkan dan tirai yang terbuka dilepaskan agar tidak melihat keluar. Mengada!



Syahril tersenyum melihat Taufiq yang datang menghampiri. Pertemuan yang tidak diduga. Zarina turut berama Taufiq ketika itu. “Eh, buat apa di sini?”

     “Abang Fiq nak buat baju Melayu untuk raya tahun ni.” Zarina bersuara. lehernya dipanjangkan mencari kelibat Amni. “Mana kak Amni?”

     “Ke toilet. Muntah. Biasalah..”

     “Aikk, muntah. Biasa? Gastric ke? Sempat bawa lagi pergi shopping. Sampainya hati you Ril!”

     “Lain kali jangan menyampuk kalau orang tengah bercakap. Amni tengah mengandung. Sebab tu asyik nak muntah. Alahan..”

     Syahril tersengih. “Kau dah tahu?”

     “Secara tidak sengaja di pejabat tadi. Pelik tengok dia moody semacam.”

     “Dia memang. Selalu je moody. Naik sakit kepala aku melayannya.” Syahril tergelak kecil memikirkan kerenah AMni yang tidak sudah-sudah mengamuk dan merungut. Namun ditahannya hati demi menjaga perasaan Amni. “Kau pun kena tahanlah dengan kerenahnya di pejabat. Kalau ya..”

     “Insya-Allah, boleh. Kena praktis jugalah kan. Nanti dah ada isteri sendiri, senang nak kawal perasaan marah tu.”

     “Wah, cara abang cakap macam dah ada calon isteri je. Mesti mama suka!”

     Taufiq menjegilkan matanya. “Syhh.. janganlah buat hal. Mati abang kena kahwin nanti.”

     “Cuba abang contohi Syahril. Even masih muda, sudah kahwin. Tak mati pun..” Sempat Zarina memerli abangnya. Pelik benar sikap abangnya yang tidak sudah-sudah mahu melarikan diri dari topic yang berkaitan dengan perkahwinan. Masih belum sedia untuk kahwin atau, masih menyimpan perasaan pada Amni?

     “Kuat bebellah adik ni. Sebab tu tak ada orang yang nak!”

     “Whatever. Sudahlah, sembang lama-lama kat sini nanti tak sempat nak pergi ukur baju. Syahril nice to meet you here. We got to go!”

     “Okay. See you next time.”

     Zarina dan Taufiq sudah berlalu pergi meninggalkan Syahril seorang diri di situ menantikan Amni keluar dari tandas. ‘Lamanya dia ni!!!’



“Kenapa ni?” soal Syahril seraya mengurut lembut tengkuk aku. Aku menggeleng lemah. Tidak tahan dengan rasa sebu di perut yang semakin menyucuk. “Kita singgah klinik?”

     “Tak perlu. Nanti okeylah ni.”

     “Degil.”

     “Ril, Amni nak makan pizza. Kita berbuka di pizza ya.”

     “Everything for you. Let’s go!”

     “Thanks, abang!”

     Syahril tersentak. Terkejut mendengar panggilan nama yang telah tertukar. Setahunya, aku tidak akan menggunakan panggilan tersebut. Walau sudah berkali kali dia meminta, aku tetap dengan pendirian aku. Tidak mahu menggunakan panggilan tersebut hanya kerana dia muda 4 tahun dari aku. “Apa dia?”

     “Saya lapar!”

     “Menipu. Dosa tau tak! Masuk api neraka. Susah sangat nak mengaku..”

     Aku tergelak-gelak. “Yalah, yalah. Amni sebut abang. Abang. A…. bang!”

     “Kenapa tiba-tiba?”

     “Sebab Amni rasa abang dah tua. Dah nak jadi ayah.”

     “Cehh..”

     Aku gelak. Lebih kuat. Lucu dengan kata-kataku sendiri. Sebenarnya, aku sudah bersedia untuk memanggilnya sebegitu. Lebih mesra bunyinya. Heheee..

     “Jom!”

     “Ke mana?”

     “Pizza..”

     “Puasalah. Mana boleh..”

     “Mak cik, ada setengah jam je lagi waktu berbuka. Nanti sesak pula kedai pizza tu kalau lambat reserved tempat.”

     “Oh ya, betul juga kan!”

     Syahril menggelengkan kepalanya. Pening melayan kerenah aku kut.

*****

Keputusan paling drastik yang pernah aku lakukan. Cukup dua minggu puasa. Cukup dua minggu aku mengetahui aku hamil. Cukup dua minggu merehatkan kepala dan berfikir. Keputusan terbaik untuk aku lakukan hanya satu. Biar orang kata aku gila kerana membuat keputusan sebegitu. Aku lakukan semua ini demi masa hadapan. Aku tekad. Bukan sesuka hati.

     “Yakin ke nak resign?”

     “Yakinlah bang. Tak larat dah Amni nak pergi kerja. Asyik muntah pening je. Malaslah nak pergi kerja. Belum lagi kalau tempat kerja tu bising. Rasa nak tempik je satu pejabat tu suruh diam. Nanti orang kata apa pula. Lebih baik Amni duduk rumah. Jaga diri.”

     Kukuh alasan yang aku berikan. Mungkin tidak masuk akal, tapi rasanya dah cukup kukuh untuk mengelakkan Syahril menyoal lebih lanjut.

     “Taufiq dah tahu?”

     Aku menggeleng. “Belum lagi. Esok beritahulah. Dia tak banyak kerenah punyalah.”

     “Percayalah cakap abang. Dia mesti tanya banyak benda. Tengoklah esok. Detail dia tanya nanti.”

     “Isy, pergi fikirkan reaksi Taufiq buat apa?”

     “Saja. Mesti dia terkejut Amni nak berhenti. Kerja dah empat tahun. Silap hari bulan dia ada cadang nak naikkan pangkat Amni. Siapa tahu? Tup-tup, Amni resign. Mesti dia kecewa.”

     “Bang, diam sekejap. Amni tak minta pendapat abang mengenai Taufiq.”

     Syahril diam. Dia terus sahaja melabuhkan badannya di atas sofa dan kepalanya diletakkan di atas pangkuan aku. “Pening kepala ke?” Tanpa dipinta aku mengurut dahinya. Sejak kebelakangan ini, kelihatan dia sering pulang lewat dan kepenatan.

     “Sikit. Banyak benda di pejabat. Terkejar-kejar.”

     “Jaga kesihatan. Masa muda-muda macam abang ni elok jaga kesihatan.”

     “Cakap macam Amni dah tua sangat je. Empat tahun je tuanya. Tak payah nak berceramah dengan abang ya. Pandailah abang jaga diri sendiri. Amni tu yang kena jaga diri. Nak lahirkan bayi-bayi yang sihat untuk abang. Ingat tu!”

     “Bayi-bayi?” Aku melopong. Berapa ramai anak yang dimahukan Syahril agaknya.

     “Yalah. Bayi-bayi. Takkan nak tolak rezeki, kan? Kalau dapat 10 anak, Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Kalau hanya seorang sahaja anak, pun okey jugak. But, much more better if 10.”

     10? Gilakah dia. Tidak terfikir atau terlupa yang umur aku sudah 28 tahun. Anak ke-10 nanti, entah berapa umur aku nanti. Jangan buat kerja gila. Aku tidak mahu mengandung di usia 40-an. Oh tidak!

     “Oh, okey. Insya-Allah, ada rezeki sampailah hajat abang tu.”

     “Thanks sayang,” ucap Syahril dengan senyuman lebar. Tanpa diduga, dia mengucup pipiku.




Taufiq menggelengkan kepala sebaik sahaja meneliti surat perletakan jawatan aku. Notis 24 jam! Serius dan tidak ada niat untuk bergurau di penghujung Ramadhan yang mulia ini. Ya, aku mahu berhenti. Tak tahan, tak selesa, alahan yang sungguh menggedik. Bukan ikut perasaan, tetapi lebih kepada kesenangan diri sendiri. hehe.

     “Tak boleh.”

     “Kenapa pula?”

     “4 tahun kerja kat sini. Sia-sia je pengalaman yang awak ada. Lagipun, saya baru je nak suruh awak ambil alih tugas Raziq sebagai senior engineer. Pregnancy made you crazy, I think!”

     “Eii, sampai hati cakap macam tu. Actually, saya tak berapa selesa nak bekerja dalam keadaan sebegini. Alahan, rasa penat.. stress. Tak tertanggung. Saya mahu berehat sepanjang waktu mengandung.”

     “Syahril suruh?” duga Taufiq dengan raut wajah yang sukar diertikan.

     “Tak. Dia pun terkejut dengan keputusan saya. Dan untuk pengetahuan awak, dia siap teka reaksi awak tau tak?” Taufiq tergelak kecil. “Sama. Tak ada beza. Terkejut dengan keputusan saya.”

     Taufiq mengeluh panjang. “Cuti tanpa gaji?”

     “Tak nak. Saya memang dah fikir panjang. Untuk jangka masa panjang juga. Mengandung, melahirkan anak.. dan menjaga anak. Di atas bahu sendiri. I want to be fully housewife untuk Syahril.”

     “Ramadhan yang penuh dengan kejutan.” Taufiq memicit dahinya. “Okey, you can quit. Kalau lepas ni awak terfikir untuk bekerja kembali, saya tak kisah kalau awak mahu bekerja kembali di sini. Saya sedia menerima awak.”

     “So sweet, Taufiq. Mungkin tidak. anyway, terima kasih sebab menghormati keputusan saya. Now, saya nak balik. Goyang kaki. Selamat berpuasa, bye!”

      Taufiq mengangguk-angguk seraya membalas lambaian tangan Amni. Gadis itu tidak akan pernah sama dengan yang lain. Bagaimana dia mahu mencari pengganti Nabihah Amni?! Dia juga mengimpikan gadis yang sudi menjadi suri rumahtangga sepenuhnya. Mendidik dan membesarkan anak-anaknya sendiri. tiada pembantu. Kenapa Amni terlalu sempurna dengan impiannya?




“Awal abang balik hari ini?” sapa aku sebaik sahaja melihat Syahril masuk ke dalam rumah. Tak sempat aku mahu membukakan pintu rumah untuknya. Terlalu leka memasak di dapur. Dengar-dengar pintu sudah dikuak dari luar.

     “Badan penat sangat hari ini. Lepas balik dari tapak projek, abang balik sini terus. Amni pun awal balik.”

     Aku tersengih-sengih. “Guess what?”

     Syahril menjungkitkan sebelah keningnya.

     “Amni sekarang dah jadi fully housewife untuk abang tau.”

     “Taufiq bagi awak berhenti?” Aku mengangguk laju. “Eh, baiknya dia. Tak banyak soal pula dia?”

      “Sikitlah. Tapi rasanya dia faham apa yang Amni cuba sampaikan. Sebab tu, dia bagi Amni berhenti kut.”

      “Selamat menjadi penganggur!” ujar Syahril nakal mengusik. Dia menghampiri aku dan memeluk tubuh aku yang masih memakai apron. “Masak apa. Sedap je bau masa masuk.”

      “Steamboat, plus daging BBQ with black pepper.”

      “Sounds yummy. Bila azan nak berkumandang?”

      spontan aku mencubit pinggang Syahril. “Abang pergi naik atas dan mandi dulu. Amni nak settlekan black pepper sauce dulu. dalam 15 minit lagi je waktu berbuka. Cepat sikit.”

      “Bagi kiss dulu.”

      “Busuk. Taknaklah.”

      Membulat mata Syahril mendengarnya. AKu senyum nakal sebab aku tahu apa yang akan Syahril lakukan.

     Cupp!

     satu ciuman singgah di pipi. Syahril lepaskan pelukannya. “Lain kali jangan nak buat nakal!”

     Syahril terus berlari naik ke tingkat atas. Aku gelak kecil dengan tingkahnya. Biarlah. Memang aku suka buat nakal dengannya. Sebab aku tahu balasannya. Aku suka. Dah terbiasa. Jadi, itu yang akan aku lakukan bila dia suruh aku buat pelik-pelik. Syahril je yang tak faham lagi kerenah aku yang satu itu.
   
     Hurm.. anak mama nanti ikut perangai mama tahu. Jangan ikut perangai papa. So childish and innocent.