Thursday, August 7

Tetap Cinta Kamu part 4

Zafry segera menghubungi Qabiel sebaik sahaja masuk ke dalam pejabatnya. Dia tersenyum sendiri sambil mencuri pandang Nadrah yang sedang berbual dengan seorang kakitangan di mesin fotostat. Pagi-pagi lagi Nadrah dah buat kerja. Tak macam orang lain. Melepak dulu sebelum buat kerja. “Hello Biel. Kat mana?”
     “Rumah ummi. Aku demam. Kenapa?”
     “Aku nak sampaikan berita gembira untuk kau.”
     “Tentang projek apa kali ini?”
     Tergelak Zafry mendengarnya. “Tak ada kaitan dengan kerjalah, Biel. Privasi sikit.”
     “Sejak kehilangan isteri, aku belum terfikir nak guna kau sebagai alat yang dapat buat aku..”
     “Sengallah kau ni Biel. Kau ingat aku terliur dengan kau!” Qabiel tertawa di hujung talian sebelum terbatuk-batuk kecil. “Teruk batuk kau.”
      “Hurmm.. makin menjadi-jadi.”
      “Aku ada ubat mujarab untuk kau.”
      “Mana?”
      “Nadrah..”
      “Dia dah tinggalkan aku, Zaf. Entah-entah dia bahagia tanpa aku.”
      “Dia masih solo, Biel. Terlalu menjaga batas pergaulan. Tidak membiarkan mana-mana lelaki mendekatinya. Lebih menakjubkan, dia selesa memberitahu semua orangyang dia sudah berumah tangga.”
      “Zaf, kita jumpa!”
      “My pleasure, beb. Anjung Damai, okey?”
     “Aku sampai dalam masa 30 minit.”
     Talian dimatikan Qabiel. Zafry bangkit dan keluar dari biliknya. “Mus, fail Warta mana?” jerit Zafry sekadar mahu menarik perhatian Nadrah.
      “Kat saya, encik!”
      “Nak pakai ke?”
      “Yerp! Bukan encik minta saya..”
      “Saya nak keluar jumpa klien. Nanti awak serahkan fail tu pada saya. Anjung Damai, 20 minit dari sekarang.” Zafry terus meninggalkan pejabat. Dia perlu mengembalikan kebahagiaan Qabiel. Kasihan benar dia melihat lelaki itu.

Qabiel senyum memandang Zafry yang baru duduk. Dia menghulurkan tangan kepada Zafry untuk berjabat. “Makin sihat aku tengok kau, Zaf. Bila kahwin?” seloroh Qabiel mengusik Zafry yang paling tidak suka diusik mengenai hal perkahwinan.
     “I don’t believe marriage can make us happy. So, don’t ask me.. Hands up, bro!”
     “Yuckks, sounds funny!”
     Tangan didepangkan selebarnya. “Kalau kau nak tanya aku kenapa? Aku akan tuju jari pada kau. Kau bahagia?”
     “Okey, yang ini tak kelakar. Aku baru nak senyum-senyum, gelak-gelak, happy-happy.. kau dah bawa balik topik serius ni. So, apa yang kau tahu tentang Nadrah? Where is she now?”
     “Relakslah beb. Kita order makanan dan minuman. Lepak-lepak dulu.. lagipun, kita sama-sama orang besar syarikat. Lantaklah hal pejabat. Abaikan buat masa sekarang. Buang benda yang bebankan kepala..”
     “Zaf, kepala kau ada terhentak kat mana-mana ke?” Qabiel bertanya serius.
     zafry yang sedang meneliti buku menu di hadapannya segrea mendongak. “Kau doakan aku tak sempat kahwin ke?”
     Spontan Qabiel meledakkan tawanya. “Aku kenal kau Zaf. Kita sama-sama pentingkan kerja. Mana pernah mahu curi tulang sebegini. Tak ada perempuan yang nak dekat dengan kita sebab sikap gila kerja kita ni. Hari ini, buat pertama kali aku kenal kau dalam tempoh 10 tahun, kau sebut tentang lepak. Come on bro! Sounds ridiculous, stupid and.. and.. annoying!”
     “Sejak ada konsultan kat syarikat aku, semua berubah. Tak beban sangat kepala otak aku ni.”
     “Bukan kau memang ada konsultan. Siapa namanya… erm.. erm.. Jihan, right?”
     “Dah tak ada.”
     “Oh..”
     “Tapi pengganti dia kan..”
     “Aku datang sini pasal Nadrah. First, kau nak cakap sesuatu tentang dia pada aku, kan? Kedua, kau kenal Nadrah? Ketiga, macam mana kau boleh tahu tentang aku dan dia.. yang tak seberapa nak okey ni? Ke.. em..”
      Zafry mengajuk segala butir kata Qabiel. Mimik mukanya sahaja sudah membuatkan Qabiel mahu melepaskan tumbukan di wajah kacak Zafry.
     Akhirnya, Zafry berhenti mengajuk dan tertawa kecil. “Pendekkan cerita, konsultan baru aku tu Nadrah. Isteri kau.”
     “Huh?!”
     “RIngkaskan cerita lagi, dia baru je kerja dengan aku. Tak lama mana. Aku baru tahu dia isteri kau semalam sewaktu semak dokumen dia. Aku teringat tentang segala omelan, luahan.. macam-macam lagi dari mulut kau. So, aku harap apa yang aku nak beritahu kau ni dapat selesaikan segalanya.”
     “Kau baru kenal dia dua hari dan kau nak..”
     “Bagi aku habis cakap dulu, Qabiel. Aku bukan mahu menangkan dia sebab aku sendiri tak tahu kisah sebenar. Tapi apa yang aku ingat, kau cerita yang Nadrah curang dengan kau, kan?”
     “Yerp. Sampai dia hamil, dan gugurkannya.”
     “Hari pertama dia datang kerja, aku ada.. try goda dia. Tapi tak jalan.”
     Riak wajah Qabiel bersahaja. TIada apa-apa. CUma, jemarinya tiba-tiba sahaja mula diketuk-ketuk mengikut rentak di atas meja. “Itu tak bermakna..”
     “Dia cakap pada aku yang dia merupakan seorang isteri kepada seorang suami. Dan, dia seorang ibu.”
     “Dia cakap begitu?”
     “Setiap kali dia cakap begitu, dia akan pegang cincin di jari dia. Kadang-kadang aku nampak dia cium cincin tu.. sayang betul dengan cincin di jari dia tu.”
     “Aku nak jumpa dia.”
     “Aku rasa dia dalam perjalanan ke sini. Katanya mahu hantar fail.”
     “So, shall we?” Qabiel menunjuk buku menu. Zafry hanya senyum dan mengiyakan dengan anggukan.
*****
“Nad tak tahu yang abang kawan Encik Zafry.”
     Setelah satu jam pertemuan dua mata antara mereka berdua, Nadrah baru memulakan perbualan. Jelas sekali, masing-masing tidak tahu mahu berbual tentang apa. Nadrah menggigit bibirnya. Gugup sekali rasanya berduaan dengan Qabiel ibarat pertemuan pertama mereka dahulu.
     “Ini perkahwinan, bukan permainan. ABang masih ingat?”
     “Ya.”
     “Jadi, apa yang kita lalui selama ini perkahwinan atau permainan? Siapa yang menang dan siapa yang kalah.”
     “Kembali ke dalam hidup abang.”
     “Mudahnya abang cakap. Perasaan Nad selama ini?”
     “I’m so sorry. Abang..”
     “Abang tahu tak yang abang dah hancurkan hati Nad. Abang tuduh Nad curang dan mengandungkan anak orang lain. Dan, abang hanya datang pada Nad.. kembali ke dalam hidup abang. So sweet…”
     “Kalau tak kerana abang, kembalilah demi Qhafie.”
     “KEnapa abang tak ceraikan Nad sahaja? Ia lebih mudah.”
     Qabiel meraup wajahnya dengan kedua belah tangan. “Ini sebuah perkahwinan, dan bukan permainan. Abang masih pegang dengan prinsip abang yang satu itu. Tak ada yang menang begitu juga tak ada yang kalah. Kita sama-sama seri. Kerana hati kita masih satu, Nad. Awak cintakan saya, begitu juga saya. We love each other and that make me stand here right now!”
     “Nad.. tak cin..takan..”
    “Ceritera cinta kau dan aku masih belum tamat. kerana selagi nyawa kau dan aku ada, cinta itu tiada tarikh luputnya.
     “Nad nak balik. Penat.”
     “Abang hantarkan.”
     “Tak, tak perlu. Nad tunggu kawan.” Nadrah terus berlalu keluar dari Anjung Damai. Terkejut dirinya melihat Zafry yang duduk di salah sebuah meja di situ. Sangkanya Zafry telah pergi usai meninggalkan mereka berdua.

“Masih belum selesai?”
     “Aku ego?”
     “Tinggi.”
     “Aku jahat?”
     “Sikit.”
     Qabiel mengeluh berat. “Aku bagi amaran pada kau. Mulai detik ni, syarikat kau akan jadi tempat bertandang aku tak kira masa. Faham?”
      “Okey. Sila buat macam rumah sendiri.”