Sunday, August 10

Tetap Cinta Kamu full entry

Tetap Cinta Kamu

“Aku ungkap rindu kerana tidak ku biar cemburu itu bertamu,
Aku lafazkan cinta kerana tidak ku biar curang itu bertandang,
Biar kisah kita terkunci rapat, kerana kisah kita, kita yang tulis.”

Qabiel mengeluh berat. Hari ini, masuk kali ketiga isterinya pulang lewat petang dari tempat kerja. Dia memandang jam tangannya. Sudah melangkaui jam tujuh petang. Lebih dua jam dari waktu tutupnya operasi kelas tuisyen yang dikendalikan Nadrah. Pandangannya dikalihkan pula pada anaknya, Qhafie di suatu sudut. Leka anaknya menyiapkan kerja sekolah tanpa mempedulikan ketiadaan Nadrah.

     “Assalamualaikum..”

     Pintu dikuak dari luar. Nadrah melangkah masuk ke dalam dengan wajah yang ceria. Laju kakinya mendapatkan Qhafie. Dia duduk di sisi anaknya dan mencium dahi Qhafie penuh kasih. Kemudian, dia menghapiri Qabiel tidak jauh dari situ. Dia melabuhkan punggung di atas riba Qabiel. Kedua belah tangannya dililit kemas di leher suaminya. Lama dia memandang Qabiel tanpa mengelipkan mata.

     “Kenapa?” soal Qabiel. Pelik dengan sikap Nadrah. Apa yang tidak kena dengan isterinya. Sejak lima bulan yang lalu, Nadrah kurang bermesra dengan dia. Isterinya terlalu cerewet dan tidak suka dihampiri. Katanya penat dan sibuk di tempat kerja sehingga memaksa dia tidak mempunyai rasa untuk bermesraan.

     “Abang, Nad dapat ambil cuti next week.”

     “Then?”

     “Qhafie kan cuti sekolah. Kita bercuti, nak?”

     “TAk cakap dengan abang pun. Tiba-tiba je.”

     “Nad nak buat surprise untuk abang dengan Qhafie.” Nadrah memandang Qhafie yang mencuri dengar perbualan mereka.

     “Kenapa?”

     “Soalan abang tak sesuai. You should ask me when. Not why?”

     “Maksud abang, dalam tempoh beberapa bulan.. kita tiada mesra-mesra, tiada bual-bual sebegini intim.. awak ajak kita bercuti. Tak pelik ke?”

     Nadrah mengetap bibir. Terkelu lidah. Itu yang difikirkan Qabiel. Dia memandang tulus ke dalam anak mata Qabiel. “Nanti Nad beritahu segalanya. Abang sabarlah sikit. Boleh?”

     “Tengoklah kalau abang tak ada kerja.”

     Lilitan di leher Qabiel terus dilonggarkan. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Nadrah bangkit. “Tak apalah, bang. Kalau dapat, kita pergi. Kalau tidak, mungkin tak ada rezeki untuk kita bercuti sekeluarga.”

     Nadrah mahu berlalu. Namun, pergelangan tangannya erat di dalam genggaman Qabiel. “Hari ini ulang tahun perkahwinan kita yang kelapan, Nad. Awak ingat?”

     “Nad ingat, abang. Sebab itu, Nad nak..”

     “Abang tak perlukan hadiah sebegitu rupa.”

     “Apa yang abang mahukan dari NAd?”

     “Nad yang dulu.. abang hanya mahukan Nad yang dulu. Aisyatul Nadrah yang abang kenali dulu. Yang sentiasa menceriakan abang dan Qhafie. Yang mendahulukan abang dan Qhafie dari segala hal. Boleh Nad berikannya kembali pada abang?”

      “Nad masuk bilik dulu. Nak mandi dan solat. Err.. maaf, abang!”

     Kaki Nadrah melangkah laju mendaki anak-anak tangga. Ada air mata yang menitis di kedua belah pipinya. Sayunya hati mendengar permintaan Qabiel. Bukan dia yang berubah. Bukan juga Qabiel yang berubah. Antara mereka, masih sama. Mungkin kerana kehilangan bayi yang dikandungnya tanpa disedari mengundang rasa bersalahnya kepada Qabiel sehinggakan dia begitu takut untuk bersama Qabiel.

     Tangan kanannya mengusap perutnya yang kosong. Lima bulan yang lalu perutnya ada sesuatu. Dia hamil lagi setelah tujuh tahun melahirkan Qhafie. Siapa tidak gembira, dan siapa tidak teruja untuk menjadi ibu untk kali kedua. Dia memang menantikannya. Apatah lagi ketiadaan Qabiel di sisi ketika itu membuatkan dia mahu memberi kejutan yang tidak terhingga kepada suaminya. Segalanya telah dirancang dengan rapi dan hanya perlu menunggu dua hari sebelum kepulangan Qabiel dari luar negara.

     Sungguh dia tidak sabar menanti reaksi Qabiel. Dia teruja!

     Keterujaannya tidak berpanjangan. Sewaktu dia mahu ke bilik air, dia tergelincir. Perutnya terhentak ke mangkuk tandas. Serta-merta dia takut dan risau. Anak yang baru dikandung selama beberapa minggu sudah tiada.

     “Arghhh!!!”

     Permukaan meja solek dipukul sekuat hatinya menggunakan kedua belah tangan. Nadrah menangis sekuat hatinya.

     Qabiel menerjah masuk. Cemas wajahnya. Terkejut sebenarnya mendengar bunyi dentuman kuat dan jeritan Nadrah. Kenapa?

     “Nad okey ke tidak?” soalnya kerisauan.

     Wajah lesu Nadrah kelihatan begitu mendera tangkai hati Qabiel. Apa yang sudah tidak kena dengan Nadrah. “I miss you, abang. I love you, abang. Kenapa semua ini perlu terjadi..”

     Dahi Qabiel serta merta berkerut seribu. Tidak faham dengan apa yang dimaksudkan Nadrah. Dia menghampiri Nadrah lantas menariknya ke dalam dakapan. “Tell me. Abang sentiasa ada untuk Nad. Tell me, and share it with me.”

     Nadrah menggeleng. Dia belum bersedia. Dia tidak mahu mendengar Qabiel menuduhnya bukan-bukan. Dia takut. Tubuh Qabiel dipeluk seeratnya. Tidak mahu dia melepaskan suaminya itu.


*****


Seorang budak lelaki masuk ke dalam kelas dengan wajah yang ceria. Dia tersenyum menyapa Nadrah dan rakan sekelasnya bersama salam. Paper bag yang dibawa bersama diletakkan atas meja cikgu di hadapan kelas. “Cikgu, ini ada cupcakes yang saya buat di rumah. Cubalah rasa. Untuk kawan-kawan pun ada.”

     Nadrah memandang Hadif. Budak lelaki itu begitu masih berdiri di hadapannya. “Awak duduklah dulu. Nanti saya rasa.”

     “Alaa.. rasalah. Saya nak tengok cikgu makan. Kalau cikgu makan kemudian, belum tentu cikgu akan makan sampai habis. Lagipun, saya nak tahu rasa cupcakes ni. Sedap ke tidak? Saya tak rasa lagi. Fresh from oven tau!”

     Wajah yang penuh pengharapan Hadif mengharukan Nadrah. Entah kenapa budak lelaki yang paling bermasalah di dalam kelasnya kini mulai rapat dengan dirinya. Jelas sekali, Hadif mendambakan kasih sayang dari ibu dan ayahnya. Huh.. berbicara mengenai ayahnya, Doktor Kamal, membuatkan dia teringat kisah lampau.

     “Ayah awak pun tak rasa lagi.”

     “No. saya cakap kat ayah, jangan sentuh selagi cikgu tak rasa. So, dia tak usik pun. Baik tak saya?” Hadif tersengih-sengih. Terserlah giginya yang tersusun rapi. Jarang dia tersenyum sebegini lebar. Kalau tidak, mukanya masam mencuka. Ibarat tidak mengenali apa itu erti bahagia, gembira, suka.. entahlah!

     Sebiji kek cawan dikeluarkan dari dalam beg kertas. Dia memandang anak-anak murid di dalam kelas. Masing-masing menantikan komen dari Nadrah. “Okey, cikgu rasa kek ni dulu. Boleh?”

     Terangguk-angguk anak muridnya yang lain. Nadrah senyum simpul. Dengan sopan dan penuh berhati-hati dia membuka pembalut yang membaluti kek tersebut. Kek disuakan ke mulut. Dia menggigitnya sedikit.

     “Kek coklat cip?” soal Nadrah.

     Hadif mengangguk. “Ya. Saya tak tahu cikgu suka perisa apa. Jadi saya buat coklat cip. Perisa kegemaran mummy.”

     Nadrah terkesima. Ini bukan kebetulan lagi. Dulu, sewaktu kali pertama dia mengajar di pusat tuisyen, Hadif mengatakan wajahnya mirip dengan mummynya yang sudah meninggal dunia. Dulu, sewaktu dia memerlukan rawatan di hospital berhampiran, dia bertemu dengan Doktor Kamal secara tidak sengaja. Doktor Kamal mengatakan dia mirip dengan arwah isterinya. Semakin hari semakin pelik rasa yang bertandang di benak fikirannya.

     Mengapa terlalu banyak persamaan antara dia dan mummy Hadif?

     Dari paras rupa, perangai dan selera makannya? Apa lagi yang sama?

     “Ermm.. sedap. Sangat sedap. Pandai kamu buat.”

     Semakin lebar senyuman Hadif. Dia mengambil paper bag dan terus mengagihkan kek cawan kepada semua rakan-rakan sekelasnya. Terasa bahagia bila dapat pujian dari Nadrah. Usai mengagihkan kek cawan, dia terus duduk di tempatnya. Masih sama tidak pernah berubah tempat. Dia masih ingat. Itulah tempat pertama yang dia inginkan sewaktu mummynya hantar ke pusat tuisyen. Di situ jugalah, dia dapat melihat mummynya berjalan menyeberangi jalan selepas menghantarnya ke pusat tuisyen. Setiap hari.

     Tapi kini segalanya hanya tinggal angan-angan. Mummynya sudah tiada. Mummynya sudah pergi buat selamanya. Menghadap Ilahi. Meninggalkan dia dan ayahnya tanpa sesiapa. Keseorangan mencari erti hidup.

     Dia berubah murung. Tidak bergaul dengan sesiapa. Dia berada di dalam dunia sendiri. Baginya, dia sudah tiada sesiapa untuk bergantung harap. Dia kecewa. Dia sedih.

     Kehadiran Nadrah sebagai guru tuisyennya membawa sinar. Mulanya, dia tidak menyangka apa yang dilihatnya. Tapi, itu yang terpaksa diakurinya. Nadrah mirip mummynya. Percakapan, penampilan, perwatakkan mahupun personality Nadrah begitu mirip dengan mummynya. Dia suka dengan Nadrah.

      Dia memandang Nadrah yang sedang menghabiskan baki kek cawan. ‘Kau ratu hatiku, cikgu Nadrah.’




“Papa, papa.. Qhafie nak makan aiskrim!”

     Qabiel memandang anak lelakinya yang melompat-lompat seraya menunjuk ke arah kedai runcit. “Mana boleh makan aiskrim sayang. Nanti batuk, macam mana?”

     “Kalau batuk, kita makan aiskrim banyak-banyak.” Qhafie menyahut nakal. Dia mengekek ketawa bila Qabiel menggeletek di bawah dagu. Tempat sensitive Qhafie. Sama dengan Nadrah. Sungguh sensitive di situ.

     “Mama marah nanti. Mama tak suka Qhafie batuk, kan?”

     “Alaa.. mama tak tahu. Papa je yang tahu. Bolehlah..”

     “Okey, apa kata kita pergi tempat kerja mama. Kita ajak mama makan luar malam ni. Nak tak?”

     “Dan, makan aiskrim?”

     “Masih nak makan aiskrim?” Qhafie mengangguk bersungguh-sungguh.

     “Kiss papa dulu. Dan papa fikir kemudian.”

     Qhafie mencekak pinggang dan menghentakkan kedua belah kakinya. “No!”

     “Yes!”

     “Okay, papa win! I’ll ask mama then!” putus Qhafie. Malas bertekak dengan Qabiel. Dia sendiri sudah terlalu mengenali perangai Qabiel. Kalau tidak, mesti tidak akhirnya. Takkan bertukar ke ‘ya’ pulak. Dah terbiasa. It’s okaylah!!!

     Kedua belah pipi Qhafie dicubit manja. Geram dengan anaknya yang suka menjawab dengan suara yang diperlahankan. Minta dikasihani. Sebiji perangai Nadrah.




Stereng digenggam kuat. Air liurnya ditelah beberapa kali. Matanya tidak salah lihat. Memang dia melihat Nadrah sedang berbual dengan seorang lelaki di kaki lima kedai, bawah pusat tuisyen tersebut. Mereka kelihatan begitu mesra berbual tanpa mempedulikan keadaan sekeliling yang ramai orang lalu lalang. Hatinya menggerutu.

     Tanpa berfikir panjang, dia terus melepaskan brek tangan dan memandu pergi dari kawasan tersebut. Dia tidak sanggup melihat adegan itu dengan lama. Tidak tahan!


*****


“Abang dapat cuti tak minggu depan?” soal Nadrah.

     “Tak sure.” Ringkas jawapan Qabiel.

Nadrah yang sedang menyusun pakaian ke dalam almari memusingkan tubuh memandang Qabiel. Wajah suaminya nampak muram dan tegang. “Abang ada masalah?”

“Nad, dah lama kita tak bersama, kan?” Qabiel memancing reaksi Nadrah.

“Ke situ pula.”

“Abang memaksudkannya. Lama kita tak bersama. awak tak rindu belaian abang. Desahan abang?”

Nadrah menggigit-gigit bibirnya. malu memandang suaminya yang cuba berbicara tentang hubungan intim. Mujur Qhafie tidak turut berada di dalam bilik. Kalau tidak, mahu ditanya pelbagai perkataan yang baru keluar dari mulut Qabiel.

“Kenapa dengan abang ni?” Nadrah bercekak pinggang.

“Tak ada apalah.” Qabiel menggeleng perlahan. Dia senyum kecil. “Saja nak gurau-gurau dengan isteri sendiri. Tak boleh ke?”

“Gurauan yang tidak kena.” Nadrah mengomel. Dia duduk di atas katil. Pandangan matanya tertancap pada muka hadapan buku yang sedang dibaca Qabiel. “1001 rahsia memikat hati isteri? Sudah-sudahlah abang. Tak perlu pikat saya lagi. Luar dalam, 100% saya terpikat dengan abang.”

Ya ke? Abang cakap macam tu tadi, tak ada apa reaksi pun.”

“Isy..”

Buku diketepikan. Qabiel tersengih nakal memandang Nadrah. Jemarinya lembut mengusap pipi sang isteri. “Sayang, apa kata.. kita.. kita..”

“Apa?” Malu-malu Nadrah membalas renungan mata Qabiel yang menghantarkan segala isyarat. Tubuh Qabiel ditolak perlahan sebelum berada erat di dalam dakapan suaminya. Dia tergelak kecil bila lehernya diusik Qabiel. Geli.

Qabiel berbisik sesuatu di telinga Nadrah sebelum mereka berdua sama-sama hanyut dibuai lautan asmara.



Pandangan matanya mengekori gerak geri Nadrah menyediakan sarapan dan menyiapkan bekal makanan Qhafie. Semalaman mereka bersama dan Nadrah tidak mengadu penat mahupun mengelak dari melakukan tugas hariannya sebagai seorang isteri dan ibu pada hari ini. Pelik. “Nad, hari ini kita lunch sama-sama. Boleh?”
   
  “Boleh. Kelas Nad lambat sikit hari ini. Pukul tiga.”

     “Kenapa?”

     “Nad nak..”

     “Mama, cepatlah. Qhafie dah lambat ni!” panggil Qhafie mematikan kata-kata Nadrah.

     “Papa hantar Qhafie ya hari ini. Pergi salam mama.” Qabiel bangkit. Dia mendapatkan Nadrah. Dahi isterinya dikucup. Begitu juga kedua belah pipi Nadrah. Setelah itu, Nadrah mencapai tangan Qabiel lantas disalaminya, dan diciumnya.

     “I love you, abang.”

     “Me too. Always.”

     Qhafie mencebik. Pelik dengan papa dan mamanya. Tidak pernah berubah. Setiap pagi adegan yang sama dia tonton. Papa sayang mama, dan mama sayang papa. Lepas itu, love you love you. isy.. boring!

     Tapi dia suka. Sebelum dia keluar dari pintu rumah, papa dan mama akan datang padanya. Dan sayang dia juga. Cupp kiri, cupp kanan. Kemudiannya, “Papa sayang Qhafie.”

     “Mama juga!”

     “And, me love both of  you!”


*****


Nadrah mengeluh panjang di hadapan lautan luas yang terbentang. Hatinya tidak tenang sejak tiba di kawasan percutian tersebut. Jiwanya bercelaru dek hambatan rasa bersalah dan kecewa. Dirinya langsung tidak dapat menahan rasa amarah dan sakit hati yang menggunung tinggi. Sungguh dia benci untuk melihat wajah Qabiel pada masa itu.

     Sekali lagi dia mengeluh. Bukan salah dia, dan juga bukan salah Qabiel. Ia hanya kebetulan yang tidak dapat nak dijangkakan.

     “Mama!”

     Suara Qhafie kedengaran nyaring memanggilnya. Dia mengangkat muka dan mencari Qhafie. Senyuman disimpulkan dan dia memandang anaknya berpimpinan tangan dengan Qabiel. Wajah Qabiel tampak biasa. Tapi, dia yakin ada sesuatu yang cuba disembunyikan Qabiel. “Anak mama pergi mana ni?”

     “Papa bawa pergi makan Aiskrim kat sana tu!” Qhafie berceloteh sambil menghalakan tangannya ke suatu arah.

     Bibir digigt-gigit. Dia terdera melihat Qabiel begitu endah tidak endah melayani dia. Sampai hati Qabiel berduaan dengan Qhafie berseronok dan membiarkan dia keseorangan melayan rasa sebak di hati. Begitu tegarnya dia.

     “Abang tak ajak Nad..”

     “Abang perlukan masa. Untuk diri sendiri, untuk kita. Berfikir.”

     Nadrah melepaskan pandangan ke sisi yang lain. Ada air mata yang menitis. “Nad nak pergi jalan-jalan. Abang bawalah Qhafie ke mana-mana. Nad nak bersendirian.” Dengan itu, Nadrah berjalan pergi. Kakinya melangkah tanpa arah sepanjang persisiran pantai. Dibiarkan sahaja kakinya basah dek air pantai. Sungguh dia tidak keruan.

     Kini dia mengerti. Tidak semua benda boleh diselesaikan. Apa yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya, itu yang berlaku. Kadang-kadang apa yang kita rancang, tidak semuanya sempurna. Kadang-kadang apa yang kita inginkan, tidak semuanya berlaku. Kadang-kadang apa yang kita cuba tepis, itu yang semakin dekat menghampiri.

     Kedua belah tangannya diletakkan ke kepala. Dia serabut. Segalanya tidak kena baginya. Qabiel terlalu kejam kerana tidak memberi sebarang peluang kepadanya untuk menerangkan keadaan yang sebenar.

     “Nadrah, jangan pergi!” jerit Qabiel memanggil NAdrah. Qhafie didukungnya dan terus kakinya mengejar Nadrah.

      “Katalah abang rindukan Nad, sebutlah abang cintakan Nad..” desis Nadrah. Dia masih bergerak. Tidak berhenti.

     “Nad, cukup!”

     Tubuh Nadrah berpusing. Qabiel memeluk tubuh Nadrah. “Abang, Nad tak pernah curang dengan abang. Percayalah. Rindu dan cinta Nad hanya untuk abang.”

     “Syhh.. stay still”

     Tubuh Qabiel didakap. Dia tidak peduli aksi mereka dilihat ramai pengunjung pantai tersebut. Dia tidak kisah dan dia langsung tidak malu. Apa yang dia rasai ketika itu terlalu mahal untuk dibiarkan.

     “Abang tak nak Qhafie rasa pelik dengan keadaan kita.”

     Nadrah terpaku mendengarnya. Qabiel masih sama sejak dua hari yang lepas. Beku.



Pandangan mata Nadrah terumpu pada Qhafie yang sudah nyenyak tidur di katil sebelah. Anak lelakinya itu memang mudah tidur setelah dari kecil tidak dimanjakan dengan buaian,dummy mahupun mainan. Dia hanya akan tidur dengan mendengar alunan zikir, selawat serta dodoian sesiapa. Nadrah turun dari katil meninggalkan Qabiel. Dia naik ke katil anaknya dan berbaring di sisi Qhafie.

     “Kenapa? Dah tak sudi nak tidur dengan abang?” soal Qabiel dengan suara yang agak tegang.

     Senyap. Tiada balasan dari nadrah. Dia takut berhadapan dengan situasi sebegitu. Tujuh tahun dia hidup bersama Qabiel, belum pernah dia melalui situasi yang terjadi sekarang. “Nad hanya mahukan Qhafie sekarang.”

     “Dan, tidak perlukan abang?”

     Nadrah mengetap bibir dan memejamkan matanya. Dia tidak faham dengan apa yang bermain di dalam fikiran Qabiel. Lelaki itu terlalu prejudis dengannya. Bersikap negatif dan langsung tidak cuba mendengar sebarang penjelasan darinya.

     “Abang, kenapa abang mahu bersama dengan Nad pada malam itu kalau abang rasa sakit hati dengan Nad?” soal Nadrah bersahaja. dia duduk dan menghadap Qabiel. suaminya masih leka membelek sesuatu sejak tadi. dia sendiri kurang pasti apa yang dipegang Qabiel. penting sangatkah sehingga dibawa bersama?

     “Siapa sebenarnya lelaki itu pada awak, Nad? Am I not good enough for you after 7 years?”

     “Dia ayah kepada anak murid saya.”

     “Wow, skandal dengan cikgu anak sendiri.”

     lantas Nadrah menepuk dahinya. sebal dengan tuduhan Qabiel yang tidak dijangkakan. “Dia juga doktor yang merawat saya beberapa bulan yang lalu.. sewaktu..”

     Nafas dihelakan panjang. dia tidak tahu bagaimana mahu berterus terang dengan Qabiel. percayakah suaminya dengan segala penjelasan nanti? atau, masih mahu terus berprasangka buruk?

     qabiel memusingkan tubuhnya. dia duduk menghadap Nadrah. “Abang tak tahu Nad ada ke hospital? sebab apa? sakit? atau mahu lepaskan rindu pada dia?”

     “Abang, cukuplah tuduh Nad yang bukan-bukan. Nad belum gila lagi mahu curang dengan abang. kenapa dengan abang ni. tak habis-habis mahu tuduh Nad.” Nadrah berdiri. tidak sanggup lagi mendengar segala kata-kata yang menyakitkan dari suaminya sendiri. kini, memang tiada guna lagi untuk berterus-terang dengan Qabiel. buang masa.

     selendang di kepala katil dicapai lantas dililitkan serba ringkas ke kepalanya. dia mahu bersendirian. biar dia membawa diri. tiada guna perbincangan jika dia tetap terus disalahkan. tiada guna percutian keluarga, jika dia terpaksa menahan rasa sakit hati dan kecewa yang memberat di kedua belah bahunya. dia tak larat. fed up!

     “Nak ke mana?”

     “Tenangkan fikiran yang kusut!” sahut Nadrah dengan suara yang dikeraskan. dia terus keluar meninggalkan bilik tersebut. kaki dihayun tanpa arah tuju.


*****


hanya sehari semalam sahaja mereka sekeluarga pergi bercuti. Nadrah bertegas mahu pulang sementelah Qabiel dan dirinya tiada persefahaman sepanjang berada di sana. Walaupun Qhafie membentak dia tidak peduli. hatinya begitu kecewa bila tiada kepercayaan dari sang suami. Luluh hatinya kerana terpaksa senyum untuk membahagiakan Qhafie sukar diselindungkan. dia kerap menitiskan air mata bila berpeluang. biarkan sahaja Qabiel membawa haluan sendiri, dan dia juga membuat keputusan untuk tidak berkata apa-apa lagi padanya.

     “Mama, nak nugget. boleh?”

     “Nugget dah habis, sayang. mama tak beli barang dapur lagi. kita baru balik cuti kan?”

     “Jomlah kita keluar pergi beli. Qhafie bosan sangat-sangat duduk rumah. mama dan papa ada pun, tak best. senyap je. selalu mama masak-masak, nyanyi-nyanyi, main game.. ini asyik duduk termenung depan TV. papa pun sama. duduk dalam bilik kerja tu buat apa. Qhafie rasa bosanlah!”

     Nadrah melihat jam di dinding. baru jam 3 petang. dia senyum memandang anaknya itu. “Okey, macam inilah. Qhafie naik atas. pergi jumpa papa. Cakap pada papa, kita keluar. mama pergi siap-siap, pakai tudung dulu. lepas tu, kita keluar pergi Tesco. beli barang dapur. okey?”

     “Papa tak ikut?”

     “Tak, sayang. papa ada banyak kerja rasanya dalam bilik tu. biarlah. kita keluar berdua. Mama nak dating dengan anak mama yang busuk masam ni!”

      “Qhafie dah mandilah!” getus Qhafie geram. dia cium pipi Nadrah. “Wangi kan?”

     tergelak-gelak Nadrah melihat aksi Qhafie. “Ya, wangi. Dah, cepat cakap pada papa. Lambat, tinggal!”



pintu bilik dikuak lebar dari luar. Qabiel berdiri betul-betul di tengah pintu sambil bercekak pinggang. Dia memandang Nadrah yang sedang bersiap ala kadar. cukup sekadar skirt labuh berwarna hitam dan berbaju blaus longgar berwarna ungu pekat. dia mengalihkan pndangan pda selendang di atas katil. Selendang bermotifkan flora berwarna ungu dan berlatarbelakangkan warna putih. aksi. “Tak nak ajak saya?”

     Nadrah berpaling dan memandang Qabiel. “Abang nak ikut?”

     “Ke mana?”

     “Beli barang dapur je. di Tesco.”

     “Lima minit. abang tunggu dalam kereta dengan Qhafie.”

     Berkerut dahi Nadrah dengan sikap Qabiel. sudah okeykah dia?




Troli ditolak Nadrah. langkahnya bersahaja meninggalkan Qabiel dan Qhafie di belakang. seboleh mungkin, dia tidak mahu mendekatkan diri dengan Qabiel. biar mereka sebegitu sehingga Qabiel sedar dirinya tidak bersalah. bukan dia tidak mahu menjelaskannya kepada Qabiel. tapi bila dia cuba, Qabiel tidak mahu faham dan terus menerus meletakkan dia di dalam situasi serba salah.

     “Mama, nak snack. boleh?”

     snack di tangan Qhafie diambil dan diteliti. “No. Letak balik. Tak elok untuk Qhafie. too sweet sayang.”

     “Qhafie tanya papa. kalau papa bagi?” soal Qhafie yang tidak berpuas hati.

     “Dah tu, kenapa tanya mama?” Nadrah cuba memancing reaksi Qhafie. Sengaja dia menyakat anaknya itu. bukannya Qhafie tidak tahu mengenai ketegasannya dalam pemakanan seimbang. sejak kecil dia melatih Qhafie untuk tidak mengambil sebarang jenis makanan ringan sewenang-wenangnya. cukup dijaga.

     “Isy mama ni.” Qhafie mengherotkan bibirnya. DIa terus berlari ke Qabiel.  Kelihatan Qabiel melakukan perkara sama. meneliti belakang bungkusan dan memastikan kandungan makanan tersebut elok dan seimbang.

     Nadrah menolak troli ke bahagian daging. dia membiarkan Qhafie bersama Qabiel.

     “Cikgu, assalamualaikum!”

     “Eh, Hadif? buatapa di sini?”

     “Main futsal!” Hadif tergelak. “Tak adalah. Cari baranglah, cikgu. Tesco, kan?”

     “Seorang je?”

     “Dengan ayah.”

     “Oh.” Nadrah cepat-cepat memilih daging yang ingin dibeli dan memasukkannya ke dalam troli. pandangannya melilau mencari kelibat Qabiel. Masalah akan muncul kalau-kalau Qabiel bertembung dengannya dan secara kebetulan dia bersama dengan ayah Hadif. parah!

     “Cikgu, minggu depan dah mula peperiksaan pertengahan tahun. Cikgu rasa saya boleh jawab tak kertas Sejarah?”

     “Insya-Allah boleh. Usaha lebih sedikit. Banyakkan doa.”

     “Mama!” Qhafie tiba lantas memeluk kaki Nadrah. Di tangannya terdapat sebungkus permainan ‘Hot Wheels’. “Papa bagi beli. Qhafie dapat tambah kereta kat rumah.”

     “Oh ya, ermm bestnya.”

     “Ini anak cikgu ke?” Hadif bertanya seraya menunduk dan menghulurkan tangan pada Qhafie. mereka bersalaman. “Comel. Macam cikgu.”

     Nadrah hanya senyum kecil. Terkejut sedikit mendengar pujian anak muridnya yang jujur. “Hadif, saya minta diri dululah. Suami saya dah tunggu agaknya.”

     “Yalah cikgu. Assalamualaikum..”        


*****


Dia tidak pernah meminta untuk dikahwinkan dengan Qabiel. Bukan dia tergila-gilakan Qabiel sehingga mereka disatukan. pertemuan mereka berdua secara kebetulan. Dari pertemuan itu mereka terus diakadkan. Dia terpaksa menerima Qabiel dan di dalam keterpaksaan tersebut, dia rela menerima kehadiran Qabiel. semakin hari, semakin cinta. Tapi kini.. dia keliru. Cintakah lagi suaminya pada dia?

     Sebuah dokumen di dalam laci yang berkunci di bawa keluar. terlalu lama dia menyembunyikan sebuah rahsia di dalam laci tersebut. Tidak sanggup rasanya memberitahu rahsia itu kepada Qabiel. Dia benar-benar takut.

     Pandangan mata dikalihkan. Dia memandang Qabiel yang sedang lena tidur di atas katil. Begitu sukar sekali Qabiel mahu mempercayainya. Mereka begitu terasing sekali. Hanya bermesraan di mana adanya Qhafie.

     Jika dahulu Nadrah yang cuba mengelak dari Qabiel. membawa diri tanpa sebarang alasan munasabah. Dia tidak mampu bermesraan dengan Qabiel walaupun suaminya meminta dibelai. dia lebih rela mendiamkan diri dan membiar Qabiel ternanti-nanti. Sudahnya, Qabiel mengabaikan sahaja.

     kini, kisahnya lain pula. Qabiel menjauhkan diri darinya.  Gara-gara cemburukan ayah Hadif, Doktor Kamal. Argh, pening betul!

     “Buat apa?”

     Nadrah memusingkan tubuhnya. Qabiel sudah tegak duduk di atas katil memandang ke arahnya. Dokumen yang dibawa keluar terus disimpan kembali ke dalam laci dan dikunci. “Tak ada apa.”

     “Kenapa tak tidur lagi?”

     “Tak ngantuk.”

     “Apa yang dah jadi antara kita, Nad?”

     Soalan Qabiel membuatkan Nadrah mengeluh pendek. TIdak suka menjawab pertanyaan yang berulang kali. Jika diterangkan, Qabiel tidak menerima. Bila dia mendiamkan diri, berkali-kali dia diasak dengan soalan yang sama. Dia rungsing.

     “I don’t know, abang. jangan tanya Nad.”

     “Awak tak nak selesaikan masalah antara kita?”

     “Macam abang nak dengar penjelasan Nad.”

     “Awak dah berjanji dengan dia, kan? nak bertemu di Tesco?”

     “See. Dah mula lagi. Tuduhlah Nad lagi, abang. Memang Nad yang salah. Nad ada skandal. Nad curang. Nad simpan lelaki lain. ya, tuduhlah lagi. Nad perempuan jahat!”

     Qabiel kelihatan sedang mengepal penumbuknya. menahan rasa marah di dalam dadanya. Renungan matanya begitu menikam Nadrah. “Abang tak tuduh. Depan mata abang, Nad. Berbual mesra dengan dia.”

     “Dah, cukup. Lepas ni, abang tak perlu tanya Nad soalan yang sama. cukup. Nad penat.”

     Kaki Nadrah melangkah hampiri katil. Dia merebahkan tubuh badannya di atas katil dan ebrbaring membelakangi Qabiel. Kecewa benar dirinya dengan Qabiel. Apa dosanya sehingga tidak memberi sebarang peluang untuk dia menjelaskan perkara sebenar.

     “I’m talking to you, Aisyatul Nadrah. Kenapa dengan awak sekarang ni? Melawan cakap.”

     “Dan, apa yang merasuk fikiran abang tu?  Kenap susah sangat abang nak percayakan Nad? Berdosakah Nad kalau berbual dengan ayah kepada anak murid Nad.” Tidak jadi berbaring, Nadrah kembali duduk. dia berpusing dan menghadap Qabiel yang duduk di hadapannya. “Kalau abang tak nak percayakan Nad sekalipun, tolong dengar apa yang Nad mahu jelaskan. Sekurang-kurangnya dengar dulu. Ini tidak, asyik nak lompat terus ke kesimpulan.”

     “Okey, jelaskan tentang dia. Dia punca utama segala kekusutan di sini.”

     “Just listen. Doktor Kamal tu ayah kepada anak murid Nad, Hadif. Masa mula-mula Nad kerja kat pusat tuisyen tu, Hadif baru kehilangan mummy dia. Doktor Kamal pula kehilangan isteri dia…”

     “No need to explain about them.” Qabiel mendengus.

     “You need to know. Sebab mereka punca utama kekusutan di sini!” Bidas Nadrah. Dia memberanikan diri.

     Qabiel mendepangkan kedua belah tangannya.

     “Apa yang mengejutkan, Hadif cakap muka, personaliti, perwatakkan dan segalanya mirip arwah mummynya. Dia terlampau sayang dan suka dengan Nad dan seringkali anggap Nad ni mummy dia.”

     “Like his father.” Qabiel menyeringai.

     sejenak, Nadrah menarik nafas. tidak suka dengan cara Qabiel.

     “Tak apalah, abang. Nad tak perlu jelaskan lagi. Cari Nad bila abang rasa fikiran abang dah kosong. waktu itu, tanya Nad tentang semua ini. Selagi fikiran abang penuh dengan rasa syak, Nad tak boleh buat apa-apa.”

     “No, no.. abang nak tahu segalanya.”

     “Penat. Nad nak tidur. Assalamualaikum.”

     tubuh dibaringkan. mata cuba dipejamkan. sungguh dia tidak menduga segalanya tunggang langgang. andai dapat diundurkan masa, dia tidak mahu semua ini terjadi. dia begitu sayangkan hubungan suami isteri antara dia dan Qabiel selama tujuh tahun itu. ‘Argh, andai sahaja dapat diputarkan kembali..’




Langkah kaki Qabiel laju menuju ke ruang dapur saat mendengar suara girang Nadrah bersama Qhafie. Dia bersandar di muka pintu memerhati Qhafie yang duduk di atas kabinet dapur. Lincah tangan anak lelakinya itu menggaul sesuatu di dalam mangkuk besar. Sudah terbiasa bersama Nadrah di dapur dan membantu isterinya. Nadrah di sisinya pula sibuk menyiapkan sesuatu. “Masak apa?”

     “Mama nak masak macaroni carbonara!” jerit Qhafie ceria.

     “Dah tu, tepung nak buat apa. hmm.. sayang?”

     Nadrah diam sahaja. Yakin soalan itu dituju kepada Qhafie. Sayang? Mungkinkah Qabiel akan memanggilnya sedemikian rupa dalam situasi rumit mereka.

     Suasana sunyi seketika.

     “Auww..!” jerit Nadrah dek kerana terkejut dengan tangan Qabiel yang melingkari pinggangnya. Dia pantas memusingkan tubuhnya dan memandang Qabiel. “Abang? Nak apa?”

     “Mengelamun apa? Tak sedar ke  abang cakap dengan Nad?”

     “Err, ya ke? Nad ingat abang cakap dengan Qhafie.”

     “Abang cakap dengan Nad. Tepung tu nak buat apa?”

     “Donut cheese. Nak try buat. Harap-harap menjadi.”

     “Nak abang tolong?”

     “Papa tak pandai. Nanti tak sedap.” Qhafie menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak bersetuju jika Qabiel mahu ikut serta.

     “Qhafie, pergi buat kerja sekolah. Biar papa dan mama buat kerja kat dapur.”

     Qhafie sudah memeluk tubuh dan memandang pelik pada Qabiel. Jelas sekali arahan Qabiel tidak disukainya. kebiasaannya, dia yang akan berada di dapur bersama NAdrah. Bukan Qabiel. “Kenapa?”

     “Untuk jadi anak yang baik. You should listen to me, Qhafie.”

     “And?”

     “I’ll give you a gift as the reward. nak tak?”

     Bersinar-sinar wajah Qhafie mendengarnya. Dia mengangguk-angguk lantas meminta untuk diturunkan dari atas kabinet. “Hadiah apa?”

     “Ermm.. papa fikir sekejap.”

     “Qhafie nak baby girl!” Qhafie menjawab terlebih dahulu dengan cerianya. Nadrah terbatuk-batuk dengan jawapan tidak disangka-sangkakan itu. Qabiel hanya tergelak lucu. “Boleh tak papa, mama?”

     “Qhafie nak baby girl?” Qhafie angguk. “Nanti papa dan mama bagi. Now, go to your room. Siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi. Kemudian kemas bilik. Then, take a nap. Okey?”

     “Okey! I love you papa. Mama, baby girl tau. no Baby boy!”

     Terkedek-kedek Qhafie berlari keluar dari ruang dapur meninggalkan Qhafie bersama Nadrah.

     “Kalau nak buat kerja gila, jangan ajak Nad bersama.”

     “Kerja gila apa? Abang fikir apa yang Qhafie minta, tak gila.”

     “Nad nak masak. Ke tepi.”

     Nadrah menolak tubuh Qabiel ke tepi.Tak suka dengan kehadiran Qabiel bersama dengan kata-katanya. Nak anak lagi, tapi masih tidak mempercayainya. Bagaimana? Mahukan dia, tapi tidak percayakannya. Begitu? Itu yang gila!

     Tubuh Nadrah kaku di hadapannya. Ia bergerak ke sana sini bagi menyediakan makanan. Tetapi, begitu kaku kerana gementar dengan kehadirannya di situ. Dalam diam dia mulai rasa bersalah kerana begitu ego menerima setiap satu penjelasan Nadrah. Mungkin dinginnya Nadrah kerana sikap dia yang gagal memahami dan mempercayai isterinya sendiri.

     Perlahan-lahan dia menghampiri tubuh Nadrah. Tubuh itu didakap dari belakang. “I miss you, Sayang. I miss you..”

     “Nad nak..”

     “Syhh.. abang minta maaf, Nad. Abang ego.. abang tak nak dengar apa yang Nad mahu sampaikan.. Abang rasa bersalah sangat-sangat..”

     “Kita settle kemudian. Nad nak siapkan lunch ni.”

     “Now..”

     “Abang! Stop it. Nad tak rela. Hubungan kita dingin selama ini. Abang buat Nad rasa macam Nad ni tak ada harga diri dan sekarang abang.. abang.. Nad tak boleh. Kalau abang nak Nad layan abang, jaga makan minum abang… Nad mampu. Nad sanggup sebab ia tak libatkan sentuahn fizikal antara kita abang. tapi bila abang mula.. sentuh nad.. Nad takut..”

     “So, Nad nak abang buat apa? Abang cuba fahamkan situasi yang terjadi antara kita berdua ni. tapi abang tak boleh. Abang dikejar rasa cemburu. Kemesraan Nad.. Layanan Nad.. jauh berbeza. Abang takut Nad pergi jauh dari abang. Abang tak nak sejarah lama..”

     Nadrah mendengus kasar seraya menguli tepung dengan kasar. Sakit di hati mendengar alasan Qabiel yang tidak begitu mudah diterima. “Doktor Kamal tu dah tua, abang. Tak ada maknanya Nad nak tergila-gilakan dia.”

     “Sama juga dengan..”

     “Abang, Nad nak masak sekarang. Jangan sampai, kita makan makanan beracun tikus nanti. Biar kita anak beranak mati. Nak?” jerkah nadrah setelah sekian lama menahan amarah. Qabiel memang mahu menang sentiasa. Tapi, tidak bolehkah dia bertolak ansur. Susah? “Maaf, abang. Nad tak bermaksud nak tinggikan suara. Cuma, Nad dah letih dengan semua perkara yang keluar dari mulut abang. Tuduh Nad yang bukan-bukan dan macam-macam. Apa yang Nad nak abang buat sekarang, satu je. Isteri yang abang kahwini tujuh tahun yang lepas ini, pernah dipaksa kahwin dengan lelaki tua berharta. Tapi dia tak mahu. Dan, atas segala tuduhan abang pada Nad, rasional ke? Fikir-fikirkanlah..”

     “Kita..”

     Nadrah menggelengkan kepalanya. “Ini bukan masa yang sesuai. Nak makan racun tikus?”

     Kedua belah tangan Qabiel diangkat tinggi ke udara. Menyerah kalah. Perlahan-lahan dia menapak keluar dari ruang dapur.

     Nafas dihela pendek. Sungguh tidak sanggup berhadapan dengan Qabiel lagi. Dia benar-benar tidak tahu apa yang bermain di dalam fikiran suaminya itu.


*****


“Nadrah, apa khabar?” sapa Doktor Kamal mesra. Sebaris senyuman dilirikkan.

     “Sihat doktor. Macam inilah.”

     “Hadif cakap awak mengadu tak sihat beberapa hari yang lalu. Muka pecat. Sakit ke?”

     “Eh, mana ada. Saya okey je. Mungkin penat. Tak ada apa-apalah.” Nadrah menggigit bibir bawahnya. menahan getaran di dada. Berhadapan dengan Doktor Kamal menyesakkan mindanya dengan pelbagai perasaan.

     Hadif muncul tidak lama kemudian. “Cikgu, hujung minggu ni kami nak buat makan-makan. BBQ. Joinlah kami.”

     “Oh ya, terlupa pula nak menjemput. Marilah sekali. AJak suami dan anak. Hadif ni yang beria sangat mahu makan BBQ. Semua rakan kelas dia ada nanti. Mesti seronok kalau cikgu mereka turut serta..”

     Pelawaan Doktor Kamal menambahkan rasa resah di hati Nadrah. Pergi ke rumahnya? Kerja gila pertama. Bersama Qabiel, itu kerja gila yang kedua. Mahu sepanjang perjalanan dia diasak dengan pelbagai jenis soalan yang cukup menikam kalbu. “Tengoklah bagaimana nanti. Tak boleh janji dapat ikut serta.”

     Pandangan Nadrah meliar ke sekeliling. Mencari kelibat Qabiel. Hari ini dia tidak bernasib baik. Qabiel meminjam kereta Nadrah kerana keretanya rosak. Jadi, hantar dan jemput Qabiel yang lakukan. Jika Qabiel melihat dirinya bersama doktor Kamal pasti timbul pertengkaran lagi. arhh.. yang lama belum selesai, timbul yang baru.

     “Eh, cikgu tunggu siapa?”

     “Suami saya.”

     “Ayah, kita hantar cikgu balik?” cadang Hadif.

     “Tak perlu. Suami saya dah call tadi. Dia on the way. Lagipun kami ada rancangan lain lepas ni.”

     Terangguk-angguk Doktor Kamal mendengarnya. “By the way, kalau boleh datanglah rumah minggu ni.. tentu seronok..”

     “Assalamualaikum..”

     Salam diberi Qabiel dijawab perlahan. Nadrah memandang Qabiel yang berdiri tegak di belakangnya. “Dah sampai pun. So, doktor.. Hadif, saya balik dulu.”

     mereka berpisah di situ.




“Ada apa hujung minggu ni? Apa yang seronok?” soal Qabiel sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam perut kereta.

     “Hadif buat makan-makan. BBQ. Dia ajak saya and the others.”

     “Nad pergi?”

     “Nope.”

     “Why?”

     “Dah janji dengan Qhafie.”

     “Janji? Janji apa?”

     Nadrah menyandarkan tubuhnya di kerusi lantas memejamkan mata yang sedikit berat. Letih. TErlalu banyak soalan yang menghujaninya sepanjang di pusat tuiyen, namun soalan yang baru dilontarkan Qabiel begitu sukar untuk dijawab satu demi satu. Letih..

     Enjin dihidupkan. Qabiel mencuri pandang Nadrah yang sudah memejamkan mata. “Abang tanya Nad ni. Janji apa?” Qabiel bertanya lagi. SIkap dia memang tidak pernah berubah. Soalannya harus dijawab.

     Tidak lama kemudian, kedengaran dengkuran halus Nadrah.

     “Tidur ke?”


*****


Qabiel masuk ke dalam bilik tidur setelah menidurkan Qhafie di bilik sebelah. Dia memanjat naik atas katil dan terus menyandarkan tubuhnya di kepala katil. Dia mencuri pandang Nadrah yang sedang melipat pakaian. “Nad, boleh kita berbincang sekarang?”

     “Tentang?” Nadrah mendongak. Pandangannya redup.

     “Semua ini. Tell me. In details.”

     “Abang nak ke dengar?”

     “Bergantung pada jalan cerita.”

     Nadrah menggeleng-gelengkan kepalanya. Qabiel sudah jauh berlainan dengan Qabiel yang bersama dengannya selama tujuh tahun itu. Ke mana sifat romatik, penyabar dan penyayangnya? “Dan di akhir cerita itu, kalau abang tetap dengan pendirian abang, Nad mohon.. ceraikan Nad..”

     Tegak tubuh Qabiel mendengar permintaan Nadrah. “Nad?!”

     “Untuk apa lagi abang kita berbincang dan terus bincang. Nad tak pernah berubah hati seperti yang abang kata. Kalau abang masih rasa Nad curang, lepaskan Nad dari abang seksa hati Nad.”

     “Sebab itu abang mahu Nad terangkan segalanya sekarang. Jangan buat abang ragu-ragu!”

     Nadrah bangkit dari duduknya. Dia menghampiri meja kerja dan mengeluarkan sampul surat besar. “Abang pernah tertanya-tanya kenapa Nad berubah. Apa puncanya, kan? Ini sebabnya abang. Nad kecewa dan takut.. Nad tak tahu nak buat apa. Nad cuba lari tapi, bila Nad cuba kembali kepada Nad yang dulu, abang mula curiga dengan Nad.. Nad..”

      “Nad pernah mengandung?” Nada suara Qabiel tiba-tiba sahaja berubah rentak. Tegas dan sinis. Pandangan matanya tajam menikam anak mata Nadrah. “Kenapa abang tak tahu? Anak abang?”

      “Itulah sebab utama Nad tak nak beritahu abang. Abang akan fikir negatif. Lima enam bulan yang lepas, abang terpaksa keluar outstation. Ketika itulah Nad dapat tahu yang Nad pregnant..”

     “Tapi, itu bukan alasan untuk Nad sembunyikan hal ini. Nad pregnant, dan abang tak tahu. So?”

     “Nad mahu surprisekan abang. Sebab tu..”

     “Dengan gugurkan kandungan itu? Sekarang abang jauh lagi surprise Nad. how could you..”

     “Abang! Abang minta penjelasan dari Nad, boleh tak abang dengar dulu. Jangan mencelah.”

    Qabiel tidak lagi duduk di atas katil. Dia sudah tegak berdiri di hadapan Nadrah.  “Nad jangan fikir abang bodoh. Curang dengan abang sampai pregnant, then gugurkan. Apa ni? Kemudian jauhkan diri dari abang dan Qhafie. Sampai kami rasa Nad dah tak wujud. Asyik menyendiri.. Macam mana abang nak percaya?”

     Nadrah terkesima dengan segala kata-kata Qabiel. Segala yang ditakutinya benar-benar terjadi. Qabiel tidak mempercayainya sama sekali. “Ceraikan Nad..”

     “Dan Nad kembali ke dalam dakapan Dr Kamal? Begitu?”

     Pangg!!

     “Nad jijik di pandangan mata abang? Ceraikan Nad. tak perlu nak rasa ragu-ragu dan tahan rasa hati. Abang perlu ingat satu perkara je, Wallahi.. Nad tak pernah curang. Nad juga tidak pernah gugurkan kandungan. Kandungan Nad gugur sebab Nad terjatuh. Memang niat Nad mahu berikan kejutan pada abang. Kalau boleh abang balik dari outstation dapat berita gembira Nad pregnant. Tapi tuhan dah aturkan segalanya. Nad gugur. Salah Nad ke, abang?” Laju dan begitu tegas Nadrah mempertahankan dirinya. Sungguh dia tidak mampu menahan rasa sabar lagi bila terus menerus dipersalahkan.

     “Nad fikir, tujuh tahun hidup bersama dengan abang.. abang kenal siapa diri Nad. Faham diri Nad. tapi, Nad silap. Abang terlalu ego. Fikir diri sendiri je. Hati Nad, perasaan Nad.. tak pernah nak ambil tahu.”   

     “Abang ego? Sejak bila Nad rasa abang ego? Selama kita kahwin, pernahkah abang tunjuk keegoan abang pada Nad? Hah? apa yang abang cuba lakukan sekarang ini semata-mata mahu membina kembali kebahagiaan yang sudah lama hilang dari keluarga kita. Nad dengan dunia nad, biarkan abang sendirian. Qhafie seperti tidak diendahkan Nad.”

      “Ya, abang ego! Terlampau ego. Nad cuba beritahu abang beberapa kali. Tapi  abang asyik nak kaitkan Dr Kamal dalam hubungan kita. Tidak habis-habis dengan sangkaan yang bukan-bukan. Macam mana nak Nad terangkan?”

     “Cukup Nadrah. Abang tak nak dengar apa-apa lagi.. cukup..”

     Qabiel kembali ke tempat asalnya. dia menghelakan nafas berkali-kali. Egokah dia? Atau dia hanya sekadar mahu menuntut haknya sebagai seorang suami. Mungkinkah dia terlalu kuat cemburu sehinggakan gagal melihat apa yang jelas? Nadrah dipandang dengan redup matanya. Dia belum pernah lihat Nadrah terlalu marah sebegitu rupa. Nadrah belum pernah meninggikan suaranya. Isterinya itu cukup lembut dan manja. Ke manakah hilang sikapnya itu?


   

Nadrah mengusap lembut rambut Qabiel di lewat tengah malam itu. Sungguh dia merindui belaian Qabiel pada rambutnya setiap kali mereka masuk tidur. Nadrah meniup lembut cuping telinga Qabiel. Sungguh dia merindui tindak nakal Qabiel padanya bila mengusik. Nadrah menghembuskan nafasnya di tengkuk Qabiel. Sungguh dia merindui godaan Qabiel yang pastinya menang. Akhirnya, Nadrah mengucup lembut pipi Qabiel. Sungguh dia benar-benar merindui kucupan Qabiel setiap kali dia merajuk.

      Ke manakah Qabiel Ashraf yang lama telah pergi?

      “Maafkan Nad, abang. Nad akan pergi. Sampai satu masa, bila Nad bersedia untuk berhadapan dengan abang.. Nad akan kembali lagi. Ke dalam keluarga kita. Cuma, sekarang bukan masa yang sesuai untuk kita. Maafkan, Nad…”

      Nadrah hampir sahaja menitiskan air matanya di pipi Qabiel. dia bangkit dari duduknya dan terus mencapai beg pakaian yang diletakkan di tepi pintu.

     “Selamat malam, abang. Semoga mimpi abang indah-indah sahaja..”

     Langkah kaki Nadrah berhenti seketika di bilik Qhafie. DIa duduk di sisi Qhafie yang polos berbaring bertemankan dua biji bantal peluk terlukis gambar kartun milik Qabiel dan Nadrah. “Maafkan mama, sayang. Mama terpaksa pergi. Tinggalkan Qhafie dengan papa. Mama janji, mama akan pulang. Mama hanya mahu tenangkan fikiran. Mama takut, jika mama masih berada di sini, papa akan tetap menuding jari pada mama. Biar mama pergi, dan biar papa tahu dan sedar akan silapnya. Bolehkah papa hidup tanpa mama di sisinya?”

     Dahi Qhafie dicium penuh kasih dan tubuh kecil itu dipeluk erat.

     “Mama?”

     “Tidurlah Qhafie.. mama rindu Qhafie.. sebab tu.. mama masuk bilik Qhafie..”

     Dalam mamai Qhafie mengangguk. dia senyum dan kembali menutup matanya.


*****


Keretanya meluncur laju menuju ke rumah umminya. Sejak ketiadaan Nadrah, begitulah kehidupan hariannya. Awal pagi dia perlu menghantar Qhafie ke sekolah dan terkejar-kejar waktu untuk kepejabat. Tengah harinya pula dia curi masa untuk keluar mengambil Qhafie dari sekolah dan menghantarnya ke rumah ummi. Tanpa mengendahkan waktu makan, dia terpaksa berpatah balik ke pejabat. Belum lagi kalau dia ada mesyuarat. Pembantunya diwakilkan semata-mata mahu mengambil Qhafie. Anaknya itu satu ragam juga. Tidak mahu yang lain menjemput. Panjang rajuk.

     Dia menghelakan nafas panjang melihat Qhafie menyambut kehadirannya lewat petang tersebut. TIdak seperti biasanya, dia pulang awal. Hari ini, matahari hampir terbenam, dia baru muncul. Penat. Ke sana sini.

      “Papa! Jom balik rumah.”

      “Papa penatlah sayang. Papa ingat nak tidur rumah nenek malam ini. Qhafie boleh main dengan Mel lama-lama. Okey?”

     “Tak nak! Qhafie nak balik rumah. Macam mana kalau mama balik malam ni. Kita tak ada kat rumah, siapa nak bagi mama masuk dalam?”

     Wajah polos Qhafie menggamit perasaan sayu di hati Qabiel. Sejak Nadrah keluar dari rumah secara senyap-senyap dan meninggalkan mereka berdua, Qhafie seringkali berkata sedemikian rupa. Alasan yang sama diberikan bila Qabiel memberi cadangan untuk bermalam di rumah Puan Sri Salmah.

      “Mama lambat lagi balik, sayang. Banyak sangat kerja mama.”

     Qhafie menggelengkan kepalanya. TIdak sependapat dengan Qabiel. TUbuh dipeluk. “Mama akan balik jumpa Qhafie. Mama sayang Qhafie!” Bentaknya geram. dia berlari ke arah Puan Sri Salmah meninggalkan Qabiel termangu seorang diri di kereta.

     Kedua belah tangan meraup mukanya yang kepenatan. Sungguh dia penat. “Nad, mana awak pergi?”






Nadrah duduk di salah sebuah kerusi kayu yang ada di tepi pantai. Pandangan matanya merenung jauh sehingga ke tengah lautan biru yang luas terbentang di hadapan. Sungguh mendamaikan hatinya yang selama ini tidak tenteram. Sudah seminggu dia pergi menjauhi diri dari suami dan anaknya. Dan, seminggu jua dia terpaksa menahan rasa rindu pada dua lelaki kesayangannya itu.

     Semalam telefon bimbitnya berbunyi lagi. Berkali-kali pemanggil yang sama menghubunginya. Dan, seperti hari-hari sebelumnya, tiada satu panggilan dari pemanggil tersebut yang dijawabnya. DIbiarkan sahaja tanpa sebarang keinginan untuk menjawab. Mesej juga sudah berpuluh, namun tiada satu yang dibalasnya. Tidak sudi sementara hatinya masih beku dek ketidakpuashati terhadap layanan Qabiel.

     “Nad, kau termenungkan apa lagi kat sini?” sapa Maya, rakan baiknya suatu ketika dahulu. Maya menghampiri Nadrah lantas melabuhkan punggung di sebelah Nadrah. Sebelah tangannya diletak pada bahu Nadrah. “Baru seminggu beb. Takkan dah rindu..”

     “Aku rindu anak aku.” Nadrah memangkah. Ya, dia merindui Qhafie lebih dari merindui Qabiel. tapi, itu yang terlafaz di mulutnya. Bukan di hati.Kenyataan yang pahit, dia juga rindukan suaminya itu. Tidak tertanggung rasanya.

     Maya tergelak kecil. Lucu mendengarnya. “Qhafie ada iras suami kau, kan?” telah Maya. Dia gelak lagi sehingga mengundang rasa aneh di benak Nadrah.

     “Memang dia ada iras Qabiel. Kenapa?”

     “Yalah, kau tengok anak kau.. sambil-sambil tu, layan perasaan sebab dapat tengok suami kau kat dalam muka anak kau. betul tak?” Maya semakin galak. Dia mencubit peha Nadrah. Semakin nakal mahu mengusik Nadrah.

      “Aku tak ada masa nak rindukan dia. Sudah berbulan aku cakap rindu pada dia, tapi ini yang dia berikan pada aku.”

     “Kau tak rindu, betul ke? Yang aku tengok malam-malam tidur selimut diri dengan sweater milik ehem-ehem awak.. sembur minyak wangi lelaki dalam bilik.. itu apa? Tell me.. please..”

     “Kau kawan dia ke?”

     “Alololo.. dia merajuklah. Okey, okey.. I’m so sorry. Tak ada maksud nak usik kau. By the way, kau tak kasihankan anak kau?”

      “Aku terpaksa.”

      “Qabiel tu sebenarnya cemburu sangat. Sayang kau. Bukannya tak sayang kau. Dia tetap cintakan kau. Faham tak? Cem.. bu.. ru..”

      ‘Aku pun tetap cintakan dia. Sayangkan dia. Lebih dari segalanya, Maya.’ Lafaz Nadrah jauh di dasar hatinya. Malu untuk mengakui kebenaran tersebut. Dia takut dia kalah. DIa takut dia akan kembali ke sisi Qabiel sebelum tiba waktu yang sesuai. “Aku tahu dia sudah terlebih mencemburui. Tapi, buat masa sekarang ini aku nak jauhkan diri dari dia. Aku mahu dia sedar, ketiadaan aku tidak menyempurnakan hidup dia.”

     Maya melepaskan keluhan. “Untuk apa? Kau keluar dari rumah tanpa izin suami kau, Nad. Berdosalah!”

     “Masalahnya Maya, aku tak tahan! Setiap hari aku dengar benda sama. dia tuduh aku curang. Dia cakap aku tak setia. Sedangkan aku masih ada di sisi dia, berdiri di belakang dia, pada setiap waktu. Setiap kali dia bernafsu, aku layan dengan ikhlas dan rela. Tapi apa yang aku dapat? Dia tetap cakap aku duakan dia. Aku bukan patung, Maya..”

     Air mata perlahan mengalir di pipi Nadrah. Tersengguk-sengguk Nadrah menangis di sisinya. Sayu hati Maya melihatnya. Nadrah sebelum ini cukup kuat membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Dari kecil sehingga besar, belum pernah Maya melihat Nadrah menangis sebegitu rupa. Sewaktu Nadrah dipaksa untuk berkahwin dengan arwah Tan Sri Hashim, Nadrah hanya tergelak lucu.

     “AKu cintakan Qabiel, Maya. Begitu cintakan dia dan tetap akan mencintai dia walau apa yang terjadi. tujuh tahun aku bersama dengan dia, belum pernah aku curang dengan dia. Kenapa baru sekarang aku dikatakan curang?”

     Tubuh Nadrah didakap erat. Nadrah benar-benar tidak kuat untuk menghadapi semuanya seorang diri. “Aku ada sentiasa di sisi kau, Nad. Sentiasa..”




HAdif mencampakkan beg sandangnya ke tempat duduk belakang sebelum memakain tali pinggang keselamatan. Dia menyerabutkan rambutnya sedikit dek terlalu rimas dengan cuaca panas. Sejenak, dia memandang Dr Kamal yang leka meneliti jadual di dalam smartphonenya. “Ayah, ada contact dengan Cikgu Nadrah?”

      Hanya gelengan yang mampu Dr Kamal berikan. Mana dia tahu. Nadrah bukan isterinya. Bukan juga ahli keluarganya. Takkan dia mahu ambil tahu. Apa pula kata orang sekeliling.

      “Kita pergi rumah cikgu. Hadif tak sedap hatilah. MEsti ada yang tak kena dengan cikgu  sampai tak datang kelas seminggu. Bosanlah, ayah.”

      “Nanti suaminya cakap apa pula?”

      “Ayah, Hadif rindu cikgu Nadrah sebagaimana Hadif rindukan mummy. That’s why Hadif nak jumpa cikgu.”

       “Dif, ayah bukan tak nak bawa kamu ke rumah cikgu nadrah. Tapi, kita kena fikirkan reaksi suami dia. You know kan yang suami Cikgu Nad syak ayah ada hubungan sulit dengan cikgu? ayah tak nak keruhkan lagi keadaan.”

      “Entah-entah Cikgu Nadrah kena pukul dengan suami dia? Ayah, kita kena tolong cikgu Nadrah. Lets go!”

      Dr kamal tersentak. Tak sangka Hadif akan berfikiran sedemikian rupa. Kepalanya digelengkan menyangkal segala kemungkinan yang hadir di dalam kepala Hadif.


*****


“Aku jemput kau lambat sikit tau hari ini, Nad. Aku ada hal dengan bos. Boleh tunggu?”

     “Okey, Maya. Apa-apa hal, aku call kau.”

     Maya senyum. Dia melambaikan tangannya pada Nadrah sebelum memandu pergi.

     “Hari ini balik lambat. So, nak buat apa?”

     “Hai Nadrah. Awak buat apa di sini?” sapa Zafry, Pengurus Besar Syarikat Dimensi. Dia sengih kecil melihat Nadrah yang terkejut. Comel.

     “Err, Encik Zafry. Hai. Morning!”

     Zafry melebarkan lagi sengihannya. Suka melihat kekalutan yang terserlah di wajah Nadrah. Dua hari dia mengenali Nadrah, dia sudah jatuh suka dengan setiap tindak tanduk gadis itu. Menawan. “Siapa yang hantar tadi?”

     “Kawan.” Narah menjawab sepatah. Dia menggerakkan kakinya sedikit dan melangkah. Cuba menjarakkan diri dengan Zafry dan sedaya upaya mahu beredar pergi tanpa Zafry di sisi.

     Langkah Nadrah diekori Zafry sehingga ke dalam lif. Ruang luas di dalam lif begitu sunyi. Tambahan pula hanya mereka berdua sahaja di dalam. “Nadrah, awak larikan diri dari saya ke?”

     “Mana ada. Kenapa perlu saya larikan diri dari encik?”

     “Nadrah, seronok bekerja di sini?” soal Zafry. Dia senyum melihat kegusaran nadrah. Jujurnya, dia mengenali siapa sebenarnya Nadrah. Cuma, dia buat-buat tidak kenal untuk mengetahui sejauh mana kebenaran tentang Nadrah. Sejak beberapa bulan yang lalu, dia sering mendengar rakannya, Qabiel meluahkan perasaan. Tentang isteri yang telah menduakan dirinya. Dan, ketika Nadrah meminta kerja di syarikatnya, Zafry cuba menyiasat. Kasihan melihat Qabiel yang bersedih atas pemergian Nadrah dan sakit hati mendengar Qabiel mengata Nadrah mengikut lelaki lain.

     baginya, dia perlu mendengar dari dua pihak. bukan hanya sebelah pihak sahaja.

     “Alhamdulillah. Seronok. Tak sangka kerja sebagai konsultan ni begitu menyeronokkan. Dapat kenal pelbagai ragam manusia.”

      “Saya tak sangka awak dapat sesuaikan diri dengan begitu cepat.”

     Nadrah terangguk-angguk dan diam. Tidak mahu mengulas.

     “Awak memang begini ke? Tak mudah mesra dengan orang lain?”

     “Tak, tak juga. Depends dengan situasi yang saya perlu hadap. Kita ada batas pergaulan yang perlu dijaga. Encik majikan saya. Dan, saya pegang status sebagai seorang isteri. ENcik tahu, kan?” Nadrah memegang jemarinya. Tidak lama kemudian, dia mencium salah satu jarinya. Kelakuannya mengundang rasa aneh di benak fikiran Zafry.

     “Mana suami awak?”

     Tingg!

     pintu lif terbuka lebar. Nadrah menarik nafas lega. “Hah, dah sampai!” Nadrah teruja sehingga terlompat sikit. “Saya keluar dulu. Assalamualaikum.”

     “Qabiel, Qabiel.. kau dah salah sangka dengan isteri sendiri.”
 



Zafry segera menghubungi Qabiel sebaik sahaja masuk ke dalam pejabatnya. Dia tersenyum sendiri sambil mencuri pandang Nadrah yang sedang berbual dengan seorang kakitangan di mesin fotostat. Pagi-pagi lagi Nadrah dah buat kerja. Tak macam orang lain. Melepak dulu sebelum buat kerja. “Hello Biel. Kat mana?”

     “Rumah ummi. Aku demam. Kenapa?”

     “Aku nak sampaikan berita gembira untuk kau.”

     “Tentang projek apa kali ini?”

     Tergelak Zafry mendengarnya. “Tak ada kaitan dengan kerjalah, Biel. Privasi sikit.”

     “Sejak kehilangan isteri, aku belum terfikir nak guna kau sebagai alat yang dapat buat aku..”

     “Sengallah kau ni Biel. Kau ingat aku terliur dengan kau!” Qabiel tertawa di hujung talian sebelum terbatuk-batuk kecil. “Teruk batuk kau.”

      “Hurmm.. makin menjadi-jadi.”

      “Aku ada ubat mujarab untuk kau.”

      “Mana?”

      “Nadrah..”

      “Dia dah tinggalkan aku, Zaf. Entah-entah dia bahagia tanpa aku.”

      “Dia masih solo, Biel. Terlalu menjaga batas pergaulan. Tidak membiarkan mana-mana lelaki mendekatinya. Lebih menakjubkan, dia selesa memberitahu semua orangyang dia sudah berumah tangga.”

      “Zaf, kita jumpa!”

      “My pleasure, beb. Anjung Damai, okey?”

     “Aku sampai dalam masa 30 minit.”

     Talian dimatikan Qabiel. Zafry bangkit dan keluar dari biliknya. “Mus, fail Warta mana?” jerit Zafry sekadar mahu menarik perhatian Nadrah.

      “Kat saya, encik!”

      “Nak pakai ke?”

      “Yerp! Bukan encik minta saya..”

      “Saya nak keluar jumpa klien. Nanti awak serahkan fail tu pada saya. Anjung Damai, 20 minit dari sekarang.” Zafry terus meninggalkan pejabat. Dia perlu mengembalikan kebahagiaan Qabiel. Kasihan benar dia melihat lelaki itu.




Qabiel senyum memandang Zafry yang baru duduk. Dia menghulurkan tangan kepada Zafry untuk berjabat. “Makin sihat aku tengok kau, Zaf. Bila kahwin?” seloroh Qabiel mengusik Zafry yang paling tidak suka diusik mengenai hal perkahwinan.

     “I don’t believe marriage can make us happy. So, don’t ask me.. Hands up, bro!”

     “Yuckks, sounds funny!”

     Tangan didepangkan selebarnya. “Kalau kau nak tanya aku kenapa? Aku akan tuju jari pada kau. Kau bahagia?”

     “Okey, yang ini tak kelakar. Aku baru nak senyum-senyum, gelak-gelak, happy-happy.. kau dah bawa balik topik serius ni. So, apa yang kau tahu tentang Nadrah? Where is she now?”

     “Relakslah beb. Kita order makanan dan minuman. Lepak-lepak dulu.. lagipun, kita sama-sama orang besar syarikat. Lantaklah hal pejabat. Abaikan buat masa sekarang. Buang benda yang bebankan kepala..”

     “Zaf, kepala kau ada terhentak kat mana-mana ke?” Qabiel bertanya serius.

     zafry yang sedang meneliti buku menu di hadapannya segrea mendongak. “Kau doakan aku tak sempat kahwin ke?”

     Spontan Qabiel meledakkan tawanya. “Aku kenal kau Zaf. Kita sama-sama pentingkan kerja. Mana pernah mahu curi tulang sebegini. Tak ada perempuan yang nak dekat dengan kita sebab sikap gila kerja kita ni. Hari ini, buat pertama kali aku kenal kau dalam tempoh 10 tahun, kau sebut tentang lepak. Come on bro! Sounds ridiculous, stupid and.. and.. annoying!”

     “Sejak ada konsultan kat syarikat aku, semua berubah. Tak beban sangat kepala otak aku ni.”

     “Bukan kau memang ada konsultan. Siapa namanya… erm.. erm.. Jihan, right?”

     “Dah tak ada.”

     “Oh..”

     “Tapi pengganti dia kan..”

     “Aku datang sini pasal Nadrah. First, kau nak cakap sesuatu tentang dia pada aku, kan? Kedua, kau kenal Nadrah? Ketiga, macam mana kau boleh tahu tentang aku dan dia.. yang tak seberapa nak okey ni? Ke.. em..”

      Zafry mengajuk segala butir kata Qabiel. Mimik mukanya sahaja sudah membuatkan Qabiel mahu melepaskan tumbukan di wajah kacak Zafry.

     Akhirnya, Zafry berhenti mengajuk dan tertawa kecil. “Pendekkan cerita, konsultan baru aku tu Nadrah. Isteri kau.”

     “Huh?!”

     “RIngkaskan cerita lagi, dia baru je kerja dengan aku. Tak lama mana. Aku baru tahu dia isteri kau semalam sewaktu semak dokumen dia. Aku teringat tentang segala omelan, luahan.. macam-macam lagi dari mulut kau. So, aku harap apa yang aku nak beritahu kau ni dapat selesaikan segalanya.”

     “Kau baru kenal dia dua hari dan kau nak..”

     “Bagi aku habis cakap dulu, Qabiel. Aku bukan mahu menangkan dia sebab aku sendiri tak tahu kisah sebenar. Tapi apa yang aku ingat, kau cerita yang Nadrah curang dengan kau, kan?”

     “Yerp. Sampai dia hamil, dan gugurkannya.”

     “Hari pertama dia datang kerja, aku ada.. try goda dia. Tapi tak jalan.”

     Riak wajah Qabiel bersahaja. TIada apa-apa. CUma, jemarinya tiba-tiba sahaja mula diketuk-ketuk mengikut rentak di atas meja. “Itu tak bermakna..”

     “Dia cakap pada aku yang dia merupakan seorang isteri kepada seorang suami. Dan, dia seorang ibu.”

     “Dia cakap begitu?”

     “Setiap kali dia cakap begitu, dia akan pegang cincin di jari dia. Kadang-kadang aku nampak dia cium cincin tu.. sayang betul dengan cincin di jari dia tu.”

     “Aku nak jumpa dia.”

     “Aku rasa dia dalam perjalanan ke sini. Katanya mahu hantar fail.”

     “So, shall we?” Qabiel menunjuk buku menu. Zafry hanya senyum dan mengiyakan dengan anggukan.


*****


“Nad tak tahu yang abang kawan Encik Zafry.”

     Setelah satu jam pertemuan dua mata antara mereka berdua, Nadrah baru memulakan perbualan. Jelas sekali, masing-masing tidak tahu mahu berbual tentang apa. Nadrah menggigit bibirnya. Gugup sekali rasanya berduaan dengan Qabiel ibarat pertemuan pertama mereka dahulu.

     “Ini perkahwinan, bukan permainan. ABang masih ingat?”

     “Ya.”

     “Jadi, apa yang kita lalui selama ini perkahwinan atau permainan? Siapa yang menang dan siapa yang kalah.”

     “Kembali ke dalam hidup abang.”

     “Mudahnya abang cakap. Perasaan Nad selama ini?”

     “I’m so sorry. Abang..”

     “Abang tahu tak yang abang dah hancurkan hati Nad. Abang tuduh Nad curang dan mengandungkan anak orang lain. Dan, abang hanya datang pada Nad.. kembali ke dalam hidup abang. So sweet…”

     “Kalau tak kerana abang, kembalilah demi Qhafie.”

     “KEnapa abang tak ceraikan Nad sahaja? Ia lebih mudah.”

     Qabiel meraup wajahnya dengan kedua belah tangan. “Ini sebuah perkahwinan, dan bukan permainan. Abang masih pegang dengan prinsip abang yang satu itu. Tak ada yang menang begitu juga tak ada yang kalah. Kita sama-sama seri. Kerana hati kita masih satu, Nad. Awak cintakan saya, begitu juga saya. We love each other and that make me stand here right now!”

     “Nad.. tak cin..takan..”

    “Ceritera cinta kau dan aku masih belum tamat. kerana selagi nyawa kau dan aku ada, cinta itu tiada tarikh luputnya.

     “Nad nak balik. Penat.”

     “Abang hantarkan.”

     “Tak, tak perlu. Nad tunggu kawan.” Nadrah terus berlalu keluar dari Anjung Damai. Terkejut dirinya melihat Zafry yang duduk di salah sebuah meja di situ. Sangkanya Zafry telah pergi usai meninggalkan mereka berdua.



“Masih belum selesai?”

     “Aku ego?”

     “Tinggi.”

     “Aku jahat?”

     “Sikit.”

     Qabiel mengeluh berat. “Aku bagi amaran pada kau. Mulai detik ni, syarikat kau akan jadi tempat bertandang aku tak kira masa. Faham?”

      “Okey. Sila buat macam rumah sendiri.”


*****


Kelibat Zafry yang menghala ke arahnya memaksa Nadrah bangkit dan keluar dari pantry. Buat masa ini, dia tidak dapat memaksa diri untuk bersemuka dengan lelaki itu. Jelas sekali, terdapat satu penipuan sepanjang dia bekerja di bawah Zafry. Dia sama sekali tidak menyangka Zafry mengenali Qabiel.

     “Nadrah, masuk bilik saya.”

     “Untuk?”

     “Soal hati. Boleh?”

     “Encik ada perasaan pada saya ke?” soal Nadrah bermain tarik tali.

     “Hah?” Zafry melongo.

     “Tak ada. Okey, saya nak sambung kerja. Bye.”

     “Saya nak tolong awak dan Qabiel.” Zafry mengekori langkah Nadrah ke biliknya. “Saya kkasihan melihat Qabiel yang merana ditinggalkan awak, saya kasihan melihat awak menanggung rasa rindu pada dia.. dan saya bertambah kasihan dengan Qhafie yang dahagakan kasih sayang seorang ibu. Tolong jangan keras kepala, Nadrah. Sudahlah Qabiel punya ego agak tinggi..”

     “Ini soal saya dengan Qabiel. Encik Zafry, tolong ke tepi! I don’t need your help.”

“Kalau itu keputusan awak, saya suruh dia ceraikan awak. Habis cerita. nak?”

Nadrah melongo. Terkejut dengan keputusan Zafry yang tidak diminta pendapatnya.“Encik ni gilalah. Kenapa pula encik yang mahu buat keputusan untuk saya.”

“Alahai, suka tu cakap suka jelah. Susah sangat. Qabiel tu nak mati tunggu awak, tapi awak buat bodoh je dengan dia. Kesian saya tengok dia tu..”

“Jangan menyibuklah. Saya tahu apa yang saya lakukan sekarang ini.”

“Nadrah, saya nak beri nasihat pada awak. Supaya awak tidak terbeban. Mulai hari ini, saat ini, saya akan ganggu kepalaotak awak tu untuk kembali pada Qabiel. Oh, untuk pengetahuan awak juga saya dah beri keizinan penuh kepada Qabiel untuk keluar masuk sesuka hatinya di syarikat. Sebelum terlupa, awak tak boleh berhenti kerja dari syarikat ini tanpa tandatangan saya. Jangan tanya kenapa ada syarat pelik begitu, sebab tiba-tiba sahaja saya ingin buat sebegitu rupa. Khas untuk awak seorang. Demi sahabat!”

Antara percaya dan tidak, Nadrah hanya mampu ternganga mendengar segala kata-kata Zafry. Jika dia langgar syarat tersebut.. saman?!!

“Dah, saya banyak kerja.”

Zafry gelak besar tanpa mengendahkan kelakuannya diperhati para pekerja. Entah kenapa dia rasa kelakar mengusik Nadrah. Terbongkok-bongkok dia mengetawakan Nadrah. “Ya Allah, tak pernah aku segembira ini. Aduhai.. Nadrah.. Nadrah..”

“Encik Zafry, ada panggilan.”

“Eh, awak tak boleh tengok saya senang sikit ke?” Zafry bercekak pinggang. “Sambungkan ke bilik saya.”

“Err.. ya, okey.”




Kekok Maya berjalan di dalam pejabat untuk bertemu dengan Nadrah. Sebentar tadi dia mendapat panggilan dari rakannya itu. KEdengaran begitu runsing bagaikan ada masalah besar yang baru menimpanya. Risau Nadrah tidak dapat mengawal emosi membawa kakinya ke situ. Langkah kakinya berhenti di hadapan seorang lelaki yang sibuk memberi arahan  kepada staf yang lain. “Err.. assalamualaikum..”

     Zafry berpaling dan memandang Maya yang gelisah. “Waalaikumsalam. Ya, ada apa yang saya boleh tolong?” Zafry ramah bertanya. Selama ini tidak pula ringan mulutnya bertanya apa-apa pada tetamu yang datang dan tidak dikenali.

     “Saya nak jumpa Nadrah. Mana dia?”

     “Oh, kawan Nadrah. Tak sangka..”

     Terangkat kening Maya ketika itu. Gelagat Zafry menakutkannya. Namun, dia cuba senyum. Tertawan dengan gaya Zafry yang bersahaja. Siapa gerangan lelaki itu. Kacak juga. Isy..

     “Tak sangka apa?”

     “Tak ada apa. Dia tahu awak datang sini ke?”

     “Tak. Saya datang sini sebab risau dengan dia. Just now, dia call. Sounds trouble. Macam ada yang tidak kena. So, saya ke sini untuk tengok dia. Sebab dari semalam dia macam bad mood.”

     “Aah, sekarang ini Nadrah nampak agak emosi sikit. Kenapa ya?” Zafry senyum lebar. Manalah tahu dapat korek rahsia Nadrah dari rakannya. Senang sikit kerja penyatuan dua hati yang ego itu. “Awak rapat dengan Nadrah?”

     “Dia tinggal dengan saya. Rapat kot. Err.. by the way, balik pada tujuan saya ke sini? Nadrah mana? Dia ada?”

     “Dia tak ada. Keluar jumpa klien. Maybe tak balik pejabat pun.”

     Spontan Maya menghentakkan kakinya. “Dia tak ada and you just wasting my times tanya banyak soalan? Ya Allah, sabarkanlah hati aku ini. Buang masa betullah!” bebel Maya geram. Dia memusingkan tubuhnya. Mahu segera keluar dari pejabat itu. Tiba-tiba dia rasa malu sebab terlepas laku di hadapan lelaki tersebut.

     “Cik..”

     “Ohh.. my name is Maya. By the way, I’m so sorry. Misbehave tadi. Err.. sorry.” Maya berpaling dan memohon maaf. Dia kembali memusingkan tubuhnya.

     zafry berpeluk tubuh memandang Maya keluar dari pejabat. Teruja pula hatinya dengan tingkah laku Maya. “Menarik.” Dia memandang Mus yang masih menanti arahan darinya. “Mus, satu je perkataan yang saya nak awak bagi pada saya. Perempuan tadi tu, sesuai tak untuk saya?”

     “Perfect!”

     “Thanks.” Zafry terus meninggalkan meja Mus bersama-sama fail yang sepatutnya diserahkan kepada Mus.

     “Haissshh, apa yang tak kena dengan bos-bos aku hari ini. CIk Nadrah perangai macam ini, ENcik Zafry perangai macam tu.. moga-moga, Miss Carmen tak bad mood pula hari ini. Habis satu pejabat kena angin taufan nanti. gasak..”




“Tadi aku pergi ofis kau.”

     NAdrah mengalihkan pandangannya dari akca televisyen ke arah Maya. Keningnnya diangkat sebelah. “Buat apa?”

     “Yalah. Kau call aku cakap pasal bos kau bersekutu dengan Qabiel, kan? Aku dengar suara kau macam trouble gila. So, aku risaukan kau. Aku pergi sana nak tengok sikit kau.”

     “Alahai, mesti kau datang time aku tak ada kan. Kebiasaannya aku kalau jumpa klien, tak balik pejabat dah. Aku terus balik rumah.”

     Maya membetulkan duduknya. DIa mendengus perlahan. “AKu ada bersembang dengan mamat mana entah. Perangai macam hampeh. Aku tak tahulah dia sengaja kenakan aku ke tak. Tapi.. eeii, sakitlah hati!”

     “Sudah, siapa?”

     “Manalah aku kenal. Dia tinggi-tinggi, kulit cerah, hensemlah juga, dan pakaiannya.. biru gelap. Pakai vest.”

     Nadrah cuba membayangkan seseorang berdasarkan cirri-ciri yang diberi Maya. “Rambut dia pacak-pacak sikit?”

     “Hah, itulah. Kenal?”

     “Itulah rakan bersekutu Qabiel. Encik Zafry Adam. Bos aku!”

     “Bos kau? Perangai macam.. budak-budak?” Maya tidak percaya. Tergeleng-geleng kepalanya. “Eh, tapi kan..”

     “Tahu, dia hensem?” Maya mengangguk. “Elok juga kalau kau nak tackle dia. Bujang. Tak ada siapa-siapa lagi. BUkan gay, tapi memang tak ada yang nak kat dia. Workaholic. Muda dua tiga tahun dari Qabiel. 32, maybe.”

     “Yummy!”

     “Amboi Maya..”

     “Kau tak rasa ke.. macam aku dengan dia.. ada jodoh!”

     “Maya.. kau okey ke tidak ni?”

     “Answer me, Nad. Aku dengan dia.. sepadan tak?”

     “Sedangkan anjing dan kucing kadang-kadang boleh jadi kawan baik, tak salah rasanya kalau kau dengan dia berpadanan.”

     “Eh, Nad. Anjing dan kucing?”

     “Yalah. Tadi beriya marah kat dia. Sekarang.. Eii, peliklah!”

     Nadrah ketawa geli hati. Kelakar melihat mimik muka Maya.


*****


Puan Sri Salmah menatang dulang berisi minuman sejuk menuju ke taman. Tersenyum dia melihat Qhafie dan Amelia yang asyik berkejaran. Sudah lama dia tidak melihat Qhafie begitu seronok bermain. Dia meletakkan dulang di atas meja. “Dah puas merajuk ke, Nadrah?”

     “Nad bukan merajuk ummi. Nad.. entahlah, Nad tak pasti tindakan Nad ini sebab apa. Cuma Nad rasa, Nad pergi sebab tak nak terus menerus dituduh curang.”

     “Sampai pergi jauh dari Qhafie? Kesian ummi tengok dia. Setiap hari tunggu kamu.”

     “Maafkan Nad ummi. Nad susahkan ummi jaga makan pakai Qhafie sedangkan itu tanggungjawab Nad sebagai mama dia.”

     “Qabiel? Ummi kesian tengok dia juga. Beberapa hari ini dia demam.”

     “Dia dah besar, ummi.”

     “Fizikalnya memanglah besar, Nad. Hatinya tu yang kecil.”

     “Ummi, ummi percaya Nad curang?” soal Nadrah perlahan. Masih terkilan dengan tuduhan curang.

     Puan Sri Salmah mengusap belakang badan Nadrah. Kasih benar dia pada menantu tunggalnya itu. “Tak, sayang. Ummi tak pernah fikir yang bukan-bukan tentang Nadrah. Bagi ummi, selagi belum ada bukti sahih, ummi tak percaya. Sebab itu, ummi tak salahkan Nadrah dalam hal ini. Qabiel juga ummi tak salahkan. Mungkin ada sesuatu yang menjadi punca perbalahan kecil menjadi besar. Betul tak?”

     “Nadrah cuba jelaskan pada Qabiel, ummi.”

     “Ummi kenal anak ummi tu. Dia ego. Kuat sangat cemburunya. Pengalaman lampau dia dulu membuatkan dia takut kehilangan kamu, Nadrah. Percayalah cakap ummi. Dia takut kehilangan kamu. Cuma, caranya salah. Dia tak nak dengar penjelasan kamu.”

     “Ummi, buat sementara ini, Nad mahu bersendirian lagi.”

     “AMbillah masa, Nadrah. Ummi tidak kisah. Asalkan kamu jaga batas pergaulan kamu. Ummi tak nak dengar Qabiel cakap yang tidak elok tentang kamu. Dia tu cemburunya lain. Egonya pun sama. PEning ummi nak melayan.”

     “Terima kasih ummi sebab memahami.”

     “Cuma.. sekali-sekala, jenguklah Qhafie. Kesian dia..”

     Nadrah mengangguk kecil seraya melepaskan pandangan ke arah Qhafie. Dia tertawa kecil bila melihat Qhafie menedang bola dan akhirnya masuk ke dalam kolam renang.

     “Alaa.. mama, mama.. macam mana ni?” Adu Qhafie seraya berlari menghampiri Nadrah. Amelia mengekori.

     ‘ALamak, macam mana pula ni? Aku nak berenang, memang tak pandai. Bolanya dah ketengah tu.’

     “Tunggu papa baliklah, sayang.” Puan Sri Salmah memujuk Qhafie.

     “Papa balik lambat lagi, nek!” rengeknya.

     “Mama ambilkan.”

     “Awak tu berbaju kurung, Nadrah.”

     “Tak apalah, umi. kesian mereka tengah main ni.”

     Nadrah berjalan menuju ke kolam renang. DIa menghelakan nafas. Berat matanya memandang bola tersebut di atas permukaan air. Takut. Perlahan-lahan dia masuk ke dalam kolam renang.

     “Boleh ke tidak tu, Nad?”

     “Insya-Allah boleh..”

     “Hati-hati..”

     Tanpa disedari mereka semua yang sedang berdiri di tepi kolam, Qabiel berjalan menghampiri mereka. Penuh tanda tanya dirinya melihat ummi, Qhafie dan Amelia terjenguk-jenguk ke dalam kolam. “Nad?”

     Nadrah hilang imbangan diri sebaik sahaja terdengar suara Qabiel. Terus dia terkapai-kapai mencari tempat berpaut. ‘Ya Allah..’

      “Qabiel.. Nadrah.. cepat.. Nadrah tu..”

      Jam tangan ditanggalkan. Telefon bimbit diletak ke tepi. Dompet dikeluarkan dari poket seluarnya. Tanpa menunggu lagi, dia terus terjun ke dalam kolam renang. Tangkas dia mendapatkan Nadrah yang hampir tenggelam dan terus sahaja dia membawa isterinya ke atas. “Awak okey ke tidak ni?”

     “Mama, mama..”

     “Qabiel bawa pergi hospital dulu.”



Qabiel menggenggam erat jemari Nadrah yang masih belum sedar. Dia memandang wajah pucat Nadrah. Sesekali dia dapat merasakan Nadrah membalas genggaman tangannya. Dia melepaskan genggamannya. Rambut Nadrah yang terdedah diusap lembut. Penuh kasih. Tidak lama kemudian, dia mengambil peluang mencium dahi isterinya. Sudah terlalu lama dia tidak memperlakukan sedemikian rupa. Rindu.

     Tubuh Nadrah bergerak-gerak memaksa Qabiel menjarakkan diri sedikit dari nadrah. RIsau kehadirannya menyesakkan fikiran Nadrah. Sudahlah disebabkan kemunculan dia, isterinya itu hampir lemas.

     “Saya kat mana ni?”

     “Hospital. Tadi awak lemas.”

     “Thanks sebab sudi hantar Nad ke sini.”

     “Dah okey? ada rasa sakit?”

     Nadrah cuba untuk duduk. Qabiel mendekatinya dan tanpa dipinta dia membantu Nadrah untuk duduk. “Pening sikit.”

      “Nak abang panggilkan doktor?”

     Hanya gelengan Nadrah berikan. “Sekarang pukul berapa?”

     “10 malam.”

     “Hah?” Nadrah serta merta kekalutan. “Mana handphone?”

     “Nak buat apa?”

     “Nad nak call kawan. Mesti dia risau Nad tak balik lagi.”

     “Abang dah beritahu dia tadi. Dia call, abang tolong jawab.” Kata-kata Qabiel melegakan Nadrah. dia senyum tawar. “Kenapa fikirkan tentang kawan Nad? Selama Nad pergi tinggalkan abang, Nad tak risau apa perasaan abang?”

     “Siapa kata?” Tingkahnya.

     “Dua bulan Nad pergi. Tanpa khabar berita. Kalau Nad tak kerja dengan Zaf, tentu abang tak tahu keberadaan Nad sekarang.”

     “Perlu ke abang ambil tahu tentang Nad? Isteri abang ni tak setia, curang..”

     “Tapia bang tetap cintakan Nad. Faham tak? Percayalah cakap abang, seburuk-buruk tuduhan abang pada Nad, tak ada sekelumit rasa benci abang pada Nad. Semakin kuat abang rasakan cinta abang pada Nad. Sebab itu, bila Nad minta abang lepaskan Nad, abang tak mampu.”

     Nadrah menghalakan sebelah tangannya ke dada. “Hati Nad sakit sangat. Sakit. Satu demi satu andaian buruk, tuduhan melampau abang.. yang paling Nad tak boleh terima, abang cakap Nad mengandungkan anak orang lain. Hati Nad begitu sakit, abang. Sampai hati abang..”

     “Fikiran abang terganggu. Hubungan rapat Nad dengan Doktor Kamal membuatkan abang rasa Nad ada hubungan intim dengan dia. Sedangkan kita? Makin lama makin renggang.”

     “Itu bukan alasan untuk abang menuduh yang bukan-bukan. Nad malu..”

     “Abang mengaku. Abang ego, abang kuat cemburu, abang terburu-buru.. please, Nadrah. Kembali ke dalam hidup abang. Jangan buat abang menantikan Nadrah lagi. Ia jauh lebih sakit dari menanggung rasa cemburu.”

     “Abang… Nad tak pernah terlintas nak tinggalkan abang. Nad hanya mahu bersendirian.”

     “Abang tak mampu. Tolong jangan pergi lagi. Abang tak tahu bagaimana lagi mahu memujuk Nad. Demi Allah, abang terlalu mencintai Nad dan tidak mahu kehilangan Nad. Abang janji, abang takkan ungkit kisah yang telah berlaku sebelum ini. Kembali pada abang..” Air mata deras mengalir di pipi Qabiel. kedua belah tangan Nadrah dipegang dan jemarinya menggenggam erat jemari Nadrah. “Jangan tinggalkan abang lagi.”

     “Nad..”

     “Maafkan abang, Nad. Abang tidak cuba berusaha untuk dapatkan Nad kembali. Abang cuba gunakan Zafry untuk dapatkan Nad, tapi belum mencuba abang dah tewas. Abang mengaku, abang bukanlah lelaki yang berani menghadapi dugaan yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Abang mengaku.”

     Sayu hati Nadrah melihat Qabiel merayu padanya. Hendak menghalau Qabiel keluar, kasihan pula. Hendak mendengar setiap satu kata maaf Qabiel, dia pula cepat mengalah. Kemaafan yang dipinta Qabiel mampu menjernihkan keadaan kembali?

     “Nad mahu abang pergi jumpa dengan Doktor Kamal. Minta penjelasan yang sebenarnya dari dia tentang hubungan kami. Nad mahu abang dengar betul-betul. Kemudian abang datang jumpa Nad. Kita bincang lagi.”

     “Kenapa?”

     “Supaya abang tak terus menerus simpan rasa syak wasangka abang tu. Boleh? Demi Nad?”

     Akhirnya kata putus diberikan. Qabiel akan bertemu dengan Doktor Kamal untuk mendengar segala penjelasan dari lelaki tersebut mengenai hubungan mereka. Mahu atau tidak, dia perlu mendengar perkara sebenar. Ia mengenai perkahwinannya bersama Nadrah.


*****


Setahun kemudian

“Assalamualaikum..”

     Nadrah melangkah ke pintu utama untuk menyambut kehadiran tetamu. Dia tersengih lebar melihat Maya. “Lambat!”

     “Sorry! Jalan jammed. Makanan tak habis lagi, kan?”

     “Banyak lagilah. Baru je mula. Masuklah.”

     Qabiel keluar dari dapur. Dia menatang dulang berisi gelas. Dia menyapa Maya dengan senyuman. “Hai, datang seorang je ke? Mana cik abang sayang?”

     “Ehem… ehem, gatallah pula tekak ni. Cik abang sayang? Siapa ya?”

“Assalamualaikum..”

 Nadrah mencuit bahu Qabiel. “Panjang umur orangnya, abang.”

 “Amboi, macam menanti kehadiran aku je. Aku tetamu VVIP ke?”

“Tak payah nak perasan sangat, Zaf.”

Zafry mengetuk kepala Maya. Geram benar dirinya dilayan sebegitu rupa oleh tunang sendiri. Oh mereka sudah bertunang. Secara tidak sengaja. Kiranya, mereka berdua sudah bersekutu tanpa dirancang. Zafry berjumpa Maya secara senyap-senyap bagi merangka rancangan untuk merapatkan kembali Qabiel dan Nadrah di samping mencuba untuk mendekatkan diri dengan Maya. Dek kerana Maya turut menyimpan perasaan pada Zafry, dia menurut sahaja.

tanpa pengetahuan mereka, Qabiel dan nadrah sudah berbaik semula. Ketika itu, timbul rancangan jahat antara mereka berdua untuk mengusik Zafry dan Maya yang bersekutu. Dalam diam, akhirnya mereka berdua mengaku saling suka sama suka dan tanpa menbuang masa, Zafry menyatakan hasratnya untuk meminang Maya.

“Auch!! Eeii, kau ni tak pernah nak layan aku elok-eloklah!” bebel Maya. Geram.

“Ini hari raya, korang berdua masih tak habis lagi bergaduh?” usik Qabiel.

“Bini kau yang ngajar. Maya ni suka sangat melawan cakap aku.”

“Eh, saya pulak!”

Qhafie berlari laju ke arah Nadrah. “Mama, Dhiah nangis. Nenek suruh mama bagi susu.”

Nadrah mengangguk perlahan. dia senyum pada Qhafie yang begitu menyayangi adiknya, Aisyatul NAdhiah. Kehadiran anak kedua di dalam rumahtangganya benar-benar membawa seribu satu hikmah. hubungannya dengan Qabiel semakin rapat dan intim. Aisyatul Nadhiah hadir genap 10 bulan selepas mereka berbaik semula. Siapa sangka, rezeki hadir untuk menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi. Aisyatul Nadhiah merupakan anugerah terindah untuk mereka berdua.

“Nad naik atas dulu tengok Dhiah. Zaf, Maya.. makanlah. Jangan segan.”

“Don’t worry. Muka kita orang ni tak pernah rasa malu lagi bila sentuh bab makanan. Terutama Zaf.” Maya tersengih. Berjaya mengenakan tunang tersayang.

“Amboi…”

Nadrah sudah berlalu pergi. Qabiel pula tergeleng-geleng kepalanya melihat kelakuan Zafry yang kebudakkan. Tidak sangka sama sekali rakannya itu akan bertemu jodoh dengan rakan Nadrah.





Qabiel memanjat katil. Dia tersenyum melihat wajah Nadrah yang begitu kepenatan dek terlalu sibuk melayan tetamu pada hari ini. Bukan sekadar hari ini sebenarnya, isterinya itu sudah dua tiga hari tidak cukup tidur kerana asyik merancang, mengemas, dan memasak. Belum tambah lagi kesibukkannya dalam menjaga Qhafie dan nadhiah. Argh, kasihan benar dia melihat Nadrah.

     Rambut yang menutupi muka Nadrah ditarik ke belakang dan diselit pada telinga Nadrah. Dia mengucup lembut pipi isterinya. “Tidurlah sayang. Malam masih panjang untuk kamu..”

     Tubuh direhatkan lantas dia berbaring. Dia memeluk Nadrah. Erat. Dia begitu menyayangi dan mencintai Nadrah walau apa yang terjadi kerana dia tetap cintakan Nadrah.

     Setahun yang lepas begitu menguji kesabaran dan keteguhan imannya. Jika dia mengikut perasaan, sudah tentu dia akan kehilangan Nadrah. Ya, dia akan kehilangan nadrah.

     Pertemuan dua mata antara dia dan Doktor Kamal menjelaskan segalanya. Satu persatu Doktor Kamal memberitahu kedudukkan sebenar hubungan dia dan Nadrah. Kemudiannya berlanjutan mengenai kes keguguran Nadrah yang dirawat oleh Doktor Kamal. Segalanya diterangkan tanpa sedikit keraguan. Apa yang diberitahu Doktor Kamal sama dengan apa yang diberitahu Nadrah. HUbungan mereka jelas sekali hanya sekadar kawan biasa.

     “Nadrah, walau apa yang terjadi antara kita.. aku tetap cinta kamu. Selamanya..”
        


    
    
    
    
 



    


  p/s: yeay, dah habis. boleh tidur puas-puas. yeeehhhhaaa...!!!
        maafkan saya jika ada kekurangan dari penyampaian cerita ini. enjoy!!!