Monday, August 25

Sedetik Tidak Berubah part 3

Hilai tawa Omar Tsaqeef di dalam pantry membawa langkah Wildan ali ke sana. Dia bercekak pinggang memandang lelaki itu yang asyik menyertai beberapa orang pekerja lain menonton siaran ulanga Maharaja Lawak Mega. “Amboi kau asyiknya. Aku call langsung tak angkat.”

     “Sorry, aku silentkan phone.” Omar Tsaqeef menghampiri Wildan Ali sambil meneliti telefon bimbitnya. “Ada apa?”

      “Aku nak keluar. Nak jumpa dengan Aya. Aku baru tahu mana dia kerja. So, bos besar.. boleh aku keluar?”

      “Pergilah. Nak kejar cinta kau, kan?”

      “Okey, terima kasih.”

      “Itu je?” Wildan Ali mengangguk. “Lain kali text je aku. Aku balas ke tak, lantaklah. kan dah ganggu aku tengok Nabil. Isy..”

      Wildan Ali menjungkitkan sebelah keningnya. Pelik betul dengan perangai Omar Tsaqeef. Sudahlah memegag jawatan tertinggi di dalam syarikat, tapi berperangai seperti budak-budak. Tidak pernah mahu serius. Umur sudah menjangkau 30 tahun, masih bujang. Tidak terdetik di hati lelaki itu mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. “Kau tu jangan asyik sangat tengok MLM. Sat gi bapak kepada segala bos besar turun padang, nahas kau.”

     “Siapa?”

     “Aqila tak beritahu ke yang Tuan Rasyid nak datang syarikat hari ini dengan ALP semua?”

     Ketika itu, Omar Tsaqeef kelihatan termenung jauh seperti sedang memikirkan sesuatu. Dia meneliti schedule di dalam telefon bimbitnya pula. “Damn! Aku lupa.”

     “Get ready dengan semua fail syarikat, ya. Aku pergi dulu. Assalamualaikum.”

     Wildan Ali menepuk-nepuk bahu Omar Tsaqeef sebelum beredar pergi.




“Assalamualaikum, encik. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?”

     Mayesha lembut menyapa Wildan Ali yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam galeri. Dia menghulurkan sekeping pamphlet kepada Wildan Ali dan terus rancak memperkenalkan perkhidmatan yang ada di dalam galeri.

     “Saya nak jumpa dengan Aya Sophea sebenarnya. Dia ada?”

     ‘Aihh, semalam seorang lelaki jumpa dia. Hari ini lagi seorang. Dua-dua hensem. Abang dia ke?’ gumam Mayesha. “Encik siapa?”

     “Kekasih Aya, Wildan Ali.” Yakin Wildan Ali memberitahu.

     Mayesha melopong. Kekasih? Setahunya Aya Sophea sudah berkahwin, dan suaminya seorang doktor di Perancis. Dia mengenali suami Aya Sophea. “Encik ni cari Aya Sophea yang mana ya. Sebab setahu saya, Aya Sophea yang kerja di sini dah kahwin. Tak mungkin encik ni..”

     “Dah kahwin?”

     “Ya, dia dah kahwin. Empat tahun yang lepas.”

     “Aya Sophea Mikael Idrus?” Wildan Ali jelas sekali tidak dapat menerima perkhabaran tersebut.

      “Err..” Mayesha baru teringat. Sebelum ini, ada seorang lelaki yang datang ke rumah. Aya Sophea menangis dan menjadi murung kemudiannya. Ya, inilah lelaki yang disebut Aya Sophea. Wildan!

     “Dia mana? Siapa suami dia?”

     “Aya tiada di galeri sekarang. Dia pergi lunch dengan Encik Adib Ziyadh.”

     “Serius dia dah kahwin?” Sekali lagi dia bertanya lanjut bagi memastikan pendengarannya tidak salah.

     “Ya, dia sudah kahwin. Empat tahun yang lepas. Di Perancis!”

     Terbeliak mata Wildan Ali. Perancis? “So, suami dia orang Perancis? Islam? Melayu? Orang Inggeris? Pan Asian.. damn!!! Apa pulak aku merapu ni!”

     “Suami dia orang Melayu. Tapi ada kacukan Arab-Malaysia. Tak ada darah Perancis kecuali mak ciknya kahwin dengan orang Perancis. That’s all.” Mayesha galak menjawab segala pertanyaan Wildan Ali. Dia suka melihat lelaki di hadapannya itu kelam kabut. Lucu sekali gayanya.

     “Awak kenal rapat dengan Aya?”

     “More than that. Dia kawan baik saya, saudara saya. Luar dalam semuanya saya tahu. Kisah keluarga, kisah kekasih dan rumah tangganya. Kami bersama-sama mengusahakan sebuah galeri di Perancis. Thanks tu her husband too.”

     “Enough. I want to know about Aya Sophea. Not about her husband. Tell me more about her.”

     “By the way, ini galeri. Bukan kaunter pertanyaan. Kat galeri ini pun, kami tak letak kaunter pertanyaan.”

      ‘Alamak aihhh.. kecik besar kecik besar je aku tengok dia ini. Loyar buruk pulak. Elok kau kahwin dengan si Tsaqeef tu. Otak terkena virus.’

     “Bila dia masuk pejabat balik?” Nyata Wildan Ali tidak mampu berdiri lama di hadapan Mayesha.

     “I don’t know. Saya bukan pembantu dia mahupun setiausaha dia. Saya tak jaga jadual harian dia.”

     “Mulut awak ni boleh tahan juga, kan? Panas!”

     Mayesha gelak sahaja mendengar kritikan Wildan Ali. “Tak kenal saya lagi. Sebab tu rasa panas even kita ni dalam ruang berpenghawab dingin.” Mayesha senyum sinis.

     Tali leher dilonggarkan. Sekeping kad dikeluarkan dari dalam dompetnya. “Bagi pada Aya. Suruh dia call saya. Tak kira bila masa.”

     “Okey.”

     “Thanks you.”

     Wildan Ali terus meninggalkan galeri milik Aya Sophea dan Mayesha itu. Semakin panas berada dengan Mayesha yang begitu sinis berbicara. Tak padan dengan wajah yang lembut dan senyuman yang manis.

     Sampai sahaja di kereta Toyota Altezza miliknya, dia terus sahaja menendang tayar kereta. Melepaskan geram. ‘Aya dah kahwin? Impossible! Aku perlu berjumpa dengan daddy.’

     Pintu kereta dibuka lantas dia menerjah masuk. Enjin kereta dihidupkan. “Kacukkan Arab dan Malaysia.. Tengku Haicarl? Tak mungkin. Lelaki itu dah kahwin. Siapa pula? Daddy nak jodohkan dia dengan siapa selain Tengku Haicarl dulu?”

     Stereng ditumbuk kuat. Sekali lagi dia melepaskan geram. Pastinya, hati jauh lebih sakit berbanding fizikalnya.

*****

Aya Sophea menjerit kegirangan sebaik sahaja mendengar bunyi notification dari komputer ribanya. Dia melompat-lompat di hadapan Mayesha yang sememangnya pelik dengan aksi luar dugaan Aya Sophea. “Weyh, kau kenapa? Tercekik ayam aku tengok kau melompat macam tu.”

     “Skype! Mr. Romeo aku!!!” jerit Aya Sophea kuat dan lantang sambil menari-nari kegedikkan. Mengusik Mayesha yang paling menyampah dengan aksinya bila berduaan dengan Syed Zhafran.

     “Kalau aku tahu perangai kau macam ini, sumpah mati hidup semula aku tak suruh abang Syed kahwin dengan kau. Loya aku.”

     Tergelak kecil Aya Sophea mendengar komen Mayesha. “Eleh, jealous.” Aya Sophea membetulkan baju serta rambutnya. Dia duduk menghadap komputer riba. Dia menekan sesuatu menggunakan mouse dan senyum memandang ke kamera. “Assalamualaikum, ya habibi.”

     “Waalaikumsalam, ya habibi. Kaifa haaluki?” Syed Zhafran senyum senang hati melihat sang isteri yang berada jauh di mata. Lantas dia bertanya khabar bila melihat isterinya seperti kurang tidur.

     “Bikhairin, syukran. Wa anta?”

     “Bikhairin jiddan. Tapi lebih bagus kalau Aya ada di sisi.” Syed Zhafran menundukkan wajahnya sebaik menuturkan sahaja ayat terakhirnya. Malu.

     Aya Sophea turut melarikan pandangannya. Masih malu. Walaupun sudah berumah tangga dengan Syed Zhafran selama empat tahun lamanya, mereka berdua masih sedemikian rupa. Malu bila berduaan. Tetapi itu yang manisnya percintaan mereka. Sudah halal, tapi masih malu. Sudah halal, tapi masih tersipu. Tak rugi rasa kasih, tidak perlu membazir sayang. Lepas nikah semua indah!

     “Oitt Romeo dan Juliet, gediknya aku tengok korang!”

     Mayesha menghamburkan tawa bila Aya Sophea memasamkan wajah dan membaling bantal kecil padanya. Dia masuk ke dalam bilik sebaik sahaja keluar dari dapur. Mungkin mahu tidur. Mayesha memang tidur awal.

     “Aina Mayesha?”

     “Bilik. Mahu tidur.”

     “Cinta hati saya rindu ke tidak pada saya?” lembut suara Syed Zhafran bertanya.

     “Sentiasa merindui awak wahai.. Syed Zhafran! Stop teasing me, okay. Saja je tau.”

     Syed Zhafran gelak nakal. Seronok dapat mengusik isterinya. Bukannya dia tidak tahu pasti Aya Sophea akan turut menggunakan ayat bunga-bungaan selagi tidak sedar dengan ‘pukauan’ ayatnya. Kebiasaannya begitulah mereka berdua bila berbual. Seronok. Kadang-kadang Aya Sophea yang akan mulakan perbualan yang sedemikian. Cuma, Aya Sophea masih malu. “Saya rinduka awak.”

     “Jangan cakap awak seorang sahaja, Zhaf. Saya juga rindukan awak.”

     “Mahu saya ke sana?”

     “Tidak perlu kalau untuk seketika. Nanti bila awak pulang ke sana, rindu itu kian memuncak. Sakitnya merindu sukar diluahkan lagi dengan kata-kata.”

     “Orang seni memang petah berbicara.” Syed Zhafran senyum manis. “Ghadan..”

      “Ghadan? Ada apa dengan esok?”

     “Saya akan ke sana.”

     Spontan Aya Sophea menutup mulutnya yang melopong. Terkejut. Teruja. Segalanya bercampur baur. “Ghadan?”

     “Ya, esok.”

     “Kenapa?”

     “Saya rindu awak.”

     “I can’t wait.”

     “Suka?”

     Aya Sophea menganggukkkan kepalanya. Terlebih suka. Gila tak suka orang yang disayang nak datang bertemu.

      “Kita akan bertemu dengan famili Aya.”

      “Tak!”

      “Yes.”

     “Tak!”

     “Yes.”

     “Syed Zhafran Syed Ghaffar!”

     “Ya, saya sayang!”

     “jangan buat kerja gila. Saya tak ready untuk berhadapan dengan daddy dan mummy.”

     “Jangan risau. Saya ada untuk awak.”

     “Macam mana kalau daddy dan mummy mengamuk.”

     “Saya akan melindungi awak dari segalanya. Apa gunanya saya sebagai seorang suami kalau tidak mampu melindungi isteri sendiri? Tidak bertanggungjawablah saya mengatakan cinta dan kasih pada seseorang tetapi tidak mengambil risiko untuk melindunginya.”

      Berkaca jua mata Aya Sophea mendengar kata-kata Syed Zhafran. Tidak dapat dinafikan. Syed Zhafran memang lelaki yang bijak berpuitis. Puitisnya bukan sekadar manisan yang ditabur mendapatkan gigitan enak, tapi puitisnya mengundang seribu rasa yang cukup enak ditelan dari setiap gigitan. “Saya tunggu awak esok.”

      “Okey, sayang. Sekarang, saya mahu awak tidur. Dapatkan tidur yang secukupnya untuk esok. Kita pergi dating. Boleh?”

     “Sure. Saya akan jadi tour guide untuk awak.”

     “Berapa upah yang awak akan kenakan untuk tour guide saya sepanjang berada di Malaysia?”

     “Cinta yang secukupnya sampai pinjaman nyawa kita dikembalikan kepada Pencipta.”

     Aya Sophea menutup mukanya. Seedar diri sudah terlanjur kata. Syed Zhafran hanya menggelengkan kepala. Turut malu.

     “Ilal liqaai ghadan. Saukallimuka bittilfuwn ba’da ghadan.”

     “Ya, kita jumpa esok dan saya akan tunggu panggilan awak.”

     “Assalamualaikum..”

     “Waalaikumsalam.”      






p/s: saja gedik letak bahasa arab sikit. buat apa belajar dulu lau tak gunakan. hehehe. tapi tidaklah fasih dan hebat. hanya tahu sikit2. mungkin pengunaannya jugatidak berapa sesuai. jika yang tahu berbahasa arab tu, tegurlah ya.


kosa kata arab:
ya habibi- kekasihku
kaifa haaluki- apa khabar anda?
bikhairin- baik
syukran- terima kasih
jiddan- sangat
wa anta- dan anda
ghadan- esok
Ilal liqaai ghadan- sampai jumpa esok
Saukallimuka bittilfuwn ba’da ghadan- saya akan telefon anda esok

okey bye. semoga kehadiran Syed Zhafran membuatkan Wildan Ali cemburu. LOL!!!