Wednesday, August 27

Sedetik Tidak Berubah part 4

Aya Sophea berdiri di hadapan almari cermin. Dia mengeluh panjang melihat wajahnya yang pucat dan sembab. Di kelilingi matanya pula terdapat lingkaran hitam menandakan dirinya tidak cukup tidur. “Hari ini bersiap sedialah untuk dengar Doktor Syed Zhafran Syed Ghaffar tu membebel. HUrmm..”

     “Tak masuk galeri langsung?” Mayesha masuk ke dalam bilik sambil menghirup air Horlick. Sebelah tangannya yang lain pula dia memegang roti bun berperisa coklat.

     “Masuk. Sebab tak sure Zhaf sampai pukul berapa. Dia cakap, dah sampai baru nak call.”

     “Rushinglah nanti.” Suara Mayesha tenggelam timbul setelah bercakap dengan mulut yang penuh dengan roti bun.

     “Tak apa. By the way, kalau aku keluar nanti mungkin balik lambat atau kita orang tak balik. Singgah honeymoon!”

      “Poyo! Honeymoon selepas empat tahun kahwin?”

      “Kan?” Aya Sophea membetulkan selendangnya agar kelihatan lebih kemas dan cantik. Dia senyum melihata padanan pakaiannya hari ini. Ringkas dengan sepasang gaun labuh tanpa lengan yang dihadiahkan Syed Zhafran dahulu bersama sehelai jaket bercorak pemberian Adib Ziyadh. “Okey tak?”

     “Okey. Cantik,” puji Mayesha. Dia suka melihat penampilan Aya Sophea. berani mencuba pelbagai jenis material dan corak untuk digabungkan. Aya Sophea tidak pernah takut untuk menggabungkan beberapa warna pada satu-satu masa. Ikut emosi dan moodnya. “Eh, sebelum aku terlupa..”

     Dahi Aya Sophea berkerut seribu melihat Mayesha yang terjerit kecil dan terus keluar dari biliknya. Kelam kabut bunyi langkah kaki Mayesha mencari sesuatu.

     “Nah!” Sekeping kad dihulurkan kepada Aya Sophea. “Dia datang galeri semalam sewaktu kau keluar makan dengan abang kau. Dia suruh kau call dia.”

     “Dapat juga dia tahu aku kerja mana.”

     “Dan..”

     Mata Aya Sophea terus sahaja menikam anak mata Mayesha. “Dan? Apa?”

     “Dia cakap yang dia tu kekasih kau. Dan, aku terlepas cakap. Dan, aku cakap yang kau dah kahwin. Dan, dia nampaknya macam tak boleh terima. Dia angin satu badan.”

     “Kekasih? Kelakarnya. By the way, thanks. Aku tak kisah pun kau beritahu dia yang aku dah kahwin. Kenyataannya aku memang dah kahwin.” Aya Sophea senyum. “Kau nampak tak Wildan Ali yang aku pernah ceritakan pada kau tu memang ada pada dia. Susah nak terima kenyataan, tetapi lama-lama dia akan terima dan terus biarkan. Bila dah berlaku, baru nak sesalkan.”

     “Ada sikit. Tapi, bila aku tengok kau yang dah kahwin dengan abang Syed, aku rasa kau lebih sesuai dengan abang Syed. Sudahlah romantik, senyuman manis, suara lembut, malu-malu.. aishh, bestlah. Badan abang Syed..”

     “Ehem.. ehem.. sakit pula tekak ni.” Aya Sophea mencebik sedangkan Mayesha galak mengetawakannya.

     “Tak boleh ke?”

     “Tak. Hanya aku je.”

     “Ermm.. tak lama lagi, abang Syed aku jadi ayah nampaknya!”

     “Eh, ke situ pula.” Bercekak pinggang Aya Sophea. Bersemu merah wajahnya menahan malu. “Tapi... aku pun tak sabar nak bergelar ibu.”

      “Aku doakan yang terbaik untuk korang berdua. Semoga cepat-cepat dapat baby.”

     “Amin.”



Tuan Mikael Idrus memandang Adib Ziyadh yang leka menatap surat khabar. Leka benar sampaikan langsung tidak sedar dirinya yang sudah berdiri lama di hadapan Adib Ziyadh. Dia melabuhkan punggungnya. “Adib tahu adik dah balik Malaysia?” soalnya lembut. Tidak mahu mengejutkan Adib Ziyadh yang leka.

     Perlahan-lahan Adib Ziyadh melipatkan surat khabar dan meletakkannya di atas meja kopi. Dia memandang daddynya. “Daddy tahu adik dah balik?”

     “Wildan beritahu.”

     “Ya, adik dah balik. For good. Dah sebulan.”

     “Dia tak nak balik vila?”

     Soalan Tuan Mikael Idrus membuatkan Adib Ziyadh menggaru kepalanya. “Buat masa ini tidak kut. Dia tengah busy untuk siapkan galeri dia.”

     “Adib dah bertemu dua muka dengan dia?” Adib Ziyadh mengiyakan dangan anggukkan. “Dia macam mana? SIhat.”

     “Alhamdulillah. Dia sihat. Semakin ceria dan bahagia.”

     “Daddy tidak tahulah apa yang tidak kena dengan Aya. Dia tidak pernah ceria bila berada bersama kita semua. Apa sebenarnya yang dia mahukan?” keluh Tuan Mikael Idrus. Bukannya dia tidak sedar yang Aya sophea dari kecil suka memberontak. Ada sahaja yang tidak kena sampaikan dia pernah mengurung anak gadisnya itu di loteng bila Aya Sophea cuba melarikan diri dari rumah sewaktu berusia 16 tahun.

     Adib Ziyadh menjungkitkan kedua belah bahu. Dia sendiri tidak tahu apa keinginan adiknya. Mungkin kebebasan. “Entahlah daddy. Adib pun tak tahu. Aya mungkin bukan seorang gadis yang suka menjalani kehidupan senang tanpa bersusah payah, mungkin juga dia tidak suka terkurung dalam vila bersama beberapa bodyguard setiap masa.”

     “Dia mahukan kebebasan?”

     “Mungkin.”

     “Ajak adik pulang ke vila. Mummy rindukan dia.”

     “Daddy?”

     “Daddy dah lama maafkan adik. Dia satu-satunya anak perempuan yang daddy ada. Daddy juga rindukan keletahnya bila bermanja. Bila teringat kisah dulu-dulu, dia jugalah yang menceriakan vila ini dengan kenakalannya. Habis tunggang terbalik vila ini bila dia ada. Tapi bila dia sudah tiada, seri vila ini seperti hilang. Tiada gelak tawa para pekerja, tiada senyuman mummy.. dan kamu.. asyik sibuk di pejabat. Daddy rasa..”

     “Insya-Allah, Adib panggil dia pulang nanti.”

     “Kita buat makan-makan. Panggil Wildan sekali.”

     Adib Ziyadh telan air liurnya. “Wildan? Kenapa?”

     “Cukuplah empat tahun memisahkan mereka berdua.”

     “Daddy, tak payahlah. Kita buat makan-makan sesama ahli keluarga sudahlah. Tak perlu ajak orang luar sekali.”

     Tuan Mikael Idrus memeluk tubuh. Dia jadi hairan mendengar permintaan Adib Ziyadh. Bukankah anak lelakinya itu menyokong Aya Sophea suatu ketika dahulu yang memilih Wildan Ali sebagai teman hidup. Kenapa pula sekarang Adib Ziyadh tidak mahu Wildan Ali turut serta dalam pertemuan tersebut. “Jujur dengan daddy. Rasa macam ada yang tidak kena je. Kamu berdalih ke? Kenapa Wildan tidak boleh ikut serta. Orang luar? DIa juga akan jadi keluarga kita bila berkahwin dengan Aya.”

     “Erhh.. ermm..”

     “Sebab Aya dah kahwin? Dengan orang lain?” telah Tuan Mikael Idrus. Dia menantikan jawapan dari Adib Ziyadh. Jika benar kata-kata Wildan Ali, dia tidak boleh tunggu lama. Dia perlu bertemu dengan Aya Sophea. Apa pula kata rakan-rakan perniagaannya yang lain bila tahu anaknya sudah kahwin tetapi tiada undangan majlis.

     “Ya, daddy. Aya dah kahwin. Di Perancis.”

     “Alhamdulillah.” Lega hatinya sedikit. Maknanya sepanjang Aya Sophea berada di Perancis, ada seseorang yang melindungi anak gadisnya. “Panggil dia dan suaminya ke vila. Kita bincang. Kita perlu adakan sedikit majlis keraian untuk hebahkan perkahwinan mereka berdua.”

     “Insya-Allah daddy. nanti Adib beritahu Aya.”
    


“Kau nak apa?” soal Adib Ziyadh sebaik sahaja Wildan Ali melabuhkan punggung di hadapannya. Terkejut juga dia bila lelaki itu tiba-tiba sahaja muncul di hadapannya sedangkan mereka berdua sudah lama tidak bertemu.

     “Kau tahu Aya dah balik?”

     “Dah.”

     “Aya dah kahwin?”

     “Dah.”

     “Bila kau tahu?”

     “Beberapa hari yang lepas.”

     Wildan Ali meraup wajahnya. Sekarang, dia sudah tahu. Aya Sophea yang membuat keputusan untuk berkahwin. Tanpa pengetahuan sesiapa. “Kenapa dia kahwin dengan orang lain?”

     “Manalah aku tahu. Waktu dia kahwin, dia ada di Perancis. Bukannya ada di depan aku. Kalau depan aku, mungkinlah dia akan kahwin dengan Tengku Haicarl, atau kau.” Adib Ziyadh memandang Wildan Ali yang menjenguk ke sana sini. “Kau cari siapa?”

     “Manalah tahu kalau Aya datang makan dengan kau. Aku nak jumpa dia semalam. DIa keluar lunch dengan kau. Aku tinggalkan kad, suruh dia call aku, langsung tak ada call.”

     “Tak, dia ada hal lain.”

     “Hal apa? Dia tak beritahu kau?”

     “Eh, aku nak makan. Makan! Aku baru je nak suap nasi masuk dalam mulut, kau tanya aku. bila aku nak habis makan?”

     “Sorry. Makanlah. aku tunggu.”

     “Tunggu buat apa?”

     “BadaiDanau. Jam dua.”

     “Oh..”


*****


Aya Sophea terpaku beberapa detik. Dia memejamkan matanya dek terlalu takut dengan sesuatu yang baru sahaja memeluknya. Hatinya benar-benar kegelisahan dan ketakutan sudah menguasai tubuhnya. Siap sahaja yang boleh membantunya bila kesusahan sedemikian. Andai dia nekad, pasti ada bahaya yang turut bertandang. “Kau siapa? Apa yang kau nak?” soalnya dengan getar suara yang ketakutan. Ingin berpaling, sungguh dia tidak berani.

     “Aku mahu kamu..” Garau. Serak. Keras.

     “Tolong.. aku..”

     Pipinya dikucup. Lembut. Terasa geli dek terkena jambang dan ketika itu, Aya Sophea tersedar akan sesuatu. Wangian lelaki itu. Cara pelukan dan suaranya. “Syed Zhafran!?”

     “Ya, sayang.” Spontan suara Syed Zhafran berubah lembut. Seperti biasa. “I miss you..”

     Tubuh dipaling menghadap Syed Zhafran yang beriak biasa. Tiada langsung riak bersalah di wajahnya. “Bencilah.”

     “Rugi benci suami sendiri.”

     “Menyampah.”

     “Lagi awak menyampah dengan saya, lagi saya suka.”

     “Nakal!”

     Syed Zhafran menguntum senyum. “Nakal dengan awak je, ada hasil.”

     “Syed Zhafran!”

     “Ya, sayang..” Syed Zhafran terus menarik Aya Sophea ke dalam dakapannya. SUngguh dia rindukan Aya Sophea. Sungguh dia tidak mahu berjauhan lagi dengan isterinya. Cukuplah hanya sebulan. “Sorry, saja buat kejutan untuk awak.”

      “Pakat dengan Mayesha, kan? Tiba-tiba je dia nak keluar cari barang.”

      “Tak salah.”

     “Saya tunggu awak dari tadi. Tunggu panggilan awak.” Kepalanya dilentokkan di atas dada Syed Zhafran. Dia tersenyum sendiri. Bagus mendapat lelaki yang tinggi. Sekurangnya bila dia yang pendek dan kecil itu berdiri di hadapan Syed Zhafran dia dapat meletakkan kepalanya di dada. “I miss you, Zhaf. Especially, your heartbeat!”

     “Sebab tu, saya peluk awak.” Syed Zhafran bersuara perlahan. Sudah arif dengan keinginan dan tingkah laku Aya Sophea. Isterinya itu suka dipeluk untuk mendengar degup jantungnya. Dia tenang.

     Mayesha masuk ke dalam bilik. Dia berdehem sengaja mahu mengganggu mereka berdua yang masih berpelukkan. “Abang Syed, Sha tak nak peluk ke?” usik Mayesha sebelum melepaskan gelak nakal. Kelakar melihat riak wajah Syed Zhafran yang bersemu merah dan pudar wajah yang kegelisahan. “Eh, acah je. Haram.”

     “Kau ni. Jahat kenakan suami aku.” Mencekak pinggang Aya Sophea mendengarnya.

     “Sekali-sekala. Aku pun rindu nak gurau-gurau.”

     “Bab peluk, hanya aku je tau boleh dengan Zhaf.”

     “Ya, hari ini kita peluk sampai lebam. Okey?”

     “Dari ayat abang Syed, aku rasa doa yang kita mohon pagi tadi.. dimakbulkan!”

     “Mayesha!!!”

     Aya Sophea menutup wajahnya menggunakan kedua belah tangan. Malu. Jauh di dasar hatinya dia berdoa agar Syed Zhafran tidak bertanya lanjut mengenai itu. Dia kembali memandang suaminya yang turut memandangnya. Pandangan mereka bertemu sebelum mereka berdua mengalihkan pandangan masing-masing. Terbit rasa malu. Argh, begitu sukar mendefinisikan perasaan di antara Aya Sophea dan Syed Zhafran.

     “Dalam skype.. Mr Romeo dan Mrs Juliet. Kenyataannya, korang berdua ni.. dah macam ustaz dan ustazah! Malu-malu kucing,” komen Mayesha sebelum keluar dari bilik Aya Sophea.

      Sekali lagi Aya Sophea memandang wajah suaminya. Namun, ketika itu juga Syed Zhafran turut memandangnya. Mereka berdua tergelak dengan aksi mereka sendiri. “Saya rindu nak tatap muka awak. Jangan fikir lain.”

     Syed Zhafran mengangguk. “Saya juga. Jangan fikir lain.”

     “Kenapa tak call cakap dah sampai?”

     “Tak naklah susahkan awak kena ambil saya di airport.”

     “Betul?”

     “Ya, rindu awak. 200%”

     Meletus tawa Aya Sophea mendengarnya. “Tengok ke cerita tu? Tonton?”

     “Eh, mana ada saya layan cerita-cerita jiwang macam tu. Tak macholah.” Syed Zhafran menggeleng-gelengkan wajahnya. Dia memandang Aya Sophea yang sudah duduk di salah sebuah kerusi di situ. “Tapi, adalah sikit.”

     “Agak dah.”

     “Aya, tahu tak sebab apa saya ke sini hari ini. Tak esok, tak lusa, tak semalam.. tapi hari ini.”

     “Not so sure. Mungkin semalam tiket flight dah habis. Esok lusa pun sama. Hanya ada hari ini. kan?”

     Lebar senyuman Syed Zhafran mendengarnya. Confirm Aya Sophea memang pelupa bila berkaitan dengan tarikh-tarikh istimewa. Jadi rancangannya untuk membuat kejutan sempena hari lahir Aya Sophea tentu menjadi. “betullah tu. Pandai.”

     “Yeay..”

     “Aya Sophea Mikael Idrus..”

     “Ya, Syed Zhafran Syed Ghaffar. Awak mahu apa?”

     “Nak honeymoon ke mana?”

     “Honeymoon?”

     “Mayesha cakap yang awak..”

     “Eh mana ada. Saya main-main je dengan dia. SUka sangat ambil serius dia tu. Haihh..” tepis Aya Sophea. Malu mahu mengaku rancangan awalnya tadi.

     “Kita pergi tempat yang sejuk. Cameron?”

     “Awak nak?”

     “Saya nak pergi honeymoon dengan awak. Empat tahun bersama, takkan nak berdua lagi. Elok kita rancang..”

     “Awak nak anak?”

     “Itulah rancangan saya. Maksud tersirat. Awak dapat tangkap.”

     Aya Sophea simpul senyum. “Okey. Kita plan..untuk dapat anak.”

     “Bila?”

     “Hah?”

     “bila nak pergi Cameron? Jangan fikir lain.”

     Mereka berdua tergelak.