Tuesday, March 10

Kali Kedua

“Kau buat apa di sini?”

     “Kau nampak apa yang aku tengah buat, kan?” Haq selamba membalas. Dia mencapai seekor ketam dan menggigit-gigitnya.

     “Kau ekori aku?”

     “Eh tak ada makna aku nak ekori kau. Aku memang datang sini sebab nak makan. Entah-entah kau yang ekori aku. Kan?”

     Syikin terus menyambar tangan Atiyah dan membawanya jauh dari tempat Haq duduk bersama rakannya. Hendak cakap lebih dia tidak berani memandangkan tempat yang dikunjungi mereka bukanlah dekat. Mereka berada di Perlis. Ya, Perlis.

     Tayar kereta ditendang. Lepas sudah amarahnya pada Haq. Bengang. “Isy, aku tak faham betullah. Macam mana dia boleh ke sini? Sengaja je nak sakitkan hati aku.”

     “Tiya, cuba sabar sikit. Fikir dulu. Tak ada maknanya Haq ikut kau dari KL. Ini Perlis. Mungkin dia ada hal sekitar sini.”

     “Yalah sangat. Memang dia ekori aku!”

     Syikin menggelengkan kepala. Mereka berdua masuk ke dalam perut kereta. Sebaik enjin dihidupkan, Atiyah terus membuka penghawa dingin tahap maksima. Lega.

     “Aku pun pelik dengan kau. Yang buat kerja gila sampai ke Perlis, kenapa? Mengidam nak tidur dalam hotel? Kat KL tu berlambak.”

     “Saja, ambil angin. Release tension.”

     Sekilas SYikin memandang Atiyah sebelum mengundurkan keretanya. Pening melayan kerenah Atiyah yang bersikap acuh tak acuh. Kadang-kadang sikap Atiyah begitu rumit. Sungguh sukar bagi sesiapa yang baru mengenali Atiyah untuk memahami. “Korang berdua macam ada chemistry tau, tak. Walaupun lepas dah tak ada apa-apa.”

     “Dia ekori aku. BUkan sebab ada chemistry!”

     Semalam, Syikin menyaksikan sendiri perpisahan yang terjadi di antara Atiyah dan Haq. Sememangnya dia mengenali Haq buat pertama kali dua tahun yang lalu. Dikenalkan Atiyah yang ketika itu baru sahaja putus tunang. Baginya, Haq seorang lelaki yang cukup matang dan begitu relaks. Wajahnya tampan, tubuhnya tinggi dan sasa. Tutur Haq begitu tersusun dan kedengaran sopan. Jadi, mana silapnya sehinggakan Atiyah mahu berpisah dengan Haq?

     Mengenali Atiyah pula, seawal usia belasan tahun. Mereka sama-sama membesar di kampung dan bersekolah di sekolah yang sama. Usai menamatkan bangku persekolahan, mereka mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti yang sama. Kebanyakkan aktiviti mereka sering bersama. Atiyah seorang gadis yang ringkas dan cantik. Tubuhnya agak kecil namun memiliki suara yang lantang. Apa yang menjadi tarikan pada Atiyah hanyalah satu. Senyumannya. Bisa mencairkan hati sesiapa sahaja. Bila bergandingan dengan Haq, kelihatan sungguh sepadan. Mereka secocok dan begitu serasi. Sekali lagi, mana silapnya hubungan mereka?

     SAat perpisahan mereka berdua, Syikin hanya mampu memandang dari jauh. Mereka berbual seperti tiada apa yang berlaku. Segala-galanya berlaku dengan pantas. Akhir pertemuan, mereka sama-sama berdiri dan mengucap selamat tinggal. Syikin percaya kedua-dua mereka menangis. Haq kelihatan sedang mengesat mata menggunakan hujung lengan bajunya manakala Atiyah menyeka air mata dengan sehelai tisu.

     Apa silapnya?

     “Kau cintakan Haq lagi?”

     “Syikin, kalau kau ikut aku ke Perlis ni sebab nak soal siasat aku.. baliklah. Aku boleh jaga diri.”

     “Aku saja bertanya. Lagipun baru semalam kau dengan dia berpisah.”

     “Dah tak ada perasaan. Puas ?”

     “Aku suka tengok Haq tu. Jadi, lepas ni kalau aku keluar dengan Haq, kau tak boleh..”

     Atiyah menggigit bibirnya. Geram. Syikin ada perasaan dengan Haq?

      “Kau nak ambil dia buat pekasam, ambillah. Aku tak hairan dah. Benci.”

     Tergelak SYikin mendengar kata-kata ATiyah yang bernada marah. Sungguh jelas Atiyah masih mempunyai perasaan pada Haq. Benci? Tak mungkin Haq membuat sesuatu sehingga Atiyah merasa benci padanya.
    


Luq menggeleng-gelengkan kepala melihat Atiyah dan kawannya beredar pergi. Dia memandang Haq yang masih bersisa gelak. Sakan dia menggelakkan Atiyah yang memaki tanpa sebab. Luq menyambung makan. Dek terkejut dengan sergahan Atiyah sebentar tadi, seleranya mati. Dia hanya mampu memandang tanpa bersuara.

     “Aku dan dia berada di Perlis. Sehari selepas berpisah. Boleh buat novel tak?” soal Haq dengan sisa tawa yang tidak mampu dihilangkan lagi. Jauh di dalam hatinya, dia sedang berduka. Siapa yang tahu gelora hatinya ketika itu?

     “Idea baru untuk manuskrip kau ke?”

     “Okey kan?”

     “By the way, macam mana kau orang boleh terfikir sampai bercuti tenangkan fikiran ke Perlis. Makan kat tempat yang sama pula tu.”

     Haq sengih. Tidak mahu menjawab pertanyaan Luq. Dia menghabiskan sisa makanannya dan terus menyedut minumannya yang masih berbaki setengah gelas. “Aku nak pergi Langkawi esok pagi. Nak join? Dalam seminggu. Release tension..”

     “Boleh. Aku join kau!”

     “Kau agak-agak Tiya akan ke Langkawi tak?”

     Air minuman dihabiskan. Luq mengusap dagunya berkali-kali cuba memikirkan kebarangkalian Atiyah akan ke Langkawi. “Mungkin dia balik KL kut. Yalah, dia fikir nak release tension sampai ke Perlis, alih-alih tengok muka kau kat sini. Stress!”

     “Aku hensem macam ini, mana ada datangkan stress.”

     “Berlagak. Meluat aku!”

     “Luq, kau cemburu tengok aku hensem. Aku tahu..”

     “Kau ingat aku gay?”

     “Why not?”

     Penyedut minuman dikeluarkan dari gelas dan dimasukkan ke bibir. Luq menghembuskan udara ke dalam penyedut minuman di mana kemudiannya air yang bersisa dan melekat di dalam penyedut minuman itu keluar mengenai Haq. “Gila!”

     Tisu diambil lantas dikesat muka yang basah. ‘Hampeh punya Luq.’



Syikin hanya mengikut langkah Atiyah menuju ke jeti Kuala Perlis. Dia tidak tahu apa yang sedang dirancangkan Atiyah. Mengikut perancangan awal, Atiyah akan pulang ke Kuala Lumpur pada petangnya. Tetapi, melihatkan Atiyah yang santai dan tiada tanda-tanda mahu pulang, menghairankannya. “Kita buat apa sini? Nak ke Langkawi?”

     “Aah. Pandai pun!”

     “Cakap nak balik KL petang ini. Sempat ke?”

     “Tak jadi!” Atiyah melebarkan sengihan. “Aku tukar plan. AKu nak release tension di Langkawi pula. Kau nak join?”

     “Esok Isnin. Kerjalah. Kau tak masuk kerja ke?”

     “Aku dah minta cuti seminggu dari Mr. Wilson.”

     “Dia bagi?”

     “Bagi. Aku bagi alasan yang aku baru putus cinta dan keadaan aku tak stabil. Aku perlukan waktu untuk bersendirian, menenangkan fikiran. Dia sendiri bagi aku cuti seminggu. Dia bagi.”

     “Biar betul. Selalu nak bagi cuti bukan main kerek.”

     “Entah dia tu. Pelik, kan?”

     “By the way, tak payah nak membazir sampai ke Langkawi. Kita release tension di KL. Banyak tempat boleh aku bawa. Insya-Allah, terisi sikit kekosongan hati kau.” Syikin berkata-kata sambil meneliti papan kenyataan di dinding.

     “Bingit. Tak boleh nak release tension.”

     “Eh, ada.” Atiyah memandang Syikin penuh minat. Jika ada, apa salahnya ke sana. Jimat duitnya dan cuti yang berbaki tidak terlalu membazir. Paling tidak, dia masih boleh simpan dengan duduk di rumah melepak. Makan dan tidur dengan rasa bahagia. “Masjid Wilayah, Masjid Negara, Masjid..”

     Tangan kanan Atiyah berada betul-betul di hadapan muka Syikin. Mukanya sudah bersemu merah dek menahan rasa marah. “Syikin, stop joking with me. Aku faham yang tempat-tempat itu semua, memang menenangkan. Tapi.. aku nak yang fresh. Hutan, laut, binatang, and whateverlah. Zoo negara? Please jangan bagi aku angin lagi!”

     “Okay, sorry. Aku nak bawa kau balik KL ni. Nampak sangat tak berjaya. So, kita nak ambil feri pukul berapa?”

     “Hah, yang itu aku suka. Aku nak try tanya feri dalam pukul 10 dan 11 pagi esok. Sempat kita pergi sarapan dulu.”

     Syikin membiarkan rakannya itu membuat keputusan. Dia hanya mengikut. Telefon bimbit dikeluarkan dan dia terus sahaja menaip sesuatu. Lupa mahu memberitahu kepada orang tuanya mengenai pemergiannya ke Perlis. Tak pasal-pasal ibunya yang terkenal dengan sikap risau menghubungi polis untuk mencarinya. Haru!

     “Syikin?”

     “Haq? Luq? Nak ke Langkawi juga ke?”

     “Dah sampai sini, rugi kalau tak ke sana. Kenapa?” Haq bertanya. Sengaja dia beriak biasa. Mahu menutup rasa teruja dan terharu. Dia tahu, Atiyah akan ke sana juga.

     Luq mengerling Haq. “Oh ya. Tak sangka. Maknanya kau dengan Tiya nak ke sana juga?”

     Laju Syikin mengiyakannya. Dah terang lagi bersuluh, takkan nak kalih arah. Ada feri untuk ke Penang dari jeti Kuala Perlis? Gila kalau bagi alasan bodoh begitu.

     “Syikin, jangan cakap apa-apa pada Tiya. Nanti tak pasal-pasal dia mengamuk. Kebetulan. Taknaklah sakitkan hati dia.”

     “Don’t worry, Haq.”

     “Okeylah, aku nak pergi tengok tiket. Till we meet again, Syikin.” Haq terus berlalu pergi meninggalkan Syikin yang masih menunggu Atiyah kembali dari membeli tiket.

     ‘Aduh, mati kalau mereka bertembung lagi. Naik gila aku jadinya nanti. Macam manalah mereka berdua boleh ada rancangan yang sama? Ini yang bertambah pelik bagaimana mereka boleh fikir nak berpisah?’ omel Syikin seorang diri tanpa menyedari Atiyah sudah berdiri di sebelahnya.

     Lengan Syikin disenggol. “Kau bebel apa seorang diri kat depan tiang. Dah gila? Kau baru putus cinta juga ke?”

     “Ni hah.. nyamuk gigit. Merah. Dah dapat tiket?”

     “Dah. Tapi, bukan esok. Lagi 10 minit. Feri last ke sana. Bagus juga. Sampai sana terus makan malam. Pergh! Sedap! Murah! Bebas cukai kan.” Atiyah mengekek ketawa melihat Syikin yang mengherotkan mulutnya.

     “Kau fikir makanan dapat murah? LAgi mencekik adalah! Sekarang harga gula, harga susu.. naik!”

     “Alahai mak cik kepoh seorang ni. Kau tu anak Tan Sri, Puan Sri, setakat naik seposen dua, lantaklah. Aku tak kisah pun!”

     Syikin menghelakan nafas. Atiyah memang nak kena pelangkung. Sesuka hati sahaja buat pengumuman mengenai dirinya yang merupakan anak Tan Sri dan Puan Sri. Tidak ke nahas kalau tiba-tiba sahaja diculik.

*****

Bawah bibir digigit-gigit. Memang tabiatnya begitu bila rasa tertekan dan tidak keruan. Bibir bawahnya juga menjadi mangsa. Atiyah memeluk tubuh . Kini, dia tahu apa yang dilaluinya sejak semalam turut dirasakan Haq. Mereka masih cuba mengenang kisah lama. Tapi kenapa, begitu ketara?

     Langkah kaki tidak sekata. Terhuyung-hayang berjalan di atas permukaan batu-batu kerikil yang dijadikan jalan kecil menuju rumah tumpangan. “Macam mana boleh terserempak dengan dia lagi? Apa yang dia buat di Langkawi?”

     Kerusi panjang di bawah rimbunan pokok menjadi tempat menghilangkan lelahnya. Hendak masuk ke dalam bilik, kunci ada pada Syikin. Mereka memang tidak sehaluan sewaktu merancang perjalanan pagi tadi. Dia mahu bersiar-siar di sekitar Pantai Chenang sedangkan Syikin mahu menaiki kereta kabel. Terlupa kunci pada Syikin, dia melangkah pulang ke rumah tumpangan. Ketika itu, dia bertembung dengan Haq.

     “Jauh termenung?”

     “Luq? Kau pun ada?”

     “Di mana ada Haq, di situlah ada aku. Kenapa muka terkejut?”

     “Memanglah di mana ada dia, di situ juga ada kau. Tapi kenapa? Kau ada hubungan sulit dengan dia?”

     Luq gelak besar. Tuduhan melampau Atiyah membuat perutnya senak. Kelakar.

     “Patutlah pun dia macam tak kisah je putus. Dah ada..”

     “Tiya, aku bagi penampar sebiji baru kau tahu merapu itu mendatangkan malapetaka!” Luq serius memandang Atiyah yang kehampaan. Tidak mungkin Atiyah boleh berfikiran sedemikian. Isy, minta simpang!

     “Kau tak nafikan. AKu ingat betul.”

     “Tak terfikir aku nak hidup dalam kemurkaan Allah. Kerja gila.” Luq menggelengkan kepalanya. Tak munasabah langsung. “Kau seorang je? Mana Syikin?”

     “Pergi naik kereta kabel. Nak release tension juga.”

     “Putus cinta juga?”

     “Tak adalah. Dia stress sebab terpaksa ikut aku sampai ke sini.” Atiyah gelak. Dia tahu apa yang bermain di fikiran Luq. BUkannya dia tidak dapat mengagak yang Luq menyimpan perasaan pada Syikin. Cuma, niatnya untuk meluahkan perasaan asyik terhalang dek rasa rendah diri. Yalah, Syikin anak orang berpengaruh sedangkan Luq hanyalah seorang lelaki yang menyara hidup dengan menulis. Sama seperti Haq.

     Helaan nafas Luq sudah cukup jelas. “Kau nginap di mana?”

     “Hah, ini sebab utama aku ke sini tadi. Kebetulan atau tak, aku memang blurr betul dengan apa yang berlaku semalam dan hari ini. Semalam, secara kebetulan kau dan Syikin berada di kedai makan yang sama dengan kami. Kemudian, hari ini secara tidak sengaja ada di Langkawi. Aku keluar je bilik tadi, nampak kau. Kau nginap di sini juga ke?”

     Pandangan dilarikan dari tentangan mata Luq. Kini sudah nyata bahawa Haq turut melakukan apa yang sedang dilakukannya. MEngimbas kenangan. Perlis dan Langkawi. DUa destinasi yang menjadi saksi pertemuan mereka berdua.

     “A’ah. AKu dengan Syikin menginap di sini. Bilik yang hujung itu. Nak minta yang tengah, tak dapat!”

     Luq menggaru kepala. “Kau pun minta bilik tengah? Aishh.. semakin pelik korang berdua ni. Apa yang jadi sebenarnya? Dengar kata kau yang minta putus? Apa salah Haq?”

     “Dia tak ada salah apa-apa. Cuma, aku rasa dia terlalu bagus untuk aku. Sampai aku rasa aku ini langsung tidak sempurna. Dia lelaki, tapi dia mahir segalanya. Sedangkan aku, memasak pun masih terkial-kial. Mengemas, jangan haraplah. Nampak je kemas, menarik.. tapi, serabutlah hidup aku!”

     “Lelaki dan perempuan tidak diciptakan sempurna. Sebab mereka sepatutnya menyempurnakan antara satu sama lain. Faham?”

     “Ayat, tak nak kalah. Tahulah kau penulis.”

     “Suka Haq lagi?”

     “Dah terjatuh dalam laut time naik feri. Lemas agaknya..”

     Spontan Luq menendang kaki Atiyah. Bengang usah dibayangkan. Tahap sabarnya sudah melampaui aras tertinggi. “Kau ini, cuba serius.”

     “Kau? Pernah nak serius? Lambat, kau yang melepas. Syikin tu, asalkan dapat lelaki yang normal, baik.. confirm dia ajak kahwin. Semalam, dia dah minta izin aku untuk ambil Haq..”

     “Haq? Apa ada pada Haq? Hensem aku lagi,” komen Luq membuatkan Atiyah menghamburkan tawa entah untuk berapa kalinya.

     “Kau cakap macam itu, mungkin sebab itu jugalah aku nak putus dengan Haq. Kut?”

     Luq bangkit dari duduknya. Dia memandang Atiyah lama sebelum menghelakan nafas berat. “Kita ni, bila disuruh ikut kata hati, main hentam je. Bila disuruh ikut kata logic akal, asyik nak menegakkan apa yang sudah tidak mampu berdiri tegak. Nak buat macam mana? Ikut mulut yang berkata-kata, segalanya amarah yang bersisa. Susah!”

     “Sungguh bersastera ayat itu. Kau boleh mohon kerja di Dewan Pustaka.”

     “Kau tak sarkastik, tak boleh?”

     “Luq, pergilah tengok kawan kau. Tak pasal-pasal dia sedang prepare untuk bunuh diri. Aku tak mengapa, masih nak kahwin. Lambat lagi nak mati.”

     Tajam pandangan mata Luq sebaik mendengar ayat tersebut meluncur keluar dari mulut Atiyah. Berbisa dan tidak berlapik. Dia sendiri hairan. Semakin lama mengenali Atiyah, banyak perkara dia baru tahu. Atiyah itu, Atiyah ini. Dia begitu, dia begini. Sama seperti Haq. Kuat berahsia. Bila dah terlepas, baru tahu. Sebiji macam Atiyah. Memang patut dikahwinkan. Masalahnya, mereka baru sahaja putus. Ya, putus. Tanpa sebab munasabah. Logik ke?
    


Herot bibir Haq melihat keakraban Luq bersama Atiyah. Kelihatan mereka berdua begitu mesra. Dia lihat Luq gelak, begitu juga Atiyah. Tadi, dia nampak Luq menendang kaki. Bibir diketap kuat. ‘Amboi kau Luq. Bukan main sakan kau bergelak tawa dengan Tiya. Aku suruh kau ikut aku, untuk teman aku. Pujuk aku. Ini kau pula yang nak cuba pikat Tiya. Isy!’

     Haq khusyuk memerhati mereka berdua berbual Ketara sekali Atiyah senang dengan Luq. Turun naik dadanya menahan amarah. Dia cuba mengawal agar tidak kelihatan di hadapan Luq. Nahas kalau diketahui. Mahu kena gelak dengan Luq.

     “Menyesal, menyesal. Kenapa aku ikut sangat cakap Tiya. Berpisah sebab aku terlalu sempurna untuk dia? Bodoh punya alasan!”

     Tumbukan angin dilepaskan. Bengang pada diri sendiri tidak terkata. Dia mundar-mandir di dalam bilik. Sesekali dia mencuri pandang ke luar tingkap bilik. Sakit hatinya dengan apa yang dia perhatikan. Tidakkah Atiyah mengetahui bahawa dia sedang menanggung rasa sakit hati? Tidakkah Luq sedar bahawa perbuatannya berduaan dengan Atiyah membuatkan dia cemburu berskala tinggi?

     Haq berhenti. Dia menghelakan nafas. Kepala dikosongkan dari sibuk memikirkan pelbagai perkara. Hanya tinggal nama dan bayangan wajah Atiyah.

     Pintu bilik dikuak lebar. Luq melangkah masuk. Dia memandang Haq yang berbaring di atas katil. Nampak tenang dan tidak kelihatan seperti orang yang bermasalah. Persamaan yang begitu ketara dengan Atiyah. ‘Kalaulah aku baru kenal mereka berdua ini, tentu aku fikir yang mereka berdua baru terlepas dari rumah sakit jiwa.’

     Haq diperhatikan. Tidak berganjak.  ‘Prepare untuk bunuh diri?’

     Tubuq Haq didakap dan digoncang-goncangkan. “Haq! Haq!”

     Pening!

     Satu penampar hinggap di pipi Luq. Dia terus melompat ke belakang sedikit demi menjauhkan diri dari Luq. Gila ke? Berpelukkan di dalam satu bilik.

     “Kau hidup lagi, Haq?”

     Laju Haq menghadiahkan satu lagi penampar di pipi Luq. “Kau gila? Kau fikir aku nak bunuh diri sebab putus cinta? Kau fikir amal ibadah aku dah cukup? KAu fikir aku nak masuk neraka?”

     “Argh, hidup-hidup aku kena tipu dengan Tiya. Boleh dia cakap kau prepare nak bunuh diri. Aku masuk bilik tadi, kau kaku je. Takut juga aku!”

     “Nak lagi satu penampar?”

     Luq menggeleng. Penampar yang dihadiahkan Haq cukup kuat. Pipinya terasa sedikit kebas. Dalam hati dia memaki Atiyah. Tak sangka dia berjaya mengenakan dirinya. ‘Nakal!’

*****

Lama pandangan mata Atiyah bersatu dengan pandangan yang dilemparkan Haq. Terlalu sarat kenangan yang bermain di minda mereka. Dari permulaan bicara hingga akhirnya. Tiada siapa yang tahu kisah sebenar mereka berdua. Perhubungan mereka bermula di sini. Pulau Langkawi saksi mereka menyatakan hasrat hati.

     Atiyah melarikan pandangan akhirnya. Tidak mampu dia membendung perasaan sakit yang dirasakan. Dia tahu kesakitan itu akan hadir, tapi dia masih nekad mahu memutuskan hubungan bersama Haq. Hati, pedihnya tidak terkata. Memandang wajah Haq sudah mampu membuatkan dia menitiskan air mata. Mendengar suara Haq amat meruntun jiwa. Kalaulah dia tidak terlalu mengikutkan perasaan, dan kalaulah dia seorang gadis yang tabah, semua ini tidak akan terjadi. Tentu dia dan Haq masih bersama.

     Kaku tubuh Haq melihat suram wajah Atiyah. Hati seorang gadis bernama Atiyah sememangnya tidak mampu menanggung segalanya seorang diri. Dia kenal Atiyah. Dia tahu persis emosi Atiyah. Diam bila suka, senyum bila gembira, nangis bila sedih, ketawa menutup lara, gigit bibir bawah menahan amarah dan matanya begitu mudah ditafsir. Atiyah seperti dirinya. Bila dikenal semakin lama, terlalu banyak perkara yang tidak diketahui muncul. Atiyah kelakar, nakal, degil malah seorang yang menyimpan rahsia.

     “Kenapa kita berada di sini? Pada waktu yang sama?” soal Atiyah. Suaranya berat menahan sendu.

     “Dua tahun yang lalu, di sini.. sejarah kita bermula. Anehnya, kita berada di sini pada kali ini setelah sejarah itu sudah tidak bermakna.”

     “Hari yang sama, waktu yang sama, lihatlah.. pakaian kita, sama seperti dua tahun yang lepas. Kebetulan? Tidak, Haq. Semakin lama, aku rasa semua ini hanyalah mimpi!”

     “Aku bersyukur kalau ia benar mimpi, Tiya.”

     Angin menyapa lembut tubuh mereka. Ombak pula menyapa pantai dengan deruan kasar. Alunan alam yang sebati menerangkan situasi mereka pada ketika ini. Hati sudah lembut disapa bisikan lama. Dan fikiran masih kuat berlawan dengan hati. Apakah itu?

     “Baru seminggu.. kita baru berpisah selama seminggu, Tiya. Aku rasa kita tak mampu berpisah lebih lama dari tempoh ini.” Haq lembut menyampaikan rasa hati. Biar Atiyah tahu, dia masih mempunyai perasaan pada Atiyah.

     “Kau tak rasa aku perempuan yang tidak mengenang budi? Dua tahun bersama, aku minta putus. Atas alasan kau terlalu baik dan sempurna untuk aku?”

     Haq senyum. “Sebab aku terlalu baik dan sempurna, aku mahukan kau. Bersama dengan kau, aku rasa aku lelaki yang terbaik dan paling sempurna. Hidup aku bertambah baik dengan adanya kau di sisi. Hidup aku sudah pasti akan sempurna, kerana hati ini mempunyai nama kau.”

     “Haq..” Pandangan mata Atiyah jauh dilemparkan melihat laut. Tenang. Haq menurut. Dia senyum. “Aku cintakan kau. Aku tak boleh berpisah dengan kau.”

     “Begitu juga aku. Aku rindukan kau.”

     Tangan Atiyah dipegang lantas dicium. Masing-masing hanyut dibuai perasaan lama. Kasih mereka…

     “Woi, woi.. Haq! Kau dah kenapa pula ni?” Luq menarik tanganya dari pegangan Haq. Bantal diambil dan dipukul tubuh Haq berkali-kali untuk menyedarkan Haq dari lena. Sah, Haq bermimpi.

     “Tiya, Tiya, eh..” Bulat mata Haq melihat Luq yang sedang duduk di hadapannya. Tiba-tiba sahaja dia menolak tubuh Luq dan dia bergerak ke belakang. Dia melemparkan pandangan jelik. Sudahlah mereka berdua sama-sama tidak berbaju dan hanya berseluar. “Kau buat apa dengan aku, Luq? Kau jangan macam-macam. Aku lelaki yang suci. Tak main kotor dengan lelaki. Aku normal..”

     Bukk!

     Satu pukulan kuat hinggap pada tubuh Haq. “Aku tak faham langsung. Tak sangka bila putus cinta, tahap gila kau dah melebihi paras gila punya orang gila!” Luq bangkit dan masuk ke dalam bilik air. Dia mahu menyegarkan tubuhnya yang rasa lemah. Semalaman dia tidak dapat tidur dek terganggu dengan igauan Haq. Isy, seram!

     Rambut yang serabai digosok. ‘Mimpi ke? Tiya masih jauh.. aduh!’



Haq dan Luq duduk bersantai di kedai makan sementara menanti feri mereka sampai di jeti. Mereka mencuci mata dengan melihat pelbagai ragam manusia yang lalu lalang. Masih ada yang baru membeli belah di saat-saat akhir.

     “Tiya dan SYikin keluar pagi-pagi lagi. Katanya nak round sekali lagi sebelum balik KL.” Luq memulakan perbualan. Bosan rasanya duduk berduaan dengan Haq tanpa bersuara.

      “Rajin!” komen Haq.

     “Nasib baik hari ini bukan lagi kebetulan. Kalau tidak, hampir setiap hari, semua tempat yang korang pergi.. sama je. Ambil gambar pun posisi yang sama. Pelik betullah!”

     Pandangan mata Haq berhenti dari memerhati orang ramai. Dia mengalihkan matanya ke arah Luq. “Kenapa kau cakap macam itu? Posisi apa?”

     “Contohnya, kau pergi ambil gambar dekat Pantai Pasir Hitam dua hari lepas. Kau melompat, kan?” Haq mengangguk. “Tiya pun ambil gambar yang sama dengan aksi yang sama. Kebetulan? Ada Bluetooth antara fikiran korang berdua?”

      Kini, Haq mengerti. memang mereka berdua sedang mengimbas kembali kenangan lepas. Cuma, dia tidak terfikir sama sekali bahawa Atiyah akan melakukan perkara yang sama seperti dirinya. Dia memang mahu mengenang semula segalanya dengan melakukan apa sahaja yang pernah dilakukan dulu. Ketika bersama dengan Atiyah. Tetapi, bagaimana mereka boleh terfikir untuk beraksi perkara yang sama?

     “Masa kau ambil gambar kat Dataran Lang semalam. Sudut yang kau ambil langsung tak menarik. Tetapi, apa yang tidak logiknya bila kau pose seperti kau sedang bergambar dengan seseorang. Same. With.  Atiyah.”

     “Mana kau tahu dia buat benda yang sama.”

     Telefon bimbit ditayang. “Instagram!”

     “What’s? Dia ada instagram? Aku tak tahu pun. Sejak bila kau follow dia?”

     “Baru seminggu dia buka instagram. Dan, aku baru follow dia dua hari lepas.” Luq sengih. “Anyway, kau nak tahu tak  apa yang dia baru update?”

     Kening dijongketkan mengharap Luq terus beritahu tanpa perlu meneka.

     “Satu gambar couples. Then dia tulis caption. I love those random memories that make me smile no matter what is going in my right now. By the way, why it must be the memory with you. Someone told me. People change, and memories don’t. But, why you don’t change? Me too! Why? Can I say that I still love you, my dear Mr Capital H?”

     “Nak rasa bangga sekejap, boleh? Atau, aku perlu berperasaan tidak sedar diri? Mr Capital H? Aku ke?”

     “Manalah aku tahu? Mungkin kau, mungkin orang lain. Siapa tahu?”

     Haq melepaskan keluhan. Sesungguhnya dia masih tidak dapat terima kenyataan mengenai perpisahan yang telah terjadi. Baginya, alasan Atiyah tidak cukup kukuh. “Aku tak faham betullah dengan Tiya tu. Apa yang dia fikirkan sangat sampai tak nak aku. Aku terima segala kekurangan dia. Salahkah?”

     “Ego, Haq. Ego. Jangan ingat lelaki je tinggi egonya. Perempuan pun sama. Dia tercabar agaknya bila kau ada kelebihan yang sepatutnya seorang perempuan ada, tapi dia tiada. Contoh, memasak. Kau boleh memasak. Sedangkan dia?”

     “Aku bukannya nak cari seorang tukang masak dalam hidup aku, Luq. Bukan juga pembantu rumah yang dapat sediakan segala-galanya untuk aku tanpa perlu bersusah payah. Aku mahu teman hidup. Yang hanya perlu berada di samping aku, mendengar masalah aku, berkongsi pendapat, menjalani ibadah bersama-sama. Itu sahaja!”

     “Masalahnya, Tiya tak faham.”

     Anak-anak rambut yang sudah berjuraian di dahi mengganggu tumpuan Haq. Lekas dia menggoyang-goyangkan kepalanya dengan harapan rambutnya itu akan ke belakang dengan sendiri. Tidak menjadi, dia terus menggunakan tangan untuk menolak ke belakang. Rimas. “Ibu aku benar-benar mengharapkan kami berkahwin. Dia merestui hubungan kami. Begitu juga dengan ibu Tiya. Tiada siapa yang halang. Kami saling suka. Sebab hal remeh, dia mahu putuskan hubungan. So childish!”

     “Kau beri dia masa. Tak berjalan, kau goda dia balik. Habis-habisan. Senang cerita.”

     “Goda? Nak goda macam mana? Aku tak ada pengalaman. Aku kenal dan bercinta dengan Tiya pun secara kebetulan. Sebab dia suka aku. Bila aku ajak nak bercouple, dia on. Itu je. Mampus aku kalau tiba-tiba tunjuk skill menggoda. Silap hari bulan, dia terus jauhkan diri dari aku.”

     “Nama je penulis novel berunsurkan cinta. Tapi, hampeh!”

     “Kalau aku hampeh, kau itu hampagas. Cakap orang je lebih, diri sendiri pun belum tentu ada yang punya. Syikin apa cerita?”

“Syikin tidaklah serumit Atiya. Ada faham?”

Haq membuang pandang. Luq tidak akan berhenti dari melemparkan pelbagai hujah. Luq, memang seorang kawan yang berani menentang segala kata-katanya. Salah atau benar, tiada siapa tahu. Menang atau kalah, mereka tetap kekal berkawan. Luq hanya mahu kawannya bahagia. Bagi Haq, dia tetap seorang lelaki yang adil dalam perhubungannya dengan Atiyah.



Kereta diberhentikan di hadapan sebuah rumah banglo tiga tingkat. Atiyah memandnag sekeliling laman rumah tersebut. Tidak banyak perubahan yang dilihatnya. Masih menghijau dengan pokok-pokok renek dan di suatu sudut terdapat pelbagai jenis pokok bunga. Kembang. Atiyah senyum melihat seorang wanita berusia dalam lingkungan 50-an muncul dari pondok celah pokok buluh.

     “Ibu!” jerit Syikin manja lantas berlari mendapatkan Puan Sri Emira.

     “Assalamualaikum ibu. Sihat?” sapa Atiyah seraya bersalaman dengan Puan Sri Emira. Hubungan persahabatan dengan Syikin yang akrab telah merapatkan hubungan Atiyah dengan ibunya. Lantas tanpa diduga Puan Sri Emira membahasakan dirinya sebagai ibu kepada Atiyah. Lebih mesra katanya.

     “Ibu sihat. Tiyah macam mana? dah okey?” Puan Sri Emira bertanya lembut. Dia senyum melihat Atiyah yang terkejut. “Syikin beritahu ibu.”

     “Okey, ibu.” Atiyah cubit paha Syikin diam-diam. Geram bila berita perpisahannya dengan haq sudah dicanangkan.

     Tan Sri Badri keluar menyertai mereka bertiga tidak lama kemudian. “Anak-anak papa dah sampai dari utara! Mana ole-ole?” Nakal Tan Sri Badri menuju ke kereta Syikin dan memeriksanya.

     “Sorry..” Serentak Atiyah dan Syikin meminta maaf. “Lupa.”

     “Joking. So, happy tak seminggu bercuti. Puas?”

     “Puas, pa. Tiyah rasa, sepatutnya setiap syarikat kena bagi pekerja-pekerjanya cuti seminggu sebulan tau.”

     Syikin mengangguk. “Agree! Untuk release tension!”

     “Bukan untuk release tension, untuk lingkupkan syarikat adalah!” celah Adi, abang sulung Syikin. Dia mendepangkan tangan meminta Syikin memeluk tubuhnya. Rindu. Hampir tiga bulan tidak bertemu.

     Terserlah ceria wajah Puan Sri Emira petang itu melihat anak-anaknya berkumpul. Dia melihat ke arah pintu pagar. Hanya seorang lagi yang belum tiba jika sememangnya hari ini merupakan hari yang bertuah.

     “Cuti ke abang Adi?” soal Atiyah.

     “Aah. Penatlah berlayar.”

     “Ali ada cakap nak balik?” Tan Sri Badri menyoal. Rasa kurang bila tiada kelibatAli.

     “Don’t worry. Anak-anak papa dan ibu malam ini berkumpul. Ali on the way dari London.” Adi berkata-kata. Dia sudah mendapatkan Puan Sri Emira dan bermanja di atas riba. Begitulah kebiasaannya. Mereka amat rapat antara satu sama lain.

*****

Sebulan sudah perpisahan di antara Atiyah dan Haq terjadi. Namun, mereka berdua masih dibayangi perasaan suka dan tidak mampu sama sekali melupakan apa yang pernah dilalui bersama. Kadang-kadang mereka berdua bertembung di tempat yang sering dikunjungi bersama, malah sering pula mereka terdail nombor telefon satu sama lain. Logikkah?

     Atiyah menghelakan nafas panjang melihat kelibat Haq di dalam  kafe Black and White. Dia menggigit bibir bawahnya menahan rasa gentar dan debar. Hendak bangkit dan meninggalkan kafe tersebut, niatnya terhalang bila kaki tidak mahu bekerjasama. Dia kaku.

     “Hai Haq!”

     Pandangan Atiyah menjadi kecil. Dia memandang seorang gadis bertubuh genit dan agak seksi menghampiri Haq. Mereka duduk semeja dan berbual mesra. Entah mengapa dia sakit hati. Haq sudah ada pengganti dirinya? Kejam!

     “Tiyah? Buat apa duduk seorang kat sini?” Ali menyapa lembut. Dia terus duduk di sebelah Atiyah. Semenjak makan malam di rumahnya sebulan yang lepas, dia tidak lagi ketemu dengan Atiyah. Rindu rasanya mahu menatap wajah polos Atiyah dan melayan perbualan dengan Atiyah. Seronok.

     “Abang buat apa pula di sini?”

     Ali menjungkitkan bahu. “Takdir untuk jumpa dengan sayang abang ini kut.” Tawa diletuskan mereka berdua. Kelakar mendengarnya. Ali memang kuat berjenaka. Ada sahaja ideanya yang mampu membuat Atiyah tergelak. Jujurnya juga, Ali memang sering membahasakan Atiyah dengan perkataan sayang. Begitu juga dengan Syikin.

     Ketika itu, mata Atiyah sengaja mencuri pandang ke arah Haq. Jelas kelihatan Haq sedang mengepal tangannya menjadi penumbuk. Sah, Haq cemburu!

     “Abang, lepas ini Tiyah nak pergi shopping. Nak ikut?”

     “Boleh saja. Free hari ini. Tak ada benda nak buat. Untuk Tiyah, apa saja abang sanggup walau terpaksa gadaikan nyawa ini,” sahut Ali. Dia senyum.

     Atiyah bersorak di dalam hatinya. Tidak perlu berpakat atau berlakon, Ali sudah memainkan watak. Dia senang hati dengan tindakan Ali. Akhirnya, dia dapat membuat Haq cemburu. Padan muka! Dia sendiri tidak faham kenapa dia tiba-tiba mahu membuat sedemikian rupa kepada Haq. Mungkin kerana kehadiran gadis seksi di samping Haq itu. Ya, sebab itu!

     “Eii, kasanova betul!”

     “Eh, ada ke? Salah tahu tak anggapan Tiyah pada abang. Even ayat-ayat yang keluar dari mulut abang ini terlalu manis sampaikan semut pun boleh sakit jantung, untuk Tiyah.. segalanya serius. Nyawa ini, akan digadaikan demi Atiyah. Faham!” Suara Ali berubah rentak. Bunyinya kedengaran serius dan itu sudah memaksa Atiyah akur. Tak pasal-pasal lakonan tanpa skrip dan paksaan dari Ali terbatal. Malu dengan Haq!

     Tapi, bila difikirkan kembali dia tahu Ali memang memaksudkan kata-katanya. Ali akan bergadai nyawa untuk menyelamatkan dia. Begitu juga dengan Syikin. Ali menyayangi mereka. Pernah suatu ketika dahulu, dia dan Syikin hampir lemas dek kerana leka mandi di pantai. Ali datang menyelamatkan mereka bersama Adi. Ombak yang menghempas kuat sama sekali tidak menghalang mereka berdua. Akhirnya, dia dan Syikin berjaya diselamatkan manakala Ali dan Adi terpaksa dimaksudkan ke hospital akibat kepenatan dan pengsan sewaktu menyelamatkan mereka berdua.

     “Okeylah. Jom pergi.” Ali bangkit dan terus menuju ke kaunter bayaran bagi membayar makanan yang dipesan Atiyah.

     Mereka berdua melangkah keluar dari kafe tersebut dengan wajah yang ceria. Atiyah sempat memandang ke arah Haq. ‘Yes, I’m win!”



Luq menggaru kepala yang tidak gatal sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Haru kepalanya memikirkan keadaan rumah yang sepertinya sudah dipecah masuk. Berselerakkan barangan di atas lantai. Mujur sahaja tiada barangan kaca yang menghiasi rumah mereka. Jika tidak, sudah tentu menjadi mangsa amukkan Haq.

     “Come on, Haq. Kau tidak pernah begini. Apa kes? Manuskrip kena tolak ke?” soal luq lantas mengambil barangan di atas lantai dan disusun kembali ke tempat asalnya.

     “Hidup aku sekarang ini macam dah ada di hujung tanduk. Tinggal nak lingkup masuk keranda je!”

     “Hoi, cakap tu berlapiklah sikit. Dah cukup amal jariah, amal ibadat sampai nak mati. Setakat manuskrip kena tolak, biasalah. Macam tak pernah kena tolak. Sekeh kepala tu baru tahu langit tu tinggi ke rendah!”

     Tubuh Haq dihempaskan ke atas sofa. Dahi dipicit perlahan. ‘Apa ke bengapnya Luq hari ini? Tak ada kena mengena langsung manuskrip dengan amukkan aku. Haisshh, selalunya dia cepat je tangkap apa yang aku kiaskan!’

     Luq menyertai Haq di atas sofa. Dia menghelakan nafas panjang sebelum meluruskan kaki dengan meletakkannya di atas meja kopi. Lega. “Manuskrip yang mana satu?” soal luq masih dengan kepolosannya. Tiada tanda-tanda dia mengerti dengan kiasan mendalam Haq.

     Tajam renungan Haq memandang wajah Luq. “Tak ada kaitanlah manuskrip dengan keserabutan di kepala aku ni. Tak ada kaitan!”

     “Habis itu? Apa yang rungsingkan kepala kau.”

     “Atiyah..”

     “Ceh! Pasal Tiyah rupanya. Hmm.. ada apa? Dia nak kahwin ke?”

     “Kau tahu?”

     “Apa?”

     “Dia nak kahwin?” Dahinya berkerut seribu. Kalau benar Atiyah sudah mahu berkahwin, maknanya Luq bersubahat untuk menipunya. Argh, kejam!

     Lama Luq mendiamkan dirinya sebelum memandang wajah Haq. “Bodoh!” katanya. “Tak ada maknanya dia nak kahwin kalau pengantin lelakinya tak ada.”

     “Suka hati cakap aku bodoh. Kau yang cakap tadi dia nak kahwin.”

     “Kau pun dalam diam bengapkan aku!” Luq tersengih bila Haq buat tidak tahu. “Aku cakap je. Gurau-gurau. Manalah tahu yang kau tak dapat pick up. Anyway, aku tak rasa dia nak kahwin pun. Dia masih dalam dilemma tu.”

     Dilema? Yalah sangat. Padahal sedang bersuka ria dengan lelaki lain. Arghh!!

     “Aku nampak dia mesra dengan seorang lelaki. Siap bergelak tawa, bergurau senda lagi. Menyampah aku!” bebel Haq.

     “Cemburu tak kena tempat. Tiyah tak ada lelaki lain. Abang dia je.”

     “Abang? Dia mana ada abang. Abang angkat? Tak lama lagi saling mengangkat. Up status jadi suami isteri. Menyampah! Stress! Peninglah aku!”

     “Aku cakap kau bodoh, marah. Lain kali ada otak cuba fikir. Aku ada buka instagram dia tadi. Itu abang angkat dia. Abang pada Syikin.” Telefon bimbit dikeluarkan dan terus membuka aplikasi Instagram. “Ni. Baca captionnya. Wasting times with abang angkat yang tersayang. Hubungan yang terbina atas dasar kekeluargaan sememangnya amat bermakna. Bila sedih, bila kecewa, ada yang memujuk. Bila gembira, bila suka, ada yang menyokong. Thanks abang sebab sudi jadi peneman hati di kala keseorangan. Lots of love from adik, Tiyah.”

     “Poyo je. Ayat cover lines!”

     Kepala Haq ditolak. “Ego!”

     Luq bangkit dan terus masuk ke dalam biliknya. Malas melayan rajuk Haq. Pelik benar dengan caranya. Ngalah budak perempuan putus cinta.

*****

Puan Wani menghidangkan minuman dan sepiring pisang goreng kepada Puan Dina dan Encik Madi. Dia kemudiannya duduk di sebelah suaminya, Encik Zahar. “Tak diajaknya Atiyah datang sekali ke? Lama tak bertemu dengan dia. Rindu. Haq pun tak cakap apa-apa tentang dia sekarang ini. Sibuk dengan kerjanya.”

     “Sama dengan Tiyah. Asyik sibuk dengan kerjanya. Ke rumah pun jarang.”

     “Macam mana rancangan kita dulu. Jadi ke tidak? Rasa pelik pula sebab budak-budak dua orang tu senyap. Nak batalkan, rugi. Teruskan, takut tak menjadi.” Encik Zahar memulakan perbincangan. Sememangnya tujuan mereka bertemu pada hari itu untuk meneruskan rancangan yang telah diaturkan beberapa bulan sebelumnya. Rancangan yang hanya diketahui mereka tanpa pengetahuian Atiyah mahupun Haq. Mahu kejutan, katanya.

     “Itulah yang kami nak cakap ni. Apa yang tak kena. Tiyah tak ada cakap apa-apa. Haq?” Encik Madi memandang Puan Wani dan Encik Zahar bersilih ganti. Kemudiannya dia memandang wajah isterinya.

     “Mereka berdua ada gaduh?” soal Encik Zahar pada isterinya.

     Hanya gelengan yang diberikan. Puan Wani memandang Puan Dina. “Mereka gaduh ke?”

     “Tak tahulah pula. Tiyah lama tak balik. Itu yang peliknya. Telefon pun, tak ada dia cerita apa-apa. Dulu, selalu juga kongsi cerita tentang Haq.”

     “Sudah, jangan dibuat. Kita elok-elok merancang nanti, tiba masanya tak jadi. Susah!” Encik Zahar sudah menggelengkan kepala. Cuba memikirkan apa yang bakal terjadi.

     “Ada pilihan lain gamaknya mereka berdua? Sebab tu senyap je. Takut nak beritahu kita,” ujar Encik Madi.

     “Isy, janganlah. Saya dah berkenan dengan si Haq tu. Sejuk hati saya tengok dia layan Tiyah yang tak berapa nak betul tu. Rajin dia ikutkan Tiyah. Kalau orang lain, agaknya dah lama cabut lari.” Puan Dina menolak kemungkinan suaminya. Dia cukup suka dengan Haq. Baginya Haq lelaki terbaik untuk Atiyah.

     Dia kenal persis perangai Atiyah yang suka berubah. Sekejap okey, sekejap tidak. Tiada angin tiada rribut, tiba-tiba sahaja boleh berubah dari kucing menjadi harimau. Bila ada masanya, dia jadi periang, dan ada masanya dia mendiamkan diri. Kadang-kadang Atiyah suka mengelamun, dan kadang-kadang asyik menyibukkan diri. Sudahlah Atiyah tidak pandai memasak, menguruskan rumah. Hanya Haq sahaja yang faham. Ya, hanya Haq. Kalaulah lelaki lain, mahu Atiyah dihumbankan ke lombong dek tak cukup sempurna di mata.

     Puan Wani mengangguk-angguk menyokong kata-kata Puan Dina. Dia sukakan Atiyah walaupun dia sedar Atiyah tidaklah sesempurna mana. Atiyah biasa-biasa sahaja dan tiada luar biasanya. Tapi, kerana Atiyah jugalah yang berjaya membuka pintu hati Haq yang tidak pernah mahu memikirkan hal untuk berumah tangga. Atiyah cinta pertama Haq, dan Atiyah merupakan gadis pertama yang dibawa untuk dikenalkan sebagai kekasih. Setiap hari Haq akan bercerita tentang Atiyah. Segala-galanya. Atiyah itu, Atiyah ini. Tidak lengkap harinya tanpa menyebut nama Atiyah. Tapi sekarang?

     “Kita kena tanya mereka dulu. Kemudian kita plan balik semuanya. Ada jodoh mereka, berbesan juga kita. Kalau tiada, kita tetap satu keluarga. Takkan nak putuskan hubungan pula nanti.” Encik Zahar bersuara setelah lama mereka semua berdiam diri. “Tapi, kalau memang jodoh mereka berdua tu panjang, elok cepat-cepatkan majlisnya. Lagi lama, lambat nak dapat cucu.”

     Encik Madi gelak. Dia setuju dengan kata-kata Encik Zahar. Mengenangkan anak gadisnya yang suka berubah sikap, pasti susah untuk memaksa Atiyah melangsungkan majlis. Manakan tidak, jika dulu suruh memperkenalakn kekasih hati, ditangguhnya sampai kantoi sendiri. Bila diajak untuk langsungkan pertunangan, terus tak ada berita. Ini, kalau benar jodoh mereka panjang, bila diminta untuk kahwin apa sahaja alasannya nanti.

     “Betul tu. Tiyah bukannya boleh diduga.”

     “Sama dengan Haq.”

     Mereka berempat terus ketawa. Sikap anak-anak sudah lengkap dan diteliti. Tahu benar apa yang sering dilakukan Atiyah dan Haq.


    
Tubuh diregangkan. Ke kanan dan ke kiri tubuhnya menggeliat tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Matanya masih terkatup rapat dan dia tidak kisah akan kelakuannya itu kerana dia berada di rumah sendiri. Bukan di rumah orang lain. Paling teruk, hanya akan diketawakan Syikin. Okeylah dari mendengar bebelan ibunya. Cahaya matahari yang menerobos masuk melalui tingkap menyukarkan dirinya untuk mencelikkan mata. Silau.

     “Ya Allah, mengantuknya!”

     “Mengantuk lagi?”

     Atiyah menerbalikkan tubuhnya. Suara yang baru sahaja menegurnya dibiarkan sahaja. Malas melayan Syikin, fikirnya.

     “Atiyah! Pukul berapa nak bangun? Matahari dah tinggi atas kepala, masih berlingkar atas katil. Anak dara jenis apa kamu ini?” bebelnya.

     Terkebil-kebil Atiyah. Dia cuba mengimbas kembali suara yang baru didengarinya. Jelas, terang dan nyata. Bukan milik Syikin. Paling tegas suara Syikin, tidak sebegitu rupa. Ya, bukan. Maknanya, suara yang dia dengar tadi adalah milik.. ibu!

      Tubuh terus tegak di atas katil. Rambut dibetulkan agar kelihatan terurus. “Hai ibu. Morning. Tiyah dah bangun tadi. Nak baring-baring je.” Senyum ditayang. Cuba mengambil hati Puan Dina.

     “Banyaklah dah bangun. Ibu sampai sini tadi, tengok kamu gayakan macam-macam kuak. Dah, bangun. Mandi. Ibu dan ayah dan bincang dengan kamu.”

     “Tentang apa, ibu? Esok-esoklah. Tiyah penatlah.”

     “Aik, penat membuta?”

     “Okey, okey. 15 minit.” Atiyah turun dari katil dan terus melangkah masuk ke dalam bilik air.


    
“Ibu, ada apa?” soal Atiyah yang masih dalam sisa kantuk. Sungguh dia menyesal keluar malam bersama Adi dan Ali. Syikin yang mengajaknya turut serta. Tak sangka, akhirnya mereka berempat tidak sedar masa berlalu dan terus berjalan sampai kepagi.

     “Haq apa cerita?”

Kelibat Syikin yang baru keluar dari bilik mengundang perasaan kurang puas hati. “Kau ada cerita apa-apa pada ibu ke?”

“Hah, tentang?”

Puan Dina memandang Syikin yang terpinga-pinga. “Erm, ada benda yang disembunyikanlah ini. Itu sebabnya Haq hilang dari ingatan?” sindirnya. “Syikin tak cakap apa-apa pun pada ibu.”

“Then? Tiba-tiba je ibu tanya tentang Haq. Pelik.”

“Semalam ibu pergi rumah mummy dan daddy. Mereka tanya tentang kamu. Bila ibu tanya tentang Haq, jawapan kami sama je. Lama tak dengar cerita dari mulut anak-anak sendiri. Apa kes?”

“Terus terang jelah, Tiyah. Lambat laun ibu tahu punya.”

“Agak dah. Apa yang jadi?” Suara Puan Dina berubah lembut. Sedar andai masih berkasar, anaknya tidak akan buka mulut.

“Kami dah putus.” Ringkas. Padat. Atiyah melarikan pandangannya dari berjaya ditentang ibunya.

Puan Dina mengeluh perlahan. Dia memandang anak gadis tunggalnya itu. Apa yang dah terjadi dengan perhubungan Atiyah dan Haq. “Dah lama?”

“Sebulan dua. Kut.”

“Sebabnya?”

“He’s too perfect for me, ibu. Everything he can do. Kadang-kadang Tiyah rasa macam kosong. Itu ini dia buat. Sedangkan Tiyah hanya mampu tengok dan rasa. Tak buat apa-apa. It makes me feel like.. loser!”

Ego! Itu sahaja yang mampu diucapkan di hati Puan Dina. Dia memandang suaminya yang duduk di ruang tamu bersama Syikin. Lelaki itu tidak ubah seperti Haq. Terlalu sempurna untuk dirinya. “Tiyah takut untuk bersama dengan Haq?”

“Malu, ibu.”

“Lihat lelaki itu, Tiyah.”

Pandangan Atiyah tertumpu pada ayahnya. “Kenapa dengan ayah?”

“Itu contoh lelaki yang kamu cuba elak, Tiyah. Too perfect. Pandai masak, mengemas, mengurus segala-galanya. Perfect! Tapi, pernahkah Tiyah lihat lelaki itu cuba mengambil kesempatan? Pernah Tiyah lihat lelaki itu merendahkan wanita ini yang tidak sesempurna mana?”

“Ayah lain, ibu. Dia versi lelaki yang..”

“Versi klasik, dah lapuk? Haq tu versi moden?” Atiyah iyakan sahaja. “Fikiran kamu tertutup!”

“Ibu, Tiyah kerja pejabat dan Haq bebas. Dia sepenuh masanya boleh ada di rumah, buat itu buat ini. Apa kata orang luar bila lihat Haq buat kerja Tiyah?”

Panjang helaan nafas Puan Dina mendengar alasan Atiyah. Sudah tidak ada alasan lain yang jauh lebih munasabahkah? Bukankah itu satu keistimewaan pada lelaki yang begitu didambakan seorang wanita? Memiliki suami yang sempurna dan bertanggungjawab? “Syikin, apa masalah mereka yang lain. Yang ibu tak tahu?”

Syikin menggaru kepalanya. Dia memandang Atiyah dan Puan Dina silih ganti. Apa masalah yang lainnya? Ada ke? “Tak ada. Hanya itu, ibu.”

“Kalau ada jodoh, tak ke mana. Ibu jangan risau. Anak gadis ibu ini tetap akan kahwin!”

“Ibu nak Haq yang jadi menantu ibu. Faham!”

“Ibu..”

“Jangan nak dalih lagi. Ibu tanya Haq nanti. Kalau dia masih sukakan kamu, dia inginkan kamu jadi isteri dia.. kamu ibu kahwinkan dengan dia. Suka atau tidak! Tak habis-habis mahu menyusahkan diri sendiri. Dah ada yang elok di hadapan mata, gatal pergi tolak ke tepi. Kamu fikir siapa lagi yang sanggup layan kerenah kamu yang macam-macam tu melainkan Haq?”

Pandangan Atiyah meliar ke sana sini. Suara Puan Dina yang tiba-tiba meninggi amatmenakutkan dirinya. Itu suatu petanda bahawa ibunya sudah naik angin. Silap cakap, mahu berpanjangan bebelannya. Sakit telinganya nanti. Untuk menyudahkannya, hanya satu perkara yang perlu dilakukan. Akur!

“Okey ibu. Tiyah ikut je apa yang ibu nak. Haq suka, Tiyah tak boleh buat apa. Okey?” Suara dilembutkan. Hati ibu perlu dijaga. Itulah pesanan Haq yang pernah membuat dia jatuh cinta tahap maksima dengan Haq.

Argh, kenangan bersama Haq juga yang terlintas dalam fikiran!



“Kamu suka ke tidak lagi dengan Atiyah?” Encik Zahar bertanya. Dia meletakkan surat khabar di atas meja sebelum berjalan menghampiri Haq. Dia terkejut sebenarnya dengan kedatangan Haq ke rumah. Bukan kerana Haq jarang pulang ke rumah tetapi, kebiasaannya Haq akan memberitahu terlebih dahulu.

     “Ayah macam tahu-tahu je tujuan Haq ke sini.”

     “Ada masalah?” tanyanya lagi. Bila Haq sendiri dah berkata sedemikian, pasti ada sesuatu yang cuba dijelaskan lebih terperinci. Haq tidak pandai menyimpan rahsia malah dia seorang yang suka berkongsi cerita. Baginya, Haq dalam  kekusutan dan disebabkan itu jugalah dia tiba-tibamuncul. “Sesuatu untuk dikongsikan?”

     “Emak mana?”

     “Ke pasar. Dengan Dhiah.”

     “Haq dah tak ada apa-apa dengan Tiyah, ayah. Kami dah putus.” Ringkas jawapan Haq menjawab pertanyaan ayahnya tadi. “Adalah sebabnya. Tapi.. entahlah..”

     “Kamu suka dia? Sayangkan dia?”

     “Tak payah cakap suka, cakap sayang pada dia ayah. Kalau boleh esok nak kahwin dengan dia. Hari ini pun boleh.”

     “Sudahnya pula. Jadi, siapa yang minta putus. Kamu atau dia?”

     “Tiyah..”

      Encik Zahar dan Haq berpaling memandang ke muka pintu. Puan Wani dan Dhiah sudah pulang. Haq mendapatkan emaknya lantas bersalaman. Dhiah pula menghulurkan tangan pada Haq untuk bersalam dengan abang sulungnya itu.

     “Kami terserempak dengan Mak Cik Dina tadi. Pak Cik Madi pun ada. Mereka kirim salam.” Dhiah lembut bersuara. Beberapa bungkusan plastik di tangan emaknya diambil dan dibawa ke dapur.

     “Mak Cik Dina kamu beritahu, Atiyah tak kisah kalau nak kahwin dengan kamu. Tapi bunyinya macam terpaksa.”

     “Terpaksa? Apa kenanya? Cuba cerita pada ayah dan emak. Punca sebenar kamu berdua putus, apa?”

     Kini, mereka bertiga duduk di ruang tamu. Dhiah tidak ikut serta bagi memberi ruang kepada abangnya untuk berbincang dengan ayah dan emaknya.

     “Tiyah rasa Haq terlalu sempurna untuk dia.”

     “Itu alasannya?” Haq mengangguk. Dia tahu orang tuanya pasti terkejut. Alasan yang tidak munasabah. “Atiyah, Atiyah.. egonya. Lagi?”

     “Yang lain, Haq tak tahu, mak. Sebab masa dia minta putus, itu sahaja alasan yang diberi. Tiada yang lain.”

     “Senanglah kalau begitu. Tak apa. Pandailah kami aturkannya nanti dengan orang tua Atiyah. Janji kamu masih sayang dan inginkan dia jadi isteri kamu.”

     “Maksud ayah?”

     “Kamu tak nak ke kami tolong?” soal Encik Zahar dengan nada mengusik. Ingin menduga reaksi anak lelaki tunggalnya itu.

     “Eh, nak! Nak! Tapi, rasalain pula kalau Tiyah terima Haq dalam keadaan terpaksa.”

     “Kamu fikir, ayah dan emak sahaja yang kena buat semua benda? Kamu kena berusaha jugalah. Sedangkan orang yang berkahwin dan bercerai boleh rujuk semula, inikan pula hubungan kamu dengan Atiyah. Buat dia jatuh cinta balik pada kamu. Faham?”

     Kata-kata Encik Zahar memberi dorongan yang jauh lebih memberangsangkan. Ada harapan untuk dia bersama dengan Atiyah. “Baik. Haq akan usaha. By the way, thanks!”

*****

Lebar sengih Haq melihat Atiyah yang baru sahaja melangkah keluar dari pagar rumahnya. Berhasil juga rancangannya untuk menumpangkan Atiyah ke tempat kerja. “Thank you, Syikin. Kau memang the best of the best. Ke manalah agaknya kunci kereta Atiyah kau campak?”

     Kereta menyusur perlahan ke perhentian bas di mana Atiyah berada. Dia memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan Atiyah. Dia keluar. “Hai, Tiyah!”

     “Buat apa kat sini? Ini bukan arah kau ke tempat kerja, kan? Sekejap, sejak bila kau masuk kerja?” Atiyah mengusap dagunya. Hairan dengan kemunculan Haq yang tiba-tiba.

     “Aku dari rumah member. Semalam tidur rumah dia. Aku lalu sini, perasankan kau. Jadi, aku pusing balik. Nak tumpang?”

     “It’s okay. Aku boleh ambil teksi atau bas. Tak perlu susahkan diri sendiri.”

     “Tak, mana ada susah. Perempuan cantik naik kereta kita, kan?” Haq sudah mula mengayat. Memang belum pernah dibuatnya. Tapi, apakan daya. Demi menarik balik perhatian dan cinta Atiyah. Dia sanggup buat apa sahaja.

     Semakin berkerut dahi Atiyah melihat tingkah Haq. Ada sesuatu yang tidak kena pada lelaki itu. Lain dari yang lain. “Kau dah kenapa?”

     “Apa?”

     “Kau nak ngayat aku ke, atau memang ikhlas nak tumpangkan aku?” terjah Atiyah.

     Gulp! Liur ditelan beberapa kali. Jelas sangatkah gayanya yang mahu mengayat Atiyah? “Kau dah tahu, aku tak boleh tipu. So, jom!”

     Atiyah gelak. Kelakar dengan Haq. Hari ini ada sesuatu yang dia suka pada Haq. Lain dari yang lain. “Jom!”

     Mereka berdua masuk ke dalam perut kereta.

     “Memang tak dirancang untuk lalu sini atau apa?”

     “Kan dah cakap. Dari rumah kawan.”

     “Kau tak pandai tipu aku, Haq. Tak pernah pandai. Tell me.”

     “Kalau aku bagi tahu, kau marah aku atau tidak?”

     “Depends. Lagipun mood aku hari ini balance sikit. Pagi tadi, aku admit aku swing gila sebab tiba-tiba je kunci kereta aku lesap. Lepas jumpa kau tadi, then cuba ngayat aku then tak menjadi.. aku happy sikit. Sekarang, depends on your story.”

     “Abaikan saja. Kita sembang benda lain.”

     “Haq, please. Aku try buka hati aku ni.”

     “Serius?” Haq teruja. “Okey, sejujur-jujurnya aku yang suruh Syikin lesapkan kunci kereta kau and pergi kerja cepat hari ini. Dalam erti kata lain, aku buat-buat lalu sini then tumpangkan kau.”

     “Kenapa?”

     “Nak goda kau balik.”

     Jawapan Haq begitu ringkas namun berjaya mencuit hati Atiyah. Berbunga-bunga hatinya. ‘Hati oh hati, mana kau nak nafikannya lagi?’

     Perbualan tamat di situ setelah Atiyah hanya berdiam diri dan tidak menunjukkan sebarang reaksi. Mereka melayan perasaan sendiri sehingga kereta Haq berhenti di hadapan sebuah bangunan. Atiyah melangkah keluar dari perut kereta.

     “Thanks.”

     “Not a big deal, Tiyah. My fault!”

     Atiyah senyum sebelum berlalu pergi meninggalkan Haq yang sudah mencair. Sungguh dia tidak dapat nafikan. Senyuman Atiyah merupakan senjata pembunuh keimanannya. Bersama dengan  Atiyah dia lemah. Tak mungkin dia mahu menidakkan perasaan itu sedangkan ia sudah jelas terbentang dalam pemikirannya. Hidup berdua bersama Atiyah sehingga akhir hayat.



“Dari mana?”

     “Tak ada pergi mana-mana pun. Kenapa?”

     “Macam baru lepas jumpa Tiyah. Sebab itu aku tanya. Senyum tak surut. Ada apa yang tidak kena? Tertanya-tanya juga aku. Kut-kut tak lama lagi dapat makan nasi minyak.” Luq berjaya meneka isi hati Haq. Kedua belah kaki Haq yang diletak atas meja ditolak ke bawah lantas komputer ribanya diletakkan. “Tuan Rasyid tanya bila kau punya manuskrip nak siap?”

     Haq menggerutu geram. “Kau memang suka bagi aku moody, Luq. Soalan dah elok bagi yang baik punya tentang Tiyah, kau campurkan dengan soalan Tuan Rasyid. Hisy..”

     “Sorry. Aku cuma menyampaikan pertanyaan Tuan Rasyid saja.” Luq gelak. Dia memandang Haq yang masih dalam mood gembiranya. Pelik.

     “Kau tahu tak yang aku tengah mengayat Tiyah sekarang?”

     Semakin galak Luq gelak. Kelakar. “Okey, sebelum kau cerita panjang lebar. Baik aku buat conclusion. Kau tak berjaya, kan?”

     Spontan kaki Luq di bawah meja menjadi mangsa sepakkan. “Malas aku nak cerita dengan kau.”

     “Merajuk? Menyampah aku!”

     “Bukan merajuk. Sakit hati.” Haq lantas menepuk-nepuk dadanya. Mimik mukanya jelas menunjukkan yang dia begitu sakit hati.

     “Okey, aku minta maaf. Sebab rosakkan mood kau. Sekarang, cuba cerita apa yang terjadi sampaikan kau punya mood berbunga-bunga.”

     Haq duduk tegak. DIa senyum-senyum kemudiannya. Sememangnya dia sungguh tidak sabar untuk kembali bersama dengan Atiyah. “Mak ayah aku suruh pikat Tiyah balik, sementara mereka cari jalan dengan parents Tiyah untuk satukan aku dengan dia.”

     “Pergh.. memang boleh buat novel. Aku cop cerita ini dulu. Next novel aku buat yang ini.” Luq sudah membayangkan jalan cerita yang terbentang luas. Pelbagai idea muncul setelah melihat apa yang berlaku antara Haq dan Atiyah. Dari awal lagi. “Tuan Rasyid mesti bangga dapat aku. Masyukkk..”

     “Aku saman kau kalau pakai kisah aku.”

     “Sebarang cerita, watak, perwatakkan dan blah-blah.. tiada kaitan antara yang masih hidup mahupun yang sudah arwah. Ada ngerti?” bidas Luq pantas. Dia bangun dengan bangga. Senyuman nakal dilemparkan kepada Haq sebelum bergerak menuju ke pantri.

     Haq membiarkan sahaja. Malas melayan Luq yang kadang-kadang mampu menyakitkan hati dengan gurauannya. Sekarang, dia jauh lebih mementingkan apa yang diinginkan. Menggoda Atiyah.

    


‘Malam2 nak tido, teringat orang di sana. Buat apa? Tak ingat pada orang di sini?’

     Atiyah gelak kecil sebaik sahaja membaca mesej yang baru dikirim oleh Haq. RIngkas tapi mempunyai maksud yang mendalam. Hatinya terusik dan terharu. Jelas sekali Haq beriya-iya mahu memulihkan hubungan mereka berdua. ‘Aduhai hati, bagaimanalah aku tidak tergoda dengan dia. Ada sahaja benda yang dibuatnya untuk tarik perhatian aku. Tapi, kenapalah kau bodoh sangat sampai sanggup minta untuk berpisah dulu? Kan dah menyesal!!’

     Mesej dibalas nakal.

‘Saya tengah dinner dengan someone. Please jangan kacau’


       Apa sahaja reaksi Haq di sana bila membaca balasan mesejnya. Atiyah menanti mesej seterusnya dari Haq. “Cepatlah balas, Haq.”  
    
     Bukan mesej yang diterima Atiyah. Tetapi, panggilan telefon.
  
   “Amboi, terus call?” Atiyah tidak jadi menjawab panggilan tersebut kerana tidak dapat mengawal gelaknya dari meletus. DIa biarkan sahaja dengan harapan Haq akan menghubunginya lagi.

     Panggilan kali kedua dari Haq terus dijawab. “Haq, Haq, call nanti. Tengah makan ni.. jangan ganggu..” usik Atiyah nakal. Sengaja suaranya diperlahankan dan dibunyikan seperti sedang berbisik. Tanpa menantikan Haq membalas kata-katanya, dia terus menamatkan panggilan. Terburai terus gelaknya.

     Tok! Tok!

     Pintu bilik dibuka dari luar. Syikin mengerutkan dahinya. Pelik. “Tiyah, kau baru balik ke?” soal SYikin.

     “Balik dari mana?”

     “Dinner?”

     “Eh, tak adalah. Aku mana ada keluar sejak petang tadi. Kenapa?”

     Syikin menunjukkan telefon bimbitnya kepada Atiyah. Terkedip-kedip kelopak matanya. Mungkin Atiyah baru bangun dari tidur. “Haq call..”

     Telefon bimbit SYikin diambil dan dilekap pada telinganya. “Hello..”

     “Atiyah!!!!!!” jerit Haq kuat. Geram.

      Panggilan ditamatkan. “Oopss.. Haq mengamuk! Jangan angkat call dia lagi. Dah pergi tidur.”

     Dek kerana masih dalam mamai dan sisa kantuk, Syikin hanya terpinga-pinga. Dia mengangguk-angguk sebelum bangkit dan keluar dari bilik Atiyah. ‘Apa-apa je lah..’

*****

Penasaran jadinya bila tiada khabar berita dari Haq. Sudah sebulan lamanya sejak kali terakhir mereka berbual. Atiyah mulai bimbang Haq sudah berubah hati. Siapa tahu, tiba-tiba sahaja Haq jatuh cinta dengan orang lain? Mana tahu kalau-kalau Luq tiba-tiba memperkenalkan seseorang kepada Haq? Tak mustahil juga kalau Haq tiba-tiba terlanggar bahu, terlanggar kereta perempuan cantik lantas terjatuh cinta? Argh.. sungguh dunia tidak adil.

     “Benci! Benci! Benci!” jerit Atiyah dengan nyaringnya. Dia menggeleng-gelengkan kepala menghapus segala fikiran tidak munasabahnya. Cepat-cepat dia beristighfar dan berdoa supaya apa yang difikirkan tidak menjadi kenyataan. “Dia cintakan aku seorang je. Tak ada orang lain. Mana boleh dia suka orang lain.”

     “Kau kenapa?” Syikin duduk menyertai Atiyah di ruang tamu. Dua gelas mug berisi air koko diletakkan di atas meja. Dia memandang Atiyah yang agak selekeh. “Kau sikat rambut ke tidak?”

     “Aku stress. Agak-agak kalau aku terjun dari balkoni, mati tak?”

     “Tengoklah jatuh atas apa. Kalau kau terjun masuk kolam renang, bawah tu.. tak koma, patah tengkuk kaki tangan, mungkinlah juga. Tapi, kalau ajal kau jatuh penyek atas konkrit, lunyai tubuh badan kau.” Syikin menjawab tanpa perasaan. “Aku cakap satu benda dengan kau. Nak terjun, jangan terjun kat kawasan ini. Tak berani aku nak duduk kat sini. Takut kau menghantui pulak..”

     “Isy, mulut tak ada insurans. Kau tak nak halang aku kalau aku nak terjun?”

     “Ajal maut di tangan tuhan. Kalau ajal kau nak terjun dari situ.. aku.. pandang je lah.”

     “Syikin!”

     “Apa?”

     “Kau pun dah tak sayang aku?” lirih suara Atiyah. Tersedu-sedu dia menangis.

     “Haq busy siapkan manuskriplah. Aku baru terserempak dengan dia di KLCC semalam dengan Luq. Mereka kirim salam pada kau.” Syikin sengih. Bukan dia tidak sedar tentang hal itu. Atiyah merindui Haq!

     Tajam pandangan mata Atiyah menantap wajah SYikin. “Eh, tak ada kaitan dengan dia. Sibuk je masukkan nama dia.”

     “Poyolah kau. Rindu, cakap rindu. Tak payah dalih lagi. Call je dia. Senang. Tak payah jual mahal sangat. Silap hari bulan, dia cari orang lain. Merana!”

     “Dia ada cakap macam tu ke?”

     “Call dia. Senang. Habis cerita.”

     “Malulah..” perlahan suara Atiyah kedengaran.

     Syikin menjungkit kedua belah bahunya. Terpulang pada Atiyah sebenarnya. “Jangan melepas, baru nak menyesal.”

     Kata-kata Syikin menakutkan Atiyah. Dia bangkit. Mug di atas meja diambil sebelum masuk ke dalam bilik. Sempat dia menangkap suara Syikin yang memintanya untuk menghubungi Haq sendiri sebelum pintu dirapatkan. “Tak boleh jadi.”

     Telefon bimbit dicapai. Nombor telefon Haq didail laju.

     Tiada jawapan. Tiada siapa yang mengangkat.

     Sadis.



Haq melangkah keluar dari bilik air. Perutnya yang memulas memaksa dia untuk bertapa beberapa minit di dalam bilik air. Salah makan barangkali. Longlai langkah kakinya diatur menuju ke katil.Tubuh badan dibaringkan supaya selesa. ‘Kalaulah dah ada bini.. sedap juga kalau ada yang boleh tolong urut perut ni. Sapu minyak angin bagai. Nyaman je rasa..’

     Tersenyum-senyum Haq mengenangkan hal itu. Entah mengapa dia sampai terbayangkan Atiyah mengurut perutnya yang tidak berapa sihat. Rasa dimanjai dan dikasihi.

     “Kau kena sawan ke selepas buang air besar banyak kali?” soal Luq bersahaja mematikan segala lamunan nakal Haq. Dia sengih mendengar dengusan kasar Haq. “Minyak angin. Cuba sapu di perut tu. Sekejap lagi, eloklah.”

     “Kan bagus kalau ada orang yang tolong urutkan perut ni.. rasa macam..”

     Singlet Haq ditarik ke atas menampakkan perut Haq yang kempis. Sememangnya tubuh Haq sungguh cantik. Tidak buncit dan licin. “Meh aku tolong sapu.”

     “Uishh..” Haq cepat-cepat berdiri dan menurunkan kembali singletnya. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. “No, no. Kau lelaki, aku lelaki. Sentuh-sentuh ni.. eii..”

     “Otak kau dah berapa banyak warna, hah?”

     “Manalah tahu. Kut-kut, kau ada perasaan yang tuttt dengan aku. Bahaya. Kena elakkan!”

     Menjegil mata Luq mendengar kata-kata Haq. Ingin sahaja dicekik-cekik kawannya itu. Sungguh tidak bermoral fikirannya. “Isy, malas aku layan kau. Aku nak tolong, tapi dah kotor fikiran kau.”

     Luq meletakkan botol minyak angin di atas meja. Dia mahu keluar.

     “Thanks sebab bagi minyak angin.”

     “Okey.”



Puan Dina melepaskan pandangannya ke arah Encik Madi. Nafas dilepas berat dan mengalihkan pandangan ke arah Puan Wani dan Encik Zahar. Mereka bertemu lagi sekali untuk berbincang mengenai anak mereka berempat. Sepatutnya Atiyah dan Haq turut serta tetapi mereka terpaksa membatalkan hasrat tersebut. Semuanya gara-gara panggilan telefon dari Atiyah mengadu tentang Haq yang tiba-tiba sahaja menjauh darinya.

     “Pelik betul budak-budak ni. Macam-macam hal.” Encik Zahar meluahkan perasaannya. Jujurnya, dialangsung tidak mengerti. Apa yang sedang dilakukan anak lelakinya? Kata mahu mendapatkan kembali Atiyah. Mahu menggodanya kembali. Sekarang, apa kisahnya?

     “Entahlah. Yang Atiyah pula baru semalam call. Cakap Haq macam jauh diri dengan dia. Sebelum ini, macam nak tak nak dengan Haq. Kiranya dia nak Haq.”

     “Budak muda zaman sekarang. Susah nak cakap. Tak ikut cakap mereka, lain jadinya. Bila diikutkan, inilah,” ujar Puan Wani.

     “Haq tak cakap apa-apa? Kenapa dia tiba-tiba jauhkan diri dari Tiyah?” soal Encik Madi.

     “Tak ada pula. Baru-baru ni ada juga berbual dengan dia dalam telefon. Ceria je suaranya. Cuma, dia ada cakap yang dia sibuk. Siapkan kerjanya. Luq pun sama.”

     “Tiyah baru semalamlah. Tiba-tiba telefon mengadu tentang Haq. Selama ini, buat tak kisah je. Bila sebut tentang Haq, mula kalih topik.”

     “Senang beginilah. Kita kahwinkan je mereka berdua. Masih nak berdalih lagi, kita acah nak kahwinkan mereka dengan orang lain. Tengok nanti. Menggelabah ke tidak?”  


     Cadangan Puan Dina berjaya menarik perhatia yang lainnya. Masing-masing cuba membayangkan reaksi Atiyah dan Haq bila rancangan itu dikhabarkan. Paling tidak, mereka boleh lihat sejauh mana perasaan anak-anak mereka. Sanggupkah mereka melepaskan orang yang disayang kepada orang lain?

*****

“Tak nak!”

     Haq terus keluar dari rumah orang tuanya. Dia tidak bersetuju dengan rancangan ENcik Zahar dan Puan Wani. Mana mungkin dia mahu berkahwin dengan orang yang tidak pernah dicintainya. Ini bukan zaman dulu-dulu. Ibu dan ayah mengatur perkahwinan anaknya. Ini zaman moden. Di mana pilihan anak-anak patut diambil kira. Yang mahu berkahwin, dia. Yang mahu menjalankan tanggungjawab sebagai suami, dia. Kalau sudah tidak suka, relakah dia?

     Tanpa membuang masa Haq terus sahaja masuk ke dalam keretanya dan memandu keluar dari laman rumah. Dia perlu bertemu dengan Atiyah. Dari apa yang didengarinya sebentar tadi, dia dan Atiyah akan dijodohkan. Tapi bukan sesama mereka. Dengan orang lain. “Sampai hati mereka buat aku begini.”

     Sekejap sahaja dia sudah tiba di hadapan rumah Atiyah. Telefon bimbit dikeluarkan lantas nombor telefon Atiyah didail laju.

     “Hello..”

     Haq terus mematikan panggilan. Terkejut mendengar suara yang menjawab panggilannya. Dia yakin yang dia mendail nombor Atiyah. Tidak salah nombor. Apa dah jadi dengan suara Atiyah?

     Dia menghubungi Atiyah sekali lagi.

     “Haq…”

     Ya, memang suara Atiyah. Tapi mengapa lirih bunyinya?

     “Haq,boleh kita jumpa..”

     “Turunlah. I’m here.”

     “Give me 10 minutes.”

     “Okey. Aku tunggu.”

     Panggilan tamat. Haq menunggu Atiyah dengan penuh sabar. Suara Atiyah kedengaran lirih dan sayu benar-benar membuatkan hatinya terusik. Mahu sahaja dia mendapatkan Atiyah dan memeluknya. Dia mahu menjadi seseorang yang mampu menenangkan sekeping hati yang dikasihinya itu.

     Mungkinkah Atiyah juga sudah tahu mengenai rancangan keluarganya?

     “Haq..” seru Atiyah sebaik sahaja muncul. Wajahnya nampak sembab kerana terlalu banyak menangis. “Aku cintakan kau. Aku tak nak kahwin dengan orang lain. Please jumpa parents aku. Jelaskan semuanya.. aku minta maaf sebab minta putus dulu. Aku tahu aku salah. Aku menyesal.”

     “Aku faham apa yang kau rasa, Tiya. Parents aku pun nak jodohkan aku dengan orang lain. Aku..”

     “Aku merayu pada kau. Betulkan kesilapan yang aku buat. Tolong aku. Kalau kau benci aku, marah aku, tak sudi kahwin dengan aku.. tolong hentikan rancangan parents aku. Biar aku lupakan kau dulu, biar aku stabil.. bukan macam ini. Tiba-tiba je kena kahwin dengan orang lain. Aku tak boleh..”

     “Aku tak benci kau, aku tak marah kau.. aku..”

     “Kau akan kahwin dengan pilihan parents kau?” soal Atiyah dengan memintas percakapan Haq.

     “Aku nak jumpa kau dulu. Baru buat keputusan.”

     “Haq, tolong aku. Aku tak kisah kalau kau tak kahwin dengan aku. Tapi tolong halang parents aku dari kahwinkan aku dengan orang lain. Aku faham. Kau tak boleh terima aku, kau benci aku. AKu ego. Aku terlalu ego sampai..”

     Melihatkan Atiyah yang semakin tidak tentu arah memaksa Haq menenangkannya dahulu. Setelah gadis kesayangannya itu tenang, dia merenung jauh ke dalam anak mata Atiyah. DIa senyum.

     “Okey, kita kahwin. Aku dengan kau. Kita kahwin. Biarlah. Tak ada majlis gilang gemilang macam yang kita reka dulu, tak ada hantaran yang berwarna-warni, tak ada makanan yang sedap-sedap.. tak apalah. Asalkan di hari kita disatukan menjadikan suami isteri, cukup aku ada kau seorang. Kita kahwin.. ya?”

     Atiyah mengiyakan dengan anggukan. “Ya, kita kahwin. Aku tak kisah dengan apa yang kita pernag impikan dahulu. Yang aku mahu sekarang, hanya kau. Hanya kita.” Dia tersenyum kecil akhirnya.

     Haq mengangguk-angguk. Senang hati melihat Atiyah yang sudah menyimpulkan senyuman.

     “Fuyoooo.. drama sungguh! Hebat hero dan heroin kita ni!”

     Pandangan Haq dan Atiyah lantas berpaling ke arah suara itu. Terkebil-kebil mereka berdua melihat ahli keluarga masing-masing yang berkumpul. Luq dan Syikin yang turut serta menambahkan tanda tanya di benak. Apa yang berlaku?

     “Ending yang agak menarik. Tak sangka ibu memang bijak!” ujar Syikin.

     “Apa ni?” soal Haq, dingin. Tidak memahami situasi janggal di hadapannya.

     Puan Wani senyum. “Ini semua rancangan kami berempat. Dah masing-masing tak nak mengaku. Asyik tuju arah lain-lain. Tapi hati tetap duduk kat tengah-tengah. Macam mana?”

     “Kalau dari awal begini, kan senang. Tak perlu kalut macam ini. Suka, cakap suka. Ini tidak, asyik nak nafikan. Tahu menggelabah bilanak kena jodoh dengan orang lain.”

     “Emak!”

     “Ibu!”

     Teriakkan Haq dan Atiyah mengundang rasa lucu mereka semua. Mana tidak, merah padam muka mereka berdua bila mendapat tahu hal sebenar. Pandai ibu bapa mereka merancang. Tak sangka juga yang Luq dan SYikin turut serta dalam ‘misi’ itu.

     Haq cuit bahu Atiyah dalam riuh rendah itu.

     Atiyah memandang Haq dengan pandangan yang penuh kehairanan. “Ermm?”

     “Will you marry me?”

     “Gila tak nak? Of course, I do!” sahut Atiyah selamba.

     Luq yang menyaksikan lamaran Haq tersenyum. Terasa indah. Dia berdiri di sebelah Syikin.  Dia turut mahu mencuba nasib. Dikala tiada siapa yang memandang ke arahnya, dia berbisik di telinga Syikin. “Jom kahwin?”

     “Jom!”

     Melebar senyuman Luq mendengarnya. “Yesssss..!!” jerit Luq lantang.

     “Kau kenapa?” Haq menepuk bahu Luq. Pelik dengan Luq yang tiba-tiba menjerit. Mengganggu keterujaannya pada hari itu.

     “Syikin sudi kahwin dengan aku?”

     Makin meriah suasana pada ketika itu. Nampak gayanya perkahwinan Haq dan Atiyah akan dilangsungkan serentak dengan Luq dan Syikin.



Dua bulan kemudian..

‘Semoga ikatan yang terbina atas dasar cinta kali kedua ini akan berkekalan. Biar ia kekal menjadi yang kedua. Tiada yang ketiga, tiada yang lainnya..’

     “Selesai!”

     “Apa yang selesainya?” Atiyah datang menghampiri. Dia memeluk tubuh Haq. Sekilas dia menatap skrin komputer riba milik Haq. Di bahagian bawah tulisan yang panjang itu tertera perkataan tamat.

     “Cerita cinta kita.”

     “Novel?”

     Haq mengangguk. “Sebagai kenangan. Hadiah dari seorang lelaki bernama Fatah al-Haq kepada isterinya, Maya Atiyah. Semoga kita sentiasa dalam hubungan yang diredhai dan kekal sehingga akhir hayat..”

     “Thanks..”







You are my remedy, to all my tragedy. You are my clarity, to all my insanity.Surely, you are my life to all my love..’







 p/s: Ya Allah, dah berapa lama tak menulis. Baru terasa penat. Kihkihkih. 
        Maaf, andai kisah ini tidak berapa menarik. huhu..

No comments: