Friday, August 14

Pen Merah Pen Biru 1

“Abang, nak pen biru satu batang!” jerit Nurul Hana. Dia mengetuk-ngetuk meja yang ada di hadapannya. Tersengih-sengih dia melihat kawannya, Mira yang asyik memilih pemadam. “Beb, Cikgu Zikri dah masuk kelas ke kau agak?”
     “Entah? Tapi rasanya dah kut. Ala..cikgu kesayangan kau lambat masuk hari ini, bagus juga. Senang aku nak pinjam buku Sharon dan buat kerja sekolah. Aku lupalah!”
     “Banyaklah kau. Cikgu kesayangan aku wak lu!” balas Nurul Hana. Dia mendongak. “Bang, mana pen biru saya minta tadi. Cer cepat sikit”
     “Nah!”
     “Ni pen merahlah bang oit!”
     “Abang? Sedap gelaran tu untuk saya!” gumam Zikri Irfan.
     Nurul Hana terkedu. Perlahan-lahan dia mendongak memandang lelaki bertubuh tinggi lampai di hadapannya. “Erk...Cik..cik..cikgu..”
     “Assalamualaikum cikgu!!! Apa khabar? Hai...kami masuk kelas dulu ya” Mira pantas menarik tangan Nurul Hana. Laju mereka berdua berlari masuk ke dalam kelas. “Naya kita naya!! Habislah aku..”
     Nurul Hana duduk di tempatnya dan Mira pula kelihatan kelam kabut mencari buku latihannya. “Chillah beb! Dia takkan marah punya. Cikgu kesayangan kau, kan?” usik Nurul Hana.
     “Bangun!!!” lantang suara Haikal sebagai ketua tingkatan memebri arahan. “Assalamualaikum, cikgu!”
     “Waalaikumsalam, semua duduk! Okey...senang cerita. Siapa tak siap kerja keluar berdiri di tengah padang. Yang siap stay dalam kelas” ujar Zikri irfan. “Nurul hana, habis sekolah nanti jumpa saya di bilik kaunseling. Ada sesuatu yang awak hutang dengan saya!”
     “Apa hal cikgu?”
     “Lupa? Ada hutang kan?”
     Nurul Hana mengetap bibir, geram.

Zikri Irfan tersengih melihat wajah tidak puas hati Nurul Hana. Dia tahu gadis itu geram dengannya kerana terpaksa menunggu dia tamat mesyuarat pada tengah hari itu. kealpaannya pula telah membuat gadis itu membuang masa hampir dua jam di bilik kaunseling sedangkan dia berada di kantin sebaik sahaja tamat mesyuarat. “Duduklah..”
     “Cakaplah cepat cikgu nak apa. saya nak balik ni”
     “Cantik tak kereta saya?” soal Zikri Irfan nakal. “Semalam...entah macam mana ada kesan torehan di pintu kereta saya. Tayar siap dipancitkan lagi. hurm...hari ini kereta saya jadi warna lain. Terpaksa cat lain sebab susah nak hilangkan kesan tu”
     Nurul Hana mengetap bibir. ‘Dia tahu ke aku yang buat?’
     “Protes? Atau dendam?” Zikri Irfan bermain psikologi.
     “Saya kena balik sekarang. Pukul 5 saya ada kelas tuisyen” ujar Nurul Hana kalut. Risau rahsianya terpecah. Bukannya dia tidak sedar cikgunya itu sedang bermain psikologi dengannya. Dia tahu itu. apatah lagi dia memang bercita-cita menjadi seorang ahli psikologi.
     “Saya ada bukti yang menjuruskannya ke arah awak!”
     Langkah kaki Nurul Hana bagai diikat. Tidak jadi beredar. “Okey saya mengaku. Saya yang buat. Saya marah sebab cikgu rampas saya punya diari. Memang saya salah sebab menulis diari sewaktu cikgu mengajar. Tapi, cikgu tak izinkan saya ambil balik”
      “Sebab tu je? Harga diari awak dan harga baik pulih kesan torehan awak tu setanding tak?”
      “Apa-apa jelah. Cikgu nak saya buat apa?”
      “Mengaku salah dan minta maaf. Itu sahaja”
      “Sampai bila-bila saya tidak akan minta maaf dengan cikgu! Tidak akan!” getus Nurul Hana bengang.
     “Tak apalah. Abaikan jelah kes ini. hurm...saya simpan dalam hati. Awak nak balik? Saya tumpangkan?”
     “Tak perlu. Tak pasal-pasal pula pintu tu tercabut nanti!” jerkah Nurul Hana lalu beredar dari kantin. Suaranya yang meninggi mengundang perhatian cikgu-cikgu lain yang turut ada di kantin itu. beberapa orang pelajar berbisik sesama mereka.
     Zikri Irfan hanya menggeleng. ‘Alahai..macam manalah aku boleh jatuh suka pada dia?’
*****
Mira tergamam sebaik sahaja melihat Nurul Hana mengeluarkan gunting dari beg sekolah. Terkejut sebenarnya dengan tindakan rakannya itu. “Woitt..kau nak buat apa”
     “Aku nak senikan kereta buruk Cikgu Zikri”
     “Senikan kereta buruk? Weyh..kau ni nama je pakai cermin mata. Kau ni buta mata ke buta hati? Kereta sport macam ni buruk?” getus Mira tidak setuju dengan idea Nurul Hana. “Jomlah..aku takut kalau ada orang nampak. Dengan aku, aku sekali kena”
     Nurul Hana tersengih lalu terus mengerjakan pintu kereta sport milik Zikri Irfan. Mujur kereta tersebut tidak berbunyi. Dia sudah tahu mengenai itu. kereta milik Zikri Irfan memang tidak akan berbunyi kalau tertoreh mahupun terguris kecil. “Jom..dah selesai!”
     “Cepatlah..” gesa Mira lalu mereka berdua beredar pergi dari tempat parkir kereta guru.
*****
Sebatang pen biru diletakkan di atas meja Nurul Hana sewaktu dia melintas di situ. “Untuk awak. menggantikan pen biru yang turut kena rampas dengan saya minggu lalu. Saya tidak pasti awak pakai pen jenama apa, warna apa..so saya beli yang ini. anyway..i think that you like blue colour. Everytime datang koperasi asyik-asyik jerit nak warna biru je, kan?”
     “perli, perli..” ujar Nurul Hana lalu mengetap bibir geram. Dia mendongak memandang Zikri Irfan. “Terima kasih..tapi kenapa cikgu tak pulangkan je pen saya tu. Kan bagus? Simpan pun nak buat apa”
     “Suka hati saya. Harta rampasan saya. Nak simpan ke, nak pulangkan balik ke, or nak humban ke dalam lombong ke..hak saya!”
     “Eeii..cikgu ni ada masalah mental ke?”
     “Kenapa? Kalau saya ada masalah mental..awak nak betulkan fiusnya? Jumpa saya dalam bilik kaunseling! Awak perlu dikaunselingkan..kurang ajar dengan cikgu!” ujar Zkri Irfan bersahaja. dia tersengih sebelum melangkah ke hadapan bagi menyambung pelajaran kelasnya. ‘Pen merah, pen biru..memang sengaja buat kau marah, cause you make me more love you’
     Ikbal memandang Nurul Hana. “Hana..pen merah, pen biru, dia buat kau marah, adakah sebab dia love you?” ujarnya separuh berbisik. Risau didengari Zikri Irfan.
     “Pen biru, pen merah, apa love you love you, kau memang sengaja nak buat aku marah!” balas Nurul Hana.
     “Nurul Hana..saya sedang mengajar di hadapan ini. apa awak buat di belakang tu?” tegur Zikri Irfan tiba-tiba. Nurul Hana hanya mampu memuncungkan bibir dan menunduk. “Tukar ke depan. Duduk tempat Izzah ni. Dia tidak hadir hari ini, kan?”
     “Tak naklah”
     “kenapa?”
     “Pen biru, pen merah..tengok muka you, buat i nak muntah” selamba Nurul Hana menjawab. “erk...tak! tak! Saya main-main je. Takkanlah saya nak termuntah nak tengok muka cikgu. Hensem kot..”
     “pen merah pen biru..awak buat saya marah, jumpa dalam bilik kaunseling baru tahu”
     “Apa-apalah...continue your teaching. Saya dah buka buku ni..”

Dua biji mangkuk mihun sup diletakkan di atas meja. Mira terus duduk di hadapan Nurul Hana. “Berani gila kau cakap macam tu dengan Cikgu Zikri. Tak sangka aku. Tabik spring!!!” ujar Mira seraya tersengih-sengih. “beb..aku bukan apalah. Tapi aku dengar orang tua-tua cakap. Semakin kita benci orang tu. Semakin sayang tahu tak? Aku risau jelah..dua tiga tahun akan datang, aku dapat kad undangan kahwin kau. Nama pengantin lelaki..Zikri irfan! Fuh...gempak seantero dunia!”
     “Batak hang! Aku dengan dia? ibarat dracula dengan pontianak. Dah! Geli tekak aku nak makan benda ni dengar nama dia”
     “Assalamualaikum, tumpang meja boleh?” sapa Zikri irfan lalu duduk di sebelah Mira.
     “Cikgu..boleh tak duduk kat tempat lain?” soal Nurul Hana.
     “kenapa?”
     “Tak ada apa-apalah” sahut Nurul Hana. Dia sebenarnya risau. Kadang-kadang apa yang diluahkan orang-orang tua zaman dahulu ada benarnya. Kerana terlalu membenci seseorang, suatu hari nanti pasti perasaan itu akan terbalik. Ya..dia risau. Sebab, dia pasti merindui suara Zikri irfan setiap kali cuti sekolah. Dia pastinya akan teringat setiap detik bertengkar dengan cikgunya itu pada waktu kebosanan. Itu sama sekali tidak normal.
     Zikri Irfan mencuri pandang wajah Nurul Hana. ‘Comelnya minah senget ni. Alahai..’
*****
21 Mei
Eh, dearie(diari). Nak tahu something x? Ari ini..ada cikgu baru. Wow, lelaki dua orang dan girl sorang. Kahkahkah..apa apa pun. Aku nak mentioned satu cikgu ni jerh kat kau dearie. Hehee..nama dia Zikri Irfan Bin Marwan. Nak describe mcm mana erk? Like thislah.
          *hensem
          *tinggi
          *tegap
          *suara yang macho
          *hotstufff..fuhhhh
Amacam dearie. First time aku puji lelaki. Kahkahkah. Anyway..mana mungkin aku akan tersuka pd cikgu. Weeheehee..eh, dia ajar kelas aku. Ajar Sejarah. Alamakaih....aku benci this sub sgt2. Kau pun tahu en dearie. Tapi....................................dgn bangganya. Aku tell u lah. confirm aku lulus. Sbb dia yg ajar. Hikhikhik *tawa malu malu* wekkk...
*****
 “Okey, hari ini saya nak tunjuk satu slide kepada kamu semua” ujar Zikri Irfan seraya memasang projector dan skrin layar di hadapan kelas. Dia memanggil beberapa orang pelajar lelaki bagi membantunya. Selesai semuanya dia mengarahkan pula pelajar yang duduk di tepi tingkap menurunkan langsir. “Kalau nak salin pun boleh juga. Ini nota penting yang confirm masuk exam. Cuma, tidak pasti soalan itu ada atau tidak. tapi...ia nota terpenting sepanjang zaman. Dalam buku teks tiada!”
     Komputer riba berjenama Acer itu dicapai. Sebaik sahaja komputer riba itu terpasang, terpapar gambarnya sebagai wallpaper. Apatah lagi wallpaper tersebut menyerlahkan bodynya yang mempunyai six pack yang mengancam. “Wow cikgu. Macho gila!” terletus pujian itu dari dua ulas bibir Nurul Hana secara tidak sengaja. “Hotstuff!!!”
     “Kamu suka lelaki hotstuff ke?” soal Zikri irfan seraya menekan beberapa dokumen menggunakan mouse di tangannya.
     “Tentulah..macho!”
     “lelaki seperti saya?” duga Zikri Irfan.
     “Erm...entah!”
     “Tadi kata saya macho”
     “Eleh..kalau saya suka cikgu pun, nak buat apa? buat suami?” gumam Nurul Hana.
     Zikri irfan tersengih. “Nak saya masuk meminang kamu? lepas SPM”
     “Erk..eh, cikgu buka dokumen apa ni. Ni macam assigment je..bukan slide show!” Cepat-cepat Nurul Hana berklaih topik. ‘Gila cikgu aku ni. Bukan main dia balas usikan aku. Parah!’
     Ikbal mengerling Nurul hana.
     “Apa pandang-pandang, aku tak hutang kat kau!”
     “Pen merah, pen biru...aku dah confirm sangat dah, he love you”
     “Pen merah, pen biru...kenapa kau nak buat aku marah, teringin nak i sepak muka you?” balas Nurul hana geram dengan Ikbal. Tidak habis-habis mengatakan Zikri irfan menyukainya. Setiap kali dia dan cikgu lelaki itu bertengkar, pasti muncul pantun baru menggunakan pen merah dan pen biru sebagai pembayang. Entah apa yang tidak kena dengan fius di kepala Ikbal.

Nurul Hana masuk ke dalam koperasi. Tertunduk-tunduk dia mencari pen biru yang sering digunakannya. ‘Aih...mana pula pen itu. tak ada dah ke?’ desisnya. Dia mendongak. Mencari kelibat pengawas koperasi yang ada di situ. “Bang, pen biru jenama Faber Castle ada tak? Gel?” soalnya.
     Tiada reaksi dari lelaki tersebut.
     “Bang oit!” jerkahnya lalu mencapai hujung lengan baju lelaki itu. “Oh mak kau..cikgu? eh..maaf cikgu. Saya ingatkan abang koop!! Err..”
     Zikri Irfan berpaling dan tersenyum nakal. Dia menghampiri nurul hana yang hanya dipisahkan dengan almari cermin. “Ya cik adik..nak beli apa. abang boleh tolong ambilkan”
     “Eeii..tolonglah. tak payah buat ayat macam tu ya cikgu. Geli den dongarnya!”
     “Dah tu? Awak panggil saya abang. Saya panggillah awak adik”
     “apa-apalah. Siapa suruh cikgu pakai baju hijau macam pengawas koperasi. Lepak sini pula. Saya ingat cikgu ni abang koop lah!”
     “Eh..kita ni ada chemistry erk. Saya kat koop, awak mesti datang sini beli pen. Ada jodoh kut?”
     “Alamak aih..kat sini tak jual baldi lah pula. Saya nak muntah dengarnya”
     Zikri Irfan tersengih. “Nak beli apa? saya belanja”
     “Beli cikgu, boleh?” gurau Nurul Hana. “Eh, tak adalah. Main-main je. Saya nak beli pen biru yang selalu saya beli tu. Tapi tak jumpa pula. Habis kut”
     “Pen biru? Bukan main banyak kat dalam ini. satu pun tak berkenan di hati?”
     Nurul Hana menggeleng.
     “Cer tengok dalam bekas pensil saya ini. pinjamlah mana-mana pen biru. Kut-kut ada tercampak beberapa jenis batang pen yang awak suka sangat tu?”
     “Serius?” Zikri Irfan mengangguk. Nurul Hana lantas menyelongkar bekas pensil tersebut. Terkejut beruk tidak terucap dirinya melihat kesemua pen biru yang ada dalam bekas pensil itu merupakan pilihan jenama kesayangannya. “Okey..saya ambil satu. Terima kasih!”
     Tersengih Zikri Irfan. ‘Wow..cute betul budak ni’
*****
Menjelang peperiksaan SPM
“Okey, selepas ini siapa siapa yang mahu minta saya nombor pin ke, maklumat IPTA dan IPTS ke...jumpa saya di bilik kaunseling. Apa-apa hal di sana. Saya tak nak kamu tanya saya dalam kelas. Habiskan waktu mengajar saya saja”
     “Pen merah pen biru, tak rasa cikgu nak marah, kalau Hana yang tanya cikgu” Ikbal mengusik. Dia mengerling sekilas Nurul Hana di belakang. Dia tersengih pula bila Nurul Hana melayangkan buku lima.
     “Pen merah, pen biru, pen merah, pen biru...wak lu, Ikbal. Nak makan penampar?” balas Nurul Hana garang.
     “Hana..behave yourself. Awak tu perempuan. Jaga kelakuan di hadapan lelaki..”
     “...dan depan bakal suami!” sampuk Mira lalu disambut gelak tawa rakan sekelas. Umum sudah mengetahui isi hati Zikri Irfan. Semuanya gara-gara sesi kaunseling yang diadakannya beberapa minggu sebelum itu. ketika itu Nurul Hana tiada kerana terlibat dengan satu pertandingan. Rakan-rakan sekelasnya mengambil peluang bertanya itu ini kepada Zikri Irfan. Pastinya Ikbal yang bertanyakan soal hati guru lelakinya itu. tanpa segan silu, dia meluahkan isi hatinya kepada anak muridnya dan minta mereka semua merahsiakan hal itu dari Nurul Hana serta guru-guru di sekolah itu. “Okey, sorry cikgu. Main-main je” ucap Mira lalu menyembunyikan tawa. Gerun melihat panahan mata Zikri Irfan yang tajam.
     Nurul hana mengerutkan dahi. “Korang semua semakin lama, semakin pelik” getusnya dan menggeleng-gelengkan kepala. “Eh, cikgu..mana buku nota sejarah. Kata nak pulangkan. Nak buat ulangkaji nanti”
     “Oh ya..mujur kamu ingatkan. Ikbal, Haikal..pergi ambil dalam kereta saya” pintanya lalu menghulurkan segugus kunci kepada Haikal.

Haikal mencuit bahu Ikbal. “Uiihh..aku kalau dapat kereta sport macam ni. Hurm..tidur dalam ini pun aku tak ada hal! Beruntung gila Hana dapat rasa naik kereta ni nanti” gumamnya seraya membuka pintu kereta itu.
     “Beb, aku tak sangka yang cikgu boleh suka kat dia. kenapa cikgu tak jatuh suka je pada Cikgu Waheeda ke. Kalau nak suka kat pelajar...tu, minah gedik seantero dunia. Maya. Logik juga. Hana tu ada apa? chubby..pendek..”
     “Cinta itu buta..”
     “Tapi..Hana tu comel juga kan? Kalau dia senyum lagi suka aku tengok. Ada lesung pipit. Mata dia pun ikut senyum kalau dia senyum. Memang comel” ujar Ikbal.
     Bukk!!!
     “Tolong aku angkat buku-buku nilah, badut. Berangan pulak. Erghh..berat tahu tak. Lagi satu...tolong jangan fikir sampai ke langit. Cikgu Zikri dah cop dia dulu. Kau lambat” bebel Haikal lalu menyerahkan separuh dari buku nota kepada Ikbal. “Jom masuk kelas”    
*****
‘Assalamualaikum, Hana.
     Saya tidak pasti dengan apa yang saya sedang lakukan ini. tapi inilah saya. Saya mahu berterus terang pada awak. saya suka awak. sejak pertama kali saya masuk ke dalam kelas bulan Mei dulu, saya sudah suka pada awak. bukan cinta..tapi perasaan saya suka melihat awak. entah bagaimana wujudnya selisih faham antara saya dan awak. oh ya..diari itu. mungkin diari itu buat awak marah sangat pada saya. Tapi di sebalik kemarahan awak itu..saya nampak awak tidak memaksudkan itu. adakah awak suka pada saya juga?
     Hana..saya faham. Saya hanyalah cikgu awak. tidak dapat disangkalkan dan mungkin awak malu untuk mengakuinya. Maafkan saya jika saya mengatakan awak turut suka pada saya. Maaf. Tapi..saya tidak boleh katakan saya tidak suka awak. saya benar-benar suka awak kini. Malah ia semakin menjadi satu perkataan aneh. CINTA! okey ke tidak? saya tidak pasti. Nah..tulis surat ini kepada awak pun buat saya gagap gagap. Kalau saya luahkan dengan kata-kata pasti saya malu. Sumpah..ini pertama kali saya luahkan isi hati saya. Aduhai..ayat pun berterabur!
     Erm..saya suka pada awak. sekali lagi saya beritahu awak ni. Saya nak tahu apa jawapan dari mulut awak. saya bagi tempoh sampai tamatnya peperiksaan SPM. Saya akan buat tidak tahu sahaja bila bertemu awak sepanjang tempoh itu.
Ikhlas tulus hati,
Zikri Irfan.”
*****
Nurul Hana mengalihkan pandangannya sewaktu berselisih dengan Zikri Irfan di kaki lima. Terkejut mulanya ketika dia sedar gurunya itu turut melalui jalan itu. dia berpura-pura berbual dengan Mira supaya dapat menghilangkan rasa debar di hati. “Mira...aku nak ke librarylah. Nak pinjam buku Kimia”
     Mira berhenti melangkah. Dia memandang muka Nurul Hana. “Kimia? Kat tangan kau tu bukan ke buku yang kau pinjam tadi?” soal Mira. Pelik.
     “Eeii..kau ni. Kenapa? Dengar jelah cakap aku”
     “Eh, cikgu Zikri! Hai!”
     Zikri Irfan terkedu. Dia mahu mengelak diri dari berhadapan dengan Nurul Hana. Hatinya tidak keruan jika memikirkan jawapan yang bakal diluahkan gadis itu. matanya asyik bertukar tempat dan pastinya tidak melekat sesaat pun pada wajah Nurul Hana. Dia sedar Nurul hana juga begitu. “Ada apa Mira. Saya nak cepat ni..saya kena masuk bilik mesyuarat”
     “Bilik mesyuarat? Sana kantin cikgu” usik Mira.
     “Saya nak makan dulu. Ada apa?”
     “Tak ada apa-apalah. Saja je tahan cikgu ni. Kut-kut cikgu nak cakap dengan Hana” ujar Mira. Dia tersengih lalu menarik tangan Nurul hana pergi dari situ.
     “Eeeiii..kau ni memanglah. Kalau tak kaitkan aku dengan cikgu Zikri tu tak boleh ke?” getus Nurul hana. ‘Malunya aku!’
     “Erm..esok tidak diwajibkan datang. Kau datang ke tidak?”
     “Duduk rumah, ulangkaji”
     “Alaa...bosanlah. datanglah sekolah”
      “Esok nak merempat di mana? Pengetua cakap kita tak payah datang esok. Sebab tiada kelas atau tempat untuk kita tuju, kan?”
      “Bilik kaunseling?”
      Buntang mata Nurul Hana mendengarnya.

Zikri Irfan menyandarkan tubuhnya sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta. melepaskan kepenatan pada hari itu. dia memejamkan mata. Mahu terlelap rasanya. Sedang dia asyik melayan perasaan dalam kepenatan itu, tiba-tiba sahaja dia merasakan dahinya diusik seseorang. Sentuhan lembut itu amat menyelesakan sampaikan dia tidak mahu saat itu diganggu sesiapa jua. Urutan lembut semakin merelakskan apatah lagi urutan itu sudah beralih pada tengkuknya. ‘Arrhh...bahagianya kalau setiap hari ada urutan sebegini’
     “Auch!!!” terjerit Zikri irfan. Dia terjaga dan memandang kiri kanannya. “Hana? Awak buat apa di sini?”
     “Urut cikgu” bersahaja Nurul Hana menjawab. “Haihh...berdosa betul saya sentuh orang yang haram disentuh. Cikgu ni memang gatallah. Stim je muka cikgu bila pompuan urut erk?”
     “Stim? Amboi..kasar bahasa tu?” Nurul Hana tersengih. “Kamu buat apa kat sini?”
     “Saya terlepas bas. Saya nampak cikgu kat sini. So saya nak tumpang. Boleh tak?”
     “Itu je?”
     Nurul Hana mengangguk.
     “Eh..awak urut saya tadi ke? Serius? Bukan saya berangan atau itu hanya khayalan?”
     “Yalah..saya nak praktis untuk jadi cikgu punya bini? Okey tak cara saya urut tu?”
     Zikri Irfan memandang Nurul Hana pelik. “Awak jangan Hana. Saya dahlah memang tengah gilakan awak. awak buat lawak dengan saya macam ni. Jangan bagi harapan palsu pada saya”
     “Mana ada saya bagi harapan palsu. Saya seriuslah ni”
     “Apa yang awak serius? Saya rasa kelakar je...hahahaa...saya dah ketawa!”
     “Hahahaa...cikgu yang buat lawak. Saya seriuslah. Mana ada main-main”
     “Apa?”
     “Pen Merah, Pen Biru..Jangan Marah, sebab I love you”
     Terbeliak mata Zikri Irfan mendengarnya. “Ya Allah..awak jangan buat main benda ni semua”
     “Pen Biru Pen Merah..betul saya suka cikgu, sumpah demi Allah!”
     “Erk..”
    
Kereta sport milik Zikri irfan berhenti di hadapan rumah Nurul Hana. “Okey ini rumah saya. Lepas SPM nak datang meminang, silalah ingat alamat rumah saya ya” ujar Nurul Hana lalu tersengih. Dia melangkah turun. Sebelum dia melangkah masuk ke halaman rumahnya dia berpatah balik dan terus membuka pintu kereta. “Cikgu..Pen Merah Pen Biru, janganlah marah, saya main je tadi tu. Pen Biru Pen Hitam, I Just say that I love you, takkan dah nak pitam” Nurul hana tergelak kecil. “Eh..saya serius yang saya bermain. Bukan saya suka cikgu. Errr...okey, assalamualaikum!”
*****
“Assalamualaikum cikgu Zikri,
     Saya seperti cikgu. Pertama kali menulis surat bagi meluahkan perasaan di hati, sumpah ini pertama kali. Saya rasa sekarang cikgu faham kan. Kalau saya tulis ini pertama kali saya luahkan perasaan di hati. Sudah tentu saya maksudkan saya suka cikgu. Ya saya suka cikgu.
     Pertama kali saya lihat cikgu pandu masuk kereta sport dulu. Saya dah terlepas cakap. Saya mahu suami yang memandu kereta sebegitu. Dan bila cikgu keluar dari dalam kereta tu, saya set minda saya yang saya mahukan lelaki macam cikgu. Cikgu hotstuff in my mind.
     Pasal diari itu, saya bukan marah sebab cikgu rampas. Saya tidak kisah sebab itu cikgu. Cikgu Zikri Irfan yang saya suka. Tapi, saya malu kalau-kalau cikgu baca diari saya. Sejak cikgu masuk ke sekolah ini dan mula mengajar saya, setiap hari saya akan menulis sesuatu di diari itu. saya malu
     Cikgu..saya suka cikgu. Tapi saya malu dengan semua orang. Cikgu dan anak murid. Sesuaikah? Apa pun..pen biru pen merah, i love you, sebab tu suka buat cikgu marah!
Pertama kali jatuh cinta,
Nurul Hana”
*****
“Pen Merah, Pen Biru, You Marah..I love you?” gumam Zikri irfan.
     “Zik..fikirkan apa tu?” sapa Puan Intan. Dia duduk di sebelah anak lelaki tunggalnya itu. “Dari tadi mama tengok Zik termenung jauh. Siap ada love you, love you. Ada apa ni? Jatuh cinta?”
     Zikri irfan tersengih. “Mama memang terror kalau nak meneka isi hati Zik. Tapi, mama terror tak untuk meneka siapa dia?”
     “Anak murid kamu?” duga Puan Intan lalu tergelak kecil. Kelakar melihat wajah anaknya yang cemberut.
     “Nujum mana mama simpan ni? Semuanya mama dapat agak. Hurm...mama setuju ke kalau Zik pilih anak murid Zik sebagai menantu mama?”
     “Kalau sudah jodoh kamu, apa salahnya. Jarak umur pun tidak jauh bezakan. Zik baru 24 tahun..dia kalau habis sekolah, baru 18 tahun. Eloklah sangat tu”
     “Tapi, keluarga dia?”

Faizal merenung jauh ke dalam anak mata Nurul Hana. “Serius ke cikgu kamu tu?” soalnya seraya mengerutkan dahinya. Pagi tadi, dia terjumpa sekeping surat yang diberikan Zikri Irfan kepada Nurul Hana. Secara tidak sengaja sebenarnya. Dia yang mahu meminjam kamus adiknya itu, terpijak akan surat itu yang kebetulan terjatuh di atas lantai ketika dia menarik keluar kamus dari susunan. “Kamu suka dia?”
     “Eeii..adik SPM pun tak lepas lagilah!” dalih Nurul Hana.
     “Jujur ke ni?” Nurul Hana mengangguk-angguk. “I’ll tell mama and papa. Serves your right then, sis”
     “Apa ni?”
     “Suka atau buat buat tidak suka sekarang ni?”
     “Tak!”
     “Okey..” Faizal keluar dari bilik bacaan itu lalu menemui mama dan papanya. Nurul hana yang merasakan kurang senang dengan tindakan abangnya meluru keluar. “Ma, pa..I’ve something to tell you”
     “Apa dia?” soal papanya sambil menjungkitkan keningnya.
     “Adik nak kahwin after SPM. Pa dan ma no hal kan?” ujar Faizal bersahaja. dia menoleh ke belakang memandang Nurul Hana yang becekak pinggang. Dia mengenyitkan matanya. “Cucu cepat dapat!”
     “Aiippp...” jerkah nurul hana. “Kahwin bolehlah, apa de hal cucu cepat. Abang lah kahwin and bagi ma dan pa cucu”
     Puan Qistina tersenyum. “Betul juga cakap Faizal tu kan, bang. Hana kalau nak kahwin after SPM pun saya tak kisah. Abang okey je kan? Hurm..kalau nak tunggu si Faizal habis PhD memang lama lagilah nak dapat cucu..”
     “Papa okey je. Ada calon dah, hana?”
     “Cikgu dia, pa! Cikgu Zikri Irfan!” sahut Faizal.
     Nurul Hana terbuntang. Terkejut tidak terkata. “Abang!!!”
     “No hal..”
     Nurul Hana menghelakan nafas. “Talking with the book more better!!!”
*****
Hari terakhir SPM
Nurul Hana menepuk bahu Mira. “Aku dah bebas!!” jeritnya sekuat hati sebaik sahaja keluar dari dewan peperiksaan itu. dia hanya tersengih sengih bila kelakuannya diperhatikan rakan sekelas. “Aku dah bebas, aku dah bebas..”
     “Bebas? Bukan ke lepas ni kau kena ikat kaki? Kahwin, beranak, kahwin beranak..” usik Mira.
     “Agak-agak kau nak makan penampar aku ke?” soal Nurul Hana geram.
     “Relakslah girl. Aku cakap betul, bukan? Kau nak kahwin dengan Cikgu Zikri?” soal Mira seraya menyenggol lengan Zikri Irfan.
     Nurul Hana menggeleng-geleng. Tidak tahan dengan Mira.
*****
Nurul Hana tercengang melihat sebaris nombor telefon yang terpapar di skrin telefon bimbitnya. Berkerut dia cuba mengecam nombor itu. “Siapa punya nombor ni?” gumamnya aneh. Terus sahaja dia membiarkan mesej yang masuk ke dalam peti masuknya. “Isy..siapalah pula call ni?” Nombor Mira terpapar berkali kali. Terus sahaja dia menjawab panggilan itu. “Mira..pe hal kau? Nak nyepak?”
     “Hana, saya ni. Cikgu Zikri!”
     “Erk..Cikgu? ada apa?” suara kasarnya bertukar lembut. Terkejut. “Erm...saya dah tiada apa-apa kaitan dengan cikgu, kan. Erkk..maksud saya..”
     “Oh..tak ada kaitan ye?”
     “Kenapa pulak ni cikgu? Cer jangan ngacau saya. Saya baru je nak enjoy after SPM ni. Saya tengah terbongkang atas katil ni. Tidur!”
     “Tidur? Sekarang? Pukul 12.30 tengah hari? Eh..anak dara apa awak ni? Tak senonoh betul!” bebel Zikri Irfan. “Awak tak buka mesej yang saya hantar tadi ke?”
     “Sorrylah cikgu. Saya tengah tidur. Mana ada buka Facebook. Dan..ini bukan kisah Najwa Latif dengan budak lelaki tu ya. Nak hantar hantar mesej pulak. What the foolish man!!” getus Nurul Hana. Bersahaja.
     Zikri Irfan mengetap bibir. ‘Facebook. Gila ke apa? masa bila pulak aku ada facebook’
     “Oh ya cikgu..jangan kacau saya tidur. Ngantuk! Bye..assalamualaikum!”
     Talian dimatikan. Nurul Hana baring kembali. Sedetik dua detik dia terfikir. ‘Mesej?’ kelam kabut dia mencapai telefon bimbitnya dan mencari peti masuk mesejnya. ‘Alamak!’ Nurul Hana tergamam. Dia bangkit. Terus sahaja dia berkejar ke tingkat bawah. “Mama!!!”
     Faizal menolak kepala adiknya itu. “Apa ni jerit panggil mama kuat macam tu? Kau ingat kau tu tarzan?”
     “Diam!!”
     Faizal menolak kepala adiknya itu sekali lagi. “Macam tu ke bercakap dengan abang? Kenapa tidak hormat dengan abang?” soal Faizal menggasak Nurul Hana.
     Nurul Hana terkebil kebil. ‘Eh..sejak bila wayar di kepala abang aku ni bersambung di tempat yang sepatutnya?’
     “Hana..apa dia? mama di belakang tadi. Dengar kamu panggil mama macam orang tak betul je bunyinya!” tegur Puan Qistina.
     “Baca mesej ni” pinta Nurul Hana. Kalut.
     Puan Qistina tersenyum. “Alhamdulillah..jodoh dah sampai!” ucap Puan Qistina.
     Faizal tersengih. “Jodoh tak diseru pun boleh sampai ke ma?” usik Faizal. “So siapa yang teramat malang nak jadi adik ipar Faizal”
     “Macam mana ni ma? Cikgu on the way je tu”
     “Rileks sudahlah! Nanti mama call papa suruh balik. Kamu? pergi mandi, sarapan, bersiap!”
     “Hah?”
     “Faizal..uruskan adik kamu!”
     Terkesima Nurul Hana mendengarnya. Tubuhnya kaku dan tanpa disedari dia sudah diseret abangnya masuk ke dalam bilik.

“Nak buat apa sekarang ni?” Nurul Hana tidak dapat duduk diam. Masih bertuala, dan masih belum berpakaian. Segala-galanya mengusutkan kepalanya dan semestinya dia tidak tahu apa yang sedang dia lakukan ketika itu. pening!!!!
     “Pakailah baju! Kau nak bakal mak mentua kau tengok kau macam ni. Kalau cikgu kau nampak, belum akad nikah dah dia sambar kau!!!” usik Faizal lalu tersengih sengih. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu berpura-pura merakamkan gambar adiknya itu. “I take your picture sis. Kau tak dengar cakap hari ini....confirm masuk internet ni”
     “Gila ke? Abang jenis apa ni?”
     “Senang je kerja Hana. Apa apa hal yang berjalan di bawah nanti..kau hanya perlu iya kan je. Tak susah. Dan gambar tu nanti..aku delete!”
     “Eei...Hana tak naklah. Dia nak kahwin dengan Hana. Hana still mudalah”
     “Kau ni biol jugak ke. Nama je kelas Sains. Tapi bengong. Malu aku mengaku adik macam ni!!! Kau memamnglah muda sekarang. Ada aku suruh kau kahwin dengan dia hari ini? ada? Hari ini dia datang merisik je. Tahun depan bertunang. Bertahun-tahun akan datang nanti baru berkahwin. Ada faham? Itupun kalau kepala otak dia sama dengan akulah. Apa aku boleh buat kalau dia tiba tiba nak kahwin dengan kau esok!!!” gumam Faizal bersahaja. dia tersengih lagi menampakkan barisan giginya yang cantik. “Then..siap sekarang. Kamu jangan cabar abang”
     Nurul Hana mengetap bibir geram. ‘Sekejap aku-kau. Sekejap kamu-abang. Erm..susah betul wayar dia nak melekat kat tempat yang betul lama lama. Senget punya abang’

Nurul Hana berjalan menuju ke ruang tamu. Ralat rasanya bila berhadapan dengan situasi sebegitu. Apatah lagi, lelaki yang disukainya serta lelaki yang pernah menjadi mangsa kebenciannya ada di depan mata. Aneh bila dia merasakan hampir semua pasangan mata di situ menumpukan perhatian ke arahnya. ‘Ish..semua orang pandang aku. Cikgu tak ada mata ke? Tak nak pandang aku ke apa? geramnya!’
     “Ini ke Nurul Hana?” Puan Intan tersenyum bila Puan Qistina sendiri mengangguk. “Comel, cantik juga tu”
     Nurul Hana tersengih. ‘Memang aku comel pe’
     “Terus terang jelah Kak Tina. Malas nak berbasa basi..hajat pun dah dinyatakan seawalnya tiba tadi. Kami datang merisik. Bila boleh langsung tunang serta akadnya?” terus sahaja Puan Intan bertanya. Tidak mahu berlengah.
     Puan qistina memandang suaminya. “Kami tiada apa apa halangan jika perkara ini dilangsungkan seawalnya” ujarnya. Dibiarkan sahaja cubitan halus anaknya di bahu. Dia tahu Nurul Hana tidak bersetuju.
     “Kalau begitu, genap Hana umur 18 tahun segalanya berlangsunglah. Sekalikan majlis tunang dan akadnya. Senang..”
     “Bagus juga”
     Nurul Hana sudah tidak mampu menahan rasa. ‘Apa ni? Gila ke nak kahwin dalam masa dua bulan. Gila betul’
     Zikri Irfan hanya mendiamkan diri.
*****
Dua bulan kemudian...
Dup dap dup dap...dup dap dup dap...Nurul Hana semakin menggigil. Mengenangkan malam itu merupakan malam pertamanya bersama dengan Zikri Irfan. Dia resah. Bagaimana penerimaannya terhadap lelaki yang kini telah bergelar suaminya itu. sedang dia asyik mengelamun, teringat pula dia akan kejadian yang amat memalukan serta bersejarah dalam hidupnya siang tadi. Tergeleng-geleng dia memikirkannya.
     “Mama...please. batalkan. Hana tidak mahu kahwin dengan Cikgu. Hana malu dengan semua orang. Nanti semua cakap Hana menggatal dengan Cikgu Zikri tu. Tolonglah mama...Hana tidak mahu kahwin. Tolonglah!!!”
     “Kenapa tak cakap je time kamu nak akad nikah nanti?”
     “Mama ni. Hana dah beritahu mama lama dah. Mama tak nak dengar!!!”
     Puan Qistina mengetap bibir geram bila anaknya tidak mahu bekerjasama. Mahu sahaja dia mencubit-cubit pipi gebu anaknya itu. geram sekali dengan kedegilan Nurul Hana yang tidak menentu itu. “Sudah. Bersiap sahaja. Kahwin. Selesai semuanya. Mama tak nak dengar apa apa”
     “Mama..macam mana nak kahwin? Hana tidak tahu apa-apa. masak tak reti. Mengemas tak reti. Itu ini semuanya tidak tahu...nanti Hana kena dera dengan mak mentua, baru mama nak menyesal?”
     Terus sahaja Puan Qistina menenyehkan kepala Nurul Hana dengan perasaan geram. “Eeii..ke situ pula fikirnya. Apa susah. Kahwin sajalah. Lepas ni mama tolong. Belajar masak dengan mama. Kan senang!!!”
     Nurul Hana menangis.

Zikri irfan berkerut dahi sewaktu melangkah masuk ke dalam ruang tamu rumah keluarga Nurul Hana. Pelik dengan wajah sembab Nurul hana. Dia memandang abang nurul hana yang tergeleng-geleng. ‘Aikk..kenapa pula ni?’
     “Okey...dah bersedia?” kedengaran suara Imam bertanya kepada Zikri Irfan. Suara tangisan Nurul hana bergema kuat sebelum Zikri Irfan sempat menjawab pertanyaan Imam. “Kenapa dengan pengantin perempuan?”
     “Saya tak nak kahwin!!!” jerit Nurul Hana dalam esakan.
     Faizal bangkit dan menghampiri adiknya itu. “Adik ini kenapa? Tiba tiba buat hal ni?” Faizal bersuara agak keras. Geram dengan sikap adiknya itu.
     “orang tak nak kahwinlah. Orang masih muda..”
     “Majlis ini akan tetap dilangsungkan?” soal Imam kepada ayah nurul Hana.
     “Saya tidak akan batalkan majlis ini” Zikri irfan pantas menjawab. “Seorang anak gadis sah dinikahkan dengan seorang lelaki atas keizinan ayahnya dan dia sah jika dinikahkan dengan saya walaupun dia tidak suka”
     Nurul hana tercengang mendengar kata-kata Zikri irfan. “Cikgu jahat..”
     Faizal terpaksa bertindak agresif. Terus sahaja dia mencubit paha adiknya itu dan meminta Nurul hana senyap.

“Ingat apa tu?”
     Hampir sahaja Nurul hana mahu terlompat turun dari katil sebaik sahaja mendengar suara Zikri irfan di belakangnya. Terkejut benar dirinya. “Err....sejak bila cikgu masuk ke dalam bilik ni?” soal nya kalut. Dia bangkit dan menjarakkan diri dari suaminya itu.
     Zikri irfan tersenyum. “Awak takut dengan saya ke? Awak fikir saya siapa sekarang?” duga Zikri Irfan. “Saya bukan cikgu awak yang mahu denda awak. saya bukan lelaki asing yang cuba apa-apakan awak. tapi saya suami awak yang mahukan belaian mesra awak. itu sahaja!!!”
     “Saya...saya...” Nurul hana kalut. Habis kepalanya digaru-garu. ‘Sudah. Apa aku nak cakap ni? Dulu yalah boleh melawan. Dia cikgu je. Bukan siapa siapa pun. Sekarang dia ni suami aku. Berdosa aku melawan. Aduhai...mampus aku malam ini. gasak gasak...belaian mesra?’ Nurul hana bermonolog. Tiba tiba dia mengetuk kepalanya. ‘Isy..kuning betullah kepala otak aku ini. ada ke fikir sampai ke situ. Hehehe..’
     ‘Apa pulak yang tak kena dengan dia ni?’ bisik Zikri Irfan di dasar hatinya. “Hana...”
     “Cikgu...tolonglah. saya tidak tahu nak buat apa. saya betul-betul tidak bersedia nak kahwin. Saya masih muda...manalah...”
     “nak saya ajarkan ke?” usik Zikri irfan seraya mengenyitkan mata. Tidak bermaksud apa-apa. hanya mahu menduga perasaan Nurul Hana.
     Nurul hana menapak ke belakang setapak demi setapak. Tanpa berfikir panjang dia berlari keluar dari biliknya dan menuju ke bilik abangnya. “Abang...tolong Hana. Hana nak tidur di sini!”
     “Gila ke kau. Suami kau tu?” Faizal terbeliak mata. Sempat dia mengerling matanya ke jam di dinding. “Dah pukul satu lebihlah Hana. Pergilah tidur. Dia tu suami kau. Takkanlah dia nak bunuh kau”
     “Arghh..apa apalah. Nak tidur dengan abang malam ini!!!”
     Faizal menggaru kepalanya. “Ishh..yalah. pergilah tidur. Aku layan bola lagi bagus. Jangan kunci pintu ini. aku nak masuk, tidak boleh pulak!!!”
     “Okey!”
*****
Nurul hana terlopong sebaik sahaja bangkit dari tidurnya subuh esoknya. Benar-benar dia tidak menduga akan hal itu. “Cikgu!!! Apa yang cikgu buat kat sini? Ayah...mama...” jerit Nurul hana.
     Terkebil-kebil Zikri irfan bangkit dari tidurnya. Dia memandang wajah isterinya yang kegelisahan. “Kenapa dengan awak ni, Hana?” soalnya seraya menggosok-gosok kelopak matanya.
     “Cikgulah! Apa yang cikgu buat di sini?”
     “Ya Allah..saya ni suami awak. takkanlah saya tidak boleh tidur di sebelah isteri saya sendiri?” getus Zikri Irfan. Dia merenung jauh ke dalam anak mata Nurul Hana. Tidak percaya dengan kata kata Nurul Hana. ‘Gila dia dah mai dah!’
     Tergelak Nurul Hana mendengarnya. Gelaknya semakin galak. “Saya isteri cikgu? Saya kahwin dengan cikgu?” soal Nurul Hana.




No comments: